Gambar ini diletakkan oleh rakan serumah penulis di dalam laptop penulis..kadang-kadang tengok gambar nie, payah jugak nak bezakan kedudukan die ye..Tapi, mungkin la boleh ambil sedikit pengajaran daripadanya.
Kadang-kadang , dalam kehidupan kita, kita banyak tertipu oleh fatamorgana dunia. Inilah antara hakikat yang harus kita sedar .
Sekadar percambahan ilmu, dalam kaedah bahasa arab, ada perbahasan mengenai bab Badal, iaitu mengantikan satu perkataan dengan perkataan yang lain bagi memperkuatkan atau memperjelas maknanya. Contohnya dalam satu situasi, seorang lelaki ternampak seolah macam kawannya daripada kejauhan, lalu di menyebut 'Aku melihat Muhammad' tetapi, apabila didekati ternyata ianya bukanlah kawannya Muhammad, tetapi orang lain, contohnya Ali. lalu, dia pun menyebut 'Aku melihat Muhammad Ali' (Ali disini adalah merupakan badal yang digunakan sebagai gantian untuk memperjelas kesalahannya tadi).
Maka, kaedah ini disebut Badal Nisyaan ,yang terdapat di bawah tajuk البدل الغلط .
Apa yang penulis nak sebut, kadang-kadang kita nampak apa yang ada di hadapan kita, adalah perkara yang kita yakini betul, tetapi ianya hanyalah fatamorgana dan permainan dunia semata-mata yang hanya melupakan melalaikan dan merugikan. Maka, janganlah kita menjadi golongan yang tertipu dengan dunia, dan akhirnya kita akan menjadi golongan yang tersesat di antara dunia dan akhirat, rugi di dunia dan rugi di akhirat sepertimana yang telah dijelaskan di dalam kitab 'Apa ertinya saya menganut agama Islam' oleh Dr Fathi yakan.
Dulu, kecil-kecil, kita nampak di tangah jalan yang panas, seolah-olah ada air yang memenuhi jalan itu..kita pun berlari ke arahnya..dengan harapan untuk menikmati kesegaran air tersebu..rupa-rupanya, tiada iar walau setitik..yang ada kepanasan yang membahang dan boleh membakar kaki kita jika tidak memakai sepatu.
Itulah hakikat dunia, yang menjadi ujian bagi manusia. Dan ujian yang menjadi fitnah bagi manusia itu, adalah harta benda dan anak-anak kita sendiri.
Ingatilah pesanan Nabi S.A.W kepada kita semua, bahawa jika dunia ini ada nilai walau sebelah sayap seekor nyamuk, nescaya orang yang tidak beriman tidak akan dapat minum walaupun nseteguk air..Tetapi, kerana dunia ini tidak bernilailah, mereka turut mendapat nikmat di atas muka bumi ini. jadi, apalah yang ingin kita kejari.
Firman Allah Ta'ala di dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

"Dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya".
"Moga-moga,kita sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T..Ya Allah, janganlah Engkau campakkan kami kelembah kebinasaan. Amiin"
p/s: penulis akan menyambung penulisan berkaitan fiqh isra' mi'raj dalam waktu terdekat dan memohon maaf di atas kelewatan update blog disebabkan ada perkara yang lebih penting untuk diselesaikan.Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan