;

Rabu, Disember 30, 2009

Azam Tahun baru

Nyahkan Dosa..!

Salam Tahun Baru yang bakal menjelang buat Teman-teman sekelian..moga sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t.

Beruntunglah orang-orang yang hidupnya sentiasa terpimpin dengan petunjuk Allah dan RasulNya dan celakalah hidup mereka yang sengaja meninggalkan ajaran tersebut. Agama fitrah ini tidak sesekali meminggirkan dunia dalam apa jua keadaan. Dengan slogan bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah seumpama kamu akan mati esok hari, ayuh kita mulakan azam baru!

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t,

Bersyukurlah kerana itu sebaik-baik perkataan yang layak untuk Maha Pencipta. Apalah daya batang tubuh anak Adam ketika dihadapkan di hadapan Allah s.w.t. kelak hanya terkedu menangis menyesali dosa. Justeru kesempatan menghirup udara tahun baru 2010 , muhasabahlah gudang-gudang dosa yang telah kita kumpulkan dan insafilah diri.

Sahabat-sahabat yang disayangi Allah s.w.t sekelian,

Kembalilah kepada Allah kerana pintu taubat masih terbuka. Ingati kesilapan lalu buat iktibar di hari muka. Mulakan tahun baru kita dengan perbuatan-perbuatan bersih dari kancah dosa. Katakan tidak pada budaya couple.Tiada lagi ikhtilat tidak syarie.Hindari berpeleseran dan berfoya-foya. Nyahkan rokok dari bibir anda serta 1001 aneka rupa perkara yang sia-sia. Jadikan hari ini permulaan yang baik untuk mencapai kesempurnaan hakiki duniawi dan ukhrawi. Jika anda tidak malu dengan manusia, cukuplah anda malu dengan Allah s.w.t.

Anda sebenarnya tidak dilahirkan untuk gagal, tetapi anda dilahirkan untuk mendapat kemuliaan Allah s.w.t….jika anda sanggup untuk berkorban sedikit kerana agama yang tercinta ini, nescaya Allah s.w.t. akan membalasnya dengan balasan yang berlipat kali ganda.

Pimpinlah akal dengan Iman dan jangan pimpininya dengan nafsu..Moga-moga kita tergolong daripada kalangan manusia yang selamat di dunia dan di akhirat Insyaallah..Amiin.

Hayatilah Syair ini:

"Wahai pemuda yang melakukan maksiat kepada Tuhan yang menguasai Arasy,

Adakah kamu tahu apakah balasan untuk mereka yang melakukan maksiat,

Harga untuk kemaksiatan itu adalah sebuah kematian,

Dan kemarahan hari yang diambil dengan amanah,

Sesungguhnya jika kamu bersabar dengan kayu-kayu yang ditambat di leher, lakukanlah maksiat,

Kecuali ia adalah keingkaran yang jauh,

Dan pada apa yang telah kamu perolehi daripada kesalahan,

Kamu telah gadaikan dirimu….Maka bersungguhlah di dalam keikhlasan!".


BERSAMA MEREALISASIKAN KEMPEN BIAH SOLEHAH!

1 ulasan:

Pena Daie berkata...

azam tahun baru kena rajin pegi kelas...
bawak balik 'pujian istimewa' bnyak2..
hihihi

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita