;

Jumaat, April 30, 2010

Amar Makruf Nahi Mungkar Tanggungjawab Semua.

 

Assalamualaikum dan salam juang buat semua.

Terasa sepi blog ini setelah jemari tangan penulis tidak menari-nari di atas keyboard laptop untuk postkan bahan bacaan yang baru ke dalam blog ini.

Kesibukan tugas dan fatrah peperikasaan yang semakin hampir mengekang banyak masa penulis untuk menumpukan terhadap blog yang sederhana ini. Namun, penulis amat berharap segala bahan bermanafaat dapat dikongsi bersama.

Melalui tajuk di atas, penulis secara ringkas pada kali ini ingin mengajak teman-teman sekelian agar kita sentiasa cakna dan prihatin dan tugas kita walalu di mana kita berada.

Kita akan terasa perlunya pengorbanan daripada segala sudut diperah melalui tulang empat kerat kita apabila kita cakna dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita.

Perlbagai isu berkaitan mahasiswa yang sedang rancak berlaku pasca kepimpinan PMRAM bagi sesi 2010 pada tahun ini memperlihatkan isyarat jelas kepada kita bahawa perlunya mahasiswa dan mahasiswi untuk berganding bahu bagi sama-sama menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Antaranya, mahasiswa dan mahasiswi di Mesir boleh sentiasa mendapatkan maklumat rasmi di web Rasmi PMRAM sendiri. Segala kenyataan dan ulasan adalah bersifat rasmi dan boleh dipercayai adalah melalui web PMRAM sahaja walaupun tidak menafikan wujudnya blog-blog peribadi yang turut sama untuk menyelesaikan krisis yang berlaku seputar mahasiswa di bumi Ardul Kinanah ini khususnya. Rajinkan diri anda untuk mengikuti isu di Web PMRAM.

Soal perpindahan ke Kaherah, Mahasiswa dan Mahasiswi Qiraat baru yang masih belum Muqayyad nama mereka, begitu juga dengan soal Mahasiswi Qiraat Mansurah yang tidak boleh memasuki peperiksaan, serta isu-isu seputar keselamatan mahasiswa dan mahasiswi khususnya di bumi Mesir sperti kecurian, pencabulan,penangkapan  dan juga turut tidak terlepas isu-isu yang berkaitan sosial ataupun Hisbah seperti keluar malam tanpa musyrif, ikhtilat tidak Syari’e, Perangai yang tidak senonoh dan apa jua isu yang melanda adalah isu kita bersama di samping menjadi amanah bagi pihak-pihak yang berwajib.

Nyatakanlah kebersamaan anda bersama kepimpinan dan korbankanlah perasaan dan kepentingan peribadi demi maslahat yang lebih utama ini. Pimpinan sentiasa memainkan peranan untuk terus mengkaji, berfikir, merancang, dan menyelesaikan dengan perlaksanaan yang terbaik biarpun ianya mungkin ada pahit manisnya. Anda juga boleh memainkan peranan dengan melakukan perkara yang termampu yang dibatasi batas-batas agama dan syariat demi menyatakan kebersamaan serta menunaikan amanah serta kewajipan yang besar ini.

Ingatlah, segala isu-isu yang belaku pada hari adalah ujian dan Tarbiyah daripada Allah S.W.T agar kita tidak menjadi golongan yang hanya menuntut ilmu tetapi tidak megamalkannya dengan bersungguh-sungguh. Bahkan, penulis lebih selesa mengatakan bahawa segala isu-isu yang berlaku ini adalah amanah Amar Makruf dan Nahi Mungkar yang tetap terpundak di bahu kita bersama.

Hayatilah firman Allah S.W.T di dalam surah al-Ankabut ayat 1-3 yang bermaksud:

1. Alif, Laam, Miim.

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

Selain itu, Di dalam kitab المستخلص في تزكية الأنفس , al-Allamah Syed Hawwa menyatakan bahawa di antara Wasaail (cara-cara) untuk membersihkan dan menyucikan jiwa itu adalah melakukan Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Maka, apakah lagi usaha dan amal yang terlebih mulia untuk kita lakukan tatkala kita dihidangkan dengan bentuk penyucian yang sebegini mulia.

Di dalam hadith 40 Imam al-Nawawi, Disusun oleh al-Imam pada hadith ke-40 mengenai peringatan terhadap dunia untuk kejayaan di akhirat.

Diriwayatkan oleh Abdillah bin Umar R.A: Rasulullah S.A.W telah memegang bahuku, maka baginda bersabda: “Jadilah kamu di dalam dunia itu sebagaimana kamu seorang yang asing,ataupun pengembara” . Ibnu Umar R.A berkata: “Jika kamu berada di petang hari, maka jangan kamu tangguh sehingga ke pagi hari keesokannya, dan jika kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah berrtangguh sehingga ke petang hari”- hadith riwayat al-Bukhari.

Hadith dan kata Ibnu Umar R.A di atas jelas mengambarkan kepada kita bahawa tugas untuk melakukan Amal Makruf dan Nahi mungkar ini adalah satu kewajipan yang menjadi amal yang mulia di dunia. Kita tidak mengharapkan dunia kerana ia bisa binasa tetapi segala amal yang kita lakukan adalah semata-mata untuk bekalan di akhirat kelak.

Kita perlu menyedari bahawa musuh-musuh sentiasa ada, tetapi keimanan, kesatuan dan kesungguhan kita di dalam melaksanakan tanggungjawab menegakkan agama Allah inilah yang akan menyelamatkan kita Insyaallah.

kata Ibnu Mas’ud R.A:

“Memberikan kegembiraan kepada orang yang beriman itu, dan menyempurnakan kewajipan mereka adalah lebih aku sukai daripada ibadah seumur hidup”.

Akhir kalam, perteguhkan kesatuan, ukhuwwah dan janganlah lemah walaupun peperiksaan semakin menghimpit kita. Moga-moga dengan ujian yang menimpa kita akan membuahkan natijah yang terbaik terhadap peperiksaan yang bakal kita duduki nanti.

Sama-sama kita berdoa untuk PMRAM dan kita semua..Amiin.

“Kemantapan Fikrah, Membina Syakhsiah”

Sabtu, April 17, 2010

Menjauhi Kepapaan


Menjauhi Kepapaan

Sebagai umat islam, kita ingin sekali menjadi hamba yang mendapat rahmat dan redha Allah S.W.T. Jauh sekali kita ingin mendapat murka dan benci Allah S.W.T .Walaupun dalam tidak sedar, terkadang kita turut melakukan perkara yang mendatangkan kebencian dan kemurkaan Allah S.W.T.

Untuk menjadi seorang hamba yang taat, kita harus mentaati segala perintah Allah S.W.T, dan menjauhi segala larangan-Nya sama ada zahir ataupun batin..Namun, apakan daya, kita hanyalah insan lemah, sering lupa dan lali..maka, mohonlah keampunan dan rahmat Allah S.W.t dengan penuh khusyuk dan tawadhuk di sepertiga malam.

Antara satu cara menzahirkan keimanan kepada Allah S.W.T, adalah dengan kita beramal dengan konsep Tasauf. Tasauf mengundang pengertian yang banyak, dan di antaranya menurut ulamak adalah “Memasukkan (ke dalam) jiwa, al-mazaaya (seluruh perkara yang baik ), dan membuang daripada dalam jiwa al-Khataaya (keburukan). Setelah itu, Nescaya kita akan mampu mengisi konsep Ubudiyyah dengan sebaiknya.

Pada hari ini, ayuh kita berkongsi mengenai sebab-sebab kepapaan agar kita dapat menghindarinya…Seringkali kita merasakan rezeki jauh daripada hidup kita menyebabkan kita merasa Allah S.W.T tidak berlaku adil terhadapa kita..Tapi pernahkan kita muhasabah, apakah perbuatan yang telah kita lakukan seharian di dalam hidup kita menyebabkan kita jauh daripada rezeki Allah S.W.T? Ayuh sama-sama kita koreksi diri.

Di dalam tambahan hadith kepada beberapa buah riwayat, nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya seseorang lelaki itu diharamkan memperolehi rezeki kerana dosa yang menimpanya”.

Antara sebab-sebab kepapaan:

- Banyak tidur daripada berjaga.

- Tidur dengan bertelanjang tanpa menutup anggota dengan sesuatu.

- Makan ketika di dalam keadaan Junub.

- Tidak mengendahkan makanan yang gugur atau jatuh.

- Mengeringkan anggota badan dengan hujung kainnya.

- Membakar kulit bawang.

- Menyapu rumah di malam hari.

- Membiarkan sampah berserakan di dalam rumah.

- Berjalan di hadapan guru.

- Membasuh tangan dengan tanah. (berbeza membasuh dengan air tanah ketika ingin akibat terkena najis berat. Ini tidak dikira sebagai sebab kepapaan)

- Memanggil kedua ibu-bapa dengan nama mereka (tidak beradab).

- Meringan-ringankan solat.

- Menjahit kain yang sedang dipakai di badan.

- Membiarkan rumah bersawang dengan sarang laba-laba.

- Bersegera ingin keluar daripada masjid. (Jika tiada urusan penting).

- Pergi ke pasar awal-awal hari dan lambat pula balik.

- Tidak memabasuh pinggan makan.

- Memberi roti yang sudah pecah-pecah kepada fakir miskin yang memintanya.

- Memdamkan pelita dengan mulut.

- Menulis dengan Qalam yang berbuku.

- Menyikat rambut dengan sikat yang telah patah.

- Tidak berdoa untuk kedua ibu-bapa.

- Memakai serban ketika duduk.

- Memakai seluar dengan berdiri.

- Bakhil dan boros di dalam berbelanja.

- Membuang kahak ketika Qadha hajat turut akan mewarisi kepapaan.

- Banyak berpaling ketika Qadha Hajat menyebabkan ia ditimpakan dengan penyakit was-was.

- Banyak bercakap ketika Qadha hajat dibimbangi diganggu oleh Jin.

- Barangsiapa yang suka berlama-lama di dalam tandas akan mewarisi penyakit hati, dan dikatakan juga penyakit Buasir.

- Barangsiapa suka memandang kearah duburnya ketika Qadha hajat akan ditimpakan dengan kekuningan di mukanya, dan barangsiapa yang meludah ke arah najisnya akan ditimpakan dengan kekuningan di giginya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Janganlah kamu berkahak di atas air kencing dan najis kerana sesungguhnya daripadanya terjadi penyakit buasir”.

- Janganlah makan minum dan bersugi ketika Qadha hajat kerana perkara itu menyebabkan menjadi pelupa- Demikian menurut Imam al-Bujairimi.

Moga-moga dengan sedikit perkongsian di atas, akan memberikan kita panduan bagaimana untuk ita menghindari kepapaan. Cuba ikuti dan amalkan kerana ianya juga adalah petua yang menjadi amalan para ulama’ terdahulu. Sekian, Wallahu’alam…

Rujukan: Kitab “ al-Juhu al-Wuhub wa Munbihat al-Qulub” oleh Imam al-Syuuthi.

Pendidikan kanak-kanak wanita


تعليم البنت

Pendidikan Kanak-kanak Wanita


علموها إذا أردتم علاها فبغير التعليم لن ترفعوها

Ajarilah kamu akan ia sekiranya kamu ingin meninggikannya

Maka tanpa pendidikan, kamu tidak akan mampu mengangkatnya,


هذبوا خلقها ورقوانها وارفعوا شأنها ولا تهملوها

Kamu telah sucikan akhlaknya dan kelembutannya,

Dan angkatlah olehmu akan dirinya dan jangan mengabaikannya,


هي بنت لكم وأخت وأم يحتذيها في كل أمر بنوها

Ia adalah anak perempuan bagi kamu dan kakak dan ibu,

Jadikan teladan baginya pada setiap perkata yang telah kamu bina dirinya,


علموها أن التفرع داء ناح منه قرينها وأبوها

Ajarilah kamu akan ia bahawa sesungguhnya perpecahan itu adalah penyakit,

Tangisan daripadanya adalah pasangannya dan bapanya,


علموها أن الفضيلة كنز ليس يفني، ولا يموت ذووها

Ajarilah kamu akan ia bahawa sesungguhnya kelebihan itu adalah harta karun,

Tidak akan musnah dan tidak mati kaum kerabatnya.


Diterjemahkan oleh penulis daripada sebahagian syair-syair arab.

Jumaat, April 16, 2010

Ke mana arah tuju PMRAM selepas ini!


Dengan pertaruhan tema "Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah" pada sesi kepimpinan kali ini, sememangnya PMRAM menggalas tugas yang lebih berat dan besar. Sebarang kesilapan bakal menjerumuskan PMRAM kepada kehilangan identiti dan kekuatan.

Mahasiswa dan mahasiswi di Mesir sentiasa menilai kepimpinan melalui tema yang dipertaruhkan pada setiap tahun. Namun, pemilihan tema pada kepimpinan sesi 2010 ini adalah bertitik tolak daripada dua cabaran besar, iaitu penyatuan fikrah ahli dan pemerkasaan syakhsiah ahli secara maksimum.

Sememangnya membawa dua cabaran besar di dalam keadaan masyarakat yang telah mula berubah landskapnya adalah satu tugas yang amat berat dan besar.

Mungkin juga ada sebahagian penilai dan penganalisis akan membuat satu kayu ukur untuk menilai sejuh mana kepimpinan pada kali ini mampu untuk menangani setiap isu dan cabaran semasa yang sedang dan bakal mendatang.

Dua usul yang turut menjadi pertaruhan ahli juga bakal memberi cabaran yang besar buat kepimpinan PMRAM sesi 2010 untuk melaksanakan dalam tempoh setahun ini.

Soal menggesa pihak berwajib untuk lebih serius di dalam menangani isu mahasiswa dan soal melaksanakan HISBAH dengan lebih perkasa yang merupakan dua intipati penting di dalam usul yang diterima secara sebulat suara adalah usul yang bertepatan dengan tema yang dibawa pada tahun ini.

Soalnya, mampukah PMRAM merealisasikannya agar segala ketakutan dan kebimbangan yang melanda rata-rata Mahasiswa dan Mahasisiwi di Mesir ini bakal pulih dan hilang?

Maka, jawapan yang paling menggembirakan hati ini adalah kita bersungguh-sungguh untuk melaksanakan dengan kerjasama yang terbaik..Jangan hanya menyerahkan 100 peratus kepada kepimpinan sedangkan kalian juga telah mempertaruhkan dua usul besar ini.

Ingatlah, soal amal makruf dan nahi mungkar adalah soal kita bersama..Juga kesedaran oleh pihak berwajib seperti saffarah untuk berbakti secara adil dan saksama adalah soal kewajipan yang perlu ditunaikan oleh mereka dan bakal menerima penghisaban di akhirat kelak jika ianya tidak tertunai!

Penulis yakin dan optimis, jika setiap ahli yang telah menjiwai PMRAM di dalam diri mereka sanggup untuk bersama-sama PMRAM merealisasikan tugas dan cabaran yang besar ini serta mengenepikan kepentingan diri masing-masing, kepimpinan 2010 ini tentunya akan melakar sejarah kegemilangan yang pasti dirasai bersama.

Ayuh, buktikan kesatuan dan kesungguhan kalian yang telah dilaungkan di Dewan Nadi Madinah Nasr tempoh hari...Buktikan juga bahawa kuasa mahasiswa dan Idealisme mahasiswa adalah sesuatu yang tidak boleh diperkotak-katikkan...Kami menunggu dan menagih janji-janji kalian!.


Satu Fikrah Satu Amal..Kita PMRAM!







Isnin, April 05, 2010

Membina Taqwa dan Keikhlasan


Sekadar sedikit CORETAN setelah lama daku tidak menulis:

Wahai sahabatku sekelian, kita harus sedar bahawa hidup ini tak semudah yang disangka...Allah S.W.T tidak hanya menjadikan kita untuk mendiami dunia semata-mata tetapi Allah S.W.T telah menyediakan ujian-ujian sebagai tempat untuk menguji dan menapis hamba-Nya. Hasil daripada tapisan itulah yang akan dibawa untuk mediami syurga Allah S.W.T yang kekal abadi.

Konsep dunia ini mudah sahaja...Meletakkan dunia di tangan tidak di dalam hati..Itulah juga konsep zuhud..Kita tidaklah meninggalkan dunia sepenuhnya dan kita tidak juga mengambil dunia sepenuhnya. Hanya cukup untuk menampung kehidupan kita dan selebihnya adalah bekalan yang kita cari untuk ke akhirat.

Taqwa itu menurut Ulama' adalah :

"Mengikuti perkara yang makruf dan meninggalkan perkara yang mungkar sama ada secara luaran dan dalaman".

Jika, kita tidak mampu melakukan segala perintah Tuhan dan meninggalkan segala larangannya, bagaimana kita akan berjaya menjadi orang yang bertaqwa?


Bukankah kita dituntut untuk tidak mati melainkan kita di dalan keadaan beriman ataupun juga kita bertaqwa kepada Allah ? maka, tidak ada lain jalan ketaqwaan itu melainkan dengan menghayati seluruh konsep pengabdian kepada Allah S.W.T.

Ingatlah, taqwa itu menurut saidina Ali K.W.J ada 4 perkara:

Takut kepada Allah S.W.T,
Beramal dengan al-Tanzil (al-Quran), Redha dengan rezeki yang sedikit, dan Bersedia untuk hari perpindahan.

Begitu juga, Taqwa itu menurut Sahabat Rasulullah adalah seumpama melalui jalan yang penuh onak dan duri, nescaya kita akan berhati-hati untuk melaluinya.

Selepas wujudnya Taqwa, pastinya akan terhasilnya keikhlasan...keikhlasan itu penting untuk menjauhkan manusia daripada amalan yang sia-sia.Apakah itu Ikhlas..Ikhlas menurut para Ulama' adalah mengosongkan segala lintasan hati daripada semua dosa-dosa.

Begitu juga Fudhail bin 'Iyad mengatakan:

"Meninggalkan amalan kerana manusia itu Syirik, dn melakukan amalan kerana manusia itu Riyak, dan Ikllas itu adalah apa yang diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada kedua-duanya".

Wahai sahabatku, marilah kita sama-sama meperkuatkan azam kita untuk memperbanyakkan amal soleh.

Ingatlah resam umat Islam itu tidak mungkin jatuh ke dalam lubang sebanyak 2 kali...Jika, kita pernah melakukan sebarang dosa, ayuhlah sama-sama bertaubat, mengikhlaskan hati, dan meninggalkan segala dosa-dosa yang telah lalu..Biarlah dosa-dosa berlalu dan mengalir bersama aliran air keinsafan insan bernama hamba.

Buatlah sesuatu kerana Allah S.W.T semata-mata, dan jadikan rasulullah S.A.W sebagai Qudwah ikutan terbaik sebagaimana sabda baginda : "Allah S.W.T telah mengajarkan daku adab, dan memperelokkan adabku".

"Doakan diri ini agar najah imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi kerana doa yang tidak diketahui oleh orang yang didoakan adalah lebih dekat dengan Maqbul doa tersebut".

Salam Ukhuwwah, salam Juang!

Sekian...Wassalam.

Yang Benar,
Syeikh Muhd Mujahid nin Sikh Nawawi,
Maahad Qiraat Shoubra, Cairo, mesir.
6,26 pg, 6 hb April 2010.

Riya' : Konsep dan cara Mengatasinya

تعريف الرياء وطرق علاجه


بسم الله الرحمن الرحيم


والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

أما بعد,

...............................

الرياء وما أدراك مالرياء :


أولا : مفهوم الرياء أو السمعة :


الرياء والسمعة لغة : الرياء في اللغة مشتق من الرؤية تقول : أ رأي الرجل : إذا أظهر عملا صالحا ليراه الناس ومنه قوله تعالى: { يراءون ويمنعون الماعون } { بطرا ورئاء الناس {
والسمعة مشتقة من سمّع يقول : سمّع الناس بعمله أي أظهره لهم بعد أن كان سرا
.


الرياء والسمع اصطلاحا : أما مفهوم الرياء أو السمعة في اصطلاح الدعاة وعلماء السلوك والأخلاق : فهو إطلاع المسلم الناس على ما يصدر منه من الصالحات طلبا للمنزلة والمكانة عندهم أو طمعا في دنياهم فإن وقعت أمامهم ورأوها فذلك هو الرياء وإن لم تقع أمامهم لكنه حدثهم بها فتلك هي السمعة.


هو أيضا أن يظهر العبد عبادته أويحسّنها ليراه الناس فيمدحوه عليها.

والرياء :يكون فيما يرى من العمل:كالصلاة والصدقة والحج وغيرها.

أما السمعة:فتكون فيما يسمع:كقراءة القرآن والذكر والوعظ وغيرها.

أعاذنا الله وإياكم من الرياء والسمعة.


الدليل على تحريم الرياء:


قال الله تعالى: " وَمَا أُمِرُوا إلا لِيَعْبُدُوا اللهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ " البينة: 5.


وقال تعالى: " لاَ تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالمَنِّ وَالأَذَى، كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ " البقرة: 264.


وقال تعالى: " يُرَاؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللهَ إلاَّ قَلِيلاً " النساء: 142.


وقال الله تعالى: " فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يراؤون ويمنعون الماعون "


وقال الله تعالى: " فمن كان يرجو لقاء ربه فليعمل عملاً صالحاً ولا يشرك بعبادة ربه أحداً " .- سورة الكهف


وخوف رسولنا الكريم علينا منه بقوله:

((ألا أخبركم بما هو أخوف عليكم عندي من المسيح الدجال؟)) قالوا:بلى يارسول الله.قال: ((الشرك الخفييقوم الرجل فيصلي فيزين صلاتهلما يرى من نظر رجل)) رواه أحمد.


ومعنى أخوف أي :أشد خوفا.

والمسيح أي :الممسوح العين.

الدّجّال:الكذاب.

والشرك الخفي :سمي خفيالأنه عمل قلبي لا يعلمه إلا الله.

ومعنى يزين صلاته أي:يحسّنها بطول القيام والطمأنينة ونحو ذلك.

اللهم إنا نعوذ بك من الرياء والسمعة وكل ماتبغضه وتكره يارب العالمين.

ما يتوهم أنه رياء وليس برياء؟


عن أبي ذرٍ رضي الله عنه قال: قيل لرسول الله صلى الله عليه وسلم: أرأيت الرجل يعمل العمل من الخير، ويحمده الناس عليه ؟ قال: تلك عاجل بشرى المؤمن - رواه مسلم.


أنواع الرياء:

ذلك لأن الرياء له أنواع ودرجات، منها الظاهر الجلي كأن يعمل الإنسان عملاً ثم ينتظر ثناء الناس عليه، ومنه المتوسط كأن تقوم تصلي في جوف الليل تهجداً فيخطر في بالك لو أن فلاناً رآني الآن، ومنه الدقيق الخفي كأن يدخل عليك أحد في المثال السابق ويراك وأنت تصلي فتسر بذلك، وكلما ارتقيت في الصلة بالله تكشفت لك من نفسك أنواع أكثر دقة وخطورة من الرياء.


أما طرق العلاج من الرياء فهي:


1-مجاهدة النفس في الخلاص من الرياء . ولا يضرّ صاحبه مادام كارها له.


2-تذكّر عظمة الله وجلاله واستحقاقه وإخلاص العبادة له وحده.


3- تذكّر أن الرياء يحبط العمل الذي قارنه ويأثم صاحبه.


4-تذكّر الموت وسكراتهوالقبر وظلمتهواليوم الآخر وأهواله.


5-دعاء الله والألتجاء إليهفقد ورد في الحديث الصحيح عنه صلى الله عليه وسلم : ((اللهم إنا نعوذ بك من أن نشرك بك شيئا نعلمه ونستغفرك لما لا نعلمه)).


ألرجوع:

1. ألقران الكريم.


2. الكتب الستة.


3. الكتب الكبائر للامام الذهبي.


4. الكتاب الرياض الصالحين , تأليف الامام النووي , باب ألأمور المنهي عنها.


5. حبيب علي الجفري , صحيفة المصري اليوم , السبت ٠٤ أكتوبر ٢٠٠٨ - ٠٤ شوال ١٤٢٩.

6. الكتاب : آفات على الطريق, تأليف : الدكتور : السيد محمد نوح.


Disediakan Oleh:

Syeikh Muhd Mujahid Bin Sikh Nawawi,
Mahaad Qiraat Shoubra, Mesir.



Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita