;

Isnin, Mei 03, 2010

Beberapa rumusan untuk para isteri (Vol 1)

 akad-dan-nikah

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah buat semua..Bertemu lagi kita di Teratak Daie ini. Moga-moga kita sentiasa dilimpahi rahmat Allah s.w.t.

Kadang-kadang mungkin ada orang terdetik, mengapa perlunya kita sentiasa memohon rahmat Allah s.w.t? bukankah dengan kita melakukan ibadah dan kebajikan rahmat pasti akan datang kepada kita?

Betul, penulis tidak menafikan itu, tetapi Allah s.w.t menghendaki ummat-Nya agar sentiasa ingat dan memohon rahmat daripada-Nya. permohonan Doa itu dan diikuti oleh tangan yang ditadah bukankah menampakkan bahawa kita bersungguh di dalam mencari rahmat dan keredhaan Allah s.w.t..bahkan, itulah yang sentiasa dipohon oleh Nabi Muhammad s.a.w di waktu munajat baginda kepada Allah s.w.t hingga pernah baginda mengkhabarkan kepada para sahabat baginda pada satu ketika bahawa mereka tidak akan mampu untuk menghuni syurga Allah s.w.t kecuali dengan rahmat-Nya. lalu, ditanya kepada baginda, “Bukan kamu juga wahai rasulullah s.a.w”, lalu dijawab oleh rasulullah “Tidak aku juga,kecuali dengan rahmat yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t (kamu beroleh syurga)”.

Sekadar meneliti  kitab شخصية ألمراة المسلمة, buah karya menarik oleh Dr Muhammad Ali al-Hashimi, yang telah diterjemahkan ke dalam 6 edisi bahasa Arab, dan juga mendapat sambutan di Turki, serta edisi pertama di dalam bahasa Indonesia, mampu memberi panduan berkesan di dalam membina keperibadian wanita Muslimah.

Sesuai artikel penulis sebelum  ini, pada tajuk kali ini penulis akan memuatkan sejumlah rumusan yang baik bagi para isteri terhadap suaminya.

kita perlu jelas, dalam suasana yang penuh Fitnah mutakhir ini, kita berhadapan dengan kebejatan sosial yang sangat parah di kalangan muda-mudi..kerosakan akhlak yang parah yang turut menyelubungi minda dan sosial akum perempuan telah menjadikan kaum lelaki yang beriman berhadapan di dalam dilema untuk memilih calon isteri dan seterusnya melahirkan zuriat yang mampu mendokong dan meneruskan risalah perjuangan Islam yang suci.

Secara terang, penulis menyimpulkan bahawa perhubungan di antara suami isteri di waktu awal memasuki gerbang perkahwinan sangat memainkan peranan penting terhadap proses seterusnya.

kadang-kadang, sesetengah ibu-bapa marahkan anak-anak mereka yang degil dan kurang berbudi-bahasa, tetapi muhasabah itu sepatutnya dilontarkan kepada mereka dahulu baik akhlak, budi-bahasa dan ibadat serta keyakinan mereka kepada Allah s.w.t di dalam melaksanakan ibadah tatkala sudah bergelar pasangan suami-isteri.

Ayuh kita soroti secara umum apakah rumusan-rumusan terpenting bagi para isteri terutamanya, agar masjid yang dibina sentiasa tidak terlepas daripada rahmat Allah s.w.t.

1. Bersolek Untuk Suami.

-Kadang-kadang kita salah anggap tentang konsep berhias ini. Sesuai dengan trend muda-mudi, khusunya kaum wanita, mereka menganggap bersolek ini adalah tatkala keluar rumah. Ini adalah satu perkara yang perlu diambil penting, iaitu bersolek itu hanyalah untuk suami yang tersayang! apakah kaum wanita yang bergelar isteri tidak terasa bersalah ketika bersolek dan berhias diri untuk keluar ke rumah baik dilentikkan bulu mata mereka, memakai make-up yang tebal, alis mata yang dicantikkan, bibir yang dikilaukan untuk tontotan umum..Seolah-olah kalian telah menduakan suami, malahan menganggap umum di luar itu lebih utama untuk menikmati kecantikan pada tubuh  yang boleh menggairahkan itu. Tetapi, berbeza pula apabila di rumah, rambut dibiarkan tidak terurus, diikuti oleh bau badan yang itdak menyenangkan, pakaian yang tidak langsung menarik hati suami dan 1001 macam lagi, hanya terikat dengan alasan “ Aku telah berkahwin dan ada suami,jadi tak perlulah nak cantik-cantik lagi!’.

Lihat, bagaimana kesedihan yang akan ditanggung oleh para suami tatkala mendengar ucapan sebegini. Sepatutnya, hiaslah diri dengan sebaik mungkin di hadapan suami, tetapi jadikan diri sekadar sahaja tatkala keluar untuk berhadapan umum kerana hakikatnya suami itu adalah terlebih penting malahan melebihi daripada ibu-bapa lagi!

Ayuh kita ambil nasihat berguna daripada Ummul Mukminin Saidatina Aisyah , yang mana pada satu hari Bakrah binti Uqbah menemui Ummul Mukminin Aisyah untuk menyanyakan mengenai daun pacar, lalu dijawab oleh beliau, “Tumbuhan yang baik dan airnya suci”. Lalu Bakrah bertanya tentang hukum melembutkan bulu alis mata, maka Aisyah menjawab . “Jika kamu mempunyai suami, dan kamu mampu melembutkan bulu kedua matamu serta membuatkan suamimu lebih cinta, maka lakukanlah”.

Sebab itulah agama kita melarang untuk memakai pakaian berkabung lebih daripada 3 hari melainkan ketika kematian suami, maka diharuskan untuk memakai pakaian berkabung sampai 4 bulan 10 hari.

Ianya tepat sebagaimana yang telah dinyatakan oleh rasulullah s.a.w, yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Zainab binti Ummu Salamah, ia menuturkan, “Aku pernah menemui Zainab binti Jahsy, isteri rasulullah s.a.w., ketika meninggal saudara laki-lakinya, lalu ia mengambil minyak wangi dan memakainya,kemudian dia berkata: “ Aku sebenarnya tidak memerlukan minyak wangi ini, tetapi kerana aku pernah mendengar rasulullah s.a.w bersabda di atas mimbar, “ Tidak boleh seorang wanita yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhir, berkabung lebih daripada 3 hari, melainkan kematian suami, iaitu 4 bulan 10 hari”-Hadith Riwayat Bukhari

2. Menarik Hati Suami.

kadang-kadang, setelah berkahwin, si isteri gagal untuk memainkan peranannya bagi menarik hati suami. Perkara ini sangat berbahaya jika dibiarkan berlarutan.

Para wanita Muslimah perlu bijak di dalam memainkan perananya agar ia dilihat sebagai teman dan penghibur yang terbaik di mata suaminya. jangan takut untuk menggunakan seluruh kedercasan yang ada untuk menarik hati suami. carilah cara yang terbaik agar dapat bertoleransi dengan penuh kegembiraan, saling memahami , toleransi dan keharmonian. di samping itu juga, binalah suasana yang menarik agar dapat duduk berdua di atas singgahsana dengan penuh kenikmatan,kedamaian dan kebahagiaan.

Sesungguhnya wanita muslimah itu adalah sebaik-baik perhiasaan sebagaimana tertulis di dalam Hadith Nabi daripada Abdullah bin Amr bin Ash yang bermaksud:

“ Dunia itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”.-Hadith Riwayat Muslim.

Sekiranya wanita tidak mampu untuk memainkan peranannya untuk memikat suami, maka ia akan menjadi penyebab kepada kelunturan cinta sesebuah perkahwinan.

Bersambung pada keluaran akan datang…

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita