;

Jumaat, Januari 08, 2010

Fenomena Blogger hari ini

 

bg1 Tersenyum juga baca blog sahabat penulis tentang ulasan  kalimah “Kepala Lutut” yang dihadiahkan kepada Dr haron Din tue..

Picisan gelagat sebahagian blogger yang “pening-pening” lah nie. Tue yang “kepala Lutut” pun “Jadi”.

Erm…tatkala baca blog-blog yang semakin hari semakin banyak timbul, seolah-olah timbul satu fenomena baru.

Mana taknya….blog-blog nie banyak berperanan ketika apa-sahaja isu timbul di bumi Malaysia.Macam kilang isu pulak.

Kadang-kadang, ianya seolah-olah melewati sempanan arus perdana..Ada juga yang lebih cepat daripada isu.

Huh, hebat betul penangan teknologi internet sekarang nie..hati penulis terdetik.

Ade yang ilmiah sifatnya, ada juga yang hanya sekadar memuatkan dengan cacatan pengaklaman peribadi, tidak kurang juga yang ingin memuatkan sejumlah gambar-gambar untuk ditatapi, dan bermacam ragam lagi….em, tak kurang juga yang buat blog kemudian biarkan ia bersawang.

Tapi, paling cepat fungsi blog nie hidup time timbul isu-isu politik nie lah!

Mengikuti sesuatu isu di dalam media arus perdana itu tak dinafikan penting…malah kesudian pemilikblog-blog untuk dimeriahkan dengan aneka ragam curahan pendapat dan persepsi juga tidak dihalang.

Namun, nilai membina, ,memperkasa, bermanafaat atas nama Islam harus dikekalkan di dalam nilai penulisan atau apa pun bentuk curahan idea dan sebagainya.

Barulah pembaca-pembaca mampu menilainya dengan ilmiah dan baik.

Kalau blog hanya digunakan untuk mempamerkan kekelam-kabutan dan kegopohan untuk hanya sekadar dilihat ‘ikut serta’ dalam isu-isu yang timbul…itu yang payah tue!

Penulis memang runsing dengan fenomena sebegini…takut-takut, suasana akan lebih parah lagi nanti!.

Islam bukan hadir dengan al-Khalqi sahaja (akhlak yang bersifat lahiriah), tetapi juga al-Khuluqi (akhlak yang bersifat batiniah iaitu dalaman kita sendiri).

Kita yang jadi blogger hari nie patut sentiasa jadi golongan yang berfikir dulu sebelum menulis.

Nie, contoh satu isu timbul, terus je nak komen, kritik, tulis hinggakan emosi pun dibawak sekali, hati yang tidak stabil pun masuk sekali, dan apa sajalah sifat yang dikira tidak baik di sisi Islam nie pun habis di ‘borong’ sekali agar tulisan nampak beraneka dan menarik…Hingga menyesakkan dada orang yang membacanya.

Berblog nie salah satu peluang untuk berdakwah dan bantu pulihkan kebejatan dan masalah di dalam negara. Tapi kalau amik peluang untuk burukkan keadaan dengan emosi dan hawa nafsu,tue yang tak berikan apa-apa manafaat.

Selagi mana kita menulis atas nama Islam, Insyaallah orang akan lihat kebenaran, tapi sekali kita tulis atas dasar emosi dan perasaan, selama-lamanya orang akan pandang serong terhadap kita.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah Taha ayat 44 yang bermaksud:

"Kemudian hendaklah kamu (Musa.s) berkata kepadanya (yak’ni Fir’aun), Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

Dimuatkan sebuah Hadith di dalam kitab “al-Muwattha’ lil “Imam Malik” di dalam bab “Min Husni al-Khuluqi” :

Telah menceritakan kepadaku daripada Malik, daripada Ibni Sihab, daripada Ali bin Hussin bin Ali bin Abi Talib, sesungguhnya rasulullah s.a.w. telah  bersabda; “Daripada Kemuliaaan Islam adalah meninggalkan apa yang tidak bermanafaat baginya”.

Hayati juga Kata-kata pak HAMKA yang bermaksud:

“Orang yang beradab mesti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidsak sesuai dengan keyakinan tersebut”

Buanglah emosi dan hawa nafsu, perkukuh wala dan keyakinan kepada pimpinan dan perjuangan Islam, dan bukalah minda kalian agar orang dapat menilai penulisan kalian dengan kacamata yang lebih baik. Wallahua’lam…

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita