;

Khamis, Januari 28, 2010

Beramanahlah!

 

muslim_islamic-hq-wallpapers Kesempatan buat sekelian kalinya bersolat Jumaat di Masjid Asyraf, jabal Muqattam bersama Syeikh Yusri Hafizahullah, seorang Ulama’ berdarah keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang mulia ini, sentiasa memberikan ketenangan di dalam jiwa penulis. Khutbah beliau yang sederhana panjang, menyenangkan , butir-butir kalam yang keluar penuh ikhlas daripada jiwa beliau dan masuk ke dalam hati pendengarnya memberikan maksud yang jelas kepada penulis bahawa Syaikh seorang yang begitu dekat dengan kesufian dan sentiasa menghidupkan malamnya.

Benar, seseorang yang teguh serta istiqamah dengan bangun malamnya, akan mempamerkan kekuatan dan nur pada setiap tutur kata dan pergerakannya..Lihatlah bagaimana rasulullah s.a.w tatkala baginda masuk ke kamar pada satu ketika, kawasan kamar itu terang benderang sehingga Saidatina Aisyah r.a mampu melihat jarum yang dengan jelas terjatuh di kamarnya walaupun tiada lampu ketika itu..Itulah hasil ibadah malam yang sangat istiqamah daripada seorang hamba Allah s.w.t. yang mana baginda telahpun diiktiraf oleh Allah s.w.t. sebagai semulia-mulia makhluk di atas muka bumi ini.

Penulis juga memohon maaf kerana agak terlewat update blog yang sederhana ini kerana meraikan sahabat penulis  yang datang dari Syria dan bersama-sama beliau berjaulah  sekitar Qahirah dan di luar Qahirah..Hampir dua minggu beliau menetap di sini.

Pada minggu lepas, topik yang dibicarakan oleh Syeikh Yusri Hafizahullah ialah mengenai hak ke atas Allah s.w.t dan hak daripada Allah s.w.t yang perlu ditunaikan oleh keseluruhan manusia yang dikurniakan pinjaman oleh Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.

Ya…tidak boleh dinafikan persoalan amanah dan hak di selagi mana kita dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seorang manusia…Jika sesama manusia itupun mereka inginkan hak mereka ditunaikan, apatah lagi kita dengan Maha Pencipta, apatah kita tidak nampak hak-hak yang perlu kita tunaikan terhadap-Nya?

Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Nisaa’ ayat 65 yang bermaksud:

"Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim Dalam mana-mana perselisihan Yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa Yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu Dengan sepenuhnya".

Ayat di atas secara jelas menjadi satu bentuk ketentuan secara Syar’ie dan bukan hanya secara Qadari (Taqdir) semata-mata. Jadi, sesiapa jua yang memalingkan hukum-hukum Allah s.w.t di dalam melakasanakan apa juga peraturan di atas muka bumi ini  disifatkan sebagai golongan yang masih lagi belum beriman kepada-Nya. Dalam masa yang sama juga, Allah s.w.t menghendaki umat-Nya agar menerima segala ketentuan hukum yang telah menjadi ketetapan Allah s.w.t. dengan penuh rasa redha dan senang hati.

Secara mudah, Syeikh merungkaikannya dalam bentuk ayat yang mudah untuk difahami iaitu tiga komponen penting dalam melakukan pengabdian kepada Allah s.w.t iaitu:

Kamu beriman kepada Allah s.w.t.,

Kamu redha dengan segala ketentuan Allah s.w.t.,

Dan kamu melakukan segala perintah Allah s.w.t.”

Seseorang yang melakukan salah-satu dan mengugurkan salah satunya tidak mungkin mampu untuk menyempurnakan keseluruhan pengabdian kepada Allah s.w.t yang merupakan konsep keimanan itu sendiri.

Jika kita redha dengan ketentuan Allah s.w.t., tetapi kita tidak menerimanya di dalam hati, kita tetap tidak akan mampu menghayati konsep keimanan.

Begitu juga,kita kita menerima di dalam hati, tetapi tidak pula redha pun tidak akan mampu melengkapi konsep keimanan yang sempurna.

Nah…kita tetap tidak boleh lari daripada 3 perkara penting ini , beriman, redha dan buat segala suruhan dan seterusnya meninggalkan segala larangan-Nya.

Inilah konsep yang sangat berkait rapat dengan tawakkal dan perlaksanaan hukum itu sendiri.

Tawakkal itu adalah buah kepada keimanan, dan melaksanakan hukum itu pula (تفويض) adalah buah kepada kesempurnaan. Tidak ada gunanya melaksanakan amanah tanpa tawakkal dan juga tidak ada gunanya bertawakkal tanpa melaksanakan amanah.

Apa yang Allah s.w.t. perintahkan itu lakukanlah dengan penuh amanah, dan tanggungjawab serta janganlah pula mempersoalkannya. Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi hamba-Nya dengan bebanan yang tidak mampu dilakukan oleh hamba-hamba-Nya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat terakhir yang bermaksud:

"Allah s.w.t tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

Begitu juga, di samping menjalankan seluruh hak-hak Allah s.w.t. sebagaimana yang terkandung di dalam rukun Islam yang lima itu, kita juga harus memperhatikan hak-hak sesama manusia yang menjadi sunnatullah di atas muka bumi ini.

Kita tidak ingin menjadi seperti golongan-golongan yang telah dihinakan oleh Allah s.w.t. kerana tidak memperhatikan konsep hak ini dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah ali-Imran ayat 112 yang bermaksud:

"Mereka ditimpakan kehinaan (dari Segala sudut ) di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang dengan tali Allah s.w.t. dan dengan tali (perjanjian) dengan manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah s.w.t, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala sudut). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah s.w.t (perintah-perintah-Nya), dan mereka membunuh Nabi-nabi Dengan tiada alasan Yang benar. semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah s.w.t.)."

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Nuur ayat 31 yang bermaksud:

“…Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah s.w.t , Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”.

Akhirnya, semoga kita sentiasa beringat dan memuhasabah diri kita tentang hak-hak Allah s.w.t. yang telah dan belum kita sempurnakan. Jangan sampai satu masa kita juga akan dihinakan oleh Allah s.w.t. kerana kelalaian kita untuk beramal dengan kandungan al-Quran yang kita baca dan tatap dalam kehidupan harian kita. Wallahua’lam.

“Ya Allah, jadikan kami golongan yang berbuat dengan apa yang kami katakan dan jangan Engkau jadikan kami golongan yang tidak berbuat apa yang kami katakan. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..Amiin”.

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita