;

Rabu, Disember 02, 2009

Doa: Tanda Permintaan bukan penghinaan.

Tatkala penulis membaca tulisan yang dikeluarkan dan dipaparkan di Malaysiakini.com berkaitan satu demostrasi yang diadakan oleh kumpulan Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK) itu berlangsung di Kota Bharu, penulis terdetik untuk mencoret sedikit tulisan di dalam blog ini.

Tujuannya bukan apa, hanya ingin berkongsi apa yang terbuku di minda sebagaimana juga penulis-penulis blog, mahupun mereka-mereka yang dikurniakan akal oleh Allah s.w.t. memberi coretan, kalam, bual-bicara mahupun apa sahaja yang juga meraikan ruang demokrasi di negara kita, Malaysia.

Sememangnya kita senang untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang selagi mana apa yang mereka lakukan mampu memberi jaminan keadilan terhadap ummah dan rakyat berteraskan keadilan Islam itu sendiri.

Dalam hal ini, penulis suka merujuk kepada kalam Saidina Ali di saat peperangan baginda bersama Saidina Muawiyah bin Abi Sufyan, yang mana beginda berkata:

"Janganlah kamu melihat Islam itu dengan sebab individu, tetapi lihatlah Islam itu dengan sebab ianya adalah suatu kebenaran".

Sekiranya Saidina Umar al-Khattab r.a., antara salah seorang sahabat yang dekat dengan baginda serta mendapat jaminan untuk masuk syurga Allah s.w.t. bergembira dengan kemuliaan Islam, apatah lagi kita sebagai pengikut bahtera perjuangan yang agung ini, lebih-lebih lagi bergembira jika Islam itu mendapat kemuliaan di tempatnya serta diberikan tempat dan maqam yang selayaknya di Alam melayu, Malaysia ini.

Jika orang lain inginkan kebebasan, jauh daripada rasuah dan penyelewengan, kemakmuran, kesejahteraan, jaminan keadilan sosial yang berteraskan Islam, penulis juga begitu. bagi penulis, cukuplah berkorban sedikit untuk menukar dasar kerajaan, nescaya rakyat akan dapat pembelaan.

Bilamana tok guru Nik Aziz berdoa, memohon rakyat Kelantan dapat pembelaan sewajarnya berkaitan Wang Royalti, sewajarnya ia dipandang daripada kacamata Islam oleh pihak kerajaan dan pihak yang berdemonstrasi sendiri.

Tok Guru adalah sebagai Menteri Besar, orang yang mempunyai amanah untuk mempimpin rakyat kelantan khusunya, melihat daripada kacamata Islam bahawa doa juga merupakan salah satu cara melaksanakan amanah tersebut.

Jika ada sebahagian orang yang ingin berdemonstrasi untuk menegur Tok Guru umpamanya, berdemonstrasilah, tetapi timbang dengan kacamata Islam dahulu.

Jika diminta untuk Tok Guru letak jawatan umpamanya, pada pandangan penulis adalah kurang tepat kerana ia menyalahi konsep amanah itu sendiri. Umpamanya, jika Tok Guru letak jawatan dalam keadaan tidak menyelesaikan amanah, maka amanah terhadap rakyat Kelantan tersebut tidak akan tertunai.

Kaedah Fiqhiyyah ada menyebut : “ما لا يتم الواجب الا به فهو الواجب”

Ia memberi kefahaman kepada kita bahawa, kalaulah dengan doa mampu menyelesaikan masalah, maka doa itu dalam satu sudut menjadi kewajipan untuk diutamakan.

Doa perlu difahami dalam kontek yang positif oleh setiap orang yang beriman al-Quran dan al-Sunnah.

Bilamana Allah berfirman di dalam surah al-Fatihah ayat yang pertama selepasa Basmalah:

ألحمد لله رب العالمين

Pujian kepada Allah tersebut bukan hanya sekadar satu perkhabaran, tetapi Allah s.w.t. menghendaki seluruh manusia agar memuji keagungan dan membesarkan-Nya. ia disebut di dalam kaedah bahasa arab sebagai : “ خبارية لفظا انشئية معنا ” ( Perkhabaran secara lafaz, tetapi kehendak secara makna).

Doa juga adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa permintaan tersebut dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sesuungguhnya, tok guru sangat-sangat menghendaki agar hak rakyat Kelantan dikembalikan kerana ianya merupakan khazanah yang menjadi hak rakyat kelantan sendiri. Apakah , kerajaan masih lagi tidak boleh untuk bertolak ansur sentelah permintaan secara Doa ini dilakukan!.

Maka, tidak ada sebab untuk Tok Guru melakukannya dengan menyebut nama sekali di dalam doa beliau jika amanah itu telah diletakkan di tempatnya dan dikembalikan kepada ahlinya yang berhak.

Itulah bukti keikhlasan Tok Guru bila mana beliau berdoa kerana di saat berdoa di atas musibah yang timbullah akan terzahir keikhlasan tersebut. Inilah yang difahami daripada konsep keikhlasan itu sendiri yang membawa erti : “Ikhlas itu adalah mengosongkan lintasan hati daripada segala bentuk dosa dan keburukan”

“ألاخلاص هو تجريد قصد القلب من جميع الذوانب”

Di antara tanda kita berada di atas jalan yang benar untuk menuju keredhaan Allah s.w.t. adalah dengan melaksanakan segala jua perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-Nya serta menyucikan jiwa.

A-Allamah Saaid Hawwa menyatakan:

Perjalanan menuju Allah maksudnya akan berpindah daripada jiwa yang tidak suci kepada jiwa yang suci bersih dan daripada akal yang yang tidak Islamik dan daripada hati yang bersifat kafir, munafik atau kesat menuju hati yang memiliki ketenangan (Mutmainnah) dan sihat sejahtera”.

Kata-kata ini sesungguhnya memberikan kepada kita satu Isyarat yang jelas bahawa Doa yang merupakan “Silah al-Mukmin” atau senjata orang Mukmin itu sendiri akan merubah mampu merubah hati-hati yang tidak berada di atas jalan yang benar kepada jalan yang benar dan betul.

Penulis sangat yakin bahawa Doa yang telah dilafazkan oleh tok guru adalah lahir daripada jiwa yang ikhlas mengharapkan agar malaysia sentiasa di bawah lambayung rahmat danhidayah Allah ta’ala walaupun secara khususnya inginkan wang royalti dikembalikan kepada rakyat Kelantan.

Akhirnya, penulis juga berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa memberikan keberkatan kepada bumi Malaysia dengan amanah yang tertegak serta dikembalikan wang royalti yang menjadi hak rakyat Kelantan.. Amiin.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا ايمانا لمن لا أمانة له , ولا صلاة لمن ل طهور له , ولا دينا لمن لا صلاة له

Maksudnya: Tidak ada keimanan bagi orang yang tidak beramanah, tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak bersuci, dan tidak ada Agama bagi mereka yang tidak bersolat.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita