;

Jumaat, Julai 09, 2010

Hayatilah Umur Kita.


Ibnu 'Athaillah al-Sakandari menyebutkan di dalam hikamnya:

رب عمر كثرت آماده وقلت أمداده ورب عمر قليله آماده كثيرة أمداده

Maksudnya:

Mungkin umur itu panjang, namun keberkatan yang ada padanya sedikit, dan mungkin juga umur itu pendek, namun banyak keberkatannya.

Dalam hikam yang sedernaha namun begitu besar maknanya ini, ia memberi satu isyarat kepada kita agar umur itu diguna dengan penuh penghayatan dalam kehidupan kita.

Penulis ingin membawa beberapa perkara penting melalui kalam yang penuh hikmah ini, bahawa terkadang umur seseoarang tidaklah panjang, namun padanya begitu banyak keberkatan yang ada padanya..namun, terkadang sebahagian orang pula mempunyai umur yang panjang, namun panjangnya umur yang ada pada mereka tidak mendatangkan sedikitpun keberkatan.

Apakah hikmah yang tersirat di sebalik perkara ini?

Sebenarnya, untuk menghayati umur yang diberi kepada kita..kita perlu melihat apakah tujuan dan hadaf kita diberi kehidupan sama ada sebentar atau lama di atas muka bumi ini.

Dengan meneliti konsep kehidupan inilah, kita akan mampu menilai apakah umur yang ada pada kita diberkati atau tidak.

Islam tidak hanya menyajikan sebuah kehidupan yang tidak tidak punyai makna apa-apa..Namun, jauh dariapda itu, hidup dalam Islam adalah hidup yang penuh dengan perencah perjuangan.

Tidak mungkin kita akan mampu menghayati umur yang diberi dengan baik, jika kita hanya mengirup udara nyaman yang berhembus perlahan, tetapi nun jauh di belakang kita ribut taufan musuh-musuh Islam sedang menghempas kuat untuk memusnahkan kedamaian dan ketenangan hidup tanpa kita sedari.

Nilai keberkatan umur itu akan kita dapati sekiranya kita meneliti dan menghayati kehidupan Rasulullah S.A.W yang telah terpapar di dada sirah.

Baginda merupakan Role Model yang terbaik buat kita semua..seorang manusia yang bukan sahaja hidupnya dipisahkan daripada kemewahan dunia dan harta-benda, namun baginda yang hidupnya hanya sekitar 63 tahun, mampu memberikan penghayatan yang terbaik terhadap nilai sebuah kehidupan.

Bahkan, baginda tidak sekali-kali memisahkan roh perjuangan dalam kehidupan baginda. Lihatlah contoh ketika malam sebelum berlakunya perang Badar Al-Kubra. Nabi S.A.W tidak tidur sepanjang malam, merintih bermunajat kepada Allah S.W.T di sebatang pohon tamar, agar Allah S.W.T memberikan kemenangan terhadap tentera Muslimin. Kesungguhan munajat Baginda itu dipaparkan di dada sirah melalui kalam-kalam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar yang melihat rintihan Rasulullah S.A.W tersebut sehingga terjatuh selendang yang sedang dipakai oleh baginda S.A.W dengan katanya:

"Ya Rasulullah, usahlah tuan terlalu mendesak Allah S.W.T, sesungguhnya Allah S.W.T akan memberikan kemenangan kepada kita".

Namun ,kebimbangan jelas terpapar tatkala Rasulullah S.A.W menyatakan perasaan baginda kepada Saidina Abu Bakar:

"Wahai Abu Bakar, aku tidak pasti bagaimanakah keadaan kita nanti..Jika Islam tidak menang, maka tidak akan ada lagi cahaya Islam selepas dariapda ini".

Lihat, begitu hebatnya kesungguhan yang dipaparkan oleh Rasulullah S.A.W tatkala dibebani dengan persoalan masa depan Islam. Demi Islam, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melakukan perngorbanan yang terbesar di dalam hidupnya, iaitu kehilangan orang-orang yang paling baginda kasihi.

Ibnu Mas'ud R.A menyatakan :

"Memberikan kegembiraan kepada orang yang beriman dan menyempurnakan keperluan mereka adalah lebih aku sukai daripada ibadah seumur hidup".

Inilah cerminan yang telah diberikan oleh Ulama' berkaitan nilai umur yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Itulah natijah terhadap tarbiah yang telah diwarisi oleh Para sahabat Rasulullah S.A.W secara langsung daripada Baginda sehinggalah diwarisi oleh kita pada hari ini.

Manhaj yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W adalah manhaj yang mengutamakan amal dan gerak kerja, bukan hanya propaganda semata-mata.M elakukan kerja demi Islam tercinta, adalah terlebih baik daripada hanya duduk beribadah dan membiarkan masyarakat terus rosak dan hanyut dalam kejahilan mereka.

Sebagai contoh,Imam al-Nawawi Rahimahullah hanyalah mempunyai umur sekitar 40-an, sebelum dijemput oleh Allah S.W.T.Namun, keberkatan yang ada pada umurnya telah menjadikan kehidupannya menepati kalam hikam di atas sehingga menatijahkan beliau sebagai salah seorang Ulama Mujtahid dalam Mazhab Syafie'.

Apakah kalau hidup kita mungkin sekadar 40-an seperti Imam al-Nawawi atau 63 tahun seperti rasulullah S.A.W, mampukah kita mendapat keberkatan di dalam kehidupan kita.

Semua ulama'-ulama' kita, perginya mereka di dalam keadaan mereka berjuang untuk mempertahankan Agama Islam yang tercinta!

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Barangsiapa yang berpagi-pagi, dan tidak mengambil berat urusan kaum Muslimin, maka ia bukanlah daripada golongan kami".

Juga dalam riwayat yang lain, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa yang malam harinya, ia tidak mengambil berat urusan kaum Muslimin, maka ia bukanlah termasuk daripada golongan kami".

Maka, berdoalah kepada Allah S.W.T agar kita tidak tergolong di dalam golongan yang matinya mewarisi sebahagian dariapda cabang Nifaq akibat tidak mahu berjuang serta berazam untuk berjuang kerana Allah S.W.T dan Islam yang tercinta. Sama-sama fikirkan!

Wallahua'lam...



Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita