;

Isnin, Julai 27, 2009

Hayatilah Wahai Pemuda Islam!

Wahai para pemuda Islam, kita semua harus bangkit untuk menyemarakkan lagi lagi gelombang Islam di atas muka bumi. Tugas generasi muda hari ini adalah untuk menjadi "Rijal al-Taq'yir" ataupun ejen perubahan di dalam masyarakat dengan membawa Ideologi Islam. Mari kita sama-sama hayati kalam mutiara daripada Imam Hassan al-Banna sebagai penguat semangat kita bersama Insyaallah!

Mahasiswa dan Jalur Ummah.

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan jayanya Forum Perdana yang bertempat di Hayyur Asyir, Qahirah, Mesir yang mana telah menampilkan YB Dato’ Dr Hassan bin Mohd Ali, yang merupakan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, juga dua orang panel yang lainnya, iaitu ustaz abdul Halim dan En Ahmad Zaidi yang turut serta menjadi anggota rombongan yang diketuai oleh Dr Hassan sendiri dalam lawatan kerja beberapa hari ke Negara-negara Timur Tengah yang didiami oleh mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang menuntut di sana seperti Syria, Jordan dan juga Mesir sendiri.

Apa yang menariknya, forum yang berlansung sekitar 2 jam ini telah membincangkan satu tajuk khusus yang telah dipilih oleh anggota penganjur daripada BKASM iaitu Badan Kebajikan Anak Selangor sendiri yang mana tajuk yang dibincangkan adalah sangat relevan dengan kondusi Mahasiswa Islam sendiri iaitulah “Mahasiswa dan Masa Depan Ummah”.
Walaupun bagi penulis, forum yang berlangsung tidaklah dapat dikupas dengan mendalam, namun sekurang-kurangnya ia telah mampu mencetus momentum-momentum yang besar dalam diri Mahasiswa bahawa mereka punyai peranan yang cukup besar untuk menggalas cabaran kepimpinan Negara pada masa akan datang.


Encik Zaidi umapamanya menegaskan, mutakhir ini gelombang Mahasiswa telah dapat dilihat kembali. Di Malaysia khususnya, mereka telah kembali bangkit untuk membawa wacana-wacana dan Ideologi Mahasiswa sendiri. Begitu juga di Timur tengah, Mahasiswa dan mahasiswi yang balik telah punyai satu semangat yang terpulih dengan isu-isu dan transformasi politik yang melanda Landskap politik Negara untuk turun padan bersama-sama aktivis gerakan yang lain untuk bekerja menegakkan Syiar islam di Malaysia.
Tahun 90-an umpamanya, yang digelar sebagai fatrah reformasi Mahasiswa, telah memberi kesan yang cukup besar kepada semangat mahasiswa dan mahasiswi hari ini yang mana berhadapan sedang berhadapan dengan isu-isu baru yang lebih menarik dan mencabar pada pandangan penulis sendiri.

Sesungguhnya, Mahasiswa yang ada pada hari ini u
mpanya denyutan nadi dan jantung kepada Masyarakat yang sangat parah dengan Fenomena dan Gejala sosial yang sangat meruncing.Jelasnya, masyarakat hari ini terutama golongan Muda perlukan tajdid yang menyeluruh terhadap modal insan itu sendiri kerana merekalah yang diharapkan untuk terus segar sebagai tunjang-tunjang dan akar-akar yang menyokong kesejahteraan Malaysia sendiri.
Sepertimana yang dijelaskan oleh Dr Hassan Ali, Selangor umpamanya, adalah merupakan negeri yang termaju dan terkaya daripada sudut Prospek dan Industrinya. Namun, daripada sudut modal Insannya, Selangor adalah negeri yang terbawah daripada sudut kualiti sakhsiah dan akhlak.Maka, Kerajaan Negeri yang baru sahaja 1 tahun 6 bulan memerintah di Selangor perlukan pengemblengan usaha, kerjasama dan tenaga yang sepenuhnya daripada seluruh anggota kerajaan dan masyarakat untuk mengembalikan semula paradigma-paradigma serta membaiki segala kepincangan dan kerosakan yang berlaku di Selangor sendiri. Sebab itulah beliau begitu mengharapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut di Negara timur tengah ini khususnya Mesir agar mampu menuntut sebanyak mana Ilmu dan kemahiran yang terdapat di sini agar mampu untuk berganding bahu dan bekerjasama demi memastikan kesejahteraan dan kestabilasn politik serta keadilan rakyat terus dipelihara dan amanah pemerintahan dapat dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab. Secara jelas, mahasiswa yang ada pada hari ini perlu terus membentuk keyakinan dalam diri serta tidak gentar untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baik secara dalaman mahupun luaran. Bahkan, mereka tidak perlu risau kerana peluang pekerjaan telah tersedia di Malaysia seperti di Selangor sendiri untuk generasi mahasiswa yang mampu memerikan sepenuh komitmen unjtuk membangunkan nilai Insan dan mendekatkan kembali Masyarakat dengan nilai-nilai dan asas-asas agama yang syumul.

Empat elemen penting yang perlu digarap dan dicerna secara sempurna oleh gemerasi Mahasiswa dan Mahasiswi hari ini sebagaimana yang telah disebut oleh Imam Hassan al-Banna sendiri dalam “al-Risalah ila Syabab” iaitulah Iman yang mana asasnya hati yang bijaksana, kemudian Ikhlas yang mana asasnya hati yang teguh, Ketiganya adalah Hamasaah atau semangat dan asasnya adalah perasaan yang kuat. Seterusnya yang keempat adalah Amal dan asasnya adalah azam yang berterusan. Inilah empat elemen penting yang menjadi tanggungjawab golongan Syabab khususnya Mahasiswa dan mahasiswi yang segar dengan ilmu pengetahuan untuk terus mekar mewarnai warna-warna Islam ke dalam masyarakat.

Apa yang penting, kita tidak akan sekali-kali berjaya jika kita hanya berjuang atas dasar semangat tanpa kefahaman yang holistik terhadap perjuangan yang sedang kita dokongi pada hari ini. Begitu juga, kita sekali-kali tidak akan berjaya jika kita tidak mampu untuk turun dan terjun ke dalam masyarakat setelah kita habis belajar dan balik ke Malaysia kelak.


Penulis mengharapkan kepada diri penulis khususnya dan diri teman-teman dan rakan-rakan seperjuangan sekelian agar setiap hari yang kita lalui sentiasa dimuhasabah oleh kita bersama, apakah yang telah kita sumbangkan untuk Islam yangb kita cintai ini, dan adakah sedikit sumbangan yang kita taburkan itu mampu memberi menafaat keapada seluruh Ummah.Hakikatnya 7 persekitaran yang perlu kita ketahui untuk menyebarkan risalah dan dakwah Islam di atas muka bumi ini adalah diri kita sendiri, keluarga kita, Jiran, Masyarakat, Negeri, Negara dan Ummah.

Ahkirnya, penulis memetik kata-kata al-Ustaz Hassan al-Hudaibi, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang kedua : “Binalah Daulah Islamiah dalah diri kamu, nescaya akan terbina Daulah Islamiah dalam Negara Kamu”.

Wallahua’lam…

Fir’aun Umat Muhammad.

Pernahkah teman-teman mengetahui bahawa setiap zaman dan umat terdapatnya Firaun ataupun golongan yang menjadi simbol kezaliman dan kedurjanaan terhadap agama Islam yang hanif dan mulia.

Mengapakah golongan yang jahat ini dipanggil Firaun? Ianya adalah lambang kepada kehinaan dan kejahatan yang tidak terbatas. Kita biasa mendengar istilah Firaun pada zaman nabi Musa bukan? Tetapi Fir’aun pada zaman nabi Musa disebutkan oleh sesetengah pendapat melebihi 330 dan ada di kalangan Fir’aun ini lahir daripada kalangan kaum perempuan sepertimana Fir’aun yang diberi nama Cleopatra yang merupakan generasi dan nasab keturunan terakhir Dinasti Fir’aun di Mesir, disebabkan beliau telah berkahwin dengan seorang pemuda Jerman yang diberi nama Mark Anthony, yang tidak berasal daripada golongan Firaun juga. Terdapat juga Fir’aun yang diberi nama Ramsis, Ramsis 2, Amon Re dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa Fir’aun tidaklah merupakan nama, tetapi ianya adalah gelaran yang diberikan kepada golongan-golongan raja yang memerintah Mesir sejak zaman nabi Musa lagi.

Kita juga maklum, ada di kalangan Fir’aun tersebut baik dan ada yang sangat jahat, seperti pada zaman nabi Musa A.S. Kejahatan Fir’aun pada zaman nabi Musa terserlah oleh kerana beliau terlalu lupa diri dan melampaui batas dengan kurniaan nikmat Allah S.W.T sehinggalah beliau sanggup melabelkan dirinya sebagai tuhan yang paling agung dan tinggi yang mana, para syaitan sendiripun tidaklah sampai tahap mengakui diri mereka sebagai tuhan!

Biarpun begitu, nabi Muhammad S.A.W. telah mengingatkan umat baginda bahawa Fir’aun yang ada pada zaman baginda adalah lebih dahsyat lagi berbanding Fir’aun pada zaman nabi Musa sendiri, iaitulah salah seorang pemuka terkenal di kalangan para pembesar Quraisy, Abu Jahal laknatullah. Baginda bersabda: ”Untuk setiap umat itu, adanya Fir’aun, dan Fir’aun pada zaman umat Muhammad ini adalah Abu Jahal”

Abu Jahal adalah salah seorang pemuka Quraisy yang dianggap paling durjana sekali. Beliaulah orang yang paling kuat menentang dakwah baginda daripada hidup sehingga mati. Bahkan,tiada ruang sedikitpun untuk Abu Jahal berehat daripada melakukan propaganda dan konspirasi demi menyekat dan memusnahkan dakwah nabi Muhammad S.A.W.

Abu Jahal mati di tangan salah seorang sahabat baginda rasulullah S.A.W. iaitulah Abdullah bin Mas’ud R.A. di dalam peperangan Badar al-Kubra. Namun, anaknya pula, iaitu Ikrimah bin Abu Jahal akhirnya telah masuk Islam serta menjadi salah seorang daripada sahabat nabi S.A.W. yang hebat.

Ketika pedang yang dipacu oleh saidina Ibnu Mas’ud R.A. telah berada di pangkal leher Abu Jahal Laknatullah , maka Abu Jahal masih sempat membuat permintaan dengan begitu bangga kepada Ibnu Mas’ud agar dipotong di bahagian dadanya bukan di lehernya supaya kematiannya kelak lebih kelihatan gah di hadapan rasulullah S.A.W.

Walaupun nyawanya sudah di hujung tanduk, beliau masih tidak mahu untuk mengakui kerasulan nabi Muhammad serta memeluk Islam. Malahan terus angkuh untuk mati memperjuangkan agama nenek moyangnya. Berbanding dengan Fir’aun, ketika mana beliau tahu bahawa beliau akan mati di dalam lautan merah, beliau akhirnya mengakui juga bahawa Allah S.W.T. adalah tuhan yang paling tinggi dan agung walaupun taubatnya sudah tidak diterima pada waktu tersebut. Inilah antara bukti bahawa Abu Jahal digelar sebagai Fir’aun untuk umat Muhammad kerana kezaliman dan kedurjanaan yang dilakukannya.

Banyak peristiwa yang menceritakan tentang perihal Abu jahal ini, sehinggalah beliau dilihat sebagai seorang yang sangat berani hingga sanggup menyentuh dan mencederakan batang tubuh rasulullah S.A.W. sendiri.

Terdapat satu kisah yang dinukilkan di dalam kitab sejarah al-Quran, karya Abdul Fattah al-Qadhi. Ketika mana pada satu hari, Abu Jahal telah menjerut leher baginda dengan kain untuk mencekiknya tetapi sahabat baginda yang mulia iaitu, Abu Bakar al-Siddiq, telah melepaskan baginda daripada jerutan tersebut lalu berkata: ” Patutkah kamu membunuh seorang yang mengakui tuhannya adalah Allah!”

Begitu sekali keinginan Abu Jahal untuk memusnahkan rasulullah S.A.W. dan dakwah Islam.Lihatlah bagaimana sahabat nabi, Bilal bin Rabah, diseret di atas padang pasir yang panas terik, dan dihempap dengan batu yang besar hingga mereka mengatakan : ”Kami tidak akan mengangkat batu ini daripada dadamu sehingga engkau keluar daripada agama Muhammad”. Begitu juga sebagaimana yang berlaku kepada Ibu Ammar bin Yassir, iaitu Sumayyah yang telah ditangkap oleh pengikut Abu Jahal serta diseksa sehingga terbelah dua badannya akibat ditarik oleh dua ekor kuda ke timur dan ke barat. MasyaAllah, begitu kejam dan zalim penyeksaan yang dilakukan.

Banyak lagi bentuk penyeksaan yang dilakukan, namun penulis tidaklah ingin menukilkan semuanya di sini. Hanya ingin mengatakan bahawa Fir’aun untuk umat nabi Muhammad adalah Abu Jahal. Maka, sesiapa jua yang berpelakuan sebagaimana Abu jahal ataupun cenderung untuk melakukan kezaliman dalam apa bentuk juapun terhadap umat Islam, maka mereka-mereka ini adalah golongan pengikut Fir’aun akhir zaman dan di akhirat kelak, mereka akan bersama dengan Abu Jahal masuk ke neraka Allah S.W.T. Na’uzubillah Min Zaalik! Moga-moga kita semua akan dapat mengambil iktibar dan pengajaran Insyaallah.

Wallahu’alam...

Isnin, Julai 13, 2009

Kisah Abu Bakar bersama Aisyah.

Abu Daud meriwayatkan sebuah kisah mengenai Aisyah R.A.

Daripada Nu'man bin Basyir r.a.,beliau bercerita. Pada suatu hari, Abu Bakar meminta izin untuk masuk ke tempat Nabi S.A.W.

Tiba-tiba, beliau mendengar Aisyah berbicara dengan nada keras kepada rasulullah S.A.W. setelah diizinkan masuk, maka Abu Bakar r.a. berkata kepada Aisyah puterinya: "Mengapa engkau berani berbicara dengan nada keras kepada rasulullah S.A.W.!" Abu Bakar hendak mengangkat tangannya untuk memukul Aisyah, namun rasulullah S.A.W. mencengahnya. Kemudian Abu bakar keluar dalam keadaan marah. Lalu rasulullah S.A.W. berkata kepada Aisyah: "Sesungguhnya kamu telah diselamatkan daripada pukulan ayahmu" Beberapa hari kemudian Abu Bakar kembali memohon izin untuk masuk ke tempat rasulullah S.A.W. Pada waktu itu, beliau melihat rasulullah S.A.W. dan Aisyah telah rukun kembali.Beliau berkata: "Sertakan aku dalam suasana damai kalian, sebagaimana kalian telah menyertakan aku dalam suasana bertengkar kalian" . Kemudian Nabi S.A.W. menjawab: "Kami telah lakukan, kami telah lakukan"

Kisah di atas mempunyai pengajaran yang bernilai kepada kehidupan berumahtangga. Suami dan Isteri seharusnya sentiasa perlu mewujudkan suasana damai dalam keluarga walaupun kadangkala berlaku perkara yang tidak disukai oleh suami mahupun isteri. Namun, ambillah pengajaran daripada rasulullah S.A.W. dalam kehidupan berumahtangga kerana pada baginda terdapat Qudwah yang baik untuk dicontohi.Moga-moga kita akan dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T.Amin...

Memperkasa Institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah'


Assalamualaikum warahmatullah...

Pertamanya, penulis memohon maaf kerana tidak sempat untuk postkan banyak tulisan dalam blog penulis kerana agak sibuk sedikit.

Namun, apa yang penulis harapkan daripada teman-teman dapat mengambil manafaat daripada setiap perkara yang dikongsi dalam blog ini.

Ketika membaca satu artikel yang bertajuk 'Ustaz memang begitu' yang dikongsi oleh salah seorang penulis,beliau mengajak pembaca berfikir tentang situasi yang dihadapi oleh golongan berlabel 'Ustaz' hari ini.

Tidak dinafikan, panggilan 'Ustaz' dan 'Ustazah' bagi penulis sendiri membawa gambaran yang baik kepada personaliti seseorang itu.

Di malaysia khususnya,'Ustaz' dan 'Ustazah' mengambarkan seseorang itu adalah sorang yang baik wataknya, akhlaknya, elok tutur katanya dan bagus pakaiannya. Kemudian mampu untuk memberi pengisian Islam kepada masyarakat serta mereka adalah golongan yang dihormati.

Kita lebih maklum bahawa ini adalah satu bentuk pengkhususan kepada golongan yang mengambil jurusan pengajian Islam dan sebagainya sama ada di Timur Tengah atau di dalam Malaysia sendiri.

Di negara Arab seperti Mesir dan sebagainya, perkataan 'Ustaz' adalah diberikan kepada golongan biasa atau orang-orang biasa seperti penjual, pemandu bas dan sebagainya.Maka, panggilan ini adalah adat kebiasaan yang biasa di negara-negara Timur tengah ini.

Namun, tidak di Malaysia...Malah, Title ini umpama satu pengikitrafan terhadap akhlak dan ilmu yang ada pada golongan-golongan yang mendalami dalam bidang pengajian Islam ini.

Apa yang ingin penulis bawakan di sini, adalah institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' yang ada pada hari ini merupakan amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Tiada Iman bagi mereka yang tidak beramanah, dan tiada solat itu bagi mereka yang tidak bersuci, dan tiadalah agama itu bagi mereka yang tidak bersolat".

Fenomena yang berlaku hari ini yang menjadi realiti serta mencemarkan Institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah'itu sendiri adalah peribadi dan identiti di sebalik title yang diberikan kepada mereka sendiri.

Sesungguhnya harus kita ingat, institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' yang telah dibangunkan sejak zaman-berzaman serta mendapat pengiktafan masyarakat sendiri adalah merupakan satu syiar serta rahmat yang perlu disyukuri secara sebaiknya.

Apabila masyarakat mengiktiraf institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' ini, bermaksud mereka telah membuka jalan dakwah yang luas untuk kita semua menggunakan segala kemahiran serta ilmu yang ada untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat.

Penulis beranggapan, golongan -golongan yang berada dalam zon yang cukup selesa di dalam institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' ini telah menyebabkan mereka melemparkan fitnah yang besar kepada institusi tersebut.

Penulis berasa sedih dengan gejala 'Ustaz' dan 'Ustazah' yang berlaku hari ini.Bukan sahaja yang berlaku kepada mereka-mereka yang menuntut di dalam negara sahaja, tetapi institusi ini tetap tercemar dengan identiti yang dipamerkan oleh mereka-mereka yang menuntut di Luar negara. Dengan masalah rokok, berpakaian yang tidak senonoh, bercouple, chatting yang tidak syarie, solat jemaah dan sebagainya, ia sememangnya memberikan fitnah yang cukup besar kepada Institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' yang sedang membangun sekarang..

'Jangan kerana kemuliaan yang diberikan oleh masyarakat kepada kita, kita balas dengan fitnah yang akan membinasakan diri kita sendiri!'


Jelas, punca utama yang telah menghakis kekuatan dan keutuhan institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' hari ini adalah masalah dalaman golongan-golongan yang membawa nama yang mulia ini.Malah ianya adalah masalah sikap mereka sendiri yang ingin mencabut diri mereka daripada terus membagunkan insitusi ini.

Rasulullah S.A.W tatkala pulang daripada perang Badar al-Kubra bersama para sahabat baginda, maka baginda memberitahu kepada mereka semua: "sesungguhnya kita telah pulang daripada sebuah jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar".

Maka terkejut para sahabat yang mendengar pertanyaan daripada rasulullah S.A.W tersebut kerana bagi mereka, perang badar merupakan medan jihad yang agung dan paling besar. Namun, setelah mereka bertanya kembali kepada rasulullah S.A.W. apakah jihad yang lebih besar itu, maka dijawab oleh rasulullah S.A.W.: "Sesungguhnya jihad yang lebih besar itu, adalah Jihad melawan hawa nafsu"!

Inilah persoalan di sebalik fenomena yang melanda Institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' pada hari ini...Ayuh kita hayati nukilan syair yang dinukilkan oleh Imam al-Ghazali dalam Mukasyafah al-Qulub yang bermaksud: "Ketahuilah, kamu tidak akan dapat menyelusuri dan melihat jalan-jalan petunjuk jika kamu mengikuti hawa nafsu kamu sendiri!"

Di antara 4 peranan besar yang perlu dibawa oleh institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' pada hari ini adalah:

Tasykiil al-Syakhsiyyah: Pembinaan jatidiri dan identiti. Ini bertetapan dengan hadaf ataupun tujuan diturunkan nabi Muhammad S.A.W iaitu untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.

Tabliigh al-Dakwah: Menyampaikan Dakwah. Inilah agenda terbesar yang perlu dimainkan oleh kita pada hari ini untuk menyampaikan risalah Islam yang benar kepada seluruh masyarakat agar mereka mendapat kefahaman yang sebenarnya tentang kesyumulan Islam itu sendiri.

I'daad al-Quwwah: Persediaan kekuatan.Sesungguhnya institusi yang terbina pada hari ini perlu diperkasakan serta digerakkan dengan seluruh kekutan yang ada kerana realiti yang berada di hadapan mata kita bahawa golongan 'Ustaz' dan 'Ustazah' adalah sangat ramai.Tetapi daripada sudut kekuatan dan kualiti masih perlu dipertingkatkan lagi.

Binaa' al-Daulah: Pembinaan Daulah Ismiyyah. Inilah tujuan utama kita setelah melalui maralah-marhalah atau maratib-maratib amal Islami itu sendiri. Sekiranya golongan 'Ustaz' dan 'Ustaz' terus leka dalam zon yang selesa dan dunia ciptaan mereka sendiri, maka hadaf yang suci ini tidak akan mampu dicapai.

Ingatlah, institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' yang sedikit demi sedikit terhakis pada masa ini perlu diperkasakan dan dibersihkan daripada sebarang fitnah.jangan kita hanya gah pada pandangan masyarakat tapi dalaman kita penuh dengan kekusutan dan fitnah!.

Akhirnya, penulis menutup tulisan pada kali ini dengan kata-kata Saidina Ali K.W.J. yang bermaksud:

"Bagi setiap nikmat itu, ada kunsci yang menyelaknya dan ada kunci yang membukanya. Kunci yang membukanya adalah sabar dan kunci yang menyelaknya adalah malas."!

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita