;

Selasa, September 01, 2009

Menangis kerana takutkan Allah s.w.t.

Salam ramadhan penulis ucapkan kepada semua rakan dan teman. Alhamdulillah kita telah berjaya melepasi marhalah atau fasa pertama di bulan ramadhan ini, iaitu fasa rahmat. Maka, kita sekarang sedang melalui fasa yang kedua yang disebut oleh rasulullah s.a.w. sebagai keampunan.Apa yang terpenting, kita cuba untuk meningkatkan amal perbuatan kita dari semasa ke semasa serta melawan hawa nafsu yang sentiasa menyeru manusia kepda kemungkaran sebagaimana yang telah disabdakan oleh rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh al-Tabrani yang bermaksud:

“Sebaik-baik Islam seorang mukmin ialah siapa yang menyelamatkan muslimin yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya, dan sebaik-baik iman seorang muknin ialah, yang paling baik tingkah lakunya, dan sebaik-baik seorang muhajirin ialah siapa yang berhijrah menionggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. daripada mengerjakannya, dan swebaik-baik jihad adlah siapa yang berjihad melawan hawa nafsunya dalam melaksanakan hak-hak Allah s.w.t.”

Dalam Hadith yang agak panjang di atas, hak-hak Allah s.w.t. itu dimaksudkan sebagai mujahadah melawan tuntutan diri dan ianya adalah lebih baik daripada jihad melawan orang kafir, munafiq dan orang jahat kerana setiap sesuatu dilebihkan dan dimuliakan dengan mulianya hasil yang diperolehi dan hasil melawan tuntutan haw nafsu tersebut adalah mendapat hidayah.

Pada tulisan kali ini, penulis ingin mengajak teman-teman sekelian untuk sama-sama kita mengahayati erti keampunan yang telah Allah s.w.t. letakkan pada fasa kedua ramadhan ini.

Sesungguhnya keampunan mengajar kita untuk menghayati konsep kehambaan yang sebenar. Kita sebagai manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dalam keadaan yang serba-serbi lemah ini kadangkala lupa dan lalai daripada mengingati Allah s.w.t. . Jadi, apakah jaminan yang mampu kita berikan kepada allah s.w.t. selain daripada air mata penyesalan yang kita alirkan semata-mata untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.!



Sebenarnya, penulis agak keletihan ketika menulis tulisan ini, namun apabila penulis berfikir tentang ramadhan yang semakin berlalu ini, timbul keesedihan di hati penulis apakah amal-amal yang telah dilakukan serta keletihan –keletihan yang menemani diri ini mampu untuk menebus syurga Allah s.w.t.. Walaupun dengan hanya menulis sedikit coretan ini, ianya sudah cukup menggembirakan jika mampu diterima sebagai amalan yang mampu menebus segala dosa-dosa kerana rahmat Allah s.w.t itu sentiasa berlegar-legar di sekeliling umat-Nya untuk dicari dan dimiliki.

Teman-teman, tajuk di atas sengaja dipilih oleh penulis untuk mengisi tema keampunan pada fasa kedua ramadhan ini namun penulis tidaklah berniat untuk menulis panjang. Cuma sekadar ingin memberi peringtan buat kita bersama….

Sedar atau tidak, kita sebenarnya terlalu sukar untuk mengalirkan air mata penyesalan terhadap dosa-dosa kita sendiri. Tetapi kita mudah pula untuk mengalirkan air mata kerana kesulitan yang menimpa diri kita. Ini kerana, kita kurang menyakini bahawa Allah s.w.t. sajalah yang mengatur segala urusan hamba-Nya. Malah, Allah s.w.t. lah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita kerana Allah s.w.t. yang mencipta kita.

Tangisan penyelasan itu adalah cahaya hati yang lahir akibat takutkan dan cintakan Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya. Ia juga adalah merupakan kehalusan dan kejernihan hati. Hati yang halus adalah merupakan hati yang khusyuk kepada Allah s.w.t. serta banyak menangis kerana takutkan Allah s.w.t. malah ianya juga adalah hati-hati yang dipunyai oleh para nabi Allah s.w.t. yang mulia. Mana mungkin orang yang tidak memiliki jiwa yang halus akan mampu untuk menangis kerana penyesalan terhadap dosa-dosanya.

Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah al-Maryam ayat ke-58 yang bermaksud:
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah s.w.t. kepada mereka, mereka menrendah diri dengan bersujud dan menangis”

Begitu juga Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Israa’ ayat 109 yang bermaksud:
“Dan mereka menyungkur atas muka mereka dengan menangis dan bertambah khusyuk mereka”

Setiap orang, baik penulis dan sesiapa pun tidak pernah terlepas daripada melakukan sebarang kesalahan dan dosa sama ada yang disedari mahupun tidak…Jadi, apakah tidak ada ruang untuk kita memuhasabah diri kita sendiri di sepertiga malam dengan bermunajat kepada Allah s.w.t. dan menyesali segala dosa-dosa kita yang telah kita lkukan. Inilah waktu terbaik untuk kita mencari keampunan Allah s.w.t. di bulan yang penuh kemuliaan ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sepotong hadith hasan yang bermaksud:
“Setiap mata tidak terpelihara di hari kiamat melainkan mata yang menangis kerana takutkan Allah s.w.t, dan mata yang berjaga pada malam hari di jalan Allah s.w.t. (ya’ni berjihad) “

Sesungguhnya mata yang sentiasa menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan sangat dimuliakan oleh Allah s.w.t. sehingga disebutkan di dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, al-Nasaie dan al-Hakim yang bermaksud;
“ Tidaklah masuk ke dalam neraka tangisan kerana takutkan Allah s.w.t. sehingga kembali susu ke kantungnya (bekasnya), dan sehingga masuk seekor unta ke lubang jarum.” Dan di dalam riwayat yang lain.: “Barangsiapa yang mengeluarkan daripada matanya tangisan walaupun sebesar kerpada seekor lalat kerana takutkan Allah s.w.t.”

Ramadhan yang menemani kita pada kali ini perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kita mengambil sebanyak mana mutiara yang terdapat di dalam bulan yang penuh keberkahan ini. Jangan biarkan diri kita sentiasa berada di tahap yang lama setelah kita melalui sebulan tarbiyyah yang begitu berharga ini. Ingatilah sebahagian daripada pesanan rasulullah s.a.w kepada kita semua bahawa sekiranya manusia ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t., maka Allah s.w.t akan merahmati umat ini kerana tangisan mereka!

Bersempena dengan tibanya separuh ramadhan yang kedua ini, penulis mengajak kepada seluruh teman dan diri penulis juga untuk menghayati tema keampunan ini dengan banyak menangis . Bukanlah menangis kerana kesusahan dan keletihan yang kita alami , tetapi banyak menangis kerana takutkan Allah s.w.t. Jangan biarkan diri kita tidak menangis ketika kita masih hidup di dalam dunia ini, kerana kelak kita pasti akan menangis di akhirat kerana menyesal!.

Penulis akhiri dengan sepotong hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim daripada Syaddad bin Aus yang bermaksud:
“Orang yang cerdik itu adalah yang menginsafi dirinya, dan orang yang lemah itu adalah yang mengikuti hawa nafsunya tetapi mengharapkan syurga Allah s.w.t.”



video

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita