;
Memaparkan catatan dengan label coretan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coretan. Papar semua catatan

Khamis, Jun 17, 2010

USAH BERTANYA PERKARA YANG BUKAN-BUKAN!

Antara perkara yang diajar di dalam keterangan agama kita agar sentiasa berfikir sebelum bertanya. Begitu juga di dalam soal kepimpinan, Islam mengajar agar pengikut tidak memperlekeh atau bertanya perkara yang bukan-bukan kepada pimpinan mereka.

Terkadang, hanya kerana soal yang kecil atau soal remeh-temeh yang boleh diselesaikan oleh diri sendiri , dijadikan alasan untuk mempersenda dan memperlekeh orang lain apabila mereka tidak ditolong. Jelasnya, kita cuba dahulu menyelesaikan permasalahan mengikut kemampuan diri kita. Tidak ianya tidak mampu diselesaikan, barulah dibawa untuk diselesaikan di peringkat lebih lebih atas. Jikalau sekiranya sesuatu masalah tidak cuba diselesaikan terlebih dahulu dan terus menyalahkan orang lain, maka ianya sangat tidak bertepatan dengan kehendak agama.

Teringat penulis sewaktu belajar di Malaysia sebelum berhijrah menyambung pengajian di Mesir ini, ada di antara rakan yang ditangkap kerana didapati merokok, tetapi ia menyalahkan orang lain pula kerana tidak menegurnya. Bahkan, sudah ramai yang menegurnya tetapi kemungkinan dirinya yang tidak mahu berubah. Maka, apakah itu menjadi kesalahan orang lain apabila ia melakukan perkara yang ia sendiri boleh timbang akan buruk baiknya.

Keadaan boleh menjadi lebih parah lagi sekiranya timbul pula golongan yang menjadi batu api dan melaga-lagakan diri seseorang yang menghadapi masalah yang boleh diselesaikannya terlebih dahulu dengan orang yang tidak menolongnya.. Golongan batu api inilah yang lebih ditakuti kerana mereka boleh menjadi punca terbesar perpecahan di dalam

kesatuan yang telah dibina.

Apa yang Islam ajar adalah berbincang dengan cara yang terbaik dan menggunakan saluran dengan cara yang betul untuk menyelesaikan sebarang permasalahan.

Itulah yang ditegur oleh Allah S.W.T kepada segolongan manusia yang memperlekeh dan mempersenda Nabi S.W.T dengan masalah mereka sendiri .

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi) perkara-perkara Yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu…” Surah al-Maiidah ayat 101.

Terdapat dua hadith yang penting berkaitan asbab penurunan ayat ini dan di dalamnya terkandung intisari yang besar agar kita sentiasa menjaga kesatuan dan menghormati pimpinan.

Hadith yang pertama diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dengan sanad yang panjang dan dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari, beliau telah berkata: ‘Satu kaum telah bertanya kepada Raslulullah S.A.W, bertujuan untuk mempersendakan dan memperlekehkan Baginda S.A.W, maka berkata seorang lelaki yang telah kehilangan untanya: Di mana untaku? (pertanyaan ini adalah ingin memperlekeh baginda dengan soalan yang tidak patut ditanya seolah-olah dengan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., sepatutnya baginda juga mesti tahu ke mana hilangnya unta tersebut).

Maka, Allah S.W.T telah menurunkan ayat 101 surah al-Maiidah tersebut sebagai teguran dan jawapan terhadap perbuatan mereka yang tidak menghormati Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin.

Di dalam hadith yang kedua pula, Ali bin Abi Talib R.A telah berkata: ‘Ketika mana telah turun ayat (dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah al-Haram…surah Ali Imran ayat 97), maka segolongan manusia telah bertanya: Ya Rasulullah, Adakah pada setiap tahun? (ya’ni menunaikan haji tersebut adakah dilakukan pada setiap tahun), maka Rasulullah S.A.W hanya diam, maka mereka bertanya lagi: Adakah pada setiap tahun?, rasulullah masih diam. Kemudian mereka bertanya lagi: Adakah pada setiap tahun? Rasulullah diam. Pada kali yang keempat, rasulullah S.A.W bersabda: ‘ Tidak, kalau aku katakan ya nescaya akan menjadi wajib untuk kamu lakukan’. Maka, Allah S.W.T telah menurunkan ayat sebagaimana di atas berdasarkan peristiwa ini.

Dalam hadith ini, seolah-olah mereka yang bertanya tidak memahami mengapa rasulullah hanya diam. Maka, mereka bertanya banyak kali seolah-olah ingin mempersenda diam rasulullah S.A.W. sepatutnya, mereka telahpun memahami bahawa diam rasulullah S.A.W bermaksud syariat Haji tersebut tidak wajib dilakukan setiap tahun, hanya seumur hidup sekali.

Kesimpulan:

Entri yang penulis kemukakan pada kali ini tidaklah ingin menyalahkan sesiapa, tetapi hanya sekadar ingin mengingatkan diri penulis dan kita semua agar memahami erti perpaduan dan kesatuan. Maka, dengan akal yang waras, dan anggota yang dikurniakan oleh Allah S.W.T , kita harus faham bagaimana kita ingin berhadapan dengan masalah serta jalan penyelesaiannya. Begitu juga, hormati pimpinan kita dan gunalah saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah. Itulah kelebihan orang Islam, kerana mereka mampu untuk berdiri dengan identiti sendiri tanpa mengimport mana-mana ideologi dan fikrah yang lain, kerana sesungguhnya fikrah dan ideologi Islam adalah yang terbaik.Wallahu’alam…

Rujukan: Kitab أسباب النزول oleh Imam Abi Hasan ‘Ali bin Ahmad al-Waahidi al-Naisabuuri, M/S 117.

Isnin, Jun 14, 2010

Fitrah yang mengundang parah.

Apakah yang boleh diperkatakan lagi oleh Ibu bapa jika keadaan ini telah berlaku.


Fitrah yang mengundang parah

Entri kali ini adalah pandangan penulis berkaitan gejala sosial yang sedang meruncing dasawarsa ini. Moga-moga sama-sama kita fikirkan.

Kebejatan akhlak yang berlaku akhir-akhir ini semakin meruncing.Dada-dada akhbar sarat dengan paparan-paparan yang begitu menakutkan.Muda-mudi kian rosak. Bagai dunia hampir kiamat.

Sebenarnya, inilah zaman fitanah yang telah termaktub di dada Sunnah. Akhir zaman yang menjadi kebimbangan para sahabat Nabi telah pun kita lalui. Maka, satu perubahan perlu dibina.

Ibu-bapa perlu mengubah mentaliti.

Dalam keadaan hari ini yang begitu jauh bezanya dengan zaman 60-an 70-an dahulu, ibu-bapa sudah perlu mengubah mentaliti mereka. Seumpama mereka hidup dan berbelanja sesuai dengan taraf hidup mereka zaman dahulu dan sekarang, mentaliti terhadap soal perkahwinan anak-anak juga perlu disepadankan dengan peredaran zaman. Bagi penulis, soal perkahwinan anak-anak dalam usia mereka yang muda atau masih belajar seolah-olah telah menjadi kewajipan daripada satu sudut.Sebab apa? Sebabnya kita telah berada di satu zaman yang penuh dengan fitnah dan fitnah terbesar pada pandangan penulis adalah wanita itu sendiri. Bukan menyalahkan kaum wanita, tetapi itulah ingatan nabi S.A.W kepada seluruh umat Baginda di akhir zaman. Sesuai juga dengan kalam Imam Syafie sendiri bahawa Fitnah itu apabila timbul rasa ghairah terhadap diri individu itu sendiri. Dan kegairahan itu tentunya timbul akibat daripada keadaan wanita yang tidak menjaga auratnya.

Apa beza Dahulu dan Sekarang sampai nak kahwin awal?

Ibu bapa tentunya boleh menjawab persoalan ini kerana mereka telah pun melalui zaman tersebut. Dahulu, kaum wanita tidaklah seramai populasi pada hari ini bukan? Bahkan, dahulu ibu-bapa yang carikan jodoh untuk anak mereka, pun tidak jadi masalah besar untuk si anak. Anak-anak dara kurang keluar rumah. Bahkan, barangkali cukup payah hendak terserempak dengan kaum-kaum Hawa berpelesaran di pusat2 hiburan seperti hari ini. Maka, kemungkinan soal hendak kahwin itu tidaklah menjadi agenda besar si anak kerana tidak ada tekanan yang besar dalam soal itu. Tapi, hari ini tidak begitu. Tidak ada siapa pun yang mampu menjamin iman si anak hatta ibu-bapanya. Jika, sibu-bapa mencegah si anak daripada kahwin awal, apakah ibu-bapa mampu memastikan iman anak mereka terjaga apabila keluar daripada rumah. Mungkin betul, ada sahabat yang mengatakan punca si anak berkeinginan untuk kahwin awal adalah sebab mereka jauh daripada kasih-sayang dan perhatian ibu-bapa. Lalu, si anak pun mencari sesuatu untuk mendapatkan kasih-sayang dan perhatian. Akhirnya, mereka mencari pasangan untuk melepaskan bebanan yang berbuku di hati mereka. Hendak minta kahwin pun, mungkin ibu bapa tidak bagi. Persoalannya, berapa ramai muda-mudi yang duduk di rumah dan dikawal oleh ibu-bapa seperti 40 50 tahun dahulu?. Hakikatnya, mereka telahpun berada di dunia kebebasan yang penuh dengan fitnah dan mereka tetap akan berjumpa dengan golongan yang berlainan jantina di mana-mana pun.Maka, ianya pasti akan membuka pintu-pintu fitnah!

Adat VS Syariat.

Mungkin ramai ibu-bapa yang masih tebal dengan adat. Ya, kita semua meraikan adat, tetapi tidak sekali-kali meminggirkan syariat. Kadang-kadang, persoalan yang timbul adalah persoalan kewangan betul? Atau juga si anak masih belum bersedia, dapat kerja atau habis belajar.Mungkin ada jugak yang tidak mahu langkah bendul.Jadi macam mana nak tanggung isteri dan anak-anak. Masing-masing ada pandangan tersendiri. Tetapi Syariat tetap mengajar kita agar mendahulukan syariat daripada adat. Mungkin ibu-bapa terpaksa berkorban sedikit untuk mengahwinkan anak-anak, namun sekurang-kurangnya mereka telah mendahulukan syariat dan sunnah. Jika sahabat Nabi sendiri pun tidak diminta oleh rasulullah S.A.W untuk menangguhkan perkahwinannya kerana hanya ada sepasang selipar dan ada yang hanya ada sebentuk cincin batu untuk dibuat mahar, apatah lagi kita sebagai seorang Hamba yang tak lekang daripada dosa. Tidak salah kiranya kita mendahulukan sunnah berbanding adat daripada melihat iman dan maruah si anak dan ibu-bapa tercalar dek kerana keterlanjuran si anak. Tidak ada nilainya lagi adat jika iman dan maruah telah tercalar!

Keberkatan itu adalah pada mahar yang sederhana.

Mungkin kedapatan ibu-bapa yang inginkan kenduri dan hantaran besar-besaran. Sebab itulah mereka ingin agar si anak kahwin sebelum kerja. Penulis sebenarnya sangat yakin, jika kita mendahulukan syariat dan sunnah, insyaallah keberkatan itu akan datang. Persoalan kenduri yang besar itulah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tidak perlu terikut-ikut dengan adat yang terlampau seperti hantaran yang mencecah puluhan ribu, serta dibandingkan pula dengan adik-beradik yang lain.Takut-takut ianya hanya akan menjauhkan keberkatan di dalam perkahwinan tersebut. Apa yang penting, bebanan Hukum itu perlu diselesaikan terlebih dahulu. Sebab itulah keterangan agama mengajar kita, bahawa lebih rendah mahar yang yang diberikan, maka lebih berkatlah sesebuah perkahwinan itu. Dan Islam juga mengajar kita agar mendahulukan soal Ibadah itu terhadap diri kita kerana ia adalah sunnah dan menangguhkannya dan mendahulukan orang lain dalam soal ibadah adalah makruh hukumnya. Bahkan, soal perkahwinan juga adalah satu ibadah bukan? Jelasnya, itulah cara Islam menjagar kita agar perkahwinan itu dipermudahkan bukan dipayahkan dengan adat-adat yang kadangkala membebankan!

Apa jaminan tidak susahkan ibu-bapa?

Seorang anak perlu mentaati ibu-bapa. Itu sangat penting. Kita sebagai anak-anak tidak boleh menafikan pengalaman ibu-bapa yang lebih dahulu makan garam daripada kita. Tetapi, berbincanglah dalam suasana yang baik. Hormati mereka di samping bagi pandangan kita. Kita juga punyai secebis hak untuk menjadikan masjid yang bakal dibina bertepatan dengan sunnah dan syariat. Itulah yang kadangkala bermain di fikiran penulis sendiri, supaya ibu-bapa faham keadaan dunia hari ini yang sangat-sangat menakutkan iman yang nipis ini. Ibu-bapa mungkin inginkan anak mereka punyai jaminan yang kukuh agar rumahtangga yang dibina akan berkekalan dan mereka punyai sumber ekonomi yang kukuh untuk hidup sebagaimana orang lain. Maka, menjadi tanggungjawab kita jugalah untuk memberi jaminan hidup bahawa kita juga mampu mencari rezeki dan menyara isteri dan anak jika telah berkahwin nanti.

Apa yang ibu-bapa dan anak-anak boleh lakukan?

Pada pandangan penulis, walaupun kita masih belajar, kita perlu sedaya upaya menabung dan mengurus kewangan kita sedari awal lagi. Ia penting agar bila timbul keinginan untuk berkahwin, maka tidak akan menjadi pertikaian di pihak keluarga. Ibu-bapa pula hendaklah bermentaliti jika si anak hendak kahwin, maka sebenarnya Allah S.W.T telah ilhamkan kepada mereka perkara yang hanya Allah S.W.T sajalah yang mengetahui rahsia dan hikmahnya. Kerana bagi penulis, si anak tidak akan meminta untuk berkahwin jika tiada sebab-musababnya bukan? Sebagai satu cadangan juga, Ibu-bapa pula mungkin boleh menyediakan akaun khusus untuk urusan pernikahan anak-anak mereka sedari awal lagi. Perkara inilah yang mungkin boleh menjadi jalan keluar jika timbul kesulitan atau kesusahan untuk anak-anak kelak.

Moga-moga dengan entri yang sedernaha penulis nukilkan pada kali ini, mampu menjadi satu pencerahan kepada kita semua. Penulis tidaklah mahu menyalahkan sesiapa, hanya sekadar satu luahan daripada sebuah kebimbangan…

Kita masih belum diuji, kalau kita diuji nanti, apakah yang boleh kita katakan kepada iman kita. Mampukah kita menjaganya!

“Ya Allah ya Tuhan kami, selamatkanlah diri kami dan keluarga kami daripada fitnah dunia yang menakutkan ini dan jauhkanlah diri kami daripada dosa dan maksiat kepadaMu.Amiin”

Apakah pula yang akan kita katakan pada zuriat kita satu hari nanti bila mereka mengatakan “Saya ingin berkahwin” ye?

Ahad, Jun 13, 2010

Siapa yang mengongkong?


Kadang-kadang bagi sesetengah kaum wanita, mereka rasakan mereka bebas untuk berpakaian dan tidak dikongkong. lalu, bagi mereka fesyen hari ini satu kebebasan dan tudung yang labuh, baju atau jubah yang longgar dan menutup aurat itu adalah satu bentuk kongkongan? betul ke?

Hakikatnya, fesyen masa kini itulah merupakan kongkongan..Tanpa kita sedar, kaum Yahudi dan Kuffar telah mengkongkong dan memanipulasikan kaum wanita melalui media.

Sesetengah wanita berkata, mereka tidak mahu diatur kehidupan mereka. Ibu dan bapa yang menyuruh anak mereka menutup aurat dan memakai pakaian yang tidak menjolok mata dikatakan mengongkong dan mengatur kehidupan!

lalu, mereka pun menonton televisyen, internet dan dan akhirnya terpengaruh dengan budaya Barat. maka, mereka memilih untuk mengikutinya dengan alasan itulah kebebasan dan "Hidup ini hanya Sekali..Jadi Enjoylah".

Ungkapan inilah yang boleh membunuh kita. Sedarlah, sebenarnya kehidupan kita hari ini segalanya telah dikawal, dikongkong, dan diatur oleh Yahudi dan Kuffar laknatullah 'Alaih. Kita lebih sanggup ikut telunjuk Kuffar daripada mendengar nasihat ibu dan ayah yang menyedarkan kita dengan perintah Allah S.W.T.. Akhirnya, bila telah terlanjur akibat kelalaian diri sendiri, ibu-bapa juga yang menanggung malu.

Lihatlah kembali gaya hidup anda, fesyen dan sosial kehidupan setelah anda berkata mahu melawan, memboikot Yahudi dan Kuffar laknatullah 'Alaih.

Siapa mengongkong dan mengatur anda sebenarnya...Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!

Rabu, Mac 10, 2010

Semoga Allah s.w.t Memberkati dan Merahmati Roh beliau..Amiin

 

201031094748232621_5

Pemergian Al-Allamah Syaikuna Shaikh Mohammed Sayed  Tantawi  hafizahullah menjadi satu pemergian yang besar buat umat Islam.

Al-Shaikh telah banyak menyumbangkan idea dan sumbangan di dalam memartabatkan gerakan Sunni dengan wujudnya al-Azhar di Mesir, serta beliau  telah menulis sejumlah penulisan di dalam pelbagai bidang, termasuk menyiapkan 15 jilid tafsiran al-Quran setebal 7000 halaman bebas.

Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, antara tokoh Islam Sunni yang senior di Mesir, telah menghadap Allah Rabbul ‘Izzati pada hari rabu, awal pagi 10 Mac 2010 tatkala di dalam lawatan beliau ke Arab Saudi .

Dalam umur 82 tahun, beliau telah banyak menyumbang tenaga terutama di dalam pembangunan Islam dan gerakan Sunnah di Mesir serta telah menjadi Syaikhul Azhar selama beberapa tahun.

Beliau juga dikenali sebagai ulama’ yang amat kuat membaca hingga separuh masanya di dalam satu hari dihabiskan dengan pembacaan dan begitulah rutinnya pada setiap hari.

Beliau yang sebelumnya pernah menjalani operasi jantung, telah diserang oleh serangan jantung ketika menaiki pesawat ingin pulang ke Mesir pada awal hari rabu, seperti yang diberitakan oleh stesen Televisyen tempatan di sini.

Beliau telah dimasukkan ke  hospital Amir Sultan di Riyadh yang mana para doktor di sana telah mengesahkan kesyahidan beliau.

Tubuhnya mungkin akan dihantar semula ke Kaherah pada hari Rabu malam, kata televisyen tempatan. Beliau juga dijangkakan akan dimakamkan di perkuburan  Baqi’ al-Gharqad yang berhampiran dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam di Madinah al-Munawwarah.

Al-Fatihah buat rohnya..Moga mendapat tempat bersama para Auliyak Allah s.w.t di akhirat kelak.Amiin Ya Rabbal a’lamiiin.

 

Jumaat, Mac 05, 2010

Nie sebab Bapak tak Bayar Harga Teh laa…

 

Kopi

Al-Kisahnya dua orang anak-beranak bercita-cita untuk insaf.

Si ayah dan si anak mempunyai tabiat yang sama, iaitu suka menipu dan berbohong.

Lalu, pada satu hari, si ayah berkata kepada anaknya, “Man, bapak rasa kita kena berhenti daripada perbuatan buruk kita nie..sampai bila kita hendak berbohong dan menipu sahaja”.

Si anak yang melihat sedikit  keikhlasan yang terbit daripada wajah ayahnya itu menjawab sambil tersenyum, “Em, betul juga kata bapak tue, sampai bila kan kita macam nie”.

lalu ditanya pula kepada ayahnya, “Bagaimana kita hendak insaf bapak…ada bapak terfikir apa-apa cara ke?”.

Si ayah termenung seketika, mencari jalan bagaimana untuk mereka merungkaikan masalah tersebut. Selang beberapa masa, si ayah tersenyum kerana beliau sudah mendapat satu jalan. Maka, beliau berkata kepada anaknya, “Begini Man, kita pergi ke sebatang sungai, dan kita terjun ke dalam sungai tersebut. Apabila kita naik ke permukaan air, maka secara langsung kita perlu dan mesti insaf, setuju?” si ayah mendapatkan pandangan anaknya.

Si anak berkata “Kalau begitu cadangan bapak, Man setuju aje”.

Lalu kedua-dua mereka pergilah ke sebatang sungai dan bersedia untuk menginsafi diri yang telah sekian lama menjadikan berbohong dan menipu sebagai hobi mereka.

Maka, si ayah mengambil keputusan untuk terjun terlebih dahulu dan meminta si anaknya untuk tunggu sehingga beliau kembali ke permukaan air semula.

Tatkala si ayah terjun, kakinya pula terlekat pada seketul batu..maka, beliau mengambil masa yang agak lama untuk melepaskan kakinya yang tersepit di celahan batu itu tadi.

Setelah timbul, si anak yang agak kehairanan kerana masa yang lama yang diperlukan oleh ayahnya untuk timbul itu bertanya, “Em, kenapa ayah lama sangat kat dalam air tue?”.

Lalu si ayah dengan selambanya menjawab, “Takdelah..ayah minum teh kat bawah tadi, tue yang lama sikit tue”.

Terkejut si anak dengan jawapan yang diberikan ayahnya…Ingatkan dah insaf,rupanya masih terus lagi dengan perangainya.

Sekarang, tiba giliran si anak pula untuk terjun dan seterusnya kembali dengan azam baru, iaitu insaf daripada perbuatan yang telah sekian lama dilakukan.

Maka, terjunlah si anak dengan penuh semangat…namun, malang pula nasibnya kerana kepalanya pula terhantuk pada sebuah batu yang berada di dalam sungai tersbut.

Mak, dengan cepat dia kembali ke permukaan air sambil memegang kepalanya yang berdarah kerana terhantuk sebentar tadi.

Pada kali ini, si ayah yang  melihat anaknya agak kesakitan itu bertanya, “Kau nie kenapa, tiba-tiba saja berdarah kepala nie?’

Maka, si anak juga dengan selambanya menjawab, “Nie ayah la punya pasal, sape suruh minum teh tak bayar, dah saya kena hentam”.

Maka, tepuk dahi la si ayah, sebab anaknya juga tak insaf lagi rupanya!

Begitulah ceritanya.

Kesimpulannya, kita harus punyai azam yang kuat untuk berubah, jangan hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja, kerana ianya tidak memberi sebarang faedah kepada kita. Apa yang penting, selagi dunia ini belum kiamat, maka peluang untuk bertaubat sentiasa terbuka. Dan yang paling penting, bertaubatlah dengan penuh keazaman untuk tidak kembali kepada kesalahan yang telah dilakukan serta mengotakan taubat yang telah dilafazkan. Moga-moga, kita menjadi golongan yang bertaqwa dan berjaya insyaAllah..Salam Ukhuwwah, salam juang!

Rabu, Mac 03, 2010

Rak'ataini Riyal Ya Syeikh!

Assalamualaikum buat semua teman. Moga-moga terus berada di dalam rahmat Allah s.w.t.

Sekadar sedikit santai, penulis ingin berkongsi satu cerita..Mungkin sudah ada yang mendengarnya...mungkin jugak tidak pernah mendengarnya.

Ianya berlaku pada satu musim haji, ketika mana satu rombongan haji sedang pergi menunaikan haji di Makkah.

Di dalam rombongan yang kebanyakan terdiri daripada golongan pertengahan umur dan tidak terlepas jugak yang sudah agak berumur, ada seorang pakcik yang sudah biasa pergi menunaikan haji.

Kebetulan pula beliau dikatakan agak pandai berbahasa arab berbanding yang lain di dalam kumpulan tersebut.

Maka, adalah beberapa orang yang meminta beliau untuk mendapatkan barang seperti tasbih, minyak wangi, serban dan sebagainya dengan harga yang lebih murah.

Beliau dengan senang hati menyanggupinya untuk pergi membeli barang-barang yang diminta tersebut.

Setibanya di kedai, maka beliau tawar-menawarlah dengan si penjual arab, maka dapatlah dengan harga yang agak murah, iaitu 4 riyal untuk bebrapa barang tersebut.

Lalu, gembiralah pakcik dan makcik yang lain tatkala melihat kebolehan pakcik tersebut hingga mampu memperolehi barangan dengan harga yang lebih murah.

Keesokannya, mereka mendapatkan lagi pertolongan pakcik tersebut untuk mendapatkan dengan harga 3 riyal pula.

Beliau masih lagi menyanggupinya, dan terus saja ke kedai..hasilnya, beliau berjaya membawa barang-barang tersebut balik ke rumah dengan harga 3 riyal..Maka, gembiralah pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang mengirim barang padanya.

Esoknya pula, mereka meminta tolong lagi..kali ini lebih mencabar, iaitu mendapatkan barang dengan harga 2 riyal.

Kali ini pakcik tersebut agak gugup, bukan apa, beliau tidak tahu sebenarnya bagaimana untuk menyebut perkataan 2 riyal dalam bahasa arab.

Tetapi, demi menyelamatkan maruah dan mengelakkan malu dengan status beliau yang dianggap sangat pandai berbahasa arab, maka beliau menyanggupinya juga.

Lalu, dihayun langkahnya dengan penuh debaran.

Sesampainya di kedai tersebut, beliau mulai berfikir..."Bagaimana aku nak mintak tawar dengan harga 2 riyal nie".

Lalu beliau menghitung waktu solat.." Jika solat Isyak 4 rakaat (arba'ah), Solat maghrib 3 rakaat (thalathah). Kalau solat subuh dua rakaat (rak'ataini)".

"Ow, jadi dua riyal mesti rak'ataini riyal la"
..bisiknya dalam hati..Hatinya kini mula berbunga, tanda kejayaan yang akan mengelakkan maruahnya itu jatuh.

Lalu,dengan penuh keyakinan beliau mengatkan.."Rak'ataini Riyal ya Syeikh".

Wah..terbeliak biji mata penjual tue...Lalu dengan tergelak, beliau berkata dengan loghat arabnya," MasyaAllah, mana ada rakataini Riyal, Ithnain Riyal ada laa!".

Maka, malunya pakcik yang sorang itu, dan dengan langkahan yang longlai dan layu, beliau pulang hampa.

Begitulah ceritanya.

P/s: Akuilah kelemahan kita..takut-takut akan terzahir kejahilan kita pada satu hari nanti. Dan yang paling penting, jangan lupa untuk belajar bahasa Arab, kerana Imam al-Syafie sendiri mendalami Bahasa Arab selama 20 tahun hingga beliau mampu memahami Bahasa Arab Quraisy walaupun beliau bukan daripada Bangsa Arab Quraisy.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

تعلموا ألعربية وعلموها الناس

"Belajarlah olehmu Bahasa Arab, dan ajarkanlah ia kepada manusia seluruhnya"

Wallahu'alam...


Isnin, Februari 22, 2010

Bapak Borek, Anak Rintik…

rimau

Ini ada sebuah cerita..

Pada satu hari, seorang bapak sedang bermain permainan dam aji dengan anaknya.

Si bapak memulakan langkah, hebat bak sang panglima yang sedang berada di kemuncak kepahlawan.

Si anak hanya menjeling sinis, sambil tersenyum…lagaknya seperti mendapat satu akal untuk mengenakan si ayah yang sedang asyik mengatur tenteranya di atas padang berpetakan hitam putih itu.

Si anak dengan segera menyuakan buah damnya, satu persatu umpama seorang jejaka yang ingin menyerah kalah, mengangkat bendera putih.

Apalagi, rezeki sudah di depan mata…Panglima yang gagah ini tentulah tidak boleh kalah dengan remaja yang baru setahun jagung di dalam seni ketenteraan..

Wah, semakin tangkas si ayah makan buah dam yang disuakan oleh si anak…umpama si helang menyambar mangsa, hingga berjaya pamglima tua ini memecah kubu lawan (naik haji la tue).

Makin seronok si ayah nampaknya…Apa tidaknya, sekarang sudah kira-kira 3 buah damnya telah bertukar menjadi panglima handal..semuanya telah naik haji.

Apalagi, si anak yang sudah menjangka situasi itu dengan tangkas berkata kepada ayahnya, “Ayah, naik haji bukan main banyak, tapi solatnya malas”.

Wah, terkena si ayah…rupanya sungguh licik tentera muda itu memberi tamparan psikologi terhadap dirinya.

“Oh, kamu nak kenakan ayah ye, jaga kamu”…bisik si ayah yang sedang melihat si anak ketawa geli hati.

Si ayah mula mengatur langkah..Disuakannya buah dam yang masih di tahap tentera level pertama, betul-betul di hadapan si anak.

Si anak terfikir sejenak… “apa pula yang ayahku nak buat nie”, bisiknya dalam hati.

Namun, dimakannya buah dam tersebut.

Si ayah tersenyum…disuakan lagi buah damnya untuk menjadi santapan istimewa lawannya yang licik itu.

Tanpa berfikir panjang, si anak terus saja menyantap rezeki yang berada di depan mata...maklumlah sudah banyak buah damnya yang terkorban demi menjayakan strateginya tadi.

lalu, apabila sudah sampai masa yang sesuai, si ayah dengan lantang berkata, “Kamu nie, makan je banyak, kerja malas!”.

Kali ini si anak pula mengetuk dahinya… “kena pulak aku”, gerutunya.

Begitulah ceritanya.

P/S: Sekadar santai-santai. Jadilah contoh yang terbaik, moga-moga ianya mampu menjadi ikutan manusia yang lainnya :)

Ahad, Februari 21, 2010

Yang sesat Tue Orang Kafir Laa…

kartun

Satu hari, seorang warga Indonesia telah pergi untuk menunaikan umrah di Baitullah al-Haram.

Maka hendak dijadikan cerita dia bertemulah dengan seorang makcik tua yang sedang berjalan-jalan seorang diri.

“Em, pelik jugak makcik nie jalan sorang-sorang, sesat ke”, soalnya di dalam hati.

lalu beliau pun berjalan menuju ke arah makcik tersebut.

Sesampainya beliau ke tempat makcik tersebut, maka beliau bertanya, “Makcik, buat apa kat sini…makcik sesat ye”.

Tiba-tiba berubah air muka makcik tadi, tampak seperti marah dengan persoalan tersebut.

lalu dengan nada yang agak tinggi, makcik tersebut berkata, “Hissyh anak nie, makcik tak sesat la”.

Pelik pemuda Indonesia tue, kalau tidak sesat, mengapa jalan sorang-sorang.

Makcik tersebut berkata lagi, “bukankah yang sesat tue orang kafir sahaja, makcik nie orang Islam”

“Laa…” meloponglah lelaki tadi..Begitulah ceritanya.

P/s: berhati-hatilah ye dalam bertanya, kadang-kadang ada orang yang kurang faham percakapan kita :)

خطب ألناس على قدر عقولهم

Sumber:    Diceritakan secara bebas oleh Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di   dalam daurah pengajian beliau.

Santai Minda 1.

 

Gembira_JPG

Hari ini penulis nak ajak teman-teman rehat minda sebentar..Ayuh kita ikuti kisah salah seorang sahabat nabi yang lucu perwatakannya.

Nuaiman Bin Mas’ud adalah di antara sahabat nabi yang paling lucu..Beliau juga sering menghiburkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain. Namun, rasulullah tidak memarahi dan menegurnya kerana rasulullah s.a.w adalah manusia yang sentiasa tenang dan gembira kehidupan baginda..Baginda menyenangi dan meraikan setiap perwatakan para sahabatnya.

Begitu juga kita, kadang-kadang hidup ini tidak ceria jika kita asyik tertekan dan ingin marah sahaja…Em, kadang-kadang sahabat-sahabat kita yang lucu perwatakannya juga menyenangkan kita bukan :)

Alangkah seronoknya hidup berukhuwwah dengan sahabat-sahabat. Melihat muka mereka dan gurau senda yang lahir daripada perwatakan mereka yang pelbagai watak itu kadang-kadang menghilangkan kepenatan dan tekanan yang kita alami. Bagi yang ramai kawan-kawan yang lucu itu, hargailah mereka kerana mereka mampu membuat kita tersenyum di kala susah…betul tak?

Kembali kepada cerita tentang sahabat nabi seorang nie…satu hari seorang tua datang ke rumahnya.

Kebetulan beliau terasa hendak buang air kecil ketika itu, lalu dipohon kepada Nuaiman untuk menggunakan tandas.

Maka, Nuaiman terus sahaja membawa lelaki buta tadi…tetapi tidak ke tandas rumahnya..Kemana ye…cuba teman-teman teka?

Beliau membawa lelaki tua tadi ke masjid.

sampai di masjid, betul-betul berada di hadapan mihrab, maka Nuaiman mengatakan bahawa di situlah tandas.

Baru saja si lelaki buta ini ingin menunaikan hajatnya, terdengar teriakan daripada jemaah masjid… “itu bukan tandas, itu Mihrab!”

Apalagi, lelaki buta itu punyalah marah…”Jaga kamu, aku akan pukul kamu nanti!” gerutunya.

Pada hari lainnya, lelaki buta itu tadi datang lagi mencari Nuaiman.

Sesampai di rumahnya, beliau berkata, “Aku ingin cari Nuaiman, aku ingin pukul dia!”

Geram sungguh lelaki itu…Nuaiman hanya tersenyum…lalu apa yang berlaku agaknya? :)

Nuaiman mengubah suara menjadi garau sedikit lalu berkata.. “Tuan nak cari Nuaiman ye, mari saya bawa tuan berjumpa dengannya”.

Kali ini kemana pula hendak dibawa lelaki tua tadi?

Rupanya beliau membawa lelaki buta itu ke tempat Sayyidina Uthman, khalifah pada masa tersebut.

Apalagi, tatkala lelaki buta itu hendak memukul Khalifah kerana disangkanya itu adalah Nuaiman, maka orang berteriak…"Kamu nak pukul Khalifah ke!”

Terkejut lelaki buta tadi…disangkanya Nuaiman, rupanya tuan Khalifah.

“Alahai, malunya rasa..Aku takkan pukul lagi Nuaiman, serik dah” kata lelaki tadi.

Macam itulah ceritanya.

 P/S: Tapi jangan gurau ye dengan orang buta, ada hadith yang menyatakan nabi melarang mengelirukan jalan kepada orang buta…cerita nie mungkin menunjukkan kelebihan sahabat tersebut..Nanti tak pasal-pasal, kita pulak kena hambat dengan kayu.

Kadang-kadang, sahabat yang lucu itu perlu, tetapi jangan jadikan kelucuan mereka itu bahan senda-gurau.

Salam Ukhuwwah buat semua, bertemu lagi dalam artikel yang lain :)

Rabu, Januari 13, 2010

Sekadar Satu Coretan

Sekadar satu coretan..

Petang semalam, sewaktu penulis berjalan kaki untuk menuju ke kelas pengajian Hadith mingguan di Masjid Mudhayafah, yang terletak atas sedikit daripada Masjid Azhar, badan penulis telah dirempuh kereta.

Waktu itu, penulis baru saja berjalan di sebuah lorong yang agak kecil..Di kiri-kanannya terdapat beberapa buah rumah dan ada jugak beberapa kedai termasuklah kedai buah yang terletak di tepi jalan.

Sebaik penulis menghampiri simpang di hujung lorong, sebuah kereta sederhana besar masuk secara tiba-tiba ke arah lorong tersebut.

Jarak yang agak dekat tidak memungkinkan penulis untuk mengelak, ditambah lagi dengan kemunculan kereta itu secara tiba-tiba.

Nasib baiklah , kereta itu telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. bergerak tidak terlalu laju.

Akibatnya, bahagian depan kereta itu merempuh badan penulis, dan dagu penulis terhantuk di bahagian depan kereta tersebut.

Seingatnya, tidak ada seorangpun pelajar melayu ketika itu, hanya penulis, pemandu kereta dan beberapa orang arab yang gelagatnya seperti sedang tengok filem atau drama lagak ngeri, babak perlanggaran.

Terhuyung-hayang jugak penulis, hampir jatuh tapi sempat disambut oleh seorang pakcik Arab yang kebetulan ada di tepi jalan.

Boleh tahan jugaklah rasanya. Sedikit sakit di bahagian dagu dan sedikit senak di bahagian perut..Alhamdulillah tiada sebarang luka.

Dalam pada itu, penulis pun meneruskan perjalanan untuk menghadiri kelas pengajian mingguan tersebut setelah agak lega kesakitan sebentar tadi.

Dalam perjalanan, penulis teringat sebuah hadith nabi yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mencari jalan yang dilalui dengan cara menuntut ilmu, maka Allah s.w.t. akan memudahkan baginya jalan ke syurga”.

Erm…mungkin inilah salah satu cara Allah s.w.t. nak mudahkan jalan ke syurga..Bisik hati penulis.

Wallahua’lam…

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita