Entri kali ini sengaja dibawa oleh penulis dengan tajuk yang agak subjektif.
Apakah yang ingin dimaksudkan dengan isyarat di atas?
Setelah berakhirnya kembara Matruh Siwa Hewi PMRAM 2010 semalam, maka banyak lagi perogram-program PMRAM yang akan menyusul seperti Bazaar, Q, PMHK-KEKAL, Kuttub Sittah dan sebagainya.
Sebenarnya, program-program yang dianjurkan ini adalah salah satu proses pembelajaran untuk memberi erti faham..faham dengan objektif, tujuan , Maqasid, Jauhar dan sebagainya hidup bersama PMRAM.
Program-program tidak boleh difahami hanya sekadar Syakal nya (luarannya)..Tetapi jauh daripada itu, ianya difahami daripada sudut kefahaman di dalam bergerak dan bekerja, serta tanggungjawab untuk memakmurkan masyarakat dengan kefahaman Islam.
Terkadang, kita mungkin melihat PMRAM hanya menyibukkan ahlinya dengan berporgram, namun berprogram itulah salah satu medan yang baik untuk membina sebuah realiti di dalam bekerja.
bahkan PMRAM sentiasa menekankan tiga elemen penting sebagai salah satu bentuk Jauhar/ intipati yang diinginkan di dalam setiap program yang dijalankan iaitu:
Ukhuwwah, kebajikan dan menzahirkan wajah-wajah Islam itu sendiri.
Setiap orang yang memahami Islam secara luas tidak hanya boleh melihat pengajian dan melakukan kerja-kerja persendirian yang lain itu contohnya, hanya itulah yang perlu difokuskan dan meninggalkan gerak kerja beramal yang lain.
Namun ,hidup bermasyarakat di sinilah yang mengajak kita untuk menyeimbangkan di antara tuntutan fardhu Kifayah dan fardhu Ain itu sendiri.
Sebab itulah Allah S.W.T tidak hanya menjadikan kefadhuan itu hanya kefardhuan daripada sudut Dharurinya sahaja, namun susulan daripada itu yang mencantikkan lagi Islam itu juga adalah amat digalakkan.
Bahkan, tidak salah kita katakan apa yang dilakukan oleh PMRAM untuk ahli adalah salah satu cara untuk membuka minda dan menyediakan ahli dengan persediaan yang betul-betul matang untuk berhadapan dengan masyarakat kelak.
Imam Abu Hanifah contohnya, beliau bukan sahaja seorang yang alim di dalam bidang Agama Islam bahkan terkenal sebagai salah seorang tokoh Imam mazhab. Namun, beliau juga seorang peniaga dan pekerja yang berjaya dengan kemasukan tahunan beliau berjumlah lebih daripada 70 juta ringgit Malaysia.
Begitu juga, Saidina Abdul Rahman bin Auf, menjadi seorang peniaga yang terkaya di bumi Makkah dan Madinah di samping beliau juga merupakan salah seorang sahbat Rasulullah S.A.W.
Fahamilah isi atau realiti yang kita inginkan daripada kehidupan kita sepanjang berada di bumi permukiman Anbiya' ini..Jangan kita hanya terpesona dengan syakal (luaran) sehingga kita merasakan kita telah melakukan perkara yang bertepatan dengan kehendak sebenarnya.
Bertafaquhlah, carilah ilmu sebanyak mungkin, hayatilah sunnah Nabi dan Ibrah daripada Al-Quran..Memang itulah yang sebaiknya bagi seseorang Mahasiswa dan mahasiswa, namun jangan dilupakan apakah ertinya daripada sudut Jauhar (realitinya), yang ingin dicapai untuk melengkapkan sebuah kehidupan.
Erti sebuah faham itu akan memberikan kita jauhar yang jelas tentang isi..Kita tidak lagi berada dalam kondusi yang sempit tanpa mampu berfikir, namun kefahaman itu akan membuka minda untuk memahami dan meneliti seterusnya mengamalkan.
Ramai orang keliru, bahkan mereka menganggap Islam tidak mebezakan-bezakan tentang perkara ini. Tidak wujud Perkara luaran dan tidak wujud perkara realiti, bahkan semuanya adalah realiti yang ingin kita capai.Benarkah begitu?
Allah S.W.T telah merakamkan ayat al-Quran yang jelas untuk menjawab kekeliruan yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang menyatakan bahawa Islam itu tidak punya Syakal (luaran) dan Jauhar (realiti) sebagaimana firman-Nya, di dalam surah al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud:
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa".
Lihat, bagaimana Allah S.W.T memecahkan pemikiran orang-orang yang keliru dengan konsep luaran dan realiti, isi, dan intipati bahawa jangan mereka hanya melihat kebajikan itu daripada sudut tujuan beribadah semata-mata, namun lebih daripada itu konsep keimanan yang benar itu sendiri adalah intipati yang dikehendaki daripada erti kebajikan tersebut.
Sebab itulah sesetangah Ulama' amat menekankan kefahaman ilmu itu dengan beramal, bukan hanya memnuhkannya di dada dan hanya digunakan untuk diri sendiri sahaja.
Begitu juga, Allah S.W.T memberikan kefahaman bahawa Al-Quran secara realitinya adalah untuk membawa kejayaan kepada manusia di hari pengakhiran kelak.Ini jelas sebagaimana firman ALlah S.W.T di dalam surah al-Syu'araa' ayat 88 dan 89 yang bermaksud:
"Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)".
Konsep ini sebenarnya sangat penting bagi seseorang Mahasiswa yang betul-betul matang di dalam pertimbangan sesuatu perkara. Jika, kefahaman di antara perkara luaran dan intipati ini tidak mampu untuk dicerna dengan baik, maka kita akan melihat lahirnya mahasiswa dan mahasiswi yang hanya menghabiskan waktu untuk menyelesaikan kewajipan diri berbanding kewajipan bersama.Sebuah pepatah ada menyatakan:
"Kemerdekaan individu itu terhalang oleh kemerdekaan manusia keseluruhannya"
Semoga mahasiswa dan Mahasiswi lebih cakna dengan tanggungjawab kita di sini. Fahami Mazahir dan maqasid..Fahami juga prinsip Syakal dan Jauhar, agar kita dapat memberi pertimbangan yang waras di dalam setiap perkara yang dilakukan. Kita tidak mahu hanya lahir golongan tafaqquh sahaja, tetapi aktiviti memakmurkan masyarakat dengan realiti ilmuitu diabaikan, dan kita juga tidak mahu lahirnya golongan yang terlalu sibuk dengan perprogram, hingga luluhnya airmata kerana kegagalan.
P/S: Mari sama-sama kita menelaah kitab الصØوة الإسلامية من المراهة إلى الرشد karangan Dr Yusuf al-Qardhawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan