;

Khamis, Januari 28, 2010

Mutiara Syeikh Abdul Qadir Jailani 3

 

Bersabarlah di Atas Kesusahanmu

islamic13 Apabila timbul di dalam hatimu keinginan untuk berkahwin, padahal dikau fakir dan miskin, dan dikau tak mampu untuk memenuhinya, maka bersabarlah dan sentiasa berharap akan kemudahan daripada-Nya, yang telah  menjadikanmu berkeinginan seperti itu, atau yang mendapati keinginan semacam itu di dalam hatimu, niscaya Allah s.w.t. akan menolongmu, (dengan menghilangkan keinginan itu darimu) atau dengan memudahkanmu menanggung beban hidupmu itu, dengan mengurniakanmu kecukupan, memberikanmu jalan keluar dan memudahkan kehidupanmu di dunia dan juga di akhirat.

Lalu Allah s.w.t akan menjadikan dirimu sabar dan mahu bersyukur, kerana kesabaranmu dan keredhaanmu di atas ketentuan-Nya. Maka akan ditingkatkan-Nya kesucian dan kekuatanmu.

Dan janji Allah s.w.t. itu untuk senantiasa menambah kurnia-Nya atas orang-orang yang bersyukur sentiasa benar.

Sebagaimana firman-Nya di dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud :

 "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Maka bersabarlah, tentanglah hawa nafsumu itu, dan berpegang teguhlah pada perintah-perintah Allah s.w.t. Redhalah di atas setiap takdir Yang Maha Kuasa, dan berharaplah  redha dan kurnia-Nya. Sungguh Allah s.w.t. sendiri telah berfirman di dalam surah al-Zumar ayat 10 yang bermaksud:

"Hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan menerima ganjaran mereka tanpa batas."

Wallahua’lam…

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita