;

Selasa, Januari 05, 2010

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan: Tokoh Dakwah dan Tarbiah Unggul (Vol 2)

 

Pekerjaan Beliau di dalam bidang pendidikan dan Dakwah:


2391913797 Sheikh Abdullah bekerja sejak daripada tahun 1954 lagi sebagai guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah peringkat menengah di Aleppo kerana di kampung halamannya tiada Kuliah Ulum al-Syariah. Baliau adalah pendidik terbaik generasi, menanamkan di dalam diri murid-muridnya semangat cintakan Islam dan bekerja untuk menolong Syariat Allah s.w.t. di muka bumi. Oleh kerana pelajaran pendidikan Islam di Syria hanya satu kali seminggu , dan kedapatan pelajar-pelajar yang tidak dapat mengambil ijazah dengannya, maka ia pergi bersama saudara-saudaranya untuk membuat dua kelas pada setiap minggu bagi pelajaran pendidikan Islam, dan kemasukan di dalam ujian bagi mendapatkan Ijazah di Syria.


Dalam tempoh itu, telah tersebar di kalangan mahasiswa ideologi dan gagasan nasionalisme dan prinsip-prinsip ateistik,. Maka, Syeikh mampu mengatasinya dengan meneliti dan mengkaji pemikiran-pemikiran tersebut yang menimbulkan kekeliruan kepada guru-guru agama, dan adalah beliau mempunyai corak pandangan yang terkenal kerana mengetahui kedudukan murid-muridnya pada masa itu.

Sesungguhnya beliau mempunyai hubungan sosial yang sangat baik,di mana beliau sentiasa menziarahi baik tetangga yang dekat dan yang jauh dan sentiasa bersama ketika waktu gembira dan sedih, senang dan susah. Adalah Syeikh-semoga Allah s.w.t. merahmatinya – menjadi obor semangat perjuangan. Pada era penyatuan di antara Syria dan Mesir , beliau telah berjaya mengadakan demontrasi bagi mengumpulkan semangat  kesatuan di kalangan masyarakat di bandar Aleppo.


Dan beliau - semoga Allah s.w.t. Merahmatinya kepadanya – merupakan seorang pendidik, guru dan pengkhutbah di sekolah, dan memainkan peranan yang penting di dalam rumah-rumah Allah. Beliau tidak mengenal erti letih, tidak mengeluh atas segalanya, namun beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh, redha dan gembira di waktu masjid-masjid di Aleppo dipenuhi oleh pemuda-pemuda Muslim yang lapar untuk mendengar seruan kebenaran agama ini. Dengan kegiatan keagamaan yang bersesuaian ini, maka ia telah membuka hati umat Islam ke masjid untuk mendengar berkenaan dengan masalah-masalah duniawi dan di ukhrawi. Syeikh juga tidak mengelak dan menolak untuk setiap jemputan yang datang kepadanya untuk berbicara tentang hal-hal masyarakat Muslim atau jemputan khas. Hujan atau panas yang terik tidak langsung mematikan kesungguhan Syeikh untuk pergi dari satu masjid ke satu masjid yang lain dan dari satu desa ke desa lain untuk menyampaikan kebenaran Islam.


Dia merasa bahawa kewajipannya adalah untuk orang mendengar perkataan (Allah s.w.t.) serta taat dan mampu untuk mendorong Ahli-ahli yang tidak faham untuk bekerja di masjid-masjid agar Kejahiliyyahan tidak merosakkan fikiran pemuda-pemuda dan memusnahkan jiwa mereka. Maka, dipenuhi masjid-masjid dengan halaqah pengajian ilmu dari kalangan kaum muda.


Beliau mengadakan pembelajaran secara berkala di dalam sebuah masjid (Umar bin Abdul Aziz) dengan mengajari Fiqh dan Sirah. Pengajian ini juga melibatkan sejumlah besar pemuda-pemuda yang berusaha untuk memahami Islam dan erti amal.Beliau telah mengajar ramai anak muda pelajaran dalam bidang pengucapan secara teori dan praktikal. Beliau juga sentiasa duduk di hadapan mereka untuk memperdengarkan mereka dengan seruan-seruan. Beliau telah mendidik di sekolah tersebut sejumlah besar orang muda, dan beberapa orang di antaranya telah meninggal pada usia yang masih muda (bunga) pada hari-hari ujian menimpa.

Syeikh mempunyai hubungan yang baik dengan Ulama' Syria dan beliau telah berpindah dari satu bandar ke bandar lain, menyerukan untuk menyatukan para ulama', dan berpegang teguh di antara mereka di hadapan badai yang melanda kaum Muslimin.


Ketika ujian dan bala' melanda- Maka Sheikh keluar dari bandar Aleppo pada tahun (1400 H / 1979 M) dan menetap beberapa bulan di Jordan, lalu terus menuju ke Arab Saudi, dan meneruskanamal Dakwah beliau dengan melibatkan diri di dalam pelbagai ceramah dan kem mahasiswa, serta banyak menulis rencana di majalah dan mengajar di dalam bidang al-Quran dalam stesen radio di Arab Saudi, dan dengan menjadi profesor di Jabatan Pengajian Islam di King Abdulaziz University di Jeddah sejak tahun 1401 hijrah hinggalah bertemu Tuhannya.

Watak dan Peribadi:

Sejak awal lagi, beliau dikenali dengan kemuliaan. Adalah rumahnya diutamakan untuk dermawan ,mahasiswa dan para pencinta Agama, dan mereka menemui daripadanya apa yang menjadi rahsia iaitu senyuman beliau yang sentiasa mekar di bibir untuk kata-kata yang bermakna, sebagai peringatan dan pengajaran, yang mana beliau adalah seorang yang sangat menjiwai kemuliaan para tetamu. Beliau berusaha untuk memperkukuhkan hubungan persahabatan dengan saudara dan orang-orang tercinta. Beliau juga seorang yang sentiasa cepat untuk menziarahi dan bersama-sama dalam kegembiraan dan penderitaan mereka. Jika beliau diminta untuk membantu dalam sesuatu perkara, beliau akan segera menghulurkan bantuan dan ini adalah sifat dirinya secara peribadi.


Rahmat Allah sentiasa berpaksikan kebenaran . Beliau sendiri tidak takut untuk menegakkan yang benar walaupun penuh ujian. Beliau menjadikan seluruh tempoh hidupnya untuk membela Islam. Banyak masa telah dihabiskan oleh beliau untuk menjauhkan Islam daripada keburukan dan kerosakan,dan beliau juga menyeru ketaatan terhadap hukum-hukum Allah,serta tidak takut kepada ancaman atau ugutan daripada siapa pun walau berkaitan dengan diri dan pengaruhnya..Sesungguhnya beliau tahu bahawa amanah menyampaikan kebenaran memerlukan tanggungjawab terbesar di dalam Negara.

 
Adalah diri beliau sangat sukar untuk berpisah dengan Jemaah Islam. Beliau berusaha untuk mencapai kesatuan dalam setiap kalimah dan pendapat, dan beliau menyukai keadilan di dalam tiap-tiap perkara. Beliau turut melihat bahawa setiap perkara tersebut perlu dibincangkan dalam keadaan yang terbuka dan tidak terkongkong.

Dan apa yang ada pada manusia melalui sirah kehidupan Syeikh adalah beliau seorang yang penuh dengan ketulusan dan kesabaran, optimisme dan redha dengan setiap kehendak Allah s.w.t. serta mengambil tahu tentang keadaan teman-teman dan rakan-rakannya yang jauh. Beliau adalah seorang yang tidak sombong. Seorang yang ceria dan suka kepada kesenangan hati, punyai hubungan perlakuan yang baik dengan semua orang yang cintakan kebaikan dan nasihat yang baik untuk kaum Muslimin.


Kematian beliau:


Almarhum telah berjuang melawan penyakit selama hampir tiga tahun dengan penyakit kronik di dalam darah selepas kembali dari Pakistan. Para doktor (Arab dan asing) menemui jalan buntu untuk mengubati penyakit beliau dan kes itu belum pernah terjadi sebelumnya. Dan penyakit ini juga tidak jelas. Maka, telah berkumpul ketua –ketua jabatan di hospital Universiti King Abdul Aziz di Jeddah untuk berbincang secara khusus untuk memutuskan penyebab penyakit tersebut tetapi tetap tidak berjaya, dan mereka menyarankan belliau untuk untuk pergi ke Britain berubat di sana. Beliau melakukannya, tetapi tidak berjaya.


Walaupun dengan keadaan Syeikh yang kurang sihat, namun pengikutnya di Britain sanggup datang untuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh Syeikh, dan kemudiannya beliau telah mengadakan perkhemahan musim panas. Beliau tidak melambatkan permintaan dan undangan mereka. Tajuk kuliah beliau adalah "Pemuda Muslim dalam menghadapi cabaran", dan kemudian ianya menjadi sebuah buku.


Dan setelah kembali ke Jeddah, Syeikh mula menunjukkan kesan penyakitnya disebabkan kerana sakitnya itu dan menurut ketua – beliau mungkin akan menemui pada satu hari nanti punca yang menyebabkan penyakit nya- Kesihatan Sheikh mula berkurangan dan tubuhnya mulai susut serta sentiasa merasa lapar di mana-mana, dan beliau selalu pergi ke klinik perubatan mendapatkan nasihat dan rawatan, tetapi hasil rawatannya tetap menghampakan. Namun, keadaan itu tidak menjadikan dirinya gusar dan lemah malahan beliau sentiasa menghargai waktu yang ada untuk menyelesaikan tugas, tanggung jawab sosial, dan beliau tidak pernah menolak untuk setiap undangan dan pelawaan yang melibatkan dirinya. Ketika diminta untuk beliau bercakap dan berbincang, maka beliau akan bercakap dengan bersemangat hingga terlupa lupa bahawa kondisinya tidak memungkinkan beliau melakukan itu semua.


Tempoh selama mana Syeikh- semoga Allah s.w.t mengasihaninya - berbaring di rumah sakit adalah waktu yang panjang. Beliau dsanggup untuk menang galkan baju hospital dan memakai pakaiannya sendiri lalu pergi ke universiti untuk memberi kuliah dan kemudian kembali lagi ke rumah sakit untuk menerima rawatan daripada doktor dan di sisi tempat tidurnya di hospital, banyak terdapat hingga koleksi buku-buku yang mana beliau menemukan kebahagiaan untuk menulisnya demi kepentingan bangsa dan Islam.


Beliau meletakkan (bantal) di depannya dan menulis bab-bab yang tinggal daripada buku "Silsilah Madrasah al-Duat" yang telah bermula penulisannya sebelum beliau sakit lagi. Meskipun nasihat daripada doktor dan kawan-kawannya agar beliau menjauhkan diri daripada membaca dan menulis, tetapi beliau menolak itu semua semata-mata tidak mahu melepaskan pena dari tangannya dan beliau tidak peduli seberapa banyak beban yang terpaksa ditanggungnya daripada rasa sakit.


Beliau menemui tuhannya pada pukul 9.30 pagi pada hari Sabtu, pada lima Muharram tahun 1408 H bersamaan 29/8/1987 di hospital di Jeddah, King Abdul Aziz University, dan tubuhnya dikebumikan pada hari Ahad, iaitu pada keesokannya . Dan pemindahan jasadnya dilakukan daripada Jeddah ke Makkah dan disembahyangkan di Masjidilharam selepas solat Asar. Pengkebumian Allahyarham dihadiri oleh sejumlah besar sarjana dan pengkhutbah, saudara-saudara, pemuda dan mahasiswa, dan pengikut-pengkut Syeikh telah membuat kata-kata yang menjadi lambang sayang mereka kepada Allahyarham yang telah mengungkapkan suka dan duka di dalam dunia Dakwah dan Tarbiah. Kemudiannya mereka telah mendirikan sebuah perpustakaan Islam sebagai tanda ingatan kepada beliau.

Semoga Allah s.w.t. merahmati Abu Saad dengan rahmat yang luas dan besar. Sesungguhnya beliau adalah seumpama pusat pendidikan dan ilmu. Beliau telah menerima ujian besar terhadap diri,keluarga dan hartanya, dan juga beliau telah meninggal dunia sepertimana golongan "Ghurabaa" ( asing )…Sesungguhnya kita kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali. Amiin Ya Rabbal ‘Alamiin..

Al-Fatihah Buat Allahyarham Syeikh Abdullah Nasih Ulwan.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita