;
Memaparkan catatan dengan label Fikrah Ibnu_yemeni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fikrah Ibnu_yemeni. Papar semua catatan

Rabu, Julai 20, 2011

Jauhi Daripada Menjadi Golongan Ruwaibidah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan-rakan seperjuangan. Moga sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.

Alhamdulillah, keputusan pepriksaan Syahadah Qiraat bagi ijazah Takhassus Qiraat telahpun keluar.Namun, nasib kurang menyebelahi penulis kerana ditakdirkan tidak lulus untuk Dur Awwal.

Walaubagaimanapun ,selaut syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana keputusan itu memberi peluang untuk melipatgandakan usaha dalam menuntut ilmu kerana Allah S.W.T dan sesuai dengan ingatan Syeikh Abul Huda Al-Ya'qubii untuk bangkit daripada lena dan tidur yang banyak yang tidak menjadi resepi kehidupan para ulama terdahulu.

Pada kali ini, penulis mungkin mengambil ruang sedikit dalam blog ini untuk berbicara soal amanah kita sebagai golongan yang menuntut ilmu kerana Allah S.W.T.

Kita maklum, generasi penuntut ilmu hari ini atau juga disebut sebagai generasi mahasiswa adalah generasi yang akan mewarnai politik pendatbiran dalam negara pada masa akan datang dan tentunya amanah tersebut akan menjadikan golongan ini dipertanggungjawabkan untuk mengurus seluruh khazanah negara dengan baik dan terurus.

Namun, perlu diingat, segala amanah yang dipertanggungjawabkan kelak telah diperingati oleh Nabi S.A.W 1400 tahun dahulu dengan satu ingatan yang keras supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut sebagai golongan Ruwaibidah.

Peringatan Nabi ini sesuai menjadi muhasabah kepada sesetangah golongan yang punya kekuasaan, jawatan dan sebagai serta mereka dimanahkan untuk menguruskan harta-harta dan khazanah-khazanah secara baik.

Baik mereka itu berfungsi sebagai jabatan di sesebuah negara yang menguruskan amanah untuk anak-anak pelajar yang belajar agar dapat belajar dengan baik dan tenteram, mahupun di peringkat lebih besar, sesbuah kerajaan yang menguruskan amanah untuk rakyatnya... semuanya dinilai oleh Allah S.W.T atas dasar amanah dan tanggungjawab dengan apa yang mereka uruskan dan tidak jahil tentang hak-hak indidvidu dan masyarakat di bawah mereka.

Jika tidak, berhati-hatilah dengan salah satu ingatan Nabi S.W.T yang menyebut bahawa terdapat dua golongan yang tidak akan dapat masuk ke syurga. Malahan golongan tersebut juga tidak akan dapat mencium bau syurga.

Disebut oleh para Ulama, bahawa dalam jarak 500 tahun perjalanan pun masih boleh mendapat haruman bau syurga. Namun golongan ini bukan sahaja tidak mampu untuk masuk ke syurga, namun hendak mencium bau syurga pun tidak boleh.

Salah satu daripada golongan yang disebutkan oleh Nabi S.W.T adalah mereka (yakni golongan yang mempunyai kekuasaaan) yang mempunyai cemeti daripada ekor kuda, dan mereka memukul dengan sesuka hati.

Ia membawa maksud bahawa sesoarang yang mempunyai kuasa atau duduk di bahagian atasan tidak boleh sama sekali menggunakan kekuasaan yang ada dengan sesuka hati kerana ia amat dibenci oleh Allah S.W.T sehinggakan nabi S.A.W mengatakan bahawa golongan ini tidak akan dapat mencium bahkan masuk ke dalam syurga Allah S.W.T.

Berkaitan dengan golongan Ruwaibidah, Nabi S.A.W bersabda:

Akan datang kepadamu tahun-tahun ketandusan. Pada tahun-tahun tersebut, kamu akan melihat bahawa orang yang bercakap benar disebut sebagai pendusta, dan orang yang berdusta disebut sebagai golonagn yang bercakap benar. Orang yang berlaku khianat akan disuruh untuk memgang amanah dan orang yang beramanah akan dituduh sebagai pengkhianat. Maka, golongan Ruwaibidah akan diberikan peluang untuk bercakap. Lalu parasahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W: Apakah itu Ruwaibidah Ya Rasulullah ? lalu Nabi S.A.W. menjawab : Mereka yang kecil hatinya, hina hatinya dan tidak mengerti urusan masyarakat.

Sebahagian ulama berpandangan bahawa tahun-tahun ketandusan itu adalah ketandusan akhlak, material dan pemikiran. Zaman tersebut menyaksikan kecelaruan yang belaku sehinggakan mengilurkan masyarakat sendiri. Orang yang benar dituduh dusta. Mereka jahil dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan urusan masyarakat. Orang yang Khianat diberikan peluangu ntuk menguruskan amanah. Golongan yang sebeginilah dilabelkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai golongan Ruwaibidah.

Sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T agar kita terlepas daripada termasuk dalam golongan Ruwaibidah. Wallahua'lam.

Isnin, Jun 06, 2011

Sedikit Coretan buat Generasi Al-Quran.


Assalamualaikum Warahmatullah:

Wah..sudah lama diri ini tidak mencoret walau sedikit kata-kata dalam blog yang hampir usang ini. Hampir tiga bulan ditinggalkan tanpa berisi.

Namun, sepanjang tiga tahun kalau tak silap blog ini beroperasi, bahan bacaan terdahulu tetap menjadi nilai denyutan hayat blog ini.

Tidak mengapalah...sekadar mencoret sedikit peringatan buat diri dan mereka yang singgah mengutip khazanah.

Sekadar juga mengambil sepotong mutiara dari sahabat berjiwa hamba, Ibnu Mas'ud R.A...ku kutip dari almanak sederhana kepunyaan seorang kawan dari hujung kota.

Luahan sahabat Nabi ini benar-benar menyentuh jiwa...beliau mengungkapkan :

"Sesungguhnya kami, menjadi satu kesusahan untuk kami menghafal ayat-ayat Allah S.W.T, tetapi mudah bagi kami untuk mengamalkannya, namun generasi yang datang selepas kami, mereka mudah untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran, namun begitu berat dan susah untuk mengamalkannya"

Peganglah ia baik-baik wahai generasi al-Quran...moga-moga ia menjadi bekal menghuni syurga Allah S.W.T. Amiin...

Salam Imtihan 1432H

Sabtu, Januari 15, 2011

Isu Tunisia : Perkukuh kesatuan Ummah.

Setelah baru-baru ini dunia umat Islam dilanda dengan isu letupan gereja dan rusuhan yang berlaku di Iskandariah yang menimbulkan polemik antara agama, maka sekali lagi dunia islam mutakhir ini diletupkan dengan isu Umat Islam di Tunisia dengan demonstari dan protes besar-besaran pemerintahan terhadap Presiden Zine El Abidine Ben Ali.

Isu ini adalah dilihat sebagai kejayaan besar khususnya bagi umat Islam di Tunisia kerana dalam tempoh 23 tahun, mereka sudah mampu untuk bangkit dan membuktikan bahawa siri-siri ketidakadilan yang terhadap mereka telah membuahkan hasil yang menyatukan dan memperkukuhkan kembali kesatuan Islam.

Namun, tindakan yang dibuat oleh Presiden Zine adalah dilihat sebagai satu tindakan yang sangat tidak professional bagi seorang pemimpin dalam menyelesaikan kemelut ini apabila beliau tidak langsung menghadapi kecaman dan kemarahan dengan tindakan yang lebih bijak tetapi bertindak melarikan diri ke negara berdekatan

Isu-isu pembangunan negara, pemberian kerja, dan isu ekonomi Tunisia yang perlu dibangunkan serta isu besar pengangguran dan kewangan yang tidak diuruskan dengan sempurna meledakkan kemarahan rakyat yang melihat beliau hanya bercakap di luar kotak realiti.

Secara politiknya, tindakan beliau telah membuka kelemahan dan ketidakmampuan beliau untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan hak dan keadilan yang sepatutnya diterima oleh seluruh Agama sehingga membangkitkan kemahan besar-besaran rakyat Tunisia.

Dalam perkembangan terbaru yang diperolehi daripada akhabar Misr Al-Yaum bertarikh 15 Januari 2011, Presiden Zine yang dipetik mengatakan untuk membubarkan Kerajaan dan mengadakan Pilihanraya secara adil dalam tempoh enam bulan telah disambut dengan reaksi besar-besaran oleh rakyat Tunisia agar Presiden Zine turun lebih cepat daripada kerusi pemerintahnnya.

Umat Islam di seluruh dunia diharap sentiasa berdoa dan melaksanakan solat hajat agar Islam sentiasa terpelihara di bumi Tunisia khsusnya dan bumi Islam seluruh dunia umumnya dan tidak berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.

Moga-moga Islam yang memayungi manusia dengan kesatuan, keamanan, keadilan dan seluruh perkara yang terbaik untuk ummah akan terus menyuburkan kekuatan Umat Islam.

Boleh juga baca berita tentang isu ini di blog Kemanusiaan PMRAM



Ahad, Disember 26, 2010

Ilusi dunia


Terkadang kehidupan dunia ini hanyalah seumpama sebuah ilusi yang yang zahirnya kelihatan cantik, ajaib, menakjubkan dan ingin dimiliki, tapi hakikatnya ianya hanyalah sebuah ujian untu melihat tahap keimanan manusia itu sendiri.

Allah S.W.T tidaklah menciptakan dunia ini selain sebagai medan ujian untuk melihat adakah setiap manusia menepati konsep kehambaan dan 'Ubudiyyah yang sebenar terhadapa Allah S.W.T.

Mak, tapisan tersebut telah dilakukan dengan ujian-ujian di atas muka bumi ini untuk dipilih mereka yang betul-betul layak mendapat ganjaran tang terhebat dan terbesar daripada Allah S.W.T, iaitu melihat wajah Allah S.W.T yang Maha Agung, dan mendiami mahligai mewah iaitu syurga Allah S.W.T .

Tiadalah yang bermanafaat untuk menjadi bekalan menuju negeri akhirat yang abadi melainkan hati yang bersih dan betul-betul sempurna dibawa menghadap Allah S.W.T

Allah S.W.T berfirman :

"Satu hari yang mana tidak adalah manafaat sebarang harta dan anak lelaki, kecuali mereka yang datang kepada Allah S.W.T dengan hati yang bersih"

Sesungguhnya, tidak adalah apa-apa manafaat untuk dikejar dunia yang penuh fatamorgana ini.

Sebagaimana kisah Nabi Muhammad S.W.T, yang diriwayatkan ketika baginda bersama para sahabat lalu di sebuah tempat, dan kelihatan seorang pengembala kambing yang membuang bangkai kambingnya, maka rasulullah S.A.W bertanya kepada para sahabat baginda, "Pada pandangan kalian, apakah nilai kambing tersebut di sisi tuannya".

Maka dijawab oleh para sahabat, "Tentulah bangkai tersebut tidak ada nilai sedikitpun di sisi tuannya, kerana ianya telah dibuang oleh tuannya".

Maka baginda berkata kepada para sahabat, "Begitulah diibaratkan dunia di sisi Allah S.W.T. Sekiranya dunia ini punyai nilai walau sebelah sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak akan dapat minum walau seteguk air".

Alangkah beruntungnya umat islam, nilai yang diiktiraf di sisi Allah S.W.T hanyalah diberikan kepada umat Islam.

Walaupun manusia melihat golongan kafir mendapat kesenangan dan kemewahan di atas muka bumi, tetapi itu disebabkan tidak ada nilaipun di sisi Allah kehidupan mereka.

Namun, kehidupan yang bernilai adalah di akhirat kelak, yang mana hanyalah diberikan kepada uamat Islam sahaja. Maka, usahlah kita merasa ragu sedih dengan segala ujian yang menimpa kita sewaktu berkelananya kita di atas pelayaran di muak bumi ini.

Gambar-gambar di bawah ini adalah beberapa ilusi-ilusi mata yang terkadang pening untuk difikirkan. Sumber gambar ini adalah daripada www.malaysiasensasi.net




Gambar-gambar di atas kelihatan hidup dan bergerak-gerak serta menakjubkan, namun hakikatnya ianya hanyalah sebuah corak yang pegun dan tidak mengandungi apa-apa di dalamnya.

Itulah kaitan yang cuba penulis letakkan dalam posting yang sederhana pada kali ini.

Moga-moga setiap kejadian yang berlaku pada diri kita di sepanjang kehidupan ini memberikan satu nilai yang besar untuk menjadi Muslim yang terbaik serta mengikut jalan-jalan yang telah dilakukkan oleh Ulama'- ulama' yang sentiasa hidup hati mereka dengan perjuangan serta tidak mudah tertipu dengan dunia yang penuh dengan ilusi dan fatamorgana.

Wallahu'alam...

Sabtu, Disember 11, 2010

Hijrah: Menghayati Prinsip Percaya untuk Berjaya.

Sudah beberapa hari awal Muharram berlalu.

Ini bermakna umur kita pun sudah meningkat beberapa waktu.

Berlalunya 1431H pastinya menggamit seribu nostalgia yang telah terpatri menjadi ingatan memori kita.

Permesyuaratan yang berlaku di zaman Saidina Umar Al-Khattab R.A pada tahun ke 17 Hijrah yang memutuskan tarikh 1 Hijrah sebagai penentuan awal kalendar umat Islam mempunyai signifikannya tersendiri.

Ianya merupakan asas kepada perubahan yang besar yang disebutkan oleh Dr Mustafa Al-Sibaie sebagai bulan kemenangan bagi umat Islam.

Tanpa hijrah, manusia seluruhnya tidak mampu untuk menghayati konsep kesempurnaan dalam Islam dengan baik.

Islam sebagai Agama rahmat bagi sekalian alam amat menuntut umatnya agar lebih baik daripada hari ke hari.

Mana mungkin manusia mampu untuk menghayati konsep ini dengan baik sekiranya tidak mencerna konsep perubahan yang ditunjukkan dalam sirah Hijrah ini.

Berubah itu adalah untuk menghayati falsafah percaya untuk berjaya.

Keyakinan dan kepercayaan terhadap sesuatu perkara yang besar tentunya akan mengangkat motivasi diri untuk berusaha mencapai perkara tersebut.

Lihatlah bagaimana keadaan umat Islam di Mekkah ketika Pihak Quraisy mendapat tahu bahawa kekuatan umat Islam telah bertambah di Madinah.

Pihak Quraisy telah memulakan proses menghimpit umat islam dengan segala bentuk kekangan pemulauan, penyiksaan, penghinaan dan sebagainya yang sampai kepada kemuncak operasi pembunuhan Rasulullah S.A.W yang Dirancang oleh Abu Jahal dan sekutunya di Dar al-Nadwah.

Tekanan dan kekangan ini seterusnya diikuti dengan perintah daripada Allah S.W.T untuk berhijrah.

Secara signifikannya, Hijrah yang diperintahkan tersebut memberi makna agar umat Islam bergerak untuk membuat satu perubahan yang besar agar Islam mendapat manafaat dan natijah yang lebih besar daripada itu pada kemudiannya.

Jika tidak, pasti Allah S.W.T tidak akan memerintahkan untuk penghijrahan dilakukan dan pastinya segala proses penentangan semula terhadap puak Quraisy diselesaikan di Makkah.

Di sini konsep percaya untuk berjaya dicerna.

Dalam keadaan kaum Muhajirin terpaksa meninggalkan seluruh harta-benda dan anak-pinak terpaksa ditinggalkan di Makkah, pastinya timbul dalam benak hati mereka mampukah mereka melakukan perubahan tersebut yang sangat drastik dan besar.

Namun, persoalan demi persoalan tersebut membawa kepada kepercayaan terhadap satu perkara yang besar untuk menghasilkan natijah yang besar.

Akhirnya, natijah tersebut dicapai dengan terbinanya Negara Islam yang pertama di Madinah yang seterusnya membawa kepada tersebarnya islam di seluruh muka bumi sehingga hari ini.

Di dalam peperangan Ahzab contohnya, ketika mana umat Islam dihimpit dengan tekanan yang besar daripada pihak musuh yang bergabung, Rasulullah S.A.W datang memberi motivasi percaya untuk berjaya kepada tentera islam pada waktu tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W kepda mereka :

"Kota Konstantinopel pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya".

Janji yang telah dibuat oleh Rasulullah S.A.W itu adalah perkara yang sangat jauh dan sukar dicapai pada masa tersebut. Dalam keadaan umat islam masih tidak punyai negara sendiri dan Kota Konstantinopel merupakan kota yang terhebat dan terbesar di dunia pada masa tersebut, sudah tentu cabaran untuk mendapatkannya sangatlah berat, jauh, besar dan sukar.

Namun, rasulullah S.A.W memberi keyakinan yang penuh untuk menghayati kepercayaan dan keyainan seterusnya berusaha untuk mencapai kejayaan. Akhirnya, dengan keyakinan dan kepercayaan yang besar tersebut, apa yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W tersebut benar-benar berlaku.

Sekali lagi konsep percaya untuk berjaya diterapkan di dalam kisah Hijrah yang agung ini. Ketika mana seorang yahudi, Suraqah bin Malik bertemu dengan Rasulullah S.A.W, beliau berusaha untuk mengejarnya dengan pedang yang terhunus panjang dan tajam beserta kuda yang terhebat. namun, beliau bukan sahaja tidak mampu untuk menjamah batang tubuh rasulullah S.A.W, bahkan beliau rebah sebelum semapat mendekati Nabi S.A.W.

Tiga kali rebah di pertengahan menjadikan jiwa Suraqah yang asalnya berkobar-kobar pada awalnya turut rebah tidak bermaya. Beliau hanya mampu memanggil Rasulullah S.A.W dengan suara yang penuh kesayuan dan lemah.Tiada lagi derapan tapak kai kuda, tiada lagi suara gagah yang keluar dari mulut Suraqah, dan tiada lagi hunusan perang yang menjulang ke langit.

Rasulullah S.A.W datang menolong Suraqah dan berkata: "Hendakkah kamu jika aku hadiahkan kamu dengan Gelang Maharaja Kaisar? iaitu kamu hendaklah beriman kepada Allah S.W.T".

Jaminan yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W sungguh mengejutkan beliau. Beliau hanya terdiam dan kembali ke Makkah tanpa berkata apa-apa.

Namun, akhirnya apa yang dikatakan oleh nabi S.A.W itu benar-benar tejadi setelah beliau masuk Islam dan sama-sama berperang di zaman Saidina Umar Al-Khattab setelah Islam berjaya menakluk kota Rom dan Parsi. Gelang tersebut telah diberikan oleh Saidina Umar sendiri kepada beliau.

Lihat bagaimana nabi S.A.W memberikan keyakinan dan kepercayaan dengan perkara yang besar untuk mencapai kejayaan yang besar. Jika tidak, tentulah nabi S.A.W hanya akan menjanjikan sesuatu yang lebih dekat dan lebih mudah serta cepat untuk mendapatkannya.

Apa yang ingin dibawa oleh penulis khususnya kepda Mahasiswa dan mahasiswi yang sedang berada dalam fitrah Imtihan ini, agar kita mengahayati konsep Hijrah ini untuk mengaplikasikan "Percaya untuk berjaya" itu dengan sebaiknya.

Untuk mencapai kejayaan yang besar, tetapkan azam kita yang terbaik dan terbesar. Usahlah hanya berazam untuk mencapai natijah yang sekadarnya sahaja kerana kita pastinya akan berusaha dengan sekadarnya juga.

Namun, tetapkan azam dan niat untuk mendapat natijah yang terbaik, seterusnya dengan keyakinan dan kepercayaan tersebut akan membuahkan usaha yang terbaik untuk mencapainya.

Inilah yang telah diajar dan diimplimentasikan oleh rasulullah S.A.W melalui kisah hijrah yang penuh bermakna ini.

Di samping itu, janganlah lupa untuk menghayati dan mencerna konsep pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Saidina Abu bakar R.A. terhadap Rasululllah S.A.W, pengorbanan Abdullah bin Abu bakar sebagia penganalisis politik nabi S.A.W dan Asma' binti Abu Bakar, seorang serikandi berjiwa pejuang yang bertugasmembawa bekalan kepada rasulullah S.A.W dan Saidina Abu bakar Al-Siddiq R.A.

Begitu juga dengan pengorbanan Saidina Ali K.W.J kerana keberanian beliau untuk menggantikan tempat tidur Nabi S.A.W dan sifat amanah beliau memulangkan kembali barang-barang yang telah disimpan oleh golongan kafir Quraisy kepada nabi S.A.W.

Watak beramanah dengan prinsip yang telah ditunjukkan oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A juga turut memberi makna yang besar agar kita sebagai mahasiswa dan mahasiswa punyai jiwa yang sensetif dan cakna dengan isu yang melibatkan integriti dan hak mahasiswa itu sendiri.

Lihatlah bagaimana beliau dengan lantang mengistiharkan penghijrahan beliau kepada semua dengan pergi ke tengah-tengah kota Makkah dan berkata: "Barangsiapa yang ingin isteri-isterinya menjadi janda dan anak-anaknya menjadi yatim piatu, datanglah ke wadi ini esok untuk menghalang penghijrahan daku".

Namun, tiada seorangpun daripada kalangan kaum Quraisy yang datang untuk berhadapan dengan beliau.

Akhirnya, moga-moga ramuan yang telah dicerna melalui sirah yang agung ini akan memberi motivasi yang besar untuk melonjakkan paradigma kita seterusnya akan mampu untuk mencapai apa yang dihajatkan serta diimpikan seagai seorang mahasiswa islam.

Salam Imtihan 1432H.

Syeikh Muhd Mujahid in Sikh Nawawi,
Tahun 3, Takhassus Al-Quran Wal Qiraat,
Maahad Qiraat Shoubra, Kaherah, Mesir.








Isnin, Oktober 25, 2010

Di mana nilai Integriti Mahasiswa.


Sejak kebelakangan ini, isu yang melibatkan integriti mahasiswa sering kedengaran ke cuping telinga.

Isu-isu yang timbul ini seolah-olah mengajak kita untuk bertafakkur sejenak merenung di manakah nilainya integriti insan-insan yang bergelar mahasiswa.

Sudahkah mahasiswa bebas daripada belenggu penjajahan pemikiran yang telah sekian lama membayangi mahasiswa bahawa tugas mereka hanyalah belajar, belajar , dan belajar serta nyahkan soal sensitiviti dan integriti!

Maka, sekiranya pemikiran itu terpatri dalam diri mereka , jadilah mahasiswa itu seumpama seorang budak belasan tahun yang bersalut jasad seorang insan yang sudah matang dalam menilai dan membawa sesebuah idealisme. Gah pada luaran, tetapi jiwanya amat rapuh!

Umapama harimau atau singa yang gah pada taringnya, begitu juga mahasiswa patut gah dengan taringnya iaitu integriti mahasiswa itu sendiri!

Usah biarkan pihak2 yang hanya punyai sedikit kelebihan material dan sebagainya untuk mematahkan taring mahasiswa.

Di Mesir, isu-isu yang melanda seputar integriti mahasiswa sepatutnya mematangkan kita dalam menilai soal integriti itu sendiri.

Isu Di Mansurah, Tanta yang melibatkan keprofessionalan beberapa penjawat awam yang dipertikaikan serta seputar isu Islamic Fashion Festival yang sangat memberi kesan kepada imej Islam di negara kita. begitu juga, isu-isu seputar kebajikan yang melibatkan hak Badan Kebajikan Anak Negeri, soal penafian zakat, isu amanah pegawai dan sebagainya turut menjadi bukti bagaimana landskap perjalanan tanggungjawab Institusi yang sepatutnya membantu mahasiswa mahasiswi di luar negara berada di tahap yang cukup tidak memuaskan.

Jelasnya, isu integriti yang telah mula kedengaran ini adalah satu turning point untuk mahasiswa kembali bangkit mencari dan membina serta memperkukuhkan identiti dan jatidiri di bawah satu bumbung kesatuan dan fikrah.

Bahkan, inilah yang telah disemai oleh PMRAM, melalui amanat emas yang telah disampaikan oleh Pres PMRAM, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime sendiri ketika jaulah ke seluruh Muhafazah, agar mahasiswa dan mahasiswi cakna dengan soal integriti serta hak dan maruah.

Gunakan saluran yang telah ada..borang aduan hak mahasiwa yang telah berlegar di sekitar anda melalui BKAN dan DPM masing-masing harus digunakan dengan sebaiknya kerana itu adalah satu bukti dan hujjah untuk mengembalikan soal hak dan maruah mahasiswa dan mahasiswi.

Ingatlah, pemuda itu seumpama matahari yang sedang terik membakar...usah sekali-kali dipertiakaikan teriknya cahaya matahari itu, kelak ia akan membakar dengan terik cahaayanya!

Kemantapan Fikrah, membina Syakhsiah!

Sabtu, Oktober 16, 2010

Masuk Syurga penuh penghormatan




Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T di atas kurniaan seluruh nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita.

Sehingga ke hari ini,nadi kita masih lagi berdenyut...Nafas kita masih lagi berfungsi..akal kita masih lagi bergerak...serta seluruh jasad anggota kita masih lagi hidup, untuk terus gagah melaksanakan seluruh tuntutan Allah S.W.T.

Ianya diciptakan oleh Allah S.W.T bukan dengan bayaran duit..bahkan bukan dengan bayaran kegagahan dan kekuatan tubuh badan kita..tapi ianya dikehendaki oleh Allah S.W.T untuk dibayar dengan 'Ubudiyyah' dan taat kepada seluruh perintah Allah S.W.T.

Jika dunia menghendaki sesuatu itu dibayar dengan nilaian dunia seperti wang, harta dan sebagainya, maka untuk jasad yang bergerak ini, bayarannya adalah nilai kehambaan seorang hamba kepada Rabb-Nya.

Adanya malam berpasangan dengan siang, bulan berpasangan dengan matahari, lelaki berpasangan dengan wanita..begitu juga jasad itu berpasangan dengan roh. Hilang salah satunya, maka tidak ada nilainya lagi salah satu yang lain.

Maka begitulah juga, jika waktu malam itu fungsinya berehat, maka siang itu fungsinya bekerja. Begitu juga,lelaki itu fungsinya bekerja, dan wanita itu fungsinya membahagia...maka begitulah juga halnya dengan roh dan jasad.

Bagaimana caranya jasad itu boleh membahagiakan roh..maka jawabnya adalah dengan memperbanyakkan amal..jasad itu berkorban untuk roh sebagaimana seorang lelaki berkorban untuk wanita, siang mengundur diri jika tiba malam dan sebagainya.

Inilah satu perkara yang jika difahami dengan sebaiknya, maka layaknya penghormatan syurga itu untuknya.

Inilah yang boleh difahami daripada sebuah hadith yang di antara hadith terawal yang disabdakan oleh Nabi S.A.W di Madinah, yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Salam. Nabi S.A.W bersabda:

أطعموا الطعام , وأفشوا السلام , وصلوا الأرحام , وصلوا الليل والناس نيام ,أن تدخلوا الجنة بسلام

'Berilah olehmu makanan, dan seberkanlah salam, sambungkanlah silaturrahim , dan bersolatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, sesungguhnya kamu akan memasuki syurga denagn penuh penghormatan'

Itulah antara bukti keseimbangan di antara tuntutan roh dan jasad.

Teori inilah yang telah dicerna oleh ulama' yang terdahulu sehingga bukan sahaja mereka kaya dengan amalan dan taqarrub keapda Allah S.W.T, namun jiwa mereka juga bergerak untuk membangunkan dan membawa obor Islam ke seluruh alam.

Fahami lima bentuk amalan jiwa dan jasad sebagaimana tulisan Saiid Hawwa' dalam Kitabnya 'Jundullah' berkenaan lima bentuk Jihad:

1-Jihad dengan Lisan.
2-Jihad dalam bentuk pendidikan (Ta'liim).
3-Jihad dengan tangan dan jiwa.
4-Jihad dalam bentuk politik Islam.
5-Jihad harta-benda.

Wallahua'lam...

Rabu, September 22, 2010

3 golongan manusia


Manusia yang beruntung hidupnya adalah mereka yang sentiasa mendapat keberkatan dalam hidup.

Keberkatan itu pula sinonim dengan ketaqwaan kerana orang yang bertaqwa sentiasa beruntung hidupnya.

Itulah juga yang menjadi impian seluruh orang yang beriman termasuk sahabat-sahabat Nabi S.A.W walaupun mereka telah dijamin masuk syurga. Contohnya Saidina Umar Al-Khattab menyatakan kebimbangan beliau tatkala beliau menyatakan apabila semua orang masuk syurga dan hanya seorang yang tidak masuk syurga, maka beliau bimbangi beliaulah yang seorang itu.

Lihatlah kehebatan iman dan ketaqwaan seorang sahabat..Walaupun Nabi S.A.W sudah menjamin dengan jaminan syurga, namun beliau sentiasa memuhasabah diri.

Begitu juga dengan sahabat yang lain..Saidina Abu Bakar al-Siddiq contohnya, tatkala beliau bersolat, keluar bau hangit seakan-akan terbakar daripada hatinya. Melambangkan hebatnya keimanan dan kekhusyukan beliau.

Begitu juga dengan Saidina Ali K.W.J, beliau mengambil air wudhuk sehingga pengsan kerana perasaan takutnya kepada Allah S.W.T.

Alangkah seronoknya jika kita juga memiliki keimanan seperti mereka.

Pada posting kali ini, penulis ingin berkongsi mengenai tiga jenis perangai manusia.

Manusia pertama adalah seumpama tanah .Walaupun hujan agak jarang turun contohnya, namun tanahr ini akan cepat-cepat mengambil manafaat dengan air hujan tadi lalu menumbuhkan buahan yang menjadi manafaat untuk manusia.

Golongan manusia kedua pula adalah seumpama batu-batuan dan pasir..Walaupun hujan selalu turun, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. batuan tadi tetap kekal sebagai batuan tidak tidak menumbuhkan sesuatu yang bermanafaat seperti buah dan sebagainya.

Manakala golongan manusia ketiga pula diibaratkan sebagai air kolam/tasik yang bertakung. Keadaan air ini tetap akan kekal sebagai air dan tidak membuahkn apa-apa hasil yang lain. Apabila hujan turun, air tadi hanyalah akan bertambah, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku.

Sidang pembaca yang budiman,

Tiga analogi di atas sangat sesuai untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kita.

Golongan pertama yang diibaratkan seperti tanah tadi adalah golongan yang paling baik dan kehidupan mereka di atas muka bumi tidak sia-sia. Hubungan mereka dengan Allah S.W.T dan manusia tidak sama sekali disiakan, Bahkan mereka cuba untuk menjadi Mukmin yang terbaik. Segala ilmu yang dipelajari tidak hanya disimpan, namun ianya digunakan sebaik-baiknya untuk dimafaatkan dan dimakmurkan kepada manusia. Inilah golongan yang berjaya dan beruntung.

Golongan yang kedua pula adalah golongan yang hidupnya tidak mendapat apa-apa manafaat. Sudahlah mereka tidak mahu menerima nasihat, malahan mereka dengan keras hati menolak dan menghina pula golongan yang ingin membawa mereka ke jalan yang benar.Golongan inilah yang diumpamakan sebagai batuan dan pepasir yang tidak membawa apa-apa manafaat walaupun hujan kerap turun menyirami mereka.. Golongan ini hanya memberikan kesusahan kepada masyarakat kerana mereka tidak mampu dan mahu membawa apa-apa perubahan kepada masyarakat keran disebabkan sifat ego yang ada pada mereka.

Ini boleh difahami daripada ingatan Nabi S.A.W yang berbunyi:

الرياء بطر الحق وغمط الناس

"Riya' itu adalah menolak / membelakangkan kebenaran dan mempersenda/tidak memandang baik mereka yang membawa kebenaran tersebut'

Seterusnya, golongan yang ketiga pula adalah golongan yang diumpamakan sebagai air yang bertakung. Mereka ini diberi nasihat agama, bahkan mungkin menghadiri majlis pengajian ilmu serta mendengar nasihat agama. Namun, apa yang mereka dengar itu hanyalah ibarat mencurah air di daun keladi. Hanya menerima nasihat, namun tidak berubah dan tidak ingin melakukan perubahan. Jika mereka melihat kemungkaran yang berlaku di sekeliling mereka, mereka hanyalah melihat sahaja serta menyerahkan kepada orang lain untuk menyelesaikannya. Golongan ini walaupun tidak menentang Dakwah Islamiyyah itu contohnya, namun kehadiran mereka juga seolah-olah tidak dirasai oleh masyarakat, kerana mereka menjadi golongan yang tidak ada sensitiviti dan kesedaran untuk membangunkan ummah dengan wasilah Islam yang syumul.

Maka, terpulanglah kepada kita untuk memilih golongan yang mana. Bersama-samalah kita koreksi dan muhasabah diri kita agar berjaya menjadi golongan yang diumpamakan seperti tanah itu tadi. Walaupun kia tidak punyai kelebihan yang banyak, ataupun mungkin kita tidak dikenal dan disanjung di dalam masyarakat, namun kehadiran kita membawa erti yang besar kepada Dakwah Islamiyyah. InsyaAllah, apabila kita telah pergi kelak, masyarakat pastinya akan mengenang dan menyedari apa yang kita lakukan.

Hidup ini bukan satu kemuliaan, Bukan juga satu sanjungan, Bahkan hidup ini untuk menanam kebaikan, Yang hasilnya untuk dituai di akhirat, demi menebus syurga yang Abadi.

Wallahua'lam..

Al-Faqir Ilallah:

Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi,
Tahun 3, Takhassus Qiraat Shoubra Qahirah.

Jumaat, September 10, 2010

Rancangan Pembakaran al-Quran Dikecam!

Rancangan pembakaran al-Quran yang dirancang oleh sebuah gereja kecil di Gainesville, Florida sempena memperingati kejadian 11 september 2001 amat mencabar maruah seluruh umat Islam.

Sudahlah kita baru sahaja selesai menjalani bulan Ramadhan al-Mubarak yang di dalamnya diturunkan Al-Quran yang begitu agung...Kini, ada pula pihak yang dengan sewenang-wenangnya menodai kesucian Islam dengan melakukan perkara yang sangat terkutuk.

Jelas, mereka tiada agenda lain melainkan untuk mempersenda umat Islam yang ketika ini dilihat lemah kesatuan mereka dengan wujudnya blok-blok negara-negara Umat Islam yang sudah terpecah sejak sekian lama.

Jika kita soroti, tidak berlebihan jika dikatakan bahawa apa yang mereka lakukan itu jelas bertentangan dengan keseluruhan nilai-nilai dan norma-norma di dalam diri manusia walau mereka berfahaman apapun.

Apakah yang akan dirasai jika tempat dan sesuatu yang dirasakan suci oleh mereka diperlakukan sedemikian rupa, apakah mereka hanya akan duduk diam!

Begitu juga, perkara ini harus mendapat sensitiviti yang besar daripada umat Islam kerana ia melibatkan kesucian agama Islam itu sendiri.

Al-Quran merupakan kitab yang sangat mulia. Bahkan ,dikatakan oleh sesetengan para ulama', jika al-Quran itu sekalipun turun bukan pada waktu malam Lailatul Qadar, maka malam yang diturunkan al-Quran itu tetap akan menjadi lebih mulia daripada malam lailatul Qadar sendiri.

Ia bermaksud, Kemuliaan bulan ramadhan dan malam al-Qadar itu, adalah kerana diturunkan padanya al-Quran yang mengandungi seluruh peringatan dan rahmat buat manusia dan ia menjadi kesepakatan seluruh ahli ilmu.

Jaid, di bulan syawwal yang mulia ini, penulis ingin mengajak seluruh umat Islam agar kita sama-sama mengecam dan mengutuk upacara yang cukup bertentangan dengan nilai dan norma maunsia itu sendiri sehingga ianya juga dibenarkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat walaupun mereka dikatakan sebagai musuh Islam.

Apakah lagi yang akan dilakukan oleh Musuh Islam selepas ini setelah satu-persatu kebobrokan yang mereka lakukan..sama-samalah kita berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi agama Islam dan Janji Allah itu bahawa cahaya Islam tidak akan lenyap dari muka bumi ini adalah pasti.

Apa yang pasti, kita harus sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kefahaman agar kita betul-betul faham dan cakna dengan isu yang membabitkan maruah umat islam ini, dan memhami konsep Jahiliyyah itu dengan kefahaman yang benar. Moga-moga, kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang ingin memadamkan sinar Islam di atas muka bumi ini.Na'uzubillah...

Kata Saidina Umar al-Khattab R.A :

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية

'Sesungguhnya ikatan Islam itu akan terurai satu-persatu, sekiranya seseorang yang lahirnya di dalam keluarga Islam, namun ia tidak mengenal Jahiliyyah'

Wallahua'lam..Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin dan selamat mengerjakan puasa 6 hari di bulan syawwal.

Ahad, Ogos 15, 2010

Dekatnya kiamat

Salam Ramadhan buat semua..Moga-moga kita sentiasa berada di dalam keadaan yang dirahmati dan diredhai oleh Allah S.W.T di sepanjang bulan ramadhan ini.

Penulis memohon maaf disebabkan agak lama tidak menulis kerana memfokuskan kepada perkara yang lebih utama lagi.

Penulisan itu penting, namun bila bertembung dengan banyak perkara yang lebih diutamakan maka perkara yang diutamakan itulah yang harus diselesaikan terlebih dahulu.

Inilah yang diajar oleh Islam melalui kefahaman terhadap Fiqh Al-Aulawiyyat dan Fiqh al-Muwazanat (timbangan ) dalam kita menyelesaikan apa jua permasalahan menurut posisi masing-masing.Teringat bilamana Imam Hassan Al-Banna ditanya mengapakah beliau tidak mengarang buku atau kitab..Maka beliau menjawab "Aku tidak mengarang buku kerana aku mengarang Rijal-rijal". Ia bermaksud beliau memahami keutamaan untuk membina jiwa-jiwa yang mampu menggerakkan proses tarbiyyah untuk menegakkan Islam itu lebih utama dan berkesan daripada penulisan pada zamannya.

Namun ,jika kita merasa penuliasan itu satu medium terbaik untuk menggerakkan paradigma Dakwah itu sendiri, maka utamakanlah dan fokuskan terhadapanya kerana ianya juga merupakan satu sunnah yang telah dihidupkan oleh sebahagian ulama'-ulama' kita sendiri baik dahulu mahupun sekarang.

Di dalam sebuah hadith yang panjang, Rasulullah S.A.W mengingatkan kepada umatnya berkaitan salah satu tanda-tanda kiamat iaitu lahirnya anak-anak yang berpangkat tuan kepada ibunya dan timbulnya bangunan- bangunan pencakar langit.

Ertinya:

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan".

(H.R. Muslim)

Keterangan

Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.

Lihat gambar ini :





Gambar di atas menunjukkan sebuah jam gergasi yang berharga 3 Juta USD bakal dibina di Makkah al-Mukarramah yang hampir setaraf dengan menara- pencakar langit di dunia.

Gambar-gambar seterusnya boleh dilihat di sini

Inilah di antara hakikat atau realiti terhadap apa yang telah dibuktikan oleh rasulullah S.A.W di dalam sabdaan Baginda tentang dekatnya kiamat sejak 1400 tahun dahulu lagi.

Secara ringkasnya, apa yang ingin penulis ungkapkan di sini adalah persediaaan kita untuk menghadapi hari kebangkitan yang semakin hampir ini.

Usahlah kita hanya merasa seronok dengan kenikmatan yang berada di sekeliling kita..namun , sentiasalah bersedia dengan tanda-tanda yang telah ditunjukkan oleh Allah S.W.T di sekeliling kita juga.

Ramadhan yang ada ini belum tentu akan dapat dinikmati oleh kita pada tahun yang akan datang. Ambillah peluang yang ada dengan penuh keimanan dan penghisaban..Moga-moga kita akan beroleh kemenangan InsyaAllah.

Wallahua'lam...


Isnin, Julai 26, 2010

Faham rahsia hidup dengan lilin!


Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana kita masih dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan keberkatan umur yang masih ada hingga sekarang.

Dengan keberkatan dan kasih-sayang Allah jualah, kita masih lagi dapat melihat, mentafsir, memahami, dan memperkuat keimanan kita dengan ciptaan Allah S.W.T di atas muka bumi ini.

Umur yang kita ada harus kita gunakan dengan sebaik-baiknya..Bimbang-bimbang tiba satu masa kita tidak punyai ruang waktu yang luas lagi untuk mengerjakan amal kebaikan.

Ketahuilah, tiba satu masa kita akan disibukkan dengan kerja yang tidak boleh kita elak lagi..apakah ia? ia adalah sakaratulmaut..Begitu juga,terkadang kita disibukkan dengan kerja yang menyusahkan kita, iaitu ujian dunia..Semua ini menjadi penilaian untuk kita menghargai masa yang ada.

Jangan biarkan hidup kita jauh daripada mengingati Allah S.W.T di dalam satu hari kehidupan kita.

Rasulullah amat menghayati dan menghargai setiap hari yang berlalu di dalam kehidupan baginda. Baginda bersabda :

إذا أتى علي يوما لا أزداد فيه علما يقربني إلى الله فلا بورك لي في طلوع الشمس ذلك اليوم

"Jika datang kepadaku satu hari yang tidak bertambah ilmu yang boleh mendekatkanku kepada Allah S.W.T, maka tidak ada gunanya terbit matahari pada hari tersebut".

Jika rasulullah S.A.W sebagai manusia agung sentiasa menghargai waktu Baginda, apatah lagi kita yang tidak terlepas daripada daripadsa dosa-dosa ini, maka perlulah mewajibkan diri kita untuk menginsafi setiap hari yang kita tinggalkan!

Persoalan di atas di bawa untuk sama-sama difikrkan oleh kita bersama..Terkadang, kita hanya menganggap guru-guru kita sebagai lilin yang menerangi. namun, satu perkara yang harus kita sedar, setiap orang harus menghayati konsep lilin yang membakar ini.

Imam Yusuf al-Qardhawi menyebutkan di dalam kitab sederhanya yang bertajuk "رسالة الأزهر بين الأمس واليمم والغد" , bahawa setiap orang perlu menghayati konsep ilmu yang mereka pelajari serta mengetahui peranan mereka sebagai penuntut ilmu.

Dalam risalah Azhar ini, Dr Yusuf al-Qardhawi ingin membawa mereka-mereka yang pernah bernaung di bawah lembayung ilmu Universiti al-Azhar khususnya dan semua orang umumnya, agar mengahayati setiap ilmu yang dipelajari serta dibumikan dalam bentuk amalan untuk memakmurkan masyarakat.

Kita tidak mampu untuk menikmati nikmat ilmu itu sehinggalah ianya digunakan secara praktikal demi memakmurkan masyarakat.

Bahkan akhlak-akhlak seperti kesedaran Islam dan semasa, ikhlas, Qudwah Hasanah, Izzah dan sebagainya menjadi adunan yang membentuk identiti al-Azhar sejak dahulu lagi melalui cerminan ulama-ulama' mereka yang sentiasa ikhlas berjuang demi mempertahankan kesucian Islam.

Dalam konteks al-Azhar sebagai "Masna' " ataupun kilang penghasilan Du'at ataupun pendakwah Islam sebagaimana yang digariskan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi di dalam kitab ini, beliau ingin membawa kefahaman yang jelas agar setiap perkara yang dilakukan bertepatan dengan tujuan dan hadafnya.

Dr Yusuf membawa analogi-analogi yang telah digunakan oleh sebahagian Syeikh untuk menguji kesediaan anak murid mereka dan kefahaman mereka terhadap risalah islam itu sendiri, maka mereka menyediakan 4 bilik. Bilik pertama dipenuhkan dengan kayu-kayu api yang bersedia untuk untuk dibakar, seterusnya dipenuhkan di dalam bilik tersebut.

Bilik kedua pula disediakan dengan banyak bahan-bahan bacaan dan kitab-kitab. Seterusnya, bilik ketiga disediakan dengan bunga-bungaan yang mewangi. Bilik keempat pula disediakan dengan sebatang lilin yang dinyalakan di tengah-tengah bilik tersebut. Maka, diminta kepada setiap anak murid mereka untuk memasuki mana-mana bilik yang disediakan berdasarkan pilihan dan kefahaman mereka sendiri.

Maka setiap daripada anak murid memasuki bilik pilihan mereka.

Setelah itu dikatakanlah kepada golongan yang memasuki bilik pertama.. "Sesugguhnya kamu mempunyai hati yang lemah..kamu ingin mendapat nikmat yang segera hidup di dalam dunia ini dan mengetepikan kepentingan orang lain" itulah ibarat kayu api yang dikumpulkan dengan banyak tersebut.

Kepada golongan yang memasuki bilik kedua, dikatakan kepada mereka : "Sesungguhnya kamu adalah seorang yang hanya mememahami teori dengan merasakan bahawa di dalam kitab itulah segala perkara tetapi kamu lupa kitab kehidupan kehidupan yang lebih besar (iaitu memakmurkan umat dengan ilmu)".
Syeikh menyebutkan pula kepada golongan yang memsuki bilik ketiga: "Sesungguhnya kamu punyai hati yang bagus, namun kamu menyangka ianya adalah nikmat kehidupan, dan kamu lupa bahawa di sisi bungaan itu terdapat duri yang menjadi ujian dan cubaan terhadap nikmat tersebut".

Bagi yang memasuki bilik keempat, Syeikh mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu memahami rahsia hidup. Kamu mengetahui tujuan kamu menuntut ilmu iaitu untuk memakmurkan masyarakat dengan ilmu, bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja "

Itulah perumpamaan bagi lilin yang diletakkan di dalam bilik itu..Bukan sahaja lilin itu menerangi kawasan sekeliling, namun ia membakar dirinya juga.

Seharusnya kita sebagai golongan yang cakna dengan isu-isu semasa memahami perkara ini dengan pemikiran yang jelas dan waras.

Imam Dr Yusuf al-Qardhawi menegaskan kepada kita di dalam kitabnya "Al-Sohwah Al-Islamiyyah Minal Murahaqah Ila Rusd" di bawah tajuk "Daripada banyak berdebat dan bercakap kepada banyak memberi dan beramal", beliau menyatakan bahawa kita usah terlalu leka dengan banyak berkata-kata dan berpropaganda..namun, lakukanlah amalan dengan penuh jitu dan amanah tanpa perasaan ingin merungut dan menyalahkan orang lain. Usah kita hanya terlalu berbangga-bangga dengan sejarah terdahulu, namun cubalah untuk mencipta sejarah agar ianya boleh dikenang. inilah antara prinsip yang ditegaskan oleh Dr Yusuf al -Qardhawi untuk membakar motivasi kita selaku jiwa-jiwa yang bergerak.

Ayuh, teruskan motivasi kalian untuk membina jiwa yang kuat dan jitu dengan PMRAM..Kita tetap dengan wawasan dan keyakinan yang satu bahawa selagi PMRAM membawa dasar Islam, maka selagi itulah kita perlu terus mendokong dan menyokong PMRAM. Allah S.W.T sentiasa bersama kita InsyaAllah..Ayuh sama-sama rasai bahang PMHK,Hemat dan program-program yang seterusnya yang akan berlangsung sepanjang sesi cerminan 2010 ini. Siiru 'Ala Barakatillah..Wassalam.

Jumaat, Julai 16, 2010

Fahami isi dengan erti.


Entri kali ini sengaja dibawa oleh penulis dengan tajuk yang agak subjektif.

Apakah yang ingin dimaksudkan dengan isyarat di atas?

Setelah berakhirnya kembara Matruh Siwa Hewi PMRAM 2010 semalam, maka banyak lagi perogram-program PMRAM yang akan menyusul seperti Bazaar, Q, PMHK-KEKAL, Kuttub Sittah dan sebagainya.

Sebenarnya, program-program yang dianjurkan ini adalah salah satu proses pembelajaran untuk memberi erti faham..faham dengan objektif, tujuan , Maqasid, Jauhar dan sebagainya hidup bersama PMRAM.

Program-program tidak boleh difahami hanya sekadar Syakal nya (luarannya)..Tetapi jauh daripada itu, ianya difahami daripada sudut kefahaman di dalam bergerak dan bekerja, serta tanggungjawab untuk memakmurkan masyarakat dengan kefahaman Islam.

Terkadang, kita mungkin melihat PMRAM hanya menyibukkan ahlinya dengan berporgram, namun berprogram itulah salah satu medan yang baik untuk membina sebuah realiti di dalam bekerja.

bahkan PMRAM sentiasa menekankan tiga elemen penting sebagai salah satu bentuk Jauhar/ intipati yang diinginkan di dalam setiap program yang dijalankan iaitu:

Ukhuwwah, kebajikan dan menzahirkan wajah-wajah Islam itu sendiri.

Setiap orang yang memahami Islam secara luas tidak hanya boleh melihat pengajian dan melakukan kerja-kerja persendirian yang lain itu contohnya, hanya itulah yang perlu difokuskan dan meninggalkan gerak kerja beramal yang lain.

Namun ,hidup bermasyarakat di sinilah yang mengajak kita untuk menyeimbangkan di antara tuntutan fardhu Kifayah dan fardhu Ain itu sendiri.

Sebab itulah Allah S.W.T tidak hanya menjadikan kefadhuan itu hanya kefardhuan daripada sudut Dharurinya sahaja, namun susulan daripada itu yang mencantikkan lagi Islam itu juga adalah amat digalakkan.

Bahkan, tidak salah kita katakan apa yang dilakukan oleh PMRAM untuk ahli adalah salah satu cara untuk membuka minda dan menyediakan ahli dengan persediaan yang betul-betul matang untuk berhadapan dengan masyarakat kelak.

Imam Abu Hanifah contohnya, beliau bukan sahaja seorang yang alim di dalam bidang Agama Islam bahkan terkenal sebagai salah seorang tokoh Imam mazhab. Namun, beliau juga seorang peniaga dan pekerja yang berjaya dengan kemasukan tahunan beliau berjumlah lebih daripada 70 juta ringgit Malaysia.

Begitu juga, Saidina Abdul Rahman bin Auf, menjadi seorang peniaga yang terkaya di bumi Makkah dan Madinah di samping beliau juga merupakan salah seorang sahbat Rasulullah S.A.W.

Fahamilah isi atau realiti yang kita inginkan daripada kehidupan kita sepanjang berada di bumi permukiman Anbiya' ini..Jangan kita hanya terpesona dengan syakal (luaran) sehingga kita merasakan kita telah melakukan perkara yang bertepatan dengan kehendak sebenarnya.

Bertafaquhlah, carilah ilmu sebanyak mungkin, hayatilah sunnah Nabi dan Ibrah daripada Al-Quran..Memang itulah yang sebaiknya bagi seseorang Mahasiswa dan mahasiswa, namun jangan dilupakan apakah ertinya daripada sudut Jauhar (realitinya), yang ingin dicapai untuk melengkapkan sebuah kehidupan.

Erti sebuah faham itu akan memberikan kita jauhar yang jelas tentang isi..Kita tidak lagi berada dalam kondusi yang sempit tanpa mampu berfikir, namun kefahaman itu akan membuka minda untuk memahami dan meneliti seterusnya mengamalkan.

Ramai orang keliru, bahkan mereka menganggap Islam tidak mebezakan-bezakan tentang perkara ini. Tidak wujud Perkara luaran dan tidak wujud perkara realiti, bahkan semuanya adalah realiti yang ingin kita capai.Benarkah begitu?

Allah S.W.T telah merakamkan ayat al-Quran yang jelas untuk menjawab kekeliruan yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang menyatakan bahawa Islam itu tidak punya Syakal (luaran) dan Jauhar (realiti) sebagaimana firman-Nya, di dalam surah al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud:

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa".

Lihat, bagaimana Allah S.W.T memecahkan pemikiran orang-orang yang keliru dengan konsep luaran dan realiti, isi, dan intipati bahawa jangan mereka hanya melihat kebajikan itu daripada sudut tujuan beribadah semata-mata, namun lebih daripada itu konsep keimanan yang benar itu sendiri adalah intipati yang dikehendaki daripada erti kebajikan tersebut.

Sebab itulah sesetangah Ulama' amat menekankan kefahaman ilmu itu dengan beramal, bukan hanya memnuhkannya di dada dan hanya digunakan untuk diri sendiri sahaja.

Begitu juga, Allah S.W.T memberikan kefahaman bahawa Al-Quran secara realitinya adalah untuk membawa kejayaan kepada manusia di hari pengakhiran kelak.Ini jelas sebagaimana firman ALlah S.W.T di dalam surah al-Syu'araa' ayat 88 dan 89 yang bermaksud:

"Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)".

Konsep ini sebenarnya sangat penting bagi seseorang Mahasiswa yang betul-betul matang di dalam pertimbangan sesuatu perkara. Jika, kefahaman di antara perkara luaran dan intipati ini tidak mampu untuk dicerna dengan baik, maka kita akan melihat lahirnya mahasiswa dan mahasiswi yang hanya menghabiskan waktu untuk menyelesaikan kewajipan diri berbanding kewajipan bersama.

Sebuah pepatah ada menyatakan:

"Kemerdekaan individu itu terhalang oleh kemerdekaan manusia keseluruhannya"

Semoga mahasiswa dan Mahasiswi lebih cakna dengan tanggungjawab kita di sini. Fahami Mazahir dan maqasid..Fahami juga prinsip Syakal dan Jauhar, agar kita dapat memberi pertimbangan yang waras di dalam setiap perkara yang dilakukan. Kita tidak mahu hanya lahir golongan tafaqquh sahaja, tetapi aktiviti memakmurkan masyarakat dengan realiti ilmuitu diabaikan, dan kita juga tidak mahu lahirnya golongan yang terlalu sibuk dengan perprogram, hingga luluhnya airmata kerana kegagalan.

P/S: Mari sama-sama kita menelaah kitab الصحوة الإسلامية من المراهة إلى الرشد karangan Dr Yusuf al-Qardhawi.








Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita