Abu Bakar al-Siddiq, yang mendapat gelaran sedemikian kerana kehebatan imannya. Beliau membenarkan segala tutur kata nabi di saat orang lain meragui dan tidak mempercayainya. Siapa yang dapat menerima jika seseorang bercerita tentang kisahnya pergi ke Masjid Al-Aqsa yang memakan beratus-ratus batu jauhnya seretusnya naik pula ke langit dan kembali ke dunia dalam hanya satu malam! memang tidak dapat diteriam akal…namun itulah hebatnya lelaki mulia ini, kerana cinta dan kasihnya beliau kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, maka beliau dengan penuh yakin mengungkapkan kebenaran yang tersirat dan tersurat di sebalik kejernihan muka dan ketulusan budi bicara baginda s.a.w.
Beliau merupakan seorang sahabat yang paling utama di kalangan yang lain, kerana keakrabannya dengan rasulullah s.a.w., bahkan beliaulah di antara sahabat yang paling banyak mendampingi baginda, sehingga rasulullah s.a.w. ditenangkan dengan suara malaikat yang diserupakan dengan suara Abu Bakar al-Siddiq, ketika nabi s.a.w. di “Mikraj” kan ke Sidratul Muntaha. Beliau juga sering bersama rasulullah s.a.w. di dalam banyak peperangan demi menegakkan Islam tercinta.
Tentang kelebihan sahabat yang agung ini, Allah s.w.t. telah menukilkan di dalam Al-Quran. Firaman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang Yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi Menguasai Makkah). mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang Yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu”-al-Hadiid ayat 10
Pada kali ini penulis ingin membawa cebisan daripada cerita Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq ini untuk dihayati oleh kita semua.
Di dalam kitab Mustadrak Al-Hakim dan Musnad Ahmad, dengan sanad yang baik, daripada Zaid bin al-Arqam r.a., bahawa satu ketika Abu Bakar al-Siddiq meminta seteguk air untuk melepaskan dahaganya. Maka dihidangkan kepadanya semangkuk air yang bercampur madu.
Ketika bibir Sayyidina Abu Bakar menyentuh tepi bekas air bercampur madu tersebut, maka tiba-tiba beliau menangis dan berhenti dairpada meminumnya. Orang-orang yang menyaksikan peristiwa itu turut terharu hingga mereka juga turut menangis.
Setika kemudian tangisan mereka reda, namun tangisan Abu Bakar masih kedengaran, bahkan lebih memilukan lagi. Lalu para sahabat kembali ikut menagis.
Kemudian setelah reda kembali daripada tangisan, maka mereka bertanya: “Wahai Khalifah Sayyidina Abu Bakar khalifah rasulullah s.a.w., mengapa tuan menangis?”.
Maka beliau berkata: “Satu ketika aku hanya berdua sahaja bersama baginda rasulullah s.a.w., maka baginda seketika itu bersabda , yang mana nadanya seperti berkata kepada seorang wanita, pergilah daripadaku, pergilah!”
Maka aku bertanya kepada baginda s.a.w.: “Ya rasulullah s.a.w, sebenarnya anda berkata kepada siapa, bukankah tidak ada orang lain selain saya di sini”
Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: “Sesungguhnya dunia ini nampak bersolek dihadapanku, maka aku berkata kepadanya, pergilah daripadaku…pergilah!. Lalu dunia berkata kepadaku: “Kalaulah engkau wahai nabi dapat lepas daripadaku, orang-orang selepas engkau sekali-kali tidak akan terlepas daripada godaanku!”.
Hal inilah yang membuatkan aku menangis tersedu-sedu.
Cerita ringkas ini dapat memberi pengajaran yang besar buat kita semua, bahawa selagi mana kita berada di atas muka bumi ini, kita tidak akan terlepas daripada godaan dunia yang penuh dengan fatamorgana ini.
Anatara satu bentuk godaan dunia adalah menjauhkan diri kita daripada Jalan Islam dan tali Allah s.w.t. Ramai orang yang telah mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dan rasul, namun kehidupan mereka jelas menyimpang jauh daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Madu yang manis dan lazat itu umpama kenikmatan dunia yang boleh mengasyikkan dan melalaikan. Jika Sayyidina Abu Bakar menangis teresak-esak, maka kita lebih-lebih lagi patut mengamburkan air mata penyelesalan dan memohon keampunan Allah s.w.t.!
Beringatlah, dan perbanyakkan amal kita, agar kelak kita tidak tergolong sebagai penghuni neraka Allah s.w.t. Wal ‘iyazubillah ! Wallahu’alam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan