;

Ahad, Mei 23, 2010

158 maut nahas pesawat.



BANGKAI pesawat Air India Express yang hangus terbakar selepas nahas di   Mangalore,   Karnataka, selatan India, semalam.

BANGKAI pesawat Air India Express yang hangus terbakar selepas nahas di Mangalore, Karnataka, selatan India, semalam.

Sumber: klik di sini

Lapan selamat pesawat Air India Express terbabas sejurus mendarat.


MANGALORE: Seramai lapan penumpang ditemui selamat, manakala 158 yang lain terbunuh, apabila sebuah pesawat Air India Express dari Dubai, terhempas di luar lapangan terbang Mangalore di negeri Karnataka apabila ia terbabas lalu merempuh kawasan belukar sebelum meletup dan terbakar awal pagi semalam.

Pengarah Air India, Anup Srivastava berkata pesawat Boeing 737-800 yang membawa 166 penumpang, termasuk anak kapal itu terbabas di landasan ketika hujan lebat.
Air India Express, anak syarikat Air India kepunyaan kerajaan adalah syarikat penerbangan tambang murah yang terpaksa berdepan saingan dengan syarikat penerbangan swasta. Pegawai Air India di Dubai berkata, semua penumpang adalah rakyat India.

Nahas berkenaan dipercayai paling buruk dalam tempoh sedekad ketika India menyaksikan peningkatan dalam industri penerbangan tambang murah bagi memenuhi permintaan golongan kelas pertengahan negara itu.

Anup berkata petanda awal menunjukkan kejadian itu adalah satu kemalangan, manakala stesen televisyen melaporkan nahas berlaku kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan.

Imej televisyen menyiarkan gambar pesawat itu terbabas di kawasan belukar, manakala asap kelihatan berkepul ke udara ketika pasukan penyelamat berusaha mengawal kebakaran dan mencari mangsa nahas.

Seorang anggota bomba dilihat mengangkat mayat seorang bayi, manakala mayat penumpang terbakar bergelimpangan berhampiran cerun belukar.

Rakaman gambar agensi berita Associated Press menunjukkan dua penyelamat menaiki bukit dan mengangkat seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ke arah pekerja perubatan. Dia dikejarkan ke hospital Mangalore untuk mendapatkan rawatan akibat melecur teruk.

Pasukan penyelamat lain turut membantu mengeluarkan mayat dari bangkai pesawat. Ramai daripada mereka masih mengenakan tali pinggang keselamatan walaupun sudah rentung dan sukar dikenali.

“Pesawat itu patah dua. Saya melompat keluar dari pesawat sejurus ia terhempas. Saya nampak dua orang lagi yang turut melompat keluar".

“Saya mendengar bunyi seperti tayar meletup. Saya cuba keluar dari pintu hadapan tetapi melihat api sedang marak lalu berpatah balik ke belakang dan melompat keluar,” kata seorang mangsa terselamat yang hanya dikenali sebagai Abdullah, kepada stesen televisyen TV9 dari hospital. – Reuters

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita