;

Sabtu, Disember 05, 2009

Bicara Cinta dan Mahabbah Vol 2

 

images MAHABBAH; TANDA KEIMANAN

Tidak dinafikan cinta dan Mahabbah itu adalah tanda keimanan seseorang manusia.

Semakin kuat tanda cinta dan mahabbah yang berada di dalam diri, maka semakin kuat keimanannya. CInta tidak sekali-kali mengajar manusia untuk menjadi seorang hamba yang lemah. Bahkan dengan cinta dan Mahabbahlah manusia akan sentiasa bermotivasi untuk melaksanakan ajaran Islam.

Lihatlah bagaimana tebalnnya Iman di dalam jiwa para sahabat yang telah ditarbiyah denagn Tarbiyah islam secara langsung dariapda rasululalh s.a.w. Tiada langsung kegentaran di dalam jiwa mereka untuk mempertahankan rasululalh s.a.w. dan Isalm itu sendiri.

Saidina Umar al-Khattab umpamanya, ketika mana mendengar perkhabaran bahawa rasulullah s.a.w. telah wafat, maka beliau dengan lantang mengatakan sesiapa jua yang mengatakan bahawa rasulullah s.a.w. telah wafat, maka bersedialah untuk dipancung lehernya.

Kerana cintalah, Saidina Abu Bakar al-Siddiq menjadi sahabat yang paling dekat dan rapat dengan nabi s.a.w., dan kerana cinta jugalah Saidina Ali k.w.j mempertaruhkan nyawa untuk mengantikan tempat tidur rasululalh s.a.w..

Tidakkah ini bukti cinta dan Mahabbah yang dasarnya adalah keimanan.Maka akhirnya, mereka telah lahir daripada golongan yang sentiasa dikenang sepanjang zaman.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam hadith riwayat al-Bukhari:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Tidak dikira beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sabagaimana dia mencintai dirinya sendiri”

Ibnu Hajar al-Asqaalani di dalam kitab “فتح الباري” syarah kepada Shoheh al-Bukhari menukilkan mengenai hadith ini:

Dan Dimaksudkan dengan tidak beriman itu adalah barangsiapa yang mempunyai Iman, menurut مستمللي  (dengan lafaz Salah seorang daripada kamu), menurut ألاصيلي  (Dengan lafaz salam seorang), menurut ابن عساكر (dengan lafaz hamba), begitu juga menurut Muslim daripada Ibnu Khuzaimah ; dan dimaksudkan di sini adalah menafikan kesempurnaan Iman- menafikan nama sesuatu- adalah dengan makna-menafikan kesempurnaannya.”

“Dan kebaikan itu: Kalimah menyeluruh yang merangkumi ketaatan , kasih-sayang baik Duniawi dan Ukhrawi…”

Mahabbah itu: Kehendak apa yang diyakini sebagai satu bentuk kebaikan, sebagaimana disebut oleh Imam al-Nawawi: Mahabbah (kecenderungan ) itu adalah apa yang diikuti oleh orang yang mengasihi,dan adalah dengan perasaannya seperti keelokan sesuatu gambar, atau dengan perbuatan. Adapun dirinya seperti kebaikan dan kesempurnaan.

Mahabbah itu juga datang sebagai nikmat Allah s.w.t. untuk manusia yang sentiasa mengutamakan kasih-sayangnya kerana Allah s.w.t, bukan dengan mereka yang ingkar kepada tuhannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Maiidah ayat ke 54 yang bermaksud: “

"Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya".

Imam al-Ghazali menukilkan di dalam Ihya’:

Barangsiapa yang menyuruh kepada 4 perkara dan menolak 4 perkara adalah seorang pendusta: Siapa yang menyuruh cinta syurga tetapi tidak taat adalah pendusta, siapa yang menyeru kepada cinta Nabi s.a.w. tetapi tidak mencintai ulamak dan umara’ adalah pendusta, siapa yang menyuruh takut daripada azab neraka dan tidak meninggalkan maksiat adalah pendusta, dan siapa yang menyeru cinta Allah s.w.t. tetapi tidak menerima ketentuan-Nya adalah juga pendusta.

“Janganlah Kamu menjadi pendusta dalam bercinta, kelak kamu akan menyesali cinta-Mu itu sendiri

Benarlah bait-bait Syair yang dinukilkan oleh Rabiah al-Basriyyah:

تعصي الاله وأنت تظهر حبه            هذا لعمري في القياس بديع

ولو كان حبك صادقا لأطعته              ان المحب لمن يحب المطيع

“Kamu melakukan maksiat kepada Tuhan dan kamu melihat kasih-sayangNya, Ini untuk umurku pada kiasan orang yang mengada-adakan , dan jika cintamu benar untuk mentaatiNya, sesungguhnya orang yang mencintai itu untuk siapa yang dicintainya adalah orang yang taat”.

“Tanda-tanda mahabbah itu adalah bersama dengan orang yang dicintai dan meninggalkan perbezaan dengannya”

Saidina Ali k.w.j  berkata:

Barangsiapa yang rindu kepada syurga maka dia adalah orang yang bersegera kepada kebaikan, dan barangsiapa yang takut azab neraka, maka dia akan menegah dirinya daripada Syahwat, dan barangsiapa yang yakin keapda mati maka akan didatangkan kepadanya kelazatan”.

CINTA ITU ADALAH TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL

Allah s.w.t. berfirman di dalam surah ali-Imran ayat ke 31:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

“Ketahuilah, Sesungguhnya tanda mahabbah hamba kepada Allah s.w.t. dan rasul itu adalah taat kepada keduanya dan mengikuti perintahnya. Manakala Mahabbah Allah s.w.t. kepada hambaNya adalah nikmat keampunan yang diberikan oleh Allah s.w.t.”

Imam al-Ghazali Rahimahullah ta’ala menukilkan di dalam kitab “مكاشفة القلوب”:

Daripada Hassan sesungguhnya telah berkata kaum-kaum di zaman rasulullah s.a.w. : “Ya Muhammad sesungguhnya kami mencintai Tuhan kami”-Maka Allah s.w.t. telah menurunkan ayat ini (surah Ali-Imran ayat 31)

Sabda nabi s.a.w. di dalam sebuah Hadith riwayat al-Bukhari:

كل أمتي يدخلون الجنة الا من أبى. قالوا من أبى ؟ قال : من أطاعني دخل الجنة ومن عصاني فقد أبى”

Setiap umatku akan masuk syurga melainkan sesiapa yang takabbur. maka mereka bertanya siapa golongan yang takabbur itu? maka nabi s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mentaatiku maka ia telah masuk syurga dan barangsiapa yang mengingkariku maka dia adalah sombong”.

Sebagai golongan yang menyatakan keimanan kepada Al-Quran dan al-Sunnah yang mulia, tidak sesekali seseorang itu mampu untuk mendamba sebuah Cinta dan Mahabbah melainkan terlebih dahulu ia cinta kepada Allah s.w.t dan mengikuti jalan kenabian.

Telah berkata Junaid rahimahullah ta’ala:

ما وصل أحد الى الله الا بالله والسبيل الى الوصول الى الله متابعة مصطفى صلى الله عليه وسلم”

”Tidak akan sampai seseorang itu kepada Allah s.w.t. melainkan dengan Allah s.w.t. dan jalan untuk sampai kepada Allah s.w.t adalah mengikuti nabi Muhammad s.a.w.”

Telah berkata Ahmad bin al-Hawaari rahimahullah ta’ala:

كل عمل بغير اتباع السنة فباطل "

Setiap amalan tanpa mengikuti sunnah maka ia adalah Batil”

Telah ditanya Fudhail bin ‘Iyadh:

يا أبا على متى يكون الرجل صالحا”

Wahai Ayah kepada Ali, bilakah seorang lelaki itu menjadi soleh”

Maka, beliau berkata:

اذا كانت النصيحة في نيته , والخوف في قلبه , والدصق في لسانه , والعمل الصالح في جواره

“Jika adalah nasihat (peringatan) itu pada niatnya, dan takut itu pada hatinya, dan kebenaran itu pada lisannya, dan amal soleh itu pada anggotanya”

Orang-orang yang bermahabbah pastinya akan sentiasa berada di atas kebenaran kerana mereka mendapat menafaat daripada sudut akhlak, tarbiyyah dan akidah.

Ibnu Qayyim tatkala menukilkan mengenai manafaat daripada sudut Iktikad, Tarbiyyah, Akhlak, dan mengambil pengajaran daripada pertemuan ahli Mahabbah dan kebenaran, maka beliau berkata:

“Sesungguhnya ia adalah perpindahan daripada Syak kepada Yakin, daripada Riya’ kepada Ikhlas, daripada kesukaan kepada dunia kepada kesukaan kepada akhirat, daripada kesombongan kepada Tawadhuk, dan daripada keburukan sia-sia kepada nasihat”

Apabila manusia bermahabbah kerana Allah s.w.t., nescaya ia akan mendapat kelazatan di dalam beramal. Ketahuilah, kelazatan itu umpama perhiasan diri…Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia untukmu adalah Wanita yang Solehah!

Dinukilkan oleh Imam al-Suyuuthi di dalam “الجامع الصغير”:

Sabda nabi s.a.w.:

الدنيا متاع , وخير متاع الدنيا ألمرأة الصالحة”

“Dunia itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia itu adalah wanita solehah”

Hiasilah dirimu dengan peribadi yang baik, nescaya kamu akan dapat merasai nikmat bermahabbah”

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita