;

Jumaat, November 28, 2008

Jauhi Jahiliyah!


Seketika
termenung, penulis teringat kembali kepada kata-kata yang pernah diucapkan oleh Umar bin al-Khattab, yang merupakan Amirul Mukminin dan Khalifah Islam yang kedua, yang dikenal sebagai seorang yang sangat garang dan bengis semasa zaman jahiliyyahnya tetapi menjadi seorang insan yang sangat lembut hatinya dan sentiasanya menangis mengenangkan dirinya dan diri rakyat-rakyatnya. Daripada zuriat Saidina Umar itu jugalah lahirnya Saidina Umar yang kedua iaitu Saidina Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan jiwa hambanya.

Kita mungkin pernah mengetahui daripada sejarah bahaw
a dua orang khalifah berjiwa rakyat ini sanggup turun melihat keadaan rakyat di waktu malam yang gelap gelita kerana begitu takutkan azab Allah S.W.T dan kerana merasa beratnya amanah yang dipikul oleh mereka.. Bagimana dengan zaman kepimpinan Saidina Umar bin Abdul Aziz yang telah diakui oleh Rasulullah S.A.W. sebagai zaman yang cemerlang sebagaimana perkhabaran baginda terhadap Huzaifah al-yamani yang merupakan penyimpan rahsia kerapa rasulullah S.A.W dengan diakhiri perkahabaran tersebut dengan sabda baginda "Hendaklah kamu melazimi jamaah Umat Islam dan ketuanya"...

Mutakhir ini, kita begitu sukar mencari pemimpin yang jiwanya sebegitu halus dan lembut dan begitu adil kepimpinannya...Mungkin inilah petunjuk atau isyarat terhadap kesatuan rakyat itu sendiri kerana ungkapan yang terbaik untuk menerangkannya adalah ungkapan yang bermaksud: " Manusia itu di atas agama pemerintahnya"..Maknanya, jika baik seseorang pemimpin itu, insyaallah rakyat di dalam negaranya akan baik dan begitulah sebaliknya..Mungkin pembacanya pun dapat menilainya secara waras.

Sebelum penulis menulis mengenai ucapan saidina Umar tersebut, penulis ingin memetik beberapa wasiat Saidina Ali bin Abi Talib untuk diambil pengajarannya..Saidina Ali pernah berkata: "Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, maka tidak ada keuntungan yang lebih besar daripadanya. Wasiat tersebut adalah:

1. Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada tuhanmu.
2. Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3. Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar kalau kamu tidak tahu.
4. Hendaklah orang alim berkata "Aku tidak tahu" apabila dia memang tidak tahu.

Empat wasiat di atas mempunyai nilai yang cukup besar dalam kehidupan kita kerana sememangnya kita tidak akan lari daripada berharap kepada Allah S.W.T dan menuntut ilmu di atas muka bumi ini. Perlu diingat, bahawa bumi ini bukanlah tempat untuk kita diami selama-lamanya tetapi hanya persinggahan sementara.

Secara mudahnya , contohnya jika kita hanya singgah ke kedai sebentar untuk membeli barang sebelum kita meneruskan kewajipan kita, adakah kita akan terus berada di situ dan duduk sebagaimana kita duduk di rumah kita sendiri..Pastinya tidak bukan...Mungkin bagi sesetengah orang, pertanyaan ini tidak logik..Tetapi sedar atau tidak, yang tidak logik inilah yang kita sering lakukan...Kita seolah-olah tidak mengetahui hakikat kehidupan di atas muka bumi ini!

Mengapa penulis sebutkan demikian? kita harus tahu bahawa rumah sebenar kita adalah akhirat yang kekal abadi. Jadi, kita singgah di dunia ini hanyalah untuk bercucuk tanam segala amalan kita dan tiba waktunya kita akan kembali dengan membawa amalan kita tersebut..jika kita bercucuk tanam dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, maka kita akan mendapat hasil yang baik bukan? inilah realiti yang Allah tunjukkan secara tersirat untuk difikirkan oleh manusia...Sebab itu banyak kali diulang ayat "Apakah kamu tidak berfikir", "Apakah kamu tidak berakal", "Apakah kamu tidak mendengar", "Apakah kamu tidak melihat" dan sebagainya...Inilah tujuan kita dihidupkan oleh Allah S.W.T di ats muka bumi ini, agar kita sentiasa berfikir dan akhirnya kita akan menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia malah juga cemerlang di akhirat.

Kita mungkin sering mendengar para pengkaji Islam daripada orientalis sendiri, setelah mereka mengkaji Islam, maka mereka mendapat hidayah kerana kagum dengan kehebatan agama Islam itu sendiri..baru-baru ini, penulis ada melihat satu video yang menunjukkan tentang pengharaman daging babi..hanya menggunakan air coke dan daging babi, maka dalam tempoh dua jam terbukti bahawa daging babi mempunyai parasit yang sangat merbahaya...apabila air coke itu dicurahkan ke atas daging babi dan dibiarkan selama lebih kurang dua jam,maka parasit yang berada di dalam daging babi tersebut keluar..dan parasit tersebut jika masuk di dalam badan manusia tidak akan mati atau sangat sukar untuk mati. Inilah antara realiti yang perlu diketahui selain banyak lagi perkara-perkara lain.

Begitu juga dengan orang kafir, mereka di akhirat nanti pasti akan menemui penyesalan dan ingin meminta untuk kembali ke dunia walaupun seketika tetapi itu semua tidak mungkin lagi..Allah S.W.T telah menjelaskan di dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Dan kami akan memperlihatkan setiap amalan yang kamu lakukan maka Kami jadikan mereka senua bagai debu-debu yang berterbangan".

Inilah hakikat amalan yang telah dilakukan oleh orang yang memutuskan diri mereka dengan tali Allah S.W.T yang hanif ini. Segala amalan mereka hanyalah sia-sia..Contoh yang mudah penulis boleh berikan adalah apabila seorang tukang kebun yang bekerja di kebun tuannya tetapi lari untuk mengerjakan kebun orang lain yang menjanjikan habuan yang menyeronokkan , maka di akhir bulan tukang kebun ini meminta gaji daripada tuan kebun yang tidak diusahakannya, maka adakah tuan kebun tadi akan menunaikan hajatnya. Tidak sama sekali, bahkan juga mungkin mendatangkan kemarahan kerana memungkiri janjinya yang telah dibuat.

Begitulah juga kita sebagai hamba dengan Maha Pencipta kita, sebelum lahirnya kita ke dunia ini kita semua telah berjanji akan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah S.W.T. Tetapi apabila kita dapat melihat dunia ini, kita dengan senang mengingkarinya.Tidakkah ini akan mendatangkan kemarahan Allah S.W.T.? Secara waras, kita semua telah dapat memikirkannya bukan? Maaflah kerana apa yang ditulis ini adalah hasil daripada perasaan penulis sendiri kerana manusia yang sebegini begitu sombong dengan nikmat yang Allah berikan sehingga melupakan Allah S.W.T..Adakah kita sanggup melupakan ibu-bapa kita? sebagai anak-anak yang patuh ajaran agama tentulah tidak bukan, tetapi kenapa dengan Allah kita begitu mudah lupa..tidakkah Allah S.W.T itu Tuhan yang lebih lebih layak kita agungkan?

Penulis tidaklah mahu memanjangkan lagi kalam ini tetapi apa yang terlebih utama bagi kita sebagai umat yang dianugerahkan dengan nikmat Iman dan Islam haruslah dan wajiblah sentiasa menginsafi diri kita sendiri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan kepada kita..Ingatlah bahawa kita telah diikat dengan ikatan Aqidah yang tidak mungkin goyah tetapi semuanya terpulang kepada kiat sendiri untuk memilih jalan kenabian ataupun jalan Taghut..Akhirnya semoga kita semua sentiasa berada di atas jalan yang betul lagi lurus.

Jadi, sebagai menjawab persoalan yang penulis kemukakan pada permulaan kalam penulis tadi, Ingatlah kata-kata Saidina Umar yang memaparkan kebimbangan beliau terhadap umat akhir zaman yang bermaksud: "AKAN TERUNGKAILAH IKATKAN ISLAM SATU-PERSATU BAGI SESIAPA YANG LAHIR DI DALAM KELUARGA MUSLIM TETAPI TIDAK MENGENAL ERTI JAHILIYYAH!


Sabtu, November 22, 2008

Mencari Sebuah Kedamaian

Menjejaki dasawarsa ini,
Aku terkesima,
Dalam lamunan fatamorgana dunia,
Mencengkam sekeping hati yang gusar,
dengan warna-warna hitam,
bersolam noda-noda kelam,

Kedamaian,
bagaimanakah engkau menafsirkannya,
Adakah dengan mimpi indahmu,
atau dengan keseronokan duniamu,
bagi mereka yang menghargai kedamaian itu,
Mereka tidak seperti engkau,
Yang tawamu berpanjangan,
di dunia fana ini,
seolah-olah tidak mahu lagi mengukir senyuman indah,
di akhirat yang abadi,

Namun,
mereka yang menghargai sebuah kehidupan,
merindui Tuhannya,
sentiasa ingin riang,
dalam alunan kalam tuhan,
bersama nyanyian zikir iman,
dibasahi embun pagi yang indah,
Dan,
Jiwa mereka ini,
sentiasa merasakan sebuah kedamaian yang lebih indah,
Daripada keindahan duniamu,

Teman,
sampai bilakah kita ingin terus,
berangan-angan dalam panorama suram,
bukankah bayang-bayang itu hanya dapat dilihat,
tetapi tetap bukan sebuah kenyataan,
Apakah jiwamu sudah cukup murni,
untuk dikau menyulami dunia dengan sebuah hakikat,
yang belum pasti,
Atau dikau sekadar ingin menguji,
perjalanan tubuhmu yang kerdil itu,

Kedamaian,
ada di sisimu,
tanpa dikau sedar,
tetapi mengapa engkau tinggalkan ia,
lantas menerima pujukan hawa nafsumu,
untuk menikmati alam yang baru,
yang hanya bertopengkan kedamaian,
Tetapi,
penuh dengan kesakitan,

Aku di penjuru masa ini,
sudah serik dengan angin yang bertiup perlahan,
biarlah kadang-kadang ribut itu datang,
andai ia dapat mempertemukan diri-diri yang hilang,
dengan hakikat yang menggembirakan,
Menangis di dunia,
Bererti beriman dengan firman-Nya,
Memerima kesusahan dengan kejernihan sebuah redha,
bererti percaya dengan janji-Nya,
Dan menerima jemputan kedamaian,
bererti ingin ke syurga-Nya,
Dan pastinya,
engku dan aku,
bisa sedar daripada lamunan yang mencengkam ini,
andai dikau menangis untuk sebuah kegembiraan bertemankan,
sebuah kedamaian...

Khamis, November 20, 2008

Satu Peringatan

Ketika menulis catatan ini,penulis baru sahaja selesai majlis "serambi" yang dijalankan di rumah penulis di Syaariq Ahmad Hafiz Aud, Dauran Shoubro, Cairo, Egypt. Minggu ini giliran rumah penulis pula untuk menjadi tempat berlangsungnya program ini...Secara ringkasnya,program ini adalah merupakan program mingguan yang diatur di bawah unit Dakwah, Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubro dan dijalankan mengikut kawasan masing-masing.Lagipun rumah-rumah kat Shoubro nie jauh-jauh kan...jadi kena bahagi kawasan la...Biasanya agenda yang dijalankan adalah Bacaan Yasiin dan Tahlil ringkas, tazkirah oleh ahli rumah, perbincangan isu-isu semasa,laporan daripada DPM sendiri dan last sekali ucapan timbalan dan penghulu serambi...Kehadiran tue setakat yang penulis hadir nie kehadiran agak kurang memberangsangkan. Mungkin masing-masing ada hal, namun sebenarnya mereka perlu berfikir secara lebih matang..bukan hanya untuk menyelesaikan masalah sendiri tetapi perlu jugak untuk belajar hidup bermasyarakat..Teringat penulis kepada satu kaedah yang menyebut: "Kemerdekaan Individu itu terhalang oleh kemerdekaan manusia"...maksudnya, kadang-kadang,kita memang punyai hak untuk diraikan,tetapi masyarakat lebih punyai hak untuk diraikan kerana manafaatnya lebih besar..mentaliti inilah yang perlu diperbetulkan daripada minda mahasiswa-mahasiswa lebih-lebih lagi yang belajar Islam secara langsung...Kita tidak mahu generasi yang akan dilahirkan adalah generasi yang menjadi fitnah kepada masyarakat nanti...
Banyaklah isu yang diperbincangkan, tentang harga minyak,gejala sosial,keadaan politik negara dan dunia dan sebagainya..bagi penulis,perkara ini adalah wajar supaya minda kita lebih terbuka. Bukan hanya mengetahui perkara yang berlegar dalam kondusi kita sebagai pelajar yang belajar dalam kuliah ataupun kondusi pekerja yang berlegar di sekitar tempat kerja mereka sahaja..Lebih daripada itu,adalah mengetahui mengenai isu negara dan dunia.Tentang kemenangan Barrack Obama misalnya,apakah perubahan yang bakal berlaku di bawah pemerintahannya dan adakah ekonomi dunia akan kembali pulih..ditambah lagi dengan perlantikan Eric Holder sebgai peguam AS pertama daripada kalangan kulit hitam? apakah keadaan yang akan berlaku di sebalik perkara tersebut.Isu Ki boon, setiausaha Agung PBB ynag meminta kepada Esrael agar dibenarkan pegawai PBB untuk memasuki wilayah GAZA untuk tujuan kemanusiaan kerana keadaan kemanusiaan yang begitu sedih..Begitu juga dengan isu dalam negara dengan turunnya harga minyak.adakah pasti ianya akan memberikan impak kepada ekonomi negara atau bagaimana? perkara ini boleh diperbincangkan secara bijak supaya kita mampu menilai dan membuat penilaian...sesungguhnya dunia hari ini bagi penulis adalah amat mencabar..Di Shoubro sendiri, walaupun di sini terletaknya masjid Khazandarah yang menjadi tempat kelahiran ilmuan-ilmuan dan ulama'-ulama, namun suasana atau biah di sekelilingnya adalah berbeza sama sekalai.Dengan hampir 90 peratus penghuninya beragama Kristian, adalah satu kehidupan yang amat menyukarkan. Kalau di Malaysia, kita akan mengatakan bahawa sebahagian orang malaysia nie "Teruk" pakaian mereka dan sebagainya,tetapi di sini lebih lagi..Namun itulah hakikatnya!
Berbalik kepada cabaran hari,penulis kadang-kadang merasa amat sedih sekali dengan nilai moral dan keadaan sosial bangsa Melayu serta beragama ISLAM!..kerana itulah bangsa penulis juga, yang menganut agama sepertimana yang dianuti oleh penulis juga...Sebenarnya siapakah yang bersalah? Apakah kita merasa mereka yang mencemarkan keizzahan islam itu bukan saudara kita?....jika itulah mentaliti dan persepsi kita,memang patut Allah menjadikan ujian ini buat kita sebagai umat Islam!
Dalam aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang kita pegang ini,agama menghendaki agar umat Islam sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T kerana Allah taala berfirman dalam sebuah hadith qudsi yang bermasud: "Sesungguhnya Aku di sisi prasangka hamba-Ku kepada-Ku"..Penulis cuba mendatangkan satu contoh seperti berikut: tatkala syaitan telah mendapat penghinaan daripada Allah S.W.T,maka Allah telah bertanya kepadanya,Wahai Iblis, mengapakah kamu melakukan perkara ini..Maka Iblis menjawab bahawa dia tahu sesungguhnya Allah akan mengeluarkannya daripada syurga...Jadi,Allah bertanya bilakah dia mengetahui bahawa Allah akan mengeluarkannya daripada syurga..adakah dia tahu pada masa itu atau sebelum itu lagi..maka Iblis menjawab bahawa dia tahu pada waktu tersebut dan bukannya sebelum itu...dalam waktu itu,Iblis telahpun meletakkan prasangka dengan Allah S.W.T..maka dengan sebab itu Allah mengikut prasangka Syaitan kepada-Nya lalu dicampak ke dunia dengan begitu hina sekali..Maksud penulis di sini adalah ,kita sememangnya tidak mengetahui takdir kita sehingga ia berlaku ,betul?...Tetapi adakah ia tidak ada kesempatan untuk memilih sebelum berlakunya takdir Allah S.W.T tersebut?...tentu ada bukan? inilah keyakinan yang perlu kita tamamkan dalam diri..Orang yang ditakdirkan menjadi pencuri punyai pilihan untuk mencuri atau tidak, maka kalau dia meletakkan prasangka dengan Allah lalu mencuri, Maka memang takdirnya dia akan menjadi pencuri...Mengingkari kenyakinan ini amat bahaya kepada kita sebagai golongan ahli sunnah kepada berkemungkinan bolah menjerumuskan kepada aqidah puak Jabariah yang mengatakan bahawa semuanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T...Jadi bagi mereka,orang yang menjadi kafir itu adalah kerana takdir mereka telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, tak boleh diubah lagi..benarkah begitu? Dalam al-Quran Allah S.W.T menerangkan bahawa orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redha dengan orang Islam hingga mereka megikut Millah (cara hidup) mereka..daripada segi bahasa, tidak di sini bukanlah bermaksud untuk menafikan selama-lamanya tetapi untuk memperkuatkan kenyataan bahawa di dunia ini mereka tidak akan redha kepada Islam dan penganutnya..tetpi di akhirat nanti mereka akan mengakui kesalahan mereka dan ingin kembali ke dunia untuk bertaubat walaupun sekejap tetapi itu tidak mungkin kerana mereka telah diberi peluang untuk memilih jalan kebaikan atau keburukan dan mereka sudah menentukan pilihan mereka untuk kufur. jadi, jangan salahkan Allah S.W.T atas keegoaan mereka sendiri!!!
Sebenarnya, dalam hidup kita ini hanya ada dua pilihan sama ada pilih syurga atau neraka...kebaikan atau keburukan. Sewaktu ana sampai ke bumi Mesir dan mengikuti sesi atklimat dan silaturrahim,ada satu modul yang menerangkan tentang gambar yang ada pada duit Mesir. kat duit mesir nie hanya ada dua gambar, iaitu gambar Firaun dan gambar masjid di sebelahnya...Apa maksudnya? maksudnya adalah kejahatan dan kebaikan sama-sama bercambah di sini.Iniah hakikat Mesir >> Musibah, Sabar dan Redha.Kalau silap memilih, maka pastilah tersesat ke jalan Firaun, bukan jalan kenabian...Satu perkara penting yang perlu ita semua tahu adalah: KITA BERADA PADA ZAMAN FITNAH DUNIA YANG AMAT DASHYAT!...Jujur ana katakan,belum tentu dengan keimanan kita sekarang ini kita mampu untuk menolak fitnah yang sangat besar ini..Buktinya beradanya di depan mata kita, berapa ramai manusia yang agamanya ISLAM tetapi cara hidupnya telah jauh daripada nilai-nilai ISLAM!...terimalah hakikat in teman-teman..bila-bila masa ,jiwa kita akan diragut oleh barah maksiat ini jika kita terus leka..Ingatlah kepada Inzar yang telah diberitakan oleh Rasulullah S.A.W: Tidak Akan berlaku kiamat sehingga lahirnya fitnah daripada wanita dan anak-anak. Inilah fitnah yang paling besar buat kita...WANITA! mampukah kita...sama-samalah muhasabah jiwa kita yang amat lemah ini dengan penuh rasa ketaqwaan kepada Allah S.W.T...Sabda nabi S.A.W yang bermaksud: "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya mengikutinya apa yang aku bawa"..dan sabda nabi S.A.W yang mafhumnya dalam sunan al-Tirmidzi: "Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan beramal untuk hari selepas kematian, dan orang yang bodoh itu adalah orang sentiasa mengikuti hawa nafsunya tetpi mengharapkan syurga Allah S.W.T...Jelasnya,kerana sombong dengan Allahlah menyebabkan kita semakin jauh daripada rahmat-Nya...Dan bila Allah telah membiarkan sesorang hamba,maka dia akan terus tersesat tidak jumpa jalan pulang...Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan tidaklah aku mengikuti hawa nafsu, sesungguhnya hawa nafsu mengajak kepada keburukan...Ayuh teman-teman,kita mesti berazam untuk membantu masyarakat yang memerlukan kita sebagai jurubicara Islam...Jangan pula kita yang dihartapkan,kita pula yang menjadi fitnah dan bebanan...kelak,kita pasti akan menyesal di hadapan Allah S.W.T di hari kiamat! Mulakan dengan diri kita!!!
Salam Juang...salam Jihad!

Selasa, November 18, 2008

URGENSI PERANG BADAR Al-KUBRA DAN MANIFESTASINYA TERHADAP PEMBENTUKAN ROHANI INDIVIDU MUSLIM.



Secara maklum, kita telah dapat meneliti beberapa perkara penting sebelum ini yang mana telah dijelaskan mengenai perang Badar al-Kubra dan kedudukannya yang diselusuri melalui sirah al-Nabawiyyah yang memperlihatkan bagaimana kemenangan yang begitu berharga buat kaum Muslimin iaitu terselamat maruah Islam itu sendiri. Kemenangan itu juga jika dilihat daripada sudut individu Muslim itu sendiri adalah selari dengan tuntutan rohani mereka untuk lahir sebagai seorang Muslim yang betul-betul berkualiti daripada segala sudut kehidupan. Jadi, pasca Badar al-Kubra ini telah memperlihatkan bagaimana hubungan yang kuat di antara pembinaan rohaniah individu Muslim dengan kemenangan dalam perang ini sehinggakan para sahabat yang diharapkan oleh rasulullah s.a.w untuk memberikan sokongan terbaik telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang begitu tinggi serta luar biasa tanpa memikirkan segala bentuk kekurangan yang dihadapi ketika itu.

Urgensi atau juga disebut sebagai asas keperluan ilmiah dalam perang Badar al-Kubra ini telah menunjukkan kepada kita beberapa petunjuk positif terhadap perang ini. Seperti yang dijelaskan , walaupun hanya sekitar 313 orang tentera sahaja daripada kalangan kaum Muslimin, namun kemenangan besar yang telah dicapai oleh tentera Islam telah menunjukkan isyarat bahawa urgensi dalam perang badar Badar al-Kubra secara praktikalnya menjadi manifestasi terbaik terhadap pembentukan rohani individu Muslim. Jadi, secara jelasnya, prinsip kemiliteran, politik dan pemikiran adalah asas yang ketara yang dapat dilihat melalui urgensi ini.

1 . PENURUNAN WAHYU DALAM PERANG BADAR.

Urgensi yang pertama dalam perang Badar al-Kubra ini adalah wahyu-wahyu Allah s.w.t yang begitu banyak diturunkan pada setiap ketika dan tempat di dalam perang Badar ini. Asas keperluan ini adalah dilihat sebagai asas keperluan yang paling penting sekali terhadap natijah perang ini. Kebanyakan wahyu yang diturunkan dalam ghazwah ini adalah meliputi peringatan, amaran, bimbingan, pertolongan serta motivasi yang begitu berkesan sekali daripada Allah s.w.t kepada tentera Muslimin dalam perang Badar sehingga mereka berjaya mencapai kemenangan yang besar dalam peperangan ini. Allah s.w.t telah menurunkan ayat yang khusus sebagai mengiktiraf perang ini yang mana ia menjadi asbab nuzul kepada berlakunya perang ini. Di sinilah urgensi ini menjadi satu bentuk keperluan utama yang memenuhi objektif manifestasi pembentukan rohani individu Muslim itu sendiri.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksudnya:


Dan orang-orang Yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang Yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya Yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Meneliti manifestasi urgensi ini terhadap pembentukan rohani individu Muslim, maka perkara yang paling utama yang dapat dinilai adalah mengenai bimbingan bertahap yang juga disebut sebagai tarbiah. Sebagaimana Allah s.w.t menurunkan banyak wahyu mengikuti episod perang ini daripada awal hingga ke akhirnya, begitulah Allah s.w.t mendidik manusia dengan tarbiah dan pendidikan bertahap. Perkara ini jelas telah ditunjukkan oleh peribadi atau akhlak nabi Muhammad s.a.w yang menjadi suri teladan bahawa baginda mendapat tarbiah secara langsung daripada Allah s.w.t hingga keperibadian baginda dikagumi dan diiktiraf oleh orang Islam dan juga bukan Islam sendiri. Allah s.w.t menurunkan al-Quran sebagai sebuah kitab suci yang sarat dengan bimbingan yang bertahap dan berterusan hingga ke hari kiamat.

Harun Arrasyid Hj. Tuskan menjelaskan , pendidikan atau tarbiah yang perlu dilalui oleh setiap individu Muslim sangat banyak, namun empat bentuk tarbiah yang penting dapat dirumuskan sebagai berikut:

a. Tarbiah Imaniah: Iaitu pendidikan untuk menghidupkan rasa khauf (takut) kepada Allah s.w.t, raja’ (pengharapan), dan mahabbah (kecintaan) kepada-Nya serta menghilangkan kekeringan hati disebabkan jauhnya daripada al-Quran dan al-Sunnah.

b. Tarbiah Ilmiah: Iaitu pendidikan keilmuan berdasarkan dalil yang benar dan menjauhi taqlid buta yang tercela.

c. Tarbiah Wa’iah: Iaitu pendidikan untuk mempelajari siasah orang-orang yang jahat, langkah dan strategi musuh Islam serta fakta dan pelbagai peristiwa yang terjadi berdasarkan ilmu dan pemahaman yang benar.

d. Tarbiah Mutadarrijah: Iaitu pendidikan bertahap, yang membimbing setiap individu Muslim menuju kesempurnaannya dengan program dan perencanaan yang matang.

Manakala menurut Mohd Ali Hashim , objektif daripada manifestasi ini secara langsung adalah untuk melahirkan Muslim yang benar-benar beriman yang sedar tanggungjawabnya, taat setia menurut perintah tuhannya, menyedari tanggungjawabnya kepada rakyatnya, redha menerima qadha dan qadar dan yang terakhir adalah sentiasa bertaubat kepada tuhannya.

Fiman Allah s.w.t yang bermaksud:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal


Rasullullah sa.w bersabda:

لأيومن أحدكم حتى يكون هواه لما جئت به

Maksudnya:

“Tidak beriman seseorang daripada kamu hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa”



2. GERAKAN ISLAM MELAWAN GERAKAN BATIL.

Urgensi kedua dalam perang Badar al-Kubra ini memperlihatkan pula bagaimana keunggulan tentera atau disebut sebagai gerakan Islam dalam melawan gerakan batil. Keunggulan dan semangat yang telah ditunjukkan oleh tentera Islam pada masa tersebut telah menafikan bahawa jumlah yang kecil pada waktu itu ditambah lagi dengan kekurangan segala kelengkapan perang tidak akan berhasil untuk mendapat kemenangan, tetapi mereka membuktikan bahawa disiplin yang kukuh, keyakinan kepada Allah s.w.t dan doa yang berterusan akan berhasil untuk mencapai kejayaan yang gemilang.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
Maksudnya:


Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan Yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan Yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam Dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding Dengan mereka sendiri. dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa Yang dikehendakiNya, Dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran Yang memberi insaf bagi orang-orang Yang berfikiran (yang celik mata hatinya).


Sepertimana yang diceritakan dalam sejarah perang Badar dalam bab sebelum ini bahawa terdapat banyak contoh yang menunjukkan tentang keunggulan tentera Islam dalam berperang sehingga mencapai kejayaan yang besar. Antara contoh yang dapat dilihat bilamana perang dimulakan, maka Mu’ad yang merupakan orang yang sangat berani berkata:

“Wahai abdul Rahman bin Auf, dimana Abu jahal?”


Ini kerana mereka berdua tidak mengetahui keadaan Abu Jahal ketika itu. Maka kemudiannya Mu’ad berkata:

“Tahukah kamu lelaki yang berperisai (sebutan bagi Abu Jahal)? Itu, dia di sana”. Mereka berkata: “Demi Allah S.W.T, pada waktu itu, kami tidak akan berpisah di antara satu sama lain hingga kami dapat memotong lehernya”.

Begitu juga dikatakan oleh Ibnu Hisyam, berkata Ibnu Ishaq: “Ukasyah bin Mahsan bin Hurathan al-Asadi, iaitu cucu Bani Abd Syams bin Abd Manaf ikut bertempur dengan pedangnya hingga pedang tersebut putus di tangan, maka datanglah rasulullah s.a.w dan memberinya tongkol kayu. Baginda berkata”:
‘Berperanglah dengan ini, wahai Ukasyah,”.

Ketika dia mengambil tongkol kayu tersebut dengan cepat, pedangnya kembali menjadi panjang, sangat tajam serta kelihatan putih berkilau. Dia bertempur dengan perang tersebut hingga Allah s.w.t memberi kemenangan kepada kaum Muslimin. Allah s.w.t turut menurunkan wahyu sebagai bimbingan terhadap keunggulan tentera Islam.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

(ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang Yang kafir Dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka"

Dilihat daripada sudut manifestasi urgensi yang kedua ini terhadap pembentukan rohani individu Muslim, maka jelas kita dapat melihat bahawa di antara manifestasinya adalah kewajipan tuntutan berjihad ke atas setiap individu Muslim dan perlunya tuntutan jihad tersebut dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Allah s.w.t memberikan kelebihan kepada setiap individu Muslim dengan membekali jiwa mereka dengan keimanan kepada Allah s.w.t. Justeru keimanan ini perlulah dipacu agar selari dengan konsep yang dikehendaki oleh pembentukan rohaniah itu sendiri.

Jihad merupakan perkara yang besar maknanya dalam Islam. Sekalipun bagaimana keluasan erti ‘jihad’ sepanjang pimpinan Islam (al-Quran dan al-Sunnah), namun hukum wajib berjihad bagi kaum Muslimin tetap berlaku sepanjang masa dan tempat kerana tidak didapati satu keterangan baik daripada al-Quran mahupun daripada hadith shahih yang menunjukkan hukum jihad telah dihapuskan . Seterusnya, orang-orang kafir, orang-orang musyrik dan orang-orang yang menganggu tersiarnya dakwah Islamiyyah akan tetap ada dan mereka sentiasa berusaha untuk meruntuhkan Islam dan memadamkan cahayanya daripada muka bumi ini. Secara jelasnya, Allah s.w.t telah menukilkan dalam AL-Quran secara khusus tentang kewajipan berjihad ini.

Allah s.w.t berfirman:

Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Menurut keterangan para ahli tafsir yang terkemuka inilah ayat yang mula-mula sekali diturunkan buat mewajibkan sesuatu kepada kaum Muslimin supaya berperang, iaitu pada tahun kedua daripada peristiwa hijrah nabi Muhammad s.a.w.

Terdapat juga hadith nabi yang mengandungi pimpinan supaya kaum Muslimin berani berperang serta menunjukkan kesungguhan mereka untuk mempertahankan kehormatan agama Allah s.w.t, untuk meninggikan kalimah-Nya dan untuk menegakkan hukum-Nya.

Sabda rasulullah s.a.w:

من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو في سبيل ألله

Maksudnya:

“Barangsiapa yang berperang-dengan tujuan-supaya kalimah Allah s.w.t yang tertinggi, maka mereka itu- berperang-di jalan Allah s.w.t”


Begitu juga disebabkan rasulullah s.a.w sendiri membawa Islam dalam keadaan yang penuh dengan ujian, begitulah juga setiap individu Muslim perlu mengetahui mahalnya harga perjuangan mereka itu . Bukan hanya jiwa-raga yang perlu dikorbankan, tetapi juga harta, dan semuanya perlu dikorbankan dengan bersungguh-sungguh demi tertegaknya agama Allah s.w.t. Perhatikanlah bagaimana sewaktu dakwah nabi di Thaif sendiri, baginda telah dibaling batu tanpa sebarang perasaan belas kasihan oleh mereka. Tetapi petunjuk kepada kemurniaan hati nabi s.a.w sendiri adalah bilamana baginda berdoa:

“Ya Allah, ampunilah kaumku kerana mereka belum mengerti”.


3. KEMENANGAN KE ATAS KETINGGIAN RUHIYYAH.

Urgensi yang ketiga ini pula memaparkan bagaimana ketinggian ruhiyyah itu menjadi satu keperluan terhadap tentera Muslimin untuk mencapai kemenangan yang besar dalam peperangan ini. tatkala mendapat tekanan daripada kekurangan alatan perang serta bilangan tentera pada waktu tersebut, tentera muslimin sekeliannya telah menanam keyakinan yang penuh dalam jiwa mereka bahawa Allah s.w.t akan memberikan nusrah kepada hamba-Nya yang beriman dan berjuang semata-mata kerana mendaulatkan agama Islam yang tercinta. Ini jelas menunjukkan kemenangan ketinggian dan kekuatan ruhiyyah berbanding kekuatan materialisme semata-mata. Malah pembentukan ruhiyyah tersebut telah membentuk satu momentum perjuangan yang begitu luar biasa terhadap semangat dan keyaakinan tentera Muslimin untuk memerangi tentera Quraisy dalam perang Badar al-Kubra.

Manifestasi urgensi ini terhadap pembentukan rohani individu Muslim dapat dilihat daripada sudut bagaimana setiap individu muslim membina kekuatan jiwa dengan mementingkan pembinaan ruhiyyah terdahulu kemudiaan diikuti oleh pembinaan jasmaniah. Pembinaan rohani yang mantap menjadi asas utama kepada keberkesanan gerak dakwah setiap individu Muslim terhadap masyarakat di samping menjadi sumber kekuatan yang sangat baik terhadap mereka untuk membina identiti Islam yang cemerlang dalam kondusi masyarakat yang mana mutakhir ini memperlihatkan cabaran-cabaran yang begitu besar yang perlu dilalui. Ditinjau daripada tuntutan dakwah itu sendiri, Prof. Dr. Ali Abdul Halim Mahmud sendiri telah menyenaraikan banyak tuntutan terhadap keperluan amal Islami itu. Di antaranya adalah:

a. Tuntutan waktu: Memerlukan komitmen daripada segi pemngurusan yang terbaik di antara aktiviti harian dan kepentingan dakwah.

b. Tuntutan kesungguhan: Sememangnya jelas bahawa tuntutan dakwah itu memerlukan kesungguhan dan kesabaran yang begitu tinggi agar objektif pendakwahan tersebut dapat diterima secara baik oleh para mad’u.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang Yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu Yang beriman! bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (ingatlah) orang-orang Yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini Luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang Yang Bersabarlah sahaja Yang akan disempurnakan pahala mereka Dengan tidak terkira".


c. Tuntutan untuk berjuang dan berkorban: Tidak mungkin tuntutan dakwah akan berjaya jika tidak disertai dengan perjuangan dan pengorbanan baik berupa pengorbanan waktu, tenaga mahupun harta ke jalan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.


d. Tuntutan kemurnian: Kemurnian di sini bermaksud murni daripada sudut kebenaran yang di bawa dan selain perintah Allah s.w.t. Sedangkan yang dimaksudkan dengan tsabat (kemantapan) ialah ialah berpegan teguh pada kebenaran, saling berpesan dengannya, dan berpegang teguh dengan kewajipannya, meskipun pengorbanan yang harus dilakukan dalam menempuh jalan tersebut. Inilah salah satu bentuk kekuatan yang harus dimiliki oleh setiap individu muslim dalam lapangan dakwah.

Firman Allah s.w.t yang Maksudnya:


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.


e. Tuntutan Keikhlasan: Ikhlas di sini bermaksud bersih daripada niat selain selain Allah s.w.t dan bertujuan untuk mencari redha-Nya. Hal ini berlaku dalam semua perkatan dan perbuatan, baik dalam rangka sebagai seorang Muslim secara umumnya mahupun dalam dakwah fardiah khususnya. Jelasnya, tuntutan keikhlasa turut menjadi salah satu daripada tuntutan dakwah kepada individu Muslim.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:


pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar.



Sabda Rasulullah s.a.w pula yang bermaksud:


إن ألله لا ينظر إلى وجوهكم وأموالكم ولكن إنما ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم


“Sesungguhnya Allah tidak menilai tubuh dan rupamu, tetapi dia melihat (menilai) hatimu”


Secara jelasnya, tuntutan yang besar terhadap keperluan dakwah dan amal Islami inilah yang memungkinkan setiap individu Muslim untuk memastikan pembinaan ruhiyyah mereka diutamakan di samping tidak mengabaikan keperluan terhadap pembinaan jasmani agar objektif kepada perlaksanaan tuntutan tersebut dapat disempurnakan.

Moga-moga sedikit perkongsian penulis ini akan dapat dimanafaatkan bersama agar kita sentiasa tetap di atas jalan dakwah dan terus berjuang untuk mengembalikan ketinggian Islam di atas muka bumi ini. Salam Juang!

Isnin, November 17, 2008

Al-Fatihah

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Ahad, November 16, 2008

Mutiara Kata


Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.

Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H

Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata,
pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab

Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte
Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti
dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.

Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu
Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.
Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Setiap bunga mawar pasti ada durinya.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan

Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya.Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab.

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.

Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.

Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa

Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi

Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian

Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.
Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Seburuk-buruk buta adalah buta hati.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.

Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia
-Richard Brinsley Sheridan

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.

Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu -Pepatah Arab.

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Awal mula pohon ialah benih.

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.

Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah.

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup

Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi

Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.

Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.

Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara

Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.

Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia

Orang yang berkhianat selalu terhina.
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya -Emerson

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J

Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.

Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.

Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya
Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya -Saidina Ali

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu..
-Whittier

Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn
Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan

Apakah diharapkan hujan tanpa awan.

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari
( Saidina Ali)

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.

Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.

Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang(Saidina Ali)

Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.

Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman..

Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu

Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.

Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.

Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu

Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.

Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau -Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang- Cecil B. DeMille

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu-Aflatun

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.
Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.

Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda.

Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah .Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin

Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.

Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan -Andre Colin

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -Soekarno

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
-Hukama

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya - Confucius

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln

Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali Bayruni

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -Beng Tju

Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil
Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia

Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? -Benjamin Franklin

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran- Horatius

Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan - Mognon Me Lauhlin

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan

Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang -Pepatah inggeris
Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah -Rahmohan Ghandi

Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

Mutiara Hikmah


Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.-Saidina Ali bin Abi Talib

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib

Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi Thalib

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib
Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab

Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib
Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar al-Khattab
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan - Saidina Ali bin Abi Thalib

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin Abi Talib

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab

Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah- Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas - Saidina Ali bin Abi Thalib

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib

Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah - Saidina Ali bin Abi Thalib

Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim - Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya -Khalifah Ali bin Abi Talib

Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya -Saidina Umar bin Al-Khatab

Saidina Ali berkata: “Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :

1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata : “Aku tidak tahu, “ apabila dia memang tidak tahu.

Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

· Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
· Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .

Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :

· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Saidina Ali r.a berkata :

· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri & hati-hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.

Semua perangai tercela ditempatkan dalam sebuah rumah, dan kunci rumah itu adalah ketidak jujuran. -Imam Hasan Al-Askari

Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan.

Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan.
-Said bin Suwaid

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.
-Al-Ahnaf bin Qais

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara:

1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati

Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. - Al Fudhail bin Iyaadh

Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati.

Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang mempunyai ciri-ciri " Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat.-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini

Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. -Luqman Hakim

Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufiq untuk mencapai apa yang belum diketahui - Al-Auzaa'i

Siapa yang mendamaikan dua orang yang sedang bersengketa Allah akan memberinya pahala untuk tiap kalimat yang diucapkannya sama dengan memerdekakan budak - Anas r.a

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya -Imam Al-Ghazali

Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih - Ibnu Maqaffa
Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit -Ibnu Abbas

Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah - Wahab Munabih

Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan:

menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut -Ibrahim bin Adham

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan - Ibnu Abbas

Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah lama gembiranya di akhirat dan lebih lama kenyang di dunia akan lebih banyak lapar di akhirat - Ibnu Asahir

Tiga macam yang tidak diketahui kecuali pada tiga macam:

1. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang
3. Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat (ada kepentingan)
-Luqman Al-Hakim

Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama' dan dengarlah (renunglah) kata-kata hukama' kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana ia suburkan bumi dengan hujan
yang lebat- Al-Hukama'

Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar -Abul -Abbas Al Masri

Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh -Amru Al-As

Abu Laits berkata : "Awaslah kamu dari ketawa berlebih-lebihan kerana ketawa mengandung 8 bahaya.

· Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.
· Memberanikan orang bodoh kepadamu
· Jika engkau bodoh nescaya betambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya.
· Melupakan dosa-dosa yang lampau
· Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak membekukan hatimu.
· Melupakan mati dan akhirat
· Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana ketawamu
· Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat.

Buku adalah: Teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu bekerja. Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya. Teman hidup yang tidak menyanjungmu. Kawan yang tidak membosankan. Penasihat yang tidak mencari-cari kesalahan.
-Ahmad bin Ismail

Adakalanya seseorang melepas satu kalimat untuk mentertawakan orang-orang di sekitarnya, maka Allah murka padanya. Lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang disekitarnya. Dan adakalanya seseorang berkata kalimat yang diredai Allah maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu merata kepada orang-orang disekitarnya. - Ibrahim Annakha'i

Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi -Yazid bin Abi Habib

Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya -Sahl bin Abdullah At-Tusturi

Ketika Haatim al-Asham datang berkunjung kepada Imam Ahmad, Imam bertanya,"Beritahukan kepadaku,bagaimana caranya mencari selamat dari manusia ?" Haatim menjawab, "Dengan tiga hal:

1. Anda memberi harta kepada mereka, dan jangan mengambil harta mereka.
2. Berikan hak-hak mereka dan janganlah menuntut hak Anda dari mereka
3. Bersabarlah menghadapi gangguan mereka dan jangan mengganggu mereka

Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya -Ahmad Athaillah
Berhati-hatilah kamu. Jangan sampai menulis masalah apapun dari ahlul ahwa` sedikit ataupun banyak. Dan berpeganglah dengan ahli atsar dan sunnah. -Imam Ahmad
Kunci amal-amal dunia ialah kenyang manakala kunci akhirat pula adalah lapar - Syeikh Abu Sulaiman ad-Darani

Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang simpanan. Lalu mereka menyerahkannya kepada orang yang sanggup memegang amanah mereka terhadap barang simpanan tersebut. Kemudian, mereka merasa senang dengan ringannya beban -Al-Hassan Al-Bashri

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman -Abul Qasim Al-Junaid

Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka. Cendikiawan membuat sejarah dengan akal pikiran mereka.
Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka. Apabila hati, akal dan jiwa saling menunjang untuk membuat sejarah, pasti sejarah tak akan pudar sinarnya dan tak akan padam obornya.
-Dr. Mustafa Assiba'i

Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata-Imam Syafi'e

Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka orang itu pantas disebut orang besar di segala petala langit -Nabi Isa A.S

Orang kaya itu tetap tempatnya di bawah orang yang miskin baik di syurga atau neraka kecuali yang selalu bersedekah. Namun sedikit sekali yang berbuat demikian kerana syaitan merintangi mereka untuk bersedekah. - Abu Laits

Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan. -Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini

Apabila adanya sahabat engkau datang menziarahi engkau maka jangan kamu bertanya kepadanya : Adakah engaku sudah makan? atau : Bolehkah aku menyediakan untuk engkau makanan?. Tetapi hendaklah engkau menghidangkan makanan samada dia akan makan atau jika tidak maka angkatlah makanan itu. -Imam Sufian ath-Thauri

Syaitan lebih suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana orang alim apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya sedangkan orang jahil tidak begitu -Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini

Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. -Imam Umar bin Abdul Aziz
Musibah itu hanya satu bala tetapi jika orangnya mengeluh maka menjadi dua bala. Yang satu bala musibah dan yang kedua hilangnya pahala musibah itu - Abdullah bin Almubarak

Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi zahir dan batinnya - Imam Abu Hanifah
Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya -Imam Syafi'e

Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.-Imam Syafi'

Aku tidak pernah melihat kezuhudan yang lebih sulit daripada kezuhudan terhadap kekuasaan. Kita banyak menemui orang-orang yang zuhud dalam masalah makanan, minuman, harta dan pakaian. Namun ketika diberikan kekuasaan kepadanya maka ia pun akan mempertahankan dan berani bermusuhan demi membelanya - Sufyan Ats-Tsauri
Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau -Imam Syafi'

Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar -Imam Syafi'

Tiada bekal yang lebih utama daripada takwa. Tiada sesuatu yang lebih baik daripada diam. Tiada musuh yang lebih berbahaya daripada kebodohan. Tiada penyakit yang lebih parah daripada berbohong. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya -Imam Syafi'

Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya. Dan bila tidak berguna nasihat secara sembunyi , maka minta tolonglah orang-orang yang baik untuk mencegahnya dari perbuatan maksiat. Maka jika tidak dikerjakan yang demikian, pasti perbuatan maksiat itu akan menjalar dan bermaharajalela sehingga menghancurkan semua - Abu Dardaa' r.a

Satu dirham disedekahkan ketika masa sihat dan bakhil lebih afdal (baik) dari seratus dirham diwasiatkan ketika akan mati. - Ibnu Mas'ud

Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya -Imam Syafi'

Jika engkau mendengar suatu kalimat dari seorang muslim, maka bawalah kalimat itu pada sebaik-baiknya tempat yang engkau temui. Jika engkau tak mampu untuk mendapatkan wadah tempat kalimat tersebut, maka celalah dirimu sendiri. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Jika engkau berbuat dosa, maka memohon ampunlah, karena sesungguhnya dosa-dosa itu telah dibebankan di leher-leher manusia sebelum ia diciptakan. Dan sesungguhnya kebinasaan yang dahsyat itu adalah terletak pada melakukan dosa secara terus-menerus. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq"

Barangsiapa yang rizkinya lambat, maka perbanyaklah istighfar. Barangsiapa yang dibuat kagum oleh sesuatu dan menginginkannya demikian terus, maka perbanyaklah ucapan maa syaa-allah laa quwwata illa billah -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Allah telah memerintahkan kepada dunia, 'Berkhidmatlah kepada orang yang berkhidmat kepadaku, dan buatlah payah orang yang berkhidmat kepadamu. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Tidaklah kebaikan itu sempurna kecuali dengan tiga hal : menganggapnya rendah (tidak bererti apa-apa), menutupinya dan mempercepatnya. Sesungguhnya jika engkau merendahkannya, ia akan menjadi agung. Jika engkau menutupinya, engkau telah menyempurnakannya. Jika engkau mempercepatnya, engkau akan dibahagiakannya. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Fugaha itu orang yang memegang amanah para rasul, selama tidak masuk ke dalam pintu-pintu penguasa. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Jika engkau menjumpai sesuatu yang tidak engkau sukai dari perbuatan saudaramu, maka carilah satu, atau bahkan sampai tujuh puluh alasan, untuk membenarkan perbuatan saudaramu itu. Jika engkau masih belum mendapatkannya, maka katakanlah, 'Semoga ia mempunyai alasan tertentu (kenapa berbuat demikian) yang aku tidak mengetahuinya. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Empat hal yang tidak seharusnya bagi seorang yang mulia untuk memandang rendah : bangunnya dia dari tempat duduknya untuk menemui ayahnya, berkhidmatnya dia kepada tamunya, bangunnya dia dari atas binatang tunggangannya, dan berkhidmatnya dia kepada seorang yang menuntut ilmu kepadanya. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Barangsiapa yang masuk ke dalam tempat-tempat orang-orang bodoh, maka ia akan dipandang rendah. Barangsiapa yang bergaul dengan ulama, ia akan dipandang mulia. Barangsiapa yang masuk ke dalam tempat-tempat kejelekan, maka ia akan dituduh melakukan kejelekan itu.-Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Barangsiapa yang membuka kesalahan orang lain, maka akan dibukakanlah kesalahan-kesalahan keturunannya. Barangsiapa yang menghunuskan pedang kezaliman, maka ia akan terbunuh dengannya. Barangsiapa yang menggali sumur agar saudaranya masuk ke dalamnya, maka ia sendirilah yang nanti akan jatuh ke dalamnya.- Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Ibrahim bin Adham berkata. " Ada sepuluh hal yang membuat do'a tidak dikabulkan : "
1. Kalian telah mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-haknya.
2. Kalian telah membaca Al Qur'an tetapi tidak mengamalkan isinya.
3. Kalian mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi meninggalkan sunnahnya.
4. Kalian mengaku benci kepada syaitan tetapi tetap memenuhi ajakannya.
5. Kalian mengaku ingin masuk surga tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6. Kelian menginginkan selamat dari api neraka tetapi kalian menjerumuskan diri kepadanya.
7. Kalian menyakini kematian merupakan suatu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.
8. Kalian sibuk mengurusi aib orang lain tetapi mengabaikan aib sendiri.
9. Setiap waktu kalian menguburkan orang yang wafat tetapi setiap itu pula kalian tak pernah mengambil pelajaran daripadanya.
10.Kalian telah menikmati kurniaan Allah tetapi kalian tidak pernah mensyukurinya.

Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki. Yang paling tenang hidupnya, orang yang qana'ah. Yang paling rendah kehidupannya, mereka yang menolak dunia. Dan yang paling besar penyesalannya, orang yang berilmu yang melampaui batas -Ahli Hikmah

Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka -Ahli Hikmah.

Musibah manusia di dunia:

· Sakit pada waktu mengembara
· Miskin di hari tua
· Maut pada waktu masih muda
· Buta setelah melihat
· Dilupakan orang setelah disanjung-sanjung -Ahli Hikmah

Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup, yang menjaga diri dari meminta, bapa keluarga yang bertaqwa dan Allah marah pada orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta, yang memaksa dan yang kurang cerdik -Ahli Hikmah

Ada tiga hal yang meningkatkan kemuliaan seseorang:

· memaafkan orang lain dan menghilangkan bekas-bekas kesalahannya;
· memberi sesuatu kepada orang lain yang tidak memberi sesuatu kepadanya;
· menghubungkan silaturahmi dengan orang yang memutuskannya.

Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya

Waktu adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkahan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap Tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya. Sesungguhnya kewajipan-kewajipan hamba didunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.

Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan malihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya.

Barangsiapa yang meremehkan penguasa, dia akan kehilangan dunianya. Barangsiapa yang meremehkan ulama, dia akan kehilangan agamanya. Dan barangsiapa yang meremehkan kawannya, dia akan kehilangan kemanusiannya.

Bohong, orang yang berpendapat bahwa kejahatan harus diredam dengan kejahatan, Apabila dia benar, silakan dia menyalakan dua api. Apakah api yang satu dapat memadamkan api yang lain? Yang dapat meredam kejahatan adalah kebaikan,sebagaimana air dapat memadamkan api.

Seorang alim harus mengajar dirinya sebelum mengajar orang lain, dan hendaknya mengajar dengan perilakunya sebelum mengajar dengan ucapan-ucapannya.

Ibrahim bin Adham terkenal sebagai seorang yang zahid. Kata-katanya penuh dengan hikmah dan selalu dijadikan pedoman orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah. Pernah suatu ketika seorang muslim datang kepadanya meminta kepada beliau, "Wahai Ibrahim, berilah kami wasiat agar seluruh kehidupan kami bermanfaat !". Maka Ibrahim Al Adham menjawab :

1. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan akhirat.
2. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan memperindah penampilan fizik maka sibukkanlah dirimu dengan memperindah dan mempercantikkan batinmu.
3. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengurus perkebunan maka sibukkanlah dirimu dengan memakmurkan kuburan.
4. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengabdikan diri kepada sesama manusia, maka sibukkanlah dirimu dengan mengabdikan diri kepada Rabbul Alamin.
5. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengatakan aib orang lain, maka sibukkanlah dirimu dengan keburukan dirimu sendiri.
6. Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai taman pertanian yang akan menghantarkan engkau ke pohon raya di akhirat kelak.

Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya. -Luqman Hakim

TIGA wali Allah terkenal selepas zaman Rasulullah meninggalkan pesanan dan peringatan kepada umat Islam mengenai cara terbaik menjalani kehidupan di dunia. Mereka ialah Abu Muhammad Royam, Al-Syibli dan Hasan al-Basri.

Pesanan Abu Royam:

– Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri kepada-Nya, bukan untuk tujuan lain.
– Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah.
– Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati menjadi bersih.

Pesanan Al-Syibli:

– Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan.
– Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah, adalah tertinggal seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian.
– Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan kebendaan.

Pesanan Hasan:

– Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di atasnya adalah orang yang bijak.

– Kawan yang jahat suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah.

– Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.

10 Wasiat Luqman Hakim

1. Kamu hendaklah sentiasa berada dalam majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama'(orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2. Berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu.

3. Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya. -Luqman Hakim

4. Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

5. Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa sahaja.

6. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman.

7. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air yang menyirami tanaman.

8. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan iaitu:

a. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah.

b. Orang yang berani melainkan ketika berperang.

c. Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripada mereka.

9. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan keseluruhan umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih lagi berbaki amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

10. Tanda-tanda seorang pendengki itu ada tiga iaitu:

a. Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.
b. Memuji-muji kawannya apabila berada berasama mereka.
c. Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.

Wasiat Nabi junjungan kepada Saidina Ali R.A

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.

2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.

3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar Islam.

4) Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.

5) Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.
Imam al-Ghazali pernah berwasiat agar ditinggalkan 4 perkara bagi menjaga keelokan akhlak iaitu :

1. Janganlah kamu suka berbahas dengan seseorang mengenai sesuatu perkara seboleh yang mungkin kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Ia adalah punca akhlak buruk seperti riya', hasad dengki, bermusuhan, bangga diri dan sebagainya. Jika terpaksa juga berbahas maka kamu mesti mempunyai 2 tanda pada niat dalam hatimu iaitu :

a. Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira ia berada di sebelah kamu atau pihak lain.

b. Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain.

2. Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya.

3. Jangan bergaul dengan pemimpin atau pembesar yang zalim malah jika boleh jangan berjumpa dengan mereka kerana lebih banyak padahnya daripada faedah.

4. Jangan menerima sebarang pemberian daripada golongan pembesar walau pun kamu tahu pemberian itu adalah daripada sumber yang halal kerana dibimbangi kamu akan terhutang budi sehingga takut untuk menegur kesalahannya.

Imam al-Ghazali pernah berpesan agar dilakukan 4 perkara berikut agar dapat cantikkan akhlak iaitu :

1. Bermu'amalat atau berurusanlah dengan Allah sebagaimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu. Kami tidak berasa bingung atau marah dengannya. Apa yang kamu tidak suka dilakukan oleh orang bawahanmu maka Allah juga tidak suka perlakuan sedemikian kerana Allah itu adalah Tuhanmu yang hakiki

2. Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain maka perbuatlah sebagaimana kamu mahu diperbuat ke atas dirimu kerana tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya

3. Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi nescaya kamu hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri daripada belenggu dunia

4. Jangan mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk tempoh setahun kerana Rasulullah s.a.w sendiri hanya menyediakan bekalan terhadap isteri-isteri baginda untuk tempoh sehari setengah sahaja.

10 Pesanan Untuk Nabi Musa

ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya daripada Jabir bin Abdillah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran pesanan dalam 10 perkara:

1. Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan suatu apa pun bahawa Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang Musyrikin.

2. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu daripada sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.

3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

4. Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak menyucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.

5. Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan itu, maka bukan daripada-Ku.

6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

7. Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetangga sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.

8. Jangan menyembelih korban untuk selain daripada-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

9. Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

10. Jadikan Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa dan Allah memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku.”

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita