;

Jumaat, Februari 27, 2009

Suka Dunia…Takut Mati.


Pada kali ini, penulis suka mengajak teman-teman sekelian untuk meluangkan sedikit masa dan sama-sama berfikir dan menilai beberapa persoalan yang berkaitan perasaan takut dan suka..Mungkin ada di antara teman-teman yang mampu unuk menganggar apakah isi kepada tajuk yang teman-teman baca di atas ini sebelum sempat untuk penulis membawa persoalan ini lebih lanjut melalui tulisan pada kali ini.

Namun, apa yang penting sebagai manusia, kita harus sedar bahawa kita pada hari ini telah berada pada satu zaman yang mana kebenarannya telah terbukti melalui sabdaan-sabdaan Baginda Rasulullah S.A.W. dan antaranya adalah suka kepada dunia dan takut kepada mati. Dr Raqhab al-Syarjani dalam bukunya, “Kecuali kamu menolongnya” telah mengungkapkan bahawa cinta dunia dan takutkan mati adalah merupakan satu perkara yang jelas yang tidak perlu kepada penerangan yang detail kerana ia adalah persoalan yang lahir daripada hati-hati manusia yang padanya terdapat penyakit yang berat.Walaupun begitu, tidaklah ia sampai menjadi kafir jika dihisab atau dihitung akibat-akibanya dengan sebab perbuatan itu selagi mana ia berlaku dalam kondusi kaum Muslimin itu sendiri.

Menurut Dr Raqhab lagi, selagi mana ianya berlaku dalam kondusi masyarakat Muslim, maka tidaklah timbul masalah; walaupun daripada sudut hikmah Politik itu sendiri.Sedangkan juga, tiadalah yang bersetuju sekiranya wajah-wajah ini adalah sesuatu yang memberi manaafat kepada Mereka, sebaliknya perkara ini merosakkan mereka. Namun, persoalannya di sini mengapa perkaraa-perkara ini tidak menjadi perkara yang dihisab atau dihitung. Adakah dengan sebab ia sememangnya janji Allah S.W.T melalui lisan rasul S.A.W yang merupakan kebenaran Wahyu yang mana telah berlaku kepada umat Islam mutakhir ini ataupun ianya adalah dosa yang disengajakan oleh mereka yang lalai kepada Allah S.W.T.?

Jawapan kepada persoalan ini secara jelas boleh didapati daripada hadith Rasulullah S.A.W yang merupakan kebenaran Wahyu yang tidak boleh dipertikaikan lagi, serta kita mengambil pengajaran daripada suri teladan yang terdapat pada diri baginda sendiri, peristiwa Hijrah baginda, dan kita menuruti sunnahnya yang mulia sebagai panduan di dalam kehidupan kita sebagai Muslim.Hadith tersebut adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Tsauban R.A, maka telah bersabda Rasulullah S.A.W. satu kalimah yang mengejutkan iaitu , Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Adalah dekat ke atas satu umat di mana mereka mengerumuni dan meminta pertolongan kepada kamu semua sebagaimana mereka mengerumuni makanan yang berada di dalam bekasnya” . Jadi, hadith ini membawa maksud bahawa akan datang satu zaman ke atas umat Islam yang mengerumuni padanya umatnya ( iaitu menyeru di atara satu sama lain) untuk memenuhi kepentingan umat Islam itu sendiri dan keadaan diri mereka…Dalam kata lain, mereka datang untuk makan, serta mengajak umat Islam lain untuk makan bersama mereka.

Ketika mana para Sahabat mendengar perkataan ini maka mereka mengambil perhatian yang penuh, serta juga kebimbangan mereka semua mengenai perkataan Baginda tersebut. Maka telah berkata salah seorang daripada mereka: “Adakah kerana bilangan kami ketika iu sedikit?” Tidak perlu tidak perkara yang harus kita ketahui adalah bilangan kita akan menjadi terlalu sedikit daripada sudut setiap umat di bumi yang datang untuk makan bersama kita atau mengerumuni untuk memohon pertolongan kita. Maka rasulullah memberi kejutan lagi dengan sabdaan Baginda: “Bahkan kamu pada masa itu sangat ramai bilangannya” iaitu dalam anggaran 1300 milion, kemudian rasulullah S.A.W menyambung lagi dengan perkataan yang berat: “Tetapi kamu semua umpama buih-buih banjir/bah”

Apakah yang dimaksudkan dengan buih banjir di sini? Maka telah datang perkara yang menyatakan pertolongan hamba di dalam Syarah Sunan Abi Daud bahawa yang dimaksudkan dengan Buih itu adalah: Kotoran-kotoran yang memenuhi banjir atau bah itu. Apabila mengalir ke barat atau timur, maka ia akan membawa dan menjauhkan kotoran itu. Begitulah gambaran kepada keadaan Umat Muslimin dengan perkara yang berat dan sukar diterima ini. Namun, inilah kalam Saidina Mustafa Rasulillahi S.A.W yang perlu kita ingati serta, baginda memperkatakan sesuatu yang akan berlaku dengan pasti dan hakikatnya, ia telahpun berlaku pada masa ini iaitulah “Tetapi kamu adalah umpama buh-buih banjir”. Kemudian marilah kita meninjau daripada sudut tafsir pula. Bersabda Rasulullah S.A.W: “Dan Allah S.W.T akan mencabut daripada diri musuh-musuh kamu sifat takut dan gerun kepada kamu” . Sesungguhnya Allah S.W.T lah yang mencabut rasa takut dan gerun daripada hati musuh-musuh kita! Iaitulah mereka menjadi berani untuk menentang kita… “Serta Allah akan mencampakkan ke dalam hati-hati kamu penyakit Wahan”. Maka telah bertanya seseorang: “Wahai rasulullah S.A.W, apakah itu Wahan?” Apakah penyakit yang merbahaya yang membawa persoalan suka dan takut ini dalam diri Umat ini, serta perkataan yang melemahkan, menakutkan hati umat Muslimin ini? Maka telah berkata rasulullah S.A.W : “Suka kepada dunia dan takut kepada kematian”

Akhirnya, moga-moga kita semua dapat mengambil muhasabah daripada peringatan Rasulullah S.A.W tentang perkara yang berlaku kepada umat Islam pada hari ini..Inilah punca terbesar yang meyebabkan umat Islam terus ditindas dan dihina tanpa sedikitpun rasa belas kasihan kerana hakikatnyaAllah S.W.T telah mencabut perasaan gerun mereka kepada kita semua selaku umat yang dimuliakan oleh Allah S.W.T dengan Islam ini. Jelasnya, hendaklah kita sentiasa mengingati tujuan dan matlamat kita dihidupkan oleh Allah S.W.T di atas muka bumi ini sebagai hamba supaya kita akan menjadi umat yang benar-benar bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan berusaha mengelakkan diri daripada menjadi golongan yang cintakan dunia dan takutkan mati pada jalan Allah S.W.T. Akhirnya, penulis menutup tulisan penulis pada kali ini dengan kata-kata yang berbunyi: “Sekiranya Orang Muslim mencintai dunianya lebih daripada akhiratnya, Sekiranya mereka mentakuti mati pada jalan Allah S.W.T, tidak perlu tidak ini akan menjadi suatu akibat, bahawa mereka akan dicemuh oleh golongan yang kecil dan besar, dan semua ahli Timur dan Barat akan membalas perbuatan mereka…” Wallahua’lam…

Bebaskan Dirimu daripada Cengkaman Nafsu!

Kronologi Penting Zionisme Dalam Menghancurkan Islam.


Dalam buku yang bertajuk ‘Zionisme: Orde Barat Dalam Menghancurkan Islam tulisan Haji Mohd Hanif bin Haji Ismail, pengarang telah membawa beberapa isu penting yang berkaitan dengan gerakan Zionisme yang telah berjaya menguasai dunia pada hari ini. Melalui buku tersebut, pembaca telah didedahkan dengan perkara yang berkaitan dengan sejarah Palestin dan Bait al-Maqdis, melibatkan beberapa Empayar yang telah berkembang pada peringkat awal seperti Empayar Mesir, Empayar Parsi, Rom Timur (Byzantine), da juga beberapa kerajaan awal seperti Asyur, Mesir, Babilon, Seleucids, serta Zaman pembukaan Islam, Khalifah Umawiyah, Abbasiyah, Empayar Uthmaniyah dan juga Tanah Jajahan Israel..

Selain itu, dalam buku ini turut diceritakan mengenai sejarah bangsa Yahudi itu sendiri, yang melibatkan asal-usul bangsa Yahudi, bangsa Yahudi di Mesir dan yang keluar Mesir, serta bangsa Yahudi di Palestin. Begitu juga zaman pemerintahan Hakim, beraja serta zaman perpecahan dan kehancuran yang melibatkan kerajaan Selatan (Yahuza) dan Utara (Israel).

Kemudian, turut dimuatkan dalam buku ini mengenai Zionisme, matlamatnya, apakah yang dikatakan tentang Zionisme keagamaan dan Zionisme politik (kenegaraan). Juga bagaimana bahaya Zionisme ini terhadap dunia arab.

Secara Umumnya, beberapa faktor bangsa Yahudi memilih bait al-Maqdis adalah kerana Faktor Agama, Sosio-Politik, Ekonomi. Serta nilai bait al-Maqdis itu di sisi mereka adalah kerana:

· Bait al-Maqdis adalah merupakan tanahair mereka sendiri yang telah dijanjikan oleh tuhan kepada mereka.

· Bait al-Maqdis juga adalah sebagai punca kekuatan bagi mereka untuk meneruskan kesinambungan sebagai Bangsa Yahudi.


· Seterusnya, Bait al-Maqdis merupakan biasan syurga yang telahpun dijanjikan oleh tuhan kepada mereka.

· Serta Bait al-Maqdis itu merupakan tugu kebanggaan pahlawan mereka.

Penulis juga turut memuatkan beberapa strategi penting Zionisme untuk menguasai Bait al-Maqdis dan Palestin iu sendiri dan perancangan ini telah dilakukan oleh mereka dengan begitu terancang sekali. Antaranya adalah:

· Proses penggulingan Sultan Abdul Hamid dan menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyyah melalui konspirasi dan usaha-usaha untuk mendapatkan Palestin.

· Memecahbelahkan wilayah Empayar Islam Uthmaniyyah dengan berselindungkan slogan “Seruan Revolusi Arab” untuk memcahbelahkan kesatuan Umat Islam.


· Melaksanakan proses peng ‘yahudi’ an Bait al-Maqdis melalui proses petempatan dan kependudukan, politik dan pentadbiran, Bangunan dan kemudahan Awam, Undang-Undang dan peraturan Awam, serta Sejarah dan kebudayaan.

· Permohonan terhadap pengeluaran ketetapan Antarabangsa yang mengiktiraf Negara Kebangsaan Yahudi di Palestin.


· Mewar-warkan dakwaan bangsa Yahudi daripada sudut Agama dan sejarah terhadap hak-hak merka ke atas Palestin dan bait al-Maqdis.

· Mempergunakan kekerasan, harta dan wanita sebagai senjata mengikut keadaan
· Membentuk kumpulan-kumpulan Militan untuk melakukan konspirasi yang menyebarkan fitnah dan ketegangan.

· Mengekploitasi Media Massa dengan menimbulkan rasa berpuak-puak, Memperelokkan imej Bangsa Yahudi yang buruk, Menyebarkan kerosakan, Menguasai fikiran manusia, menyemarakkan api permusuhan dan perpecahan di antara kaum dan rasa syak wasangka di antara pemerintah dan rakyat, surat khabar dan majalah, filem dan pawangam, TV, Radio dan agensi berita.


· Membentuk kelab-kelab Freemason dan kumpulan-kumpulan rahsia.

· Serta mendirikan kerajaan antarabangsa untuk memerintah seluruh dunia demi kepentingan Zionis seperti peranan CIA, Lobi Bangsa Yahudi dan bantuan AS untuk Israel sendiri.


Maka, di antara beberapa kronologi penting berkaitan gerakan Zionisme dalam proses menghancurkan Islam ini adalah:

· 24 Julai 1922 M- Terjadi pemberontakan antara kumpulan pengganas Bangsa Yahudi dengan pasukan British di Palestin dalam rangka menekan British supaya membolehkan lebih banyak Imigran Bangsa Yahudi bermukim di Palestin dan segera menetapkan Deklarasi Balfour. British segera melaksanakan Deklarasi Balfour yang paling penting iaitu mengatur kemasukan dan permukiman Bangsa Yahudi ke Palestin, melatih Bangsa yahudi kemahiran ketenteraan dan membekalkan mereka dengan senjata.

· 1897 M- Konspirasi Basel, Switzeland yang ditaja oleh Hertzel.

· 1907 M- Meningkatkan aktiviti Freemason dan kelab-kelab rahsia untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid yang enggan memberikan kerjasama kepada Yahudi dalam melaksanakan perancangan mereka itu.

· 1918 M- Deklarasi Balfour yang memberikan hak kepada Bangsa Yahudi untuk berpindah ke Palestin.

· 1925 M- Demostrasi Palestin menentang lawatan Balfour ke Bait al-Maqdis.


· 1930 M- PBB membentuk dan menubuhkan jawatankuasa antarabangsa untuk menyiasat keadaan Bait al-Maqdis.

· 1937 M- Bangsa yahudi di Palestin mula membangunkan kekuatan keganasan bersenjata, kemudian mereka mendapat bantuan senjata dan latihan ketenteraan daripada pihak Bersekutu ketika terlibat dalam perang Dunia ke-2.

· 15 Mei 1947 M- Perhimpunan agung PBB membentuk Jawatankuasa khusus untuk urusan Palestin.

· Jun 1947 M- Jawatankuasa ini telah mengunjungi Palestin dan disambu dengan pemogokan. Semasa kunjungan tersebut juga, telah dilancarkan pelbagai demostrasi Anti penduduk kependudukan. Sudah tentulah Organisasi Bangsa Yahudi bekerjasama degan komisi ini kerana kepentingan mereka dipenuhi. Sebaliknya Negara-negara Arab tidak mempunyai komisi ini.

· 4 Mei 1948 M- Pengumuman terbentuknya egara Israel di sebuah muzium di Tel Aviv, sekaligus menandakan berakhirnya mandat British dan penguasaan Palestin sebanyak 56.47 peratus. Maka, bermulalah penderitaan rakyat Palestin. Selepas daripada peristiwa ini, Ikhwan al-Muslimin telah dibubarkan dan berlaku pembunuhan terhadap Imam Hassan al-Banna yang banyak berperanan dalam membela Palestin.

· 15 Mei 1948 M- Berlaku perang ‘1948 M’ apabila pasukan tujuh Negara, di antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan dan Lubnan memasuki Palestin tanpa Modal kekuatan dan akhirnya perang ini dimenangi oleh Israel. Namun begiu, kehadiran 10000 orang sukarelawan Ikhwan al-Muslimin yang dikirim oleh Imam Hassan al-Banna untuk membebaskan Palestin. Kehadiran pasukan ini bukan sahaja menggentarkan Israel tetapi juga egara Arab yang dikuasai oleh pemerintah sekular. Mereka bimbang kemenangan Ikhwan al-Muslimin bukan sahaja berlaku di Palestin tetapi juga di Dunia Arab. Akhirnya mereka berkomplot menyerang Ikhwan al-Muslimin daripada belakang. Selepas perang, Israel menguasai 78 peratus kawasan Palestin sementara pasukan Ikhwan al-Muslimin yang kembali ke negara masig-masing telah diperosokkan ke dalam penjara.


· 1967 M- Bermulanya perang Haziran/Jun yang menyebabkan Israel merampas baki Palestin, Semenanjung Sinai, Teluk ‘Aqabah, Tebing Barat Sungai Jordan, dan Bukit Golan. Perang Jun ini terjadi setelah penggempuran terhadap gerakan Islam dan hukuman Gantung terhadap Sayyid Qutb yang amat digeruni oleh Bangsa Yahudi.

· 1969 M-Pembakaran masjid al-Aqsa dan mimbar Salahuddin al-Ayyubi.


· 1977 M- Seranan terhadap Lebanon da pejajahan Camp David yang ditaja oleh Presiden Anwar Sadat.

Begiulah di atara Kronologi ringkas dan penting yang berlaku terhadap Palestin dan Gerakan Islam sehingga Yahudi berjaya merampas Palestin dan mendirikan Negara haram Israel di atas tanah umat Islam yang suci. Kecelakaan yang besar dan laknat buat Yahudi dan sekutunya. Moga-moga Allah S.W.T terus mencampakkan kehiaan kepada mereka . Ya Allah , lindungi al-Quds, lindungi umat Palestin.Amiin…

Huruf al-Hija’

Sepertimana yang kita sedia maklum, huruf-huruf Hijaiyyah yang bermula daripada Alif sehinggalah kepada huruf ya’ itu mempuyai ganjarannya yang tersendiri apabila membacanya kerana ia adalah merupakan huruf arab, dan huruf arab ini adalah merupakan huruf-huruf al-Quran yang mana al-Quran ini telah diturunkan untuk menjadi panduan kita semua sebagai umat Islam di atas muka bumi ini.

Dalam sebuah hadith Hasan Shohih riwayat al-Tirmidzi, daripada ‘Abdullah bin Mas’ud R.A telah berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Alllah S.W.T, maka baginya satu ganjaran dan ganjaran sepuluh kali ganda yang sebanding dengannya. Tidaklah aku mengatakan الم itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, dan Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf..” Di bawah ini, penulis paparkan sebuah video clip yang menunjukkan pertuturan huruf-huruf Hijaiyyah ini dengan kaedah berlagu serta menggunakan ayat-ayat dalam bahasa arab yang mudah dan cantik susunannya. Jadi, ia boleh menjadi satu pembelajaran yang menarik kepada sesiapa jua yang ingin belajar bahasa Arab serta memfasihkan sebutan mereka di dalam bahasa Arab. Anak-anak pun mungkin menyukainya Insyaallah. Selamat mencuba…


video

Khamis, Februari 26, 2009

Waktu-waktu Mustajab Untuk Berdoa.


Doa merupakan senjata yang amat ampuh yang dipunyai oleh orang Muslim yang beriman kepada Allah S..W.T. Dengan doalah, manusia akan menemui kejayaan baik dalam hidupnya di dunia ini sebagai seorang hamba mahupun kejayaan di akhirat kelak. Bahkan rasulullah S.A.W sebagai teladan dan Qudwah Hasanah bagi umat Islam sentiasa melazimi diri baginda untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

Keadaan baginda yang maksum atau terpelihara daripada dosa tidak sedikitpun menghalang baginda untuk berdoa kepada Allah S.W.Tsebagai tanda pengabdian dan kesyukuran di atas segala nikmat-nikmat Allah S.W.T yang tidak akan mampu dihitung. Jadi, kita sebagai hamba yang serba-serbi lemah ini lebih-lebih lagi dituntut untuk berdoa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. kerana Doa’ itu merupakan kepala kepada Ibadah. Sebagaimana pentingnya kepala bagi badan, maka begitu jugalah pentingnya Doa’ bagi sesuatu Ibadah yang dilakukan tersebut.

Walaupun begitu, Allah S.W.T telah menyediakan waktu dan tempat yang mana padanya doa mustajab dan cepat diterima oleh Allah S.W.T. Jadi, di antara tempat dan waktu yang mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T adalah:

a. Waktu di antara azan dan iqamah.
b. Ketka berada dalam keadaan genting atau kecemasan
c. Ketika waktu sujud di dalam solat.
d. Ketika perang fi Sabilillah iaitu perang pada jalan Allah S.W.T.
e. Ketika hujan lebat mulai turun.
f. Pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-Mubarak.
g. Ketika malam lailatul Qadar.
h. Ketika wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah.
i. Ketika sedang melontar Jamrah pada 10 hingga 13 Zulhijjah.
j. Ketika tawaf di Ka’abah.
k. Ketika berada di Multazam iaitu di hadapan pintu Kaa’bah.
l. Ketika berada di Maqam Nabi Ibrahim A.S. di dalam Masjidil Haram.
m. Ketika berada di atas Bukit Safa dan Bukit Marwah di Makkah.
n. Di antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad.
o. Keika berada di Maqam Rasulullah S.A.W.
p. Ketika berada di Babul Jibril (berhampiran dengan Maqam Rasulullah S.A.W)
q. Pada malam dan pagi hari Jumaat.
r. Ketika Khatib duduk di antara dua khutbah Jumaat.
s. Ketika waktu menjelang subuh (waktu sahur)
t. Sebelum dan sesudah sembahyang Fardhu.


Bebaskan Dirimu Daripada Cengkaman Nafsu!

Tidak Taat itu Sifat orang Munafiq!


Taat Merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Oleh kerana kita dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai seorang hamba, maka tidak lain dan tidak bukan, tugas kita adalah untuk mentaati segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya.

Allah S.W.T menjadikan manusia serta memilih daripada kalangan manusia ini untuk dikumpulkan di akhirat kelak bersama golongan yang mendapat naungan rahmat Allah S.W.T. Golongan ini tidak lain dan tidak bukan adalah gologan yang diberikan Hidayah dan Taufik oleh Allah S.W.T. Maka hendaklah kita sentiasa bersyukur dan menyedari bahawa kita telah dikurniakan dengan nikmat Iman dan Islam tersebut. Namun begitu, Allah S.W.T tidak hanya memilih kita sebagai hamba-Nya yang beriman , tetapi turut membekali kita dengan sedikit ujian di atas muka bumi ini untuk menilai sejauh mana kita betul-betul mampu untuk menghargai dan menjaga nikmat keimanan yang kita kecapi itu dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat yang ke 155 yang bermaksud:
“Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”.

Begitu juga mengenai Amanah itu sendiri, Allah S.W.T telah memberikan amanah kepada manusia untuk mentadbir dunia ini kerana manusia telah sanggup untuk menerima amanah tersebut. Jadi, kecelakaan yang besarlah bagi manusia itu sendiri jika menyia-nyiakan amanah yang dibebani untuk mentadbir dunia ini mengikut Sibrah (Acuan) Allah S.W.T tidak dapat dipenuhi.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat yang ke- 138 yang bermaksud:
“ Shibghah Allah dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? dan Hanya kepada-Nya-lah kami menyembah”. Di sini Shibghah artinya celupan. Shibghah Allah: celupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat yang ke-72 yang bermaksud:
“ Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,” (Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan).

Dalam sebuah hadith riwayat al-Bukhari daripada Abi Hurairah, rasulullah S.A.W telah menerangkan kepada penduduk sebuah kaum bahawa di antara tanda-tanda kiamat itu adalah kerana manusia telah mula mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap amanah yang telah dipikulkan ke atas mereka sedangkan mereka telah menyatakan kesanggupan untuk menerima amanah tersebut.

"Ketika Rasulullah saw. Di suatu majlis sedang berbicara dengan suatu kaum, datanglah seorang penduduk kampung dan berkata: "Bilakah kiamat itu?" Rasulullah terus berbicara, lalu sebahagian kaum berkata: "Baginda mendengar apa yang dikatakan olehnya, namun baginda benci terhadap apa yang dikatakan itu." Dan sebahagian daripada mereka berkata: "Namun baginda tidak mendengarnya." Sampai ketika baginda selesai berbicara maka baginda bersabda: "Dimanakah gerangan orang yang bertanya tentang kiamat?" Maka Ia berkata: "Hai saya wahai Rasulullah" Lalu Baginda bersabda: "Apabila amanah itu disia-siakan maka nantikanlah kiamat." Lalu Ia berkata: "Bagaimana menyia-nyiakannya?" Beliau bersabda: "Apabila perkara (urusan) diserahkan kepada selain ahlinya, maka nantikanlah kiamat."

Hadith di atas menunjukkan dengan jelas tentang kepentingan amanah itu sendiri. Sebab itulah rasulullah S.A.W memberikan peringatan yang keras tentang azab Allah S.W.T kepada sesiapa jua yang mengingkari perintah amanah ini..Sesetengah orang yang diberi amanah mungkin akan merasa tidak senang atau kurang senang bila mendengar mengenainya tetapi hendaklah mereka sedar bahawa peringatan ini adalah untuk kita semua tanpa terkecuali serta membenarkan ungkapan “Katakan yang benar itu walaupun ianya adalah pahit”. Jika kita melihat pada hari ini, apa yang diperingatkan oleh rasulullah S.A.W melalui hadith di atas telah terbukti kebenarannya. Lihatlah pada hari ini, urusan yang berkaitan dangan hukum-hukum Islam tidak dilaksanakan dengan sebaiknya di dalam Negara kita, bahkan kadang-kadang kedapatan mereka yang tidak ahli dalam urusan agama Islam ini turut mahu mengambil bahgian untuk memperkatakannya. Jadi, menyebabkan persoalan hukum terus mengelirukan rakyat itu sendiri. Jelasnya, hadith di atas menggesa supaya diserahkan segala urusan yang berkaitan dengan Islam ini kepada golongan yang selayaknya untuk menentukannya iaitulah golongan Ulama’ agar ianya tidak lari daripada ketetapan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T..Maka selepas daripada itu, maka tugas tersebut terbeban pula kepada Umara’ atau pemerintah untuk melaksanakan segala perkara yang telah menjadi ketetapan dalam Islam di adalam sesebuah Negara agar ia bertetapanpatan dengan konsep yang dikehendaki oleh Allah S.W. iaitu “Negara yang baik dan mendapat keampunan Allah”.Maka di sinilah pripentingnya hubungan di atara golongan Ulama’ dan Umara’ untuk bersama-sama melaksanakan agenda pembangunan Negara.Bukan hanya diserahkan kepada golongan Umara’ sahaja serta meminggirkan golongan Ulama’. .Jadi perkara inilah yang perlu difahami sebaik-baiknya oleh umat Islam.

Begitu juga dalam soal ketaatan itu sendiri, ia meruapakan sendi kepada sifat Taqwa. Jika manusia yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan keimanan ini, serta juga diberikan akal untuk menimbang sesuatu, mampu untuk memberikan ketaatan yang sebaiknya dalam urusan untuk metaati Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya, maka sesungguhnya dia telah menepati intipati dalam ketaqwaan itu sendiri. Jelasnya, Ulama’ mengatakan bahawa Taqwa itu adalah melaksanakan segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya. Menurut Saidina Ali K.W.J, Taqwa itu terbahagi kepada empat iaitu: Takut dan harap kepada Allah S.W.T, Beramal dengan apa yang diturunkan iaitu al-Quran al-karim, Redha degan rezeki yang Allah berikan walaupun sedikit, serta sentiasa bersedia untuk menghadapi hari kiamat. Maka, begitulah intipati yang dikehendaki dalam Taqwa itu sendiri.
Saidina Umar al-Khattab berkata: “Tidak ada Islam tanpa jamaah, tidak ada Jamaah tanpa kepimpinan, dan tidak ada kepimpinan tanpa ketaatan.”

Penulis merasa sedih bilamana melihat keadaan umat Islam pada hari ini, terutamanya golongan Muda yang begitu diharapkan untuk mengisi ruang kepimpinan Negara pada masa akan datang. Mereka seolah-olah tidak sedar bahawa mereka bakal hadir sebagai seorang yang beranggungjawab terhadap Negara pada suatu hari nanti. Penulis beranggapan, persepsi kebanyakan golongan muda pada hari ini adalah untuk menikmati kehidupan remaja mereka sehinggakan ada di ramai di antara mereka yang tidak ingin melepaskan sebarang bentuk perubahan kehidupan dan taraf hidup walaupun ianya bakal merosakkan diri mereka sendiri, baik Internet, permainan Video, Lepak, Rokok, berfesyen yang tidak menurut kehendak syarak, pergaulan bebas dan sebagainya. Dan sekiranya perkara ini terus berlarutan, nescaya kita akan ketandusan pemikir-pemikir serta peggerak- penggerak yang boleh membawa perubahan yang besar dalam kepimpinan Negara pada masa akan datang. Sebab itulah, pripentingnya sifat taat ini agar ia boleh memandu kita untuk terus berada di atas landasan keimanan yang sebenar-benarnya.

Persoalannya hari ini, mengapa manusia begitu suka dan gemar untuk berlumba-lumba mengejar pencapaian dunia tetapi tidak akhirat. Bahkan, dunia itu sekadar tidak lebih untuk memenuhi sedikit keperluan kita di atas muka bumi ini untuk menuju destinasi cinta abadi iaitu Syurga yang kekal hakiki.. Jawapannya adalah kerana kebanyakan manusia walaupun mereka lahir dalam keadaan yang sudah Islam namun tidak memahami soal keimanan itu sendiri. Ini kerana, Ulama’ telah menggariskan bahawa keimanan itu, bukan sahaja membenarkan dalam hati, serta bersyahadah iaitu ikrar dengan lisan, tetapi juga melaksanakan segala amalan dengan al-Jawaarih atau anggota badan. Perlaksanaan ini sifatya bukan sekadar memenuhi syarat sahaja tetapi hendaklah bersungguh-sungguh kerana dunia ini hanyalah tempat persinggahan kita untuk menyediakan bekalan yang cukup banyak untuk belayar ke hari akhirat yang tiada penghujungnya..Bayangkanlah jika bekalan kita tidak cukup atau habis sebelum kita sempat sampai ke destinasi yang kita tujui itu, bagaimanakah keadaan kita dan siapakah yang akan membantu kita nanti? Di sinilah kita perlu menjawabnya!.

Sirah al-Nabawiyyah sendiri memberikan kita jawapan yang jelas mengenai sikap golongan yang tidak taat ini adalah golongan Munafiq yang hanya inginkan sesuatu pekerjaan yang mereka lakukan itu akan memberikan keuntungan peribadi kepada mereka. Bagi mereka, tidak ada gunanya melakukan perkara yang tidak menguntungkan diri sendiri walaupun ia menguntungkan Agama Islam kerana itu hanya memberi kepenatan kepada mereka. Inilah contoh golongan yang hanya nampak habuan dunia tetapi tidak nampak ganjaran akhirat yang akan memberikan kebahagiaan dan kegembiraan selama-lamanya.

Ibnu Ishak mencatatkan dalam kitab sejarahnya, bahawa tidak dinafikan memang tokoh munafiq turut serta dalam kerja menggali parit semasa peperangan Khandak.. Bagaimanapun mereka tidak menunjukkan kesungguhannya dan acuh tak acuh serta melengah-lengahkan kerja bersama Nabi s.a.w. Begitulah sifat mereka, apabila di hadapan Nabi mereka menunjukkan bahawa mereka juga bekerja bersama-sama rasulullah S.A.W tetapi bila berada di belakang Nabi, mereka melakukan kerja secara terpaksa serta pelabagai alasan diberikan. Hanya sedikit masa yang digunakan untuk bekerja, tetapi sebaahagian besar waktu digunakan oleh mereka untuk berehat, berdalih dan sebagainya sehingga mereka tidak aktif untuk bekerja bersama dengan Rasulullah S.A.W. Malah mereka seringkali curi-curi keluar daripada medan Khandaq, pulang ke rumah untuk berehat-rehat bersama keluarga tanpa pengetahuan Rasulullah s.a.w. Ia memperlihatkan bahawa mereka tidak menghormati Nabi s.a.w. sebagai Rasulullah dan juga pemimpin perang. Sifat orang munafiq ini jelas menunjukkan perbuatan mereka yang membelakangkan Rasulullah S.A.W, melakukan sesuatu tanpa keizinan baginda serta menimbulkan pelbagai masalah terhadap gerak kerja Islam itu sendiri sehingga Allah S.W.T menurunkan wahyu-Nya sebagai mencela sikap mereka yang biadab ini.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Nur ayat ke-62 yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang sebenar-benarnya orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam suatu urusan yang memerlukan pertemuan, maka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum minta izin kepadanya.
Sesungguhnya orang-orang yang minta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka apabila mereka minta izin kepadamu kerana sesuatu keperluan, berilah izin kepada sesiapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonlah keampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Di sini jelas kepada kita semua, bahawa ketaatan sangat dititik beratkan di dalam Islam untuk membezakan di antara orang Muslim yang sebenar dengan orang Muslim yang hanya berpura-pura berjuang menegakkan Islam, tetapi di sebaliknya mereka ingin mencari habuan dan kemegahan dunia dengan keislaman mereka .Maka perkara inilah yang ditegah di dalam ajaran Islam yang Hanif ini. Hanya mereka yang betul-betul ikhlas dalam memperjuangkan agama-Nya sahajalah yang akan terhindar daripada mendapat gelaran Munafiq ini. Bahkan Dalam ayat tersebut Allah SWT menjelaskan tentang sifat orang mukmin secara peribadinya beriman dan yakin perintah Allah dan Rasul-Nya. Dalam kehidupan bermasyarakatnya pula sentiasa memberi kerjasama dalam perkara yang diminta berkerjasama. Kemudian mereka tidak meninggalkan kerja-kerja jemaah khususnya kerja yang diputuskan dalam mesyuarat, sehingga terlebih dahulu mendapat izin dari Nabi s.a.w. sebagai ketua mereka. Kerana sikap yang demikian itu menjadi tanda kepada keimanan seseorang.

Dalam surah al-Nisaa’ ayat yang ke-59, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
Dalam ayat di atas, secara jelas Allah S.W.T telah menggunakan perkataan taat untuk menjelaskan bahawa ketaatan itu adalah sesuatu perkara yang sangat pening di dalam urusan agama ini. Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini menyebutkan bahawa ketaatan kepada Allah S.W.T adalah dalam urusan melaksanakan segala perintah Allah dan meinggalkan segala perintah-Nya. Manakala ketaatan kepada rasul adalah pada apa yag disuruh dan pada apa yang dilarang. Secara jelasnya, ketaatan ini adalah bersifat muttak dan wajib kerana dengan jelas Allah S.W.T menggunakan perkataan taat. Tetapi ketaatan kepada Ulul Amri’ atau pemerintah tidaklah wajib secara mutlak. Bahkan Imam Juwaizi al-Mandad menjelaskan: “Ketaatan kepada Ulul ‘Amri adalah berdasarkan kepada ketaatannya kepada Allah S.W.T, dan tidak ada ketaatan kepadanya jika ia melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.” Maka, batasan ketataan seseorang kepada pemerintah itu tertakluk kepada 7 perkara sebagaimana yang telah ditafsirkan oleh Imam al-Qurtubi iaitu: Penyerahan harta (Dirham dan Dinar), sukatan dan timbangan, Hukum-hakam, Haji, Solat Jumaat, Hari Raya, dan Jihad. Di sini, pemerintah ditafsirkan oleh Imam al-Qurtubi menurut perkataan Jabir bin ‘Abdullah dan Mujahid sebagai ahli al-Quran dan Ilmu. Dan pilihan ini adalah juga menurut Imam Malik R.A. Sebagimana kata al-Dhahhak pula, pemerintah itu adalah al-Fuqaha’ dan Ulama’ dalam agama. Turut diceritakan oleh Mujahid bahawa mereka ini para sahabat Rasulullah S.A.W. Juga turut diceritakan oleh ‘Ikrimah bahawa ianya khusus kepada khalifah Abu Bakar bin al-Siddiq R.A. Menurut Ibnu Kaisan pula, mereka adalah golongan berakal, iaitu mereka yang mengatur peraturan kepada manusia (menjadi khalifah di atas muka bumi). Pemerintah itu juga turut termasuk sultan atau raja yang memerintah sebagaimana disebut ditasirkan oleh Imam al-tabari dalam tafsirnya melalui Hadith: “Telah memberitahuku Yunus, Telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahab, maka dia telah berkata: Telah berkata Ibnu Zaid: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah S.W.T dan taatilah rasul serta Ulul Amri di antara kamu semua”, maka telah berkata ayahku: “Mereka adalah para Sultan”. Secara jelasnya, Imam al-Qurtubi mengatakan melalui riwayat Ali bin Abi Talib R.A bahawa beliau telah berkata: “Hak ke atas seseorang Imam atau pemerintah adalah menghukum dengan adil, serta menjalankan amanah; Maka jika mereka melakukan yang demikian maka wajiblah untuk kaum muslimin mentaatinya, kerana Allah S.W.T memerintahkan amanah dan adil, dan kemudian mentaaatinya..

Di antara kisah yang menarik mengenai ayat di atas adalah mengenai riwayat Ibnu’Abbas dalam al-Shahiihaini. Beliau telah berkata : Telah turun ayat di atas kepada ‘Abdullah bin Huzafah bin ‘Addi al-Samhi ketika mana rasulullah S.A.W telah mengutuskannya untuk memimpin sebuah tentera yang kecil. Maka telah berkata Abu ‘Umar: “sesungguhnya ‘Abdullah bin Huzafah memang dikenali sebagai seorang yang suka bersenda-gurau. Di antara senda guraunya adalah apabila rasulullah S.A.W memerintahkannya untuk memimpin tentera tersebut maka beliau telah memerintahkan mereka untuk mengumpulkan kayu api, menyalakannya serta kemudian masuk ke dalam api tersebut. Lalu dia beliau pun berkata: “Tidakkah Rasullullah S.A.W memerintahkan kepada kamu semua agar taat kepadaku!”, Maka beliau menyebut sabda rasulullah S.A.W. “ Barangsiapa yang mentaati pemimpin maka sesungguhnya dia telah mentaatiku”. Lalu mereka semua berkata: “Tidaklah kami semua beriman kepada Allah S.W.T dan mengikut rasulullah S.A.W kecuali untuk menjauhkan dan membebaskan diri kami daripada api”..Rasulullah S.A.W membenarkan perbuatan mereka itu dengan sabda baginda yang bermaksud: “Tidak ada ketaatan bagi makhluk yang melakukan maksiat kepada pencipta (Allah).” Serta firman Allah S.W.T dalam surah al-Nisaa’ ayat ke-29 yang bermaksud “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu”

Setakat di sini dahulu tulisan penulis pada kali ini. Moga-moga kita akan mendapat satu panduan yang berguna mengenai amanah dan ketaatan itu, konsepnya dan batas-batasnya sendiri agar kita semua dapat menghindari diri sendiri daripada menjadi golongan Munafiq yang mendapat kutukan daripada Allah S.W.T. Nauzubillahi min Zaalik…Apa yang penting, bukan hanya pengetahuan kita tentang sesuatu perkara tetapi yang terlebih penting adalah tindakan dan praktikal terhadap apa yang kita tahu sebagaimana yang dijelaskan oleh Saidina Ali baawa Ilmu yang diamalkan itulah merupakan setinggi-tinggi Ilmu! Wallahu a’lam.

Jauhkan Dirimu daripada Cengkaman Nafsu!

Modenisasi melalui Tasawwur Islam.

Ajaran Modernisme kemodenan dalam Islam boleh disorot melalui beberapa konsep, antaranya:

i. Ijtihad – mengeluarkan pendapat berdasarkan akal yang tepat berpandukan panduan An-Naqli.
ii. Thabat – hukum yang tetap.
iii. Murunah – sifat hukum yang berubah kerana konsep lentur ( fleksibel ).
iv. Tawazun – hukum yang berimbang.
v. Syumul – hukum yang sejagat dan menyeluruh.
vi. Waqi’ie – bersifat realiti, dulu, kini dan selamanya.

Di antara dasar-dasar penting yang perlu diketahui dalam falsafah Modenisasi Islam ialah :

i) Pembangunan berteraskan konsep Tawazun; seimbang di antara material dan spiritual dengan mengutamakan spiritual terlebih dahulu.

Firman Allah S.W.T :
“Dan carilah dengan apa yang diberikan Allah kepada kamu (keselamatan) kampung akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagian kamu di dunia ini”.

ii) Pembangunan, pemodenan dan kemajuan di dalam Islam mempunyai falsafahnya tersendiri yang jelas berbeza dengan falsafah modenisasi Barat. Falsafah modenisasi dalam Islam mestilah mencakupi asas-asas berikut :

a. Tauhid – asas yang meletakkan peraturan tentang hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, dan manusia dengan sumber alam.

b. Rububiah – puncak dalam sistem piramid modenisasi Islam. Segala niat dan amalan kemajuan hendaklah berada dalam lingkungan kalimah Rububiah, supaya tidak melencong kepada asas pragmatik-materialisme.

c. Khalifah – segala perusahaan sumber dan asas modal adalah wasilah atau alat menggerakkan pemodenan, Dari sinilah terbitnya konsep Islam iaitu manusia dianggap sebagai pemegang amanah Allah dalam lapangan akhlak, politik, ekonomi dan prinsip-prinsip masyarakat.

d. Tazkiah – Pemodenan adalah lambang penyucian manusia dalam semua hubungan, sama ada hubungan dengan Allah, manusia, alam sekitar, masyarakat dan negara. Pemodenan tanpa konsep tazkiah adalah bukan pemodenan yang berbaur keimanan sebaliknya dari ajaran Barat.

iii) Modenisasi hanya dapat dicapai melalui pembangunan. Pembangunan pula tercerna dari ilmu pengetahuan. Islam tidak pernah menolak ketiga-tiga unsur tersebut ( pengetahuan – pembangunan – modenisasi ). Dalam ajaran Islam, semua yang berubah disebut baharu. Manakala yang baharu pula diistilahkan sebagai bida’h mengikut istilah Fuqaha'. Bida’h dalam urusan dunia dalam soal pembangunan dan modenisasi adalah Bida’h Hasanah yang dituntut dalan ajaran Islam.

Sabda Nabi s.a.w :
“Sesiapa yang menunjukkan teladan dalam Islam dengan Sunnah Hasanah, maka baginya pahala dan pahala orang yang mengikutinya...”

iv) Pembaharuan dan modenisasi mestilah membawa Al-Khair (kebaikan) dan Al-Falah (kejayaan).


Manakala, Beberapa hadaf atau Tujuan modenisasi dalam Islam boleh dilihat daripada perkara-perkara berikut :

a) Pembangunan peribadi dan keupayaan manusia (Modal Insan).
b) Mengembangkan pengeluaran yang berguna.
c) Peningkatan dalam kualiti kehidupan daripada sederhana kepada maju.
d) Pembangunan yang seimbang.
e) Kewujudan teknologi dan penemuan baru daripada sudut Sains yang tidak bercanggah dengan Islam.
f) Mengurangkan pergantungan kepada dunia luar dan intergrasi yang lebih di kalangan umat Islam.
g) Mengelakkan perkara atau pekerjaan yang sifatnya Al-Laghwun (sia-sia) dan Al-Khusran (rugi).. Wallahua’lam


Bebaskan dirimu Daripada Cengkaman Nafsu!

Peristiwa penting Di bulan ramadhan.




Terdapat peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di sepanjang bulan Ramadhan dan ianya mempunyai hikmah-hikmahnya yang tersendiri yang perlu difikirkan oleh kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T dalam surah Yusuf ayat 111 yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal."

Firman Allah S.W.T juga dalam surah Al 'raaf ayat 176 yang bermaksud:
" Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir."

Serta firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qamar ayat 4 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa kisah yang ada di dalamnya terdapat cegahan (dari kekafiran)"

Di antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di sepanjang bulan ramadhan adalah:

1 Ramadhan 587 H

Penghancuran dan penguasaan kota 'Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds. Penghancuran dan penguasaan kota ini dilakukan oleh Sholahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan laju kekuatan kaum Salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds. Pada hari penaklukannya Sholahuddin Al Ayyubi berkata, " Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di 'Asqolan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, karena penguasaan 'Askolan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin." sekarang kota 'Asqolan dikenal dengan nama kota Asduud di negara Palestin.

2 Ramadhan 732 H

Pada tanggal ini lahir seorang Ulama besar yaitu Abdurrahman bin Muhammad bin khaldun atau dikenal dengan nama Ibnu Khaldun. Beliau mengarang kitab "Muqodimah" yang lebih dikenal dengan "Muqodimah Ibnu khaldun" yang membahas tentang ilmu Sosial Kemasyarakatan, Ekonomi, Politik dan Sejarah Filsafat. Buku ini telah diterjemahkan kedalam beberapa bahasa Eropa dan bahasa lainnya. Para ilmuwan barat mengakui akan keunggulan karangan Ibnu Khaldun terbukti mereka masih mempelajari dan menjadikan sebagai buku induk dalam kajian Ilmu Kemasyarakatan. Ibnu Khaldun meninggal pada tahun 808 H di Mesir pada masa Sultan An Nasr Lidinillah.

3 Ramadhan 11 H

Pada hari ini Sayyidah Fatimah Az Zahra anak bungsu dan kesayangan Rosulullah SAW dari pernikahannya dengan Ummu Mukminin khadijah binti Khawailid meninggal dunia. Sayiddah Fatimah lahir 5 tahun sebelum Rosulullah SAW diangkat sebagi nabi. Sayidah Fatimah dinikahi oleh Imam Ali bin Abi Thalib anak dari paman Rosulullah SAW pada bulan ramadhan tahun 2 H, dan menjalani kehidupan Rumah tangga pada bulan Dzul Hijjah di tahun yang sama.dari pernikahan yang penuh berkah ini lahirlah Hasan, Husain (pemuda ahli surga), Zainab, Ummi Kultsum dan muhsin yang meninggal saat kecil.

3 Ramadhan 825 H

Pada hari ini Sultan Murad II dari kekhalifahan Utsmaniyah mengadakan pengepungan kota Qostantiniyah dalam rangka menaklukan dan memasukannya dalam naungan Islam. Setelah sekian waktu peperangan berkecamuk dengan sangat dasyatnya dan beliau tidak mampu menaklukannya akhirnya beliau kembali kepusat pemerintahannya tampa membawa hasil yang dicita-citakan.

4 Ramadhan 1299 H

Pada hari ini bertepatan dengan 20 Juli 1882 M pemimpin mesir tatkala itu Khadio Ismail mengeluarkan surat pemecatan terhadap Ahmad Arabi dari jabatan Mentri Pertahanan disebabkan Ahmad Arabi mengadakan pertemuan dengan segenap unsur masyarakat dari para Ulama, bangsawan dan pendukungnya untuk meminta tanggapan tentang keputusan Khadio menghentikan mobilisasi kekuatan dalam menghadapi armada Inggris yang melakukan gempuran terhadap benteng pertahanan Mesir di Iskandaraiyah selama 10 jam tampa henti (25 Sya'ban 1299 H / 11 Juli 1882 M). Dalam pertemuan tersebut diambil keputusan untuk melanjutkan mobilisasi kekuatan. Lalau Khadio mengadakan pertemuan lanjutan dengan lembaga Jam'iyah Wathoniyah yang dihadiri oleh Syekh Azhar, para Hakim dan pemuka masyarakat untuk menindak lanjuti keputusan pemecatan Ahmad Arabi disebabkan penentangannya atas perintah Khadio untuk tidak mengadakan pertemuan. Dalam pertemuan lanjutan ini akhirnya jam'iyah Wathoniyah mengambil keputusan untuk mempertahankan Ahmad Arabi dalam jabatannya sebagai Mentri Pertahanan.

5 Ramadhan 362 H

Sultan Al Mu'iz Lidinillah Al fatimi memasuki negera Mesir setelah sebelumnya beliau mengirim pasukan sebanyak 100.000 tentara dibawah pimpinan panglima Jauhar Ash Shiqili pada bulan Sya'ban 358 H tampa ada perlawanan.

6 Ramadhan 223 H

Sultan Al Mu'tasim seorang khalifah 'Abasiyah mengadakan pengepungan terhadap kota 'Umuriyah' yang merupakan benteng pertahan terkuat kerajaan Benzantiniyyah di Asia kecil. usaha beliau berhasil dengan tertakluknya kota tersebut. peperangan berkecamuk dengan sangat dasyatnya dan beliau tidak mampu menaklukannya akhirnya beliau kembali kepusat pemerintahannya tampa membawa hasil yang dicita-citakan.

7 Ramadhan 361 H

Atas perintah Khalifah fatimi panglima Jauhar Ash Shiqili meletakan pondasi pertama pendirian Jami' (Masjid) Al Azhar. Pada tahun 378 H fungsi masjid ditambah menjadi suatu Universitas dengan dilakukan pembentukan staff pengajar yang pembahasan utamanya adalah permasalahan hukum-hukum keislaman. sepanjang masa Al Azhar selalu menyambut gembira kedatangan para pelajar yang berkeinginan belajar disana. segala fasilitas disediakan seperti tempat tinggal, kebutuhan hidup bahkan halaqoh (kelompok belajar) ilmu-ilmu keislaman yang beragam sehingga para penuntut ilmu dapat memilih halaqoh yang dikehendakinya.

8 Ramadhan 789 H

Sultan Al Mu'tasim Billah pada hari ini mengadakan pengumuman kepada rakyatnya bahwa barang siapa yang merasa didzalimi dan memiliki perkara yang mengantar kepada permusuhan maka datanglah kepada saya pada hari Ahad (Minggu) dan rabu untuk menyelesaikan permasalahannya. tradisi ini baru dimulai pada masa beliau dan selanjutnya diikuti oleh Sultan-sultan setelah beliau.

9 Ramadhan 222 H

Panglima Al Afsyiin salah satu panglima perang Khalifah 'Abasiyah Al Mu'tasim bin Harun Ar Rasyid mamapu menaklukan kota albadz pusat pemerintahan Babak Al Khurmi setelah melakukan pertempuran dan pengepungan selama dua tahun penuh. Faktor pemberontakan Babak Al Khurmi yang dimulai tahun 201 H pada masa Khalifah Ma'mun adalah keinginannya untuk merebut kekholifahan dari ras Arab yang Muslim untuk ras Faris dan Majusi. selain itu merekapun menolak segala bentuk peribadahan seperti Sholat, Saum, Zakat, haji dan menghalalkan minum Arak dan menghalalkan segala yang diharamkan oleh Islam.

10 Ramadhan 1393 H

Tentera Mesir mampu menembus terusan Suez dan menghancurkan benteng Berlif serta menghancurkan kekuatan tentara Israel. Begitupula tentara Suriah mampu membebaskan beberapa wilayahnya dari tangan Israel. Semboyan pasukan pada peperangan tersebut adalah Allahu Akbar ( Allah Maha Besar).

11 Ramadhan 1393 H

Terjadi serangan mendadak terhadap kekuatan Israel yang dilakukan oleh satu pasukan berani mati Palestina di Ramallah yang menyebabkan kerusakan dan kerugian dipihak Israel.

12 Ramadhan 597 H

Imam Abu Faraj Ibnu Jauzi seorang ahli sejarah dan Ulama terkenal meninggal dunia. Beliau terkenal karena karangan beliau yang ratusan buku, sampai diriwayatkan bahwa beliau mengarang buku sekitar 250 buku.

13 Ramadhan 1356 H

Pada tanggal 26 September 1937 M mujahidin Palestina membunuh pimpinan militer Andruz yang melakukan tindakan merugikan bagi pihak Palestina dengan merebut sebagian tanah di daerah Jalil 'Ulya untuk pihak Yahudi. Pemerintah Inggris tidak tinggal diam melihat hal ini, lalu mereka melakukan pembunuhan dan pengusiran yang berakhir dengan penangkapan Syeikh Farhan Sa'dy teman Syeikh 'Izzuddin Al Qassam yang berusia 80 tahun. Syeikh Farhan ditangkap dikediamannya dengan tuduhan melakukan pemberontakan. Dalam persidangan Mahkamah Militer memutuskan hukuman gantung terhadap beliau. Usaha pembelaan terhadap Syeikh sudah dilakukan oleh berbagai pihak untuk membebaskan beliau namun semuanya tidak berhasil. akhirnya beliau meninggal dalam kondisi puasa.

14 Ramadhan 666 H

Pemerintahan Anthokiah didirikan oleh Pangeran Wormandi Buwaihimund pada tahun 491 H. Kota ini merupakan kota termegah dengan dikelilingi benteng yang sangat kuat dijaga oleh ribuan pasukan secara bergiliran siang dan malam. walaupun kondisinya demikian kaum muslimin berhasil menaklukan daerah ini dengan izin Allah SWT dibawah panglima perang Dhohir Bibris. Terhitung empat puluh ribuan mati dan tertawan dari pihak musuh. Kemenangan ini merupakan kemenangan terbesar setelah kemenangan Hitthin.

15 Ramadhan 1414 H

Pada tanggal ini seorang Yahudi menyerang masjid Harom Ibrohimi di kota kholil Palestina seraya menembak jama'ah yang sedang sholat Subuh secara membabi buta sehingga banyak yang mati. Namun sangat disayangkan pihak Israel tidak mengakui kesalahan itu, mereka mengeluarkan pernyataan bahwa orang itu terkena penyakit jiwa yang tindakannya tidak bisa dipertanggungjawabkan.

16 Ramadhan 727 H

Pada hari ini bertepatan dengan 5 Agustus 1327 M, Syeikh Kamaluddin Muhammad bin Ali bin Abdul Wahid bin Abdul Karim Al Anshori Azzamalkany seorang Ulama Fiqh Madzhab Syafi'i di Damaskus meninggal dunia. Beliau meninggal di Bilbis lalu dibawah ke Kairo untuk dimakamkan berdekatan dengan makam Imam Syafi'i.

17 Ramadhan 2 H

Pada hari ini kaum muslimin dibawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berhasil mengalahkan pihak Musyrikin dalam perang Badar. Terhitung 70 mati dan 70 tertawan dari pihak kaum Musyrikin.

17 Ramadhan 40 H

Pada hari ini pula Imam Ali bin Abi Thalib RA wafat karena ditikam dengan pisau beracun oleh Abdurrahman bin Muljam Al Khariji.

18 Ramadhan 21 H

Pada hari ini Kholid bin Walid salah seorang sahabat terkemuka yang terkenal dengan keberaniannya dan panglima perang dalam berbagai peperangan baik sebelum Islam atau sesudahnya meninggal dunia. Beliau masuk Islam setelah perjanjian Hudaibiyah pada tahun 7 H.Umar bin Khatab RA memimpin sholat jenazah Beliau lalu dimakamkan di Hims dan ada pula yang mengatakan di Madinah.

19 Ramadhan 1213 H

Pada hari ini Napoleon Bonaparte beserta pasukannya melakukan ekspansi ke Mesir tepatnya dikawasan Ghiza, usaha ini mengalami kegagalan sehingga pada tanggal 23 Ramadhan seluruh pasukan meninggalkan Mesir menuju wilayah Syam.

20 Ramadhan 8 H

Rosulullah SAW keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Anshor menuju Makkah untuk membebaskannya dari kemusrikan. Faktor keberangkatan beliau disebabkan penyerangan yang dilakukan kabilah Bani Bakar sekutu kaum Quraisy terhadap sekutu Rosulullah SAW kabilah Khuza'ah yang berarti pelanggaran terhadap perjanjian Hudaibiyah yang telah disepakati antara kaum Quraisy dengan Rosulullah SAW. Usaha ini berhasil dengan gemilang tanpa melalui peperangan. tatkala Fathul Makkah itu Rosulullah SAW berdiri dihadapan kaum musyrikin Makkah seraya berkata, " Menurut kalian apa akan saya lakukan sekarang ?" Mereka menjawab, " Kebaikan, karena engkau adalah saudara yang baik berasal dari keturunan baik, jika engkau memaafkan kesalahan maka itu harapan kami,akan tetapi jika engkau membalas dendam maka itu sangatlah wajar karena kami pernah berbuat jahat kepadamu. Akhirnya Rosulullah SAW bersabda, " Pergilah, sekarang kalian bebas, aku hanya ingin mengatakan apa yang pernah dikatakan saudaraku Yusuf ; tidak ada celaan bagi kalian, semoga Allah mengampuni kalian sesungguhnya Dia maha pengasih."

21 Ramadhan sebelum Hijriyah

Ketika Rosululah SAW mendekati umur 40 tahun beliau selalu berpikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju goa Hiro yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah yang berjarak dua mil dari kota Makkah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan selama satu bulan Ramadhan penuh. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, bertepatan tanggal 10 Agustus 610 M dan usia beliau genap berumur 40 tahun Qomariyah lebih 6 bulan 21 hari turun kepada beliau Malaikat Jibril AS mewahyukan surat Al Alaq yang merupa-kan surat pertama yang diturunkan kepada Rosulullah SAW.

22 Ramadhan 942 H

Pada hari ini bertepatan dengan tanggal 15 maret 1536 M, Perdana Menteri Khalifah Uthmaniyah bernama Ibrahim Basya meninggal dunia setelah bertugas selama 13 tahun. Selama masa kepemimpinan beliau telah banyak melakukan perluasan wilayah kekuasaan Islam.

23 Ramadhan 1270 H

Pada hari ini kekuatan militer Rusia dibawah pimpinan Marsyal Bernes menghentikan kepungannya terhadap kota Selestriya yang terletak di wilayah Qorum,pengepungan yang terjadi selama 35 hari ini tidak membawa dampak yang berarti bagi kekuatan Khalifah Utsmaniyah,walaupun kekuatan militer Rusia mencapai 60 ribuan tentara berhadapan 15 ribu tentara Utsmaniyah yang kebanyakan berasal dari Mesir. Pelajaran yang dapat dipetik adalah kekuatan yang sedikit mampu mengalahkan kekuatan yang besar.

24 Ramadhan 264 H

Pada hari ini bertepatan dengan 30 Mei 878 M Imam Abu Ibrohim Ismail bin Yahya Al Muzni kawan Imam Syafi'i meninggal dunia. Beliau termasuk salah seorang Mujtahid, Imam Syafi'i pernah berkata, " kalau seandainya Imam Muzni mempunyai argumen dengan syaitan maka beliaulah sebagai pemenang." Beliau dimakamkan di dekat kuburan Imam Syafi'i.

25 Ramadhan 658 H

Perang Ain Jalut yang terjadi antara kaum muslimin dan Tartar merupakan perang yang besar dalam sejarah Islam, hal itu dikarenakan Tartar mampu menguasai banyak daerah Islam dan menjatuhkan Khilafah Abbasiah , mereka juga berhasil membunuh Kholifah Mu'tashim Billah di Baghdad pada tahun 656 H / 1256 M. Ekspansi Tartar meluas sampai wilayah Gazza dibawah pimpinan Hulaku. Kemudian Hulaku mengirim kurir meminta kepada Sultan Mamluki "Quds" untuk tunduk dibawah kekuasaan Tartar, permintaan ini ditolak oleh Sultan Quds karena menunjukan kehinaan dan kelemahan. Lalu beliau memutuskan untuk menghadapi Tartar dalam pererangan. Maka pada hari Jum'at tanggal 25 Ramadhan 658 H bertepatan dengan 6 September 1260 M bertemulah dua pasukan besar di wilayah Ain Jalut. Dalam peperangan ini Sultan Quds mengumandangkan syiar " Wa Islama … Wahai Allah tolonglah hamba-Mu al-Quds dari kaum Tartar." Peperangan ini berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

26 Ramadhan 658 H

Diantara Khalifah Bani Umayyah yang paling memiliki peranan penting dalam perjalanan sejarah Islam adalah Abdul Malik bin Marwan. Beliau menjabat sebagai Khalifah pada tanggal 26 ramadhan 658 H. Beliau mengenyam pendidikan di madinah munawwarah dengan melakukan talaqi ilmu-ilmu keislaman dengan Ulama Madinah pada masa itu sehingga menjadi salah seorang Fuqoha' diantara empat Fuqoha' yang ternama. Dalam setiap permasalahan yang terjadi didalam kehidupan masyarakat disaat beliau mengemban amanah kekholifahan berhasil diselsaikan dengan gemilang. Ibnu Kholdun berkata, " Abdul Malik bin Marwan termasuk Kholifah yang sukses dalam sejarah Islam dan Arab karena beliau mengikuti jejak Amirul Mukminin Umar bin Khattab RA dalam pengaturan Negara." Diantara hasil kerja beliau adalah pembangunan Masjid Qubbatul Sokhro' dengan kubah kuningnya yang terletak dikawasan al-Aqsa bersebelahan dengan masjid Al Aqsa.

27 Ramadhan 1223 H

Pada hari ini pasukan Inkisyariyah melakukan perlawanan terhadap Sultan Utsmany Mahmud Khan II dengan tuntutan mengembalikan kekuasaan Mustofa Khan IV. Menghadapi perlawanan ini maka Sultan memutuskan untuk menghentikan perlawanan tersebut. Kalaulah tidak terjadi pembakaran di ibukota yang hampir menghanguskan seluruh kota pasti Sultan mampu menundukan perlawanan tersebut. Akhirnya Sultan Mahmud menghentikan perang secara terpaksa demi penyelamatan ibukota dari kehancuran.

28 Ramadhan 92 H

Kisah kemenangan kaum muslimin pada hari ini dimulai dengan persiapan Musa bin Nashir dengan pasukan dari Arab dan Barbar yang jumlahnya mencapai 7 ribu tentara dibawah kepemimpinan Thoriq bin Ziyad untuk menaklukkan wilayah Andalus. Maka berangkatlah Thoriq bersama pasukan dengan menyeberangi laut pada hari Senin tanggal 5 Rajab 92 H dan mereka mampu memenangkan peperangan menghadapi sekumpulan pasukan Qouth dalam perjalan menuju ibokata Andalus. Akan tetapi musuh kembali menghimpun kekuatan dibawah pimpinan Rodrik raja Qouth dengan pasukan sejumlah 100 ribu tentara. Lalu mereka berjalan menuju selatan untuk menundukkan kekuatan kaum muslimin. Untuk menghadapi kekuatan musuh yang besar maka dikirmlah pasukan tambahan sejumlah 5 ribu tentara sehingga jumlah pasuakn Islam dibawah pimpinan Thoriq berjumlah 12 ribu tentara. Maka bertemulah dua pasukan yang tidak seimbang dari segi jumlah pasukan di tepian sungai Wadilaka. Peperangan terjadi selama empat hari dan pada hari keempat pasukan Qouth mampu dikalahkan dengan kerugian yang sangat besar dengan kehancuran kerajaan mereka. Selain itu kekalahan pasukan Qouth menimbulkan rasa takut dihati pengikut Qouth sehingga mereka melarikan diri kepegunungan atau bersembunyi didalam benteng mereka. Tidak sampai satu tahun wilayah Andalus dapat ditaklukan hampir 100% sehingga terbentuklah sebuah wilayah yang maju dalam ilmu pengetahuan dan peradaban.

29 Ramadhan 1368 H

Pada hari ini bertepatan dengan 25 Juli 1949 M dibubarkan pemerintahan Ibrahim Abdul Hadi. Mesir menjadi saksi akan kedzaliman yang dilakukan pada masa pemerintahannya, penyiksaan, penangkapan, pengusiran yang belum pernah terjadi sebelumnya.

30 Ramadhan 43 H

Pada hari ini bertepatan dengan 5 Januari 664 M sahabat Rosulullah SAW, Saidina Amru bin al-Ash RA wafat. Wallohu'alam...

Diterjemahkan oleh Saudara Mukmin Zainal Arifin Lc dari buku "Ramadhaniyat" karangan Muhammad Sa'id Mursy dan Qosim Abdullah cetakan Darul Tauzi' wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.

Adab-Adab Menguap Dalam Islam.


Bagi teman-teman sekelian, menguap adalah satu perkara ataupun fenomena biasa yang berlaku kepada Manusia yang yang diciptakan dalam keadaan yang serba-serbi lemah ini.Siapa yang tidak pernah menguap bukan? Jelasnya, ianya pada kebiasaan adat manusia adalah menunjukkan bahawa mereka mungkin mengantuk, letih, bosan dan sebagainya. Jadi, jelasnya perbuatan menguap ini adalah simbol atau isyarat kepada keadaan yang tidak elok, negatif, lemah dan sebagainya.

Maka, banyak dalil yang menunjukkan bahawa menguap ini adalah perkara yang disukai oleh Syaitan kerana ianya melibatkan perbuatan yang tidak baik dan elok pada diri manusia. Bahkan itulah tugas Syaitan sepanjang masa. Mereka tidak akan berputus asa untuk menyesatkan anak Adam dengan pelbagai cara sehinggalah mereka meninggalkan agama Islam yang Hanif ini...

Namun begitu, mengantuk pula adalah merupakan diantara makhluk Allah S.W.T yang digunakan sebagai senjata untuk mententeramkan kaum Muslimin di dalam peperangan. Sirah al-Nabawiyyah juga telah menunjukkkan kepada kita secara jelas bagaimana Allah S.W.T telah mendatangkan ‘mengantuk’ ini terhadap golongan Muslimin dalam peperangan Badar al-Kubra sehingga mereka merasa segar, teguh dan tentera Muslimin mencapai kemenangan yang begitu bersejarah di medan Badar al-Kubra.

Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Anfal ayat ke-11 yang bermaksud:
“(ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu)”.
( Memperteguh telapak kaki disini dapat juga diertikan dengan keteguhan hati dan keteguhan pendirian.)

Di sini, penuulis akan kongsikan bersama teman-teman sekelian berkaitan beberapa adab-adab menguap menurut ajaran Islam yang mulia ini agar kita sentiasa terhindar daripada gangguan jin dan syaitan insyaallah ta’ala.

Di dalam sebuah hadith riwayat al-Bukhari, bahawasanya Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya."

Begitu juga dalam Hadith Riwayat Imam Muslim, daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).”

Nabi Muhammad S.A.W bersabda melalui Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., maksudnya:
“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.”

Dalam hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi pula, telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.”

Melalui rantaian Hadith-hadith diatas, beberapa perkara yang berkaitan adab dan pengajaran yang boleh kita semua ambil di sini adalah:

1. Kita hendaklah berusaha menahan diri daripada menguap sekadar kemampuan kita terutama ketika solat kerana Syaitan begitu suka kepada orang yang menguap serta menghindari daripada gangguan di dalam solat.

2. Hendaklah meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat supaya terhindar daripada dimasuki oleh syaitan melalui mulut yang terbuka terutama ketika menguap tersebut.

3. Adalah Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin. Ini kerana syaitan akan mentertawakan orang yang mengeluarkan bunyi apabila ketika menguap serta perkara itu dibenci oleh Allah S.W.T

4. Disunatkan ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan kepada orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”sebagai mendoakan kebaikan untuknya.. Sesungguhnya Allah S.W.T suka kepada hamba-Nya yang selalu berzikir dan ingat kepada Allah S.W.T pada setiap perbuatannya dan pekerjaannya.

5. Disunatkan juga untuk mengucapkan “Astaghfirullah”selepas menguap sebagai tanda untuk menghindarkan diri sendiri daripada syaitan. Wallahu a’lam…

Bebaskan Dirimu Daripada Cengkaman Nafsu!

BEBERAPA HADITH TENTANG KELEBIHAN DAN FADHILAT BERSEDEKAH


1. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Pada setiap waktu pagi dan petang, dua malaikat akan turun kepada seorang hamba lalu salah satu daripada malaikat itu berkata:
‘Ya Allah! Berikanlah orang yang mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian. ‘Kemudian berkata malaikat yang lain: ‘Ya Allah! Berilah kepada orang yang menahan diri daripada mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Daripada Muaz Bin Jabal r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: Puasa adalah pelindung,sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam.”
(Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)

3. Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya sehinggalah diadili di antara manusia (pada hari kiamat).”
(Hadis riwayat Ahmad)

4. Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan.Tangan yang di atas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).”
(Hadis riwayat Muslim)

5. Daripada Ummu Bujaid r.ha, beliau berkata: "Wahai Rasullullah! Sesungguhnya orang yang miskin sering datang ke rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya". Maka rasulullah S.A.W bersabda:
“Sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang telah terbakar maka hulurkanlah ke tangannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi)

6. Daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Perbuatan-perbuatan baik melindungi serangan jahat.”
(Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)

7. Daripada Abu Dzar r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Janganlah kamu menghina kebaikan sedikitpun , walaupun sekiranya kamu bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang ceria.”
(Hadis riwayat Muslim)

Bebaskan Dirimu Daripada Cengkaman Nafsu!

Rabu, Februari 25, 2009

Mengapa perang Badar al-Kubra’ begitu istimewa?


Perang Badar al-Kubra mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan hikmah yang begitu tersirat di sebaliknya sehiggakan Nabi S.A.W pernah berdoa kepada Allah S.W.T agar memberi kemenangan kepada tentera Muslimin dan jika tidak menang maka akan lenyaplah Islam daripada muka bumi ini. Di bawah ini, penulis kongsikan beberapa keistimewaan perang Badar al-Kubra ini sebagai panduan kita bersama Insyaallah...

Pertama, karena Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari suku Khazraj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.
Kedua, baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badar, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ketiga, peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah S.W.T.
Keempat, walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak mengalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.
Kelima, jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.
Keenam, kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.
Ketujuh, mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraish boleh membantu melancarkan strategi peperangan.
Kelapan, menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.
Kesembilan, menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah S.W.T semata-mata dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.
Kesepuluh, cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar bagi menyelesaikan isu tawanan perang.
Kesebelas, sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan dari sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.
Keduabelas, sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka.

Ibu Singa Dan Anak Orang Utan.

Pernah satu ketika, Seorang senior penulis bercerita kepada penulis dan beberapa rakan penulis tentang kisah seekor anak Singa dan seorang pemburu. Kisah ini bertajuk Akal Manusia..Agak menarik kisah ini, tetapi tulisan penulis pada kali ini bukanlah berkisar kepada cerita ini bahkan ianya berkaitan dengan video yang penulis akan paparkan pada akhir tulisan ini nanti Insyaallah.
Kisahnya bermula begini. Pada suatu hari, Ibu Singa berkata kepada anaknya: "Wahai anakku, dengarlah nasihat ibu ini baik-baik". Lalu anak singa itu mengangguk tanda faham.

Ibunya meneruskan kata-katanya: “Berhati-hatilah kamu terhadap makhluk yang bernama manusia. Walaupun kita seekor binatang yang dianggap Raja di hutan belantara ini, namun kita tetap akan kalah dengan makhluk yang bernama manusia itu”. Lalu anak singa tersebut menyampuk: “Kenapa Ibu? Adakah ia lebih kuat daripada kita”. Maka ibu Singa memandang ke arah anaknya dan berkata sambil tersenyum: “Bukan, tetapi manusia itu dikurniakan akal fikiran dan dengan akal fikiran ini jugalah mereka mengalahkan kita”..Perbualan mereka terhenti setakat itu kerana hari sudah semakin larut malam dan si Ibu Singa menyuruh anaknya masuk tidur.
Beberapa hari kemudian, ketika mana anak Singa itu sedang sibuk bermain-main di sebuah kawasan yang agak lapang, maka ia telah melihat satu lembaga yang agak pelik.Sebenarnya lembaga itu adalah seorang pemburu yang sedang berjalan-jalan di kawasan itu. Tidak sama dengan kawan-kawannya ataupun ibunya. Lembaga itu memegang memakai topi, berseluar dan baju yang agak kemas, serta boleh berjalan dengan dua kaki sahaja. Anak singa tadi berhenti bermain, dan memerhatikan ke arah lembaga tersebut. Maka dia berkata di dalam hati: “em barangkali inilah manusia yang dikatakan oleh ibuku itu. Aku nak lihatlah bagaimana akal fikiran yang ibu kata hebat sangat tu”..Dengan penuh rasa yakin dan ingin tahu, Di anak telah terlupa pesanan si Ibu dan terus meluru dengan lajunya ke arah pemburu tadi dan menerkamnya.
Si pemburu sangat terkejut, tetapi dia tidak terus melarikan diri kerana anak singa tadi tidaklah sebesar mana..Sambil tersenyum, anak singa tadi bertanya kepada sang pemburu tersebut: “Wahai manusia, tunjukkan aku akal fikiranmu, jika tidak aku akan makan engkau”!. Sang pemburu itu panik pada mulanya tetapi kemudian dia mendapat satu akal. Lalu dia berkata, “Wahai anak Singa, bertenanglah kamu. Sesungguhnya aku akan menunjukkan akal fikiranku kepadamu,tetapi lepaskanlah aku dahulu kerana akal fikiranku telah aku tinggalkan di rumah semasa aku keluar tadi”.
Maka anak Singa yang mempercayai kata-kata Sang Pemburu itu melepaskannya dan meminta dia balik ke rumah serta mengambil akal fikiran yang ditinggalkannya itu. Sempat juga ia mengingatkan pemburu tersebut: “Awas kamu, jika kamu tipu maka aku akan kerjakan kamu tau”!
Setelah lima belas minit berlalu, maka Sang pemburu itu tadi kembali ke tempat anak Singa tersebut sambil membawa akal fikirannya iaitu perangkap! Lalu ditangkap anak Singa tersebut dan dimasukkan ke dalam perangkapnya.Maka barulah Si anak Singa tadi sedar bahawa itulah yang dikatakan akal manusia. Namun, yang hanya boleh dilakukannya hanyalah mengalirkan air mata kesedihan...
Begitulah serba ringkas cerita yang ingin penulis kongsikan di sini. Manusia sememangnya istimewa kerana dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir di antara perkara yang buruk dan baik. Namun, Allah S.W.T telah mengingatkan manusia agar tidak mencampakkan diri mereka ke arah kebinasaan yang hanya akan merugikan diri mereka sendiri..Video yang akan penulis paparkan di bawah ini berkaitan dengan perasaan kasih-sayang yang ada pada seekor haiwan walaupun bukan anaknya. Namun, manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran ada yang sanggup membuang anak walaupun itu adalah anak mereka sendiri. Maka, hendaklah kita sedar bahawa nabi S.A.W mengingatkan kita tentang hubungan yang ada di antara setiap Muslim itu bahawa mereka tidak menzalimi dan juga tidak dizalimi. Semoga sedikit perkongsian pada kali ini mampu memberi kesedaran kepada kita semua. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) tidak mampu memebri hidayah kepada orang yang kamu cintai tetapi sesungguhnya Allah S.W.T sahajalah yang memberi pertunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya".Wallahu alam...



video

Ya Allah, Lindungi Saudara Kami!


Kata Ismail Haniyeh (Perdana Menteri Palestin)

Jangan sesiapa terpedaya bahawa sekatan dan kelaparan yang kami hadapi adalah kerana kami tidak memenuhi tuntutan untuk mengiktiraf Israel atau meletakkan senjata.

Tujuan yang sebenarnya adalah memaksa kita menyerahkan Masjid al-Aqsa dan menerima kewujudan Yahudi yang merampas tanah kami”


video

Selasa, Februari 24, 2009

Jiwa Perjuangan!


Dalam tulisan penulis pada kali ini, penulis ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian salah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan seseorang Muslim yang ingin mewarnai kehidupannya dengan kegembiraan di hari akhirat kelak iaitu sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam surah al-Taubah ayat ke-19 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah S.W.T telah membeli daripada orang-orang Mukmin itu diri-diri dan harta-harta mereka untuk digantikan dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah S.W.T, maka mereka akan membunuh dan dibunuh. Inilah janji yang benar yang telah disebutkan di dalam al-Taurat, Injil dan al-Quran. Barangsiapa yang memenuhi janji Allah S.W.T, maka bergembiralah kamu dengan bai’ah yang kamu bersumpah setia dengannya. Dan itu adalah sebuah kejayaan yang besar.”
Jika kita tinjau persepsi masyarakat hari ini, mereka mempunyai penilaian dan penasiran yang begitu banyak sekali mengenai erti perjuangan ini…namun bagi penulis, terlalu sedikit yang ingin memahami erti perjuangan dalam hidup mereka seagaimana ayat di atas…Contoh yang mudah dapat kita ambil dan buat kesimpulan daripada masyarakat melayu Islam kita terutamanya, bagi golongan penyanyi dan pelakon ataupun sesuai kita ungkapkan sebagai artis, maka mereka berkata bahawa perjuangan mereka adalah dalam bidang seni. Bagi golongan usahawan pula, perjuangan mereka dalam bidang perniagaan. Bagi golongan pemain bola sepak dan sebagainya, perjuangan mereka dalam bidang sukan dan banyak lagi contoh yang lain yang dapat teman-teman fikirkan bersama di sini.
Namun, perjuangan yang dinilai oleh kebanyakan masyarakat kita hari ini, sebenarnya belum lagi boleh dikatakan sebagai perjuangan jika tidak mempunyai jiwa atau hati…Contoh yang mudah, sebagaimana jiwa atau hati kepada jasad kita. Ahkan tidak keterlaluan dikatakan jika hati atau jiwa ini mampu memberikan seri dalam kehidupan. Dengan hatilah, manusia berperasaan, ingin dikasihi, disayangi dan sebagainya…Jadi, apakah jasad kita ini dikira bernilai tanpa hati dan roh atau jiwa…Ia umpama mayat hidup, tiada makna dan sia-sia…Apakah hati atau jiwa kepada perjuangan ini? ianya adalah Jihad.
Perkataan jihad secara bahasanya bermaksud kesungguhan, atau kepenatan dalam kerja…Namun, dalam konteks perjuangan, jihad dinilai daripada sudut kesungguhan dalam mempertahankan dan membantu agama Islam . Tidak kiralah siapa kita, atau sebesar mana pangkat kita, namun inilah jiwa yang perlu diisi kepada perjuangan kita walaupun dalam konteks hari ini, banyak perubahan telah berlaku dalam negara kita sendiri..Kita mungkin pernah menonton filem Hati Malaya, untuk mengingatkan kembali kepada masyarakat Malaysia perjuangan menuntut kemerdekaan itu merupakan hati kepada keamanan hari ini..lihat,begitu bermaknanya erti hati tersebut.. Namun, berapa ramai yang menyedari serta mementingkan soal hati, jiwa dalam perjuangan mereka? Sehingga menyebabkan pembelaan hanya kepada diri sendiri, tidak kepada agama…Tidak salah kita berusaha mencari rezeki, tetapi yang salahnya adalah kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada agama Islam yang kita cintai ini.
Ibnu ‘Athaillah al-Sakandari pernah menyebut dalam kitab Hikamnya: “Daripada alamat atau tanda-tanda orang yang bersendiri dengan amalnya, adalah berkurangnya pengharapan (kepada Allah S.W.T) ketika berlakunya keburukan, musibah”.
Satu perkara yang perlu kita sama-sama sedari pada hari ini adalah jihad untuk melawan hawa nafsu kita sendiri…bermula daripada kemenangan kita dalam melawan hawa nafsu inilah akan menyebabkan kita tidak akan mengabaikan sebarang tuntutan dalam beragama ini…Penulis teringat kepada sebuah kisah yang belaku selepas daripada peperangan Badar al-Kubra. Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada para sahabat yang merupaka ahli Badar pada ketika itu: “Kita telah pulang daripada jihad yang kecil untuk menuju kepada jihad yang lebih besar” Maka Para sahabat terkejut dan merasa pelik, kerana bagi mereka, Badar al-Kubra adalah sebuah kemenangan yang sangat besar ertinya. Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.A.W apakah jihad yang besar itu. Maka, nabi S.A.W bersabda: “Jihad melawan hawa nafsu”..Begitulah besarnya nilai jihad dalam kehidupan kita ini.
Bagi penulis, di antara punca kebanyakan masyarakat Islam pada hari ini tidak betul-betul menunaikan taggungjawab terhadap agama Islam adalah kerana mereka belum betul-betul memahami konsep hijrah yang sebenar…Bilamana rasulullah S.A.W telah menyatakan sejak 1400 tahun yang lampau bahawa tidak ada lagi hijrah selepas daripada pembukaan Kota Mekah, tetapi yang ada ialah niat dan jihad, memberikan satu erti dan panduan yang cukup besar kepada kita untuk menghadapi cabaran kehidupan hari ini.. Penulis timbulkan sedikit persoalan di sini, berapa ramai yang sentiasa berniat setiap apa yang mereka lakukan di dalam kehidupan mereka seharian adalah untuk membantu Islam yang tercinta serta untuk menjaga kepentingan umat Islam? Bilamana mereka berniat, nescaya dalam setiap gerak kerja mereka akan dipandu dengan perkara yang baik…Sebenarnya, niat memberikan kita satu kekuatan dan motivasi untuk melakukan sebarang pekerjaan..Contoh yang mudah boleh penulis kemukakan disini adalah puasa.. Orang yang berniat untuk berpuasa akan mampu menahan diri mereka daripada makan, minum dan syahwat bermula daripada terbit fajar hingga tenggelamnya matahari tetapi orang yang tidak berniat pasti tidak akan mampu menahannya..Di sini cukup jelas tentang hikmah yang tersirat di sebalik niat itu…Maka, ulama’ mengatakan bahawa penghubung di antara jihad dan niat sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W di atas adalah Hijrah…Jelasnya, sekiranya umat Islam hari ini memahami konsep hijrah ini, nescaya mereka akan mampu meletakkan jiwa atau hati kepada perjuangan mereka.
JIHAD BUKAN HANYA MENGANGKAT SENJATA.
Sesetengah orag cukup takut bila mendengar perkataan jihad, tapi tiada orang yang akan takut bila mendengar perkataan hati. Sebab itu penulis suka untuk menggunakan jihad itu sebagai hati atau jiwa kepada perjuangan. Jika jiwa dan jasad tidak boleh dipisahkan, begitu juga jihad dan perjuangan, tidak boleh dipisahkan juga.. Kadangkala, bila orang mendengar perkataan jihad maka mereka akan berkata bahwa jihad adalah mengangkat senjata dan berperang…Sebenarnya, jihad itu perlu difahami secara luas konsepnya. Sebagiamana yang penulis katakan pada awal tulisan penulis tadi, seiap orang yang bekerja perlu memastikan diri mereka mampu berjihad sesuai dengan kemampuan mereka agar Islam sentiasa terbela..Mari kita tinjau beberapa pandangan ulama’ mengenai konsep jihad di sini:
Contohnya, ulama' Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam.
Manakala ulama' Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.
Imam Hassan al-Bana pula menyatakan bahawa:
''Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesamA manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.''
Jadi, secara jelas di sini jihad bukanlah hanya berperang mengangkat sejata, tetapi juga kita menginfakkan diri dan harta-harta kita untuk menjaga kepentingan Islam serta menyeru dan berdakwah untuk menyebarkan Islam sesuai dengan kemampuan kita adalah juga jihad yang dituntut di dalam agama Islam yang hanif ini.
KEPENTINGAN ILMU.
Sebenarnya, setiap orang yang berilmu dan mempunyai sensitivity mereka terhadap Islam , pasti tidak tergamak untuk membiarkan agama Islam tanpa dibantu dan dijaga…Sebab itulah dalam apa jua tindakan kita, sedikit masa perlu diluangkan oleh kita di pagi dan malam hari untuk kita memikirkan tentang keadaan umat Islam..apalah yang boleh kita bangga dengan pencapaian kita di atas muka bumi ini sekiraya kita tidak berjaya untuk menjadi Muslim yang terbaik dalam agama kita…Kalau penuntut di sekolah dan Universiti gembira apabila mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap kali peperiksaan, mengapa kita tidak merasa sedih jika keputusan kita tidak cemerlang sebagai seorang Muslim..tetapi hakikatnya, manusia lebih suka kepada perkara-perkara yang boleh dinilai di depan mata mereka sahaja. Tetpi mereka tidak sedar bahawa hadiah yang Allah tawarkan adalah hadiah yang sangat bernilai iaitu Syurga yang tidak akan sekali-kali sama dengan apa yang ada di atas muka bumi ini..Penulis teringat satu kisah yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W..Pada ketika itu, nabi sedang berjalan bersama para sahabat baginda. Maka, apabila tiba di suatu kawasan, maka Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah melihat seorang tua yang sedang membuang kambingnya yang sudahpun menjadi bangkai..Maka rasululullah S.A.W bertanya tentang peristiwa itu kepada para sahabat baginda. Lalu mereka menjawab bahawa bangkai itu tidak berguna lagi bagi tuannya.. Maka rasululullah menyamakan dunia dengan bangkai kambing yang tidak ada gunanya itu…Bahkan, dunia jika dinilai di sisi Allah S.W.T sekalipun, nilainya lebih kecil daripada sebelah sayap lalat..Jadi, apakah dunia yang tidak nilainya ini yang ingin dikejar oleh kita, ataupun menjadikan dunia sebagai tempat untuk bercucuk tanam segala amalan kita serta hasilnya kita akan tuai di akhirat kelak. Maka pilihan itu adalah terpulang kepada kita sebagai hamba yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan akal dan iman utuk menimbang di antara perkara yang baik dan buruk.
Sabda Rasulullah .S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang berpagi-pagi dan tidak mengambil berat keadaan umat muslimin, maka dia bukanlah daripada kalangan mereka” dan dalam riwayat yang lain “Barangsiapa yang malamnya…”
Jadi, setiap orang yang inginkan kecemerlangan sentiasa mengiringi kehidupannya sebagai seorang Muslim sejati, maka dia hendaklah sentiasa menghayati dan memahami secara jelas soal ilmu lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan akhirat agar seseorang itu tidaklah terus hanyut dalam kehidupan dunia yang penuh dengan fatamorgana . Hayatilah kata-kata Saidina Ali K.W.J ini: “Serendah-rendah ilmu adalah apa yang terbit daripada lisan dan setinggi-tinggi ilmu itu adalah apa yang terbit daripada tindakan dan anggota badan”. Dan kata-kata hikmah yang berbunyi: “Minda yang besar itu berbicara soal ilmu, minda yang sederhana itu berbicara soal peristiwa dan minda yang kecil itu berbicara tentang diri oang lain”.
Penulis tidaklah mahu menulis panjang di sini, Cuma sekadar ingatan kita bersama..Kadangkala sesuatu perkara yang walaupun kita tahu tetapi tidak diperingatkan akan menyebabkan kita lalai dan leka sesuai dengan diri kita yang penuh dengan kelemahan ini..Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah ingin memudahkan urusan ibadah ke atas kamu, kerana mausia itu diciptakan dalam keadaan yang lemah”. Bahkan rasulullah S.A.W yang dipelihara oleh Allah S.W.T turut beribadat dengan penuh kesungguhan kepada Allah serta sentiasa berdoa’ untuk menyatakan bahawa baginda juga merupakan seorang hamba yang perlu bersyukur kepada Allah S.W.T, apatah lagi kita yang tidak terpelihara daripada dosa ini, perlu lebih bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Esa…Ingatlah, nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi pada hari ini adalah suatu kemuliaan bagi kita. Ibnu Taimiyah menyatakan apabila ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar, jadilah orang yang mengucapkannya itu ahliNya dan tergolong dalam golonganNya (golongan Allah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuhNya dan orang-orang yang dimurkaiNya…Jadi, janganlah sampai Allah S.W.T menarik kembali nikmat ini akibat kelalalaian kita sendiri..Akhirnya, semoga Allah S.W.T sentiasa meletakkan diri kita bersama golongan yang diberi hidayah dan petunjuk serta dijauhkan daripada sebarang perkara yang tidak diigini..Penulis menutup tulisan penulis pada kali ini dengan kata-kata as-Syahid Syed Qutb buat renungan kita bersama:
''Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.''

PERKARA YANG MENYALAHI ADAT

Perkara-perkara yang menyalahi adat atau dianggap sebagai perkara yang luar biasa memang berlaku di kalangan manusia serta ia diberikan oleh Allah S.W.T kepada golongan yang tertentu untuk tujuan-tujuan yang tertentu..

Bagi para rasul, perkara yang menyalahi adat kebiasaan manusia ini diberikan kepada para Rasul-Nya untuk menjadi bukti kekuasaan Allah serta bukti bagi kaum yang diseru dakwah oleh para Rasul ini sebagaimana yang berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W, Nabi Yusuf A.S, Nabi Musa A.S dan sebagainya. Ianya dinamakan Mukjizat dan Mukjizat itu bermaksud Lemah, iaitu sesuatu yang melemahkan orang-orang yang melihatnya. Namun begitu, terdapat juga perkara yang menyalahi adat, namun diberikan oleh Allah S.W.T kepada golongan yang bukan para Rasul, tetapi ianya tidaklah dinamakan Mukjizat. Dibawah ini penulis senaraikan beberapa perkara yang menyalahi adat tetapi ia bukanlah Mukjizat, untuk dijadikan panduan bersama Insyaallah Ta’ala.

Irhas : Kalau perkara yang menyalahi adat itu berlaku kepada seseorang Rasul, sebelum ia mendakwakan dirinya menjadi Nabi, maka itu dinamakan Irhas.

Karamah : Jika perkara yang menyalahi adat itu, berlaku kepada seseorang yang nyata baiknya (soleh), lagi bersifat “al-‘Adalah” (adil) serta tidak mendakwakan dirinya jadi Rasul, perkara yang menyalahi adat itu dinamakan Karamah.

Maunah : Kalau berlaku perkara yang menyalahi adat itu kepada orang-orang awam, namun tidak nyata kesolehan (baiknya) dan tak nyata fasiqnya, maka perkara yang menyalahi adat itu dinamakan Maunah, ertinya bantuan daripada sisi Allah S.W.T.

Istidraj : Adapun jika terbit perkara yang menyalahi adat itu di tangan seorang yang fasiq, maka perkara yang menyalahi adat itu dinamakan Istidraj selaku tipu daya atasnya dan ia bertujuan untuk menambahkan lagi kesesatan ke atas dirinya..

Ihanah-Khazlan : Ada lagi yang menyalahi adat itu dinamakan Khazlan-Ihanah yang mana hal tersebut lahir pada diri seorang yang menyalahi maksudnya, menggunakannya untuk menghinakannya, sepertimana yang berlaku terhadap Musailamatul Kazzab, yang telah mendakwa diriya sebagai Rasul di zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita