;

Isnin, Mei 24, 2010

Kewajipan Melakukan Amar makruf dan Nahi Mungkar.


Al-Imam Dr Yusuf al-Qardhawi memberikan komentar berkaitan kewajipan melakukan Amar Makruf dan Nahi Mungkar, bahawa di antara kefardhuan yang asasi di dalam Islam, adalah kewajipan Amar Makruf, dan mencengah kemungkaran, yang mana ia merupakan salan satu daripada unsur-unsur utama kemuliaan dan ketinggian umat ini.

Firman Allah S.W.T di dalam surah Ali-Imran Ayat 110 yang bermaksud:

"Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik".

Dan di antara sifat-sifat yang asasi bagi orang mukmin pula menurut pandangan al-Quran adalah sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah al-Taubah ayat 112 yang bermaksud:

“ (Mereka itu ialah): orang-orang Yang bertaubat, Yang beribadat, Yang memuji Allah, Yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), Yang rukuk, Yang sujud, Yang menyuruh berbuat kebaikan dan Yang melarang daripada kejahatan, serta Yang menjaga batas-batas hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang Yang beriman (yang bersifat demikian)”.

Orang-orang yang Mukminah (muslimah) juga seperti orang Mukminin, mereka turut termasuk di dalam kewajipan yang umum ini, seperti mana firman Allah Ta'ala di dalam surah al-Taubah ayat 71 yang bermaksud:

"Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Maka setiap orang Mukmin adalah menjadi benteng terhadap saudaranya,dengan tautan iman, dan begitu jugalah bagi kaum Mukminah.

Sebagaimana al-Quran memberi pujian terhadap Amal Makruf dan nahi Mungkar, begitu juga al-Quran memberi celaan terhadap golongan yang tidak mahu menegakkan perkara yang makruf, dan mencengah perkara yang mungkar.

Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Maiidah ayat 78 dan 79 yang bermaksud:

" Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh".

" Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), Yang mereka lakukan. Demi Sesungguhnya amatlah buruknya apa Yang mereka telah lakukan".

Dan dengan perkara ini orang Muslim bukanlah sebagaimana seorang insan ya ng soleh , yangmenunaikan kebaikan, meninggalkan keburukan, dan hidup di dalam keadaan yang khusus, yang (kemudian) tidak memperdulikan kebaikan, bila ia melihatnya berubah dan binasa di hadapannya, dan juga tidak dengan keburukan bila ia melihatnya bercambah dan bersarang di sekelilingnya.

Bahkan orang Muslim itu-Setiap Muslim- adalah Insan yang soleh (memperelokkan dirinya), dan berpegang teguh dengan dengan memperelokkan yang lain, keadaan diri mereka adalah sebagaimana yang ditunjukkan oleh al-Quran, di dalam surah al-'Asr yang bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran".

Maka, tiadalah kejayaan bagi orang Muslim itu daripada kerugian di dunia dan di akhirat, kecuali dengan peringatan melalui kebenaran dan kesabaran ini, yang mana diiktibarkan daripadanya dengan Amar makruf dan nahi mungkar, dan ia adalah penjaga atau pengawal daripada jagaan kebenaran dan kebaikan bagi ummah.

Setiap kemungkaran itu pastinya berlaku di dalam (Mujtama') masyarakat Islam, tidaklah ia berlaku melainkan kerana kealpaan dan kelalaian masyarakat Islam itu sendiri, ataupun kelemahan dan perpecahan mereka, dan ini tidaklah berpanjangan dan berterusan, tidak merasa keamanan kerananya, dan tidak dapat menikmati (perlaksanaan) syariat dengan Hal (peribadi/akhlak) akibat daripadanya.

Kemungkaran -apa jua bentuk mungkar- hidup (diburu) di dalam suasana Muslimah, seperti penjenayah yang dihukum dengan hukuman mati ataupun penjara seumur hidup. Sesungguhnya ia (mungkar) akan hidup dan berpindah, tetapi ianya (berlaku) di sebalik neraca keadilan ,meskipun (berlaku) dalam masyarakat.

Maka, orang Muslim itu hendaklah menentang mungkar dan memburunya, hingga tidak ditulis baginya apa yang kekal tanpa hak di atas muka bumi yang bukan buminya, dan rumah yang bukan rumahnya, dan kaum yang bukan ahlinya.

Wallahu'alam...

Rujukan dan petikan:

Kitab من فقه الدولة في الإسلام , karya Imam Yusuf al-Qardhawi.









Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita