;

Ahad, Jun 19, 2011

Wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh Kepada Anaknya.

Seketika, saya terharu membaca beberapa helaian yang mencatat isi sebahagian wasiat dan nasihat Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anaknya ketika beliau di ambang kematian. Terasa seolah-olah Al-Fateh sedang berbicara di hadapan saya.Cukup menyentuh, memberi kesan serta muhasabah buat mereka yang bergelar pimpinan.

Beliau Berkata:

-Jadilah seorang yang adil, soleh, dan penyayang.

-Pemudahkan (jangan menyusahkan) atas pemeliharaanmu (terhadap sesuatu urusan) tanpa ada diskriminasi.

-Beramallah untuk menyebarkan agama Islam, kerana itu adalah kewajipan pemimpin di atas muka bumi.

-Utamakan perkara-perkara agama di atas setiap sesuatu, dan jangan kamu hilangkan ketabahan ( untuk melaksanakannya ).

-Jangan kamu angkat individu yang tidak mengutamakan perkara agama, tidak meninggalkan dosa-dosa besar, dan tenggelam di dalam keburukan.

-Jauhkan (dirimu) daripada bidaah yang buruk dan mereka-mereka yang menggalakkannya.

- Luaskan jihad ke seluruh negara.

-Jagalah harta-harta baitul Mal daripada disalahgunakan.

-Berhati-hati daripada menghulurkan tanganmu terhadap harta orang lain (mengambil harta orang lain) daripada harta yang kamu jaga kecuali dengan hak Islam.

-Satukanlah bagi orang-orang yang berkehendak dan memerlukan itu kekuatan mereka dan muliakanlah mereka-mereka yang berhak (dimuliakan).

Moga-moga mampu memberi sedikit pencerahan kepada kita semua.

Dikutip dari karya Dr Ali- Al-Solabi,dalam bukunya Daulah Uthmaniyyah.

Isnin, Jun 06, 2011

Abbas terima inisiatif damai Perancis


Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(gambar sebelah) telah mengumumkan semalam bahawa beliau menerima inisiatif perdamaian yang dikemukakan oleh Perancis bagi menyambung semula rundingan damai dengan Kerajaan Israel. Rundingan damai ini terhenti sejak tidak kurang dari 7 bulan dan inisiatif menyambung semula rundingan dengan Israel adalah untuk mencapai persetujuan berhubung keamanan dan sempadan sebelum bulan September akan datang, iaitu waktu yang ditetapkan oleh Palestin ke PBB bagi menuntut pengiktirafan Negara Palestin.

Sewaktu perjalanan pulang dari Roma ke Aman(Jordan), Abbas berkata kepada agensi berita REUTERS ketika berada di atas pesawat, 'inisiatif damai Perancis menyebut tentang pandangan Presiden Amerika, Barack Obama dari ucapannya yang menyentuh Negara Palestin sempadan 1967 yang bersempadan dengan Israel, Mesir dan Jordan malah turut, namun ia menghalang tindakan dari sebelah pihak,' kata Abbas lagi, "kami telah katakan, jika inisiatif Perancis mengambil asas ini, kami terima."

Gambar: Alain Juppé

Peluang sambung rundingan

Abbas menjelaskan bahawa inisiatif damai Perancis telah membentuk peluang untuk mengadakan semula rundingan damai.

"kami telah nampak jendela, pertama dan yang akhir sama ada dari Obama atau Perancis yang membina inisiatif dari ucapan Obama," kata Abbas lagi.

Tambah Abbas, "bagi kami, pilihan yang pertama adalah rundingan, kedua juga rundingan dan ketiga juga rundingan, apabila tidak memperolehi sepakat, kami akan pergi ke PBB yang kami tidak jamin keputusan itu tetapi kami akan mengerahkan usaha, tetapi apabila kuasa-kuasa besar menentang kami, maka kami akan kembali kepada pucuk pimpinan bagi memutuskan apalagi yang akan kami lakukan pada masa akan datang."

Penerimaan ini hadiah kepada Netanyahu

Berhubung inisiatif damai, kata anggota jawatankuasa pusat sebuah dari kumpulan pembebasan Palestin(ada menyebut kumpulan pemisah Palestin), BARISAN PERTAHANAN RAKYAT(جبهة الشعبية), Imad Abu Rahmah bahawa inisitiaf Perancis untuk menyambung semula rundingan yang dikenali usaha 'damai' dengan rejim zionis bertujuan untuk menyekat Palestin dari pergi ke PBB sebelum September ini.

Dalam kenyataan media hari ini, Kata Abu Rahmah, "Saudara Abu Mazen mengungkapkan pilihan kami yang pertama, kedua dan ketiga, kemudian baru mengangkat hal ini ke PBB jelas menunjukkan pucuk pimpinan Palestin sekarang masih berpegang kembali ke meja rundingan yang tidak memberikan apa-apa kepada pihak Palestin, sedangkan pihak Israel yang banyak memperolehi hasil rundingan."

Tegas beliau, "terima inisiatif bermakna memberi hadiah kepada Netanyahu waktu ini, sepatutnya tidak usah menerima malah bertindak dan memberikan tekanan dari segenap sudut agar dapat menyisihkan Kerajaan Netanyahu serta menampakkan dasar aparteidnya dengan meluaskan penempatan-penempatan," sambung beliau lagi, "penyisihan terhadap kerajaan Netanyahu dapat dilakukan dengan cara mendapatkan sebanyak yang boleh pendirian-pendirian dari peringkat antarabangsa yang menentang dasar aparteid Kerajaan ini."

Perancis bertemu Israel dan Palestin

Beberapa hari sebelum ini, Menteri Luar Perancis, Alain Juppé telah bertemu dengan wakil Palestin dan Israel. Kedua-dua pihak yang ditemui, Alain membincangkan inisiatifnya untuk mengadakan persidangan dasar ekonomi akhir Jun ini dengan dihadiri dua pihak, Israel dan Palestin sekiranya idea ini dipersetujui.



Gambar(Al-Jazeerah): Salam Fayyad, di sebelah kanan dan kiri, Alain Juppé ketika pertemuan di Ramallah baru-baru ini. Selepas pertemuan itu, Alain Juppé mengumumkan mengenai inisiatif perdamaian Perancis.

Berhubung inisiatif ini, Menteri Luar Perancis berkata selepas bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari Khamis lalu di BaitulMaqdis, "saya bohong jika saya telah kata sesungguhnya saya sangat optimis, cuma pada sebahagian perkara saya merasa optimis", kata Alain sambil mengharap kedua-dua pihak, Israel dan Palestin memberi jawapan pada hari akan datang mengenai pelawaannya.

Juppé mendedahkan pada hari Khamis berhubung inisiatif Perancis akan mengadakan persidangan dasar ekonomi(persidangan damai Palestin-Israel) sebelum akhir bulan Julai tujuan mengelakkan pertembungan diplomasi di PBB pada September ini.

Kata Juppé, rancangan perdamaian Perancis bergantung sepenuhnya kepada ucapan Obama bulan lepas yang menggesa Palestin-Israel menyambung semula rundingan mengikut asas sempadan 1967 dan penukaran tanah-tanah yang dipersetujui.

Menteri Perancis itu menjelaskan bahawa beliau mengemukakan idea ini kepada Mahmoud Abbas di Rome lagi sebelum membincangkan hal ini dengan Perdana Menteri Kerajaan Palestin Ramallah, Salam Fayyad dan juga dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Semasa sidang akhbar yang disertai bersama Juppé dan Fayyad di Ramallah Khamis lalu, Juppé berkata, 'keadaan sekarang di Timur Tengah yang berlaku antara Israel dengan Palestin tidak mungkin boleh berterusan'.

Sebelum itu, Obama mencadangkan ketika memberi ucapan bulan lepas bahawa perbincangan usaha damai ini dimulakan dengan memberi tumpuan ke atas isu sempadan dan keamanan mengikut asas sempadan sebelum perang 1967 sebagai titik permulaan, dan permasalahan yang sukar disepakati khususnya kedudukan BaitulMaqdis dan hak ulang pelarian Palestin ditangguhkan pada kemudian hari. Bagaimanapun, Netanyahu menolak cadangan ini, katanya, garisan-garisan sempadan 1967 tidak boleh lagi dibela. Sumber 04/06/2011, web berita Al-Jazeerah dan web berita Safa.ps

Sumber: Map2Street

Sedikit Coretan buat Generasi Al-Quran.


Assalamualaikum Warahmatullah:

Wah..sudah lama diri ini tidak mencoret walau sedikit kata-kata dalam blog yang hampir usang ini. Hampir tiga bulan ditinggalkan tanpa berisi.

Namun, sepanjang tiga tahun kalau tak silap blog ini beroperasi, bahan bacaan terdahulu tetap menjadi nilai denyutan hayat blog ini.

Tidak mengapalah...sekadar mencoret sedikit peringatan buat diri dan mereka yang singgah mengutip khazanah.

Sekadar juga mengambil sepotong mutiara dari sahabat berjiwa hamba, Ibnu Mas'ud R.A...ku kutip dari almanak sederhana kepunyaan seorang kawan dari hujung kota.

Luahan sahabat Nabi ini benar-benar menyentuh jiwa...beliau mengungkapkan :

"Sesungguhnya kami, menjadi satu kesusahan untuk kami menghafal ayat-ayat Allah S.W.T, tetapi mudah bagi kami untuk mengamalkannya, namun generasi yang datang selepas kami, mereka mudah untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran, namun begitu berat dan susah untuk mengamalkannya"

Peganglah ia baik-baik wahai generasi al-Quran...moga-moga ia menjadi bekal menghuni syurga Allah S.W.T. Amiin...

Salam Imtihan 1432H

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita