;

Selasa, Disember 15, 2009

Penuh Inbox Dengan Perniagaan Internet!

 

images Kebelakangan ini, penulis agak runsing memikirkan tetang inbox email penulis yang sering diziarahi oleh ayat-ayat yang indah susun katanya, bahkan kadang-kadang diselangi gambar yang boleh menarik perhatian seseorang yang melihat gambar tersebut menggerakkan ‘mouse’ untuk mengklik pada tempat itu.

Penulis ingatkan apalah sangat yang menarik  pada perkataan, “berita baik untuk anda”, “jangan lepaskan peluang ini , “baru dilancarkan” dan banyak lagi kata-kata lain, rupanya hanyalah sekadar ingin mempromosikan tentang perniagaan internet yang pada pandangan penulis agak menimbulkan rasa tidak senang hati.

Isu ini tidak dinafikan telah panas sebelum ini, dan diberikan penjelasan oleh mereka-mereka yang membuat analisis dan kajian terhadap perkara ini, tapi rupa-rupanya ia hanya membakar semangat untuk perniagaan jenis ‘ingin cepat jadi senang’ ini berkembang dan muncul dengan istilah-istilah yang lebih gah dan menarik.

Mungkin mereka-mereka yang menceburi bidang perniagaaan internet ini menjadikan mereka sentiasa bersemangat untuk memperkembangkan ia, lebih-lebih lagi kebanyakannya mengamalkan sistem MLM atau sistem penajaan ahli bawahan untuk berkembang, maka tidak perlu tidak ianya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam membina jaringan perniagaan tersebut.

Ya, semua orang bebas mencari peluang pekerjaan dengan pelbagai cara yang halal, tetapi apa yang tidak menyenangkan penulis, kebanyakan promosi biznez internet yang singgah di email penulis semuanya jenis nak cari ahli daripada jual produk yang membantu ekonomi islam.

Kalau hanya itulah yang dihajati, matlamat menegakkan ekonomi islam tidak akan tercapai!

Kita pun telah maklumi, bahawa di antara unsur   ألغرار (ketidaktentuan) di dalam muamalat perniagaan ini contohnya, adalah mengambil keuntungan daripada usaha ahli bawahan tanpa ada usaha ke atasnya. Ini jelas.

Sepatutnya, jika nak cari ahli pun, tunjukkanlah produk-produk yang berkualiti dan mampu untuk meningkatkan nilai kualiti ekonomi Islam. Di samping itu, berusaha untuk berniaga sepertimana yang telah ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w.dan para sahabat baginda iaitu dengan usaha keras kita sendiri untuk memasarkan dan memajukan produk-produk perniagaan tersebut.

Lihat bagaimana Abdulrahman bin Auf, antara sahabat rasulullah s.a.w. yang meninggalkan segala hartanya lalu berhijrah ke madinah bersama kaum Muhajirin untuk menyahut seruan Allah s.w.t.. Beliau adalah antara sahabat rasulullah s.a.w. yang terkaya di Makkah pada ketika itu. Namun, walaupun tanpa harta, beliau masih mampu membina kekuatan ekonomi yang hebat di Madinah.

Apabila ingin ditawarkan oleh rakan Taakhinya daripada Ansar dengan bantuan apa sahaja, beliau hanyalah meminta bebrapa keping dinar untuk dibawa ke pasar. lalu di Pasar, beliau membeli seekor kuda yang masih baik dan dijual kembali kuda tersebut dengan harga yang sama, hanya beliau mengambil tali pelana kuda tersebut sahaja.

Di sini, beliau mengambil untung di atas seekor kuda adalah tali pelananya!

Maka, beliau kembali ke pasar dan membeli lagi kuda yang lain dan diulangi jualan tersebut hingga tali yang dikumpulnya menjadi sangat banyak. Oleh kerana kuda-kuda yang dibeli memerlukan tali, dan hanya Abdulrahman bin Auf pada ketika itu memiliki tali yang sangat banyak, lalu beliau membuka perniagaan menjual tali pula. Akhirnya, beliau tetap menjadi seorang peniaga yang hebat di Madinah dengan kebijakannya dalam ilmu ekonomi.

Inilah antara contoh yang patut dicontohi oleh setiap Muslim, melebihkan usaha untuk mendapatkan sesuatu, bukan hanya mengharapkan keuntungan daripada orang lain!.

Penulis tidak mahu menyebut soal hukum di sini kerana perkara ini sudah menjadi sesuatu yang makruf (diketahui) umum, dan sesiapa jua mampu mendapatkan penjelasan hukum di tempat yang sewajarnya.

Bahkan, penulis juga pernah menceburi perniagaan di internet sebelum ini tetapi tetap tidak kemana. Penulis sendiri lebih senang kalaulah dengan hanya menjual stokin dan sarung lengan sebagai contoh, namun dapat menjadikan sistem MLM itu sebagai wasilah untuk menyampaikan dakwah, itu lebih mulia dan berkah daripada hanya mengharapkan orang masuk menjadi ahli untuk menjamin kepentingan diri sendiri.

Ketahuilah, sesuatu matlamat itu tidak pernah menghalalkan cara kerana cara itu perlu dipandu dengan acuan Islam untuk mencapai matlamat. Jika kita hanya inginkan matlamat tercapai, tetapi tidak langsung menghiraukan soal cara, maka kejayaan untuk mencapai matlamat tersebut tidak akan mampu untuk digapai, bahkan kadangkala hanya akan membawa kepada penyelasan dan kerugian sahaja.

Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu”.-Hadith Shahih

Penulis berharap agar perkara ini dapat sama-sama difikir dan dimuhasabah…selepas itu pilihlah yang terbaik. Apa yang penting, setiap amal yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan matlamatnya hanyalah untuk membantu perjuangan Islam dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Amin ya Rabbal a’lamiin.

Semoga selepas ini, tiada lagi mesej-mesej tentang biznez internet ini singgah di inbox penulis.Wallahua’lam..

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita