;

Sabtu, Mac 28, 2009

Kepimpinan Ke Arah Masyarakat Baru.


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T yang masih memberikan peluang kepada hamba-Nya untuk hidup di atas muka bumi ini serta menikmati setiap nikmat yang dikuniakan oleh Allah S.W.T kepada kita semua selaku hamba. Adakah nikmat ini berbayar dengan wang sebagaimana kita membayar tol, cukai dan sebagainya? Dan adakah nikmat ini terhalang kepada kita dengan sebab kita tidak menjelaskan bilnya..Tentu tidak sama sekali bukan? Bahkan semua nikmat ini percuma untuk dinikmati oleh kita selama hidup di dunia ini. Cumanya persoalan yang perlu kita timbulkan di sini adalah mungkinkah kita akan berterusan menikmatinya di akhirat kelak.? Jawapannya ada pada kita sendiri. Sekiranya kita menghayati konsep hamba itu dengan sebaiknya, yang mana hidup di atas muka bumi ini adalah untuk beribadah dan beramal soleh kepada Allah S.W.T, nescaya kita tidak akan sedikitpun rugi di hari yang tidak ada naungan melainkan naungan Allah S.W.T di akhirat kelak, iaitu hari Kiamat…Semuanya pasti dibangkitkan, disoal dan disediakan tempat sama ada syurga atau neraka..Maka dimanakah kita ketika itu, syurgakah…atau nerakakah?

Penulis memohon maaf kerana agak lama tidak 'update' blog ini..sedikit kesibukan ditambah dengan ketiadaan internet di rumah menyukarkan penulis untuk ‘update’ kan bahan-bahan yang telah siap ditulis..Penulis juga akan mengahadapi peperiksaan pada 20 haribulan april yang akan datang…Semoga teman-teman dapat doakan diri ini agar dipermudahkan urusan serta diberikan kejayaan di dunia dan akhirat insyaallah..Amin. Kehidupan hari ini sememangnya begitu mencabar lebih-lebih lagi kepada golongan yang bergelar penuntut ilmu..

Sebenarnya, jika diteliti dengan jelas, generasi mahasiswa hari ini menjadi kayu ukur yang begitu kuat kepada kepimpinan Negara pada masa akan datang. Memang betul tenaga muda itu cukup diperlukan, tetapi nilaian ilmu itu menjamin kualiti kepimpinan pada masa depan. Dalam keadaan Negara kita sendiri yang mana keadaan politiknya tidak stabil, diambah lagi dengan beerapa masalah yang berlaku yang boleh menggugat kestabilan pembangunan negara itu sendiri, maka generasi mahasiswalah yang perlu membuat satu rumusan tepat dan kukuh dengan nilai kelimuan yang ada, agar mampu mencorak idealisma perjuangan yang betul-betul utuh untuk merealisasikan corak kepimpinan Negara yang kukuh dan berkualiti. Kita mungkin biasa mendengar ungkapan “Rakyat atau manusia itu di atas agama pemerintahnya”. Maka, secara jelas ia menunjukkan kepada kita tentang pri pentingnya seseorang pemimpin yang bukan sahaja berkualiti daripada sudut luarannya, tetapi juga dalamannya..Maka, rasulullah S.A.W lah sebagai contoh yang terbaik yang mana baginda bukan sahaja lahir sebagai pendidik yang terbaik, malahan murabbi yang terbaik, pekerja yang terbaik, ketua Negara yang terbaik, peniaga yang terbaik, ketua keluarga yang terbaik dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, Rasulullah S.A.W sebagai contoh pemimpin yang terbaik dalam menyeimbangkan di antara tuntutan dunia dan akhirat. Maka, tidak perlu tidak, mana-mana pemimpin pada hari ini perlu baik daripada sudut akhlak dan muamalahnya agar mampu menjadi contoh kepada setiap rakyat yang bernaung di bawah sesebuah kepimpinan tersebut. Di seluruh dunia pada hari ini, generasi muda sememangnya tidak ketandusan kepimpinan dan tenaga kerja yang mahir sera para pemikir. Lihatlah persatuan dan gerakan pelajar di mana-mana Negara. Mereka tumbuh dan hidup untuk meneyelaskan kehidupan serta mengatur program-program yang mampu menggerakkan para Mahasiswa untuk mencari pengalaman serta berpraktikal di atas medan cubaan pada posisi masing-masing sepeti pemimpin contohnya, atau penasihat, tenaga kerja , pemikir dan sebagainya. Segala keperluan ini diperlukan untuk menggerakkan kepimpinan di atas medan yang sebenar di Malaysia kelak..

Baru-baru ini pun, PMRAM atau Persekutuan melayu Rebuplik Arab Mesir yang mewakili pesatuan di Mesir telahpun bermuktamar kali yang-76 dengan tema Julang Thaqafah, Bakti dicurah. Bermakna telah 76 kali PMRAM menjadi medan untuk menggilap bakat-bakat kepimpinan sehinggakan ada juga di antara pemimpin Negara Malaysia pada hari ini adalah hasil gilapan daripada PMRAM sendiri..Dan Bagaimana tema pada kali ini juga memberi gambaran jelas bahawa dalam membina skill memimpin yang baik serta mampu menegakkan keadilan dalam mencurahkan bakti kepada masyarakat, thaqafah ataupun nilai keilmuan itu tetap dijulang tinggi..Lihatlah Negara yang maju sepeti Jepun, rakyatnya sangat mementingkan disiplin ilmu dan ketetapan waktu. Hasilnya, mereka lahir sebagai sebuah Negara yang begitu terkehadapan bahkan mampu berdiri kukuh dengan identiti dan idealisma sendiri yang tidak dicemari oleh pengaruh luar..

Negara kita patut sentiasa bermuhasabah, kerana dengan bahasa Malaysia yang pernah suatu ketika dahulu pernah menjadi bahasa “Lingua Franca’ serta kemerdekaan yang telah mencapai usia 51 tahun pun masih belum mampu untuk menjadikan kita sebagai sebuah negara yang berdiri dengan identiti kita sendiri seperti mana Jepun..Di manakah silapnya!” Sekali lagi, kita harus mengambil sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh teladan terbaik untuk membina kekuatan dalam diri kita sendiri..Lihatlah Negara Islam Madinah yang berdiri megah sekarang adalah merupakan Negara Islam pertama yang tertegak di atas muka bumi dan Rasulullah S.A.W sendiri menjadi ketua negaranya. Dalam keadaan politik yang cukup tidak stabil di Makkah pada ketika itu, Nabi Muhammad S.A.W mengambil jalan atau pendekatan yang cukup baik sekali iaitu dengan berhijrah untuk membina kekuatan tersendiri dengan menegakkan sebuah Negara yang stabil politiknya..Maka, di sinilah pentingnya hijrah sebagai satu wasilah untuk berjaya..Berhijrah daripada konteks yang tidak baik kepada yang lebih baik..Selain itu, ia juga jelas menunjukkan hubungan yang kuat di antara al-Diin wa Daulah ataupun Agama dan pemerintahan itu sendiri!

Apabila kita merujuk di dalam kitab Fiqh al-Sirah 2 , karya Dr. Syed Ramadhan al-Buti, di sana ada dijelaskan mengenai 3 asas masyarakat baru hasil daripada hijrah ke Madinah iaitulah : 1. Pembinaaan Masjid. 2. Persaudaraan seluruh kaum muslimin terutamanya kaum Muhajirin dan Ansar. 3. Perjanjian (perlembagaan) Kenapa Rasulullah S.A.W menekankan tiga unsur ini sebagai asas pembentukan Negara dan masyarakat baru? Pastinya ia mempunyai hikmah atau nilai yang perlu kita sama-sama teliti dan kaji.

Asas pertama adalah pembinaan masjid. Di sini ada beberapa perkara penting yang perlu kita ketahui iaitu atas dasar apakah pembinaan masjid menjadi agenda utama dalam pembnetukan masyarakat baru. Maka, perkara tersebut adalah: Masjid adalah asas utama dan pertama pembentukan masyarakat Islam kerana masyarakat Islam mengambil asas suntikan untuk memahami peradaban, aqidah, dan syariat Islam melalui Masjid..Masjid juga menjadikan manusia sama sahaja di sisi Allah S.W.T. lihatlah bila mereka bersua muka ketika solat jumaat dan sebagainya, maka Pangkat, kekayaan dan sebagainya tidak ada gunanya bahakan semuanya sujud dan tunduk kepada Allah S.W.T..Di samping itu juga, masjid adalah lambang permuafakatan, persafahaman dan kesatuan di antara umat Islam. Bukinya, walaupun mereka tidak sefahaman, namun apabila bersolat di masjid mereka akan berada di dalam satu saf yang sama serta rukuk dan sujud bersama –sama.Inilah antara kesatuan dan persefahaman yang tidak akan terdapat di mana-mana tempat yang menyerupai masjid. Seterusnya, peradaban Islam yang dapat dijana melalui masjid adalah meleburkan pelbagai ragam manusia dengan keegoan masing-masing ke dalam satu acuan pepaduan yang cukup baik. Mereka boleh duduk bersama-sama untuk mendengar ceramah, seta berlajar ilmu Syariat Islamiyyah Islam tanpa membezakan pangkat dan darjat masing-masing. Maka atas dasar perpaduan inilah rasulullah S.A.W mengutamakan pembinaan Masjid telebih dahulu.

Asas yang kedua pula adalah persaudaraan seluruh kaum Muslimin. Maka, asas yang penting dalam persaudaraan ini adalah:

1. Sebagaimana yang kita ketahui, sesebuah Negara tidak akan mampu ditegakkan tanpa persefahaman, kesatuan dan perasaan kasih-sayang serta mahabbah yang lahir daripada anggota rakyatnya. Bayangkanlah, bagaimana Negara akan aman sekiranya rakyatnya hidup tanpa mempedulikan orang lain dan mempertahankan ideology mereka yang terpesong daripada kehendak ajaran Islam yang menjadi dasar perlembagaan di dalam Negara Madinah yang bakal ditegakkan. Oleh itu, rasulullah S.A.W mengambil pendekatan untuk mempersaudarakan seluruh kaum muslimin agar mereka tetap berada di bawah satu persaudaraan dan persefahaman yang suci serta ideologi ataupun prinsip yang betul. Itulah ikatan Aqidah Islamiyyah yang bermaksud meletakkan manusia sama taraf dan darjat sebagai hamba Allah S.W.T dan yang membezakan hanyalah keimanan dan Taqwa sahaja. Maka, dengan cara itulah agenda pentadbiran Negara dapat berjalan dengan baik.

2. Selain itu, tujuan persaudaraan secara jelas adalah untuk memastikan bahawa masyarakat yang lahir adalah masyarakat yang adil lagi bersih. Ini kerana keadilan berdasarkan neraca kesaksamaan adalah sangat penting dalam memastikan semangat pepaduan dan kerjasama terus subur dan mekar di hati rakyat. Hanya dengan persaudaraan sahajalah mereka akan merasa kebersamaan tersebut. Jaminan terhadap kebersamaan tersebut adalah dengan jalan kasih-sayang dan mahabbah seterusnya dengan jaminan kekuasaan pemerintah dan undang-undang. Betapa kuatpun azam dan tekad pemerintah untuk melaksanakan prinsip di antara rakyat jelata tetap tidak akan tercapai tanpa persefahaman yang didasari oleh ukhwah dan persaudaraan yang semulajadi wujud di antara rakyat.

3. Seterusnya, antara tujuan persaudaraan ini juga adalah sebagai syiar dan lambang perpaduan. Secara jelas, rasulullah S.A.W mempersaudarakan di antara kaum Muhajirin dan Ansar bukanlah hanya untuk diucapkan di lidah sahaja. Bahkan ianya perlu dihayati dan seterusnya diamalkan di dalam kehidupan seharian. Lihatlah contoh persaudaraan yang diikatkan oleh rasulullah S.A.W di antara Sa’ad bi Ruba’I dan ‘Abdul Rahman bin’Auf. Maka Sa’ad bi Ruba’i telah menawarkan kepada Abdul Rahman untuk memiliki rumah, harta dan ahlinya dengan saksama tetapi telah ditolak dengan baik oleh Abdul Rahman serta mengajaknya pergi ke pasar Madinah untuk bekerja di sana. Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh Sa’ad tetapi juga oleh semua sahabat rasulullah S.A.W yang cukup menghayati makna persaudaraan itu. Maka selepas rasulullah S.A.W melakukan majlis “Mempersaudarakan sesama mereka” maka Allah S.W.T menjadikan penerimaan harta pusaka berdasarkan ikatan persudaraan tanpa ikatan kekeluargaan dan keturunan. Ini menunjukkan bahawa pentingnya hubungan persaudaraan tersebut. Jelasnya, ia bukanlah ucapan yang dilaungkan di bibir sahaja malahan juga perlu dipraktikkan dalam masyarakat yang menjadi sruktur utama keadilan sosial. Adapun begitu, sistem ini dimansuhkan kerana sistem milik pusaka telahpun ditetapkan malahan ianya juga berasaskan kepada hubungan persaudaraan dan ukhwah Islamiyyah, kerana pusaka orang Islam tidak diwariskan kepada saudara atau keluarga yang berlainan agama. Barlainan di masa hijrah tesebut, hubungan persaudaraan pada masa iu adalah lebih kuat dan berkesan daripada hubungan kekeluargaan di antara Muhajirin dan Ansar kerana mereka bertolong Bantu serta kaum Muhajirin meninggalkan keluarga mereka di Makkah. Maka, setelah kedudukan kaum Muhajirin dan Ansar telah betul-betul kuat di Madinah, barulah hubungan persaudaraan ini diputuskan dan mereka kembali kepada hubungan kekeluargaan masing-masing..Sebelum itu juga rasulullah telah melakukan hubungan persaudaraan sesama kaum Muhajirin sendiri. Dalam perkara ini, “Abdulbar telah mengatakan: “Upacara persaudaraan ini telah dilakukan 2 kali, Pertama secara khusus di kalangan Muhajirin di Makkah dan kedua di anara Muhajirin dan Ansar”. Manakala asas yang ketiga pula adalah piagam Madinah atau perlembagaan Madinah. Asas penting melalui perlembagaan ini adalah : Perlembagaan boleh merujuk kepada rangka-rangka yang disusun untuk menggariskan seluruh perundangan Negara yang melibatkan polisi dalam dan luar Negara. Polisi dalam adalah apa-apa yang berhubung dengan rakyat dan polisi luar adalah apa-apa yang berhubung dengan Negara-negara yang lain. Perlembagaan yang disusun oleh baginda ini adalah apa yang diterima daripada Allah S.W.T dan seterusya dijadikan sebagai garis panduan perundangan Negara yang termeterai di antara umat Islam dan Yahudi yang berada di Madinah. Secara jelas, ia mengambarkan bahawa masyarakat Islam sejak awal lagi telah wujud dan kewujudan mereka berasaskan perlembagaan yang lengkap. Maka, secara tidak langsung perlembagaan tersebut adalah sebagai satu jalan ke arah perlaksaan Syariat Islamiyyah yang menyeluruh. Maka, seluruh perjalanan perundangan Negara yang melibatkan pengurusan masyarakat dan rakyat dapat dijalankan dengan baik berdasarkan perlembagaan yang dipersetujui dan tidak boleh diingkari. Selain itu, secara tidak lagsung, kewujudan perlembagaan ini sama sekali menolak pandangan golongan yang mengatakan Islam ini adalah tidak lebih daripada Agama Ibadat sahaja kerana perlembagaan yang ada ini menunjukkan hubungan yang jelas di antara organisasi dan politik pentadbiran dalam Islam itu sendiri. Namun begitu, ikatan perjanjian yang dimeterai bersama Yahudi ini menguji sejauh mana keadilan yang dikendalikan oleh Rasulullah S.A.W bersama mereka. Apa boleh buat, sikap putar belit yang ada pada mereka ini menyebabkan hanya sekejap sahaja mereka mengikuti perjanjian tersebut lalu ingkar selepas itu. Iihatlah sikap orang Yahudi terhadap Syariat dan pembangunan Islam itu tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Akhirnya, rasulullah S.A.W terpaksa membatalkan ikatan perjanjian itu dengan mereka. Akhrinya, Melalui perlembagaan inilah, serta berpegang teguh dengan hukum-hakamnya, maka tertegaklah Negara Islam itu atas satu tapak yang kukuh lagi ampuh, dan daripada situlah berkembangnya Negara Islam ini ke seluruh dunia, Timur dan Barat serta menyumbangkan kemakmuran dan ketamadunan kepada umat alam sehingga ke hari ini. Di sinilah kayu ukur kepada kita sebagai generasi yang bakal memimpin pada masa akan datang. Sekiranya kita, generasi yang sedang menuntut ilmu dan berada pada satu medan untuk mencari keadilan pada masa ini tidak menghayati secara jelas sirah perjanan hidup rasulullah S.A.W yang telah berlalu 1400 tahun, dahulu, kita harus sedar bahawa kita tidak akan mampu untuk merubah generasi yang ada pada masa sekarang . Adakah kita ingin terus menjadi golongan yang sibuk menghukum dan mengkritik orang lain tanpa berusaha untuk merealisasikan kritikan kita itu…Secara jelas, idealisma perjuangan kita pada hari ini adalah untuk membawa satu perubahan yang jelas dasar, manhaj dan prinsipnya agar kita menjadi golongan yang mampu memimpin dengan identiti dan acuan kita sendiri. Untuk itu, mulai daripada sekarang, buangkan sifat keegoan yang menjalar dalam diri kita, seterusnya berindaklah sebagai seorang yang bakal memimpin serta mempersiapkan diri kita dengan persiapan Ilmu, mentaliti dan jasmani, serta rohani, akhlak dan daya kepimpinan. Ingatlah ,sekiranya golongan Mahasiswa hari ini terus lemah dan tidak mahu berfikir, maka kita akan ketandusan kepimpinan yang berkualti pada masa akan datang di saat kita berkeupayaan untuk merubahnya dengan izin Allah S.W.T. Akhirnya, penulis sisipkan satu video di bawah ini sebagai iktibar dan pengajaran buat kita bersama.


Khamis, Mac 12, 2009

Sambutan Maulid kembali lagi!



Sambutan Maulidul Rasul kembali lagi. Setiap orang yang ingin meraikan sambutan yang mulia ini….tidak kiralah lelaki ataupun perempuan, tua ataupun muda, kecil ataupun besar, mereka tidak melepaskan peluang untuk menyambutnya. Di desa mahupun di Bandar, begema dengan alunan selawat yang memecah suasaa yang ceria diwarnai oleh Flora dan Fauna, semuanya mempunyai warna-warna yang mempersonakan. Langit yang berwarna, biru, membiaskan warna biru itu ke laut yang cantik. Sehingga laut juga kelihatan kebiruan seolah-olah ianya memang sebegitu rupa keadaannya. Awan yang berarak perlahan bersama deruan angin sepoi-sepoi bahasa, pasti membuai sesiapa jua yang ingin menikmatinya. Hendak digapai tidak mungkin kerana awan itu nun jauh di langit.. Namun, Allah S.W.T gantikan dengan tumbuhan yang berwarna –warni, hijau menghiasi bumi untuk dipegang, dinikmati dan dihidu dengan pancaindera kurniaan Allah S.W.T yang Maha Kaya.

“Alangkah cantiknya alam ini…Pastinya pencipta alam ini juga Maha Indah dan turut sukakan keindahan. Inilah tanda kekuasaan Allah S.W.T” pastinya terpacul keluar susunkata yang cantik ini daripada mulut mereka-mereka yang bisa menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T yang maha indah ini. Begitu juga denganku, tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucap rasa syukur dan terima kasih di atas anugerah ini.

Semuanya juga, dengan pakaian yang cantik seolah-olah hari raya yang baru bagi mereka, bersama-sama berarak menyusuri jalan-jalan bersama sepanduk ‘Sambutan Maulidul Rasul” sambil mengalunkan burdah selawat yang indah, memberikan satu semangat yang baru saban tahun…semangat untuk mengingati perjuangan rasulullah S.A.W, mengamalkan sunnahnya, serta ikhlas dalam beramal. Sememangnya menurut para ulama’ pun, 2 syarat inilah penentu kepada penerimaan sesuatu amalan itu, beramal mengikut sunnah Nabi serta ikhlas…Tapi, berapa ramai yang ikhlas dalam beramal ye?

Em, teringat pulak kepada sebuah pepatah arab, “Bukanlah hari raya itu untuk mereka yang berpakaian serba baru sahaja, tetapi hari raya itu adalah untuk mereka yang berambah amalnya”..Cantik pepatah nie. Namun, berapa ramai pula yang sentiasa berusaha memperbayakkan amal mereka saban tahun?

Berarak beramai-ramai sambil mengalunkan selawat memuji kekasih Allah S.W.T, membawa sepanduk, dengan semangat dan azam baru, kemudian dihidangkan dengan pengisian yang membangkitkan semangat, memang sesuatu yang sangat baik. Bahkan, seringkali ia boleh membuatkan kita menitiskan air mata..Oh, sungguh nikmat dapat mengalirkan air mata serta melepaskan perasaan kerinduan kepada kekasih Allah S.W.T. hingga terasa seperti baginda masih bersama lagi.

“Dahaga pulak tekak ini” Nasib baik ada buat air the…”Oh, roti pun ada, ini sudah bagus”…Kepanasan air berwarna keemasan dan roti yang agak keras menerobos ke lubang kerongkong yang agak sempit itu. “Ah, hampir terbatuk pulak aku dibuatnya” dihirup lagi air itu, hingga berbaki separuh. “Erm, baru lega sikit”, mulut kecilku bergerak sedikit..Tersenyum.

Bagiku ada dua golongan yang tidak turut serta sekali ikut sambutan maulid ini..masa berarak di Malaysia dulu pun, ada nampak jugak depa. Duduk di tepi-tepi jalan, sambil membunuh nyamuk dengan asap yang terhembus daripada kerongkong yang sudah lali dengan laluan asap..Ada jugak yang mengangkat suara yang tidak sedap. Mereka ini, tak tahu adab langsung. Kurang-kurang janganlah menjadi lalang di tepi jalan”. Golongan ini tak minat nak sambut Maulid nie. “Apa kelas kan, orang tua bolehlah..lagipun letih berarak ini”… Huh tak beradab langsung…Kalau taknak ikut pun, janganlah kutuk..Sakit hati jugak dengar. Kalau ikut hati tue…Sabar-sabar.



Satu golongan lagi taknak ikut Maulid sebab kata mereka Nabi tak sambut Maulid. Em, golongan ini ilmiah sikit..Memanglah Nabi tak sambut Maulid kan, tapi Nabi S.A.W meraikan hari lahir baginda dengan berpuasa sunat pada hari Isnin..Ada jugak Nabi sebut dalam hadith baginda melarang umat baginda mengangkat dan mengagungkan diri baginda, tapi Hadith ini bermaksud tidak boleh mengangkat diri Rasulullah S.A.W hingga sama macam tuhan..Memanglah Bidaah kan..Lagipun kita sambut pun sekadar untuk memperingati Nabi dan mendatangkan keinsafan dalam diri kita..Hari jadi kita pun kita sambut..kadang-kadang hari jadi orang lain pun kita raikan. “Takkan kekasih Allah S.A.W tak boleh nak rai jugak?” .Sedih pulak bila cerita pasal Rasulullah nie.. “Takpa, aku pergi cuci muka dulu”

“Alhamdulillah segar sikit rasanya” lantai yang sudah agak panas itu ku duduki kembali…maklumlah, menulis di atas lantai kan. Em takpalah, tentang hukum Maulid tue, boleh tengok perbahasan Dr Yusuf al-Qardhawi di web atau carilah mana-mana kitab yang cerita pasal hukum itu. Habis la cerita pasal dua golongan itu.

Imam Abu Hanifah pernah menyebutkan: “Orang Muslim itu terikat dengan syarat atau keadaan di tempat mereka”..Ada jugak kaedah yang menyebutkan : “Kemerdekaan seseorang individu itu terhalang oleh kemerdekaan manusia keseluruhannya”. Em cantik, kata-kata dan kaedah ini. Maknanya, meraikan uruf aau keadaan sesebuah masyarakat itu, tidaklah salah di dalam Islam selagi tidak bercanggah perbuatan dan adat tersebut dengan hukum syarak. Apa-apapun permasalahan akan kembali kepada cabang hukum yang lima, Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. Mari rujuk sebuah firman Allah dalam surah al-Nisaa’ ayat ke-59 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Jadi, secara mudah, jika ada apa-apa perkara yang merungsingkan kita, maka kita sama-sama kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah yang mulia..Tak begitu?

“Em, sudah sejuk air the ini”. Maklumlah, agak lama tidak diusik setelah dihirup separuh tadi. Sekali lagi air keemasan itu menerobos ruangan sempit yang gelap..tekak.Tapi tidak lagi panas seperti tadi. “Em, manusia pun seperti air the ini. Kalau seseorang hanya duduk diam, tidak menggerakkan akalnya untuk berfikir. Maka ia, akan layu dan sejuk…sejuk seperti air the yang lama terbiar itu tadi.” Mulutku mengukir senyuman lagi. “Berguna jugak engkau wahai air the. Memberikanku sedikit inspirasi untuk menulis”

“Apa lagi aku nak tulis ye”..Em serbenarnya tiada tajuk yang khusus ingin aku sentuh. Tapi sekadar meraikan kehadiran Maulidul Nabawi pada tahun ini, elok jugak menulis sedikit kan. Bergerak jugak otak yang hampir beku dek kehadian musim sejuk di bumi Shoubro, Cahirah, Mesir ini.

Em elok jugak rasanya berkongsi tentang kisah beberapa orang sahabat Nabi S.A.W yang telah mendapat tarbiah secara langsung daripada kekasih Allah S.W.T itu. Manusia yang luar biasa akan melahirkan manusia yang luar biasa juga…Sebab apa luar biasa?...sebab nabi kita dapat tarbiah secara langsung daripada Allah S.W.T dan mentarbiah pula para sahabat baginda. Tentulah para sahabat baginda jugak luar biasa bukan?

Jadi, mari kita sama-sama lihat beberapa rangkaian peristiwa kehebatan para sahabat rasulullah S.A.W ini:

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Musnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?"
Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin."
Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa sahaja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."

"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah ?"

Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Saidina Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."

Saidina Umar r.a. adalah salah seorang daripada sahabat Rasulullah S.A.W. Semenjak ia memeluk Islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan thowaf di Ka'bah secara terang-terangan. Saidina Umar r.a. adalah seorang yang wara', ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Saidina Umar r.a. mempelajari surah al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah S.A.W, "Wahai Rasulullah S.A.W apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "Sudah..."!. Saidina Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah S.W.T. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur'an yang diturunkan Allah S.W.T berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya.

Ibnu Asakir telah mengeluarkan daripada Az-Zuhri, dia telah berkata: Pada suatu hari Rasulullah S.A.W telah mengutus Sa'ad bin Abu Waqqash r.a. untuk mengetuai suatu pasukan ke suatu tempat di negeri Hijaz yang dikenal dengan nama Rabigh. Mereka telah diserang dari belakang oleh kaum Musyrikin, maka Sa'ad bin Abu Waqqash r.a. segera mengeluarkan panah-panahnya serta memanah mereka dengan panah-panah itu. Dengan itu, maka Sa'ad bin Abu Waqqash r.a. menjadi orang pertama yang memanah di dalam Islam, dan peristiwa itu pula menjadi perang yang pertama terjadi di dalam Islam. (Al-Muntakhab 5:72)

Ini cumalah sebahagian kisah para sahabat baginda. Banyak lagi kisah lain yang boleh diambil iktibar oleh kita semua sperti kisah Bilal bin Rabah yang diseksa, dijemur di tengah padang pasir yang terik serta dihempap dengan batu yang besar, kisah keluarga Sumayyah dan Yasir yang dibuhuh, diseksa, direbus dengan kejam, kisah Khabbab yang disalai di atas api hingga terpadam api kerana air yang jatuh daripada badannya dan jatuh ke atas api yang marak itu dan sebagainya. Bagaimana mereka boleh mempunyai iman sekental ini. Tidak lain dan tidak bukan kerana keimanan yang begitu jitu yang ada pada kekasih Allah S.W.T yang kita sambut kelahiran baginda setiap tahun.

“Oh..terasa ingin menitis air mata ini. Harap-harap aku boleh terus menulis sehingga ke penghujung tulisan.Amiin” hatiku melontarkan kata-kata semangat.

Lembaran sirah al-Nabiwayyah telah paparkan secara jelas tentang kecintaan nabi S.A.W kepada umat baginda. Di saat nabi berhadapan dengan Sakaratul Maut itupun, sempat baginda menuturkan “Ummati,Ummati,”..Allahuakbar, begitu sayangnya baginda kepada kita semua..Adakah kita sentiasa berselawat kepada baginda? Adakah kita sudah betul-berul cinta kepada baginda? Adakah kita semua betul-betul menjaga sunnah baginda? Lihatlah kepada realiti kebanyakan umat Islam hari ini. Mereka lebih suka dan cenderung untuk mengikut budaya barat yang langsung tidak menguntungkan. Alasannya supaya dapat ikut perkembagan semasa..Hanya dengan rahmat Allah S.W.T dan Syafaat Rasulullah S.A.W sahajalah yang mampu untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak.. “Semoga aku tergolong daripada golongan yang mendapat Rahmat dan syafaat baginda Insyaallah .Amiin”

“Eh, air apa pulak yang mngalir di pipiku ini?”..Oh, aku menangis rupanya..Alangkah nikmatnya dapat megalirkan air mata untuk dirimu ya Rasulullah. Aku tidak malu untuk menangis. Biarlah orang tahu. Ia lebih bermakna daripada mengalirkan air mata utuk dunia yang akan musnah ini. Aku tahu, tatkala para sahabat mendengar bahawa ajal Rasulullah S.A.W telah dekat, maka mereka menangis dengan suara yang keras. Saidina abu Bakar r.a. mengurung diri selama sehari di dalam rumah sambil menangis teresak-esak bila mana mendengar Rasulullah S.A.W membaca Firman Allah dalam surah al-Maidaah di padang Arafah. Agama Islam telah sempurna dan kamu ya Rasulullah akan pergi meninggalkan mereka semua untuk menghadap Allah S.W.T. Siapa yang sanggup mendengar berita sedemikian.

Di saat para sahabat mendengar Saidina Abu Bakar tentang dekatnya ajal kewafatan Rasululah S.A.W., mereka menangis tersesak-esak. Rasulullah S.A.W. datang kepada mereka dan bertanya: “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Saidina Ali r.a. berkata, "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat". Setelah Saidina Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah SAW itu, maka beliau pun menangis sekuat tenaganya sehingga beliau jatuh pengsan.

“Oh..tidak sanggup lagi rasanya untukku meneruskan tulisan ini”..Mulutku sepeti berbicara..” Ku seka airmata yang tiba-tiba mengalir deras membasahi pipiku..Namun, ku gagahi juga untuk menulis sedikit lagi agar dapat berkongsi dengan mereka yang ingin menglalirkan air mata kerinduan juga. Mungkin kerana terlalu sedih jugalah Saidina Bilal tidak mampu mengungkapkan namamu ya rasulullah S.A.W di dalam Azan.

Saidina Ukhasyah R.A. pula meminta kepada Rasulullah S.A.W untuk menqisas baginda sehingga Rasulullah S.A.W membuka baju dan ternampaklah batang tubuh baginda yang mulia. Saidina Umar, Saidina Abu bakar, Saidina Ali dan tidak telepas juga cucu rasulullah S.A.W sendiri iaitu Hasan dan Husin menawarkan diri untuk menjadi pengganti tetapi dihalang oleh rasulullah S.A.W. Alangkah mulianya peribadimu ya Rasulullah S.A.W. Akhirnya saidina Ukahsyah r.a menebus rasulullah S.A.W dengan jiwanya, memeluk dan mencium baginda. Maka rasulullah S.A.W bersabda: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Apabila ajal Rasulullah SAW. semakin dekat maka baginda pun memanggil para sahabat ke rumah Saidatina Aisyah r.a. dan baginda bersabda: "Selamat datang kamu semua. Semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua. Saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala perintah-Nya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah S.W.T. dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah S.W.T., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril A.S, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku."

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah S.A.W. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Maka setelah itulah sakit baginda bermula sehingga 18 hari lamanya. Para sahabat pula sentiasa menziarahi baginda. Ada pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W diutuskan pada hari Isnin dan wafat juga pada hari Isnin.

Ketika sakit rasulullah S.A.W bertambah berat, baginda memerintahkan kepada Saidina Bilal r.a.. supaya meminta Saidina Abu bakar menggantikan baginda S.A.W. menjadi Imam solat subuh. Maka, apabila saidina Abu Bakar r.a. mendengar berita sedemikian, beliau terus menangis dan jatuh pengsan. Begitulah cintanya saidina Abu Bakar kepadamu Rasulullah S.A.W. Maka rasulullah S.A.W. meminta bantuan Saidina Ali dan Fadh bin Abbas untuk memimpin baginda ke masjid sehingga apabila selesai solat subuh, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintah-Nya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Di saat malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawa rasulullah S.A.W., baginda bertanya kepada Saidatina Fatimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata; "Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah, "Tidak ayah." ."Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku nanti."

Di saat rasulullah S.A.W melihat kedatangan Jibril A.S. untuk berada di sisi baginda maka rasulullah S.A.W. pun bertanya: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril A.S., "Ya aku tahu." Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah S.W.T." Berkata Jibril A.S, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah S.A.W. "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti."

Berkata Jibril A.S, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."

Bersabda Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu, Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka rasulullah S.A.W. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril A.S. mengalihkan pandangan daripada Rasulullah S.A.W. apabila mendengar kata-kata baginda itu. Melihatkan telatah Jibril A.S. itu maka Rasulullah S..AW. pun bertanya: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku? " Jibril A.S. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut? "Anas bin Malik r.a. berkata "Apabila ruh Rasulullah S.A.W. telah sampai di dada maka baginda telah bersabda,

"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."

Saidina Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga saya dan mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Umatku, umatku."

Oh…semakin deras mengalir air mata ini. Ku seka lagi buat sekelian kalinya. Cukuplah sampai di sini rasanya untuk sama-sama berkongsi coretan pada kali ini. Moga-moga sambutan Mulidul Rasul yang menjelang pada kali ini memberikan kita satu kekuatan untuk berubah menjadi insan yang terbaik dalam beragama. Cintailah rasulullah S.A.W, jagalah sunah baginda semampu mungkin dan hidupkanlah hati-hati kita dengan membaca dan mentadabbur isi kandungan al-Quran yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. agar baginda sentiasa hidup dalam hati kita semua.Amiin.



Isnin, Mac 09, 2009

Teladan Pemuda Islam.


Saidina Ali Bin Abi Talib K.W.J,

Allah memuliakan seluruh wajahmu,
Daripada bakaran api neraka yang menyala,
Keteguhan di atas tali Aqidahmu,
Mewarnai sebuah perjalanan indah remajamu,

Walaupun ketika itu dikau masih muda,
Namun jiwamu laksana Panglima,
Menggantikan tempat Kekasih Allah S.W.T,
Memagar ketakutan dengan keberanian,

Yang dipancar oleh sinaran Iman,

Di saat berkata orang yang berkata: “Demi Allah tidak ku hirau,
Jika aku jatuh ke atas maut itu, Dan maut itu akan jatuh menghempapku”.

Saidina Saad bin Abi Waqas R.A,

Dikau Pemuda besar jiwanya,
Contoh teladan sebuah pengorbanan,
Memperteguhkan Iman, Aqidah dipertahan,
Di saat menjangkau 20 tahun umurmu,
Dan ibumu berkata kepadamu,
“Tinggalkan agamamu wahai Saad, Atau ibu tidak akan makan dan minum hingga mati”,
Namun,
keteguhan jiwa yang dibaluti cahaya Aqidah,
Sekali-kali tidak merubah pendirianmu,
Di atas tanah keimanan,
Bersiramkan baja ketaqwaan,
Keimananmu tetap dipertahankan,
Maka, bergembiralah dirimu wahai Saad,
Dengan firman tuhanmu yang mulia itu.

Saidina Abdullah bin Abbas R.A,

Wahai Saidina Abdullah,
Kepermudaanmu bukti sebuah kemuliaan,
Yang lahir dalam acuan kecerdikan dan kematangan ilmu,
Di saat bibirmu berkata: “Sesungguhnya Umar mengizinkan aku bersama ahli Badar”,
Serta di saat seorang lelaki berkata: “Pemuda ini diizinkan bersama kita, maka siapa anak kita di sini yang sepertinya?”
Namun,
Umar memuliakanmu dengan kata-katanya: “Sesungguhnya jika kamu mengetahui tentangnya,
Daripada sudut pengetahuan dan kecerdikannya”
Maka,
Di saat Umar bertanya kepada mereka tentang firman tuhanmu: “Jika telah datang pertolongan Allah S.W.T dan pembukaan”
Mereka menjawab,
“Sesungguhnya telah Allah S.W.T telah memerintahkan kepada nabi S.A.W, jika telah dibuka, maka hendaklah bertaubat dan beristighfar kepada Allah S.W.T”,
Lalu,
dengan kemuliaan tuhanmu kepadamu,
Serta kecerdikan sebagai anugerah buatmu,
Engkau mengatakan bahawa,
Firman Tuhan iu adalah sebuah bukti,
Tuhan berbicara tentang kematian kekasih-Nya,
Kerana sesungguhnya,
Tuhan telah juga berfirman:
“Maka bertasbihlah dengan kemuliaan tuhan-Mu dan memohon ampun, Sesungguhnya ia adalah sebenar-benar taubat”.

Saidina Muaz bin Amru R.A.

Saat mudamu,
Engkau lalui dengan penuh kemuliaan,
Mengalir dalam jiwamu darah pahlawan,
Medan Badar sebagai saksi,
Perjuanganmu dalam keteguhan hati,
Mara bergerak,
Demi sebuah perjuangan suci,
Mempertahankan Aqidah dan Agama,
Walaupun engkau tahu pilihanmu hanya dua,
Mati dibunuh atau mati membunuh,
Di saat berhadapan dirimu degan Abu Jahal,
Engkau meluncur laju,
Umpama burung helang yang memburu,
Lantas memukul dan membunuhnya.
Sesungguhnya,
Beruntunglah perjalanan umurmu wahai Muaz,
Sentiasa diberkati dan,
Diredhai Tuhan.

Saidina Mus’ab bin Umair R.A
Allah memuliakan waktu mudamu,
Dengan bebanan dakwah dan pengajaran,
Tanda kefaqihan dan kecerdikan,
Menjadi pendakwah Islam pertama,
Menyusuri bumi di luar Makkah,
Mengisi dada-dada yang dahaga,
Dengan sinar dakwah dan tarbiah,
Di saat engkau bersama 12 orang lelaki,
Pada Bai’ah Aqabah pertama,
Berbaiah bersama rasulullah yang mulia,
Menjauhi permusuhan, pembunuhan ,
Dan segala bentuk kekejian,
Dan,
Di saat Nabi memanggilmu,
Mengamanahkan jiwa mudamu untuk mengajar al-Quran,
Mengajar Islam,
Maka,
Bersinarlah bumi bersejarah Madinah,
Dengan kesungguhan seorang pemuda,
Bernama Mus’ab.
Saidina Abu Dajanah R.A.

Kesungguhanmu terserlah,
Di medan peperangan,
Dan di saat rasulullah berkata,
Sambil memegang pedang baginda,
Engkau tampil dengan wajah keberanian,
Dalam keyakinan,
Engkau menyatakan kesanggupan,
Maka,
Di saat rasulullah S.A.W melihat dirimu,
Dan di saat dirimu di antara dua pedang,
Maka Rasulullah memuliakanmu dengan sabdanya:
“Sesungguhnya perjalanan yang dibenci oleh Allah S.W.T, Adalah kecuali pada tempat ini ( peperangan ).”

Saidina Zubair bin al-Awwam R.A
Nur keyakinan memancar dari jiwamu,
Jiwa yang dibajai dengan keimanan yang jitu kepada Tuhan,
Subur mekar di hati seorang insan,
Yang sentiasa teguh pendirian,
Dan di saat itu,
Tatkala umurmu menjangkau 30 tahun,
Engkau memarahi dirimu sendiri,
Di atas pertanyaanmu kepada Nabi,
Tentang pedang,
Namun,
Nabi melarangmu,
Dan memberikan pedang itu kepada Abi Dajaanah,
Sedangkan engkau anak Ibu Saudara baginda,
Dalam balutan keyakinan kepada tuhan,
Serta kepada Rasul junjungan,
Engkau serahkan segala urusan,
Dan,
Dalam ketenangan engkau berkata:
“Allah dan rasulnya lebih mengetahui”.
Saidina Khunsaa’

Sejarahmu Khunsaa’,
Serta perjalanan anak-anakmu yang gugur syahid,
Di medan Khandak,
Menjadi ingatan dan teladan,
Kepada pemuda di akhir zaman,
Perjalanan seorang insan,
Yang merindukan cinta tuhan,
Ketenangan malam itu,
Engkau hembuskan semangat jihad,
Di dalam jiwa anak-anakmu,
Bibir yang mulia mengukir mutiara indah,
“Wahai anakku, kamu telah Islam, Dan hijrahmu adalah hijrah terpilih, Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, Kamu adalah anak kepada seorang lelaki, Sebagaimana kamu adalah anak kepada seorang perempuan juga, Dan tidaklah aku berbangga denga rupa kamu, Dan tidak juga dengan keturunan kamu, Maka ketahuilah bahawa negeri Akhirat itu, Lebih baik daripada dunia yang akan musnah,
Bersabar dan bertaqwalah, Supaya kamu menjadi orang-orang yang berjaya.”
Di pagi yang hening itu,
Anak-anakmu dibasahi wudhuk,
Serta bersegera ke tempat mereka,
Mara seorang demi seorang,
Sambil menasyidkan wasiat ibu tercinta,
Hinggalah gugur syahid semuanya,
Maka,
Dalam linangan air mata kegembiraan,
Engkau menadah kedua tanganmu yang mulia,
Melafazkan sejambak kesyukuran kepada Tuhan,
“Segala Puji bagi Allah yang telah memuliakanku dengan kematian mereka, Dan aku berharap kepada tuhanku agar dikumpulkan bersama mereka, Di dalam limpahan rahmat-Mu.”

Ayuh bangkit!


Asalnya, bila mana penulis menyediakan blog ini, penulis lebih suka untuk menjadikannya sebagai satu medan atau alat yang lebih ilmiah sifatnya. Kadang-kadang ada yang menulis di blog untuk memperkenalkan dirinya, atau meletakkan pelbagai jenis iklan, atau juga untuk berkongsi pengalaman masing-masing. Ianya tidaklah salah kerana mungkin juga ada mengandungi manafaat yang tertentu.
Cumanya bagi penulis, lebih manis dan elok sekiranya sesuatu penulisan itu lebih menjurus kepada peringatan dalam Agama Islam itu sendiri. Inilah salah satu cara untuk kita menyampaikan sesuatu mesej dakwah bertepatan dengan konsep yang telah digariskan oleh rasulullah S.A.W. sebagaimana dalam hadith baginda: “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat…” kadang-kadang selain blog ada jugak yang menggunakan Friendster, Flikster, hi-5 dan sebagainya untuk memperkenalkan diri, menyuarakan pendapat dan sebagainya. Namun, tidak salah nak guna teknologi nie tapi bagi perempuan contohnya, penulis kurang bersetuju bila mereka letak gambar sama ada kecil atau besar kerana ia akan ditonton oleh ramai orang. Jadi, bila orang lelaki tengok contohnya, mungkin boleh timbulkan fitnah. Bahkan, rasulullah S.A.W sendiri melarang kaum perempuan untuk pakai wangian bila ke masjid tapi disunatkan kepada kaum lelaki, berhias kepada selain suami sehingga bila berjalan pun rasulullah S.A.W melarang kaum perempuan berjalan di tengah-tengah jalan takut jadi perhatian orang lain dan timbulkan fitnah. Moga-moga kaum perempuan khususnya dapat lebih cakna dan pentingkan soal-soal sebegini dalam apa jua tindakan Insyaallah.

Sebenarnya, sebagai seorang Muslim, kita dituntut untuk menjaga adab-adab dalam beribadah, bermuamalah dan sebagainya. Hari ini, jika kita melihat, masyarakat muda-mudi Islam khususnya semakin jauh daripada nilai-nilai dalam Islam itu sendiri walaupun mereka hidup dan membesar sebagai seorang Muslim. Mungkin juga di akhir zaman ini, Islam hanyalah pada nama sahaja, tidak lagi mekar dan subur dalam diri penganutnya.

Sekarang ini, penggunaan internet pun semakin meluas dan semakin ramai yang mahir dan tahu menggunakannya. Tetapi, kemudahan yang ada ini perlu dijaga hadnya. Maklumlah, bila mana kita boleh mencari pelbagai maklumat di dalam internet, namun tiadak kurang yang tersasar dalam menggunakannya. Penulis teringat pada satu ketika, penulis pergi ke Cyber café untuk update blog. Masa itu, penulis duduk dekat sebelah budak arab yang sedang seronok main game. Dalam seronok main game itupun, sempat lagi dia layari laman web yang tidak senonoh. Maklumlah, begitu senang nak layari laman web sebegitu,hanya turn off safe search dan terus boleh akses. Kalau ikut umurnya pun, belum akil baligh lagi tapi dah pandai buat perkara-perkara yang tidak senonoh. Inilah realiti masyarakat sekarang.. Sekiranya, ibu-bapa tidak memberikan dan menerapkan pendidikan Agama yang secukupnya pada zaman yang begitu kuat fitnahnya ini, maka anak-anak yang lembut jiwanya ini, akan lebih cepat hanyut dalam dunia yang penuh tipudaya.

Mula-mula penulis sampai di Mesir nie pada bulan 9 tahun lepas kalau tak silap, masa tue memang tak boleh jangka lagi macam mana keadaan atau budaya kat Mesir nie. Maklum la first time sampai kat Negara Arab kan…sebelum nie, hanya tengok kat TV sahaja. Masa tue, penulis rasa bahawa kat Mesir nie, kita akan dapat kutip sebanyak mungkin mutiara dan kahzaah ilmu di sini. Memang tak nafikan, Negara Mesir ini adalah sebuah Negara yang besar, banyak pusat-pusat pengajian serta pegajian secara bertalaqqi hidup di masjid-masjid terutamanya Masjid Azhar yang sudah lama masyhur dengan Universiti al-Azharnya. Begitu juga, di sini terdapat banyak maqam para Aulia’ Allah S.W.T yang diberikan kemuliaan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Contohnya seperti Maqam Imam al-Syafie, Ibnu Athaillah al-Sakandari, Saidina Uqbah bin Amir, Ibu Hajar al-Asqalani,Sayyidah Aisyah, Imam Abu Laits al-Samarqandi, Imam Soleh Ja’fari dan ramai lagi para Auliya’ Allah S.W.T yang lain. Inilah yang menjadi kebanggaan kepada mereka-mereka yang mendiami Mesir ini.

Namun, bila sudah agak lama penulis menetap di sini untuk menunut ilmu, penulis merasa amat sedih sekali dengan dua keadaan yang berlaku di sini. Yang pertama, adalah sikap dan komitmen penuntut ilmu terutama Mahasiswa Melayu al-Azhar di sini dan yang kedua keadaan masyarakat di sini. Biarlah penulis mulakan dengan keadaan keadaan masyarakat di sini dahulu.

Sebelum penulis sampai ke Mesir nie, penulis merasakan bahawa Negara Arab adalah sebuah Negara yang hebat. Biahnya jugak mestilah hebat sebab mereka adalah daripada kalangan bangsa yang memahami al-Quran kerana al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab jugak. Penulis juga berfikiran kalau nak fasih berbahasa arab lebih elok belajar di agara Arab nie, sebab semuanya orang Arab. Sebab apa Accapan, pelakon India tue fasih cakap Melayu, sebab katanya di sekeliling rumahnya semua orang Melayu. Asyik bergaul degan mereka saja kan…Tahulah budaya mereka.

Namun setelah bebarapa lama berada di Mesir nie, timbul rasa sedih dalam diri penulis. Pemimpin negara Mesir nie sangat kurang mengambil berat keadaan rakyatnya. Bahkan kebanyakan penduduk di Mesir nie buta huruf. Ini adalah realitinya. Akibatnya, ramai yang duduk di tepi-tepi jalan dan bangunan sambil menunggu sedekah daripada orang ramai. Jika kita hulur kat seorang maka berjalan ke depan sedikit kita akan jumpa lagi orang yang meminta sedekah. Kesian juga, tapi kalau nak bantu semuanya pun, penulis pun masih belajar lagi. Memang penduduknya sangat ramai, dan ramai jugak yang tidak bersekolah. Sebab itu ramai yang minta sedekah. Pemimpin pulak sekular, akur kepada telunjuk Amerika. Maka, yang jadi mangsanya adalah rakyat yang tidak bersalah. Apa yang rakyat boleh buat. Kalau ikut tamadun, Mesir nie patutnya dah sangat maju sekarang kerana Tamadun Mesir adalah sangat hebat sejak zaman Firaun lagi. Namun itulah masalahnya bila pemimpin asyik pentingkan kroni dan diri. Jawablah di akhirat nanti!

Itu satu hal. Namun perkara yang lebih menyedihkan lagi adalah penjajahan pemikiran yang berlaku di Mesir nie sendiri. Dulu penulis fikir yang wanita di Mesir nie semuanya pakai jubah dan purdah. Tapi, sangkaan penulis meleset sama sekali. Hanya sebahagian sahaja yang begitu. Yang lain seperti di Malaysia lagaknya. Pakai seluar Jeans, baju ketat tapi bertudung. Kalau yang Kristian tue lagilah teruk. Mungkin ramai dah lupa peringatan nabi S.A.W agaknya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka termasuk dalam kaum itu”. Lagi satu, masa yahudi serang Palsetin baru-baru nie pun, kita sibuk kecam Yahudi dan boikot barang-barang mereka. Namun yang syoknya, makin ramai yang makan K.F.C dan minum Pepsi, Coca-Cola, minuman keluaran Yahudi tue. Kalau handset tue, Nokialah pilihan rakyat Mesir nie sebab katanya ada perisian Arab. Tue pun produk Yahudi jugak. Bahkan kalau tak silap, Nokia pernah memenangi Gold Award kerana telah berjaya membangunkan 70 % teknolongi Yahudi!..Remaja di Mesir nie pun apa kurangnya. Ada yang sibuk dengan Handset barunya, hiburan yang melampau-lampau, berfesyen yang teruk, Lepak, Merokok, Main Games, yang bina badan pun ada. Tapi ok lah sikit berbanding yang lain tue. Jadi, yang ramai kat masjid hanyalah golongan dewasa dan tua. Tue pun lepas solat, masjid kuncilah sebab kata mereka takut pencuri masuk. Mungkin jugak. Kalau teman-teman baca tulisan ini pun, mesti teman-teman akan kata lebih kurang Malaysia saja. Cuma bezanya mereka cakap Arab, kita cakap Melayu. Hakikatnya, begitu berjaya gerakan Yahudi untuk memisahkan kehidupan Umat Islam dengan al-Quran dan al-Sunnah sehingga manusia lalai dan leka dengan keseronokan dunia sebagaimana penyakit Wahan yang telah diperingatkan oleh Rasulullah S.A.W iaitulah
“Suka dunia dan Takut mati di Jalan Allah S.W.T.”. Mesir inipun merupakan salah satu perancangan Yahudi untuk menjadikannya Negara Besar Yahudi. Ada juga pihak yang menyebutkan bahawa Malaysia juga merupakan sasaran Amerika untuk dikuasai melalui Singapura, anak buah Amerika itu. Berhati-hatilah kita semua!

Itu cerita tentang keadaan di Mesir. Namun cerita Mahasiswa Azhar di Mesir turut menyedihkan. Ia secara tak langsung mengikis kepercayaan orang terhadap al-Azhar itu sendiri. Tapi yang salah bukan sistem al-Azhar itu. Yang salah adalah sikap pelajar, Mahasiswa itu sendiri. Itulah yang buat penulis rasa sedih.

Mula-mula penulis sampai bersama kawan-kawan dan diprogramkan dalam program Haluan Siswa yang berlangsung selama tiga hari lebih kurang. Tapi, tak samalah dengan program di Universiti di dalam negara sebab Mesir nie adalah Negara Darurat dan aspek keselamatan adalah paling utama. Ada juga sahabat yang mengatakan bahawa hampir 90 peratus masyarakat di sini adalah SB. Tahu kan SB tue apa? Ala lebih kurang pengintip tue la. Bayangkanlah kawan-kawan macam mana nak hidup di sini. Lagi satu, kalau kena tangkap memang sangat sukar sekali. Sebabnya ada kes pelajar Malaysia kena tangkap pastu terus dibawa ke penjara bawah tanah yang tidak tahu di mana. Sudahlah begitu, gelap pulak. Memang dahsyat. Tapi, alhamdulillah la sebab di sini, PMRAM atau persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang menaungi, melindungi dan menjaga kebajikan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di sini sentiasa berperanan. Lagipun, PMRAM nie berdaftar di bawah Syu’un Ijtimaie dan bertindak sebagai NGO yang sah di Mesir nie. Jadi, bila ada sahabat yang ditangkap, pihak PMRAM sendiri lah akan turun untuk menyelesaikannya. Ok balik kepada cerita tadi, maka dalam program itu, kami didedahkan dengan kehidupan di Mesir, sistem pembelajaran, dan yang paling penting kena jaga Ukhwah baik-baik sebab di Mesir nie kita kena jaga diri kita sendiri dan berdikari sendiri juga. Ada urusetia yang sebut bahawa lepas beberapa lama nanti, kami akan nampak realiti perpecahan yang berlaku dan keadaan sebenar Mahasiswa di Mesir nie.

Rupanya, memang betul apa yang mereka katakan itu. Bila habis program dan pembelajaran pun bermula. Maka, semua bawa haluan masing-masing. Jadi, mereka yang masih dapat jaga ukhwah adalah mereka yang mampu komit dengan program persatuan lah. Macam di Shoubro nie, adalah DPM MAQAZ SHOUBRO. Di Muhafazah atau tempat lain lain pulak namanya. Memang sedih bila lihat masa Haluan Siswa semua lafazkan ikrar dan janji untuk jaga ukhwah semampu mungkin serta komit dengan program persatuan. Namun, janji hanya tinggal janji. Hanya sedikit sahaja yang masih komited dengan persatuan sehingga sekarang. Yang lain tak taulah, mungkin sibuk dengan dunia mereka. Bukan itu sahaja, ramai yang turut hanyut dengan perkara yang sepatutnya mereka perlu tinggalkan bila mereka nak menuntut ilmu di bumi Anbiya’ ini. Namun, niat hanyalah sekadar syarat awal mereka untuk belajar. Sampai di sini, mereka ulangi kembali perbuatan mereka. Penulis sendiri, biasa terserempak dengan rakan-rakan penulis yang tanpa segan silu menghisap rokok sambil bersiar-siar. Ada juga yang mula belajar hisap Syisha. Di sini, memang popular dengan Syisha di kalangan Arab tetapi ia tidak elok untuk kesihatan. Tak kurang juga yang berpakaian yang tidak melambangkan identiti seorang pelajar agama lebih-lebih lagi jika mereka adalah golongan penghafal al-Quran yang mulia. Malah, masalah penggunaan internet yang keterlaluan turut berlaku di kalangan mahasiswa al-Azahar sendiri, iaitu mereka suka downloads cerita-cerita dan tidak mustahil jugak mereka akan download cerita-cerita yang tidak senonoh. Begitu juga dengan masalah couple, turut berlaku di kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi al-Azhar sendiri. Memang menyedihkan bila mana golongan yang diharapkan untuk mengubah keadaan masyarakat di Negara sendiri iaitu Malaysia yang dahagakan ilmu agama ini telah terlebih awal mengubah diri mereka sendiri. Jika berubah ke arah kebaikan tidak mengapa tetapi bila berlaku keadaan sebegini, siapakah yang harus disalahkan?

Inilah punca yang besar kenapa ramai mahasiswa al-Azhar senyap bila balik Malaysia sedangkan mereka mendalami ilmu agama dan sepatutnya merekalah yang lebih terkehadapan dalam mana-mana isu yang melibatkan masyarakat Islam. Api, apa yang kita lihat hari ini, Mahasiswa yang bukan jurusan agama lebih terkehadapan dan banyak bercakap soal survival umat di Malaysia. Bagi penulis ia sememangnya satu perkara yang memalukan sebab penulis juga adalah seorang Mahasiswa dalam jurusan Agama dan tohmahan serta kata-kata yang dilemparkan kepada Mahasiswa Agama sendiri turut memberi kesan kepada diri ini. Hakikatnya, kita yang belajar Agama inilah yang masih tidur dan tidak sedar lagi! Hanya menghabiskan waktu untuk menempa nama sebagai golongan yang lemah dan lesu! Dan jika mahasiswa al-Azhar terus leka dan lena, janganlah terkejut jika satu hari nanti golongan seperti kita ini tidak akan diharapkan lagi oleh Masyarakat atau mungki generasi akan datang tidak lagi berpeluang untuk merasai kahzanah ilmu di bumi Anbiya’ ini atas dosa-dosa yang telah kita lakukan!

Mungkin untuk kali ini setakat ini dulu apa yang penulis ingin luahkan. Walaupun kita masih belajar, tapi kita harus ingat bahawa Masyarakat hari ini sangat mengharapkan tenaga muda yang besar jiwanya ini untuk terus menjadi agen perubahan kepada Negara dan Masyarakat khususnya di Malaysia. Teringat lagi kata-kata seorang tokoh yang terkenal di Negara kita, Ustaz Dato’ Harun Taib. Beliau pernah sebut kepada anak-anaknya, “Jangan kamu balik ke Malaysia selagi tak mampu ubah Dunia”. Maka, mulakanlah perubahan daripada dalam diri kita. Ingatlah kata-kata mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang kedua al-Ustaz Hassan Hudaibi “Binalah Negara Islam dalam diri kamu, nescaya Negara Islam akan tertegak di dalam Negara kamu”
Kalau Bukan Kita, Siapa lagi ?Kalau bukan di sini, di mana lagi ?Dan Kalau Bukan Sekarang, Bila lagi ?

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita