;

Khamis, Jun 17, 2010

USAH BERTANYA PERKARA YANG BUKAN-BUKAN!

Antara perkara yang diajar di dalam keterangan agama kita agar sentiasa berfikir sebelum bertanya. Begitu juga di dalam soal kepimpinan, Islam mengajar agar pengikut tidak memperlekeh atau bertanya perkara yang bukan-bukan kepada pimpinan mereka.

Terkadang, hanya kerana soal yang kecil atau soal remeh-temeh yang boleh diselesaikan oleh diri sendiri , dijadikan alasan untuk mempersenda dan memperlekeh orang lain apabila mereka tidak ditolong. Jelasnya, kita cuba dahulu menyelesaikan permasalahan mengikut kemampuan diri kita. Tidak ianya tidak mampu diselesaikan, barulah dibawa untuk diselesaikan di peringkat lebih lebih atas. Jikalau sekiranya sesuatu masalah tidak cuba diselesaikan terlebih dahulu dan terus menyalahkan orang lain, maka ianya sangat tidak bertepatan dengan kehendak agama.

Teringat penulis sewaktu belajar di Malaysia sebelum berhijrah menyambung pengajian di Mesir ini, ada di antara rakan yang ditangkap kerana didapati merokok, tetapi ia menyalahkan orang lain pula kerana tidak menegurnya. Bahkan, sudah ramai yang menegurnya tetapi kemungkinan dirinya yang tidak mahu berubah. Maka, apakah itu menjadi kesalahan orang lain apabila ia melakukan perkara yang ia sendiri boleh timbang akan buruk baiknya.

Keadaan boleh menjadi lebih parah lagi sekiranya timbul pula golongan yang menjadi batu api dan melaga-lagakan diri seseorang yang menghadapi masalah yang boleh diselesaikannya terlebih dahulu dengan orang yang tidak menolongnya.. Golongan batu api inilah yang lebih ditakuti kerana mereka boleh menjadi punca terbesar perpecahan di dalam

kesatuan yang telah dibina.

Apa yang Islam ajar adalah berbincang dengan cara yang terbaik dan menggunakan saluran dengan cara yang betul untuk menyelesaikan sebarang permasalahan.

Itulah yang ditegur oleh Allah S.W.T kepada segolongan manusia yang memperlekeh dan mempersenda Nabi S.W.T dengan masalah mereka sendiri .

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi) perkara-perkara Yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu…” Surah al-Maiidah ayat 101.

Terdapat dua hadith yang penting berkaitan asbab penurunan ayat ini dan di dalamnya terkandung intisari yang besar agar kita sentiasa menjaga kesatuan dan menghormati pimpinan.

Hadith yang pertama diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dengan sanad yang panjang dan dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari, beliau telah berkata: ‘Satu kaum telah bertanya kepada Raslulullah S.A.W, bertujuan untuk mempersendakan dan memperlekehkan Baginda S.A.W, maka berkata seorang lelaki yang telah kehilangan untanya: Di mana untaku? (pertanyaan ini adalah ingin memperlekeh baginda dengan soalan yang tidak patut ditanya seolah-olah dengan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., sepatutnya baginda juga mesti tahu ke mana hilangnya unta tersebut).

Maka, Allah S.W.T telah menurunkan ayat 101 surah al-Maiidah tersebut sebagai teguran dan jawapan terhadap perbuatan mereka yang tidak menghormati Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin.

Di dalam hadith yang kedua pula, Ali bin Abi Talib R.A telah berkata: ‘Ketika mana telah turun ayat (dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah al-Haram…surah Ali Imran ayat 97), maka segolongan manusia telah bertanya: Ya Rasulullah, Adakah pada setiap tahun? (ya’ni menunaikan haji tersebut adakah dilakukan pada setiap tahun), maka Rasulullah S.A.W hanya diam, maka mereka bertanya lagi: Adakah pada setiap tahun?, rasulullah masih diam. Kemudian mereka bertanya lagi: Adakah pada setiap tahun? Rasulullah diam. Pada kali yang keempat, rasulullah S.A.W bersabda: ‘ Tidak, kalau aku katakan ya nescaya akan menjadi wajib untuk kamu lakukan’. Maka, Allah S.W.T telah menurunkan ayat sebagaimana di atas berdasarkan peristiwa ini.

Dalam hadith ini, seolah-olah mereka yang bertanya tidak memahami mengapa rasulullah hanya diam. Maka, mereka bertanya banyak kali seolah-olah ingin mempersenda diam rasulullah S.A.W. sepatutnya, mereka telahpun memahami bahawa diam rasulullah S.A.W bermaksud syariat Haji tersebut tidak wajib dilakukan setiap tahun, hanya seumur hidup sekali.

Kesimpulan:

Entri yang penulis kemukakan pada kali ini tidaklah ingin menyalahkan sesiapa, tetapi hanya sekadar ingin mengingatkan diri penulis dan kita semua agar memahami erti perpaduan dan kesatuan. Maka, dengan akal yang waras, dan anggota yang dikurniakan oleh Allah S.W.T , kita harus faham bagaimana kita ingin berhadapan dengan masalah serta jalan penyelesaiannya. Begitu juga, hormati pimpinan kita dan gunalah saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah. Itulah kelebihan orang Islam, kerana mereka mampu untuk berdiri dengan identiti sendiri tanpa mengimport mana-mana ideologi dan fikrah yang lain, kerana sesungguhnya fikrah dan ideologi Islam adalah yang terbaik.Wallahu’alam…

Rujukan: Kitab أسباب النزول oleh Imam Abi Hasan ‘Ali bin Ahmad al-Waahidi al-Naisabuuri, M/S 117.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita