;

Ahad, September 27, 2009

Wasiat manusia untuk berbuat kebaikan

حَدَّثَنَا ‏ ‏أَبُو الْوَلِيدِ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏شُعْبَةُ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏الْوَلِيدُ بْنُ عَيْزَارٍ ‏ ‏أَخْبَرَنِي قَالَ: سَمِعْتُ ‏ ‏أَبَا عَمْرٍو

الشَّيْبَانِيَّ ‏ ‏يَقُولُ أَخْبَرَنَا ‏ ‏صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى ‏ ‏دَارِ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏قَالَ ‏:

‏سَأَلْتُ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم‏ ‏أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ

أَيٌّ قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ

لَزَادَنِي

Maksudnya:

Telah menceritakan kepada kami Abu ‏al-Walid, telah menceritakan kepada kami Syu'bah . Telah berkata al-Walid bin al-'Aizaari bahwa beliau telah mengkhabarkan kepadaku. Beliau telah berkata: "Aku telah mendengar Aba Amriin al-Syaibani, maka dia berkata: telah menceritakan kepada kami tuan tempat ini (dan/ atau) apa yang berada di tangannya untuk di bawa ke rumah Abdillah, maka dia telah berkata:

aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., apakah amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t. Lalu rasulullah s.a.w. bersabda: Solat yang dikerjakan pada waktunya.Beliau bertanya : lalu apa lagi?. lalu dijawab oleh rasulullah s.a.w.: Berbuat baik kepada kedua ibu-bapa. Beliau bertanya lagi: kemudian apa lagi?. Rasulullah bersabda: Berjihad pada jalan Allah. Maka dia berkata: Telah menceritakan kepadaku dengan diri mereka walau aku meminta untuk menambahkan ke atasku."

Hadith di dalam shahih Bukhari di dalam bab "al-Adab

Jumaat, September 11, 2009

Kisah Si Bahlul dengan Khalifah Harun al-Rasyid

Daripada Abdillah bin Mahran, beliau telah berkata:

Satu ketika Harun al-Rasyid telah menunaikan haji, dengan berkenderaan serta beberapa orang rombongan. Maka diumumkan perkara itu kepada penduduk Kufah dan mereka keluar beramai-ramai untuk mendengar pengumuman tersebut.

Seorang lelaki yang digelar Bahlul al-Majnun ataupun orang yang gila oleh budak-budak nakal di situ, turut keluar juga. Namun, beliau telah diejek dan dikacau oleh kumpulan budak-budak nakal yang bersikap agak keterlaluan kepadanya.

Setelah rombongan Harun al-Rasyid melalui kawasan Bahlul tersebut, maka budak-budak nakal tadi segera berlalu daripada kawasan tersebut dan tidak lagi menganggu Bahlul.
Tatkala Bahlul nampak saja rombongan Harun al-Rasyid itu, maka dia telah memanggil dengan suara yang agak kuat: "Wahai Amirul Mukminin!"

Maka Harun al-Rasyid segera membuka tirai kenderaan dengan tangannya lalu menjenguk ke arah luar dengan kepalanya dan berkata: "Labbaika wahai Bahlul". lalu Bahlul berkata :

Wahai Amirul Mukminin : "Telah menceritakan kepada kami Aiman bin Nail daripada Qadaamah bin Abdillah al-Aamuri, maka dia telah berkata: Aku telah melihat Nabi s.a.w. berganjak daripada bilik ke atas seekor unta yang bernama Shahbak, maka tidaklah memukulnya, menyakitinya dan mengatakan ketepi-ketepi ! (meminggirkannya). Dan tawadhuklah kamu di dalam perjalananmu ini wahai Amirul Mukminin. Maka ianya lebih baik daripada takabbur dan kesombongan kamu."

Maka menangis Harun al-Rasyid hingga jatuh air matanya ke atas bumi, kemudian dia berkata: "Wahai Bahlul tambahlah lagi nasihat ke atas kami"- Sesungguhnya Allah merahmati kamu - dan Bahlul berkata: "Baiklah wahai Amirul Mukminin. Seorang lelaki yang diberikan oleh Allah s.w.t. harta dan ketampanan, maka hendaklah dia menginfakkan hartanya dan menjaga ketampanannya. Lalu telah ditulis oleh Allah s.w.t. di dalam amalan catitan bahawa dia bersama orang-orang yang merdeka dan berjaya".

Berkata Harun al-Rasyid: "Bagus wahai Bahlul", lalu diambil hadiah daripada salah seorang pengawalnya dan diberikan kepadanya . Maka berkata Bahlul: " Kembalikanlah hadiah itu kepada orang yang kamu ambil daripadanya kerana aku tidak berhajat kepada hadiah itu"

Maka berkata Harun al-Rasyid; "Wahai Bahlul, jika sekiranya kami ada hutang kepadamu, kami akan membayarnya". Maka dijawab oleh Bahlul: "Wahai Amirul Mukminin, semua ahli ilmu di Kufah telah berkumpul dan bersepakat bahawa hutang yang dibayar dengan hutang adalah tidak harus hukumnya"

Maka Harun al-Rasyid pun berkata: "Wahai Bahlul, kami akan sediakan peruntukan bulanan (daripada Baitul Mal) untuk keluargamu dan dirimu".

Kemudian Bahlul mengangkat kepalanya ke langit lalu berkata: "Wahai Amirul Mukminin, saya dan kamu adalah daripada hamba Allah s.w.t., maka mustahil Allah akan mengingatimu dan melupaiku."

Lalu Harun al-Rasyid turunkan kembali tirai dan meneruskan perjalanannya.

Alhamdulillah, kisah yang sederhana panjang ini amat memberi pengajaran kepada kita tentang dekatnya seseorang hamba kepada Allah s.w.t. Mungkinkah wujudnya lagi pemimpin yang boleh ditegur hingga mampu mengalir airmatanya. Namun, contoh yang ditunjukkan di dalam cerita ini adalah bukti kehebatan iman para pemimpin dan rakyat terdahulu.

Semoga kita sentiasa ingat-memperingati sesama kita. Biarlah kita sering menangis kerana takutkan Allah s.w.t. agar kelak penyelasan dan tangisan kita itu akan mampu menebus syurga Allah s.w.t. insyaAllah.

Wallahua’lam….

Ahad, September 06, 2009

Dibuka pintu syurga


حَدَّثَنَا ‏ ‏قُتَيْبَةُ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي سُهَيْلٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏عَنْ ‏أَبِي

هُرَيْرَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ

الْجَنَّةِ



Maksudnya:

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Ismail bin Jaafar, daripada Abi Suhail daripada ayahnya, daripada Abi Hurairah r.a talah berkata:

Sesungguhnya rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila masuk bulan ramadhan maka telah dibukakan pintu-pintu Syurga."

Hadith di dalam Shahih al-Bukhari dalam Kitab "Puasa'' pada menyatakan bab 'Adakah disebut ramadhan atau bulan ramadhan dan pendapat keseluruhannya'

Selasa, September 01, 2009

Menangis kerana takutkan Allah s.w.t.

Salam ramadhan penulis ucapkan kepada semua rakan dan teman. Alhamdulillah kita telah berjaya melepasi marhalah atau fasa pertama di bulan ramadhan ini, iaitu fasa rahmat. Maka, kita sekarang sedang melalui fasa yang kedua yang disebut oleh rasulullah s.a.w. sebagai keampunan.Apa yang terpenting, kita cuba untuk meningkatkan amal perbuatan kita dari semasa ke semasa serta melawan hawa nafsu yang sentiasa menyeru manusia kepda kemungkaran sebagaimana yang telah disabdakan oleh rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh al-Tabrani yang bermaksud:

“Sebaik-baik Islam seorang mukmin ialah siapa yang menyelamatkan muslimin yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya, dan sebaik-baik iman seorang muknin ialah, yang paling baik tingkah lakunya, dan sebaik-baik seorang muhajirin ialah siapa yang berhijrah menionggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. daripada mengerjakannya, dan swebaik-baik jihad adlah siapa yang berjihad melawan hawa nafsunya dalam melaksanakan hak-hak Allah s.w.t.”

Dalam Hadith yang agak panjang di atas, hak-hak Allah s.w.t. itu dimaksudkan sebagai mujahadah melawan tuntutan diri dan ianya adalah lebih baik daripada jihad melawan orang kafir, munafiq dan orang jahat kerana setiap sesuatu dilebihkan dan dimuliakan dengan mulianya hasil yang diperolehi dan hasil melawan tuntutan haw nafsu tersebut adalah mendapat hidayah.

Pada tulisan kali ini, penulis ingin mengajak teman-teman sekelian untuk sama-sama kita mengahayati erti keampunan yang telah Allah s.w.t. letakkan pada fasa kedua ramadhan ini.

Sesungguhnya keampunan mengajar kita untuk menghayati konsep kehambaan yang sebenar. Kita sebagai manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dalam keadaan yang serba-serbi lemah ini kadangkala lupa dan lalai daripada mengingati Allah s.w.t. . Jadi, apakah jaminan yang mampu kita berikan kepada allah s.w.t. selain daripada air mata penyesalan yang kita alirkan semata-mata untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.!



Sebenarnya, penulis agak keletihan ketika menulis tulisan ini, namun apabila penulis berfikir tentang ramadhan yang semakin berlalu ini, timbul keesedihan di hati penulis apakah amal-amal yang telah dilakukan serta keletihan –keletihan yang menemani diri ini mampu untuk menebus syurga Allah s.w.t.. Walaupun dengan hanya menulis sedikit coretan ini, ianya sudah cukup menggembirakan jika mampu diterima sebagai amalan yang mampu menebus segala dosa-dosa kerana rahmat Allah s.w.t itu sentiasa berlegar-legar di sekeliling umat-Nya untuk dicari dan dimiliki.

Teman-teman, tajuk di atas sengaja dipilih oleh penulis untuk mengisi tema keampunan pada fasa kedua ramadhan ini namun penulis tidaklah berniat untuk menulis panjang. Cuma sekadar ingin memberi peringtan buat kita bersama….

Sedar atau tidak, kita sebenarnya terlalu sukar untuk mengalirkan air mata penyesalan terhadap dosa-dosa kita sendiri. Tetapi kita mudah pula untuk mengalirkan air mata kerana kesulitan yang menimpa diri kita. Ini kerana, kita kurang menyakini bahawa Allah s.w.t. sajalah yang mengatur segala urusan hamba-Nya. Malah, Allah s.w.t. lah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita kerana Allah s.w.t. yang mencipta kita.

Tangisan penyelasan itu adalah cahaya hati yang lahir akibat takutkan dan cintakan Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya. Ia juga adalah merupakan kehalusan dan kejernihan hati. Hati yang halus adalah merupakan hati yang khusyuk kepada Allah s.w.t. serta banyak menangis kerana takutkan Allah s.w.t. malah ianya juga adalah hati-hati yang dipunyai oleh para nabi Allah s.w.t. yang mulia. Mana mungkin orang yang tidak memiliki jiwa yang halus akan mampu untuk menangis kerana penyesalan terhadap dosa-dosanya.

Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah al-Maryam ayat ke-58 yang bermaksud:
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah s.w.t. kepada mereka, mereka menrendah diri dengan bersujud dan menangis”

Begitu juga Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Israa’ ayat 109 yang bermaksud:
“Dan mereka menyungkur atas muka mereka dengan menangis dan bertambah khusyuk mereka”

Setiap orang, baik penulis dan sesiapa pun tidak pernah terlepas daripada melakukan sebarang kesalahan dan dosa sama ada yang disedari mahupun tidak…Jadi, apakah tidak ada ruang untuk kita memuhasabah diri kita sendiri di sepertiga malam dengan bermunajat kepada Allah s.w.t. dan menyesali segala dosa-dosa kita yang telah kita lkukan. Inilah waktu terbaik untuk kita mencari keampunan Allah s.w.t. di bulan yang penuh kemuliaan ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sepotong hadith hasan yang bermaksud:
“Setiap mata tidak terpelihara di hari kiamat melainkan mata yang menangis kerana takutkan Allah s.w.t, dan mata yang berjaga pada malam hari di jalan Allah s.w.t. (ya’ni berjihad) “

Sesungguhnya mata yang sentiasa menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan sangat dimuliakan oleh Allah s.w.t. sehingga disebutkan di dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, al-Nasaie dan al-Hakim yang bermaksud;
“ Tidaklah masuk ke dalam neraka tangisan kerana takutkan Allah s.w.t. sehingga kembali susu ke kantungnya (bekasnya), dan sehingga masuk seekor unta ke lubang jarum.” Dan di dalam riwayat yang lain.: “Barangsiapa yang mengeluarkan daripada matanya tangisan walaupun sebesar kerpada seekor lalat kerana takutkan Allah s.w.t.”

Ramadhan yang menemani kita pada kali ini perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kita mengambil sebanyak mana mutiara yang terdapat di dalam bulan yang penuh keberkahan ini. Jangan biarkan diri kita sentiasa berada di tahap yang lama setelah kita melalui sebulan tarbiyyah yang begitu berharga ini. Ingatilah sebahagian daripada pesanan rasulullah s.a.w kepada kita semua bahawa sekiranya manusia ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t., maka Allah s.w.t akan merahmati umat ini kerana tangisan mereka!

Bersempena dengan tibanya separuh ramadhan yang kedua ini, penulis mengajak kepada seluruh teman dan diri penulis juga untuk menghayati tema keampunan ini dengan banyak menangis . Bukanlah menangis kerana kesusahan dan keletihan yang kita alami , tetapi banyak menangis kerana takutkan Allah s.w.t. Jangan biarkan diri kita tidak menangis ketika kita masih hidup di dalam dunia ini, kerana kelak kita pasti akan menangis di akhirat kerana menyesal!.

Penulis akhiri dengan sepotong hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim daripada Syaddad bin Aus yang bermaksud:
“Orang yang cerdik itu adalah yang menginsafi dirinya, dan orang yang lemah itu adalah yang mengikuti hawa nafsunya tetapi mengharapkan syurga Allah s.w.t.”



Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita