;

Rabu, Mac 10, 2010

Semoga Allah s.w.t Memberkati dan Merahmati Roh beliau..Amiin

 

201031094748232621_5

Pemergian Al-Allamah Syaikuna Shaikh Mohammed Sayed  Tantawi  hafizahullah menjadi satu pemergian yang besar buat umat Islam.

Al-Shaikh telah banyak menyumbangkan idea dan sumbangan di dalam memartabatkan gerakan Sunni dengan wujudnya al-Azhar di Mesir, serta beliau  telah menulis sejumlah penulisan di dalam pelbagai bidang, termasuk menyiapkan 15 jilid tafsiran al-Quran setebal 7000 halaman bebas.

Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, antara tokoh Islam Sunni yang senior di Mesir, telah menghadap Allah Rabbul ‘Izzati pada hari rabu, awal pagi 10 Mac 2010 tatkala di dalam lawatan beliau ke Arab Saudi .

Dalam umur 82 tahun, beliau telah banyak menyumbang tenaga terutama di dalam pembangunan Islam dan gerakan Sunnah di Mesir serta telah menjadi Syaikhul Azhar selama beberapa tahun.

Beliau juga dikenali sebagai ulama’ yang amat kuat membaca hingga separuh masanya di dalam satu hari dihabiskan dengan pembacaan dan begitulah rutinnya pada setiap hari.

Beliau yang sebelumnya pernah menjalani operasi jantung, telah diserang oleh serangan jantung ketika menaiki pesawat ingin pulang ke Mesir pada awal hari rabu, seperti yang diberitakan oleh stesen Televisyen tempatan di sini.

Beliau telah dimasukkan ke  hospital Amir Sultan di Riyadh yang mana para doktor di sana telah mengesahkan kesyahidan beliau.

Tubuhnya mungkin akan dihantar semula ke Kaherah pada hari Rabu malam, kata televisyen tempatan. Beliau juga dijangkakan akan dimakamkan di perkuburan  Baqi’ al-Gharqad yang berhampiran dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam di Madinah al-Munawwarah.

Al-Fatihah buat rohnya..Moga mendapat tempat bersama para Auliyak Allah s.w.t di akhirat kelak.Amiin Ya Rabbal a’lamiiin.

 

Ahad, Mac 07, 2010

Tahanlah Dirimu itu!

30B78231DC

Berpantang (menahan diri) daripada segala yang haram adalah wajib bagimu, kalau tidak, maka tali kehancuran akan menjeratmu. Kau takkan lepas darinya, kecuali dengan kasih-sayang Allah s.w.t.  Nabi  Muhammad s.a.w. bersabda bahawa asas agama adalah menahan diri daripada segala yang haram, sedang kebinasaannya adalah kerakusan.

Umar bin al-Khattab r.a pernah berkata:

"Kami biasa berpantang dari sembilan per sepuluh dari hal-hal yang halal, sebab kami khuatir kalau-kalau kami terjatuh ke dalam hal-hal yang haram."

Abu Bakar al-Siddiq pernah berkata:

"Kami biasa menghindari tujuh puluh pintu dari hal-hal yang halal, kerana kami khuatir akan keterlibatan di dalam dosa."

Peribadi-peribadi ini berlaku sedemikian adalah untuk menjauhkan diri daripada segala yang haram. Mereka bertindak berdasarkan sabda Nabi saw.:

"Ingatlah! Sesungguhnya setiap raja memiliki sebuah padang rumput yang terjaga. Sedang padang rumput Allah ialah hal-hal yang dilarang-Nya."

Maka, orang yang berbeza di sekitar padang rumput itu, boleh memasukinya. Namun, orang yang memasuki benteng raja, melewati gerbang pertama, kedua dan ketiga, hingga sampai di singgasana, adalah lebih baik berbanding orang yang berada di pintu pertama.

Maka, bila pintu ketiga telah tertutup baginya, hal itu takkan merugikannya, sebab ia tetap berada di balik dua pintu istana, dan ia memiliki milikan raja, dan tenteranya dekat dengannya. Tapi, bagi orang yang berada di pintu pertama, jika pintu ini tertutup baginya, maka ia tetap sendirian di padang yang terbuka, mungkin-mungkin sahaja akan diterkam oleh serigala dan musuh, dan mungkin-mungkin saja ia binasa.

Begitu pula, orang yang menunaikan perintah-perintah Allah s.w.t akan dijauhkan darinya daripada berharap kepada pangkat dan diri sendiri, dan ia akan terbebas dari kedua hal ini. Dan ia tetap berada di dalam hukum. Bila kematian merenggutnya, maka ia berada dalam kepatuhan dan pengabdian. Dan amal kebajikannya pula akan menjadi saksi baginya.

Orang yang diberi kemudahan, sedang ia tak menunaikan kewajiban-kewajibannya, jika kemudahan itu dicabut darinya dan ia terputus dari pertolongan-Nya, maka hawa nafsu akan menguasainya, dan ia akan tenggelam dalam hal-hal yang haram, terkeluar daripada hukum, bersama dengan para iblis, yang mana mereka adalah musuh-musuh Allah s.w.t, dan akan menyimpang daripada jalan kebenaran. Maka, jika kematian merenggutnya, sedang ia belum bertaubat, maka ia akan binasa, jika Allah s.w.t tidak mengasihinya.

Jadi, bahaya itu terletak pada melengah-lengahkan sesuatu, sedang keselamatan terletak pada kewajiban yang dipenuhi.

Wallahu’alam…

Sabtu, Mac 06, 2010

Jadilah Mukminah yang Sentiasa Terjaga.

 

muslimah3

Assalamualaikum dan salam sajahtera. Moga-moga kalian semua masih berada di dalam rahmat keampunan Allah s.w.t.

Kali ini, penulis ingin berbicara secara ringkas tentang peribadi Mukminah.

Ya…bagi penulis, menjadi perempuan yang berstatus Mukminah sememangnya sesuatu perkara yang sangat mulia dan diingini oleh mereka yang beriman.

Islam hadir sebagai Diin yang mengangkat martabat wanita hingga mampu mencapai status yang mulia ini.

Namun ,kita sangat sedih dengan keadaan yang berlaku baik di luar mahupun di dalam negara kita sendiri kerana sifat-sifat jahiliyah masih lagi membelenggu kehidupan sebahagian manusia.

lihatlah di dada-dada kahbar mahupun media elektronik..tubuh badan wanita secara bebas dijadikan bahan tontonan dan bahan eksploitasi.

Tidakkah kita merasa marah dan sakit hati seumpama keluarga, isteri, saudara-mara dan rakan-rakan seaqidah kita diperlakukan sebegitu!

Apa yang lebih menyedihkan, kadang-kadang sebahagian wanita ini langsung tidak mengenal erti malu malahan berbangga dengan tubuh badan yang telah mereka tonjolkan kepada umum.

Sedarlah, diri kalian yang kalian tonjolkan itu telah menjadi bahan makanan mereka-mereka yang rakus seumpama serigala lapar serta begitu hina!

Sepatutnya ia tidak berlaku jika golongan wanita mengambil Islam dan al-Quran keseluruhannya sebagai panduan terbaik dalam menjalani kehidupan.

Mungkin juga mereka tidak mengerti amaran rasulullah s.a.w seperti dalam hadith baginda yang bermaksud:

“Tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah rasa malu hilang daripada diri wanita-wanita”.

Sebenarnya, konsep terpenting yang perlu dipegang oleh setiap wanita Muslimah adalah kalian kembali kepada konsep keimanan dan tawakkal yang sebenar.

Meninggalkan perkara ini bermaksud mencabut segala kehormatan diri hingga mampu menjadikan diri wanita itu hina di sisi Allah s.w.t. walalupun dia dipandang hebat disisi manusia.

Imam Jaafar al-Sadiq pernah berkata:

“Allah s.w.t. menurunkan rasa 10 rasa malu kepada manusia. 1 bahagian dijadikan untuk lelaki dan 9 bahagian dijadikan untuk perempuan. Tatkala mereka mengalami Haid, hilang 1 rasa malu daripada diri mereka. Apabila mereka sudah berkahwin, hilanglah 1 lagi rasa malu tersebut. Selepas mereka melakukan persetubuhan, dicabut lagi 1 rasa malu daripada diri mereka. Dan selepas mereka melahirkan anak, maka hilang lagi 1 rasa malu. lalu, ianya berbaki 5 rasa malu didalam diri wanita. Kelima-lima ini akan hilang semuanya jika mereka tidak malu untuk melakukan maksiat kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya!”

khusyuk

Ayuh kita bersama ambil contoh bagaimana kuatnya keimanan dan Tawakkal yang telah ditunjukkan oleh isteri kepada nabi Ibrahim A.S, iaitu Siti hajar A.S. Tatkala beliau meninggalkan Siti Hajr di Makkah al-Mukarramah, yang pada ketika itu tiada orang yang tinggal di situ. bahkan, ianyan addalah padang pasir yang kering-kontang. Tiadalah yang menemani melainkan Nabi Ismail A.S yang masih menyusu dengan beliau.

Bagaimana terpancar pada diri Siti Hajar A.S kekuatan Iman dan kerlurusan Tawakkal kepada-Nya, apabila beliau berkata dengan penuh tawadhuk, rendah hati, kethiqahan, ketenagan dan kedamaian, “Apakah Allah s.w.t memerintahkan hal ini kepadamu wahai Ibrahim?” lalu nabi Ibrahim menjawab, “Ya benar”. Apakah jawapan yang diberikan oleh beliau apabila mendengar ucapan yang diberikan oleh suaminya yang tersayang itu?. Maka, dengan penuh redha dan ketenangan, beliau berkata, “Jika demikian, nescaya Allah s.w.t tidak akan menyia-nyiakan kami”. – H.R. Imam al-Bukhari.

Kalaulah tiada kekuatan keimanan yang hebat dan jitu serta tiada tawakkal yang begitu tinggi di dalam diri Siti hajar A.s., nescaya beliau tidak akan mampu untuk menanggung beban yang sangat berta tersebut yang tidak mungkin mampu ditanggung oleh wanita-wanita zaman sekarang!

lalu ianya dikenang sehingga ke hari ini tatkala Para Hujjaj dan tidak terlepas juga mereka yang menunaikan umrah, khususnya ketika mereka mimun air zamzam dan bersa’i di antara Safa dan Marwah seperti sa’inya Siti Hajar pada hari yang sangat sulit itu.

Mungkin juga kita masih ingati kisah keimanan nenek kepada Saidina Umar bin Abdul Aziz.

Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Aslam daripada ayahnya daripada datuknya, Satu ketika aku meronda-ronda bersama Saidina Umar bin al-Khattab pada waktu malam. Kemudian, setelah Saidina Umar berasa agak letih, beliau berehat di tepi sebuah dinding. Maka pada ketika itu, terdengar perbualan di sebalik dinding itu.

Tiba-tiba, beliau mendengar suara seorang wanita berkata, “Wahai puteriku, pergilah dan campurkanlah air susu itu dengan madu”.

Puterinya menjawab, “Wahai ibu, adakah dikau masih belum mendengar keputusan Amirul Mukminin pada hari ini?”

Wanita itu berkata, “Apakah keputusan Amirul Mukminin wahai puteriku?”

Beliau menjawab, “Amirul Mukminin telah mengumumkan larangan kepada rakyatnya untuk mencampur susu dengan air.”

Ibunya berkata lagi , “Wahai puteriku! campurkan saja air susu itu dengan air, kerana kamu berada di tempat yang di tempat yang tidak mungkin yang dilihat oleh Umar”.

Puterinya  menjawab, “Wahai ibu, Aku tidak mungkin mentaatinya di tempat yang terbuka, sementara aku bermaksiat kepadanya di tempat yang tertutup”.

Dan Umar mendengar percakapan keduanya, lalu ia memerintahkan, “Wahai Aslam…pergilah ke tempat itu dan lihatlah siapakah wanita itu, apakah gadis itu telah bersuami?

Aslam meneruskan percakapannya, “lalu aku pergi mendapatkan gadis itu, dan aku melihatnya masih belum berkahwin. Manakala wanita itu adalah ibunya, dan tidak ada seorangpun laki-laki di rumah itu. lalu, aku menemui Umar dan menceritakan perihal kedua-duanya wanita itu”.  

Kemudian, Saidina Umar mengumpulkan kesemua puteranya dan berkata kepada mereka," “Siapakah di antara kalian yang sudah mampu untuk berkahwin, maka akan aku nikahkan dengan gadis pilihanku. Sekiranya aku mampu untuk memanjangkan usiaku, nescaya tidak ada seorangpun daripada kalian akan akan mendahuluiku untuk menikahi gadis tersebut!”.

Abdullah R.A berkata: “Saya telah berkahwin”, dan Abdul Rahman juga berkata: “Saya juga telah beristeri”. Sedangkan Ashim berkata: “Saya belum beristeri, maka nikahkanlah saya dengannya”.

Maka, pergilah Saidina Umar kerumah wanita tersebut dan menikahkan anaknya dengan gadis tersebut. lalu, daripada pernikahan itu lahirlah seorang perempuan dan daripada perempuan tersebut lahirlah Saidina Umar bin Abdil Aziz, Khalifah Islam yang kelima.

Lihat, cerita di atas sangat memberi pengajaran kepada kita bahawa keimanan yang kental kepada Allah s.w.t akan menghasilkan natijah yang terbaik, iaitu zuriat yang hebat dan turut memiliki keimanan yang kental.

Bagaimana jika kaum wanita sejak awal lagi telah rosak peribadinya dan akhlaknya…apakah nasib zuriat yang bakal lahir daripada mereka nanti..tentunya kita tidak akan dapat merasai zuriat sepertimana Saidina Umar Bin Abdil Aziz lagi !.

Ingatlah, kaum wanita adalah pintu kepada fitnah yang sangat besar..maka, jangan sesekali dibuka pintu tersebut. Kalian adalah golongan yang sangat dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan Islam. jadi, janganlah cuba menodainya dengan perkara-perkara yang sama sekali bertentangan dengan Syarak. moga Allah s.w.t sentiasa mengampuni kita semua. Amiin…

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Mukminuun ayat yang ke 115 yang bermaksud:

"Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"

Wallahu’alam…

 

Jumaat, Mac 05, 2010

Nie sebab Bapak tak Bayar Harga Teh laa…

 

Kopi

Al-Kisahnya dua orang anak-beranak bercita-cita untuk insaf.

Si ayah dan si anak mempunyai tabiat yang sama, iaitu suka menipu dan berbohong.

Lalu, pada satu hari, si ayah berkata kepada anaknya, “Man, bapak rasa kita kena berhenti daripada perbuatan buruk kita nie..sampai bila kita hendak berbohong dan menipu sahaja”.

Si anak yang melihat sedikit  keikhlasan yang terbit daripada wajah ayahnya itu menjawab sambil tersenyum, Em, betul juga kata bapak tue, sampai bila kan kita macam nie”.

lalu ditanya pula kepada ayahnya, “Bagaimana kita hendak insaf bapak…ada bapak terfikir apa-apa cara ke?”.

Si ayah termenung seketika, mencari jalan bagaimana untuk mereka merungkaikan masalah tersebut. Selang beberapa masa, si ayah tersenyum kerana beliau sudah mendapat satu jalan. Maka, beliau berkata kepada anaknya, “Begini Man, kita pergi ke sebatang sungai, dan kita terjun ke dalam sungai tersebut. Apabila kita naik ke permukaan air, maka secara langsung kita perlu dan mesti insaf, setuju?” si ayah mendapatkan pandangan anaknya.

Si anak berkata “Kalau begitu cadangan bapak, Man setuju aje”.

Lalu kedua-dua mereka pergilah ke sebatang sungai dan bersedia untuk menginsafi diri yang telah sekian lama menjadikan berbohong dan menipu sebagai hobi mereka.

Maka, si ayah mengambil keputusan untuk terjun terlebih dahulu dan meminta si anaknya untuk tunggu sehingga beliau kembali ke permukaan air semula.

Tatkala si ayah terjun, kakinya pula terlekat pada seketul batu..maka, beliau mengambil masa yang agak lama untuk melepaskan kakinya yang tersepit di celahan batu itu tadi.

Setelah timbul, si anak yang agak kehairanan kerana masa yang lama yang diperlukan oleh ayahnya untuk timbul itu bertanya, “Em, kenapa ayah lama sangat kat dalam air tue?”.

Lalu si ayah dengan selambanya menjawab, Takdelah..ayah minum teh kat bawah tadi, tue yang lama sikit tue”.

Terkejut si anak dengan jawapan yang diberikan ayahnya…Ingatkan dah insaf,rupanya masih terus lagi dengan perangainya.

Sekarang, tiba giliran si anak pula untuk terjun dan seterusnya kembali dengan azam baru, iaitu insaf daripada perbuatan yang telah sekian lama dilakukan.

Maka, terjunlah si anak dengan penuh semangat…namun, malang pula nasibnya kerana kepalanya pula terhantuk pada sebuah batu yang berada di dalam sungai tersbut.

Mak, dengan cepat dia kembali ke permukaan air sambil memegang kepalanya yang berdarah kerana terhantuk sebentar tadi.

Pada kali ini, si ayah yang  melihat anaknya agak kesakitan itu bertanya, “Kau nie kenapa, tiba-tiba saja berdarah kepala nie?’

Maka, si anak juga dengan selambanya menjawab, Nie ayah la punya pasal, sape suruh minum teh tak bayar, dah saya kena hentam”.

Maka, tepuk dahi la si ayah, sebab anaknya juga tak insaf lagi rupanya!

Begitulah ceritanya.

Kesimpulannya, kita harus punyai azam yang kuat untuk berubah, jangan hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja, kerana ianya tidak memberi sebarang faedah kepada kita. Apa yang penting, selagi dunia ini belum kiamat, maka peluang untuk bertaubat sentiasa terbuka. Dan yang paling penting, bertaubatlah dengan penuh keazaman untuk tidak kembali kepada kesalahan yang telah dilakukan serta mengotakan taubat yang telah dilafazkan. Moga-moga, kita menjadi golongan yang bertaqwa dan berjaya insyaAllah..Salam Ukhuwwah, salam juang!

Pagiku akan kutinggalkan Dunia, dan Berpisah dengan Saudaraku!



Diriwayatkan oleh al-Mazni, bahawa beliau telah berkata:

"Aku telah masuk ke dalam kamar Imam al-Syafie Rahimahullahu Ta'ala, di waktu beliau sedang sakit menghadapi Sakaratul Maut, maka aku bertanya kepadanya:

"Bagaimana keadaan tuan pada pagi hari ini"?

Beliau berkata:
"Pagi hariku adalah aku akan meninggalkan dunia ini, dan berpisah dengan saudaraku semuanya, dan dengan keburukan amalku, aku akan menemui-Nya, dan juga gelas derita dan sakarat, maka demi Allah sesungguhnya aku tidak tahu, adakah ruhku ini akan menuju ke syurga, maka aku akan mengucapkan penghargaan, dan jika ke neraka, maka akan menjadi satu kesedihan".

Beliau kemudiannya bermadah:

"Ketika membeku jiwaku dan sempit usahaku, aku menjadikan pengharapanku sepertimana keampunan-Mu sebagi satu penyerahan tatkala terasa besar dosaku ketika aku hidup, dengan keampunan-Mu Tuhanku, adalah keampunan-Mu Maha Agung, Maka sentiasalah Kamu Mengampuni yang mana keampunan-Mu tidak akan hilang, Pemurah lagi Maha Pengampun dengan penuh kebaikan dan kemuliaan".

Al-Fatihah buat Imam al-Syafie yang sentiasa berada di dalam hati kita semua ini. Moga Allah s.w.t sentiasa mencucuri rahmat dan keampunan ke atas roh beliau yang mulia.Amiin.

Wallahu'alam..

Sumber: "Manaqib al-Syafie" (2/28), "Tabaqat al-Kubra" (1/295), serta dimuatkan oleh Syeikh Nuruddin di dalam kitabnya "مع أولياء الله الصالحين"




Rabu, Mac 03, 2010

MENGKAFIRKAN SESAMA MUSLIM

audiciislamic131

Pertanyaan:

Paham yang  menamakan  dirinya  "Jamaah  Al-Takfir," "Jamaah Al-Hijrah,"  "Fundamentalis  Islam"  dan  sebagainya,  mereka beranggapan bahwa orang yang melakukan dosa besar dan  tidak mahu  berhenti  dicap sebagai kafir. Sebahagian lagi beranggapan bahawa orang-orang Islam pada umumnnya tidak Muslim,  solat  mereka dan  ibadat yang lainnya  tidak  sah,  karena  murtad. Bagaimana pendirian dan pandangan Islam terhadap mereka?

Jawapan (Dr Yusuf al-Qaradhawi):

Hal tersebut amat  berbahaya  dan  telah  menjadi  perhatian besar bagi kaum Muslimin khususnya, kerana timbulnya pemikiran yang terlampau ekstrim. Dalam hal ini, saya sudah menyiapkan sebuah  buku  khusus  mengenai masalah tersebut diatas. Saya kemukakan perlunya  pengkajian  akan  sebab-sebab  timbulnya pemikiran  yang  ekstrim (melampau) dan cara-cara menghadapinya, sehingga dapat diatasi dengan adil dan saksama.


Pertama:  Tiap-tiap  pemikiran  atau  pendapat  harus  dilawan dengan  pemikiran,  pandangan  dan  diubati  dengan keterangan serta dalil-dalil yang kuat,  sehingga  dapat  menghilangkan keraguan  dan  pandangan  yang keliru  itu.  Jika kita menggunakan kekerasan sebagai  satu-satunya alat, maka  tentu tidak akan membawa sebarang faedah.

Kedua:  Mereka  itu  (orang-orang  yang  berpandangan salah) umumnya adalah orang-orang baik,  kuat  agamanya  dan  tekun ibadatnya,  tetapi  mereka dapat digoncang oleh hal-hal yang bertentangan dengan Islam dan yang  timbul  di dalam  masyarakat Islam.  Misalnya  akhlak  buruk, kerosakan di segala bidang, kehancuran  dan  sebagainya.  Mereka  selalu  menuntut   dan mengajak  pada  kebaikan,  dan  mereka  ingin  masyarakatnya berjalan di garis yang telah ditentukan oleh Allah, walaupun jalan  atau  pikirannya menyimpang pada jalan yang salah dan sesat karena mereka tidak mengerti.


Maka, sebaiknya kita hormati niat mereka yang baik itu, lalu kita  beri  penerangan yang cukup, jangan mereka digambarkan atau dikatakan sebagai binatang yang buas atau penjahat bagi masyarakat. Tetapi hendaknya diberi pengarahan dan bimbingan ke jalan yang benar, karena tujuan mereka adalah baik,  akan tetapi  jalan yang mereka ikuti itu salah.

Mengenai   sebab-sebab  timbulnya  pemikiran-pemikiran  tersebut, kami simpulkan sebagai berikut:

1. Tersebarnya kebatilan, kemaksiatan dan kekufuran, yang secara terang-terangan dan terbuka di tengah masyarakat Islam tanpa ada usaha pencegahannya. Bahkan sebaliknya, untuk meningkatkan kemungkaran dan kemaksiatan dia menggunakan agama sebagai alat propaganda untuk menambah kerosakan-kerosakan akhlak dan sebagainya.

2. Sikap para ulama yang amat bertolak ansur terhadap mereka yang secara terang-terangan menjalankan praktik orang-orang kafir dan memusuhi orang-orang Islam.

3. Ditindasnya gerakan-gerakan Islam yang sihat dan segala dakwah yang berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Maka, tiap-tiap perlawanan bagi suatu pemikiran yang bebas, tentu akan melahirkan suatu tindakan ke arah yang menyimpang, yang nantinya akan melahirkan gerakan bawah tanah (illegal).

4. Kurangnya pengetahuan mereka tentang agama dan tidak mendalami ilmu-ilmu dan hukum-hukum Islam secara keseluruhan. Oleh karena itu, mereka hanya mengambil sebagian dan meninggalkan sebagian yang lain, dengan paham yang keliru dan menyesatkan.

Keikhlasan dan semangat saja tidak cukup sebagai bekal  diri sendiri,  jika  tidak disertai dasar yang kuat dan pemahaman yang mendalam mengenai hukum-hukum Islam. Terutama  mengenai hukum syariat dan ilmu fiqih, maka mereka ini akan mengalami nasib yang sama dengan  para  Al-Khawarij  di  masa  lampau, sebagaimana keterangan Al-Imam Ahmad.

Oleh  karena itu, orang-orang soleh  selalu menganjurkan untuk menuntut ilmu dan memperkuat diri  dengan  pengetahuan Islam  sebelum  melakukan  ibadat dan perjuangan, agar teguh pendiriannya dan tidak kehilangan arah.

Al-Imam Hasan Al-Bashri berkata:

"Segala amalan tanpa dasar ilmu, seperti orang yang berjalan tetapi tidak pada tempatnya berpijak (tidak pada jalannya)”.

Tiap-tiap  amal  tanpa ilmu akan menimbulkan kerosakan yang lebih banyak daripada kebaikannya. Tuntutlah ilmu  sehingga  tidak membawa mudharat kepada ibadat dan tuntutlah ibadat yang tidak membawa mudharat kepada ilmu. Maka, ada segolongan  kaum  yang melakukan  ibadat  dan  meninggalkan  ilmu,  sehingga mereka mengangkat pedangnya untuk melawan ummat Muhammad s.a.w.  yang termasuk  saudaranya  sesama  Muslim (saling berperang tanpa adanya alasan). Jika mereka memiliki ilmu,  tentu  ilmu  itu tidak akan membawa ke arah perbuatan itu."

Wallahu’alam..

Rak'ataini Riyal Ya Syeikh!

Assalamualaikum buat semua teman. Moga-moga terus berada di dalam rahmat Allah s.w.t.

Sekadar sedikit santai, penulis ingin berkongsi satu cerita..Mungkin sudah ada yang mendengarnya...mungkin jugak tidak pernah mendengarnya.

Ianya berlaku pada satu musim haji, ketika mana satu rombongan haji sedang pergi menunaikan haji di Makkah.

Di dalam rombongan yang kebanyakan terdiri daripada golongan pertengahan umur dan tidak terlepas jugak yang sudah agak berumur, ada seorang pakcik yang sudah biasa pergi menunaikan haji.

Kebetulan pula beliau dikatakan agak pandai berbahasa arab berbanding yang lain di dalam kumpulan tersebut.

Maka, adalah beberapa orang yang meminta beliau untuk mendapatkan barang seperti tasbih, minyak wangi, serban dan sebagainya dengan harga yang lebih murah.

Beliau dengan senang hati menyanggupinya untuk pergi membeli barang-barang yang diminta tersebut.

Setibanya di kedai, maka beliau tawar-menawarlah dengan si penjual arab, maka dapatlah dengan harga yang agak murah, iaitu 4 riyal untuk bebrapa barang tersebut.

Lalu, gembiralah pakcik dan makcik yang lain tatkala melihat kebolehan pakcik tersebut hingga mampu memperolehi barangan dengan harga yang lebih murah.

Keesokannya, mereka mendapatkan lagi pertolongan pakcik tersebut untuk mendapatkan dengan harga 3 riyal pula.

Beliau masih lagi menyanggupinya, dan terus saja ke kedai..hasilnya, beliau berjaya membawa barang-barang tersebut balik ke rumah dengan harga 3 riyal..Maka, gembiralah pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang mengirim barang padanya.

Esoknya pula, mereka meminta tolong lagi..kali ini lebih mencabar, iaitu mendapatkan barang dengan harga 2 riyal.

Kali ini pakcik tersebut agak gugup, bukan apa, beliau tidak tahu sebenarnya bagaimana untuk menyebut perkataan 2 riyal dalam bahasa arab.

Tetapi, demi menyelamatkan maruah dan mengelakkan malu dengan status beliau yang dianggap sangat pandai berbahasa arab, maka beliau menyanggupinya juga.

Lalu, dihayun langkahnya dengan penuh debaran.

Sesampainya di kedai tersebut, beliau mulai berfikir..."Bagaimana aku nak mintak tawar dengan harga 2 riyal nie".

Lalu beliau menghitung waktu solat.." Jika solat Isyak 4 rakaat (arba'ah), Solat maghrib 3 rakaat (thalathah). Kalau solat subuh dua rakaat (rak'ataini)".

"Ow, jadi dua riyal mesti rak'ataini riyal la"
..bisiknya dalam hati..Hatinya kini mula berbunga, tanda kejayaan yang akan mengelakkan maruahnya itu jatuh.

Lalu,dengan penuh keyakinan beliau mengatkan.."Rak'ataini Riyal ya Syeikh".

Wah..terbeliak biji mata penjual tue...Lalu dengan tergelak, beliau berkata dengan loghat arabnya," MasyaAllah, mana ada rakataini Riyal, Ithnain Riyal ada laa!".

Maka, malunya pakcik yang sorang itu, dan dengan langkahan yang longlai dan layu, beliau pulang hampa.

Begitulah ceritanya.

P/s: Akuilah kelemahan kita..takut-takut akan terzahir kejahilan kita pada satu hari nanti. Dan yang paling penting, jangan lupa untuk belajar bahasa Arab, kerana Imam al-Syafie sendiri mendalami Bahasa Arab selama 20 tahun hingga beliau mampu memahami Bahasa Arab Quraisy walaupun beliau bukan daripada Bangsa Arab Quraisy.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

تعلموا ألعربية وعلموها الناس

"Belajarlah olehmu Bahasa Arab, dan ajarkanlah ia kepada manusia seluruhnya"

Wallahu'alam...


Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita