;

Sabtu, Ogos 29, 2009

Kelebihan puasa


‏حدثنا ‏ ‏عبد الله بن مسلمة ‏ ‏عن ‏ ‏مالك ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الزناد ‏ ‏عن ‏ ‏الأعرج ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏; ‏الصيام ‏ ‏جنة ‏ ‏فلا ‏ ‏يرفث ‏ ‏ولا يجهل وإن امرؤ قاتله أو شاتمه فليقل إني صائم مرتين والذي نفسي بيده ‏ ‏لخلوف ‏ ‏فم الصائم أطيب عند الله تعالى من ريح المسك يترك طعامه وشرابه وشهوته من أجلي ‏ ‏الصيام لي وأنا أجزي به والحسنة بعشر أمثالها

Maksudnya:

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Musalmah daripada Malik bin Abi Zinad, daripada al-A'raj daripada Abi Hurairah r.a. ,sesungguhnya rasulullah s.a.w. telah berkata:

"Puasa itu adalah syurga, tiada padanya kata-kata keji dan tiada diketahui, dan sesungguhnya setiap perkara sama ada orang yang ingin membunuh atau mencaci-maki, maka katakanlah aku sedang berpuasa sebanyak dua kali, dan demi jiwaku yang berada di tangan-Nya sebagai ganti, sesungguhnya mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah s.w.t. daripada bau kasturi, mereka meninggalkan makan dan minum dan syahwatnya kerana Aku (Allah); Puasa itu untukku dan Akulah yang akan menganjari baginya dan kebaikan 10 kali sepertinya.

Hadith di dalam Shahih al-Bukhari dalam bab "Puasa" pada menyatakan "Kelebihan Puasa"

Beramal pada 10 malam terakhir ramadhan


‏حدثنا ‏ ‏علي بن عبد الله ‏ ‏حدثنا ‏ ‏سفيان ‏ ‏عن ‏ ‏أبي يعفور ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الضحى ‏ ‏عن ‏ ‏مسروق ‏ ‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏رضي الله عنها ‏ ‏قالت ;‏ ‏كان النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إذا دخل العشر ‏ ‏شد مئزره ‏ ‏وأحيا ليله وأيقظ أهله


Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah , telah menceritakan kepada kami Sufian daripada Abi Ya'fur daripada Abi al-Dhuha, daripada Masruk daripada Aisyah r.anh., beliau telah berkata:


"Adalah Nabi s.a.w. apabila masuk 10 (malam terakhir ramadhan) maka baginda akan mengasingkan diri (bersungguh-sungguh beribadah), bangun malam dan menggerakkan ahli keluarga baginda"


Hadith di dalam Shahih al-Bukhari, Bab Solat tarawih pada menyatakan "Amal pada 10 malam terakhir ramadhan"

Rabu, Ogos 26, 2009

Menghayati Taqwa.


Apakah persepsi kita apabila mendengar istilah Taqwa..apakah akan timbul satu perasaan yang lain apabila kita menghayati istilah ini…Ayuh bersama kita menghayatinya.

Bagi penulis…Taqwa sukar untuk diertikan dengan kata-kata...kerana ianya mempunyai maksud yang cukup tersirat dan nilai yang cukup tinggi di sebalik hikmah pengertian Taqwa itu sendiri.

Umpamanya…jika kita mengatakan Taqwa itu sebagai takut…apakah ia akan menepati keseluruhan maksud yang tersirat di sebalik pengertiannya...Begitu juga jika kita menggambarkan Taqwa itu sebagai harap...adakah ia akan menepati pengertiannya.

Namun, yang paling mengetahui hikmah di sebalik Taqwa itu sendiri adalah Allah S.W.T.

Penulis tidaklah mahu meletakkan tajuk di atas sekadar penulisan ilmiah semata-mata, tetapi lebih daripada itu, Taqwa mampu lahir sebagai muhasabah kepada setiap hamba yang beriman kepada Allah S.W.T yang maha Esa.

Kadang-kadang penulis juga terfikir, apakah jalan terbaik yang mampu melenyesaikan persoalan penyakit-penyakit hati yang hadir dan menjangkiti hati-hati manusia yang menjadi tempat sinaran nur Allah S.W.T…tetapi apabila menilai dan menghayati konsep Taqwa tersebut, maka hati penulis menjadi tenang dan merasakan inilah jawapan terbaik terhadap persoalan hati-hati manusia tersebut.

Allah S.W.T telah menjelaskan mengenai konsep ketaqwaan ini dalam beberapa potong ayat al-Quran.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Nisaa’ ayat 87 yang bermaksud:

”Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Sesungguhnya dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat, yang tidak ada keraguan terjadinya. dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) dari pada Allah ?”

Juga firman Allah S.W.T. dalam ayat yang ke-122 pula,

”Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan saleh, kelak akan kami masukkan ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah Telah membuat suatu janji yang benar. dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah ?”

Mari kita hayati pula beberapa potong ayat Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 102-105 yang bermaksud:

”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar [segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah; sedangkan munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya] ; merekalah orang-orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,”


Taqwa jika dihayati secara terbaik oleh setiap ummah yang mempunyai kesedaran terhadap nilai-nilai Islam akan menrasakan bahawa konsep taqwa tersebut mampu untuk menjadi benteng serta pakaian yang melindungi diri daripada segala bentuk keaiban serta ancaman-ancaman yang hadir daripada pelbagai sudut.

Manusi tidak boleh lari daripada menerima fitrah dalam kehidupan...sepertimana manusia perlukan pakaian untuk melindungi aurat dan anggota badan serta memerlukan tempat tinggal untuk berteduh, begitu juga manusia perlukan Taqwa untuk melindungi diri daripada ancaman luaran dan dalaman...namun, bezanya antara keperluan taqwa dengan yang lainnya, ia melengkapi seluruh keperluan manusia baik secara fizikal mahupun rohani.

Allah S.W.T telah menyatakan secara jelas mengenai Taqwa, bahkan Allah S.W.T sendiri menggunakan perkataan Taqwa sebagai sebaik-baik pakaian untuk melindungi diri manusia itu sendiri.

Allah S.W.T berfirman dalam surah al-A’raf yang bermaksud.

”Hai anak Adam [umat manusia], Sesungguhnya kami Telah menurunkan kepadamu Pakaian untuk menutup auratmu dan Pakaian indah untuk perhiasan. dan Pakaian takwa [selalu bertakwa kepada Allah] . Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat".

Dalam surah al-Nisaa’ sebagaimanayang telah penulis jelaskan sebelum ini, Allah S.W.T telah menyeru sekelian manusia yang beriman di atas muka bumi ini untuk mati hanya di dalam agama Islam..Maka, di sini telah jelas kepada kita bahawa hanya agama Islam serta penganutnya yang bertaqwa akan mendapat pembelaan Allah S.W.T di hari akhirat kelak. Ini bermaksud, Islam adalah sebuah agama yang diiktiraf secara jelas oleh Allah S.W.T di dalam kitab-Nya sebagai al-Diin atau cara hidup yang diterima di sisi Allah S.W.T..

Al-Diin itu mengambarkan kepada kita bahawa Islam merupakan satu-satunya cara hidup yang paling baik serta tinggi di sisi Allah. Mengiktiraf Islam membawa maksud menafikan seluruh cara hidup yang lain, dan meninggalkan walaupun hanya sedikit daripada segala perkara yang termasuk dalam pengertian al-Diin ini, bererti meninggalkan semua cara hidup Islam itu sendiri.

Mari kita ambil satu contoh yang mudah untuk menjelaskan perkara di atas. Sekiranya kita ingin mematuhi lampu isyarat yang terdapat di atas jalan raya, adakah kita hanya menerima hanya lampu hijau sahaja, atau merah sahaja ataupun kuning sahaja. Tentu tidak bukan? Kalaupun kita boleh menerima lampu hijau sahaja sebagai contoh, tentu kita akan disaman kerana tidak mahu berhenti atau mungkin memudaratkan diri kita dan orang lain apabila berlaku kemalangan.Begitu juga kiita kita hanya menerima lampu kuning atau merah sahaja, maka akan timbul masalah juga kerana kenderaan kita tidak boleh bergerak tetapi hanya berhenti sahaja..Jelas bukan?

Teman-teman sekelian, apabila kita sebagai generasi hari ini ingin melihat kejayaan hadir dalam kehidupan kita sehari-harian serta Ummah yang ingin kita bina lahir sebagai Ummah yang terbaik, maka kita perlu menjadikan Taqwa sebagai perisai utama kita.

Penulis amat yakin jika kita tidak memperkuatkan keimanan dan pergantungan kita kepada Allah S.W.T, nescaya kita tetap akan hanyut dalam dunia yang penuh dengan fitnah buatan manusia pada hari ini...Inilah realiti yang perlu kita akur dan terima!

Tidak perlu tuding jari pada orang lain, tetapi cukuplah kita memuhasabah dan menilai keadaan diri kita sendiri. Adakah kita telah betul-betul menjaga seluruh nilai-nilai dalam Islam itu sendiri.

Ketaqwaan itu memberi gambaran yang yang cukup susah untuk ditafsirkan oleh manusia..Namun, ianya memberikan nilai-nilai yang baik keseluruhannya terhadap diri manusia itu sendiri.

Saidina Umar al-Khattab R.A. pernah ditanya tentang satu perkara yang mana adakah beliau pernah melalui satu kawasan yang pernuh dengan duri dan onak. Maka, Saidina Umar telah membernarkannya.. Lalu ditanya lagi bagiamana, keadaan beliau sewaktu melaluinya..Maka, dijawab oleh Saidina Umar bahawa beliau akan melaluinya dengan penuh berhati-hati..Maka, itulah gambaran Taqwa.

Cerita dan peristiwa di atas memberikan gambaran kepada kita semua bahawa Taqwa merupakan satu perkara yang sangat halus. Ianya berkaitan dengan konsep keimanan itu sendiri.Ianya adalah gambaran yang jelas kepada kita tentang perlunya kita untuk menjaga amanah Allah S.W.T ke atas diri kita dengan sebaiknya. Sebarang kelalaian dan kealpaan akan membinasakan dan memudaratkan diri kita sendiri sebagaimana onak dan duri tersebut.

Begitu juga taqwa itu digambarkan oleh para ulama' sebagai meletakkan diri kita dalam konsep kehambaan yang terbaik. Menurut para ulama, taqwa itu adalah melakukan segala perintah Allah s.w.t. dan meinggalkan segala larangan-Nya sama ada secara luaran ataupun dalaman. Buakankah ini bertepatan dengan konsep kehambaan tersebut!

Begitujuga, keimanan yang terhasil melalui erti ketaqwaan itu juga perlu direalisasikan dengan penuh iltizam dan istiqamah. Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh salah seorang sahabat baginda tentang satu wasiat yang tidak akan ditanya oleh beliau lagi melainkan kepada rasulullah s.a.w. sahaja. Maka, rasulullah sa.w. menjawab dengan jawapan yang ringkas tetapi penuh pengertian iaitu:
"Hendaklah kamu beriman kepada Allah s.w.t. dan kemudian istiqamahlah!"

Apa yang terbaik, ianya perlu dibina melalui akhlak dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Ada sebahagian orang merasakan dirinya perlu diperbetulkan oleh orang lain tanpa dia ingin memperbetulkan dirinya sendiri. Ini satu pemikiran yang perlu ditinggalkan kerana dengan jelas Allah s.w.t. telah memperingati manusia bahawa nasib sesuatu kaum itu tidak mungkin akan mampu diubah sekiranya ia tidak mengubahnya menurut takdir-takdir Allah s.w.t. yang telah ditentukan.

Malah , aqidah alhi sunnah wal-jamaah juga telah mengajar kita untuk tidak meminggirkan daya usaha di samping percaya kepada takdir dan ketetapan Allah s.w.t. Dalam hal ini, rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Ketahuilah jika sesuatu umat berkumpul untuk memberi manafaat kepaa kamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak mampu memberi manafaat kepada kamu dengan sesuatu melainkan apa yang telah Allah s.w.t. tulis bagi kamu."

Begitu juga rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tidaklah berkumpul umatkudi dalam kesesatan".

Penulis tidak ingin memanjangkan lagi tulisan, cuma hanya sekadar ingin membangkitkan kembali kesedaran untuk sentiasa bertaqwa dalam apa jua keadaaan pun. Lebih-lebih lagi bersempena dengan bulan ramadhan yang sedang kita jalani ini, Allah s.w.t. sangat menggesa manusia untuk keluar daripada institusi ramadhan sebagai seorang muslim yang bertaqwa.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah juzuk yang kedua yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, telash diwajibkan bagimu untuk berpuasa sebagaimana telah diwajibkan untuk orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa"

Moga-moga, kita mampu mengambil segala ganjaran yang terdapat di dalam bulan ramadhan al-Mubarak yang mana awalnya adalah rahmat, pertengahannya keampunan, dan pengakhirannya pembebasan daripada api neraka Allah s.w.t. yang maha dahsyat dan semoga kita semua juga mampu memperolehi anugarah lailatul Qadar yang hanya sebilangan umat yang bertuah memperolehinya.Amiin.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam, dan teman-teman seperjuangan!

Jumaat, Ogos 21, 2009

Kelebihan mendirikan ramadhan



‏حدثنا ‏ ‏مسلم بن إبراهيم ‏ ‏حدثنا ‏ ‏هشام ‏ ‏حدثنا ‏ ‏يحيى ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سلمة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال; ‏ ‏من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ومن صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Hisham, telah mencertiakan kepada kami Yahya daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah r.a. daripada nabi s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang mendirikan Lailah al-Qadr (iaitu pada bulan ramadhan) dengan penuh keimanan dan penghisaban, maka akan diampunkan untuknya apa yang telah lalu daripada dosanya dan barangsiapa yang mendirikan ramadhan dengan penuh keimanan dan penghisaban, maka akan diampunkan apa yang telah lalu daripada dosanya."

Hadith di dalam Shoheh Bukhari pada bab "puasa"

Malu cabang keimanan.




‏حدثنا ‏ ‏عبد الله بن محمد الجعفي ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏أبو عامر العقدي ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏سليمان بن بلال ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن دينار ‏ ‏عن ‏ ‏أبي صالح ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه: ‏

‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏الإيمان ‏ ‏بضع ‏ ‏وستون ‏ ‏شعبة ‏ ‏والحياء ‏ ‏شعبة ‏ ‏من الإيمان

Telah memberitahu kami Abdullah bin Muhammad al-Ju'fi maka telah berkata, telah memberitahu kami Abu Amir al-Aqdi, telah berkata, telah memceritakan kepada kami Sulaiman bin Bilal daripada Abdillah bin Dinar daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah r.a.: Daripada nabi s.a.w. telah bersabda: "Iman itu 60 dan lebih cabang dan malu itu sebahagian daripada iman."


Hadith di dalam Shoheh Bukhari pada menyatakan 'perkara-perkara keimanan'

Isnin, Ogos 17, 2009

Ayuh bersama jayakan kempen biah solehah!

Unit Biah Solehah PMRAM akan terus memperkasakan kempen Biah Solehah bagi tahun ini dengan penyebaran maklumat yang lebih tersusun lagi bagi memastikan 5 item yang mendasari Biah Solehah mampu direalisasikan:

Pemerkasaan Solat jemaah, Cegah Chatting tidak Syarie, cegah Ikhtilat tidak Syarie, Tautan Ukhuwwah, Pembinaan Syakhsiah.

Bersempena dengan ketibaan madrasah tarbiyyah ramadhan yang bakal menjelang ini, ayuh kita sama-sama realisasikannya!-Pengarah Biah Solehah 09/10

Imam Hassan al Banna berkata:

"Ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita semua."

Sabtu, Ogos 15, 2009

Wajarkah Mahasiswa Kahwin Awal.


Kontroversikah soalan ini, bisik hati penulis.

Em, tapi bila soalan ini diajukan kepada penulis mungkin penulis tidak akan teragak-agak untuk menjawab ya.

Maksudnya, kalau dah sampai masa dan rezeki tak perlu tangguh lagi...boleh kahwin, kahwin saja.

Penulis pernah ditanya, orang yang memilih kahwin awal ini apa reason mereka, apa sebab mereka...adakah kerana ikut orang lain. Nampak macam seronok saja kawan-kawan kahwin, depa pun anak kahwin la. Ataupun tidak mampu bersabar lagi.


Sebenarnya, penulis pandang daripada sudut keadaan zaman ini. Nabi S.A.W. sendiri mengingatkan bahawa akhir zaman ini adalah zaman fitnah. Dalam mazhab Syafie sendiri, fitnah itu dimaksudkan dengan timbulnya rasa ghairah terhadap seseorang.


Ada kawan-kawan yang baru umurnya dalam lingkungan 19-20 tahun, depa kata tak pernah bercouple atau berkawan dengan perempuan di Malaysia, sampai Mesir saja..tak sempat cecah setahun duduk di Mesir, dah terasa nak kahwin. Aii pening jugak kan.


Tapi penulis rasa inilah realiti akhir zaman...zaman yang penuh fitnah. Zaman lani ibu-bapa mesti boleh memahmi kehendak anak-anak jika mereka hendak berkahwin, tapi kena bincang elok-elok la...Sapa-sapa yang nak kahwin tue, terang elok-elok kepada ibu-bapa masing-masing sebab apa nak kahwin. Barulah depa tak rasa runsing kan.


Kadang-kadang ada jugak kawan penulis yang cerita, ada pasangan di Mesir ini yang berpakat dengan unit Hisbah, satu unit yang ditubuhkan diMesir untuk menghalang dan mencegah gejala tidak elok nie...Depa bagitahu kat uint Hisbah yang depa nak dating esok hari. Esoknya, unit Hisbah pergi la tangkap depa, pastu lapor pada mak-bapak depa. Kesnya depa nak kahwin, mak-bapak tak bagi pulak. Aii pening jugak lagu nie kan..


Ada jugak yang cerita tentang perangai budak-budak perempuan sekolah agama sekarang nie...teruk dah. Depa duduk tak sopan tepi-tepi kawasan aspuri. Bila ada ustaz-ustaz nie lalu di luar pagar, depa tegur. Boleh pulak jawab tue, "relax la bang, bukannya nampak pun"..Astaghfirullah, sekolah agama tue...Teruk,teruk.


Ada sekali tue, masa penulis berbual dengan senior, beliau cerita ada beberapa kes di sekolah-sekolah agama di malaysia, teruk dah..sampai berzina.Tak boleh nak sebut la kan sekolah mana, aib pulak. Tue pun pasal kawan dia terlepas cakap. Rupenya, mak-bapak dan pentadbiran sekolah tak tahu. Budak tingkatan dua, perempuan buat projek dengan budak tingkatan satu, mengulang...lelaki. Kan pening tue, baru tingkatan dua...bukan lepas SPM!..Tue pasal bercouple la.


Ada jugak yang bercouple, jalan-jalan kat bandar, lepas tue rasa tak tahan..yang si perempuan pegang anu si lelaki tue...Sekolah agama ini...Pening-pening.


Sekolah agama pun kalau dah ada simptom yang macam nie...sekolah biasa lagi la teruk.Pasal depa tak belajar agama sangat, sekolah agama tue m,emang fokus belajar agama.


Ini realiti sekarang teman-teman..kalau teliti, banyak kes-kes macam nie berlaku kat pasangan bercouple...takde ikatan ape-ape. Mereka mungkin takde tempat nak lepaskan nafsu, nak kahwin mak-bapak tak bagi lagi...jadi, depa lepaskan dengan cara macam tue la.


Teman-teman rasa ape ubat terbaik untuk pasangan bercouple nie...rasanya takde cara lain dah melainkan kahwin jee..

Teruk dah sekarang nie..Ade jugak senior penulis cerita, ada yang nak kahwin, mak dia tak bagi, lepas tue dia cakap "kalau mak tak bagi, jangan malu la kalau ade ape-ape yang buruk berlaku kat saya. Biar malu kahwin awal daripada malu keluarga". Power jugak, ayat dia.Maknya rungsing dengar pertanyaan macam tue..akhirnya bagi jugak. Tapi yang menariknya, lepas tue, mak-bapak dia galakkan anak-anak depa kahwin awal ikut macam abangnya tue..Murah rezeki kot.

Ada senior penulis yang cerita, puas dah dia mintak nak kahwin, mak-bapak tak bagi jugak...sampai doa dekat Mekkah tue, moga-moga ada rezeki.Tapi sekarang pun dah habis belajar tak dapat jugak. Sian jugak tengok dia, tapi nak buat macammana, perlu dapatkan restu ibu-bapa jugak kan..


Sunnah nabi memang menggalakkan kita untuk tidak bertangguh dengan perkahwinan ini.Nak buat kenduri besar kecil bukan soalnya, soalnya perkahwinan itu dulu sebab ia akan menyelamatkan daripada fitnah. Adat sekarang nie bila kahwin saja nak buat besar-besaran, sampai ada kes pasangan yang dah nak berkahwin tetapi keluarga si isteri tetap sampai 15 ribu wang hantaran. Si lelaki nie cuma kerja biasa ja..Kesian kat lelaki tue, terpaksa tangguh dahulu.


Nabi S.A.W. sebut pada kita: "Sesungguhnya Sebaik-baik perkahwinan itu, adalah yang paling murah maharnya." Maknanya, lebih murah maharnya dan tak membebankan, lebih berkah isterinya.


Ada seorang lelaki datang kepada rasulullah S.A.W. dan meminta untuk berkahwin lalu rasulullah s.a.w. tanya, adakah beliau mempunyai sebarang harta, lalu lelaki tersebut menjawab yang beliau hanya ada sepadang selipar sahaja (Na'lain) , lalu rasulullah s.a.w. tanya adakah dia redha menerima mahar sepasang selipar itu, maka perempuan itu berkata ya. lalu rasulullah s.a.w. mengkahwinkan mereka .


Rasulullah tidak pun menyuruh lelaki itu menangguhkan perkahwinan mereka, suruh cari kerja dahulu, suruh habis belajar dahulu dan sebagainya, kerana menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak elok ditangguh-tangguh bila tiba masanya.


Inilah sunnah yang perlu diterapkan dalam masyarakat...kita boleh memilih untuk berkahwin mengikut sunnah atau adat..walaupun hak menentukan perkahwinan ada pada ibu-bapa, tetapi anaknya lebih berhak menerima atau menolak perkahwinan. Sebab itu nabi s.a.w tidak bertanya kepada kepada ibu-bapa si perempuan untuk mendapat izin tetapi kepada si perempuan itu sendiri.


Ulamak-ulamak kita ada yang berkahwin awal, macam Syeikh Muataawali Sa'rawi,Dr Abdullah Nasih Ulwan dan sebaginya. Tidak menjadi masalah pun bagi mereka, bahkan kehidupan dalam akhir zaman yang penuh dengan fitnah menyebabkan mereka memilih untuk berkahwin awal..


Satu persoalan yang ingin dilontarkan, mengapa Allah sw.t. menjadikan perkahwinan itu dengan hanya beberapa lafaz yang tak sampai pun 10 minit, membezakan keadaan yang halal dan haram dalam seluruh umur kehidupan kita. Ia hikmah yang perlu diteliti dan dikaji. Bagi penuulis, ia menunjukkan bahawa perkahwinan itu perkara yang mudah dan tidak boleh disusah-susahkan. Cukup dengan adanya mahar daripada sedikit harta kita dan lafaz akad nikah daripada sedikit masa kita, ianya sudah cukup untuk mengubah kehidupan kita kepada perkara yang halal dan terhindar daripada fitnah.


Penulis pun tidak berniat untuk memanjangkan lagi cetusan ini, cukuplah kita sama-sama berfikir dan mencari jalan untuk memberkati kehidupan kita. Cumanya, bincanglah dengan baik bersama-sama keluarga serta carilah ilmu supaya rumahtangga akan lebih berkah dan harmoni. Hakikatnya, kita sendirilah yang memilih untuk merasai perkahwinan itu berdasarkan sunnah atau adat semata-mata.


Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Nisaa' ayat 1 yang bermaksud:


"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. "


Firman-Nya lagi dalam ayat yang ke-27 pula:


"Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."


Wallahua'lam..

Jumaat, Ogos 14, 2009

Muhasabah melalui kesan penjajahan Tartar!






Beberapa hari lepas, sewaktu berlangsungnya Ekspo Gempak PMRAM atau ringkasnya EGP' 09 Hayyul Asyir, Qahirah, Mesir ini, Satu forum telah diadakan bersempena dengan EGP tersebut. Menariknya , ia telah mengupas satu isu yang jarang sekali dikupas sebelum ini, dan penulis kira ianya telah membuka satu medium baru terhadap minda masyarakat atau mahasiswa hari ini iaitu Impak dan Impliksai penjajahan Tartar ke atas dunia Islam.

Sebenarnya, Penjajahan Tartar merupakan satu episod keruntuhan dan kebangkitan semula masyarakat Islam di waktu pemerintahan Kerajaan Abbasiyah yang cukup terkenal pada ketika itu. Secara asasnya, proses ini telah melibatkan pergolakan yang berlaku ke atas tiga buah blok kerajaan iaitu Kerajaan al-Khawarizmiah, Kerajaan al-Ayyubiah dan kerajaan Abbasiyah sendiri.

Namun, pengajaran yang menarik yang ingin penulis kongsikan dalam ruangan ini adalah bagaimana pemerintah Tartar, iaitu Gengkhiz Khan, dan juga keturunannya seperti Hulago yang memerintah tentera Tartar, digambarkan sebagai simbol kekuatan yang sangat dahsyat sehingga ditakuti oleh segenap pelusuk dunia. Bahkan,sejarah menggambarkan sekiranya Gengkhiz Khan ini meminta untuk rakyat menyembamkan muka mereka ke tanah,serta tidak diangkat untuk dipancung, maka mereka akan menurutinya dengan patuh. Betapa gerunnya merteka kepada pemerintah Tartar ini. Inilah yang menyebabkan kekuatan timbul kepada mereka seterusnya melakukan satu episod penjajahan dahsyat ke atas dunia Islam di Iraq pada ketika itu sehingga dicatatkan di dalam sejarah bahawa laut Iraq tersebut menjadi hitam kerana kerana banyaknya khazanah-khazanah ilmu dihumbankan ke dalam laut yang asalnya adalah berwarna merah disebabkan oleh banyaknya mayat-mayat.

Zaman keruntuhan ini adalah disebabkan oleh satu faktor yang perlu dimuhasabah bersama oleh umat Islam iaitu faktor perpecahan. oleh kerana kerajaan Abbasiyah sedikit merasa tergugat dengan kemajuan yang dicapai lebih cepat oleh kerajaan Khawarizmiah yang juga merupakan kerajaan Islam pada ketika itu, manakala kerajaan Abbasiyah pula merasakan mereka lebih patut dihormati disebabkan mereka adalah pemerintahan pusat, maka mereka telahmengambil sikap tidak bekerjasama dengan Khawarizmiyyah ketika mereka diserang. Perpecahan besar inilah yang menyebabkan kerajaan Islam telah ditumpaskan.


Kerajaan Tartar bukanlah kerajaan yang bertamadun, malahan mereka penuh dengan kebobrokan akhlak dan sebagainya. Namun, mereka berjaya menumpaskan kerajaan Islam adalah kerana kepatuhan dan ketaatan yang sangat hebat kepada pemerintah mereka dan perpaduan yang telah ditunjukkan juga menyebabkan mereka menang. Umat Islam yang berpecah pada ketika itu punyai pertahanan yang cukup rapuh dan mudah ditumbangkan disebabkan mereka tidak bersatu.

Seterusnya, peranan ulamak pada ketika itu juga tidak digunakan dengan sebaiknya. Disebabkan mereka takut kepada kerajaan Tartar yang dilambangkan oleh masyarakat dunia sebagai sangat kejam dan kuat, menyebabkan mereka hilang keyakinan diri. Malahan, pada ketika itu, banyak pendapat-pendapat daripada para Ulamak yang tidak bersesuaian dengan keadaan umatnya sendiri. Di saat serangan tentera Tartar menghinggapi dunia Islam, para ulamak sibuk membincangkan mengenai hukum hubungan kelamin apabila lelaki masuk ke seluruh badan kerana tidak dapat kepuasan tanpa memikirkan sedikitpun mengenai serangan tentera Tartar tersebut. Akibatnya, kerajaan Islam mudah ditumbangkan.

Begitu juga, keadaan umat yang begitu tidak kuat dengan jatidiri dan kekuatan spritual telah memberikan sumbangan kepada keruntuhan keraajaan Islam. Bayangkanlah, arak diminum, pergaulan bebas juga turut menjadi agenda kehidupan. Perkara ini menyebabkan jatidiri masyarakat Islam sangat lemah dan mereka tidak mampu untuk memberikan sumbangan bagi mempertahankan negara mereka sendiri.

Hebatnya, penjajahan Tartar ini telah menyebabkan para ulamak mengeluarkan Fatwa agar berundur daripada pusat pemerintahan di Iraq untuk mencari perlindungan. Maka, timbullah seorang pembela yang menjadi titik permulaan kepada kebangkitan kembali kerajaan Islam Abbasiyyah pada Episod seterusnya iaitu Ibnu Taimiyyah yang mengeluarkan pendapatnya bahawa wajib berjihad untuk mempertahankan negara.

Setlah berlalu zaman keruntuhan, zaman kebangkitan kerajaan Islam ini telah ditakdirkan dengan lahirnya seorang panglima yang begitu hebat pemikiran dan baik akhlaknya.Beliau mendapat acuan pendidikan yang terbaik dan langsung daripada seorang Ulamak yang terkenal yang digelar sebagai Sultan al-Ulamak' iaitu Imam al-Izzuddin Abd Al-Salam, yang telah mendidik beliau daripada kecil lagi iaitulah Saifudin al-Qutuz.Perjumpaan pada setiap minggu dalam bentuk halaqah dan usrah bersama Saifuddin Qutuz serta beliau telah disuntik dengan semangat untuk membela Islam telah memberikan kekuatan dan jatidiri dalam diri beliau untuk berjuang. Semangat yang heat itu memberikan beliau satukeyakinan untuk menerima pelawaan menjadi pemerintah semata-mata untuk melawan Tartar.

Di saat tentera Tartar menyerang Syam, maka Saifudin Qutuz bersama beberapa orang panglima yang lain membina kekuatan di Mesir.Mereka telah mengambil muhasabah daripada kesan penjajahan Tartar dengan membina strategi yang terbaik. Saifudin al-Qutuz telah menitikberatkan soal perpaduan, strategi peperangan dan sebagainya. Institusi Ulamak turut diberikan tempat yang sewajarnya bahkan mereka disuntik dengan keyakinan untuk memberi Fatwa yang tepat dan betul. Perpecahan berdasarkan perasaan iri hati dan jatidiri masyarakat Islam dibina kembali. Tidak kekuasaan yang lebih hebat berbanding kekuasaaan Allah S.W.T. Maka, akhirnya, Islam telah menang dan bangkit kembali pada zaman Abbasiyah.


Sinopsis ringkas di atas mengambarkan kepada kita semua perlunya kita bersatu atas dasar aqidah yang kukuh.Perpecahan umat Islam yang berlaku pada hari ini adalah berpunca daripada lemahnya jatidiri mereka dan rapuhkan Aqidah mereka. Ideologi-ideologi dan pemikiran-pemikiran bahaya yang menular ke dalam masyarakat baik Liberal, Komunis, Kapitalis,Freemason dan sebagainya menjadi satu ancaman yang cukup besar kepada masyarakat. Ancaman-ancaman ini secara tidak langsung boleh mencampakkan kita kelembah kejahilan!

Apa yang penting, melalui hakikat penjajahan Tartar ini ke atas dunia Islam satu ketika dulu, kita amat dituntut untuk sentiasa mengenang sejarah masyarakat awal dan perjuangan mereka sebagai motivasi yang besar buat kita. Sedarlah, jika kita sentiasa lalai dan leka pada masa sekarang, generasi yang kita harapkan membawa obor Islam pastinya tidak akan mampu kita lahirkan.

Begitu juga, perjuangan Islam ini tutur perlu didokong dengan penuh kesungguhan biukan sahaja oleh golongan lelaki,tetapi juga golongan srikandi. Isteri Saifudin al-Qutuz yang bernama Juhana sendiri telah menunjukkan satu sikap yang sangat meyakinkan iaitu mara bersama-sama suaminya untuk berjihad di medan Anjalut dalam peperangan Tartar tersebut hingga beliau turut menemui syahid. Semangat inilah yang harus dihayati bersama oleh golongan muslimat yang menjadi sayap perjuangan kepada golongan muslimin sendiri.

Akhirnya, Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah agar kita terus teguh untuk mendokong dan menyokong perjuangan Islam yang amat besar nilainya di sisi Allah s.w.t. ini. Amiin...Wallaua'lam.

Sabtu, Ogos 08, 2009

Siapakah yang peduli nasib mereka!


Gambar mereka sudah beratus kali dirakamkan, tetapi dunia masih memandang sepi derita anak-anak di sini. Dalam dingin dan perut lapar, mereka terbaring di katil menunggu ajal.

Itulah gambaran biasa di kota ini. Setiap rakyat Iraq berkongsi sakit dan derita akibat sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara itu sejak tujuh tahun lalu.

"Sekatan menyebabkan rakyat hidup dalam kedaifan, malah jika mereka ada wang sekali pun hasil jualan segala harta dimiliki untuk rawatan anak mereka, ubat tiada di sini," kata doktor residen di Hospital Saddam di Khadimiya, Dr Imad Fadhil.


Ketua Pengarah Hospital al-Qaddassiyah, di Kota Saddam, Baghdad, Dr Kamal Askar, berkata sekatan meninggalkan kesan kepada kehidupan rakyat Iraq, terutama dalam memberikan kemudahan perubatan dan kesihatan.

"Satu pun tidak terkecuali daripada menjadi mangsa sekatan. Bayangkan pada musim panas nanti. Dengan suhu mencecah 60 darjah Selsius. Apa jenis rawatan yang dapat kami tawarkan dalam keadaan sebegini?

"Jangan tanya apa yang kekurangan di sini kerana kami bertugas dalam keadaan serba-serbi kurang. Ada ketikanya, kami terpaksa meminta daripada ibu lain sedikit cecair glukos anak mereka untuk membantu pesakit lain," kata Dr Imad.

Dr Kamal menegaskan bahawa mereka hanya menerima 69 peratus daripada bekalan perubatan yang dijanjikan dalam fasa satu perjanjian pertukaran minyak-makanan daripada syarikat yang menandatangani kontrak dengan jawatankuasa perjanjian. Untuk fasa kedua hanya satu peratus sudah dilaksanakan.

"Ini bukan cerita dongeng. Anda lihat sendiri kedaifan kami. Anda lihat sendiri anak-anak kecil ini merintih kesakitan, merayu-rayu mahu sembuh daripada penyakit mereka. Selepas tujuh tahun, kami tiada apa-apa.

"Kami buka hospital jam 9 pagi, ubat habis sebelum waktu makan tengah hari. Bayangkan kami menerima 1,000 hingga 1,500 pesakit luar setiap hari," katanya.
Beliau berkata, pihak hospital hanya mampu melakukan apa yang terdaya untuk pesakit mereka.

"Jika dulu kita boleh buat 20-25 pembedahan sehari, sekarang hanya dua atau tiga saja kerana tidak cukup ubat pelali, malah sabun untuk membasuh tangan pun tiada. Katalah kami ada 10 daripada 12 barangan yang perlu untuk membuat pembedahan atau 11 sekali pun, kami tidak boleh melakukannya kerana ia perlu lengkap," kata Dr Kamal.


Pakar pembedahan di Hospital Kota Saddam, Dr Tell Abdul Fattah, berkata mereka melakukan pembedahan secepat yang boleh bagi memastikan pesakit lain mendapat bahagian mereka untuk menjalani pembedahan.

Menurutnya, mereka yang menderita bukan saja kanak-kanak tetapi setiap lapisan masyarakat, bezanya kanak-kanak paling teruk terjejas kerana sistem daya tahan penyakit mereka belum terbentuk sepenuhnya dan tanpa bekalan khasiat makanan yang mencukupi, apa-apa saja jangkitan boleh menyebabkan kematian mereka.


Ketua Pediatrik di hospital itu, Dr Mudhar A Kannuna, berkata mereka berperang dengan sesuatu yang mereka tidak nampak.

"Pada luarannya ia kabur, tetapi kesannya mendasar terhadap tunjang masyarakat, anak-anak yang bakal mewarisi keturunan mereka.

"Saya sendiri sedih dengan nasib anak-anak. Saya tahu mereka tiada masa depan jika sekatan berlarutan. Saya cuma berharap dunia melihat penderitaan anak-anak kami di sini," katanya.

Dua buah hospital ini mempaparkan banyak kisah sedih. Kami temui Barzan yang lari di seluruh hospital kerana kesakitan. Pesakit leukemia ini tiada harapan lama, kecuali diberikan rawatan di luar negara. Tetapi dia datang daripada keluarga susah, segala harta sudah dijual hanya untuk menyambung nyawanya untuk beberapa minggu saja demi kasih si ayah dan ibu.

Muna dan Amina juga menerima nasib yang sama. Jika kita di Malaysia, penyakit cirit birit dapat dirawat dengan segala jenis perubatan yang ada, tetapi di sini, sekatan menafikan segala-galanya. Ubat untuknya tiada dan mereka juga menanti ketentuan Tuhan.

Seorang lagi Nur Majid, 11 bulan, mengalami kekurangan zat makanan yang teruk dan cirit birit. Beratnya 7.2 kilogram sedangkan berat sepatutnya minimum sembilan kilogram.

Ayyat Jabbar, menghidap asma dan terpaksa berebut satu-satunya tong gas pernafasan yang ada di hospital itu. Dalam keadaan sejuk di hospital (kerana tiada pemanas), Dr Mudhar berkata, kadangkala mereka hanya mampu memerhatikan anak-anak ini mati.


"Ia menyedihkan kami dan sampai pada satu tahap yang kami terpaksa berjenaka dengan keadaan yang berlaku kepada kami. Mereka di sini selalu bertanya, di mana Annan (Kofi Annan, Setiausaha Agung PBB), di mana makanan, di mana ubat?" katanya.

Lawatan ke hospital berkenaan menceritakan kesan sebenar sekatan yang menghukum anak-anak yang tidak bersalah. Doktor di sini cuma dibayar gaji beberapa dolar Amerika saja, tetapi mereka tabah (ramai juga yang terpaksa berhenti dan menjual jus untuk menanggung keluarga) untuk berbakti kepada rakyat.

Kita pernah melihat derita, tetapi rakyat Iraq lebih menderita daripada kita. Bagi ibu Barzan, jiwanya remuk redam, tangisnya berpanjangan, untuk menyelamatkan anaknya.

"Kepada Allah saya meminta ihsannya," katanya.

Berselawat ke atas nabi S.A.W.

عن ابن مسعود رضي الله قال : (كنا نقول قبل أن يفرض علينا التشهد : السلام على الله قبل عباده , السلام عتي جبريل, السلام على ميكائيل, السلام على فلان - من الملائكة - -فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تقولوا السلام على الله , فان الله هو السلام. وقال له بعض الصحابة : كيف نصلي عليك اذا نحن صلينا عليك في صلاتنا ؟ فقال : قولوا : اللهم صل على محمد

Daripada Ibni Mas'ud r.a. telah berkata: Sesungguhnya kami telah menyebut sebelum difardhukan ke atas kami al-Tasyahud: Salam sejahtera keatas Allah S.W.T. sebelum hamba-Nya, salam sejahtera ke atas malaikat Mikail, salam sejahtera ke atas si fulan- daripada malaikat- maka telah berkata rasulullah s.a.w. : Janganlah kamu mengatakan salam sejahtera ke atas Allah s.w.t., kerana sesungguhnya Allah s.w.t. itu maha sejahtera. Maka bertanya sebahagian para sahabat : Bagaimana jika kami ingin berselawat ke atas tuan sekiranya kami berselawat ke atas tuan di dalam solat kami? maka telah bersabda baginda: kamu sebutlah : aku berselawat ke atas nabi Muhammad.

Jumaat, Ogos 07, 2009

Ciri-ciri Aktivis Dakwah.


Penulis rumuskan beberapa ciri-ciri aktivis Dakwah melalui buku 'Apa Erti Komitmen Aktivis Dakwah,' karya Muhammad Abduh.

Aktivis dakwah mesti berpandangan positif.
-Mempunyai kegigihan, cita-cita, semangat kebangkitan dan pandangan yang kritis serta tajam.

Aktivis dakwah mesti dermawan.
-Sanggup menginfakkan hartanya ke jalan jihad semata-mata untuk melihat matlamat dakwah yang suci ini tercapai.

Aktivis dakwah mesti sedia berkorban.
-Sanggup berkorban jiwa, masa, mahupun tenaga demi memastikan dakwah Islam terus berkembang tanpa mengeluh dan berputus asa.

Aktivis dakwah mesti memiliki semangat juang yang tinggi.
-Harus mempersiapkan diri untuk menghadapi pertempuran haq dan batil, juga Maslahat dan Mafsadat tanpa rasa takut. Kalimah ’beristirehat’ tidak ada dalam kamus jihad.

Aktivis dakwah mesti bijaksana.
-Bijaksana dalam ertikata mengutamakan Prioriti daslam berdakwah. Mengutamakan persoalan Aqidah sebelum masalah Ibadah, dan mengutamakan perkara akhlak dan kewajipan sebelum perkara sunnah.

Aktivis dakwah mesti menjadi contoh kepada orang lain.-Menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat agar mereka mempercayai dan menerima Fikrah Islamiyyah dalam kehidupan.

Aktivis dakwah mesti berjiwa sosial.
-Mengamalkan konsep taaruf sesama Muslim untuk menjalankan dakwah secara lebih berkesan. Tidak hanya mementingkan diri sendiri dan sentiasa menyendiri.

Aktivis dakwah mesti mampu mengkoordinasikan semua potensi.
-Ia bermaksud mampu memanafaatkan dan menggerakkan semua potensi aktivis gerakan Islam untuk melakukan tugas dakwah di perlbagai sudut. Maka, tugas menyebarkan risalah islam akan lebih tersusun dan teratur.

Aktivis dakwah mesti selalu mengutamakan kerja.
-Mempercayai dan meyakini kebenaran persamaan dakwah dengan persamaan dalam matematik iaitu ; Komitmen yang hakiki= Kerja yang terserlah.

Kewajiban bagi yang meyakini dakwah.
-Sentiasa mempersiapkan akal, jiwa raga, harta, masa dan tenaga untuk berjuang di medan Jihad yang panjang. Seterusnya meniup dan menyebarkan ruh semangat kepada kaum keluarga, sahabat dan masyarakat.

Mereka adalah aktivis dakwah.
-Mereka-mereka yang banyak mengorbankan jiwa dan raga mereka untuk tugas dakwah, tanpa mengenal penat lelah. Seterusnya sentiasa menerapkan tiga pendekatan di dalam hidup mereka iaitu;

Iman yang teguh,

Takwin (pembentukan peribadi muslim) yang teliti,dan,

Amal yang berkesinambungan.


Khamis, Ogos 06, 2009

Habil dan Qabil-Intisari keikhlasan!.







Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;

"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;

"Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai
celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.


Ayat 28-33 di dalam surah al-Maiidah di atas, jika dihayati secara teliti akan memberikan kita satu intisari serta motivasi dalam perjuangan Islam agar sentiasa ikhlas dalam beramal.

Apakah hikmah Allah S.W.T. merakamkan kisah pembunuhan terawal umat manusia ini di al-Quran, bahkan Allah S.W.T. merakamkannya satu persatu.

Ya...kekuatan dan keutuhan generasi umat manusia terbina kerana mereka mengkaji dan meneliti hikmah kejadian alam. Lihatlah kemodenan yang terbina hari ini, adalah hasil kajian dan penyelidikan terhadap intipati al-Quran itu sendiri.

Malangnya, umat Islam hari ini seolah-olah merelakan al-Quran yang menjadi sumber kekuatan Islam dicuri, dibedah serta dikaji, dan dijadikan peluru untuk memusnahkan dan menghancurkan kesatuan yang telah dibina. Inilah penyebab Islam semakin ditekan dan dihimpit oleh kerakusan tangan-tangan Laknatullah 'alaih...kerana sumber utama jatidiri dan kekuatan umat Islam telah berjaya dimanipulasikan oleh mereka dengan sewenangnya!

Lihatlah bagaimana Allah S.W.T. memberikan satu isyarat tentang pentingnya amalan yang disandarkan kepada keiklasan. bahkan ,inilah yang telah digariskan oleh ulama' sebagai prasyarat penerimaan Amalan iaitu hanyalah dengan keikhlasan dan mengikuti sunnah al-Rasul S.A.W. yang mulia.

Bagi mereka yang bergelar pemimpin, ataupun orang-orang yang berjawatan, tidak kiralah di peringkat negara, masyarakat ,mahasiswa, mahupun keluarga, sifat ikhlas ini sememangnya menjadi tunjang yang amat penting bagi memastikan perjalanan meyusun agenda Ummah terus terlaksana. Lihatlah, bagaimana Allah S.W.T. tidak menerima pemberian Qabil dan menerima pemberian Habil walaupun pemberian Qabil lebih bernilai daripada pemberian Habil. Ianya cukup jelas, bahawa amalan hati itu menjadi penentu bahawa amalan zahir akan diterima oleh Allah S.W.T.. dan, mereka yang tidak diberi jawatan pula perlu akur bahawa ianya satu ketentuan Allah S.W.T. dan mereka dilarang menyimpan perasaan dendam kerana ianya bakal membawa kepada kemusnahan dalam kesatuan.

Kita hari ini sibuk bercakap mengenai pembangunan Ummah, tetapi kita perlu sedar Ummah tidak boleh dibangun hanya dengan kata-kata dan semangat semata-mata, tetapi lebih jauh lagi ianya perlu dirangkaikan bersama amal yang penuh dengan keikhlasan tanpa mengharapkan material dan ganjaran. Jika perkara ini dihayati, penulis yakin bahawa proses untuk membangun Ummah akan terlaksana dengan jayanya Insyaallah.

Seterusnya, Allah S.W.T. turut merakamkan intisari penting terhadap amal keikhlasan ini, iaitu tidak mengharapkan pembalasan dalam beramal. Kita perlu sedar, sebahagian masyarakat hari ini dihinggapi satu penyakit yang mana mereka inginkan ganjaran daripada amal perbuatan mereka. Ini bukanlah satu jaminan sebenarnya terhadap sesebuah kebahagiaan.Jika, kita sendiri mendidik jiwa kita untuk mendapat ganjaran terhadap setiap amal perbuatan kita, kita pasti akan mendapati bahawa tuah tidak akan selalu berpihak kepada kita. Secara jelas, konsep ini harus lebih perlu dihayati oleh golongan pemimpin yang bekerja untuk rakyat kerana nabi S.A.W. telah mengingatkan bahawa pemimpin itu adalah menjadi khadanm kepada rakyatnya sendiri, bukan mencari populariti dengan bantuan yang dihulurkan.

Sebagaimana ingatan Saidina Ali k.w.j., ambillah teladan daripada sebatang pokok yang berbuah, walaupun kadang-kadang ia dilempar, disepak, diejek dan sebagainya, tetapi ia tetap terus berbuah kerana ia tahu bahawa tugasnya untuk berbakti kepada manusia. Maka, kita sebagai aktivis Dakwah juga harus sedar walau dimanapun posisi kita, kita tetap mempunyai amanah dan tugas untuk terus menyampaikan Dakwah Islam kepada masyarakat.

Intisari ketiga melalui kisah ini, adalah tanggungjawab kita terhadap amanah yang sedang kita pikul ini. Sebagaimana peringatan rasulullah S.A.W. kepada kita semua tentang tanggungjawab dan amanah kepimpinan yang sedang kita pikul ini, maka kita harus sedar dengan sesungguhnya bahawa setiap apa yang kita lakukan tetap akan mendapat pembalasan Allah S.W.T. kelak di hari kebangkitan.Apakah,kita sanggup melihat masyarakat yang terbina pada hari ini, terus dilanda kehinaan dan tekanan yang kuat akibat sikap kita yang mengambil enteng soal Ummah dan masyarakat. Peringkat-peringkat amalan untuk membina individu Muslim, Rumatangga Muslim, Masyarakat Muslim, Daulah Islamiah dan Khilafah Islamiah tidak boleh diambil mudah jika kita semua ingin melihat Islam kembali berada di tempatnya yang gemilang. Sebab itulah Allah S.W.T. mengisyaratkan dalam kisah ini agar Qabil bertanggungjawab dengan perbuatannya itu, namun hanya penyelasanlah buatnya kerana dia telah melakukan amal yang tersimpang daripada cahaya kebenaran.

Akhirnya, intisari terpenting yang ditekankan oleh Allah S.W.T. kepada kita sebagai generasi yang terbaik yang dilahrikan untuk menyokong dan mendokong perjuangan Islam ini, bahawa kita hendaklah menjaga perpaduan dan kesatuan atas nama Aqidah yang telah terbina dengan Islamnya dan Muslimnya kita. Jangan kita putuskan ia dengan perkara-perkara yang mencemarkan kesucian agama Islam. Realitinya inilah yang berlaku. Barah-barah yang menjangkiti Aqidah, Syariah dan Akhlak ummah telah sampai ke peringkat yang amat membimbangkan. Siapa lagi yang diharapkan akan menyelamatkan umat hari ini daripada barah-barah ini kalau bukan kitayang mencari penawarnya!.

Ingatlah,sebagaimana peringatan Allah S.W.T. kepada bani Israel tetang larangan membunuh sesama mereka, maka kita juga dilarang untuk membunuh kesatuan Islam dan Dakwah yang sedang terbina ini. Memutuskan dan membunuhnya, bererti menjatuhkan Islam itu sendiri, tetapi memperkukuhkan dan menjaganya bererti menjaga kesucian agama Islam ini.

Akhirnya, penulis berharap agar kita sama-sama dapat ingat-memperingati di antara satu sama lain serta memperkukuhkan semagat yang telah terbina dengan amalan yang benar-benar ikhlas dalam beramal tanpa menharapkan sebarang ganjaran melainkan keredhaan Allah S.W.T. jualah.Amiin.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Maiidah ayat 53 yang bermaksud;

Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.

Wallahu'alam...

Kisah Fitnah Kepada Saidatina Aisyah-Satu Pengajaran.

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Ayat 11 dalam surah al-Nur di atas merupakan asbab penurunan ke atas kisah fitnah yang berlaku kepada Saidatina Aisyah R.A.

Kisah ini merupakan satu catatan sejarah yang penting di dalam sirah kerana ia memberikan satu bentuk Fiqh yang memberi pengajaran bahawa pentingnya kita sebagai aktivis dakwah untuk mengelak sebarang fitnah.

Kisah yang masyhur ini adalah merupakan fitnah yang berlaku kepada Ummul Mukminin sendiri iaitu saidatina Aisyah r.a. yang telah dituduh bermukah dengan Safwan Muattal al-Sullami, yang secara langsung mengikuti tentera Islam yang baru saja pulang daripada sebuah peperangan bersama Saidatina Aisyah menuju ke Mekah.

Ia berlaku tatkala tentera Islam berehat untuk melepaskan penat dan lelah dalam perljalanan yang agak panjang untuk menuju ke Mekah. Saidatina Aisyah r.a pula diusung di dalam sebuah usungan tertutup dan dibawa oleh beberapa orang sahabat.

Pada ketika itu, Saidatina Aisyah terasa ingin menunaikan hajatnya, lalu beliau keluar daripada usungan dan pergi ke satu tempat yang terlindung untuk menunaikan hajatnya. Pergi dan pulangnya beliau disedari oleh tentera Islam yang sedang berehat. Mereka berasa lega.

Kemudian, Saidatina Aisyah terasa rantainya tidak ada dan menyangka mungkin terjatuh sewaktu sedang menunaikan hajatnya. Lalu beliau keluar semula untuk mengambil rantainya yang terjatuh tadi. Keluarnya pada kali ini tidak disedari oleh sesiapa pun.

Sampai waktu berangkat, mereka terus mengangkat usungan tanpa mengetahui bahawa Saidatina Aisyah r.a. tiada di dalam usungan lalu mereka terus berlalu. daripada peristiwa inidiketahui bahawa Saidatina Aisyah r.a. adalah seorang yang ringan tubuhnya.

Maka, apabila Saidatina Aisyah kembali ke tempatnya, beliau mendapati semua orang telah tiada. lalu, beliau pun hanay duduk menunggu di tepi jalan sahaja.

Kebetulan tidak berapa lama kemudian, salah seorang sahabat Nabi yang turut terlibat di dalam rombongan itu melintasi kawasan itu. Beliau adalah Safwan Muattal al-Sullami, dan beliau agak ketinggalan di belakang.

Maka, beliau mendapati isteri rasulullah S.A.W. berada di situ, lalu menjemputnya untuk naik ke pelana kudanya untuk dibawa ke Mekah. Mereka tidak langsung bercakap di sepanjang perjalanan kerana Safwan mengetahui bahawa yang bersamanya adalah Ummul Mukminin.

Di Mekah, kecoh apabila Aisyah didapati tiada di dalam usungan. Mereka igngin mencarinya tetapi tiba-tiba Aisyah muncul di tengah-tengah kekecohan itu kerana beliau telahpun sampai ke Mekah bersama Safwan.

Tatkala itulah mula terdengar suara-suara sumbang dan fitnah bahawa isteri rasulullah S.A.W. telah berdua-duaan dengan Safwan. Ada yang kasihan, tidak kurang juga yang menyindir. Alangkah sedihnya Sadatina Aisyah apabila mengetahui keadaan itu. Dirinya begitu dipersalahkan tanpa sempat diberi peluang untuk membela diri.

Begitu sedih, Saidatina Aisyah terus berlari menuju ke rumah bapa ibunya dan mengurung diri selama sebulan di situ kerana terlalu sedih dan kecewa.

Berita itu, kemudiannya sampai ke telinga rasulullah S.A.W. sendiri. baginda juga begitu sedih serta hampir tidak tahu apa yang patut dibuat. Baginda sempat membuat perjumpaan dengan Saidina Ali K.W.J, Saidina Zaid bin Thabit, Mirarah, dan beberapa sahabat yang lain untuk berbincang apa yang patut dibuat. Kebanyakannya memberi pendapat supaya dikenakan hukuman yang sewajarnya kerana mereka telah melakukan perkara yang tidak elok dan menjatuhkan maruah Islam sendiri.

Maka, Allah S.W.T. yang maha mengetahui telah menurunkan wahyu setelah sebulan lamanya kekusutan yang menimpa Aisyah dan Rasulullah sendiri.

Rasulullah S.A.W. sangat bergembira dengan jawapan daripada Allah S.W.T. itu, lalu dengan segera menuju ke rumah mertua baginda untuk menyampaikan khabar gembira itu kepada isteri baginda yang disayangi.

Maka, terlepaslah Saidatina Aisyah daripada fitnah yang menimpa dirinya. Satu hari yang begitu gembira, menyatukan di antara rasulullah dan Saidatina Aisyah setelah sebulan terpisah.

Maka, setelah disiasat, maka terbongkaralah perancangan jahat mereka-mereka yang dengki dengan perjuangan Islam. Tiga orang yang bertanggungjawab memulakan dan membesar-besarkan fitnah itu di kalangan penduduk Mekah. Dua orang lelaki dan seorang perempuan iaitu, Hassan bin Thabit, Mistah, dan Imraah binti Asyaraf al-Quraisyi, dsalah seorang wanita daripada kaum Quraisy. Maka, mereka telah dikenakan hukuman Qazaf, 80 sebatan kerana menuduh orang berzina.

Akhirnya,lenyaplah fitnah itu.

Teman-teman sekelian, dalam kehidupan kita sehari-harian, kita harus sentiasa berwaspada dengan musuh-musuh Islam yang sentiasa cemburu dengan perjuangan Islam. Kita harus sedar bahawa tugas menyebarkan risalah Islam ini bukannya mudah, kerana sebgala bentuk ekpayahan dan kehinaan telah dirasai oleh rasulullah S.A.W. sendiri. Baginda telah merasainya terlebih dahulu!

Kita harus terlebih dahulu menghindarkan fitnah daripada diri kita. Kita harus jelas bahawa sebahagian isu yang melanda masyarakat hari ini adalah krisis identiti sendiri. Umat Islam seolah-olah terumbang-ambing dan tercari-cari apakah identiti mereka sebenarnya. Maka, kitalah yang perlu menjadi juru pandu agar mereka menemui semula khazanah tersebut. namun, jika diri kita rosak dengan krisis akhlak. kepimpinan, dan sebagainya, maka kitalah yang perlu dipersalahkan kerana kitalah yang menimbulkan fitnah di dalam masyarakat!.

ٍSabda rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

"Hikmah itu adalah khazanah umat Islam yang telah hilang, maka barangsiapa yang menumpainya, maka dialah yang berhak ke atasnya".

Hayatilah bulan Syaaban yang sedang berlalu ini dan isinya dengan kebaikan dan kebajikan yang sebanyak-banyaknya. Kekangi nafsu kita dengan banyak mengingati Allah dan memikirkan masa depan Ummah. Sesungguhnya Ummah yang bakal lahir dicorak dengan Ummah yang ada pada masa sekarang. Mereka menjadi cerminan kepada generasi masa hadapan. Semoga bulan Sya'aban yang sedang kita lalui dan medan Ramadhan yang akan kita tempuhi bakal mendidik dan mentarbiyyah jiwa kita untuk terus berjuang demi menegakkan Islam yang tercinta.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Saaf ayat 11-13 yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

Wallahua'lam...

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita