;

Sabtu, Februari 27, 2010

Erti Maulidul Rasul Buat Kita…

clip_image002

Edisi Maulidul Rasul/2010

Erti Maulidul Rasul Buat Kita…

Maulidul Rasul menjelang lagi…hari yang penuh dengan keberkatan dan rahmat buat seluruh umat Islam. Seluruh dunia meraikannya sebagai tanda cinta dan kasih-sayang penuh tulus terhadap junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Namun, apakah ertinya Maulidul Rasul itu buat kita semua, adakah hanya sekadar sebuah perayaan, ataupun lebih daripada itu kita menghayatinya dengan penuh rasa ketaqwaan dan kesyukuran.

Pepatah arab ada menyebutkan :

"Bukanlah hari raya itu bagi mereka yang berpakaian serba baru sahaja, tetapi hari raya itu sebenarnya bagi mereka yang ketaatannya bertambah".

Ayuh kita sama-sama tajdidkan niat dan iman kita, mencintai dan mengasihi rasulullah s.a.w sepenuh jiwa dan raga. Tiadalah makhluk yang ada di atas muka bumi ini terlebih mulia daripada rasulullah s.a.w.

Jadikan baginda sebagai Qudwah ikutan terbaik berlandaskan firman Allah s.w.t di dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:

"Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan terbaik (sebagai ikutan)…"

Kita masih punyai masa untuk menjadikan biah di sekeliling kita menepati kehendak Allah s.w.t dan rasulnya..Mulakan daripada diri kita, mencegah maksiat kepada Allah s.w.t dan rasul-Nya, seterusnya menerapkan nilai Islam terhadap rakan dan masyarakat di sekeliling kita.

Perhatikan bagaimana Akhlak kita, solat Jemaah, ukhuwwah yang telah kita jalinkan, peribadi yang kita jana, adakah ia telah selari dengan kehendak Allah s.w.t dan rasul-Nya?

Maka, di situlah sebenarnya kayu pengukur terhadap kecintaan kita terhadap rasulullah, iaitu dengan melakukan sunnah baginda serta meninggalkan tegahannya. Malah, ianya adalah satu bentuk terhadap aplikasi Maulid yang kita sambut buat sekelian kalinya ini.

Firman Allah s.w.t di dalam surah al- ayat 7 yang bermaksud:

"Dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya)".

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah s.w.t telah memilih Kinanah di antara anak-anak Ismail, dan dipilihnya Quraisy daripada Kinanah, dan dipilihnya Hashim daripada Quraisy dan dipilihnya saya daripada Bani Hashim"-Hadith riwayat Muslim.

Lakukanlah Suruhan Allah s.w.t dan Rasul-Nya, dan tinggalkan tegahan Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Itulah ertinya Maulidul Rasul buat kita!

Disediakan Oleh : Unit Risalah dan Penerbitan UBS PMRAM 2009/2010

Jumaat, Februari 26, 2010

Mutiara Hassan al-Basri,

mutiara_kata2

Salam Maulidul al-Rasul penulis ucapkan buat seluruh teman walau di mana jua.

Untuk ruangan takzirah al-Auliya’ pada kali ini, penulis akan cuba berkongsi mutiara-mutiara dan kisah menarik mengenai wali-wali Allah s.w.t berpandukan sebuah kitab menarik yang telah dikarang oleh al-Syeikh Farid al-Diin bin ‘Attar rahimahullah (hidup tahun 608 H), dan huraian oleh al-Syeikh Muhammad al-Ashiili al-Wasthaninyyi al-Syafie rahimahullah (hidup tahun 836 H) yang bertajuk: Tazkirah al-Auliya”.

Moga-moga kita mendapat manafaat daripadanya Insyaallah Ta’ala.

Al-Imam Hassan al- Basri, seorang wali yang terkenal dengan kezuhudan, ilmu, dan akhlaknya yang tinggi, pernah berkata:

1. “Tidak perlu tidak untuk seorang mukmin itu perlu bermanafaat ilmunya, dan amalan yang sempurna dengan keikhlasan, dan kecukupan sesuatu rezeki dengan kesabaran, maka selepas berhasil perkara-perkakra ini, aku tidak mengetahui apakah yang akan diperbuat dengannya”.

2. “Kewarakan itu terbahagi kepada tiga tingkatan” :

Tingkatan Awal: Tidak berkata-kata seorang hamba melainkan dengan kebenaran, sama ada ketika marah mahupun ketika redha.

Tingkatan kedua: Menjaga anggotanya daripada sesuatu yang tidak diredhai oleh Allah s.w.t.

Ketiga: Tidak berniat kecuali pada sesuatu perkara yang diredhai oleh Allah s.w.t.

3. Sebesar zarah daripada sifat wara’ itu lebih baik daripada puasa dan solat."

4. Sebaik-baik ketaatan itu adalah berfikir dan wara’.

5. Jika aku mengetahui bahawa tiada dalam diriku sifat nifak, nescaya diri ini lebih aku cintai daripada dunia dan isinya.

6. Solat seseorang yang tidak hadir hatinya lebih dekat kepada siksaan.

7. Seseorang yang menginfakkan sesuatu ke atas dirinya, ke atas keturunannya, dan ke atas bapanya, maka ke atas dirinya hisab, melainkan apa yang ia telah infakkan ke atas temannya semata-mata kerana Agama atau memberi makan kepadanya, maka tiadalah bagi dirinya hisab.

8. Jika kamu ingin mengtahui tentang dunia selepas dirimu, maka lihatlah dunia itu selepas daripada selain dirimu.

9. Seorang mukmin yang lembut dan tenang sifatnya, tidaklah melakukan sesuatu yang ia kehendaki (mengikut hawa nafsu), dan mengatakan sesuatu yang tidak elok.

10. Tiadalah umpatan (melainkan) untuk tiga golongan: Pengikut hawa nafsu, orang yang fasik, dan Imam (pemimpin) yang zalim.

Diriwayatkan sesungguhnya beliau telah melihat seorang lelaki sedang makan dekat sebahagian perkuburan, maka beliau telah berkata: “Sesungguhnya beliau seorang munafik” maka telah ditanya kepada beliau: “Kenapa begitu?” lalu beliau berkata: “Barangsiapa yang menggerakan syahwatnya (nafsunya) terhadap makanan di antara orang-orang yang telah mati ini, maka sesungguhnya beliau tidak beriman dengan kematian dan hari akhirat, dan ini adalah tanda-tanda nifak”.

Wallahu’alam…

Islam Itu Diin Ijtimaie bukan Fardi.

solat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua teman..Moga kalian sentiasa diberikan kenikmatan Iman dan Islam untuk terus beramal dan berjuang. pada hari ini penulis ingin mengajak teman-teman berbicara sejenak tentang tajuk di atas.

Di antara tujuan rasulullah s.a.w diutuskan ke atas muka bumi ini adalah untuk menyempurnakan tuntutan berjamaah sebenarnya.

Jika kita melihat daripada sudut yang lebih luas, rahmat yang dibawa oleh rasulullah s.a.w tidak hanya melibatkan seseorang individu ataupun sekumpulan kecil manusia, bahkan ia meliputi bagi seluruh alam.

Bahkan inilah yang didapati daripada perkumpulan-perkumpulan manusia tatkala solatberjemaah, hari jumaat, menunaikan haji dan umrah dan Baitullah al-Haram dan sebagainya.

Lihatlah bagaimana rasulullah s.aw. telah mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar tatkala mereka telah sampai di Madinah al-Munawwarah, bahkan sebenarnya rasulullah s.a.w telahpun melaksanakan persaudaraan kali pertama di antara Muhajirin sebelum mereka berangkat ke Madinah. (lihat “Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah” oleh Dr Said Ramadhan al-Buthii".)

Ini tidak lain dan tidak bukan adalah menggambarkan sari penting yang terdapat di dalam Mujtama’ itu sendiri iaitu al-Ukhuwwah ataupun persaudaraan kerana tidak mungkin ukhuwwah mampu diaplikasi dengan baik hanya dengan Fardi (individu) semata-mata bahkan konsep itu perlu diaplikasikan di dalam sebuah Mujtam'a’ yang akhirnya mampu untuk menggerakan nilai-nilai dan asas-asas Islam dengan sempurna.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kunjungannya ke Malaysia baru-baru ini, di antara pelajaran penting daripada intipati hijrah itu sendiri adalah permulaan terhadap asas menegakkan Mujtama’ Muslim ataupun yang disebut dengan masyarakat Muslim.

Ini jelas kerana masyarakat Muslim tidak mampu dibina dengan dengan seseorang individu sahaja.

Bahkan, kita juga tidak akan mampu untuk melaksanakan tanggungjawab Islam dengan sebaiknya tanpa wujudnya masyarakat Islam yang baik.

Islam itu lahir sebagai Diin Ijtimaie (agama untuk seluruh masyarakat) tidak Diin Fardi (agama untuk seseorang individu)

Maka, Mujtama’ Muslim itu adalah asas terpenting terhadap intipati Jamaah itu sendiri.

Contoh yang telah diberikan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi sendiri adalah seumpama kita menunaikan solat secara berseorangan di rumah, maka di dalam al-Fatihah itu sendiri Allah s.w.t menggunakan bahasa “kami” tidak “aku” seperti dalam ayat “Hanya kepadamu kami menyembah dan hanya kepadamu kami memohon pertolongan”. Begitu juga di dalam ayat seterusnya, Allah s.w.t menegaskan “Tunjukilah kami jalan yang lurus”.

Walalupun kita hanya membaca al-Fatihah secara berseoarangan, namun asas terhadap Mujtama’ Muslim itu telah disebut secara jelas di dalam al-Quran.

Ianya merupakan penyaksian di dalam hati dan juga lisan kita sendiri.

Maka, menolaknya adalah seumpama menolak di antara asas terpenting di dalam perlaksanaan Islam.

Inilah yang telah disusun oleh Ulama’ –ulama’ Islam di dalam menjelaskan mengenai maratib-maratib Amal (susunan-susunan Amal) iaitu:

Fardu Muslim (individu Muslim)

Baitul Muslim (keluarga Muslim)

Mujtama’ Muslim (masyarakat Muslim)

Daulah Islamiah (negara Islam)

Khilafah Islamiah( pemerintahan Islam)

Secara jelas, kesemua maratib-maratib di atas diadunkan agar kita mampu memahami Islam dengan baik, seterusnya kembali kepada sistem Khilafah yang telah hilang daripada hidup Umat Islam sebagaimana kita telah bermula dengan diri kita sendiri dan semestinya kayu pengukur yang terbaik adalah Jamaah itu sendiri.

Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata”.

Secara kesimpulannya, umat Islam hari ini harus dipandu agar mereka mampu hidup dalam keadaan berjamaah, berfikir dengan fikrah Jamaah, merasai semangat Jamaah, dan beramal dengan amal Jamaah sehingga mereka boleh melaksanakan seluruh tanggungjawab Islam yang telah terpundak di bahu mereka.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat 138 yang bermaksud:

“(Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah s.w.t? (Kami tetap percayakan Allah s.w.t) dan kepadaNyalah Kami beribadat".

Penulis akhiri artikel ringkas pada kali ini dengan sebuah kalam Imam Hassan al-Banna yang berbunyi:

Sesungguhnya Islam itu satu sistem yang meliputi segala bentuk fenomena kehidupan. Islam merupakan Agama dan tanah air ataupun kerajaan dan umat. Ia merupakan akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan keadilan, material dan harta-benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau ketenteraan dan fikrah sepertiman ia juga adalah ‘Aqidah yang benar dan Ibadah yang shahih, tanpa ada perbezaan”.

Wallahu’alam…

Selasa, Februari 23, 2010

Janganlah Kebencianmu itu Merosakkan!

ukhuwwah

Salam ukhuwwah dan salam juang buat semua teman..moga-moga kalian sentiasa hidup dalam suasana tenang dan tenteram walau di mana kalian berada.

Hari ini, penulis ingin berkongsi sedikit mengenai perasaan kasih dan sayang serta benci…mungkin sekadar ingatan kita bersama.

Kita semua tahu, bahawa perasaan itu adalah sebuah anugerah Allah s.w.t. yang sangat bernilai kepada manusia.

Bayangkanlah, jika kita tiada perasaan…mesti hidup ini tidak seronok bukan?

Kadang-kadang perasaanlah yang mejadikan dunia ini penuh bermakna, seumpama warna-warna biru, hijau, koko dan lain-lain lagi yang menghiasi alam buana ini.

Namun, dengan akal dan iman yang dikurniakan buat kita, Allah s.w.t. menyuruh agar umat-Nya sentiasa waras dalam mengurus perasaan agar ia tidak merosakkan diri kita sendiri.

Dalam sebuah Hadith yang masyhur, Muhammad bin Ubaid al-Kindi daripada ayahnya, telah berkata:

“Aku telah mendengar Ali berkata kepada Ibni Kawwa’ ': Adakah kamu tahu apakah yang golongan awal telah berkata? Cintailah kekasih kamu sekadarnya sahaja; takut-takut ia akan menjadi kebencianmu pada satu hari nanti, dan bencilah seseorang itu sekadarnya sahaja, takut-takut ia akan menjadi kekasihmu satu hari nanti”-Hadith hasan Liqhairihi (Mauquf), dan ia sah secara marfu’…

Hadith ini secara ringkas memberi panduan bagaimana mengurus perasaan kasih-sayang dan benci di dalam kehidupan kita.

Kadang-kadang, kita sangat sayang kepada seorang itu..hingga habis segala rahsia diri dan masalah-masalah peribadi dicurahkan, kerana menaruh kepercayaan yang sepenuhnya. Tapi, kita harus beringat, tinggalkan sedikit rasa benci, cemburu dan sebagainya , bimbang ia akan menjadi musuh kita setelah mendapat habuan daripada diri kita.

Begitu juga, dalam kita membenci seseorang, jangan terlalau membencinya hingga melihat mukanya sahaja sudah membuat marah membuak-buak di dalam diri kita…tinggalkan walau sedikit rasa sayang dan belas kasihan, kerana mungkin satu hari ia akan menjadi teman terbaik bagi kita.

Akhirnya, uruslah perasaan kita dengan sebaiknya…tiada masalah yang tidak mampu diselelaikan di atas muka bumi ini kerana hakikatnya Allah s.w.t. telah menjadikan jawapan-jawapan kepada setiap persoalan yang membelenggu diri manusia melalui nur wahyu Allah s.w.t.

Daripada Umar bin al-khattab r.a, beliau telah berkata;

Jangan jadikan kasih-sayang kamu sebagai satu bebanan, dan jangan (jadikan juga) kebencianmu sebagai pembinasa. Lalu aku ( yakni zaid bin Aslam) bertanya; bagaimana berlaku sebegitu? Beliau berkata: Jika kamu mencintai sesuatu, kamu terbeban seperti bebanan kanak-kanak ( yakni terpaksa memenuhi kehendak anak-anak yang kadangkala membebankan), dan jika kamu terlalu membenci seseorang, kasih-sayangmu terhadap temanmu hanya akan merosakkan (perhubungan)”. – Hadith shahih sanadnya, dikeluarkan oleh Abdul Razzaq di dalam al-Musannif daripada Aslam..

Maka, Jangan jadikan sifat kasih-sayang kita sebagai beban yang akan membelenggu diri kita, dan jangan juga menjadikan sifat kebencian kita terhadap sesuatu merosakkan dan membinasakan diri kita sendiri. Ambillah pesanan nabi s.a.w buat kita semua:

خير الأمور أوسطها

Sebaik-baik perkara itu adalah yang pertengahan ( sederhana )

Moga-moga kita menjadi hamba yang berjaya di dunia dan akhirat. wallahu’alam…

Isnin, Februari 22, 2010

Bapak Borek, Anak Rintik…

rimau

Ini ada sebuah cerita..

Pada satu hari, seorang bapak sedang bermain permainan dam aji dengan anaknya.

Si bapak memulakan langkah, hebat bak sang panglima yang sedang berada di kemuncak kepahlawan.

Si anak hanya menjeling sinis, sambil tersenyum…lagaknya seperti mendapat satu akal untuk mengenakan si ayah yang sedang asyik mengatur tenteranya di atas padang berpetakan hitam putih itu.

Si anak dengan segera menyuakan buah damnya, satu persatu umpama seorang jejaka yang ingin menyerah kalah, mengangkat bendera putih.

Apalagi, rezeki sudah di depan mata…Panglima yang gagah ini tentulah tidak boleh kalah dengan remaja yang baru setahun jagung di dalam seni ketenteraan..

Wah, semakin tangkas si ayah makan buah dam yang disuakan oleh si anak…umpama si helang menyambar mangsa, hingga berjaya pamglima tua ini memecah kubu lawan (naik haji la tue).

Makin seronok si ayah nampaknya…Apa tidaknya, sekarang sudah kira-kira 3 buah damnya telah bertukar menjadi panglima handal..semuanya telah naik haji.

Apalagi, si anak yang sudah menjangka situasi itu dengan tangkas berkata kepada ayahnya, “Ayah, naik haji bukan main banyak, tapi solatnya malas”.

Wah, terkena si ayah…rupanya sungguh licik tentera muda itu memberi tamparan psikologi terhadap dirinya.

“Oh, kamu nak kenakan ayah ye, jaga kamu”…bisik si ayah yang sedang melihat si anak ketawa geli hati.

Si ayah mula mengatur langkah..Disuakannya buah dam yang masih di tahap tentera level pertama, betul-betul di hadapan si anak.

Si anak terfikir sejenak… “apa pula yang ayahku nak buat nie”, bisiknya dalam hati.

Namun, dimakannya buah dam tersebut.

Si ayah tersenyum…disuakan lagi buah damnya untuk menjadi santapan istimewa lawannya yang licik itu.

Tanpa berfikir panjang, si anak terus saja menyantap rezeki yang berada di depan mata...maklumlah sudah banyak buah damnya yang terkorban demi menjayakan strateginya tadi.

lalu, apabila sudah sampai masa yang sesuai, si ayah dengan lantang berkata, “Kamu nie, makan je banyak, kerja malas!”.

Kali ini si anak pula mengetuk dahinya… “kena pulak aku”, gerutunya.

Begitulah ceritanya.

P/S: Sekadar santai-santai. Jadilah contoh yang terbaik, moga-moga ianya mampu menjadi ikutan manusia yang lainnya :)

Ahad, Februari 21, 2010

Yang sesat Tue Orang Kafir Laa…

kartun

Satu hari, seorang warga Indonesia telah pergi untuk menunaikan umrah di Baitullah al-Haram.

Maka hendak dijadikan cerita dia bertemulah dengan seorang makcik tua yang sedang berjalan-jalan seorang diri.

Em, pelik jugak makcik nie jalan sorang-sorang, sesat ke”, soalnya di dalam hati.

lalu beliau pun berjalan menuju ke arah makcik tersebut.

Sesampainya beliau ke tempat makcik tersebut, maka beliau bertanya, “Makcik, buat apa kat sini…makcik sesat ye”.

Tiba-tiba berubah air muka makcik tadi, tampak seperti marah dengan persoalan tersebut.

lalu dengan nada yang agak tinggi, makcik tersebut berkata, “Hissyh anak nie, makcik tak sesat la”.

Pelik pemuda Indonesia tue, kalau tidak sesat, mengapa jalan sorang-sorang.

Makcik tersebut berkata lagi, “bukankah yang sesat tue orang kafir sahaja, makcik nie orang Islam”

“Laa…” meloponglah lelaki tadi..Begitulah ceritanya.

P/s: berhati-hatilah ye dalam bertanya, kadang-kadang ada orang yang kurang faham percakapan kita :)

خطب ألناس على قدر عقولهم

Sumber:    Diceritakan secara bebas oleh Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di   dalam daurah pengajian beliau.

Santai Minda 1.

 

Gembira_JPG

Hari ini penulis nak ajak teman-teman rehat minda sebentar..Ayuh kita ikuti kisah salah seorang sahabat nabi yang lucu perwatakannya.

Nuaiman Bin Mas’ud adalah di antara sahabat nabi yang paling lucu..Beliau juga sering menghiburkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain. Namun, rasulullah tidak memarahi dan menegurnya kerana rasulullah s.a.w adalah manusia yang sentiasa tenang dan gembira kehidupan baginda..Baginda menyenangi dan meraikan setiap perwatakan para sahabatnya.

Begitu juga kita, kadang-kadang hidup ini tidak ceria jika kita asyik tertekan dan ingin marah sahaja…Em, kadang-kadang sahabat-sahabat kita yang lucu perwatakannya juga menyenangkan kita bukan :)

Alangkah seronoknya hidup berukhuwwah dengan sahabat-sahabat. Melihat muka mereka dan gurau senda yang lahir daripada perwatakan mereka yang pelbagai watak itu kadang-kadang menghilangkan kepenatan dan tekanan yang kita alami. Bagi yang ramai kawan-kawan yang lucu itu, hargailah mereka kerana mereka mampu membuat kita tersenyum di kala susah…betul tak?

Kembali kepada cerita tentang sahabat nabi seorang nie…satu hari seorang tua datang ke rumahnya.

Kebetulan beliau terasa hendak buang air kecil ketika itu, lalu dipohon kepada Nuaiman untuk menggunakan tandas.

Maka, Nuaiman terus sahaja membawa lelaki buta tadi…tetapi tidak ke tandas rumahnya..Kemana ye…cuba teman-teman teka?

Beliau membawa lelaki tua tadi ke masjid.

sampai di masjid, betul-betul berada di hadapan mihrab, maka Nuaiman mengatakan bahawa di situlah tandas.

Baru saja si lelaki buta ini ingin menunaikan hajatnya, terdengar teriakan daripada jemaah masjid… “itu bukan tandas, itu Mihrab!”

Apalagi, lelaki buta itu punyalah marah…”Jaga kamu, aku akan pukul kamu nanti!” gerutunya.

Pada hari lainnya, lelaki buta itu tadi datang lagi mencari Nuaiman.

Sesampai di rumahnya, beliau berkata, “Aku ingin cari Nuaiman, aku ingin pukul dia!”

Geram sungguh lelaki itu…Nuaiman hanya tersenyum…lalu apa yang berlaku agaknya? :)

Nuaiman mengubah suara menjadi garau sedikit lalu berkata.. “Tuan nak cari Nuaiman ye, mari saya bawa tuan berjumpa dengannya”.

Kali ini kemana pula hendak dibawa lelaki tua tadi?

Rupanya beliau membawa lelaki buta itu ke tempat Sayyidina Uthman, khalifah pada masa tersebut.

Apalagi, tatkala lelaki buta itu hendak memukul Khalifah kerana disangkanya itu adalah Nuaiman, maka orang berteriak…"Kamu nak pukul Khalifah ke!”

Terkejut lelaki buta tadi…disangkanya Nuaiman, rupanya tuan Khalifah.

“Alahai, malunya rasa..Aku takkan pukul lagi Nuaiman, serik dah” kata lelaki tadi.

Macam itulah ceritanya.

 P/S: Tapi jangan gurau ye dengan orang buta, ada hadith yang menyatakan nabi melarang mengelirukan jalan kepada orang buta…cerita nie mungkin menunjukkan kelebihan sahabat tersebut..Nanti tak pasal-pasal, kita pulak kena hambat dengan kayu.

Kadang-kadang, sahabat yang lucu itu perlu, tetapi jangan jadikan kelucuan mereka itu bahan senda-gurau.

Salam Ukhuwwah buat semua, bertemu lagi dalam artikel yang lain :)

Sabtu, Februari 20, 2010

Motivasi Untuk Anda…Allah itu Maha Pengampun!

 

3594692033_2c019ba9a5

“Em, kenapalah aku bernasib malang…Tuhan tak sayangkan aku ke?” Luah seorang sahabat kepada temannya.

Terdengar pula luahan yang lain.. “Man, aku nie dah seminggu demam panas..Tak tahu la,mungkin tuhan nak uji aku agaknya”

“Kenapa aku sering ditimpa masalah macam nie…Mungkin Tuhan nak uji aku agaknya” Luah seorang lagi teman kepada sahabatnya.

“Ntah la…agaknya aku nie akan terus macam nie la sampai bila-bila” Luah seorang sahabat tatkala duduk termenung di atas tangga rumahnya.

Pernahkan anda mendengar luahan seperti di atas…Ataupun luahan tersebut keluar daripada lidah anda sendiri.

Mungkin banyak lagi frasa-frasa yang lain…tetapi ini di antara bentuk luahan yang mengambarkan keresahan di dalam benak penuturnya.

Teman-teman…jangan sesekali anda rasa resah dan sedih dengan keadaan diri.

Yakinlah, Allah s.w.t. itu Maha pengampun lagi Maha Penyayang.

Seumpama ibu atau bapa yang tidak sanggup membiarkan anaknya tanpa kasih-sayang dan simpati belas, maka Allah s.w.t. lebih tinggi lagi sifat kasihan belas dan kasih-sayang-Nya kepada manusia.

Jika anda berada di dusun durian contohnya, dan anda melalui  pepohonan durian yang sedang mengugurkan buahnya di malam hari yang gelap, Lalu siapakah yang tercedera akibat dihempap buah durian yang besar lagi berduri itu..Tiada bukan!

Kalaulah dengan buah durian tersebut Allah s.w.t melindungi kita, apatah lagi dengan perkara-perkara yang lebih besar.

Kadang-kadang timbul putus asa di dalam diri kita kerana masalah yang bertimpa-timpa. lalu, adakah ianya tanda Tuhan telah melupakan kita?

Tidak…malah ianya adalah tanda ingatan Allah s.w.t. kepada kita semua. Kita perlu yakin dengan pasti bahawa setiap ujian itu adalah tanda pembersihan dosa yang ada pada diri kita. bahkan, yang perlu kita risau jika tidak pernah didampingi dengan kesakitan.

Daripada Abi Hurairah, daripada nabi s.a.w, baginda telah bersabda:

Tiadalah sesuatu yang menimpa seorang Muslim baik keletihan, penyakit yang menimpa jasadnya, kesalahannya, kesempitan (keresahan) hati, sekalipun duri yang menusuknya, melainkan Allah s.w.t. telah mengampunkan kesalahnnya- Hadith riwayat Bukhari, Muslim, al-Tirmidzhi dan Imam Ahmad.

Maka, apakah lagi yang membimbangkan kita? Allah s.w.t. telah pun mengampunkan dosa-dosa kita di sebalik kesempitan hidup mahupun cubaan pada diri kita tersebut.

Sebenarnya amat beruntung bagi mereka yang ditimpa walaupun sekecil-kecil masalah kerana rasulullah s.a.w. telah memberi Isyarat syurga kepada mereka yang sakit dan ditimpa masalah.

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau telah berkata:

Telah datang seorang Arab kepada rasulullah s.a.w., lalu rasulullah s.a.w. telah bersabda kepadanya: Adakah kamu telah menghadapi demam panas?. Maka Arab itu bertanya: Apakah demam panas itu?. Maka bersabda nabi s.a.w.: ((Kepanasan di antara kulit dan daging)). Maka beliau berkata: Tidak!. lalu Rasulullah s.a.w. bertanya lagi; Adakah kamu menghadapi pening kepala?. Maka beliau bertanya: Apakah itu pening kepala?. lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: ((Angin yang masuk di dalam kepala, dan memukul urat-urat di kepala)). Maka beliau berkata: Tidak!. lalu ketika beliau berdiri, rasulullah s.a.w telah bersabda; ((Barangsiapa yang ingin melihat kepada ahli neraka!)): lihatlah kepadnya”- Hadith yang dikeluarkan oleh al-Hakim dan shahih menurut syarat Imam Muslim, dan dikeluarkan juga oleh Ibnu Hibban.

Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa rasulullah s.a.w memberi amaran bagi mereka yang tidak pernah ditimpa walaupun sekadar pening kepala, ianya boleh menjadi di antara tanda-tanda ahli neraka, kerana sesungguhnya kesakitan itu adalah isyarat hidayah Allah s.w.t.

Namun, bergembiralah walaupun kita hanya terseliuh kaki di waktu bermain bola, itupun bakal menghapuskan dosa-dosa kita semua!

Dikeluarkan oleh al-Tabrani daripada Aisyah R.Anha:

Tiadalah kesakitan urat yang menimpa seseorang itu melainkan allah s.w.t. mengampunkan kesalahannya, menuliskan baginya kebaikan, dan mengangkat darjatnya”-Telah berkata al-Hafidz: Sanadnya baik.

Ada orang yang mengeluh kerana di waktu beliau sihat, banyak amalan yang mampu dilakukan…Tetapi apakah yang dapat dibuat ketika sakit. Hanya terlantar tanpa dapat melakukan ibadah dengan baik. Maka, pahala pastinya berkurang ketika itu.

Ingatlah teman-teman, Allah s.w.t. itu Maha Pengasih dan Pemurah. Sesungguhnya pahala orang yang sakit itu tidak berkurangnya sedikitpun berbanding orang yang sihat. itulah tanda rahmat Allah s.w.t. kepada seluruh hamba-Nya!

Daripada nabi s.a.w., baginda telah bersabda:

“Tiadalah seorang Muslim yang ditimpa sesuatu musibah- Kesalahan atau kesakitan-meliankan ia akan ditulis ganjaran buatnya, sekalipun duri yang menusuknya, ataupun kesakitan (yang menimpa akibat sesuatu peristiwa)”- hadith dikeluarkan oleh Muslim di dalam bab “Adab” dan al-Nasaie di dalam bab “Perubatan”.

Hadith di atas menjadi dalil bahawa pahala orang yang sakit akan terus mengalir sehingga beliau sihat kembali walaupun tidak mampu menunaikan ibadah secara sempurna. Maka, bersyukurlah!

Apa yang penting, sentiasalah istiqamah di dalam melakukan kebaikan dan amalam kepada Allah s.w.t., kelak di waktu kita sakit dan sebagainya, pahala amalan kita itu akan terus mengalir tanpa berkurang. namun, jika kita tidak melakukan ibadah di waktu sihat, lalu apabila kita sakit, kita tidak akan mendapat ganjaran pahala yang sama melainkan apa yang kita niatkan terhadap ibadah tersebut, kerana kita tidak melaziminya di waktu sihat seperti solat jemaah dan sebagainya. begitulah pandangan yang diberikan oleh Para Ulamak seperti Imam al-Nawawi, Imam al-Subki dan yang lainnya.

Daripada Abdillah bin Amru, daripada nabi s.a.w, baginda telah bersabda;

“Tiadalah seorang yang ditimpa penyakit, melainkan telah ditulis baginya seperti apa yang  dilakukannya (di waktu sihat), dan ia adalah sempurna”- Hadith shahih yang telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad, dan Abdul Razzaq, serta dishahihkan oleh al-Hakim.

Akhirnya, semoga teman-teman mendapat sedikit motivasi pada hari ini. Sesungguhnya kita amat beruntung hidup di dalam agama Islam yang penuh dan kemuliaan, keadilan dan rahmat bagi umatnya. usahlah kalian bersedih lagi, sentiasalah istiqamah dan pohonlah rahmat Allah s.w.t.

Ingatlah, selagi kita bergelar hamba yang beriman, pasti syurga pasti menjadi tempat tinggal kita yang hakiki. Amiin Ya Rabbal a’laamiin. Wallahua’lam…

Bergantunglah Hanya Pada Allah s.w.t.!

 

wallpaper1

Tak ada yang menjauhkanmu daripada redha dan rahmat-Nya, kecuali ketergantunganmu kepada manusia, keterampilan, akal dan darjat. Manusia termasuk penghalang bagimu dalam mencari rezeki yang sesuai dengan sunnah Rasul, seperti bekerja untuk mencari nafkah.

Selama bergantung pada manusia, selama itulah dikau mengharapkan kesudian dan huluran tangan mereka, bahkan dikau meminta dengan bersedih hati di depan pintu rumah mereka. Perbuatan seperti ini termasuk syirik, kerana dikau menyekutukan Allah s.w.t dengan makhluk-Nya. Setimpal dengan (dosa besarmu) itu, dikau akan dihukum dengan pencabutan sumber rezekimu, seperti kehilangan pekerjaan yang halal.

Bila dikau campakkan ketergantungan dan permintaanmu kepada mereka (manusia) dan berlindung kepada mata pencarianmu, hidup dengannya, maka dikau akan melupai redha Allah. Hal ini juga termasuk syirik, malah lebih berbahaya daripada yang pertama, kerana kemusyrikan semacam ini halus sekali sehingga sulit dilihat. Tentu, Allah s.w.t akan menghukummu atas kedurhakaanmu ini, dengan makin menjauhkanmu dari redha-Nya.

Bila telah berpaling daripada kesesatan semacam itu, membuang jauh-jauh segala kemusyrikan daripada kehidupan, dan mencampakkan semua ketergantungan kepada mata pencarian dan kemampuan diri, dan yakin hanya Dialah Pemberi Rezeki, Pencipta segala kemudahan, Pemberi kekuatan untuk mencari nafkah, Pemberi segala kebaikan, dan bahawa rezeki sepenuhnya berada di tangan-Nya, maka rezeki itu terkadang dilimpahkan-Nya kepadamu melalui orang lain, dikala kau mendapat musibah dan sedang berupaya mengatasinya. Kadang rezeki itu datang kepadamu melalui upahmu daripada bekerja, kadang rezeki itu datang kepadamu melalui redha-Nya, hingga kau tak melihat sebab dan perantaranya.

Nah, berpalinglah kepada-Nya, campakkanlah segera di hadapan-Nya seluruh dirimu, maka diangkat-Nya tabir penghalang antara kau dan redha-Nya, dan dibuka-Nya pintu-pintu rezeki dengan redha-Nya, seperti seorang doktor merawat pesakitnya - sebagai perlindungan-Nya ke atasmu, agar dikau tak menyimpang. Sungguh Ia menyayangimu dengan limpahan redha-Nya.

Nah, bila telah diusir-Nya daripada hatimu kedirian dan kesenangan, maka tinggallah di sana kehendak-Nya semata. Lalu, bila Ia ingin memberikan bahagianmu kepadamu, yang tak mungkin lepas daripada tanganmu, dan ianya memang bukan hak orang lain, maka ditimbulkan-Nya di dalam hatimu keinginan untuk meraih bahagianmu, dan diserahkan-Nya ke tanganmu dikala dikau memerlukannya. Lalu, diberi-Nya kepada dikau kemampuan kerana mensyukuri nikmat tersebut. Kau akan selalu diperingati-Nya kepada bahagianmu. Untuk itu, kau mesti menyedarinya dan bersyukur kepada-Nya. Semua ini meneguhkanmu dalam menjauhi manusia (yang lalai), dan mengosongkan hatimu dari segala yang selain Allah s.w.t.

Bila hikmah ilmumu tinggi, keyakinanmu teguh, hatimu suci, maqam darjatmu semakin dekat dengan-Nya, maka dikau akan diberi-Nya kemampuan "melihat ke depan", sebagai tanda kerelaanmu dan sebagai penghargaan atas dirimu. Ini hanyalah sebahagian dari keredhaan-Nya, sebagai rahmat dan petunjuk-Nya.

Allah s.w.t telah berfirman:

"Dan kami jadikan ia (al-Kitab) itu petunjuk bagi Bani Israil. Dan Kami jadikan di antara mereka itu, pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, ketika mereka sabar, dan meyakini ayat-ayat kami." (QS.32:23-24).

"Dan orang-orang yang berjihad demi Kami, sungguh akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." (QS.29:69)

Dan takutlah kepada Allah s.w.t, nescaya Ia mengajarimu, dan memberimu kemampuan untuk mengawasi semesta alam (menjadi khalifah), dengan izin yang jelas, yang tiada kegelapan di dalamnya, dan dengan tanda yang nyata, yang terang benderang bagai sang suria, dan dengan tutur kata yang manis, yang lebih menarik dari segala apa pun, dan dengan ilham yang benar, yang tak sedikit pun mengandung kekaburan, yang bersih dari dorongan syaitan dan daripada rayuan iblis yang terkutuk.

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai Bani Adam, Akulah Allah, tak sesuatu pun layak dipuja kecuali Daku. Aku berfirman 'Jadilah', ia pun akan maujud. Taatilah Aku, nescaya dikau akan Ku jadikan  sedemikian rupa, sehingga jika berseru 'jadilah', ia pun akan maujud."

Dan Allah s.w.t. telah membuat ehwal serupa ini kepada beberapa Rasul-Nya, beberapa wali-Nya, dan orang-orang yang sangat diredhai-Nya di antara hamba-hamba-Nya.

Wallahu’alam..

Menjauhi Kezaliman.

 

islamic04

Assalamualaikum buat seluruh teman, diharap kalian sentiasa di dalam rahmat Allah Ta’ala.

Tanpa sedar, masa semakin pantas berlalu meninggalkan kenangan-kenangan yang kadang-kadang manis, pahit, dan sebagainya buat  kita.

Kenangan-kenangan tersebut menjadi  pengalaman terbaik untuk mengajar erti kematangan dan kesabaran di dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini.

Maka, kalau kita mampu mengambil muhasabah daripada pengalaman kita itu, nescaya ianya mampu menjadikan kita insan yang faham erti hidup ini.

Malalui tajuk di atas, secara ringkas penulis ingin mengajak teman-teman untuk sentiasa melihat kepada akhlak jua peribadi baginda s.a.w di dalam apa jua tindakan,kerana baginda telah diutuskan sebagai Qudwah ikutan yang terbaik.

Apa yang melanda landskap politik tanah air kita mutakhir ini banyak memberi kita satu penilaian bahawa kita perlu menjauhi perkara yang dibenci ini.

Tiada siapa akan tenang dengan kezaliman…melihat kalimahnya saja sudah memberi ketidak senangan di dalam hati ini.

Bahkan setiap orang sudah mampu menilai implikasi yang bakal timbul daripadanya.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. hadir sebagai manusia yang terbaik daripada segala sudut.

Daripada Aisyah r.ah. telah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

Aku telah berada di atas seekor unta, maka ia mengamuk, lalu bersabda Nabi s.a.w.: "Hendaklah kamu berlaku lembut, sesungguhnya tidaklah ia ada pada sesuatu melainkan ia akan menghiasinya, dan tidaklah ditanggalkan ia pada sesuatu melainkan ia akan menjelikkannya”- Hadith Riwayat Muslim di dalam bab Adab.

Lihat, binatang pun tidak suka kepada sifat yang kasar, apatah lagi manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir manakah yang buruk dan manakah yang baik.

Diriwayatkan jua oleh Abi Daud di dalam sunannya, bahawa nabi s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha lembut dan menyukai kelembutan, dan akan diberikan (kebaikan) kepada orang yang lembut hatinya apa yang tidak diberikan  kepada orang yang kasar dan zalim”.

Selagi mana kita menjaga akhlak dan tatacara kita dengan masyarakat, selagi itulah kita akan diberikan kebaikan oleh Allah s.w.t.Tetapi apabila kita meninggalkannya, maka kita akan mendapat kebencian daripada-Nya!

Seseorang yang di dalam hatinya penuh dengan kebencian dan kedengkian, maka segala perbuatannya yang tidak elok pasti tergambar pada pandangan masyarakat. Sebab itulah, kita perlu menjaga hati dengan sebaik mungkin agar kelak tidak mendapat tohmahan dan kebencian orang lain.

Daripada Abi Tayyah, beliau telah berkata:

“Aku telah mendengar Anas bin Malik berkata: Telah bersabda Nabi s.a.w. : Permudahkanlah, jangan menyusahkan, dan tenanglah, jangan tergesa-gesa (di dalam ibadat)”-Hadith Shahih yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim dan al-Nasaie.

Perkataan ringkas ini cukup memberi makna yang jelas tentang pentingnya adab walaupun sekecil mana ia..Apatah lagi di dalam sesebuah negara, lebih-lebih lagi kerajaan yang menaungi rakyat perlu sentiasa mempermudahkan kehidupan mereka serta tidak menyekat keamanan dan kesejahteraan yang diperlukan oleh rakyat!

Betapa kezaliman itu terlalu menyeksakan, sehingga menitis airmata melihat ianya bermaharajalela.

Oleh kerana kezaliman itulah adalah perkara yang sangat ditentang oleh Islam, maka Allah s.w.t. telah memberi kelebihan kepada mereka-mereka yang dizalimi iaitu doa-doa mereka cepat dikabulkan.

Daripada Abi Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., baginda telah bersabda:

“Tiga doa yang Mustajab (Cepat diterima oleh Allah s.w.t.): Doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir, dan doa ibu-bapa ke atas anaknya”.

Begitu juga, kezaliman itu adalah merupakan kegelapan pada hari kiamat. Lalu ,orang-orang yang berlaku zalim itu pasti tidak akan nampak lagi petunjuk kebenaran setelah mereka disesatkan oleh Allah s.w.t. Maka, hendaklah sentiasa beringat dengan perkara ini!.

Telah menceritakan kepada kami Ubaidillah bin Miqsam, beliau telah berkata: Aku telah mendengar Jabir bin Abdillah berkata: Telah bersabda rasulullah s.a.w: Takutlah kepada kezaliman, kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan pada hari kiamat, dan takutlah kepada sifat kedekut, kerana ia telah membinasakan golongan sebelum kamu, membawa mereka kepada pertumpahan darah, dan menghalalkan perpecahan”.

Ianya juga bertepatan dengan firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am ayat 63  yang bermaksud:

Katakanlah: "Siapakah Yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana (kezaliman) di darat dan di laut? (ketika) kamu berdoa merayu kepadanya Dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): "Demi Sesungguhnya jika Allah selamatkan Kami dari bencana ini nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang bersyukur".

Sesungguhnya sejak 14 abad yang lalu rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kepada kita bahawa bencara yang berlaku di atas muka bumi ini adalah disebabkan oleh tangan-tangan mereka yang zalim, maka amatlah rugi golongan ini, hidup dan mati mereka berada di dalam kebencian oleh Allah s.w.t.!

Daripada Jabir r.a, rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Akan berlaku pada akhir zaman di kalangan umatku pengubahan (sesuatu ciptaan Allah), lontaran baru, dan juga tanah runtuh, dan ianya akan dimulakan oleh golongan yang zalim”.

Peringatan Rasulullah di dalam hadis di atas sangat jelas kepada kita bahawa bencana yang berlaku di atas muka bumi adalah hasil kerosakan yang telah dilakukan oleh mereka yang zalim. Maka hendaklah kita menjauhinya!

Secara kesimpulannya, amat jelas kepada kita bahawa Islam sangat menolak kezaliman untuk dijadikan budaya di dalam masyarakat. bahkan, tidak mungkin sesiapa jua yang waras pemikirannya akan redha dan pasrah walalu seinci pun kezliman yang tersebar di kalangan manusia. Jika ianya terus berlaku, kita harus sentiasa meletakkan azam di dalam hati untuk menolak segala bentuk kezaliman yang berlaku agar kita tidak termasuk di dalam golongan yang bersama dengan mereka yang zalim.

Telah menceritakan kepada kami Abu Mas’ud Uqbah, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesuatu yang sering dilupakan oleh manusia daripada kalam kenabian adalah : Jika kamu tidak malu, maka perbuatlah sesuka hatimu”- Hadith riwayat Imam al-Bukhari, Imam Abu daud, ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Imam Ahmad.

Moga-moga kita boleh mengambil muhasabah daripada sindiran rasulullah s.a.w. di atas. Wallahua’lam…

Rujukan Hadith : Kitab al-Adab al-Mufrad Lil Imam al-Bukhari Rahimahullah Ta’ala, Cet 1 2003, Dar ibn Kathir, Dimasyk-Beirut.

Jumaat, Februari 19, 2010

Apakah ada manusia yang sempurna?

 

Jawapan:

Tiada manusia yang sempurna, kerana setiap orang mempunyai kelemahan. Seseorang yang beriman, tentu mempunyai kesalahan dan memiliki sifat buruk yang sukar dihilangkan. Tiada orang Mukmin yang murni atau sempurna.

Pandangan orang jarang ditujukan pada hal-hal yang berada di pertengahan antara dua hal yang berdekatan. Bagi seseorang sesuatu itu warnanya putih saja, sebagian yang lain hitam saja, mereka lupa adanya warna yang lain, tidak putih dan tidak pula hitam.

Nabi saw. pernah bersabda kepada Abu Dzar r.a., beliau bersabda,

"Engkau seorang yang masih ada padamu sifat Jahiliyah."

Abu Dzar adalah seorang sahabat yang utama, termasuk dari orang-orang pertama yang beriman dan berjihad, akan tetapi masih ada kekurangannya.

Juga didalam Shahih Bukhari diterangkan oleh Nabi saw.:

"Barangsiapa yang meninggal bukan karena melakukan jihad dan tidak dirasakannya (tidak ingin) dalam jiwanya maksud akan berjihad, maka dia mati dalam keadaan sedikit ada nifaknya."

Abdullah bin Mubarak meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib r.a. yang mengatakan sebagai berikut:

"Seorang Mukmin itu permulaannya tampak sedikit putih dalam kalbunya; setiap kali iman bertambah, maka bertambah putihlah kalbu itu. Begitu seterusnya, hingga kalbunya
menjadi putih semua “.

Begitu juga kemunafikan, pertama ada tanda-tanda hitam dalam kalbunya; dan setiap melakukan kemunafikan, maka bertambah pula hitamnya, sampai hatinya menjadi hitam semua.

Demi Allah, jika dibuka hati seorang Mukmin, maka tentu tampak putih sekali; dan jika dibuka hati orang kafir, maka tentu tampak hitam sekali."

Ini berarti seseorang tidak dapat sekaligus menjadi sempurna imannya atau menjadi munafik, tetapi kedua hal itu bertahap, yakni sedikit demi sedikit.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

Ahad, Februari 14, 2010

Jangan Berterusan Begini!

 

flower_22Seketika membaca kandungan artikel sebuah blog, penulis termenung dan kesedihan.

Sahabat-sahabat boleh ambil sedikit masa membaca artikel dalam blog ini.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2010/02/beginikah-sikap-seorang-presiden.html

Sebenarnya, penulis sedih tatkala membaca luahan-luahan pedas sebegini, lebih-lebih lagi ianya dipaparkan secara jelas di dalam blog.

Seolah-olah tiada langsung sifat kasih-sayang terhadap mereka-mereka yang berjuang ikhlas kerana Allah s.w.t.

Sudahlah isu-isu wala’ kepada pimpinan belum surut, hati yang penuh kotoran pula mencanang idea-idea yang jauh daripada nilai Islam terhadap peribadi seseorang.

Begitulah manusia, sedikit sahaja keburukan orang, terus dipandangnya dengan sangat besar, sehingga melupakan kebaikan yang telah dilakukan oleh orang tersebut.

Apa sebenarnya penyakit yang ada di dalam hati manusia sebegini, dengki dengan Tok Guru ke, Nak Jawatan ke, Orang tak ambil tahu hal dia ke, atau sebagainya?

Lahirnya peribadi insan-insan sebeginilah yang akan membantutkan perjalanan dakwah Islam sebenarnya!

Golongan sebegini tidak ada kerja lain, hanya mencari kesalahan orang sahaja…akhirnya yang rugi adalah dia juga.

Kalaulah orang cerita pulak pasal peribadi buruk beliau di dalam blog, agaknya macam manalah perasaan beliau, mesti tak tahu nak sorok kat mana muka beliau yang tidak tahu malu itu.

Bukannya nak minta penjelasan Tuan Guru dahulu pasal kelewatan beliau, sedar-sedar terus bubuh je dalam blog..Pening-pening.

Kita hidup nie mesti ada sifat lapang dada…itu baru nilai ukhuwwah yang masih rendah…belum dikira lagi Ithar atau mengutamakan orang lain lebih daripada kepentingan diri kita sendiri.

Sebab itulah, jika apa yang lahir daripada hawa nafsu tanpa tapisan iman dan akal, orang akan cepat lihat kejahilan seseorang individu tersebut.

Imam al-Syafie sendiri berpaling daripada golongan-golongan pengikut hawa nafsu hingga beliau sanggup berpindah daripada Baghdad ke Mesir pada waktu tersebut kerana tidak ingin melayani kerenah mereka yang sudah menguasai kerajaan serta tidak ingin berdebat dengan mereka kerana kejahilan mereka sendiri.

Apalah ilmu kita berbanding ulamak…bahkan keikhlasan mereka dalam beramal dan berjuang menegakkan Islam sudah cukup mereka digelar para syuhada’ Allah s.w.t dan dosa-dosa mereka diampunkan.

Namun, mengkritik peribadi orang-orang yang ikhlas itulah yang akan mematikan jiwa dan menghitamkan hati individu tersebut sehingga kelak mereka tidak akan nampak lagi jalan hidayah Allah s.w.t.

Fudhail bin ‘Iyad pernah ditanya:

"Wahai ayah kepada Ali, bilakah seseorang itu mencapai darjat kesolehan”.

Lalu dijawab oleh beliau:

“Apabila nasihat itu berada pada niatnya, apabila kebenaran itu berada pada lidahnya, apabila takut itu berada pada hatinya dan apabila amal soleh itu berada bada anggota badannya”.

Bagi golongan sebegini, perhatikanlah peringatan Allah s.w.t. di dalam al-Quran. Kalian sepatutnya sentiasa menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai cerminan hukum kepada manusia bukan hanya berdasarkan emosi dan hawa nafsu semata-mata.

Perhatikan bagaimana sikap nabi s.w.t. ketika dihadapkan dengan dua orang yang bertelagah sebagai contoh, nabi s.a.w. bersabda kepada keduanya:

Sesungguhnya kamu telah bertelagah di hadapanku. Mudah-mudahan sebahagian kamu lebih mantap hujahnya berbanding sebahagian yang lain, dan aku berhukum terhadapnya berdasarkan apa yang aku dengar daripadanya’- Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Lihatlah betapa mulianya peribadi insan agung ini, baginda tidak akan sekali-kali menggunakan hawa nafsu dan emosi dalam apa jua perkara. bahkan inilah di antara hadaf utama baginda diturunkan iaitu untuk menyempurnakan kesempurnaan akhlak itu sendiri.

Bagi penulis, mungkin beliau tidak mengerti bahawa Wala’ itu penuh dengan hikmah kerana ia turut mengandungi makna Taat, Nusrah dan Mahabbah itu sendiri. Natijahnya, beliau telah gagal untuk menterjemahkan rasa mahabbah dan kasih-sayangnya terhadap para ulamak.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-A’raf ayat ke 199 yang bermaksud:

“Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang Yang jahil (yang degil Dengan kejahilannya)”.

Semoga kita sentiasa di dalam hidayah dan taufiq Allah s.w.t…Sudahlah, jangan dihiraukan mereka yang ada penyakit di dalam hatinya ini!

Wallahua’lam…

Jumaat, Februari 05, 2010

Belajar daripada erti “Ithar”

 

pengorbanan

Subuh pada hari Jumaat ini benar-benar mengajar erti “Ithar” kepada penulis.

Ithar itu ertinya mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan kita…bahkan, kita akan melebihkan diri orang lain lebih daripada diri kita sendiri.

Pagi jumaat di Shoubra hari ini memang sejuk, agak mengigil penulis menunaikan solat di masjid bersebelahan rumah. Tambahan lagi, wudhuk diambil di bilik air masjid, menambahkan lagi kesejukan anggota badan tatkala angin pagi datang menerjah ke segenap ruang anggota badan yang hanya dibaluti oleh dua lapisan baju termasuk jubah.

Seusai solat subuh, dan ditambah sedikit zikir-zikir yang lazim, penulis menuruni tangga untuk berjalan pulang. Pagar rumah tidaklah jauh, hanya beberapa langkahan sampailah di rumah.

Belum sempatpun melepasi pagar utama rumah, seorang pakcik yang kebetulan turut bersolat di masjid, memakai  baju sejuk yang kelihatan pada pandangan penulis agak mahal kerana diperbuat daripada kulit , tiba-tiba meletakkan baju sejuk itu di atas badan penulis.

Penulis terkejut, lalu ingin memulangkan kembali baju sejuk itu…pada ingatan penulis, mungkinlah beliau hanya ingin membaluti tubuh yang agak sejuk ini sehingga sampai di pagar rumah sahaja, dan kemudian mengambilnya kembali.

Namun sambil tersenyum, beliau memberi isyarat untuk terus mengambil baju sejuk itu, dan kemudian berjalan pulang.

Beliau kemudian kembali semula, tetapi rupanya ingin mengambil   kain kecil penutup lehernya yang terjatuh.

Penulis memulangkan kembali baju sejuk itu kerana ianya baju kulit yang mahal, jadi seganlah penulis untuk mengambilnya. Namun, beliau hanya tersenyum dan terus berjalan pulang. Beliau tidak mengambil baju yang telah diberikannya itu. Malah, beliau sanggup pulang di dalam keadaan kesejukan.

Allahuakbar, besarnya kurniaan Allah s.w.t.

Sedang duduk-duduk, teringat kembali dua pasang baju sejuk yang dibeli oleh penulis pada musim sejuk tahun lepas di Port Said…harganya kalau tidak silap seratus lebih.

Namun, salah satu daripada penulis paling sayang, kerana ianya tebal dan buatannya juga cantik.

Tatkala, penulis berpindah ke rumah baru, ada beberapa barang yang masih tinggal,termasuk 2 baju sejuk itu.

Hajat ingin mengambilnya kembali, namun telah diambil oleh pelajar baru yang menetap sementara di situ di dalam keadaan tidak sengaja.

Namun, tiada rezeki agaknya, baju itu tidak dipulangkan walaupun penulis telah meminta kepadanya.

TIdak apalah, penulis redha dan meniatkannya sebagai sedekah.

Rupanya inilah satu bukti di sebalik rukun tertinggi Ukhuwwah itu iaitu “Ithar” itu sendiri.

Kita memberikan barang yang paling kita sayangi, Allah s.w.t. akan balasinya juga dengan barang yang orang paling sayangi kepada kita.

Malam itu, penulis lihatnya lagi…Tetapi dengan baju sejuk yang baru.

Semoga Allah s.w.t akan sentiasa menguatkan iman kita semua dan meletakkan kita di dalam kelompok golongan yang sentiasa diberi Hidayah dan Taufik oleh Allah s.w.t.

Wallahu’alam…

Khamis, Februari 04, 2010

Apa yang menyebabkan Islam seseorang menjadi batal?

 

Qaradawi

Di bawah ini penulis sisipkan  fatwa Dr Yusuf al-Qaradhawi berkaitan permasalahan di atas.

Setiap manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimah Syahadah, maka dia menjadi orang Islam. Baginya wajib dan berlaku terhadapa hukum-hukum Islam, yaitu beriman dengan keadilan dan kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Tidak ada pilihan baginya menerima atau meninggalkan sebagian yang lain. Dia harus menyerah pada semua hukum yang dihalalkan dan yang diharamkan, sebagaimana arti (maksud) dari firman Allah s.w.t. di bawah ini:

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka
pilihan (yang lain) tentang urusan mereka ..." (Q.s. Al-Ahzab: 36) .

Perlu diketahui bahawa ada diantara hukum-hukum Islam yang sudah jelas menjadi kewajiban-kewajiban, atau yang sudah jelas diharamkan (dilarang), dan hal itu sudah menjadi ketetapan yang tidak diragukan lagi, yang telah diketahui oleh ummat Islam pada umumnya. Yang demikian itu dinamakan oleh para ulama sebagai :

"Hukum-hukum agama yang sudah jelas diketahui."

Misalnya, kewajiban solat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal itu termasuk rukun-rukun Islam. Ada yang diharamkan, misalnya membunuh, berzina, melakukan riba, minum khamar (arak) dan sebagainya.

Hal itu juga termasuk di dalam dosa besar (al-Kabair). Begitu juga hukum-hukum pernikahan, talak, waris dan qisas, semua itu termasuk perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya.

Barangsiapa yang mengingkari sesuatu dari hukum-hukum tersebut, menganggap ringan atau mengolok-olok, maka dia menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur'an dan dikuatkan dengan hadis-hadis Nabi saw. yang shahih atau mutawatir, dan menjadi ijma' oleh ummat Muhammad saw. dari generasi ke generasi.

Maka, barangsiapa yang mendustakan hal ini, bererti telah mendustakan Al-Qur'an dan As-Sunnah itu sendiri.

Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur, kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan jauh dari sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin.

Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka berlakulah taklif hukum baginya.

Wallahu’alam.

TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA IMANNYA.

Sampai Bila Demokrasi Mahasiswa terus Ternoda!

 

18835_104311936260583_100000453322854_112211_6521996_n

Pertamanya, penulis sangat sedih dengan kemelut yang melanda PRK pada kali ini.

Penulis selaku seorang mahasiswa juga turut merasakan kesakitan sebagaimana yang dirasakan oleh sahabat-sahabat yang berjuang di Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang dicanangkan oleh kerajaan dengan  demokrasi yang bebas, sememangnya ia amat memalukan.

Ini membuktikan bahawa saluran demokrasi masih lagi sempit dengan anasir-anasir yang tidak baik dan tidak langsung boleh meningkatkan kualiti pengurusan negara.

Mahasiswa adalah jiwa-jiwa yang diumpamakan sebagai bekas takungan…Jiwa-jiwa mereka ini menerima segenap ilmu pengetahuan…maka, perbezaan ideologi dan pandangan adalah satu perkara yang biasa dan pasti akan berlaku.

Adakah dengan perbezaan ideologi dan idealisme yang diperjuangkan oleh mahasiswa, maka demokrasi harus disalahguna dan dinoda!

Walaupun penulis tidak mengalami kemelut yang sebegitu dahsyat sebagaimana yang berlaku di UKM umpamanya, namun kesungguhan mahasiswa untuk mempertahankan secebis keadilan buat mereka yang kemudian dibalas dengan rempuhan dan pukulan FRU yang menjadi senjata pertahanan negara sangat tidak adil daripada neraca keadilan dalam pentadbiran negara itu sendiri apataha lagi jika diukur daripada necara keadilan Islam..

Mereka bukannya pengancam kepada keselamatan negara, malah tidak pernah diajar untuk menderhaka kepada negara…namun, adakah dengan meminta sedikit belas keadilan yang tidak berbayar itupun dikira sebagai pengganas negara!

Firman Allah s.w.t.di dalam surah Hud ayat 113:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang Yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun Yang lain dari Allah s.w.t. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”.

18835_104311932927250_100000453322854_112210_3506888_n

18835_104311949593915_100000453322854_112214_6661326_n

18835_104372899587820_100000453322854_113754_743398_n

Jika beginilah keadaan dan suasana yang terus ingin disuburkan di dalam negara kita, cerminan masa depan negara pastinya akan gelap .

Bukankah keterbukaan itu adalah jalan yang telah dibentangkan oleh Islam, lalu mengapa sehingga ke hari ini kerajaan masih terlalu bersikap dingin terhadap konsep keterbukaan tetapi dalam masa yang sama negara ini dianggap sebagai negara Islam yang mengamalkan konsep Islam secara Syumul?

Lihatlah bagaimana keterbukaan rasulullah s.a.w di dalam menyampaikan Dakwah Islam kepada Masyarakat hatta para pembesar.

Umapamanya, tatkala Rasulullah s.a.w. menulis surat kepada Raja Habsyah, Raja Mesir dan Raja Rom (Berzantin) yang menganut agama Kristian, baginda bersifat terbuka. Secara jelas, Allah s.w.t. telah mempamerkannya di dalam al-Quran:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".-Surah ali-Imran ayat 64.

Jika dengan bukan  Islam sekalipun Islam menganjurkan keterbukaan, apatah lagi dengan golongan penuntut ilmu yang sangat dimuliakan oleh seluruh makhluk bumi dan langit ini, maka lebih-lebih lagi keterbukaan itu sangat dituntut.

Secara jelas, Islamtidak akan sekali-kali meninggalkan walau sekecil-kecil perkara di dalam urusan Duniawi mahupun Ukhrawi.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am ayat 38 yang bermaksud:

"Dan tidak seekor pun binatang Yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung Yang terbang Dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di Dalam Kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)".

Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberi hidayah dan taufiq kepada kita semua.

Sahabat-sahabatku, teruskanlah perjuangan kalian untuk menegakkan segala yang hak, Moga-moga Allah s.w.t. terus meninggikan pahala kalian dan menempatkan kalian bersama orang-orang yang benar.

Ya Allah, tunjukkanlah bahawa kebenaran itu tetap kebenaran, dan kurniakankan kekuatan kepada kami untuk mengikutinya, dan tunjukkan kepada kami kebatilan itu adalah satu kebatilan, agar mampu untuk kami menjauhinya..Amiin ya Rabbal’alamiin”.

Harapanku jua, semoga negara Malaysia yang ku cintai ini sentiasa di dalam rahmat dan petunjuk Allah s.w.t…Wallahua’lam.

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita