;

Rabu, Jun 30, 2010

Usahlah tamak.

ImamAl-Syafie menuturkan bait-bait mutiara yang cukup indah pada muqaddimah kitabnya yang masyhur iaitu Al-Um. Kata beliau:'

قال الإمام الشافعي رضي الله تعالى عنه في مقدمة كتابه ( الأم ) :


1) العبد حر إن قنع

2 ) والحر عبد أن طمع

3 ) فاقنع ولا تطمع فلا

4 ) شيء يشين سوى الطمع


1. Seorang hamba itu adalah merdeka jika ia bercukup-cukupan,

2. Dan kemerdekaan bagi seorang hamba itu adalah apabila dia tamak,

3. Maka bercukupanlah dan janganlah kamu tamak,

4. kerana tiadalah suatu perkara yang lebih keji daripada perbuatan tamak.

Bait-bait syair yang indah di atas menerangkan kepada kita bahawa antara sifat-sifat keji yang perlu dihindari dalam kehidupan seorang Muslim adalah sifat tamak. Seseorang yang tamak tidak akan puas dengan dunia yang dicarinya, bahkan baginya harta yang ada tidak akan cukup walaupun sudah bertimbun-timbun dikumpulkan..ianya hanya akan memakan dirinya dan menghinakan dirinya sahaja.

Bagi seseorang yang tamak, ianya adalah merupakan kemerdekaan yang besar baginya kerana ia berjaya mendapatkan harta benda yang banyak semata-mata untuk memuaskan nafsunya. Namun, Islam mengajar kita agar sentiasa redha dan merasa cukup dengan apa yang ada kerana sesungguhnya kekayaan yang sebenar itu akan kita dapati di akhirat kelak bilamana kita berjaya mengharungi cubaan dan fitnah di atas muka bumi ini. Itulah kemerdekaan yang sebenar kerana sesungguhnya kita telahpun menjadi kaya di sisi Allah S.W.T walaupun dinilai miskin di sisi manusia disebabkan kita telah memiliki sifat taqwa yang merupakan harta sangat bernilai bagi kita semua.

Sayyidina Ali menyebutkan taqwa itu adalah takut kepada Allah S.W.T, redha dengan rezeki yang sedikit, beramal dengan al-Quran, dan bersedia untuk hari pembalasan iaitu Akhirat.

Moga-moga, kita sentiasa menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat insyaAllah. Wallahu'alam...

Selasa, Jun 29, 2010

Apa ade pada gambar ini?


Gambar ini diletakkan oleh rakan serumah penulis di dalam laptop penulis..kadang-kadang tengok gambar nie, payah jugak nak bezakan kedudukan die ye..Tapi, mungkin la boleh ambil sedikit pengajaran daripadanya.

Kadang-kadang , dalam kehidupan kita, kita banyak tertipu oleh fatamorgana dunia. Inilah antara hakikat yang harus kita sedar .

Sekadar percambahan ilmu, dalam kaedah bahasa arab, ada perbahasan mengenai bab Badal, iaitu mengantikan satu perkataan dengan perkataan yang lain bagi memperkuatkan atau memperjelas maknanya. Contohnya dalam satu situasi, seorang lelaki ternampak seolah macam kawannya daripada kejauhan, lalu di menyebut
'Aku melihat Muhammad' tetapi, apabila didekati ternyata ianya bukanlah kawannya Muhammad, tetapi orang lain, contohnya Ali. lalu, dia pun menyebut 'Aku melihat Muhammad Ali' (Ali disini adalah merupakan badal yang digunakan sebagai gantian untuk memperjelas kesalahannya tadi).

Maka, kaedah ini disebut
Badal Nisyaan ,yang terdapat di bawah tajuk البدل الغلط .

Apa yang penulis nak sebut, kadang-kadang kita nampak apa yang ada di hadapan kita, adalah perkara yang kita yakini betul, tetapi ianya hanyalah fatamorgana dan permainan dunia semata-mata yang hanya melupakan melalaikan dan merugikan. Maka, janganlah kita menjadi golongan yang tertipu dengan dunia, dan akhirnya kita akan menjadi golongan yang tersesat di antara dunia dan akhirat, rugi di dunia dan rugi di akhirat sepertimana yang telah dijelaskan di dalam kitab
'Apa ertinya saya menganut agama Islam' oleh Dr Fathi yakan.

Dulu, kecil-kecil, kita nampak di tangah jalan yang panas, seolah-olah ada air yang memenuhi jalan itu..kita pun berlari ke arahnya..dengan harapan untuk menikmati kesegaran air tersebu..rupa-rupanya, tiada iar walau setitik..yang ada kepanasan yang membahang dan boleh membakar kaki kita jika tidak memakai sepatu.

Itulah hakikat dunia, yang menjadi ujian bagi manusia. Dan ujian yang menjadi fitnah bagi manusia itu, adalah harta benda dan anak-anak kita sendiri.

Ingatilah pesanan Nabi S.A.W kepada kita semua, bahawa jika dunia ini ada nilai walau sebelah sayap seekor nyamuk, nescaya orang yang tidak beriman tidak akan dapat minum walaupun nseteguk air..Tetapi, kerana dunia ini tidak bernilailah, mereka turut mendapat nikmat di atas muka bumi ini. jadi, apalah yang ingin kita kejari.

Firman Allah Ta'ala di dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

"Dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya".

"Moga-moga,kita sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T..Ya Allah, janganlah Engkau campakkan kami kelembah kebinasaan. Amiin"

p/s: penulis akan menyambung penulisan berkaitan fiqh isra' mi'raj dalam waktu terdekat dan memohon maaf di atas kelewatan update blog disebabkan ada perkara yang lebih penting untuk diselesaikan.Sekian...

Ahad, Jun 27, 2010

Apa yang akan kita katakan ?

Apakah yang akan kita lakukan dan katakan jika Rasulullah S.A.W di hadapan kita sekarang?


Sabtu, Jun 26, 2010

Menghayati Fiqh Isra' wa Mi'raj Vol 1


Assalamualaikum dan salam rejab buat semua. Moga-moga kita akan diberikan kemudahan di bulan yang mulia ini. Dalam entri kali ini, penulis ingin mengajak kita semua untuk menghayati Fiqh Isra' Wa Mi'raj dan Ibrah di sebaliknya.

Peristiwa Isra' Wa Mi'raj merupakan salah satu peristiwa besar yang telah berlaku di dalam bulan rejab yang mulia ini.

Peristiwa ini telah mengambarkan kepada kita tentang kemukjizatan yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Para sejarawan telah berbeza pandangan tentang masa berlakunya mu’jizat Isra’ dan Mi’raj. Ada yang mengatakan ia berlakunya dalam tahun kesepuluh selepas kebangkitan dan pengutusan baginda.

Namun, pendapat Ibnu Sa’d yang telah diganiskan di dalam kitabnya “Al-TABAQAT AL-KUBRA” mencatatkan bahawa mu’jizat ini berlaku sebelum lapan belas bulan hijrah Rasulullah S.A.W.

Peristiwa Isra' wa Mi'raj ini membawa beberapa isi penting yang menjadi pengajaran dan hikmah yang besar buat umat Islam bahawa tiada yang mustahil bagi Allah S.W.T dan menafikan pandangan dan teori-teori yang mengatakan bahawa peristiwa ini adalah sesuatu perkara yang biasa dan tiada kena mengena dengan mukjizat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Sebab itulah, Allah S.W.T menjadikan perjalanan sebegitu jauh hanyalah memakan masa sebahagian malam sehingga menimbulkan kehairanan manusia terhdapnya. jelasnya, keraguan mereka tentunya terjawab jika memahami persoalan mukjizat tersebut.

Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Isra' ayat pertama:

Maksudnya: "Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui".

Perjalanan sebahagian malam yang membawa hikmah yang besar.

Isra' bermaksud perjalanan 'Dunia' iaitu dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Seterusnya Mikraj itu bermaksud perjalanan 'langit' iaitu daripada Masjidil Aqsa hingga ke langit pertama seterusnya ke Sidratul Muntaha, bertemu Allah S.W.T yang Maha Agung. Baginda telah membawa hikmah yang cukup besar iaitu syariat solat lima waktu yang menyamai ganjarannya solat lima puluh waktu.

Dalam peristiwa ini, Nabi S.A.W telah melalui beberapa rentetan perjalanan, antaranya:

-Nabi S.A.W telah menaiki Buraq, binatang tunggangan yang paling laju di dunia. Kelajuannya melebihi kelajuan cahaya dan kelajuan bunyi. Ianya besar sikit daripada keldai dan kecil sedikit daripada Baqhal.

-Setelah solat dua rakaat di Masjidil Aqsa, Nabi S.A.W telah disuakan dengan dua minuman, satu mangkuk berisi dengan arak dan satu mangkuk berisi dengan susu. Namun, nabi S.A.W telah memilih susu dan ianya pilihan yang tepat sebagaimana yang telah dinyatakan oleh malaikat Jibril A.S:

"قد إخترتك الفطرة"

"Sesungguhnya kamu telah memilih fitrah".

-Kemudian Nabi S.A.W di bawa menaiki langit pertama hingga ketujuh seterusnya ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah S.W.T dan menerima wahyu yang besar iaitu solat lima waktu sehari semalam, yang disyariatkan bagi seluruh lelaki dan perempuan.

-Seterusnya, Rasulullah S.A.W meceritakan segala pengalaman baginda kepada khalayak pada keesokannya, namun Baginda ditertawakan kerana membawa berita yang bukan-bukan. lalu, terdapat golongan daripada kaum Musyrikin Makkah yang mencabar Rasulullah S.A.W agar baginda menceritakan bentuk Baitul Maqdis secara tepat dan terperinci jika benar baginda pergi ke sana dan bersembahyang di dalamnya. Sememangnya agak menjadi kesukaran bagi rasulullah S.A.W untuk menceritakannya kerana baginda tidaklah meneliti secara halus berapa tiang, pintu dan sebagainya, namun Allah S.W.T telah mengilhamkan bentuk Maitul Maqdis di hadapan baginda dan baginda dapat menceritakan bentuk Baitul Maqdis dengan tepat.

-Setelah itu, mereka pergi pula menceritakan berita tersebut kepada Saiyyidina Abu Bakar al-Siddiq dengan harapan agar beliau tidak mempercayainya dan terperanjat. Namun, Saiyydina Abu Bakar dengan tenang menjawab :

"Sekiranya itu yang diceritakan oleh baginda maka semuanya adalah benar belaka. Sebenarnya aku telah mempercayai Nabi Muhammad tentang perkara—perkara lain yang lebih dari itu".

-Pada subuh pagi hari Isra’ tersebut jibnil telah datang dan mengajar Nabi Muhammad S.A.W cara-cara, rukun-rukun dan segala sesuatu mengenai fardhu sembahyang dan waktu-waktunya. Adapun sebelum diturunkan syariat sembahyang itu kepada Rasulullah S.A.W kepadanya, baginda telah sembahyang dua raka’at pagi dan dua raka’at petang. Segala—galanya adalah mengikut sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidina Ibrahim ‘alaihissalam.

Fiqh Isra' wa Mikraj.

Melalui Isra' wa Mikraj, kita diajar supaya mempercayai dan beriman dengan Mukjizat sebagai bukti kehebatan dan keagungan Allah S.W.T. Kita mendapati, golongan orientalis seperti Gustov Lobon, Ojist Kont, Hume, Gold Ziher dan lain-lain lagi, telah berusaha untuk menyuburkan fahaman pembezaan Mukjizat dengan penghidupan Nabi S.A.W. Mereka juga turut berusaha menyuburkan pemikiran bahawa nabi S.A.W hanyalah sebagai manusia biasa yang hidupnya tiada punyai apa-apa keistimewaan. Hakikatnya, teori mereka ini jauh tersasar.

Antara ayat yang digunakan oleh merek untuk mengaburi pemikiran umat Islam adalah Firman Allah S.W.T di dalam Surah A1-An’am ayat 109 yang bermaksud:

“Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya perkara perkara mu’jizat itu berada di sisi Allah”.

Namun, Allah S.W.T telah menjadikan peristiwa besar ini sebagai satu jawapan yang terang terhadap kecelaruan yang telah dilakukan oleh mereka dengan mendustakan ayat Allah S.W.T.

Dalam kita mengungkap Kenabian dan kemukjizatan Nabi S.A.W, ianya tidak boleh disamakan dengan kepintaran, kecerdikan dan keperwiraan Nabi S.A.W kerana Kenabian dan sifat-sifat manusia yang ada pada baginda adalah dua perkara yang berbeza. Kenabian adalah satu hakikat yang tidak dapat disukat atau dipertimbangkan mengikut perasaan biasa manusia. Demikian juga mu’jizat, yang merupakan anugerah istimewa dan unggul kepada peribadi Muhammad S.A.W yang tidak boleh dilucutkan sebegitu sahaja. ianya tidak boleh ditimbang dengan akal kerana hakikat mu'jizat itu adalah menyalahi adat dan akal manusia biasa.

Namun, Inilah tujuan para Orientalis yang sangat besar kebencian mereka kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Mereka punyai matlamat yang sangat besar, iaitu untuk melucutkan sifat-sifat kenabian dengan memomokkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang yang pintar, cerdik,hebat dan mustahil ianya ada kaitan dengan kemu'jizatan.

Akhirnya, tujuan mereka yang terbesar darinya atau akibat akhirnya ialah mengingkari agama itu sendiri.

Antaranya, peristiwa di mana baginda S.A.W mengeluarkan air dari antara jari—jarinya yang mulia. Peristiwa ini telah diceritakan oleh Imam Bukhari di dalam kitab hadithnya di bawah tajuk ‘Air Sembahyang’, Imam Muslim pula mencatatkannya di dalam bab sifat, atau tingkah laku, Imam Malik meriwayatkannya di dalam kitabnya Al-Muwatta’ di bawah judul ‘Kebersihan’ dan dan para imam hadith terkemuka yang lain mengikut aliran masing-masing. Imam Al-Zarqani sendiri yang mengambil pandangan daripada Imam Al Qurtubi menceritakan dengan katanya:

‘Sesungguhnya pengaliran air antara jari—jari Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
disebut beberapa kali di dalam beberapa tempat kejadian yang bersejarah, sirahnya mengikut berbagai aliran yang kesemuanya membawa kepada pengetahuan yang benar dan sahih terhadap peristiwa ini'.

Dan di antara yang lain pula ialah hadith pembelahan bulan di zaman Rasulullah iaitu ketika itu
puak musyrikin meminta baginda melakukan sedemikian. Al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam kitab hadithnya di dalam fasal ‘Ahadithul Anbiya’ dan Imam Muslim di dalam fasal ‘Sifatul Qiyamah’. Begitu juga para ‘Ulama’ hadith yang lain. Ibnu Kathir R.A berkata:

‘.... tentang ini banyak hadith mutawattir dengan sandaran yang benar dan boleh dipercayai telah memperkatakan bahawa seluruh ‘ulama’ sepakat memperkatakan tentang peristiwa yang bersejarah ini berlakunya di zaman RasuluLlah, di mana ianya merupakan antara mu’jizat-mu’jizat yang teragung'.

Kaum Kuffar dan para orientalis berusaha menafikan kemu'jizatan yang benar ini dengan mencanangkan ianya berlaku adalah dengan sebab kepintaran dan kecerdikan Rasulullah S.A.W sendiri bukan dengan sebab Mu'jizat.Tujuan terbesar mereka adalah ingin meracuni pemikiran manusia bahawa Islam mengajar perkara yang bukan-bukan dan Tahyul dan akhirnya meninggalkan Agama yang Hanif ini..Alangkah sulitnya dan liciknya propaganda mereka!

2. Isra' Wa mikraj mengajar erti sunnah dalam berjuang:

Berlakunya peristiwa besar ini adalah rentetan daripada musibah yang telah menimpa baginda dalam siri dakwah baginda ke Thaif. ketika itu, baginda tidak mendapat layanan yang istimewa sebaliknya layanan yang diterima adalah herdikan dan lemparan batu. Namun, rasulullah S.A.W tidak membalasnya sedikitpun sehinggalah baginda ditawarkan oleh Malaikat Jibril untuk memberi pembalasan ke atas mereka. Namun , Rasulullah S.A.W menolaknya. Dalam suasana itu, Rasulullah S.A.W turut terfikir adakah ianya merupakan tanda kemarahan Allah S.W.T kepada baginda. Ianya termaktub di dalam doa pengaduan dan restu Baginda "Sekiranya ini tidak mendapat murka maka tidaklah hamba hiraukan” . Namun, Allah S.W.T menjadikan peristiwa ini untuk memberi ketenangan, kemuliaan kepada Rasulullah, menafikan kemarahan ALlah S.W.T terhadapa baginda S.A.W serta mengajar Rasulullah S.A.W bahawa setiap ujian yang berlaku itu adalah sebagai sunnatullah dan itulah sunnah di dalam Dakwah Islamiyyah.

Maka, melalui Fiqh Isra' Wa Mi'raj ini kita diajar agar sentiasa berlapang dada dan menganggap setiap ujian yang menimpa kita adalah sebagai cubaan Allah S.W.T serta sunnah dan dasar di dalam Dakwah Islamiyyah yang akan memberikan kekuatan kepada jatidiri umat Islam itu sendiri. Maka, usahlah kita berputus asa sekiranya dakwah kita ditentang dan ingatlah bahawa Nabi S.A.W telah melaluinya terlebih dahulu.

Bersambung dalam keluaran akan datang...








Jumaat, Jun 25, 2010

Pesawat F-16 penjajah hentam utara dan selatan Gaza.

Sumber: Sila Klik Di Sini.

GAZA - Sumber melaporkan, pesawat tempur penjajah telah melancarkan serangan pada pagi ini(Jumat) ke atas kawasan terbuka di utara Gaza, sementara dua terowong bawah tanah di selatan Gaza juga dibom.

Sumber keamanan Palestin menjelaskan, bahawa pesawat tempur Israel jenis F-16 telah menghentam dua buah kawasan terbuka di Bet Lahiya dan Jabaliya, utara Semenanjung Gaza dengan dua serangan peluru. Bagaimanapun, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan tetapi berlaku kerosakan dari segi harta benda.

Sementara itu, pesawat tempur Israel mengebom dua buah terowong bawah tanah di Rafah, selatan Semenanjung Gaza yang mengakibatkan kemusnahan, namun tiada sebarang laporan luka parah dilaporkan.

Dari pihak penjajah melalui radio am Israel menyebut, serangan itu disifatkan serangan ke atas sasaran yang digunakan untuk kelengkapan logistik peperangan, iaitu dua buah terowong bawah tanah di selatan Gaza. Radio tersebut berkata, pesawat tempur Israel telah melancarkan serangan yang tepat ke atas sasarannya.

Jelas radio Israel lagi, bahawa serangan ini adalah balasan ke atas 10 roket jenis 'hawn' yang dilancarkan ke atas penempatan Israel yang kedudukannya setentang dengan Semenanung Gaza. Sumber 25/06/2010(09.00 pagi, Palestin/Mesir), web berita safa.ps

Sabtu, Jun 19, 2010

Keutamaan di dalam mencerna isu!

Gaya Seorang Imam, Ulama' dan Tokoh Pemikir..Hebat!

Perlu kita sedari, suasana hari ini yang begitu menghimpit kita dengan gejala-gejala sosial yang begitu membimbangkan memberikan satu kesedaran bahawa perlunya kita punyai kefahaman terhadap Aulawiyat atau disebut sebagai prioriti ke atas amalan kita.

Perlu diingat, kekuatan untuk mencerna fiqh Aulawiyat atau fiqh prioriti dalam dunia arus perdana mutakhir ini seolah-olah menjadi satu nilai tambah yang wajib ada pada setiap Daie demi untuk menjawab persoalan-persoalan yang kadangkala memerlukan kepada jawapan yang tuntas terhadap sesebuah isu.

Jika kita tidak mampu menguasai nilai-bilai ini, tentunya ianya tidak mampu memberi keyakinan terhadap ulasan ataupun olahan jawapan untuk isu-isu dunia yang berlaku pada hari ini.

Dr Yusuf al-Qardhawi, seorang tokoh terkemuka abad ini, telah memberikan komentar terbaik sebagai kesedaran satu bentuk pemikiran tuntas agar kita mampu untuk mencerna penguasaan kita terhadap fiqh. Kegagalan kita untuk memahami fiqh dengan baik akan merugikan dan mengurangkan nilai pemikiran di dalam diri kita sendiri.

Sebagaimana sebuah ungkapan arab yang berbunyi:

كل جديد لذيذ
"Setiap yang baru itu adalah lazat"

Ianya bermaksud, keupayan kita untuk mencerna fiqh dengan lebih berkesan sesuai dengan realiti dan prioriti pada zaman ini akan memberikan kelebihan dan kelazatan kerana ia akan memberikan kemampuan untuk kita mencerna sesuatu isu dengan lebih baik, bukan hanya bercakap di dalam kondisi yang sempit sehingga terkeluar daripada landasan yang benar.

Tajuk di atas juga adalah merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk difikirkan oleh kita semua.

Terkadang kita hanya memahami soal hidup ini untuk tujuan beribadat semata-mata. tetapi Islam melihat daripada kacamata Prioriti itu adalah keutamaan meninggalkan perkara yang dilarang. Dalam isu-isu dunia hari ini sperti isu judi bola, isu anak luar nikah, gejala sosial dan sebagainya, tanggungjawab meninggalkan segala bentuk kemungkaran tersebut adalah keutamaan yang lebih dilihat dan dinilai.

Akibat daripada kegagalan memahami konsep asas prioriti itu,maka timbullah pandangan-pandangan dangkal yang berusaha untuk memberikan kelonggaran kepadanya tanpa menilai daripada sudut syariat yang mana tindakan mereka itu terdorong oleh warisan pemikiran yang telah tersasar.

Keutamaan di dalam meninggalkan larangan ini diperakui hatta sebahagian ulama' Islam mengatakan bahawa:

"Meninggalkan larangan lebih penting daripada melakukan perintah."

Mereka mengeluarkan pernyataan itu berdasarkan dalil hadits shahih yang disepakati keshahihannya, yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam matan al-Arbain-nya, dan juga disebutkan di dalam Syarh Ibn Rajab dalam Jami'-nya; yaitu:

"Apabila aku melarangmu dari sesuatu, maka jauhilah dia; dan apabila aku memerintahkanmu tentang suatu perkara maka kerjakanlah dia sesuai dengan kemampuanmu."

Maka, kegagalan terbesar adalah terhadap kondusi dan kesan yang akan menimpa masyarakat itu sendiri apabila pandangan diberikan tanpa nilaian prioriti yang betul.

Pihak berwajib khususnya haruslah melihat perkara ini dengan lebih mendalam. Isu-isu yang telah melanda seputar keadaan Akhlak, gejala sosial, Aqidah, dan sebagainya yang sedang melanda negara kita ketika ini perlu diberikan jalan penyelesaian dalam bentuk baru yang dinilai oleh prioriti dan pertimbangan yang betul, iaitu keutamaan terhadap tindakan mencegah dan meninggalkan segala bentuk perkara yang menjadi larangan dalam keterangan Agama ini, dan bukan hanya menyibukkan diri dengan propaganda-proganda semata-mata.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w bersabda kepadanya,

"Hindarilah perkara-perkara yang diharamkan, niscaya engkau akan menjadi manusia yang paling baik dalam beribadah."

Jelasnya, generasi hari ini baik mahasiswa, pendakwah, belia, dewasa dan sesiapa sahaja harus mula memahami dan menyambut baik kesedaran pemikiran yang dicanangkan oleh Dr yusuf al-Qardhawi dalam tulisannya, iaitu Fiqh al-Aulawiyat agar kita menginsafi bahawa kekacauan yang berlaku di dalam dunia Islam pada hari ini disebabkan umat Islam tidak memahami prioriti dan pertimbangan di dalam penyelesaian sesebuah isu sebagaimana katanya:

"Apabila kita memperhatikan kehidupan kita dari berbagai sisinya --baik dari segi material mahupun spiritual, dari segi pemikiran, sosial, ekonomi, politik ataupun yang lainnya-- maka kita akan menemukan bahwa timbangan prioritas pada umat sudah tidak seimbang lagi. Kita dapat menemukan di setiap negara Arab dan Islam berbagai perbedaan yang sangat dahsyat, yaitu perkara-perkara yang berkenaan dengan dunia seni dan hiburan senantiasa diprioritaskan dan didahulukan atas persoalan yang menyangkut ilmu pengetahuan dan pendidikan...".

Wallahua'lam...

Rujukan :

Fiqh al-Aulawiyyat, Dr Yusuf al-Qaradhawi.
Fiqh Sirah, Dr Syed Ramadhan al-Bouti.

Khamis, Jun 17, 2010

Israel longgar sekatan ke Gaza.

Bantuan boleh disalur menerusi jalan darat.

BAITULMAQDIS: Kabinet keselamatan Israel semalam meluluskan pelan untuk melonggarkan sekatan darat ke atas Semenanjung Gaza, selepas Tel Aviv mendapat kecaman antarabangsa berikutan tindakannya melancarkan serangan maut terhadap kapal bantuan yang menuju ke wilayah Palestin itu.

“Di bawah pelan itu, Israel akan ‘meliberalkan sistem penentuan barangan awam yang boleh memasuki Gaza dan membenarkan kemasukan lebih banyak bahan untuk projek awam di bawah pemantauan antarabangsa,” kata kenyataan pejabat perdana menteri Israel.

Berita sepenuhnya: Sila Klik di sini

Tips menarik untuk meningkatkan traffic di blog menggunakan Backlink.

Sebentar tadi,penulis terbaca satu 1 tips menarik di blog myvitrd iaitu brkaitan cara untuk tingkatkan trafik yang belum pernah dicuba sebelum ini.

Tipsnya adalah seperti dibawah

Jom kita ramai-ramai bloger-bloger cuba trick kat bawah, mungkin boleh menambahkan bilngan pengunjung di blog kita.

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini sebagai artikel yang anda akan postingkan dalam blog / web anda.


1. download mp3 percuma

2. bℓog buðak χ-nakaℓ ♂

3. Cara hidup baru abad 21

4. Bila Aku Menulis Blog

5. ~ApekpunyaBlog~

6. My Big Family & Friends

7. ABCMILO

8. matdin (orang paling terkenal hehe…)

9. MSR @Blogger

10. tengku nizam

11. mizz shizu

12. Me & Myself V3

13. Blog Hanz

14. myvitrd

15. Teratak Daie

PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak...

Semoga berjaya.

USAH BERTANYA PERKARA YANG BUKAN-BUKAN!

Antara perkara yang diajar di dalam keterangan agama kita agar sentiasa berfikir sebelum bertanya. Begitu juga di dalam soal kepimpinan, Islam mengajar agar pengikut tidak memperlekeh atau bertanya perkara yang bukan-bukan kepada pimpinan mereka.

Terkadang, hanya kerana soal yang kecil atau soal remeh-temeh yang boleh diselesaikan oleh diri sendiri , dijadikan alasan untuk mempersenda dan memperlekeh orang lain apabila mereka tidak ditolong. Jelasnya, kita cuba dahulu menyelesaikan permasalahan mengikut kemampuan diri kita. Tidak ianya tidak mampu diselesaikan, barulah dibawa untuk diselesaikan di peringkat lebih lebih atas. Jikalau sekiranya sesuatu masalah tidak cuba diselesaikan terlebih dahulu dan terus menyalahkan orang lain, maka ianya sangat tidak bertepatan dengan kehendak agama.

Teringat penulis sewaktu belajar di Malaysia sebelum berhijrah menyambung pengajian di Mesir ini, ada di antara rakan yang ditangkap kerana didapati merokok, tetapi ia menyalahkan orang lain pula kerana tidak menegurnya. Bahkan, sudah ramai yang menegurnya tetapi kemungkinan dirinya yang tidak mahu berubah. Maka, apakah itu menjadi kesalahan orang lain apabila ia melakukan perkara yang ia sendiri boleh timbang akan buruk baiknya.

Keadaan boleh menjadi lebih parah lagi sekiranya timbul pula golongan yang menjadi batu api dan melaga-lagakan diri seseorang yang menghadapi masalah yang boleh diselesaikannya terlebih dahulu dengan orang yang tidak menolongnya.. Golongan batu api inilah yang lebih ditakuti kerana mereka boleh menjadi punca terbesar perpecahan di dalam

kesatuan yang telah dibina.

Apa yang Islam ajar adalah berbincang dengan cara yang terbaik dan menggunakan saluran dengan cara yang betul untuk menyelesaikan sebarang permasalahan.

Itulah yang ditegur oleh Allah S.W.T kepada segolongan manusia yang memperlekeh dan mempersenda Nabi S.W.T dengan masalah mereka sendiri .

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi) perkara-perkara Yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu…” Surah al-Maiidah ayat 101.

Terdapat dua hadith yang penting berkaitan asbab penurunan ayat ini dan di dalamnya terkandung intisari yang besar agar kita sentiasa menjaga kesatuan dan menghormati pimpinan.

Hadith yang pertama diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dengan sanad yang panjang dan dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari, beliau telah berkata: ‘Satu kaum telah bertanya kepada Raslulullah S.A.W, bertujuan untuk mempersendakan dan memperlekehkan Baginda S.A.W, maka berkata seorang lelaki yang telah kehilangan untanya: Di mana untaku? (pertanyaan ini adalah ingin memperlekeh baginda dengan soalan yang tidak patut ditanya seolah-olah dengan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., sepatutnya baginda juga mesti tahu ke mana hilangnya unta tersebut).

Maka, Allah S.W.T telah menurunkan ayat 101 surah al-Maiidah tersebut sebagai teguran dan jawapan terhadap perbuatan mereka yang tidak menghormati Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin.

Di dalam hadith yang kedua pula, Ali bin Abi Talib R.A telah berkata: ‘Ketika mana telah turun ayat (dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah al-Haram…surah Ali Imran ayat 97), maka segolongan manusia telah bertanya: Ya Rasulullah, Adakah pada setiap tahun? (ya’ni menunaikan haji tersebut adakah dilakukan pada setiap tahun), maka Rasulullah S.A.W hanya diam, maka mereka bertanya lagi: Adakah pada setiap tahun?, rasulullah masih diam. Kemudian mereka bertanya lagi: Adakah pada setiap tahun? Rasulullah diam. Pada kali yang keempat, rasulullah S.A.W bersabda: ‘ Tidak, kalau aku katakan ya nescaya akan menjadi wajib untuk kamu lakukan’. Maka, Allah S.W.T telah menurunkan ayat sebagaimana di atas berdasarkan peristiwa ini.

Dalam hadith ini, seolah-olah mereka yang bertanya tidak memahami mengapa rasulullah hanya diam. Maka, mereka bertanya banyak kali seolah-olah ingin mempersenda diam rasulullah S.A.W. sepatutnya, mereka telahpun memahami bahawa diam rasulullah S.A.W bermaksud syariat Haji tersebut tidak wajib dilakukan setiap tahun, hanya seumur hidup sekali.

Kesimpulan:

Entri yang penulis kemukakan pada kali ini tidaklah ingin menyalahkan sesiapa, tetapi hanya sekadar ingin mengingatkan diri penulis dan kita semua agar memahami erti perpaduan dan kesatuan. Maka, dengan akal yang waras, dan anggota yang dikurniakan oleh Allah S.W.T , kita harus faham bagaimana kita ingin berhadapan dengan masalah serta jalan penyelesaiannya. Begitu juga, hormati pimpinan kita dan gunalah saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah. Itulah kelebihan orang Islam, kerana mereka mampu untuk berdiri dengan identiti sendiri tanpa mengimport mana-mana ideologi dan fikrah yang lain, kerana sesungguhnya fikrah dan ideologi Islam adalah yang terbaik.Wallahu’alam…

Rujukan: Kitab أسباب النزول oleh Imam Abi Hasan ‘Ali bin Ahmad al-Waahidi al-Naisabuuri, M/S 117.

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita