;

Khamis, Disember 24, 2009

Wacana Perdana: Mencari Titik Pertemuan

 

imagesWacana  perdana yang telah berlangsung baru-baru ini di Kelantan Bandaraya Islam, yang mana antara fokus wacananya adalah membincangkan tentang realiti Islam di Malaysia serta bagaimana Islam ingin dipacu pada masa hadapan, bagi penulis tidaklah memberi kesan yang besar terhadap proses percambahan pemikiran rakyat terhadap isu-isu yang berlaku di dalam Malaysia pada hari ini.

Mungkin setiap orang yang mengikuti secara langsung mahupun tidak langsung siaran ini, mempunyai pemikiran dan pandangan masing-masing, namun penulis lebih cenderung untuk melihat perspektif kesungguhan di dalam membicarakan tajuk yang besar ini sebenarnya.

Wacana seperti ini, lebih sesuai dibicarakan oleh mereka yang berada di tampuk kepimpinan tertinggi Pas dan Umno di samping mereka-mereka yang melihat politik daripada perspektif analisis dan kajian .

Islam yang realitinya kita lihat pada hari ini adalah corak yang telah dibentuk oleh kerajaan sejak merdeka hingga 52 tahun berlalunya masa, maka mereka harus mengambil manah ini untuk membicarkannya secara telus dan jujur di hadapan masyarakat yang melihat, mengamati dan menganalisis.

Jika kita hendak bicara perkara yang besar, maka mereka yang punyai tanggungjawab yang besar juga perlu duduk di atas pentas.

Begitu juga, sesi penggulungan yang dibuat oleh Dato’ Nakhaie umpamanya, yang mengambarkan wacana yang berlangsung itu hanyalah majlis gelak-ketawa dan penglipur lara, hanya akan menimbulkan persepsi yang tidak positif sahaja..jika tidak mampu memberi manafaat , baik tidak perlu diadakan wacana sebegitu, bahkan ia akan merugikan masa dan tenaga sahaja.

Sepatutnya, wacana sebegini walaupun ringkas ,ia perlu dimanafaatkan sepenuhnya.

Wacana adalah tempat memuhasabah, bukan tempat untuk mengangkat diri dan emosi. Tidak ada manafaatnya jika hanya mempertahankan diri tanpa bermuhasabah!

Kalau ibarat sebuah kereta, kereta tersebut perlu ditukar enjinnya, bukan hanya dicat bodynya.

Contohnya,jika hari demi hari sebuah kereta itu ditambah dieksesorinya dan dicat baru badannya, namun orang yang menjaganya tidak langsung menukar enjin atau modified enjinnya, jika kereta itu sudah 52 tahun, pastinya ia tidak sehebat dahulu lagi. Hanya cantik pada pandangan sahaja.

Begitu juga Malaysia, jika kerajaan hanya memikirkan soal memperkasakan pembangunan material tanpa mengambil penting soal dasar atau enjinnya, maka tetap tidak memberi manafaat yang besar kepada negara.

Penulis juga mungkin senada dengan rakyat yang lain, tidak menafikan orientasi pembangunan yang telah berjalan agak rancak semenjak 52 tahun yang lalu. Namun apa yang menyedihkan , kita masih tidak mampu untuk berdiri di atas identiti Malaysia itu sendiri, iaitu dengan dasar yang benar-benar telah  merdeka daripada sebarang unsur penjajahan.

saya-anak-bangsa-malaysia

Akibat dasar yang masih tidak merdeka itulah, kita masih tidak melihat sinar penyelesaian terbaik terhadap masalah yang berlaku di dalam negara kita.

Penulis agak kecewa apabila wakil Umno, Ust Affandy dan Dato’ Nakhaie sendiri tidak mampu memberikan keyakinan yang penuh untuk melihat hasil daripada wacana ini.

Bukan soalnya untuk memperomosikan pembangunan Islam yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan kerana itu memang amanah terhadap pembangunan Islam di negara ini, tetapi masalah yang lebih besar adalah Islam tidak diberikan ruang yang seluas-luasnya ntuk membina kekuatan di atas bumi Malaysia ini.

Pembangunan Material dan Islam di dalam negara kita dilihat berjalan tidak seimbang..Maka, timbullah fenomena yang menjadi realiti Islam pada hari ini.

Soal kemurtadan yang berlaku, isu Aqidah, pengurusan harta, peranan Mahkamah Syariah, Isu Kehakiman,Soal pendidikan Islam dalam negara, gejala sosial, rasuah, penyelewengan, hak-hak orang Islam dan sebagainya yang berlaku mutakhir ini, adalah hakikat terhadap realiti Islam. Maka, perkara inilah yang perlu diberi penekanan dan kesungguhan sebenarnya!

Bahkan, mereka-mereka yang telah muallaf dan menerima latihan untuk mengislamkan rakan-rakan yang lain, ada yang mengatakan bahawa  keadaan orang Islam yang tidak menunjukkan Keizzahan Islam itu sendiri yang menyebabkan kesukaran untuk mereka berdakwah, malah ada yang kembali pudar keyakinannya lalu kembali kepada agama asal mereka. Tidakkah kenyataan yang keluar daripada mulut mereka yang asalnya bukan Islam ini memalukan kita yang telahpun Islam!

chinaislam3-cp-45272553

Begitu juga, soal mereka-mereka yang hanya berdakwah terhadap golongan elit di bandar tanpa turun kepada masyarakat bawahan di kampung-kampung serta permikiran-pemikiran yang boleh merosakkan umat Islam juga perlu diatasi. Inilah realiti yang keluar daripada mulut-mulut rakyat yang dahagakan Islam!

Kerajaan perlu menerima muhasabah bahawa ketidaksungguhan untuk memperjuangkan Islam di dalam negara ini menyebabkan banyak kerosakan yang berlaku..Bahkan, penulis yakin jika PAS tidak wujud di Malaysia, maka tidak ada lagi mereka  yang akan mampu memberi muhasabah terhadap perjalanan negara.

Jika kerajaan mampu bermuhasabah, menilai dan mengkaji kembali dasar negara serta menukarkan enjin tersebut dengan enjin yang baru, pastinya realiti Malaysia pada masa hadapan adalah realiti yang cemerlang.

Ya…kita berjuang bukan kerana PAS, tetapi kerana dasar yang dibawa…Jika UMNO mampu menyahut cabaran untuk melaksanakan dasar Islam, soal perpecahan tidak akan timbul..soal nak bekerjasama dengan bukan Islam tidak akan timbul!

Tetapi, selagi mana kerajaan tidak mampu untuk melakukan sedikit pengorbanan, selagi itulah PAS tidak boleh untuk melakukan pengorbanan…kerana hakikatnya, pengorbanan yang diinginkan dariapda kerajaan hanyalah sedikit sahaja, hanya menukar dasar dan mengembalikan Islam pada tempatnya. Kemudian, barulah kita bercakap soal bersatu.

Umpama seorang anak, jika dia tidak suka dengan bau jering umpamanya, maka si ayah perlu berkorban sedikit dengan tidak memakannya, bukan si anak yang perlu lari dari rumah kerana si anak tidak makan jering. Si ayah juga tidak boleh halau anaknya daripada rumah, kerana anaknya juga adalah tanggungjawabnya . Maka, peranan yang besar adalah berada pada ayah untuk menjaga hubungan mereka.

parlimen_building

Semoga Isu Realiti Islam ini mampu menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Gunakan platform wacana sebegini untuk mencari titik pertemuan…Kerana titik pertemuan itu ada pada Islam yang kita junjung bersama-sama.”

Ya Allah, Bantulah kami semua, Amiin”

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan orang-orang Yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan Dengan cara Yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan Yang sebaik-baiknya pada hari akhirat” –Surah al-Ra’d ayat 22.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita