;

Sabtu, Jun 19, 2010

Keutamaan di dalam mencerna isu!

Gaya Seorang Imam, Ulama' dan Tokoh Pemikir..Hebat!

Perlu kita sedari, suasana hari ini yang begitu menghimpit kita dengan gejala-gejala sosial yang begitu membimbangkan memberikan satu kesedaran bahawa perlunya kita punyai kefahaman terhadap Aulawiyat atau disebut sebagai prioriti ke atas amalan kita.

Perlu diingat, kekuatan untuk mencerna fiqh Aulawiyat atau fiqh prioriti dalam dunia arus perdana mutakhir ini seolah-olah menjadi satu nilai tambah yang wajib ada pada setiap Daie demi untuk menjawab persoalan-persoalan yang kadangkala memerlukan kepada jawapan yang tuntas terhadap sesebuah isu.

Jika kita tidak mampu menguasai nilai-bilai ini, tentunya ianya tidak mampu memberi keyakinan terhadap ulasan ataupun olahan jawapan untuk isu-isu dunia yang berlaku pada hari ini.

Dr Yusuf al-Qardhawi, seorang tokoh terkemuka abad ini, telah memberikan komentar terbaik sebagai kesedaran satu bentuk pemikiran tuntas agar kita mampu untuk mencerna penguasaan kita terhadap fiqh. Kegagalan kita untuk memahami fiqh dengan baik akan merugikan dan mengurangkan nilai pemikiran di dalam diri kita sendiri.

Sebagaimana sebuah ungkapan arab yang berbunyi:

كل جديد لذيذ
"Setiap yang baru itu adalah lazat"

Ianya bermaksud, keupayan kita untuk mencerna fiqh dengan lebih berkesan sesuai dengan realiti dan prioriti pada zaman ini akan memberikan kelebihan dan kelazatan kerana ia akan memberikan kemampuan untuk kita mencerna sesuatu isu dengan lebih baik, bukan hanya bercakap di dalam kondisi yang sempit sehingga terkeluar daripada landasan yang benar.

Tajuk di atas juga adalah merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk difikirkan oleh kita semua.

Terkadang kita hanya memahami soal hidup ini untuk tujuan beribadat semata-mata. tetapi Islam melihat daripada kacamata Prioriti itu adalah keutamaan meninggalkan perkara yang dilarang. Dalam isu-isu dunia hari ini sperti isu judi bola, isu anak luar nikah, gejala sosial dan sebagainya, tanggungjawab meninggalkan segala bentuk kemungkaran tersebut adalah keutamaan yang lebih dilihat dan dinilai.

Akibat daripada kegagalan memahami konsep asas prioriti itu,maka timbullah pandangan-pandangan dangkal yang berusaha untuk memberikan kelonggaran kepadanya tanpa menilai daripada sudut syariat yang mana tindakan mereka itu terdorong oleh warisan pemikiran yang telah tersasar.

Keutamaan di dalam meninggalkan larangan ini diperakui hatta sebahagian ulama' Islam mengatakan bahawa:

"Meninggalkan larangan lebih penting daripada melakukan perintah."

Mereka mengeluarkan pernyataan itu berdasarkan dalil hadits shahih yang disepakati keshahihannya, yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam matan al-Arbain-nya, dan juga disebutkan di dalam Syarh Ibn Rajab dalam Jami'-nya; yaitu:

"Apabila aku melarangmu dari sesuatu, maka jauhilah dia; dan apabila aku memerintahkanmu tentang suatu perkara maka kerjakanlah dia sesuai dengan kemampuanmu."

Maka, kegagalan terbesar adalah terhadap kondusi dan kesan yang akan menimpa masyarakat itu sendiri apabila pandangan diberikan tanpa nilaian prioriti yang betul.

Pihak berwajib khususnya haruslah melihat perkara ini dengan lebih mendalam. Isu-isu yang telah melanda seputar keadaan Akhlak, gejala sosial, Aqidah, dan sebagainya yang sedang melanda negara kita ketika ini perlu diberikan jalan penyelesaian dalam bentuk baru yang dinilai oleh prioriti dan pertimbangan yang betul, iaitu keutamaan terhadap tindakan mencegah dan meninggalkan segala bentuk perkara yang menjadi larangan dalam keterangan Agama ini, dan bukan hanya menyibukkan diri dengan propaganda-proganda semata-mata.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w bersabda kepadanya,

"Hindarilah perkara-perkara yang diharamkan, niscaya engkau akan menjadi manusia yang paling baik dalam beribadah."

Jelasnya, generasi hari ini baik mahasiswa, pendakwah, belia, dewasa dan sesiapa sahaja harus mula memahami dan menyambut baik kesedaran pemikiran yang dicanangkan oleh Dr yusuf al-Qardhawi dalam tulisannya, iaitu Fiqh al-Aulawiyat agar kita menginsafi bahawa kekacauan yang berlaku di dalam dunia Islam pada hari ini disebabkan umat Islam tidak memahami prioriti dan pertimbangan di dalam penyelesaian sesebuah isu sebagaimana katanya:

"Apabila kita memperhatikan kehidupan kita dari berbagai sisinya --baik dari segi material mahupun spiritual, dari segi pemikiran, sosial, ekonomi, politik ataupun yang lainnya-- maka kita akan menemukan bahwa timbangan prioritas pada umat sudah tidak seimbang lagi. Kita dapat menemukan di setiap negara Arab dan Islam berbagai perbedaan yang sangat dahsyat, yaitu perkara-perkara yang berkenaan dengan dunia seni dan hiburan senantiasa diprioritaskan dan didahulukan atas persoalan yang menyangkut ilmu pengetahuan dan pendidikan...".

Wallahua'lam...

Rujukan :

Fiqh al-Aulawiyyat, Dr Yusuf al-Qaradhawi.
Fiqh Sirah, Dr Syed Ramadhan al-Bouti.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita