;

Selasa, Januari 12, 2010

PENGENALAN RINGKAS IMAM ASY-SYATIBI RAHIMAHULLAH

 

clip_image001Nama beliau ialah Al-Qasim bin Firruh bin Ahmad bin Khalaf bin Ahmad Abu Qasim Muhammad As-Syathibi Ar-Ra’ini Ad-Dhorir ,beliau bermazhab al-Syafie . Beliau merupakan seorang a’jam (bukan bangsa arab). Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Andalus ( Sepanyol ) dalam keadaan yang buta . Beliau mengambil Qiraat dari Imam Abi Abdullah Muhammad bin Abi Al-A`sh . Beliau telah menghafaz Al-Qiraat di dalam kitab At-Taisir dan Ilmu Hadis dari seorang ulama` yang bernama Imam Ibnu Huzail .

Beliau telah menunaikan ibadat haji di Baitullah, kemudian mengambil Ilmu Qiraat daripada seorang Syeikh yang bernama Abi Thohir Al-Salafi di Iskandariah Mesir setibanya beliau di negeri tersebut . Setelah beliau memasuki Mesir , beliau telah diberi penghormatan yang tinggi oleh ulama`-ulama` di sana dan di lantik sebagai ketua di dalam Lujnah Ilmu Al-Quran oleh Raja Mesir . Beliau telah diberi kebenaran untuk mengajar Al-Quran di semua tempat di tanah Mesir . Beliau mempunyai beberapa kelebihan antaranya zuhud , amanah , thiqoh , tajam fikiran , banyak beribadat , dan mempunyai ketokohan yang hebat di dalam berpolitik. Beliau seorang yang pendiam dan dikatakan sebagai seorang yang mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Ketokohan beliau di dalam ilmu agama amat dikagumi oleh ulama’-ulama’ di Mesir, sehingga Imam Al-Hafiz Abu Syammah Ad-Dimasyqi bersyair :

“ Aku melihat para Ulama’ Mesir yang terkemuka mengagungkan Syeikh Al-Syatibi “

Beliau meninggal dunia ketika berusia 52 tahun , pada hari Ahad selepas sembahyang Asar , 28 Jamadil Akhir , tahun 590 Hijrah dan dikebumikan pada hari Isnin di atas Bukit Muqattam , Mesir ..Semoga beliau ditempatkan bersama para Auliya dan Syuhada’ Allah s.w.t…Amiin Ya Rabbal ‘alamiin.

Al-Fatihah buat tokoh mulia dan agung  ini.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita