;

Jumaat, September 11, 2009

Kisah Si Bahlul dengan Khalifah Harun al-Rasyid

Daripada Abdillah bin Mahran, beliau telah berkata:

Satu ketika Harun al-Rasyid telah menunaikan haji, dengan berkenderaan serta beberapa orang rombongan. Maka diumumkan perkara itu kepada penduduk Kufah dan mereka keluar beramai-ramai untuk mendengar pengumuman tersebut.

Seorang lelaki yang digelar Bahlul al-Majnun ataupun orang yang gila oleh budak-budak nakal di situ, turut keluar juga. Namun, beliau telah diejek dan dikacau oleh kumpulan budak-budak nakal yang bersikap agak keterlaluan kepadanya.

Setelah rombongan Harun al-Rasyid melalui kawasan Bahlul tersebut, maka budak-budak nakal tadi segera berlalu daripada kawasan tersebut dan tidak lagi menganggu Bahlul.
Tatkala Bahlul nampak saja rombongan Harun al-Rasyid itu, maka dia telah memanggil dengan suara yang agak kuat: "Wahai Amirul Mukminin!"

Maka Harun al-Rasyid segera membuka tirai kenderaan dengan tangannya lalu menjenguk ke arah luar dengan kepalanya dan berkata: "Labbaika wahai Bahlul". lalu Bahlul berkata :

Wahai Amirul Mukminin : "Telah menceritakan kepada kami Aiman bin Nail daripada Qadaamah bin Abdillah al-Aamuri, maka dia telah berkata: Aku telah melihat Nabi s.a.w. berganjak daripada bilik ke atas seekor unta yang bernama Shahbak, maka tidaklah memukulnya, menyakitinya dan mengatakan ketepi-ketepi ! (meminggirkannya). Dan tawadhuklah kamu di dalam perjalananmu ini wahai Amirul Mukminin. Maka ianya lebih baik daripada takabbur dan kesombongan kamu."

Maka menangis Harun al-Rasyid hingga jatuh air matanya ke atas bumi, kemudian dia berkata: "Wahai Bahlul tambahlah lagi nasihat ke atas kami"- Sesungguhnya Allah merahmati kamu - dan Bahlul berkata: "Baiklah wahai Amirul Mukminin. Seorang lelaki yang diberikan oleh Allah s.w.t. harta dan ketampanan, maka hendaklah dia menginfakkan hartanya dan menjaga ketampanannya. Lalu telah ditulis oleh Allah s.w.t. di dalam amalan catitan bahawa dia bersama orang-orang yang merdeka dan berjaya".

Berkata Harun al-Rasyid: "Bagus wahai Bahlul", lalu diambil hadiah daripada salah seorang pengawalnya dan diberikan kepadanya . Maka berkata Bahlul: " Kembalikanlah hadiah itu kepada orang yang kamu ambil daripadanya kerana aku tidak berhajat kepada hadiah itu"

Maka berkata Harun al-Rasyid; "Wahai Bahlul, jika sekiranya kami ada hutang kepadamu, kami akan membayarnya". Maka dijawab oleh Bahlul: "Wahai Amirul Mukminin, semua ahli ilmu di Kufah telah berkumpul dan bersepakat bahawa hutang yang dibayar dengan hutang adalah tidak harus hukumnya"

Maka Harun al-Rasyid pun berkata: "Wahai Bahlul, kami akan sediakan peruntukan bulanan (daripada Baitul Mal) untuk keluargamu dan dirimu".

Kemudian Bahlul mengangkat kepalanya ke langit lalu berkata: "Wahai Amirul Mukminin, saya dan kamu adalah daripada hamba Allah s.w.t., maka mustahil Allah akan mengingatimu dan melupaiku."

Lalu Harun al-Rasyid turunkan kembali tirai dan meneruskan perjalanannya.

Alhamdulillah, kisah yang sederhana panjang ini amat memberi pengajaran kepada kita tentang dekatnya seseorang hamba kepada Allah s.w.t. Mungkinkah wujudnya lagi pemimpin yang boleh ditegur hingga mampu mengalir airmatanya. Namun, contoh yang ditunjukkan di dalam cerita ini adalah bukti kehebatan iman para pemimpin dan rakyat terdahulu.

Semoga kita sentiasa ingat-memperingati sesama kita. Biarlah kita sering menangis kerana takutkan Allah s.w.t. agar kelak penyelasan dan tangisan kita itu akan mampu menebus syurga Allah s.w.t. insyaAllah.

Wallahua’lam….

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita