;

Ahad, Mei 23, 2010

Salam Rasulullah buat Imam 'Izzudin Abd Salam.

Gambar Hiasan

Ibnu 'Arabi atau nama sebenarnya Abu Bakr Muhammad ibn al-‘Arabi al-Hatimi al-Tai, seorang sufi yang berasal daripada Murcia, Spanyol, merupakan seorang ahli Tasauf yang terkenal pada zamannya. Beliau juga seorang yang banyak menyelongkari selok-belok ilmu kesufian dan Tasauf. Dalam banyak karya, beliau lebih menyentuh tentang kelazatan pengalamannya bergelumang dengan kenikmatan Tasauf sehingga sebahagian daripada bait-bait syair yang dilantunkannya mengundang pro kontra di kalangan sarjana-sarjana Islam serta ahli Akademik. Antara karyanya yang terkenal adalah Fushusul Hikam, Futuhat al-Makkiyyah, Tarjuman al-Asywaq dan banyak lagi hingga menjangkau lebih daripada 300 buah karya.

Tentang diri beliau boleh didapati di sini

Sedikit kisah yang ingin penulis coretkan di sini adalah buah renungan bagi mereka yang tidak menyenangi mereka yang bergelumang dengan jalan kesufian dan Tasauf ini. Moga-moga ianya dapat memberi sedikit pencerahan.

Tatkala ramai ulama' yang memberi kritikan hebat terhadap buah karya Ibnu 'Arabi seumpama Ibnu Taimiyyah dan lain-lain, maka ada ulama yang hanya berdiam tanpa memberi komentar terhadap Ibnu 'Arabi iaitu al-Imam 'Izzudin bin Abdul Salam. Beliau hanya diam tanpa mengkritik Ibnu 'Arabi. Tatkala itu beliau belum lagi terlibat secara langsung dengan Tariqat kesufian dan Tasauf ini.

Rupanya diam beliau itu menjadi rahmat dan hikmah yang besar. Pada suatu ketika, datanglah seorang tokoh Tariqat besar pada waktu tersebut iaitu Syeikh Abu Hassan al-Syazuli Rahimahullah Ta'ala 'Alaih ke rumah al-Imam. Maka, al-Imam 'Izzudin mengajaknya untuk masuk ke rumah. lalu al-Syeikh berkata kepada beliau "Hajatku ke mari adalah hanyalah untuk menyampaikan salam Rasulullah S.A.W kepadamu. Jika aku melakukan lebih daripada itu, aku bimbang aku telah mengkhianati amanah Rasulullah S.A.W yang hanya memintaku untuk menyampaikan salam kepadamu".

Sebenarnya, tempat al-Syeikh berada jauh beratus-ratus batu dengan rumah Imam 'Izzudin Abd Salam, tetapi beliau sanggup untuk bertemu dengan Imam 'Izzudin semata-mata ingin menyampaikan salam Rasulullah S.A.W yang hadir di dalam mimpinya semasa beliau berada di Madinah lagi.

Perlakuan dan watak yang ditunjukkan oleh al-Syeikh itu menarik perhatian Imam 'Izzudin Abd Salam untuk lebih mengenali beliau kerana kemuliaan dan keluhuran peribadinya yang menakjubkan itu. lalu, itulah permulaan beliau melibatkan diri ke dalam dunia kesufian dan tasauf yang penuh kenikmatan setelah beliau pergi mendengar syarahan al-Syeikh Abu Hassan al-Syazuli Rahimahullah Ta'ala dan tertarik untuk terus bersama-sama merasai kelazatan kesufian itu sendiri.

Sama-samalah kita fikir dan renung, jika Rasulullah memberikan salam sejahtera bagi mereka yang tidak mencerca dan menghina ulama'-ulama Sufi dan Tasauf, apatah ada orang yang sanggup melemparkan caci-maki dan cercaan kepada mereka. Siapakah kita berbanding para Ulama'. Tapak kaki mereka sahaja mungkin lebih mulia daripada seluruh tubuh badan kita yang seringkali berdosa ini. Jika ulama' yang memberi kritikan seperti Ibnu Taimiyyah, itu adalah ijtihad mereka. Jika mereka betul maka beroleh dua pahala, tetapi jika salah maka beroleh satu pahala.. Namun, kita yang hanyalah insan biasa tidak usahlah merasa diri mampu untuk menghukum orang lain yang lebih alim lebih-lebih lagi Para Ulama' kerana kita hanyalah insan biasa yang penuh dosa-noda. Takut-takut dosa-dosa umpatan itu akan terpalit di tubuh badan kita nanti. Renung-renungkan!

Wallahu'alam...

P/S: Cerita di atas disampaika secara bebas oleh Syeikh Rohimuddin al-Azhari, ketika kunjungan beliau ke pejabat PMRAM beberapa minggu lalu.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita