;

Jumaat, Disember 04, 2009

Bicara Cinta dan Mahabbah vol 1.

 

iman cinta Tatkala kita berbicara tentang cinta,atau juga Mahabbah itu, pastinya ia amat berkaitan dengan soal hati dan perasaan.

Mungkin juga cinta menjadi perkara yang bagitu meninggalkan kesan yang mendalam di dalam jiwa mereka yang pernah merasainya.

Cinta juga mampu memberi tekanan, dan bebanan bilamana cinta kepada seseorang itu tidak berbalas.

Cinta menyebabkan manusia berada dalam keasyikan yang mendalam hingga seakan-akan berada di dalam dunia yang lain, tidak lagi berada di alam nyata. Itulah hakikat cinta.

Namun, Bagaimana cinta itu mampu memberi kekuatan dalam jiwa untuk mendekatkan diri dengan Allah itulah yang merupakan cinta sejati. Hanya saja kita memilih untuk menilai cinta dengan kacamata Iman ataupun menilai cinta itu dengan kacamata nafsu.

APA ITU CINTA DAN MAHABBAH?

Di dalam kitab “مفردات ألفاظ القران", Mahabbah itu juga mambawa maksud “ألارادة” atau bermaksud kehendak. Ini kerana fitrah manusia adalah berkehendak kepada cinta dan kasih-sayang. Mereka ingin menyayangi dan ingin disayangi disebabkan Allah s.w.t. telah menjadikan hati dan perasaan di dalam jiwa manusia itu sendiri.

Namun,apa yang perlu difahami setiap Mahabbah itu adalah merupakan Iradah atau kehendak, tetapi tidak semua Kehendak itu merupakan Mahabbah.

Orang-orang yang arif lagi bijaksana di dalam soal ini mempunyai pandangan yang menarik tentang pengertian mahabbah itu sendiri, sama ada daripada sudut kesannya, mahupun pandangannya. Maka, pengertian di bawah ini adalah merupakan perkara yang berkaitan dengan hukum Mahabbah itu sendiri.

1. Mahabbah itu adalah satu kecendungan hati yang berterusan yang lahir daripada hati yang bingung dan tercari-cari.

2. Kesan yang lahir daripada orang yang dicintai ke atas setiap yang menyertainya/mengirinya.

3. Kesesuaian seseorang yang mencintai ke atas sesuatu yang nampak atau tidak nampak.

4.Terhapus kasih-sayang kerana sifatnya, dan kekalnya orang yang dikasihi kerana dirinya. ( ini kerana kasih-sayang bukan sahaja melihat kepada sifat seseorang itu kerana sifatnya mungkin sahaja boleh berubah dan hancur, tetapi dirinya akan terus kekal)

5. Kesesuaian hati untuk menterjemahkan orang yang dicintai.

6. Kebimbangan untuk meninggalkan kehormatan, dengan melakukan kebaikan. (ia adalah natijah terhadap pandangan dan kesan Mahabbah itu sendiri, yang membawa kepada melakukan  perkara kebaikan kerana bimbang akan meninggalkan kehormatan kepada orang yang dikasihi.

7. Kebebasan yang besar daripada dirimu, dan keutamaan yang sedikit daripada temanmu. (Ini adalah perkataan  أبي يزيد  (Abi Yazid) ,dan ia juga adalah daripada hukum, kewajipan dan pandangan Mahabbah itu sendiri, dan orang yang mengasihi yang benar itu, jika memberikan kepada orang yang dikasihinya semua yang mampu diberikan untuk meraikannya, dan walaupun dia memperolehi daripada orang yang dikasihinya adakah akan memudahkan sesuatu untuk menghormati dan meraikannya.

Banyak lagi pengertian Mahabbah itu, tetapi secara ringkas dapatlah disimpulkan mengenai  Mahabbah ini dengan satu  kisah yang berlaku pada satu ketika musim haji di Makkah al-Mukarramah tatkala berlakunya satu masalah Mahabbah.

Maka telah berkata-kata  Syeikh-syeikh di situ, adalah Junaid itu seorang budak yang masih kecil umurnya. Maka mereka berkata: (Kalau begitu), berikan apa saja yang kamu ada!.  Maka beliau mengangkat wajahnya, dan mengalirkan air matanya, kemudian berkata; “Seorang hamba yang sedang pergi dengan dirinya, bersambung dengan ingatan kepada tuhannya, berdiri dengan menunaikan hak-hak-Nya, melihat kepada-Nya dengan hatinya, terpancar hatinya dengan cahaya kehebatan-Nya, terpancar untuk-Nya kekuasaan daripada tabir rahsia-Nya, suci minuman daripada gelasnya, apabila berkata-kata maka dengan Allah, apabila menuturkan maka tentang Allah s.w.t., apabila bergerak maka dengan perintah Allah s.w.t., dan apablia berhenti maka dengan Allah s.w.t., maka dia adalah dengan Allah, dan untuk Allah, dan bersama Allah”.

Lalu Syeikh-syeikh tersebut menangis dan mereka pun berkata (sebagaimana disebut di dalam kitab “مدارج السالكين”) : Tidak ada lagi tambahan untuk ini.

Tangisan tersebut adalah lahir daripada perasaan cinta yang mendalam di dalam hati mereka kepada Allah s.w.t. Tidak ada lagi yang mampu diluahkan dan diberikan melainkan apa yang berada di dalam hati yang sangat dekat kepada Allah s.w.t kerana sesungguhnya mereka tidak berhajat kepada tipuan dunia, cukuplah hanya Allah s.w.t. sebagai penghibur hati.

BAHAGIAN MAHABBAH.

Syeikh Nusywah al-Ulwani, dalam kitab “حديث القران والسنة عن الحب والمتحا بين في الله”  menerangkan bahawa yang disebut dengan Mahabbah itu adalah;

Kehendak  tentang apa yang dilihatnya atau disangkainya adalah satu kebaikan, dan ia terbahagi kepada tiga bahagian: 

1.Mahabbah untuk zat (diri) : Seperti Mahabbah lelaki dan  perempuan.

Firman Allah ta’ala di dalam surah al-Insan ayat 8 yang bermaksud: “mereka juga memberi makan (makanan) Yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan”.

2. Mahabbah untuk manafaat: Seperti mahabbah untuk sesuatu yang memberi manafaat untuknya dan daripadanya.

Firman Allah ta’ala dalam surah al-Saff ayat 13 yang bermaksud: “Dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman”.

3. Manafaat untuk kebaikan: Seperti Mahabbah ahli ilmu sesama mereka kerana ilmu, dan mungkin juga Mahabbah itu ditafsirkan dengan makna “الارادة” (berkehendak).

Firman Allah ta’ala dalam surah al-Taubah ayat 108 yang bermaksud: “…padanya orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”.

MAHABBAH; TUTURLAH PERKATAAN YANG BAIK.

Di dalam Kitab “احياء علوم الدين”, Imam al—Ghazali menukilkan:

  قيل لعيسى عليه السلام : دلنا على عمل ندخل به الجنة. قال : (لا تنطق أبدا ) .فقال  لا نستطيع ذلك : فقال : لا تنطقوا الا بخير

Telah dikatakan kepada Nabi Isa a.s: “Tunjukkan amalan yang boleh membawa kami ke Syurga”. Maka beliau berkata: (Jangan kamu berkata-kata selama-lamanya). Maka mereka berkata: “Kamai tidak mampu untuk melakukan sedemikian: Maka beliau berkata: (Jangan kamu berkata-kata melainkan perkataan yang baik).

Jelas kepada kita dengan ungkapan di atas bahawa cinta dan Mahabbah itu menjadi sesuatu yang bernilai dan berhikmah buat manusia bila mana kita menuturkan perkataan yang baik dan senang serta lapang didengari oleh manusia lain, kerana sesungguhnya perkataan yang buruk itu boleh merosakkan hati manusia.

Imam al-Ghazali ada berkata:

“Orang yang lemah daripada kalangan kamu adalah orang tidak mampu mencari teman , dan orang yang lebih lemah daripada itu adalah orang yang mensiakan-siakan teman yang telah diperolehinya”.

Cinta itu bukan bermaksud, hanya sekadar kamu mencintai seseorang wanita, tetapi cinta itu adalah satu fitrah Allah s.w.t. yang dikurniakan untuk manusia berinteraksi sesama manusia dengan lebih mudah , senang dan merasai kenikmatan berlandaskan syariat Allah s.w.t.

Bayangkan, bagaimana manusia hidup tanpa cinta, Mahabbah dan kasih-sayang, pastinya dunia akan suram dan manusia tidak akan bergembira dengannya.

Sesungguhnya, setiap kali kita bermahabbah dengan menutur perkara yang baik dan elok dengan penuh ketaatan kepada Allah s.w.t. akan turut dikira sebagai zikir kepada Allah s.w.t. Imam al-Nawawi rahimahullah ta’ala telah menukilkan di dalam kitab “الأذكار”:

Ketahuilah, bahawa kelebihan zikir itu tidaklah terhad pada Tasbih, Tahlil, Tahmid, Takbir, dan sebagainya, bahkan setiap perbuatan yang dilakukan kerana Allah s.w.t. dengan ketaatan, maka ia adalah orang yang berzikir kepada Allah s.w.t.” 

CARILAH CINTA ALLAH S.W.T., NESCAYA KAMU DAPAT CINTA MANUSIA.

 Konsep cinta sejati adalah menyandarkannya kepada Allah s.w.t.

Ketahuilah, bahawa apabila kita meletakkan cinta kepada Allah melebihi cinta segala-galanya, maka Allah s.w.t. pasti akan menunaikan hak kita dengan mencampakkan perasaan Mahabbah di dalam diri kita selaku hamba-Nya.

Sebagaimana seorang perempuan yang ingin untuk dicintai dan dikasihi, maka Allah s.w.t lebih berhak untuk mendapat dambaan cinta kerana Allah s.w.t. yang telah mencipta, malah telah menjaga diri setiap hamba-Nya dengan penuh rahmat dan kasih-sayang. Siapa lagi yang lebih hebat kasih-sayangnya berbanding Allah s.w.t.!

Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadith yang telah dikeluarkan oleh Imam al-Tirmidzhi di dalam Musnad Ahmad:

أتاني ربي عز وجل فقال لي : يا محمد قل : اللهم أسألك حبك , وحب من يحبك , والعمل الذي يبلغني حبك

Telah datang kepadaku tuhanku dan Ia telah berkata kepadaku: Wahai Muhammad katakanlah: “Ya Allah , aku memohon kasih-sayang-Mu, dan kasih-sayang sesiapa yang mengasihi-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada kasih-sayang-Mu.

Kandungan hadith di atas merupakan salah satu doa yang sering diamalkan oleh rasulullah s.a.w. untuk dekat kepada cinta Allah s.w.t.

Allah s.w.t tidak memerintahkan kepada rasulullah s.a.w. untuk berdoa sedemikian jika ianya tidak penting, bahkan lebih daripada itu, Allah s.w.t. ingin agar setiap hamba-Nya agar sentiasa berdoa memohon kasih-sayang-Nya, kerana itulah perkara yang sangat disukai oleh Allah s.w.t. sebagai maha pencipta.

Kamu pasti akan beroleh kasih-sayang daripada mereka yang mengasihi tuhan-Mu setelah kamu mengutamakan cintamu untuk Rabb”.

Bersambung pada keluaran akan datang…

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita