;

Ahad, Mac 27, 2011

MAQAZ Terima Kunjungan Wakil Kerajaan Negeri Kelantan

SHOUBRA, 27 Mac - Semalam, Markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa [MAQAZ] Shoubra telah dikunjungi oleh YB Ustaz Abdullah Bin Ya'kub, Timbalan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Kebudayaan, dan Kesenian Kerajaan Negeri Kelantan.

Kunjungan beliau ke Markaz DPM Shoubra disambut mesra oleh Pengerusi DPM [MAQAZ] Shoubra, Saudara Ahmad 'Afif Zuhdi Bin Ahmad Zaki berserta saf kepimpinan AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra.

Turut mengiringi beliau ialah Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamat, Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Pertemuan tersebut adalah Kunjungan dan Majlis Ramah Mesra antara Yang Berhormat selaku wakil daripada Kerajaan Negeri Kelantan dengan anak-anak Kelantan yang menuntut dibumi Shoubra. Turut serta dalam majlis tersebut Wakil Badan Pengurus PMRAM, Saudara Sheikh Mujahid Bin Sikh Nawawi dan Saudara Ahmad Huzaifah Bin Fauzi.

Dalam majlis tersebut, Ustaz Wan Roslan mengingatkan mahasiswa supaya merebut peluang sepanjang berada dibumi Mesir ini. Dalam masa yang sama keterlibatan dalam persatuan jangan ditinggalkan kerana ini merupakan cara/ ilmu yang akan digunakan untuk terjun kedalam masyarakat nanti.

Beliau lebih banyak menceritakan realiti-realiti yang berlaku di Malaysia hari ini khususnya di bumi Kelantan yang mana amat memerlukan tenaga-tenaga pengajar daripada penghafaz Al-Quran.

Bagi YB Ustaz Abdullah Bin Ya'kob, beliau menasihatkan mahasiswa supaya mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu. Beliau membawakan contoh kisah seorang 'abid dan Iblis serta ibrah daripada kisah tersebut.

Turut disentuh ialah harapan yang amat besar daripada Kerajaan Negeri Kelantan kepada mahasiswa lepasan Mesir selaku golongan pelapis bagi membimbing masyarakat pada hari ini.

Pertemuan tersebut diakhiri dengan sedikit sumbangan daripada YB Ustaz Abdullah Ya'kob dan penyampaian cenderahati kepada tetamu yang hadir.

Pihak DPM [MAQAZ] Shoubra amat berbesar hati diatas kunjungan daripada wakil Kerajaan Negeri Kelantan tersebut dan diharapkan pertemuan seperti itu akan diadakan lagi pada masa hadapan.

Sumber: MAQAZ Shoubra

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita