;

Rabu, Disember 30, 2009

Azam Tahun baru

Nyahkan Dosa..!

Salam Tahun Baru yang bakal menjelang buat Teman-teman sekelian..moga sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t.

Beruntunglah orang-orang yang hidupnya sentiasa terpimpin dengan petunjuk Allah dan RasulNya dan celakalah hidup mereka yang sengaja meninggalkan ajaran tersebut. Agama fitrah ini tidak sesekali meminggirkan dunia dalam apa jua keadaan. Dengan slogan bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah seumpama kamu akan mati esok hari, ayuh kita mulakan azam baru!

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t,

Bersyukurlah kerana itu sebaik-baik perkataan yang layak untuk Maha Pencipta. Apalah daya batang tubuh anak Adam ketika dihadapkan di hadapan Allah s.w.t. kelak hanya terkedu menangis menyesali dosa. Justeru kesempatan menghirup udara tahun baru 2010 , muhasabahlah gudang-gudang dosa yang telah kita kumpulkan dan insafilah diri.

Sahabat-sahabat yang disayangi Allah s.w.t sekelian,

Kembalilah kepada Allah kerana pintu taubat masih terbuka. Ingati kesilapan lalu buat iktibar di hari muka. Mulakan tahun baru kita dengan perbuatan-perbuatan bersih dari kancah dosa. Katakan tidak pada budaya couple.Tiada lagi ikhtilat tidak syarie.Hindari berpeleseran dan berfoya-foya. Nyahkan rokok dari bibir anda serta 1001 aneka rupa perkara yang sia-sia. Jadikan hari ini permulaan yang baik untuk mencapai kesempurnaan hakiki duniawi dan ukhrawi. Jika anda tidak malu dengan manusia, cukuplah anda malu dengan Allah s.w.t.

Anda sebenarnya tidak dilahirkan untuk gagal, tetapi anda dilahirkan untuk mendapat kemuliaan Allah s.w.t….jika anda sanggup untuk berkorban sedikit kerana agama yang tercinta ini, nescaya Allah s.w.t. akan membalasnya dengan balasan yang berlipat kali ganda.

Pimpinlah akal dengan Iman dan jangan pimpininya dengan nafsu..Moga-moga kita tergolong daripada kalangan manusia yang selamat di dunia dan di akhirat Insyaallah..Amiin.

Hayatilah Syair ini:

"Wahai pemuda yang melakukan maksiat kepada Tuhan yang menguasai Arasy,

Adakah kamu tahu apakah balasan untuk mereka yang melakukan maksiat,

Harga untuk kemaksiatan itu adalah sebuah kematian,

Dan kemarahan hari yang diambil dengan amanah,

Sesungguhnya jika kamu bersabar dengan kayu-kayu yang ditambat di leher, lakukanlah maksiat,

Kecuali ia adalah keingkaran yang jauh,

Dan pada apa yang telah kamu perolehi daripada kesalahan,

Kamu telah gadaikan dirimu….Maka bersungguhlah di dalam keikhlasan!".


BERSAMA MEREALISASIKAN KEMPEN BIAH SOLEHAH!

Khamis, Disember 24, 2009

Wacana Perdana: Mencari Titik Pertemuan

 

imagesWacana  perdana yang telah berlangsung baru-baru ini di Kelantan Bandaraya Islam, yang mana antara fokus wacananya adalah membincangkan tentang realiti Islam di Malaysia serta bagaimana Islam ingin dipacu pada masa hadapan, bagi penulis tidaklah memberi kesan yang besar terhadap proses percambahan pemikiran rakyat terhadap isu-isu yang berlaku di dalam Malaysia pada hari ini.

Mungkin setiap orang yang mengikuti secara langsung mahupun tidak langsung siaran ini, mempunyai pemikiran dan pandangan masing-masing, namun penulis lebih cenderung untuk melihat perspektif kesungguhan di dalam membicarakan tajuk yang besar ini sebenarnya.

Wacana seperti ini, lebih sesuai dibicarakan oleh mereka yang berada di tampuk kepimpinan tertinggi Pas dan Umno di samping mereka-mereka yang melihat politik daripada perspektif analisis dan kajian .

Islam yang realitinya kita lihat pada hari ini adalah corak yang telah dibentuk oleh kerajaan sejak merdeka hingga 52 tahun berlalunya masa, maka mereka harus mengambil manah ini untuk membicarkannya secara telus dan jujur di hadapan masyarakat yang melihat, mengamati dan menganalisis.

Jika kita hendak bicara perkara yang besar, maka mereka yang punyai tanggungjawab yang besar juga perlu duduk di atas pentas.

Begitu juga, sesi penggulungan yang dibuat oleh Dato’ Nakhaie umpamanya, yang mengambarkan wacana yang berlangsung itu hanyalah majlis gelak-ketawa dan penglipur lara, hanya akan menimbulkan persepsi yang tidak positif sahaja..jika tidak mampu memberi manafaat , baik tidak perlu diadakan wacana sebegitu, bahkan ia akan merugikan masa dan tenaga sahaja.

Sepatutnya, wacana sebegini walaupun ringkas ,ia perlu dimanafaatkan sepenuhnya.

Wacana adalah tempat memuhasabah, bukan tempat untuk mengangkat diri dan emosi. Tidak ada manafaatnya jika hanya mempertahankan diri tanpa bermuhasabah!

Kalau ibarat sebuah kereta, kereta tersebut perlu ditukar enjinnya, bukan hanya dicat bodynya.

Contohnya,jika hari demi hari sebuah kereta itu ditambah dieksesorinya dan dicat baru badannya, namun orang yang menjaganya tidak langsung menukar enjin atau modified enjinnya, jika kereta itu sudah 52 tahun, pastinya ia tidak sehebat dahulu lagi. Hanya cantik pada pandangan sahaja.

Begitu juga Malaysia, jika kerajaan hanya memikirkan soal memperkasakan pembangunan material tanpa mengambil penting soal dasar atau enjinnya, maka tetap tidak memberi manafaat yang besar kepada negara.

Penulis juga mungkin senada dengan rakyat yang lain, tidak menafikan orientasi pembangunan yang telah berjalan agak rancak semenjak 52 tahun yang lalu. Namun apa yang menyedihkan , kita masih tidak mampu untuk berdiri di atas identiti Malaysia itu sendiri, iaitu dengan dasar yang benar-benar telah  merdeka daripada sebarang unsur penjajahan.

saya-anak-bangsa-malaysia

Akibat dasar yang masih tidak merdeka itulah, kita masih tidak melihat sinar penyelesaian terbaik terhadap masalah yang berlaku di dalam negara kita.

Penulis agak kecewa apabila wakil Umno, Ust Affandy dan Dato’ Nakhaie sendiri tidak mampu memberikan keyakinan yang penuh untuk melihat hasil daripada wacana ini.

Bukan soalnya untuk memperomosikan pembangunan Islam yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan kerana itu memang amanah terhadap pembangunan Islam di negara ini, tetapi masalah yang lebih besar adalah Islam tidak diberikan ruang yang seluas-luasnya ntuk membina kekuatan di atas bumi Malaysia ini.

Pembangunan Material dan Islam di dalam negara kita dilihat berjalan tidak seimbang..Maka, timbullah fenomena yang menjadi realiti Islam pada hari ini.

Soal kemurtadan yang berlaku, isu Aqidah, pengurusan harta, peranan Mahkamah Syariah, Isu Kehakiman,Soal pendidikan Islam dalam negara, gejala sosial, rasuah, penyelewengan, hak-hak orang Islam dan sebagainya yang berlaku mutakhir ini, adalah hakikat terhadap realiti Islam. Maka, perkara inilah yang perlu diberi penekanan dan kesungguhan sebenarnya!

Bahkan, mereka-mereka yang telah muallaf dan menerima latihan untuk mengislamkan rakan-rakan yang lain, ada yang mengatakan bahawa  keadaan orang Islam yang tidak menunjukkan Keizzahan Islam itu sendiri yang menyebabkan kesukaran untuk mereka berdakwah, malah ada yang kembali pudar keyakinannya lalu kembali kepada agama asal mereka. Tidakkah kenyataan yang keluar daripada mulut mereka yang asalnya bukan Islam ini memalukan kita yang telahpun Islam!

chinaislam3-cp-45272553

Begitu juga, soal mereka-mereka yang hanya berdakwah terhadap golongan elit di bandar tanpa turun kepada masyarakat bawahan di kampung-kampung serta permikiran-pemikiran yang boleh merosakkan umat Islam juga perlu diatasi. Inilah realiti yang keluar daripada mulut-mulut rakyat yang dahagakan Islam!

Kerajaan perlu menerima muhasabah bahawa ketidaksungguhan untuk memperjuangkan Islam di dalam negara ini menyebabkan banyak kerosakan yang berlaku..Bahkan, penulis yakin jika PAS tidak wujud di Malaysia, maka tidak ada lagi mereka  yang akan mampu memberi muhasabah terhadap perjalanan negara.

Jika kerajaan mampu bermuhasabah, menilai dan mengkaji kembali dasar negara serta menukarkan enjin tersebut dengan enjin yang baru, pastinya realiti Malaysia pada masa hadapan adalah realiti yang cemerlang.

Ya…kita berjuang bukan kerana PAS, tetapi kerana dasar yang dibawa…Jika UMNO mampu menyahut cabaran untuk melaksanakan dasar Islam, soal perpecahan tidak akan timbul..soal nak bekerjasama dengan bukan Islam tidak akan timbul!

Tetapi, selagi mana kerajaan tidak mampu untuk melakukan sedikit pengorbanan, selagi itulah PAS tidak boleh untuk melakukan pengorbanan…kerana hakikatnya, pengorbanan yang diinginkan dariapda kerajaan hanyalah sedikit sahaja, hanya menukar dasar dan mengembalikan Islam pada tempatnya. Kemudian, barulah kita bercakap soal bersatu.

Umpama seorang anak, jika dia tidak suka dengan bau jering umpamanya, maka si ayah perlu berkorban sedikit dengan tidak memakannya, bukan si anak yang perlu lari dari rumah kerana si anak tidak makan jering. Si ayah juga tidak boleh halau anaknya daripada rumah, kerana anaknya juga adalah tanggungjawabnya . Maka, peranan yang besar adalah berada pada ayah untuk menjaga hubungan mereka.

parlimen_building

Semoga Isu Realiti Islam ini mampu menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Gunakan platform wacana sebegini untuk mencari titik pertemuan…Kerana titik pertemuan itu ada pada Islam yang kita junjung bersama-sama.”

Ya Allah, Bantulah kami semua, Amiin”

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan orang-orang Yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan Dengan cara Yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan Yang sebaik-baiknya pada hari akhirat” –Surah al-Ra’d ayat 22.

Tangisan Abu Bakar al-Siddiq

 

tears Abu Bakar al-Siddiq, yang mendapat gelaran sedemikian kerana kehebatan imannya. Beliau membenarkan segala tutur kata nabi di saat orang lain meragui dan tidak mempercayainya. Siapa yang dapat menerima jika seseorang bercerita tentang kisahnya pergi ke Masjid Al-Aqsa yang memakan beratus-ratus batu jauhnya seretusnya naik pula ke langit dan kembali ke dunia dalam hanya satu malam! memang tidak dapat diteriam akal…namun itulah hebatnya lelaki mulia ini, kerana cinta dan kasihnya beliau kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, maka beliau dengan penuh yakin mengungkapkan kebenaran yang tersirat dan tersurat di sebalik kejernihan muka dan ketulusan budi bicara baginda s.a.w.

Beliau merupakan seorang sahabat yang paling utama di kalangan yang lain, kerana keakrabannya dengan rasulullah s.a.w., bahkan beliaulah di antara sahabat yang paling banyak mendampingi baginda, sehingga rasulullah s.a.w. ditenangkan dengan suara malaikat yang diserupakan dengan suara Abu Bakar al-Siddiq, ketika nabi s.a.w. di “Mikraj” kan ke Sidratul Muntaha. Beliau juga sering bersama rasulullah s.a.w. di dalam banyak peperangan demi menegakkan Islam tercinta.

Tentang kelebihan sahabat yang agung ini, Allah s.w.t. telah menukilkan di dalam Al-Quran. Firaman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang Yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi Menguasai Makkah). mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang Yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu”-al-Hadiid ayat 10

Pada kali ini penulis ingin membawa cebisan daripada cerita Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq ini untuk dihayati oleh kita semua.

Di dalam kitab Mustadrak Al-Hakim dan Musnad Ahmad, dengan sanad yang baik, daripada Zaid bin al-Arqam r.a., bahawa satu ketika Abu Bakar al-Siddiq meminta seteguk air untuk melepaskan dahaganya. Maka dihidangkan kepadanya semangkuk air yang bercampur madu.

Ketika bibir Sayyidina Abu Bakar menyentuh tepi bekas air bercampur madu tersebut, maka tiba-tiba beliau menangis dan berhenti dairpada meminumnya. Orang-orang yang menyaksikan peristiwa itu turut terharu hingga mereka juga turut menangis.

Setika kemudian tangisan mereka reda, namun tangisan Abu Bakar masih kedengaran, bahkan lebih memilukan lagi. Lalu para sahabat kembali ikut menagis.

Kemudian setelah reda kembali daripada tangisan, maka mereka bertanya: “Wahai Khalifah Sayyidina Abu Bakar khalifah rasulullah s.a.w., mengapa tuan menangis?”.

Maka beliau berkata: “Satu ketika aku hanya berdua sahaja bersama baginda rasulullah s.a.w., maka baginda seketika itu bersabda , yang mana nadanya seperti berkata kepada seorang wanita, pergilah daripadaku, pergilah!”

Maka aku bertanya kepada baginda s.a.w.: “Ya rasulullah s.a.w, sebenarnya anda berkata kepada siapa, bukankah tidak ada orang lain selain saya di sini”

Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: “Sesungguhnya dunia ini nampak bersolek dihadapanku, maka aku berkata kepadanya, pergilah daripadaku…pergilah!. Lalu dunia berkata kepadaku: “Kalaulah engkau wahai nabi dapat lepas daripadaku, orang-orang selepas engkau sekali-kali tidak akan terlepas daripada godaanku!”.

Hal inilah yang membuatkan aku menangis tersedu-sedu.

Cerita ringkas ini dapat memberi pengajaran yang besar buat kita semua, bahawa selagi mana kita berada di atas muka bumi ini, kita tidak akan terlepas daripada godaan dunia yang penuh dengan fatamorgana ini.

Anatara satu bentuk godaan dunia adalah menjauhkan diri kita daripada Jalan Islam dan tali Allah s.w.t. Ramai orang yang telah mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dan rasul, namun kehidupan mereka jelas menyimpang jauh daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Madu yang manis dan lazat itu umpama kenikmatan dunia yang boleh mengasyikkan dan melalaikan. Jika Sayyidina Abu Bakar menangis teresak-esak, maka kita lebih-lebih lagi patut mengamburkan air mata penyelesalan dan memohon keampunan Allah s.w.t.!

Beringatlah, dan perbanyakkan amal kita, agar kelak kita tidak tergolong sebagai penghuni neraka Allah s.w.t. Wal ‘iyazubillah ! Wallahu’alam…

Selasa, Disember 15, 2009

Penuh Inbox Dengan Perniagaan Internet!

 

images Kebelakangan ini, penulis agak runsing memikirkan tetang inbox email penulis yang sering diziarahi oleh ayat-ayat yang indah susun katanya, bahkan kadang-kadang diselangi gambar yang boleh menarik perhatian seseorang yang melihat gambar tersebut menggerakkan ‘mouse’ untuk mengklik pada tempat itu.

Penulis ingatkan apalah sangat yang menarik  pada perkataan, “berita baik untuk anda”, “jangan lepaskan peluang ini , “baru dilancarkan” dan banyak lagi kata-kata lain, rupanya hanyalah sekadar ingin mempromosikan tentang perniagaan internet yang pada pandangan penulis agak menimbulkan rasa tidak senang hati.

Isu ini tidak dinafikan telah panas sebelum ini, dan diberikan penjelasan oleh mereka-mereka yang membuat analisis dan kajian terhadap perkara ini, tapi rupa-rupanya ia hanya membakar semangat untuk perniagaan jenis ‘ingin cepat jadi senang’ ini berkembang dan muncul dengan istilah-istilah yang lebih gah dan menarik.

Mungkin mereka-mereka yang menceburi bidang perniagaaan internet ini menjadikan mereka sentiasa bersemangat untuk memperkembangkan ia, lebih-lebih lagi kebanyakannya mengamalkan sistem MLM atau sistem penajaan ahli bawahan untuk berkembang, maka tidak perlu tidak ianya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam membina jaringan perniagaan tersebut.

Ya, semua orang bebas mencari peluang pekerjaan dengan pelbagai cara yang halal, tetapi apa yang tidak menyenangkan penulis, kebanyakan promosi biznez internet yang singgah di email penulis semuanya jenis nak cari ahli daripada jual produk yang membantu ekonomi islam.

Kalau hanya itulah yang dihajati, matlamat menegakkan ekonomi islam tidak akan tercapai!

Kita pun telah maklumi, bahawa di antara unsur   ألغرار (ketidaktentuan) di dalam muamalat perniagaan ini contohnya, adalah mengambil keuntungan daripada usaha ahli bawahan tanpa ada usaha ke atasnya. Ini jelas.

Sepatutnya, jika nak cari ahli pun, tunjukkanlah produk-produk yang berkualiti dan mampu untuk meningkatkan nilai kualiti ekonomi Islam. Di samping itu, berusaha untuk berniaga sepertimana yang telah ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w.dan para sahabat baginda iaitu dengan usaha keras kita sendiri untuk memasarkan dan memajukan produk-produk perniagaan tersebut.

Lihat bagaimana Abdulrahman bin Auf, antara sahabat rasulullah s.a.w. yang meninggalkan segala hartanya lalu berhijrah ke madinah bersama kaum Muhajirin untuk menyahut seruan Allah s.w.t.. Beliau adalah antara sahabat rasulullah s.a.w. yang terkaya di Makkah pada ketika itu. Namun, walaupun tanpa harta, beliau masih mampu membina kekuatan ekonomi yang hebat di Madinah.

Apabila ingin ditawarkan oleh rakan Taakhinya daripada Ansar dengan bantuan apa sahaja, beliau hanyalah meminta bebrapa keping dinar untuk dibawa ke pasar. lalu di Pasar, beliau membeli seekor kuda yang masih baik dan dijual kembali kuda tersebut dengan harga yang sama, hanya beliau mengambil tali pelana kuda tersebut sahaja.

Di sini, beliau mengambil untung di atas seekor kuda adalah tali pelananya!

Maka, beliau kembali ke pasar dan membeli lagi kuda yang lain dan diulangi jualan tersebut hingga tali yang dikumpulnya menjadi sangat banyak. Oleh kerana kuda-kuda yang dibeli memerlukan tali, dan hanya Abdulrahman bin Auf pada ketika itu memiliki tali yang sangat banyak, lalu beliau membuka perniagaan menjual tali pula. Akhirnya, beliau tetap menjadi seorang peniaga yang hebat di Madinah dengan kebijakannya dalam ilmu ekonomi.

Inilah antara contoh yang patut dicontohi oleh setiap Muslim, melebihkan usaha untuk mendapatkan sesuatu, bukan hanya mengharapkan keuntungan daripada orang lain!.

Penulis tidak mahu menyebut soal hukum di sini kerana perkara ini sudah menjadi sesuatu yang makruf (diketahui) umum, dan sesiapa jua mampu mendapatkan penjelasan hukum di tempat yang sewajarnya.

Bahkan, penulis juga pernah menceburi perniagaan di internet sebelum ini tetapi tetap tidak kemana. Penulis sendiri lebih senang kalaulah dengan hanya menjual stokin dan sarung lengan sebagai contoh, namun dapat menjadikan sistem MLM itu sebagai wasilah untuk menyampaikan dakwah, itu lebih mulia dan berkah daripada hanya mengharapkan orang masuk menjadi ahli untuk menjamin kepentingan diri sendiri.

Ketahuilah, sesuatu matlamat itu tidak pernah menghalalkan cara kerana cara itu perlu dipandu dengan acuan Islam untuk mencapai matlamat. Jika kita hanya inginkan matlamat tercapai, tetapi tidak langsung menghiraukan soal cara, maka kejayaan untuk mencapai matlamat tersebut tidak akan mampu untuk digapai, bahkan kadangkala hanya akan membawa kepada penyelasan dan kerugian sahaja.

Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu”.-Hadith Shahih

Penulis berharap agar perkara ini dapat sama-sama difikir dan dimuhasabah…selepas itu pilihlah yang terbaik. Apa yang penting, setiap amal yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan matlamatnya hanyalah untuk membantu perjuangan Islam dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Amin ya Rabbal a’lamiin.

Semoga selepas ini, tiada lagi mesej-mesej tentang biznez internet ini singgah di inbox penulis.Wallahua’lam..

Hijrah, hakikat amanah dan cinta

 

hijrah1 "Hijrah, Hakikat Amanah dan Cinta"

Penulis pada kali ini ingin mengajak para sahabat sekelian untuk berfikir sejenak dan meneliti satu tajuk yang begitu penting kepada kita semua selaku mahasiswa yang sedang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t., lebih-lebih lagi ilmu yang sedang kita tuntut ini adalah ilmu agama, yang menjadi kefadhuan buat semua umat Islam itu sendiri iaitu "Hijrah, hakikat Amanah dan Cinta"

Maka, kita harus meninggalkan persoalan di dalam benak kita, apakah aku telah benar-benar berhijrah?. Persoalan inilah yang akan mengungkapkan hakikat di sebalik apakah amanah yang dimaksudkan itu dan bagaimana sebenarnya tanda cinta kita kepada Allah s.w.t.

Hakikat Amanah.

Tatkala mengungkap bicara tentang amanah,ianya amat menggerunkan sesiapa jua. Ianya tidak lain adalah kerana beratnya amanah yang perlu ditanggung oleh manusia yang mukhallaf dan dibebani dengan bebanan hukum ke atas mereka.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan"

Hakikatnya, kesannya akan kembali kepada manusia sendiri jika mereka tidak mampu untuk mengotakan kesanggupan tersebut. Apatah yang akan mampu diucapkan di hadapan Allah s.w.t. jika ianya memang tidak mampu untuk dilaksanakan?

Hijrah membawa makna yang besar untuk dihayati oleh insan yang berakal. Kezaliman dan membuat perkara yang sia-sia yang menjadi tabiat manusia harus dimuhabah oleh manusia keseluruhannya kerana ia adalah tempelak yang sangat jelas dariapda Allah s.w.t..Ketiadaan hijrah pada masa ini membawa erti akan amanah yang lebih besar yang perlu diselesaikan perjalanannya oleh manusia.

Maka, siapakah yang akan mengemudi bahtera amanah tersebut?...jawapannya tetap ada pada kita selaku golongan yang bermulaazamah dengan ilmu.

Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Tidak ada hijrah selepas al-Fath (pembukaan kota makkah), tetapi yang ada hanyalah Jihad dan Niat"-Hadith Riwayat al-Bukhari.

Ibnu Qayyim al- Jauzi menyebutkan : "Penghubung di antara hijrah itu adalah niat dan jihad…"

Kita harus sedar bahawa kita tidak mungkin mampu untuk mengulangi penghijrahan sebagaimana yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin, namun hijrah yang boleh kita lakukan adalah dalam bentuk niat dan jihad kita sendiri.

Selaku golongan yang bertaamul dengan kalam Allah s.w.t. yang agung serta menuntut ilmu ikhlas keranaNya, dua perkara inilah yang menjadi amanah yang besar buat kita sebenarnya. Kita harus sedar tugas kita sebagai penuntut ilmu bukan hanya memenuhi kehidupan di atas muka bumi ini, tetapi lebih daripada itu ianya mengajar kita untuk matang menilai, berfikir, dan menghargai kehidupan dengan iman dan hati kita sendiri.

Seseorang yang sedar tentang hakikat amanah pastinya tidak akan sanggup untuk mengkhianati hijrah mereka sendiri setelah mereka meletakkan niat yang betul dan bersungguh-sungguh dalam berusaha untuk menegakkan Islam.

Kita sedih dengan keadaan sebahagian daripada golongan penuntut ilmu yang tidak sedar akan amanah yang mereka pikul. Mereka membenarkan dan menyakini akan peristiwa hijrah tersebut, tetapi mereka tidak mengambil pengajaran daripadanya. Bahkan, ucapan hijrah itu hnya jadi siulan di mulut-mulut mereka, tetapi tidak masuk pun ke dalam hati nurani.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Saff ayat ke-3 yang bermaksud:

”Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya".

Saidina Umar al-Khattab pula menyatakan:

"Barangsiapa yang menempatkan dirinya di tempat yang boleh menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya."

Sesungguhnya amanah itu adalah segala bentuk ketaatan terhadap setiap perintah dan menjauhi segala larangan Allah s.w.t. Maka, itulah juga sebagai asas kepada sifat Taqwa seseorang Muslim itu sendiri.

Ulama menyebutkan bahawa Taqwa itu: "Mengikuti segala perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala laranganNya sama ada Zahir mahupun Batin"

Maka, beruntunglah bagi mereka yang mengambil pengajaran dan muhasabah daripada hijrah itu sendiri kerana mereka telah mengerti hakikat amanah tersebut.

Sabda rasulullah s.a.w.; "Tiada keimanan bagi yang tidak beramanah, dan tidak agama bagi yang tidak menunaikan janjinya"-Hadith riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Ibnu Hibban di dalam shahihnya.

Taat itu tanda Cinta

Kadang-kadang orang selalu memberi tafsiran yang salah terhadap makna cinta itu. Mereka hanya melihat cinta daripada sudut lahiriah (luaran) semata-mata tanpa melihatnya daripada kacamata hati dan iman. Sebab itulah ramai orang mudah kecundang dengan fantasi mereka terhadap cinta tersebut.

Cinta itu sebenarnya adalah satu bentuk kataatan kepada yang dicintai dan pastinya ianya adalah Allah s.w.t. dan rasul..Tidak ada ketaatan yang melebihi ketaatan kepada Allah s.w.t. dan juga rasul. Apabila manusia memesongkan hati mereka daripada taat kepada Allah s.w.t dan rasulullah s.a.w., maka mereka hanya membawa diri mereka ke lembah kebinasaan.

Kita sebagai mahasiswa Islam lebih-lebih lagi bagi yang bergelar hamalatul Quran,perlu sedar akan perkara ini. Hijrah tidak mengajar kita untuk berkorban kerana manusia, harta, pangkat dan sebagainya, tetapi hijrah mengajar kita erti untuk cinta dalam erti kata taat kepada perintah Allah s.w.t. dan rasulullah s.a.w. Kita pasti akan kecewa dan menyesal di akhirat kelak jika kita tidak mampu untuk memilih cinta yang sebenarnya.

Fudhail bin Iyad pernah ditanya: "Wahai ayah Ali,Bilakah seorang lelaki itu menjadi soleh?".

Maka beliau menjawab: "Apabila nasihat itu berada pada niatnya, dan takut (kepada Allah s.w.t.) itu berada pada hati, dan kebenaran itu berada pada lisannya dan amalan Soleh itu berada pada anggotanya".

ketenagan

Oleh kerana kita merupakan golongan yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan kemuliaan Islam dan juga al-Quran, maka kita perlu mengambil peluang yang sebaiknya untuk menterjemahkan isi kandungan al-Quran melalui contoh yang terbaik kepada masyarakat. Tiada alasan untuk kita mengatatakan bahawa kita tidak mampu kerana hakikatnya, kita juga sedang berhijrah daripada keburukan, kelemahan , dan kekurangan kita, kepada kebaikan, ketaatan dan kekuatan melalui cinta yang mendalam kepada Allah s.w.t. dan rasulullah s.a.w. Mungkin sebahagian orang pastinya memandang sinis kepada sahabat-sahabat kita yang ingin berubah untuk menjadi baik, tetapi hakikatnya golongan yang telah dipandang sinis itulah golongan yang mengikuti jalan kebenaran sebagaimana yang telah dirintis oleh kaum Muhajirin melalui hijrah mereka. Ambillah motivasi daripada ungkapan ini :

"Perbaiki diri kamu dan berdakwahlah kepada orang lain”

"اصلاح نفسك وادعوا غيرك"

Kesimpulannya, melalui tarbiah Hijrah itu sendiri, marilah kita sama mentajdidkan niat kita, dan memperkuatkan amal kita di dalam beramal dan berjihad kerana kita sentiasa sedar bahawa Islam tidak pernah memerlukan kita, tetapi hakikat yang pasti adalah kita jualah yang memerlukan Islam itu sendiri. Jika kita lalai dan leka, kita pasti akan hanyut di dalam lautan fatamorgana dunia dan akhirnya tertinggal jauh di belakang.

Salam Juang, selamat berhijrah!.

Sabtu, Disember 12, 2009

Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan Terhadap Islam

 

Tarikh: Ahad, 25 Januari 2004 @ 0:36:53
Topik: Berita


ensi-orientalis

Assalamualaikum buat semua teman sekelian. Untuk kali ini penulis paparkan sedikit hasil pengumpulan maklumat yang dibuat sekitar tahun 2003 yang lalu oleh Us Zaharuddin. Jika ada kesempatan, penulis akan cuba update blog insyaallah…Semoga maklumat di bawah ini ada manaafaatnya.

Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat.


Oleh : Zaharuddin Bin Ab. Rahman
Jab. Fiqh dan Usul Fiqh ,
Universiti Al-Yarmouk, Jordan
zaharuddin@yahoo.com


Lanjutan daripada senarai ulama ahli Sunnah semasa yang telah ditulis
sebelum ini, lalu timbul persoalan dari pembaca tentang nama-nama para
pengkaji ilmu Islam dari kalangan bukan Islam (orientalis) yang mana
karya-karyanya terdapat seribu satu jenis racun yang mampu melemah dan
menyeleweng fahaman sebenar Islam. Lalu penulisan ini dibuat bagi menjawab
soalan tersebut InsyaAllah. Penulisan ini dibuat dalam bentuk separa
ilmiah, bertujuan memberi maklumat mudah kepada golongan awam dan
professional Islam terutamanya yang sering bergantung kepada rujukan buku
berbahasa Inggeris.


Penulisan ini akan mendedahkan hal berikut secara ringkas:-


1. Beberapa jenis kumpulan Orientalis
2. Senarai Nama Orientalis yang berbahaya, latar belakang & beberapa
dakwaan jahat mereka.
3. Senarai nama kitab karangan mereka yang sangat merbahaya.
4. Kumpulan karya Orientalis yang boleh dibaca.
5. Beberapa buah karya Bekas Orientalis yang telah masuk Islam
6. Antara Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis dan karya mereka.


Jenis kumpulan Orientalis:


1. Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng,
jenis ini banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap Islam. Muncul
dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis bagaimanapun semakin
berkurangan dari masa ke semasa.


2. Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan Arab
dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut Ekonomi dan
Politik dan Penjajahan baru.


3. Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu sengaja
menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka.


4. Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji akademik yang
tulus ikhlas dan professional, bagaimanapun sebenarnya mencari kelemahan
Islam serta meragukan kesohihan Risalah Islam, Aqidah Tawhid, kesohihan
Al-Quran, Hadith dan lain-lain.

5. Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan professional
tanpa sebarang sentimen agama, yang mana setengahnya membawa mereka kepada
Islam. (Rujuk Dr Hamdi Zaqzuq, ms78 -79)


Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka:

Bil Nama Orientalis Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam bahasa
Malaysia) Tahun Keluar (Masihi) Catatan:


1. A.J Arberry a. Islam hari Ini (Islam Today)b. Pendahuluan Sejarah Tasawufc. At-Tasawufd. Terjemahan Quran 1948195019501950 · British, sangat memusuhi Islam.· Prof di Univ. Cambridge, ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam Pengajian Islam.
2. A. Geom Al-Islam · Britsh, sangat musuhi Islam.· Pensyarah di Univ di Britain&USA· Jelas dalam karyanya agenda missionary· Ramai pelajar Mesir juga pelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir.
3. Baron Garra ada Vaux Salah seorang pengarang Islamic Encyclopedia · French,
sangat musuhi Islam.
4. H.A. Gibb a. Pengarang utama Islamic Encyclopediab. Cara Islam (Inggeris & Arab)c. Pendekatan Baru dalam Islam (Inggeris&Arab)d. Mazhab Muhammadi (Mohammedanism)e. Islam & Masyarakat Baratf. Whither Islam 19471947 · British, Orientalis terbesar· Ahli dalam kesatuan Bahasa di Mesir.· Prof di Univ Hartford, USA· Karya2nya tersangat bahaya kepada Islam.
5. Gold Ziher a. Pengarang utama Islamic Encyclopediab. Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris&Arab)c. Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to Islamic Theology & Law)d. Halangan Muhammad · Pengasas gerakan meragukan kesohihan Hadith.· Dianggap pakar bidang Hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya· Mendakwa Quran diubah selps Baginda SAW wafat· Tokoh utama oreintalis , terlalu benci Islam.
6. John Maynard Majalah Persatuan Pengajian Timur 1924
7. S.M.Zweimer a. Dunia Islam (pengasas majalah ini)b. Islam Mencabar Demi ‘Aqidahd. Al-Islam 19081911 · USA, Missionary, sangat terkenal dengan permusuhannya dengan Islam.
8. Aziz ‘Atiyyah Suryal Beberapa kitab tentang Perang Salib · Kristian Mesir· Belajar di Univ Amerika, sangat benci dengan Islam.· Terlalu banyak menyelweng ajaran Islam.
9. Pergi.Von Grunbaum a. Islam di zaman pertengahanb. Perayaan Muhammadc. Usaha
Menerangkan Islam yang Modend. Pengajian Sejarah Keilmuan Islame. Al-Islam f. Kesatuan & Kepelbagaian dalam Tamadun Islam 19511947195419571955· Yahudi, Jerman, masuk ke USA· Prof di Univ Chicago· Terlampau banyak menyerang Islam
10. Phillip Hitti a. Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arabb. Sejarah Arab. (History ofArabs) mengandungi tuduhan Nabi gilac. Al-Islamd. Sejarah Syriae. Asal usul Agama Duruz · Kristian Lubnan· Prof. Pengajian Timur Univ Brenston, USA· Penyelia tidak rasmi kepada Kementerian Luar Amerika dahulu· Sangat benci dengan Islam & enggan menisbahkan Islam dengan sebarang kebaikan & keutamaan.
11. Carl Brocklemann The History (Jerman, Inggeris).
12. A.J Weinsink Aqidah Islam 1932 · Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran hasil dari ringkasan kitab 2agama dan falsafah sebelumnya.· Tetapi setengah karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini).
13. Kenneth Gragg a. Ketua Editor Majalah The Muslim Worldb. Dakwah al-Makzanah 1956 · Amerika, sangat benci & menentang Islam.· Mengajar di Univ. Amerika di Qaherah beberapa ketika.· Missionary Kristian· Ketua Jab Kristian di Univ Hartford.
14. L. Massignon1 . Al-Hallaj , sufi yang syahid di Alam Islam2. Salah seorang penting dalam karya Ensaiklopedia Islam.  Perancis, Oreintalis terbesar France. Penasihat Menteri Jajahan Perancis dalam hal ehwal Timur Afrika· Pengawas Kerohanian Kesatuan Missionary Perancis di Mesir· Pernah menjadi askar Perancis 5 tahun dalam Perang Dunia Pertama· Ahli Majlis Bahasa di Mesir & Kesatuan Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria· Mendalami dalam bidang Falsafah & Tasauf Islam.
15. D.B Macdonald a. Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh & Teori Perlembagaan dalam
Islam b. Pendirian Agama & Hidup dalam Islam 19031908 · Amerika, antara yang
paling memusuhi Islam.
16. M.Green Setiausaha Majalah Middle East.
17. Majid Qadrawi Perang & Damai Dalam Islam 1955 · Kristian Iraq, · Ketua Jab Pengajian Timur Tengah Univ. John Hopkens, USA· Ketua Ma’ahad Timur Tengah untuk Penyelidikan & Pendidikan di Washington· Terlalu benci Islam.
19. D.S Margoliouth 1. Perkembangan Baru dalam Islam2. Muhammad & Kelahiran
Islam3. Universiti Islam 191319051912 · British.
18. .a Nichloson1 . Antara pengarang Ensaiklopedia Islam2. Para ahli Sufi Islam3. Sejarah Sastera Arab.. 19101930 · British, sangat bencikan Islam· Menafikan Islam agama wahyu· Mendalami bidang Tasawuf Islam.
19. Henry Lammens1 . Antara pengarang Ensaiklopedia Islam2. Al-Islam3. At-Toif4 . Majalah Kesatuan Pengajian Timur USA 1925 · Bangsa Perancis. Tersangat merbahaya!· Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan .· Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti ubah tarikh lahir Nabi SAW serta membuat gambaran jahat tehdp Fatimah az-Zahra.
20. Joseph Schacht1 . Antara pengarang Ensaiklopedia Islam2. Usul Fiqh Islam3. Sumber Fiqh Islam (The Origins of Mohammadans Jurisprudence) · German, punyai banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh.· Mendakwa asas syariat meniru undang-undang Rom.
21. Rudi Paret1 . The Quran2. ada Koran · Menuduh Nabi mereka sendiri Quran, dan mengambil pengalaman hidup & ilmu tentang Isa & Maryam sebagai asas rekaan Al-Quran.
22. Karl Heinrich Becker Pengasas Majalah Islam.
23. Jetson Phiit Majd al-Islam (Kemuliaan Islam) · Menghentam islam melalui kitabnya.
24. Richard Bell Al-Quran & Hubungan Nasrani dengan Nabi SAW (Arab & Inggeris) · Prof Bahasa Arab di Univ Edinburgh.
25. Lord · Mendakwa Nabi terpengaruh dengan ajaran yahudi dalam mereka permulaan beberapa surah dengan huruf-huruf. seperti Alif Lam Mim dan lain.

26. Najib al-‘Aqiqi Al-Musytasriqun (Oreintalis) · Berbangsa arab.
27. W.C. Smith Islam in Modern History
28. Montgomery Watt1 . Sirah Nabi di Mekah ,2 . Sirah Nabi di
Mekah(Mohammad In Mecca & Medina)3. Mohammad, Prophet & Statesman.

29. Dr C.pergi Pfander Neraca Kebenaran (Mizan al-Haqq) · Mencabar Ulama Islam berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada 1854M. Hasil debat ini akhirnya Pfander mengakui terdapat 8 tempat penyelewengan dalam Injil.· Debat dibuat dalam beberapa hari, pengikut kristian yang semakin ramai membanjri majlis, kecewa dengan Pfander.· Kelemahan hujjah Pfnder ketara hingga beliau tidak datang pada hari ke3 debat.· Syiarnya selepas itu, “Kiranya Syeikh(ulama yang berdebat dengannya) ada di satu tempat, saya beredar dari tempat itu.” (Lihat Abu Hasan Ali An-Nadawi).
30. George Sale Terjemahan al-Quran ke Bahasa Inggeris.
31. Hamilton Jobb Asas Bina Pemikiran Agama dalam Islam · Banyak melakukan penyelewengan maklumat dan menyelwengkan pendapat ulama dalam bukunya.
32. William Muir · Cuba meragukan Bahasa Quran & menuduh ianya tidak
terjamin dr salah.
33. Louis Gardeih Falsafah Pemikiran Agama antara Islam dan Kristian · Mendakwa Saidina uthmanyang menyusun surah dan ayat quran.
34. Z.P Bodly · Menuduh kotor isteri-isteri Nabi· Dakwaan bohong Nabi punyai hubungan dengan Rahib Kristian. · Serta dakwaan bohong Nabi. dipegaruhi Paderi Waqas B. Sa’adah & Waraqah Nawfal. (Lihat Anwar al-Jundi)
35. Cofan, Renan, Jano · Kesemua mereka penipu besar dalam mengutarakan hal Asas Syariat Islam.


Berikut adalah beberapa kumpulan nama buku yang terbahaya hasil karya para
Oreintalis.


1. The Encyclopedia Of Islam – Terbitan pertama tahun 1913 hingga1938 dalam tiga bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian cuba diterjemah ke bahasa Arab…sehingga huruf ‘ain, terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang banyak terhadap kandungannya hinggalah membawa kepada pindaan kebanyakan isikandungannya dan keluarkan terbitan baru tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid , dan kelihatan agak sederhana dalam kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, ia kerana sedikit campurtangan para ulama dalam kandungannya.

Terjemahan sempurna ke bahasa Arab siap dan diklan pada tahun 1997 dalam 32
jilid:

2. Majalah ‘The Muslim World’
3. Shorter Encyclopedia Of Islam
4. Encyclopedia Of Religion and Ethics
5. Encyclopedia Of Social Sciences
6. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee
7. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir
8. Al-Islam oleh Alfred Geom
9. Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson
10. Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin
11. Al-Islam dalam Bahasa Perancis oleh Henry Lammens
12. Al-Islam dalam Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer
13. Islam Today oleh A.J Arberry
14. Translation of Quran oleh A.J Arberry
15. Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dalam
bahasa German & Arab oleh Goldziher
16. Arabic History oleh Phllip Hitti
17. Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh
18. Qamus Al-Munjid : Berkata Dr Mustafa al-Jawad bahawa dikenalpasti lebih
324penyelwengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali ketika
sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah (???????) ,
diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis
tidak sempat menyemak hal ini)
19. Dan lain 2kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya
yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam.

Antara Karya Orientalis yang boleh dibaca:


Menurut Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf sebagai punyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :-


1. Prof T. W Arnold The Preaching of Islam
2. Stanley Lane Poole Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi)
3. Stanley Lane Poole Moors in Spain
4. Dr Aloys Sprenger Pendahuluan kitab Al-Isobah fi tamyiz as-sahobah
karangan Al- Hafiz Ibnu Hajar
5. Edward William Lane Mu’jam Arabic-English Lexicon
6. A.J Weinsink Mu’jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang6
Musnad Ad-Darimi , Muwatto’ Malik dan Musnad Ahmad
diterjemah ke Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi & kata pengantar
Syeikh Mohd Rashid Ridha
7. pergi.B Strenge Land of the Eastern Caliphate.


Antara karya bekas Orientalis yang telah memasuki Islam:


1. Islam at the cross road oleh Muhamad asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
2. Road to Mecca oleh Muhamad asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam
Margaret Marcus)
4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret
Marcus)


Beberapa Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis:


-Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa
selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga
spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha
meragukan kekuatan Islam serta membawa berita dan fakta bohong dari
kalangan umat Islam.


Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka
juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang
menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai
tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti
berikut :


Bil Nama Karya Bab:


1. Prof. Ahmad Amin(Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, punyai sijil dalam
Qadha’ Syar’ie) Fajr al-Islam · Majoriti kandungan kitab ini. · Bab Hadith
Nabi, berkenaan kononnya Abu Hurairah ra lemah dalam riawayat Hadith, Imam
Abu Hanifah tidak punyai Hadith, Menuduh Ibn Mubarak lalai, pertikai
keadilan Sahabat Nabi, keraguan pada Imam Bukhari.· Bab Maslahat bertembung
Nusus.


2. Abu Rayyah Adwa’ ‘ala As-Sunnah · Pertikai Abu Hurairah.


3. Ismail Adham Tulisan mengenai Sunnah tahun 1353 H · Mengisytiharkan
hadith shohih dari kitab 2sunan tidak sah, serta menuduh ianya mawdu’ (rekaan).


4. Prof. Ali Hasbullah Usul At-Tasri’ Al-Islami · Mendakwa maslahat perlu
diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah yang Qat’ie.·
Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan
Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi.


5. Syeikh Ali Abd Raziq Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul
Perundangan tahun 1925 ) · Menuduh tiada politik dalam Islam.· Kitab ini
dikecam hebat oleh ulama semasa Islam ketika itu. · Antara ulama yang
menjawab Syeikh Muhd Bakhit al-Mut’ie dan Syeikh Khudar Hussain. · Akhirnya
penulis telah menarik balik dakwaannya selepas itu, demikian menurut Dr.
Muhd ‘Amaroh.


6. Prof Khalid Muhd Khalid1 . Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula)2 .
Ad-Demoqratia Abadan · Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dalam
kitabnya Min Huna na’lam (dari sini kita tahu)· Akhirnya penulis ini juga
menarik balik kalamnya lalu menulis kitab baru tajuk Ad-Dawlah fil Islam.·
Bab Maslahat.


7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali(Prof undang-undang) Manahij at-Tafsir fil Fiqh
al-Islami(Perlu dingat hanya sebahagian kecil dalam bab tertentu sahaja yang
perlu disemak & diperbetul, majority karyanya adalah diiktiraf, manakala
kitabnya yang lain dipuji seperti Mabadi’ Nizom al-Hukm fil Islam– Al-Qaradhawi)
· Bab Maslahat, main dakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran kerana
Maslahat. Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll.


8. Dr Nur Farhat (Prof Undang 2& dekan Kuliah Undang 2di Univ Az-zaqaziq)
Di mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar.


9. Sai’d al-Ushmawi Mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar.


12. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia) Dalam kebanyakan artikel karya
mereka · Banyak, tiada ruang untuk dinyatakan di sini.· Kebanyakan dakwaan
dan pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki dan jahil.


13 Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Begitu banyak,
tiada ruang untuk disebut di sini.


14. Dr. Kassim Ahmad Semua hal berkaitan hadithMenafikan hadith secara
totalPemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia.


Demikianlah beberapa maklumat yang mampu disertakan oleh penulis melalui
beberapa pembacaan analisa para ulama Islam. Justeru, semoga seluruh
muslimin/at yang prihatin dapat meneliti senarai yang disertakan dan
berhati-hati.


Apa yang benar dari Allah, dan segala kesilapan adalah hasil kelemahan diri
dan gangguan syaitan.


Sekian,
Irbid,
1July 2003


Senarai Rujukan :


1. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Istisyraq wal khalfiah al-Fikriah lissiro’
al-khadori, Dar Al-Ma’arif, tanpa tarikh.
2. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Islam wal Istisyraq , kertas kerja Nadwah
Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempatdi India.
3. Dr Mustafa As-Siba’ie, Al-Istisyraq wal mustasyriqun malahum wa ma
alaihim, Dar al-warraq, Beirut, cet1 , 1999 m
4. Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadawi, Al-Islamiyyat Bayna al-Mustasyriqin wal
Bahithin al-Muslimin, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal
Mustasyriqin bertempatdi India Nadwah
5. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Islam, kertas kerja Nadwah
Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
6. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Quran al-Karim, kertas kerja
Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
7. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun was Sunnah , kertas kerja Nadwah
Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
8. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wa al-Sirah An-Nabawiyah , kertas
kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
9. Dr. Mustafe As-Sibi’e , As-Sunnah wa makanatuha fil Islam, Dar
al-Warraq, Beirut, cet1 , 1998 m
10. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, As-Siyasah As-Syra’iyyah , Mua’assasah
Ar-Risalah, Beirut, cet1 , 2001


Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://ukhwah.com/
URL untuk Artikel ini:
http://ukhwah.com/article.php?sid=852

Selasa, Disember 08, 2009

Syair Ibnu al-Mubarak: muhasabah buat pejuang.

 

JIHAD Ibnu al-Mubarak atau nama sebenarnya Abdullah al-Mubarak, merupakan  seorang Imam Besar,pendakwah, Mujahid, ulamak yang zuhud,  yang sentiasa merindui Jihad dan syahid pada jalan Allah s.w.t. hingga menemui syahid beliau pada tahun 181 Hijrah di “هيت”.

Ayahnya al-Mubarak pula adalah seorang yang sangat bermanah pada masa beliau menjadi pekerja kepada sebuah ladang epal tuannya sehingga beliau tidak pernah merasai epal tersebut. Hanya menjaganya sahaja. Lalu dengan kehebatan amanah dan kesolehan Mubarak itu, maka beliau telah dikahwinkn dengan puteri tuannya iaitu seeorang gadis yang sangat solehah, memahami sunnah dan taat kepada perintah Allah s.w.t. Maka lahirlah zuriat yang hebat daripada mereka iaitu Abdullah al-Mubarak.

Antara kisahnya yang masyhur yang telah dirakamkan di dalam tafsir Ibnu kathir adalah bait-bait Syair yang telah dihantar melalui sepucuk surat kepada Fudhail bin Iyad, yang merupakan seorang Abid yang sangat terkenal dengan ibadahnya yang hebat hingga digelar sebagai Ahli Ibadah bagi dua tanah Haram. kandungan surat tersebut sangat menyentuh jiwa Fudhail hingga beliau menangis, bertaubat dan mara bersama tentera Islam yang sedang berperang ketika itu.

Surat Yang Dihantar oleh Ibnu al-Mubarak kepada Fudhail bin Iyad:

يا عابـد الحرمين لو أبصـرتنا لعلـمت أنك في العبـادة تلعب

من كان يخضب خده بدمـوعه فنحـــورنا بدمائنا تتخضب

أو كان يتعب خيله في باطــل فخيولنا يوم الصبيحـة تتعب

ريح العبير لكم ونحـن عبيرنا رهج السنابك والغبار الأطيب

ولقــد أتانـا من مقـال نبينا قول صحيح صادق لا يكذب

لا يستوي غبار خيـل الله في أنف امرئ ودخان نـار تلهب

هذا كتاب الله ينطـــق بينا ليس الشهيد بميت لا يكـذب

“Wahai  ahli ibadah di dua Tanah Haram,
Kalaulah kamu telah menyaksikan kami,
Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya
Seolah-olah kamu telah bermain-main dalam ibadah,
Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras
Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras,
ataupun kuda-kuda ia kepenatan di dalam perkara batil,
Maka kuda-kuda kami penat dalam melakukan penyerbuan dan peperangan,
Bau wangi-wangian menjadi milikmu,
Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu di jalanan,
dan sesungguhnya telah datang kepada kami sabda nabi s.a.w.,
Sabda yang benar jujur dan tidak ada kebohongan
Tidaklah sama debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang dan asap neraka yang menyala-nyala,
Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami,
Bahawa orang mati syahid tidaklah sama dengan orang yang mati biasa,
Ia tidak akan berbohong”.

Semoga kandungan bait-bait syair yang penuh pengertian ini mampu untuk meniupkan roh jihad dan perjuangan kepada para pejuang yang sentiasa ikhlas di dalam menegakkan agama Allah s.w.t.. semoga kita tidak tergolong daripada golongan yang bermain-main dalam pengabdian dan ibadah kepada Allah s.w.t…wallahu’alam

Sabtu, Disember 05, 2009

Bicara Cinta Dan Mahabbah Vol Akhir

 

KETAHUILAH, UJIAN ITU ADALAH TANDA MAHABBAH

Doa ayutal mahabbahSebagai kesimpulan terhadap pembicaraan kita berkaitan cinta dan Mahabbah ini, kita akan dapat melihat bahawa mahabbah itu tetap akan kembali kepada Allah s.w.t., selagi ketaatan itu sentiasa diutamakan, kita akan terus mendapat mahabbah daripada Allah s.w.t.

Bahkan, kita harus sedar setiap apa yang berlaku pasti tidak akan lari daripada konsep Mahabbah itu sendiri, sama ada ketika waktu senang mahupun waktu susah.

Di dalam “ألجامع الصغير”, Imam al-Syuyuthi menukikan sebuah hadith yang dishohehkan oleh Imam al-Hakim:

وقال الحسن رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم : والله لا يعذب الله حبيبه ولكن يبتليه في الدنيا

“Dan telah berkata Hasan r.a, daripada nabi s.a.w. : "Wallahi Allah s.w.t. tidak sekali-kali akan mengazab hambaNya, tetapi Allah s.w.t. akan menguji hambaNya di dunia”.

Sesungguhnya itulah nikmat yang ingin dikurniakan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t. tidak akan sekali-kali mengazab hambaNya yang sentiasa mengutamakan cinta kepada Allah s.w.t., bahkan ujian yang diterima itu adalah sebagai tanda kasih-sayang  Allah s.w.t...Maka, bergembiralah jika kamu dipilih untuk merasai nikmat cinta dengan tuhanMu.

Tanda cintamu kepada temanmu bukanlah dengan memberinya kesenangan, tetapi ujilah ia dengan kepayahan dan kesusahan, jika ia masih ingin bersamamu maka itulah tanda Mahabbah.”

Ibnu Qayyim al-Jauziyah menukilkan di dalam kitab “روضة المحبين” :

Dan berkata Saidina Musa a.s. : “yang mana Wahai Tuhan, yakni hambaMu yang mencintaiMu, Maka Allah s.w.t. berkata; Barangsiapa yang aku peringatkan ia dengan ingatannya”

Firman Allah s.w.t. di dalam surah ali-Imran ayat 14 yang bermaksud:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”.

Maka, sentiasa memuhasabah dan meneliti diri sendiri adalah perkara terbaik. Pandanglah cinta itu dengan mata hati dan bukannya pandangan nafsu.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Hasyr ayat 18 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan”.

Dinukilkan juga oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab “مكاشفة القلوب” :

وقال عمر – رضى الله عنه – : حاسبوا قبل أن تحاسبوا , وزنوها قبل أن توازنوا

Dan telah berkata Umar r.a.: Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab , dan timbanglah ia sebelum kamu ditimbangi”

Akhirnya, Buat setiap manusia yang ingin bercinta dan berkasih-sayang, maka ambillah ia sebagai sumber kekuatan hati. Kerana hati yang teguh dan kuat dan cinta dan Mahabbah yang tentunay kerana Allah s.w.t, pastinya akan memberi kekuatan pada diri.

Jangan takut untuk bercinta, kerana cinta bisa membuahkan kelazatan. Tidak diperolehi kelazatan itu melainkan kamu kenal tuhan dan kamu taat kepadaNya. Itulah cinta yang sejati!”.

Nabi s.a.w. bersabda di dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan di dalam shahih Muslim:

ألا وان في الجسد مضغة , اذا صلحت صلح الجسد كله , واذا فسدت فسد الجسد كله , ألا وهي القلب

“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, jika elok ia maka elok jasad keseluruhannya, dan jika rosak ia maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah ia adalah Hati”.

Yang mencintai dan merindui Allah s.w.t dan rasulnya;

Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi (Ibnu Yemeni)                                                         4.03 p.m, Shoubra, Cairo, Egypt.

 

Bicara Cinta dan Mahabbah Vol 2

 

images MAHABBAH; TANDA KEIMANAN

Tidak dinafikan cinta dan Mahabbah itu adalah tanda keimanan seseorang manusia.

Semakin kuat tanda cinta dan mahabbah yang berada di dalam diri, maka semakin kuat keimanannya. CInta tidak sekali-kali mengajar manusia untuk menjadi seorang hamba yang lemah. Bahkan dengan cinta dan Mahabbahlah manusia akan sentiasa bermotivasi untuk melaksanakan ajaran Islam.

Lihatlah bagaimana tebalnnya Iman di dalam jiwa para sahabat yang telah ditarbiyah denagn Tarbiyah islam secara langsung dariapda rasululalh s.a.w. Tiada langsung kegentaran di dalam jiwa mereka untuk mempertahankan rasululalh s.a.w. dan Isalm itu sendiri.

Saidina Umar al-Khattab umpamanya, ketika mana mendengar perkhabaran bahawa rasulullah s.a.w. telah wafat, maka beliau dengan lantang mengatakan sesiapa jua yang mengatakan bahawa rasulullah s.a.w. telah wafat, maka bersedialah untuk dipancung lehernya.

Kerana cintalah, Saidina Abu Bakar al-Siddiq menjadi sahabat yang paling dekat dan rapat dengan nabi s.a.w., dan kerana cinta jugalah Saidina Ali k.w.j mempertaruhkan nyawa untuk mengantikan tempat tidur rasululalh s.a.w..

Tidakkah ini bukti cinta dan Mahabbah yang dasarnya adalah keimanan.Maka akhirnya, mereka telah lahir daripada golongan yang sentiasa dikenang sepanjang zaman.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam hadith riwayat al-Bukhari:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Tidak dikira beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sabagaimana dia mencintai dirinya sendiri”

Ibnu Hajar al-Asqaalani di dalam kitab “فتح الباري” syarah kepada Shoheh al-Bukhari menukilkan mengenai hadith ini:

Dan Dimaksudkan dengan tidak beriman itu adalah barangsiapa yang mempunyai Iman, menurut مستمللي  (dengan lafaz Salah seorang daripada kamu), menurut ألاصيلي  (Dengan lafaz salam seorang), menurut ابن عساكر (dengan lafaz hamba), begitu juga menurut Muslim daripada Ibnu Khuzaimah ; dan dimaksudkan di sini adalah menafikan kesempurnaan Iman- menafikan nama sesuatu- adalah dengan makna-menafikan kesempurnaannya.”

“Dan kebaikan itu: Kalimah menyeluruh yang merangkumi ketaatan , kasih-sayang baik Duniawi dan Ukhrawi…”

Mahabbah itu: Kehendak apa yang diyakini sebagai satu bentuk kebaikan, sebagaimana disebut oleh Imam al-Nawawi: Mahabbah (kecenderungan ) itu adalah apa yang diikuti oleh orang yang mengasihi,dan adalah dengan perasaannya seperti keelokan sesuatu gambar, atau dengan perbuatan. Adapun dirinya seperti kebaikan dan kesempurnaan.

Mahabbah itu juga datang sebagai nikmat Allah s.w.t. untuk manusia yang sentiasa mengutamakan kasih-sayangnya kerana Allah s.w.t, bukan dengan mereka yang ingkar kepada tuhannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Maiidah ayat ke 54 yang bermaksud: “

"Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya".

Imam al-Ghazali menukilkan di dalam Ihya’:

Barangsiapa yang menyuruh kepada 4 perkara dan menolak 4 perkara adalah seorang pendusta: Siapa yang menyuruh cinta syurga tetapi tidak taat adalah pendusta, siapa yang menyeru kepada cinta Nabi s.a.w. tetapi tidak mencintai ulamak dan umara’ adalah pendusta, siapa yang menyuruh takut daripada azab neraka dan tidak meninggalkan maksiat adalah pendusta, dan siapa yang menyeru cinta Allah s.w.t. tetapi tidak menerima ketentuan-Nya adalah juga pendusta.

“Janganlah Kamu menjadi pendusta dalam bercinta, kelak kamu akan menyesali cinta-Mu itu sendiri

Benarlah bait-bait Syair yang dinukilkan oleh Rabiah al-Basriyyah:

تعصي الاله وأنت تظهر حبه            هذا لعمري في القياس بديع

ولو كان حبك صادقا لأطعته              ان المحب لمن يحب المطيع

“Kamu melakukan maksiat kepada Tuhan dan kamu melihat kasih-sayangNya, Ini untuk umurku pada kiasan orang yang mengada-adakan , dan jika cintamu benar untuk mentaatiNya, sesungguhnya orang yang mencintai itu untuk siapa yang dicintainya adalah orang yang taat”.

“Tanda-tanda mahabbah itu adalah bersama dengan orang yang dicintai dan meninggalkan perbezaan dengannya”

Saidina Ali k.w.j  berkata:

Barangsiapa yang rindu kepada syurga maka dia adalah orang yang bersegera kepada kebaikan, dan barangsiapa yang takut azab neraka, maka dia akan menegah dirinya daripada Syahwat, dan barangsiapa yang yakin keapda mati maka akan didatangkan kepadanya kelazatan”.

CINTA ITU ADALAH TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL

Allah s.w.t. berfirman di dalam surah ali-Imran ayat ke 31:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

“Ketahuilah, Sesungguhnya tanda mahabbah hamba kepada Allah s.w.t. dan rasul itu adalah taat kepada keduanya dan mengikuti perintahnya. Manakala Mahabbah Allah s.w.t. kepada hambaNya adalah nikmat keampunan yang diberikan oleh Allah s.w.t.”

Imam al-Ghazali Rahimahullah ta’ala menukilkan di dalam kitab “مكاشفة القلوب”:

Daripada Hassan sesungguhnya telah berkata kaum-kaum di zaman rasulullah s.a.w. : “Ya Muhammad sesungguhnya kami mencintai Tuhan kami”-Maka Allah s.w.t. telah menurunkan ayat ini (surah Ali-Imran ayat 31)

Sabda nabi s.a.w. di dalam sebuah Hadith riwayat al-Bukhari:

كل أمتي يدخلون الجنة الا من أبى. قالوا من أبى ؟ قال : من أطاعني دخل الجنة ومن عصاني فقد أبى”

Setiap umatku akan masuk syurga melainkan sesiapa yang takabbur. maka mereka bertanya siapa golongan yang takabbur itu? maka nabi s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mentaatiku maka ia telah masuk syurga dan barangsiapa yang mengingkariku maka dia adalah sombong”.

Sebagai golongan yang menyatakan keimanan kepada Al-Quran dan al-Sunnah yang mulia, tidak sesekali seseorang itu mampu untuk mendamba sebuah Cinta dan Mahabbah melainkan terlebih dahulu ia cinta kepada Allah s.w.t dan mengikuti jalan kenabian.

Telah berkata Junaid rahimahullah ta’ala:

ما وصل أحد الى الله الا بالله والسبيل الى الوصول الى الله متابعة مصطفى صلى الله عليه وسلم”

”Tidak akan sampai seseorang itu kepada Allah s.w.t. melainkan dengan Allah s.w.t. dan jalan untuk sampai kepada Allah s.w.t adalah mengikuti nabi Muhammad s.a.w.”

Telah berkata Ahmad bin al-Hawaari rahimahullah ta’ala:

كل عمل بغير اتباع السنة فباطل "

Setiap amalan tanpa mengikuti sunnah maka ia adalah Batil”

Telah ditanya Fudhail bin ‘Iyadh:

يا أبا على متى يكون الرجل صالحا”

Wahai Ayah kepada Ali, bilakah seorang lelaki itu menjadi soleh”

Maka, beliau berkata:

اذا كانت النصيحة في نيته , والخوف في قلبه , والدصق في لسانه , والعمل الصالح في جواره

“Jika adalah nasihat (peringatan) itu pada niatnya, dan takut itu pada hatinya, dan kebenaran itu pada lisannya, dan amal soleh itu pada anggotanya”

Orang-orang yang bermahabbah pastinya akan sentiasa berada di atas kebenaran kerana mereka mendapat menafaat daripada sudut akhlak, tarbiyyah dan akidah.

Ibnu Qayyim tatkala menukilkan mengenai manafaat daripada sudut Iktikad, Tarbiyyah, Akhlak, dan mengambil pengajaran daripada pertemuan ahli Mahabbah dan kebenaran, maka beliau berkata:

“Sesungguhnya ia adalah perpindahan daripada Syak kepada Yakin, daripada Riya’ kepada Ikhlas, daripada kesukaan kepada dunia kepada kesukaan kepada akhirat, daripada kesombongan kepada Tawadhuk, dan daripada keburukan sia-sia kepada nasihat”

Apabila manusia bermahabbah kerana Allah s.w.t., nescaya ia akan mendapat kelazatan di dalam beramal. Ketahuilah, kelazatan itu umpama perhiasan diri…Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia untukmu adalah Wanita yang Solehah!

Dinukilkan oleh Imam al-Suyuuthi di dalam “الجامع الصغير”:

Sabda nabi s.a.w.:

الدنيا متاع , وخير متاع الدنيا ألمرأة الصالحة”

“Dunia itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia itu adalah wanita solehah”

Hiasilah dirimu dengan peribadi yang baik, nescaya kamu akan dapat merasai nikmat bermahabbah”

Jumaat, Disember 04, 2009

Bicara Cinta dan Mahabbah vol 1.

 

iman cinta Tatkala kita berbicara tentang cinta,atau juga Mahabbah itu, pastinya ia amat berkaitan dengan soal hati dan perasaan.

Mungkin juga cinta menjadi perkara yang bagitu meninggalkan kesan yang mendalam di dalam jiwa mereka yang pernah merasainya.

Cinta juga mampu memberi tekanan, dan bebanan bilamana cinta kepada seseorang itu tidak berbalas.

Cinta menyebabkan manusia berada dalam keasyikan yang mendalam hingga seakan-akan berada di dalam dunia yang lain, tidak lagi berada di alam nyata. Itulah hakikat cinta.

Namun, Bagaimana cinta itu mampu memberi kekuatan dalam jiwa untuk mendekatkan diri dengan Allah itulah yang merupakan cinta sejati. Hanya saja kita memilih untuk menilai cinta dengan kacamata Iman ataupun menilai cinta itu dengan kacamata nafsu.

APA ITU CINTA DAN MAHABBAH?

Di dalam kitab “مفردات ألفاظ القران", Mahabbah itu juga mambawa maksud “ألارادة” atau bermaksud kehendak. Ini kerana fitrah manusia adalah berkehendak kepada cinta dan kasih-sayang. Mereka ingin menyayangi dan ingin disayangi disebabkan Allah s.w.t. telah menjadikan hati dan perasaan di dalam jiwa manusia itu sendiri.

Namun,apa yang perlu difahami setiap Mahabbah itu adalah merupakan Iradah atau kehendak, tetapi tidak semua Kehendak itu merupakan Mahabbah.

Orang-orang yang arif lagi bijaksana di dalam soal ini mempunyai pandangan yang menarik tentang pengertian mahabbah itu sendiri, sama ada daripada sudut kesannya, mahupun pandangannya. Maka, pengertian di bawah ini adalah merupakan perkara yang berkaitan dengan hukum Mahabbah itu sendiri.

1. Mahabbah itu adalah satu kecendungan hati yang berterusan yang lahir daripada hati yang bingung dan tercari-cari.

2. Kesan yang lahir daripada orang yang dicintai ke atas setiap yang menyertainya/mengirinya.

3. Kesesuaian seseorang yang mencintai ke atas sesuatu yang nampak atau tidak nampak.

4.Terhapus kasih-sayang kerana sifatnya, dan kekalnya orang yang dikasihi kerana dirinya. ( ini kerana kasih-sayang bukan sahaja melihat kepada sifat seseorang itu kerana sifatnya mungkin sahaja boleh berubah dan hancur, tetapi dirinya akan terus kekal)

5. Kesesuaian hati untuk menterjemahkan orang yang dicintai.

6. Kebimbangan untuk meninggalkan kehormatan, dengan melakukan kebaikan. (ia adalah natijah terhadap pandangan dan kesan Mahabbah itu sendiri, yang membawa kepada melakukan  perkara kebaikan kerana bimbang akan meninggalkan kehormatan kepada orang yang dikasihi.

7. Kebebasan yang besar daripada dirimu, dan keutamaan yang sedikit daripada temanmu. (Ini adalah perkataan  أبي يزيد  (Abi Yazid) ,dan ia juga adalah daripada hukum, kewajipan dan pandangan Mahabbah itu sendiri, dan orang yang mengasihi yang benar itu, jika memberikan kepada orang yang dikasihinya semua yang mampu diberikan untuk meraikannya, dan walaupun dia memperolehi daripada orang yang dikasihinya adakah akan memudahkan sesuatu untuk menghormati dan meraikannya.

Banyak lagi pengertian Mahabbah itu, tetapi secara ringkas dapatlah disimpulkan mengenai  Mahabbah ini dengan satu  kisah yang berlaku pada satu ketika musim haji di Makkah al-Mukarramah tatkala berlakunya satu masalah Mahabbah.

Maka telah berkata-kata  Syeikh-syeikh di situ, adalah Junaid itu seorang budak yang masih kecil umurnya. Maka mereka berkata: (Kalau begitu), berikan apa saja yang kamu ada!.  Maka beliau mengangkat wajahnya, dan mengalirkan air matanya, kemudian berkata; “Seorang hamba yang sedang pergi dengan dirinya, bersambung dengan ingatan kepada tuhannya, berdiri dengan menunaikan hak-hak-Nya, melihat kepada-Nya dengan hatinya, terpancar hatinya dengan cahaya kehebatan-Nya, terpancar untuk-Nya kekuasaan daripada tabir rahsia-Nya, suci minuman daripada gelasnya, apabila berkata-kata maka dengan Allah, apabila menuturkan maka tentang Allah s.w.t., apabila bergerak maka dengan perintah Allah s.w.t., dan apablia berhenti maka dengan Allah s.w.t., maka dia adalah dengan Allah, dan untuk Allah, dan bersama Allah”.

Lalu Syeikh-syeikh tersebut menangis dan mereka pun berkata (sebagaimana disebut di dalam kitab “مدارج السالكين”) : Tidak ada lagi tambahan untuk ini.

Tangisan tersebut adalah lahir daripada perasaan cinta yang mendalam di dalam hati mereka kepada Allah s.w.t. Tidak ada lagi yang mampu diluahkan dan diberikan melainkan apa yang berada di dalam hati yang sangat dekat kepada Allah s.w.t kerana sesungguhnya mereka tidak berhajat kepada tipuan dunia, cukuplah hanya Allah s.w.t. sebagai penghibur hati.

BAHAGIAN MAHABBAH.

Syeikh Nusywah al-Ulwani, dalam kitab “حديث القران والسنة عن الحب والمتحا بين في الله”  menerangkan bahawa yang disebut dengan Mahabbah itu adalah;

Kehendak  tentang apa yang dilihatnya atau disangkainya adalah satu kebaikan, dan ia terbahagi kepada tiga bahagian: 

1.Mahabbah untuk zat (diri) : Seperti Mahabbah lelaki dan  perempuan.

Firman Allah ta’ala di dalam surah al-Insan ayat 8 yang bermaksud: “mereka juga memberi makan (makanan) Yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan”.

2. Mahabbah untuk manafaat: Seperti mahabbah untuk sesuatu yang memberi manafaat untuknya dan daripadanya.

Firman Allah ta’ala dalam surah al-Saff ayat 13 yang bermaksud: “Dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman”.

3. Manafaat untuk kebaikan: Seperti Mahabbah ahli ilmu sesama mereka kerana ilmu, dan mungkin juga Mahabbah itu ditafsirkan dengan makna “الارادة” (berkehendak).

Firman Allah ta’ala dalam surah al-Taubah ayat 108 yang bermaksud: “…padanya orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”.

MAHABBAH; TUTURLAH PERKATAAN YANG BAIK.

Di dalam Kitab “احياء علوم الدين”, Imam al—Ghazali menukilkan:

  قيل لعيسى عليه السلام : دلنا على عمل ندخل به الجنة. قال : (لا تنطق أبدا ) .فقال  لا نستطيع ذلك : فقال : لا تنطقوا الا بخير

Telah dikatakan kepada Nabi Isa a.s: “Tunjukkan amalan yang boleh membawa kami ke Syurga”. Maka beliau berkata: (Jangan kamu berkata-kata selama-lamanya). Maka mereka berkata: “Kamai tidak mampu untuk melakukan sedemikian: Maka beliau berkata: (Jangan kamu berkata-kata melainkan perkataan yang baik).

Jelas kepada kita dengan ungkapan di atas bahawa cinta dan Mahabbah itu menjadi sesuatu yang bernilai dan berhikmah buat manusia bila mana kita menuturkan perkataan yang baik dan senang serta lapang didengari oleh manusia lain, kerana sesungguhnya perkataan yang buruk itu boleh merosakkan hati manusia.

Imam al-Ghazali ada berkata:

“Orang yang lemah daripada kalangan kamu adalah orang tidak mampu mencari teman , dan orang yang lebih lemah daripada itu adalah orang yang mensiakan-siakan teman yang telah diperolehinya”.

Cinta itu bukan bermaksud, hanya sekadar kamu mencintai seseorang wanita, tetapi cinta itu adalah satu fitrah Allah s.w.t. yang dikurniakan untuk manusia berinteraksi sesama manusia dengan lebih mudah , senang dan merasai kenikmatan berlandaskan syariat Allah s.w.t.

Bayangkan, bagaimana manusia hidup tanpa cinta, Mahabbah dan kasih-sayang, pastinya dunia akan suram dan manusia tidak akan bergembira dengannya.

Sesungguhnya, setiap kali kita bermahabbah dengan menutur perkara yang baik dan elok dengan penuh ketaatan kepada Allah s.w.t. akan turut dikira sebagai zikir kepada Allah s.w.t. Imam al-Nawawi rahimahullah ta’ala telah menukilkan di dalam kitab “الأذكار”:

Ketahuilah, bahawa kelebihan zikir itu tidaklah terhad pada Tasbih, Tahlil, Tahmid, Takbir, dan sebagainya, bahkan setiap perbuatan yang dilakukan kerana Allah s.w.t. dengan ketaatan, maka ia adalah orang yang berzikir kepada Allah s.w.t.” 

CARILAH CINTA ALLAH S.W.T., NESCAYA KAMU DAPAT CINTA MANUSIA.

 Konsep cinta sejati adalah menyandarkannya kepada Allah s.w.t.

Ketahuilah, bahawa apabila kita meletakkan cinta kepada Allah melebihi cinta segala-galanya, maka Allah s.w.t. pasti akan menunaikan hak kita dengan mencampakkan perasaan Mahabbah di dalam diri kita selaku hamba-Nya.

Sebagaimana seorang perempuan yang ingin untuk dicintai dan dikasihi, maka Allah s.w.t lebih berhak untuk mendapat dambaan cinta kerana Allah s.w.t. yang telah mencipta, malah telah menjaga diri setiap hamba-Nya dengan penuh rahmat dan kasih-sayang. Siapa lagi yang lebih hebat kasih-sayangnya berbanding Allah s.w.t.!

Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadith yang telah dikeluarkan oleh Imam al-Tirmidzhi di dalam Musnad Ahmad:

أتاني ربي عز وجل فقال لي : يا محمد قل : اللهم أسألك حبك , وحب من يحبك , والعمل الذي يبلغني حبك

Telah datang kepadaku tuhanku dan Ia telah berkata kepadaku: Wahai Muhammad katakanlah: “Ya Allah , aku memohon kasih-sayang-Mu, dan kasih-sayang sesiapa yang mengasihi-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada kasih-sayang-Mu.

Kandungan hadith di atas merupakan salah satu doa yang sering diamalkan oleh rasulullah s.a.w. untuk dekat kepada cinta Allah s.w.t.

Allah s.w.t tidak memerintahkan kepada rasulullah s.a.w. untuk berdoa sedemikian jika ianya tidak penting, bahkan lebih daripada itu, Allah s.w.t. ingin agar setiap hamba-Nya agar sentiasa berdoa memohon kasih-sayang-Nya, kerana itulah perkara yang sangat disukai oleh Allah s.w.t. sebagai maha pencipta.

Kamu pasti akan beroleh kasih-sayang daripada mereka yang mengasihi tuhan-Mu setelah kamu mengutamakan cintamu untuk Rabb”.

Bersambung pada keluaran akan datang…

Rabu, Disember 02, 2009

Neraka Untuk Si Angkuh, Syurga Untuk Si Miskin..

 

chutes_019 Assalamualaikum dan salam juang buat semua teman yang sentiasa segar jiwanya untuk berjuang pada jalan Allah s.w.t., semoga kalian semua tetap berada di dalam keadaan yang sihat di samping mendapat Hidayah dan Taufiq Allah s.w.t.

Seketika, selepas menunaikan solat subuh di masjid berhampiran, penulis terpanggil untuk menghadap laptop yang berada di tepi katil. Pagi-pagi begini, eloklah diisi dengan perkara  yang bermanafaat seperti membaca al-Quran, menghafal madah-madah yang dipelajari di sekolah, universiti mahupun di mana-mana, dan bagi mereka yang bekerja sebagai penjawat awam, tentulah akan bersiap-siap untuk keluar bekerja.

Selamat menghadapi peperiksaan bagi teman-teman yang akan mengahadapi peperiksaan di bumi Anbiya’ ini tidak lama lagi. Semoga diberikan kejayaan oleh Allah s.w.t. insyaAllah.

Nabi s.a.w. amat menghargai waktu pagi sebagai waktu untuk mencari rezeki. Selepas subuh,pintu rezeki dibuka oleh Allah s.w.t. Jika waktu pagi ini diisi dengan aktiviti tidur sahaja, pastinya akan merugikan si empunya diri sahaja.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, rahmatilah umatku pada pagi-pagi hari begini”

Tajuk di atas sesuai untuk kita jadikan sebagai muhasabah dan motivasi bersama. Oleh kerana jiwa manusia mudah lalai dan leka dengan fatamorgana  dunia, sesekali kita harus memberi masa untuk merenung dan muhasabah diri kita tentang  apakah tugas kita sebagai hamba Allah s.w.t. di muka bumi, dan kemanakah hala tuju kita nanti?

Apa yang pasti, destinasi kita hanyalah dua…sama ada ke neraka atau syurga. Ianya telah diketahui dan diimani oleh kita semua, hanya tinggal diri kita sahaja untuk memilih tempat tinggal yang terbaik di akhirat kelak.

Al-Quran sebagai panduan hidup manusia, mengajar manusia untuk mengambil pengajaran daripada setiap perkara yang telah,sedang dan akan berlaku. la-quran menterjemahkan lima perkara yang perlu difahami oleh manusia iaitu Doa, kisah umat terdahulu, persoalan dosa dan pahala, dan persoalan syurga dan neraka.

islam

Di dalam hadith riwayat al-Tirmidzhi, abu Nuaim, Imam Ahmad dan lain-lain, rasulullah s.a.w. telah bersabda:

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الكيس من دان نفسه من عمل بما بعد الموت , والعاجز من أتبع هواه نفسها وأتمني الله ألأماني

Sabda rasulullah s.a.w.: “orang yang cerdik itu adalah mereka yang menjaga diri mereka dan orang yang mempersiapkan amal untuk hari kebangkitan, dan orang yang lemah itu adalah orang yang mengikuti nafsu mereka tetapi mengharapkan syurga Allah s.w.t.”

Adalah sangat nampak lemah dan jahil manusia yang mengaku beriman, inginkan syurga di hari pembalasan tetapi dalam masa yang sama tidak langsung menunaikan perintah Allah s.w.t malah senang dengan keburukan yang dizahirkan hadapan manusia yang ramai.

Golongan sebegini tidak akan mendapat kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Ibnu ‘Atha’Illah al-Skandari telah menyebut di dalam Hikamnya:

“من علامات النجاح في النهايات , الرجوج الى الله في البدايات , أشرقت البدايات , أشرقت النهايات”

Di antara tanda-tanda kejayaan di akhir itu, adalah kembali kepada Allah s.w.t.di awalnya, bersinarnya pada permulaan, adalah tanda bersinarnya pada pangakhiran.

kata-hikmah-51

Sesungguhnya, neraka dan syurga adalah merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang ditugaskan sebagai tempat tinggal untuk dua golongan manusia. Golongan yang ingkar dan golongan yang taat kepada Allah s.w.t.

Dalam hal ini, al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa dia telah berkata: Telah bersabda rasulullah s.a.w.":

احتيجت الجنة والنار فقالت هذه : يدخلني الجبارون والمتكبرون , وقالت هذه : يدخلني الضعفاء والمساكين , فقال الله لهذه : أنت عذابي أعذب بك من اشاء , وقال لهذه : أنت رحمتي أرحم بك من أشاء , ولكل واحدة منكما ملوءها

“Syurga dan neraka itu berhajat kepada penghuninya, maka ia (neraka) berkata untuk ini: Akan masuk ke dalamku golongan yang angkuh dan sombong, dan berkata (syurga) untuk ini; Akan masuk ke dalamku golongan yang lemah dan miskin, dan berkata Allah s.w.t. untuk ini; Kamu adalah azabKu dan Aku akan mengazab sesiapa jua yang Aku kehendaki, dan Ia berkata untuk ini (syurga): Kamu adalah rahmatKu, dan Aku akan merahmati sesiapa jua yang aku kehendaki, dan setiap satu akan dipenuhi”.-Hadith hasan Shohih, dikeluarkan oleh al-Bukhari dan al-Tirmidzhi.

Telah berkata al-Hakim bin Abdullah di dalam ilmu Ulum al-Hadith: “Telah ditanya Muhammad bin Khuzaimah mengenai perkataan rasulullah s.a.w. : ((Berhajat neraka dan syurga, maka berkata ia untuk ini: Akan memasukiku orang yang lemah…)) siapa orang yang lemah itu? Maka beliau berkata bahawa mereka adalah orang yang berlepas dirinya dirinya daripada kekuatan dan tempoh masa, yakni contohnya pada hari yang kedua puluh sekali atau pada hari yang lima puluh sekali.

Maka, Imam al-Qurthubi di dalam kitab “التذكرة” menyebut :Contoh seperti ini tidaklah dikatakan  dalam sudut pandangan atau logik akal, tetapi ianya adalah Marfuq , Wallahu a’lam”.

Adapun orang-orang yang miskin itu adalah golongan yang tawadhuk (merendah diri) dan mereka adalah sebagaimana yang disebutkan di dalam sabdaan nabi s.a.w. :

“أللهم أحييني مسكينا , وأمتني مسكينا , واحشرني في زمرة المساكين”

Ya Allah ya tuhanku, hidupkanlah aku sebagai orang yang miskin, dan matikanlah aku sebagai orang miskin, dan kumpulkan daku bersama orang-orang yang miskin”.

berdoa

Apabila nabi s.a.w. sebagai seorang kekasih Allah s.w.t yang mendapat tempat dan Maqam tertinggi melebihi para nabi dan malaikat itupun berdoa untuk menjadi manusia yang miskin dan merendah diri  berdoa sebegitu, maka jelaslah terpancar keikhlasan baginda untuk menegakkan Islam.

Kadang-kadang, dengan sebab pangkat, harta kekayaanlah menyebabkan hati manusia cepat leka dan lalai daripada jalan Allah s.w.t. Apalah yang ada pada dunia yang penuh penipuan ini hinggakan nabi s.a.w. memperingati para sahabat baginda ": “Kalaulah dunia ini mempunyai nilai sebelah dairpada sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak akan minum walaupun seteguk air”.

Kerana tiada nilailah , orang-orang yang tiada beriman kepada Allah mampu mendapat rezeki yang banyak di atas muka bumi ini. Jadi, apakah lagi yang dikejar sehingga mewujudkan perpecahan setelah sama-sama membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lidah akan keesaan Allah s.w.t. dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w.!

Kita boleh melihat dan menimbang sendiri, siapa yang betul-betul berjuang kerana agama-Nya. Kita harus sedar, jika orang-orang yang hanya berjuang untuk bangsanya , tanpa mengutamakan agama, pasti akan menemui kegagalan dan perpecahan yang berpanjangan kerana satu hakikat yang tidak boleh dielak adalah kita hidup berbilang bangsa di atas muka bumi. Jadi, mana mungkin bangsa mampu menyatukan bangsa.

Hanya Agama sahaja mampu menyatukan bangsa, kerana agama adalah merupakan rahmat dan Agama yakni Islam ini tidak pernah mengira bangsa, warna kulit, mahupun darjatnya. Itulah hebatnya Islam!

images

Untuk kekal hidup di dalam keadilan dan keamanan, perasaan cinta dunia, cinta pangkat mesti dicabut, umpama mencabut duri yang tercucuk ke dalam ibu jari. Jika tidak dicabut dan dibuang, pastinya akan bernanah dan semakin parah!

Berbahagialah siapa yang mengatakan:

اذا أردت شريف الناس كلهم               فانظر الى ملك في زي مسكين

ذاك عظمت في الله رغبته                    ذاك يصلح للدنيا وللدين

“Jika kamu mahukan kemuliaan manusia kesemuanya, maka kamu lihatlah apa yang dipunyai oleh orang yang miskin, itulah yang memuliakan kamu pada kehebatan Allah s.w.t., itulah yang membaiki dunia dan Agama”.

Di akhir tulisan sederhana ini, penulis ingin mengajak kita semua untuk menyedari hakikat bahawa syurga dan neraka berkehandakkan kepada penghuninya, Jika kita inginkan syurga, maka jauhilah daripada sukakan dunia, pangkat, harta dan sombong tetapi sebaliknya lakukan ia jika kita memilih neraka sebagai tempat tinggal di akhirat kelak.

قال ابن مسعود رضي الله عنه : حفت الجنة بالمكاره , والنار حفت بالشهوات , فمن أطلع الحجاب فقد واقع ما وراءه , كل من تصورها من خارج فقد ضل عن معنى الحديث وعن حقيقة ألحال

Ibnu Mas’ud berkata: “Terhalang syurga itu dengan kesusahan, dan neraka itu terhalang dengan Syahwat, maka barangsiapa yang mengangkat hijab maka ianya (syurga dan neraka) berada di belakangnya, setiap orang yang mengambarkannya daripada luar sahaja (tanpa menyingkap tabir) maka akan merosakkan makna hadith dan hakikat keadaan sebenar”.

Singkaplah tabir kesusahan, pasti kamu akan melihat syurga di sebaliknya, tetapi jika kamu singkap tabir Syahwat dan nafsumu, nescaya kamu akan lihat neraka di sebaliknya”.

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita