;

Sabtu, Disember 05, 2009

Bicara Cinta Dan Mahabbah Vol Akhir

 

KETAHUILAH, UJIAN ITU ADALAH TANDA MAHABBAH

Doa ayutal mahabbahSebagai kesimpulan terhadap pembicaraan kita berkaitan cinta dan Mahabbah ini, kita akan dapat melihat bahawa mahabbah itu tetap akan kembali kepada Allah s.w.t., selagi ketaatan itu sentiasa diutamakan, kita akan terus mendapat mahabbah daripada Allah s.w.t.

Bahkan, kita harus sedar setiap apa yang berlaku pasti tidak akan lari daripada konsep Mahabbah itu sendiri, sama ada ketika waktu senang mahupun waktu susah.

Di dalam “ألجامع الصغير”, Imam al-Syuyuthi menukikan sebuah hadith yang dishohehkan oleh Imam al-Hakim:

وقال الحسن رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم : والله لا يعذب الله حبيبه ولكن يبتليه في الدنيا

“Dan telah berkata Hasan r.a, daripada nabi s.a.w. : "Wallahi Allah s.w.t. tidak sekali-kali akan mengazab hambaNya, tetapi Allah s.w.t. akan menguji hambaNya di dunia”.

Sesungguhnya itulah nikmat yang ingin dikurniakan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t. tidak akan sekali-kali mengazab hambaNya yang sentiasa mengutamakan cinta kepada Allah s.w.t., bahkan ujian yang diterima itu adalah sebagai tanda kasih-sayang  Allah s.w.t...Maka, bergembiralah jika kamu dipilih untuk merasai nikmat cinta dengan tuhanMu.

Tanda cintamu kepada temanmu bukanlah dengan memberinya kesenangan, tetapi ujilah ia dengan kepayahan dan kesusahan, jika ia masih ingin bersamamu maka itulah tanda Mahabbah.”

Ibnu Qayyim al-Jauziyah menukilkan di dalam kitab “روضة المحبين” :

Dan berkata Saidina Musa a.s. : “yang mana Wahai Tuhan, yakni hambaMu yang mencintaiMu, Maka Allah s.w.t. berkata; Barangsiapa yang aku peringatkan ia dengan ingatannya”

Firman Allah s.w.t. di dalam surah ali-Imran ayat 14 yang bermaksud:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”.

Maka, sentiasa memuhasabah dan meneliti diri sendiri adalah perkara terbaik. Pandanglah cinta itu dengan mata hati dan bukannya pandangan nafsu.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Hasyr ayat 18 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan”.

Dinukilkan juga oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab “مكاشفة القلوب” :

وقال عمر – رضى الله عنه – : حاسبوا قبل أن تحاسبوا , وزنوها قبل أن توازنوا

Dan telah berkata Umar r.a.: Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab , dan timbanglah ia sebelum kamu ditimbangi”

Akhirnya, Buat setiap manusia yang ingin bercinta dan berkasih-sayang, maka ambillah ia sebagai sumber kekuatan hati. Kerana hati yang teguh dan kuat dan cinta dan Mahabbah yang tentunay kerana Allah s.w.t, pastinya akan memberi kekuatan pada diri.

Jangan takut untuk bercinta, kerana cinta bisa membuahkan kelazatan. Tidak diperolehi kelazatan itu melainkan kamu kenal tuhan dan kamu taat kepadaNya. Itulah cinta yang sejati!”.

Nabi s.a.w. bersabda di dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan di dalam shahih Muslim:

ألا وان في الجسد مضغة , اذا صلحت صلح الجسد كله , واذا فسدت فسد الجسد كله , ألا وهي القلب

“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, jika elok ia maka elok jasad keseluruhannya, dan jika rosak ia maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah ia adalah Hati”.

Yang mencintai dan merindui Allah s.w.t dan rasulnya;

Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi (Ibnu Yemeni)                                                         4.03 p.m, Shoubra, Cairo, Egypt.

 

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita