;

Isnin, Julai 26, 2010

Faham rahsia hidup dengan lilin!


Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana kita masih dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan keberkatan umur yang masih ada hingga sekarang.

Dengan keberkatan dan kasih-sayang Allah jualah, kita masih lagi dapat melihat, mentafsir, memahami, dan memperkuat keimanan kita dengan ciptaan Allah S.W.T di atas muka bumi ini.

Umur yang kita ada harus kita gunakan dengan sebaik-baiknya..Bimbang-bimbang tiba satu masa kita tidak punyai ruang waktu yang luas lagi untuk mengerjakan amal kebaikan.

Ketahuilah, tiba satu masa kita akan disibukkan dengan kerja yang tidak boleh kita elak lagi..apakah ia? ia adalah sakaratulmaut..Begitu juga,terkadang kita disibukkan dengan kerja yang menyusahkan kita, iaitu ujian dunia..Semua ini menjadi penilaian untuk kita menghargai masa yang ada.

Jangan biarkan hidup kita jauh daripada mengingati Allah S.W.T di dalam satu hari kehidupan kita.

Rasulullah amat menghayati dan menghargai setiap hari yang berlalu di dalam kehidupan baginda. Baginda bersabda :

إذا أتى علي يوما لا أزداد فيه علما يقربني إلى الله فلا بورك لي في طلوع الشمس ذلك اليوم

"Jika datang kepadaku satu hari yang tidak bertambah ilmu yang boleh mendekatkanku kepada Allah S.W.T, maka tidak ada gunanya terbit matahari pada hari tersebut".

Jika rasulullah S.A.W sebagai manusia agung sentiasa menghargai waktu Baginda, apatah lagi kita yang tidak terlepas daripada daripadsa dosa-dosa ini, maka perlulah mewajibkan diri kita untuk menginsafi setiap hari yang kita tinggalkan!

Persoalan di atas di bawa untuk sama-sama difikrkan oleh kita bersama..Terkadang, kita hanya menganggap guru-guru kita sebagai lilin yang menerangi. namun, satu perkara yang harus kita sedar, setiap orang harus menghayati konsep lilin yang membakar ini.

Imam Yusuf al-Qardhawi menyebutkan di dalam kitab sederhanya yang bertajuk "رسالة الأزهر بين الأمس واليمم والغد" , bahawa setiap orang perlu menghayati konsep ilmu yang mereka pelajari serta mengetahui peranan mereka sebagai penuntut ilmu.

Dalam risalah Azhar ini, Dr Yusuf al-Qardhawi ingin membawa mereka-mereka yang pernah bernaung di bawah lembayung ilmu Universiti al-Azhar khususnya dan semua orang umumnya, agar mengahayati setiap ilmu yang dipelajari serta dibumikan dalam bentuk amalan untuk memakmurkan masyarakat.

Kita tidak mampu untuk menikmati nikmat ilmu itu sehinggalah ianya digunakan secara praktikal demi memakmurkan masyarakat.

Bahkan akhlak-akhlak seperti kesedaran Islam dan semasa, ikhlas, Qudwah Hasanah, Izzah dan sebagainya menjadi adunan yang membentuk identiti al-Azhar sejak dahulu lagi melalui cerminan ulama-ulama' mereka yang sentiasa ikhlas berjuang demi mempertahankan kesucian Islam.

Dalam konteks al-Azhar sebagai "Masna' " ataupun kilang penghasilan Du'at ataupun pendakwah Islam sebagaimana yang digariskan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi di dalam kitab ini, beliau ingin membawa kefahaman yang jelas agar setiap perkara yang dilakukan bertepatan dengan tujuan dan hadafnya.

Dr Yusuf membawa analogi-analogi yang telah digunakan oleh sebahagian Syeikh untuk menguji kesediaan anak murid mereka dan kefahaman mereka terhadap risalah islam itu sendiri, maka mereka menyediakan 4 bilik. Bilik pertama dipenuhkan dengan kayu-kayu api yang bersedia untuk untuk dibakar, seterusnya dipenuhkan di dalam bilik tersebut.

Bilik kedua pula disediakan dengan banyak bahan-bahan bacaan dan kitab-kitab. Seterusnya, bilik ketiga disediakan dengan bunga-bungaan yang mewangi. Bilik keempat pula disediakan dengan sebatang lilin yang dinyalakan di tengah-tengah bilik tersebut. Maka, diminta kepada setiap anak murid mereka untuk memasuki mana-mana bilik yang disediakan berdasarkan pilihan dan kefahaman mereka sendiri.

Maka setiap daripada anak murid memasuki bilik pilihan mereka.

Setelah itu dikatakanlah kepada golongan yang memasuki bilik pertama.. "Sesugguhnya kamu mempunyai hati yang lemah..kamu ingin mendapat nikmat yang segera hidup di dalam dunia ini dan mengetepikan kepentingan orang lain" itulah ibarat kayu api yang dikumpulkan dengan banyak tersebut.

Kepada golongan yang memasuki bilik kedua, dikatakan kepada mereka : "Sesungguhnya kamu adalah seorang yang hanya mememahami teori dengan merasakan bahawa di dalam kitab itulah segala perkara tetapi kamu lupa kitab kehidupan kehidupan yang lebih besar (iaitu memakmurkan umat dengan ilmu)".
Syeikh menyebutkan pula kepada golongan yang memsuki bilik ketiga: "Sesungguhnya kamu punyai hati yang bagus, namun kamu menyangka ianya adalah nikmat kehidupan, dan kamu lupa bahawa di sisi bungaan itu terdapat duri yang menjadi ujian dan cubaan terhadap nikmat tersebut".

Bagi yang memasuki bilik keempat, Syeikh mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu memahami rahsia hidup. Kamu mengetahui tujuan kamu menuntut ilmu iaitu untuk memakmurkan masyarakat dengan ilmu, bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja "

Itulah perumpamaan bagi lilin yang diletakkan di dalam bilik itu..Bukan sahaja lilin itu menerangi kawasan sekeliling, namun ia membakar dirinya juga.

Seharusnya kita sebagai golongan yang cakna dengan isu-isu semasa memahami perkara ini dengan pemikiran yang jelas dan waras.

Imam Dr Yusuf al-Qardhawi menegaskan kepada kita di dalam kitabnya "Al-Sohwah Al-Islamiyyah Minal Murahaqah Ila Rusd" di bawah tajuk "Daripada banyak berdebat dan bercakap kepada banyak memberi dan beramal", beliau menyatakan bahawa kita usah terlalu leka dengan banyak berkata-kata dan berpropaganda..namun, lakukanlah amalan dengan penuh jitu dan amanah tanpa perasaan ingin merungut dan menyalahkan orang lain. Usah kita hanya terlalu berbangga-bangga dengan sejarah terdahulu, namun cubalah untuk mencipta sejarah agar ianya boleh dikenang. inilah antara prinsip yang ditegaskan oleh Dr Yusuf al -Qardhawi untuk membakar motivasi kita selaku jiwa-jiwa yang bergerak.

Ayuh, teruskan motivasi kalian untuk membina jiwa yang kuat dan jitu dengan PMRAM..Kita tetap dengan wawasan dan keyakinan yang satu bahawa selagi PMRAM membawa dasar Islam, maka selagi itulah kita perlu terus mendokong dan menyokong PMRAM. Allah S.W.T sentiasa bersama kita InsyaAllah..Ayuh sama-sama rasai bahang PMHK,Hemat dan program-program yang seterusnya yang akan berlangsung sepanjang sesi cerminan 2010 ini. Siiru 'Ala Barakatillah..Wassalam.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita