Setelah 58 tahun yang lahir sebagai sebuah parti yang dasarnya adalah untuk membawa agenda perubahan umat dan rakyat melalui teras al-quran dan al-Sunnah, pastinya telah banyak ranjau-ranjau yang dilalui. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan seseorang umurnya sedewasanya ini mungkin telahpun mempunyai anak cucu serta sarat dengan pengalaman di dada. Pastinya juga, umur sebegini akan menzahirkan urat-urat dan kedut-kedut yang sedikit timbul di muka sebagai tanda sudah lama hidup.
Umur yang sebegini pastinya boleh menzahirkan dua keadaan, sama ada baik dan buruk. Jika kita pernah mendengar sebelum ini, apakah hikmah para ulama’ menggalakkan untuk beramal dengan mana-mana amalan ibadah yang baik sekurang-kurangnya 40 hari. Begitu juga, ganjaran yang besar bagi mereka yang mampu untuk bersama Imam di saf hadapan serta Takbiratul Ulaselama 40 hari..Apakah hikmahnya?
Hikmahnya adalah Istiqamah dalam beramal. Kebiasaannya, jika kita mampu untuk istiqamah selama 40 hari dalam beramal, insyaallah kita akan terus istiqamah dan berterusan dalam beramal dengan amalan-amalan Ibadah.
Walaupun penulis lahir di kalangan generasi muda yang masih sempat untuk merasai tarbiyah pendidikan Islam mutakhir ini serta tidak sempat merasai suasana sewaktu awal penubuhannya, namun penulis yakin dan percaya bahawa keyakinan dan kepercayaan terhadap PAS sendiri adalah bertitik daripada dasar yang dipegang serta mampu diorientasikan secara Istiqamah hingga ke hari ini...
Inilah beza yang sangat ketara di antara 2 buah parti yang memperjuangkan KEADILAN untuk rakyat di negara malaysia yang kita cintai. Iaitu dasar perjuangannya.
Penulis sendiri melihat daripada sudut dasar inilah antara perkara yang menjadi kayu ukut terhadap keteguhan sesebuah parti kerana sebagaimana yang penulis pernah coretkan dalam artikel sebelum ini, bahawa sekiranya survival islam diangkat sebagai tunjang kekuatan, pastinya akan terzahir keadilan terhadap rakyat. Di sini ukurannya.
Generasi hari ini adalah generasi yang lahir dalam suasana puncak teknologi yang sedang pesat menjalar ke seluruh dunia..ruang yang sedang cuba dibuka oleh kemajuan dunia abad 24 hijrah ini telah melahirkan generasi yang cerdik dan intelek.Maka,secara langsung mahupun tidak langsung, di mana-mana sahaja, umat dan rakyat mampu memperolehi maklumat yang terkini berkaitan perkembangan politik semamsa baik di negara kita mahupun di peringkat antarabanngsa..
Pastinya, setelah 55 kali bermuktamar serta membincangkan perkara-perkara yang menyentuh berkaitan asas pembentukan masyarakat baru, maka setiap perkara yang dilalui serta pengalaman yang dimiliki harus dinilai sebagai satu muhasabah yang berkesan untuk melahirkan tadjid dalam orientasi perjalanan sebuah parti yang lahir serta hidup dalam dua buah kehidupan iaitu dahulu dan sekarang. Penulis melihat, persoalan-persoalan asas yang timbul serta dinilai sebagai masalah oleh sesetengah ahli perlu diselesaikan secara bijak tanpa menggugat.Penulis lebih bersetuju sekiranya setiap masalah yang timbul dinilai sebagai simptom kepada masalah. Maka, ianya lebih mudah diselesaikan.
Tidak dinafikan, apabila PAS sendiri bergabung menjadi pakatan rakyat, masalah memang akan wujud baik di peringkat bawahan mahupun atasan, namun bagi penulis parti-parti yang lain harus akur kepada prinsip PAS sebagai sebuah parti telah lama bertapak di negara ini dan tidak keterlaluan dikatakan bahawa parti-parti yang lain adalah ibarat anak..jadi, apakah seorang anak boleh untuk melawan perkataan ayahnya jika ayahnya itu betul..Malah, penulis sangat bersetuju sekali dengan ungkapan Tuan Guru bahawa parti yang tumbuh dan lahir bukan atas dasar Islam pasti akan jatuh dan runtuh jua.
Dalam soal kepimpinan sendiri, penulis berpandangan bahawa tiada masalah untuk mencalonkan diri sendiri jika memang benar mereka mempunyai kebolehan dalam sudut itu sebagaimana kisah nabi Yusuf A.S. yang meminta untuk menjalankan pemerintahan daripada Raja Mesir sendiri...Cumanya, penulis lebih merasakan kepentingan agar barisan Ulama’ diperhebatkan di peringkat kepimpinan..Ini kerana, dalam kondusi hari ini, golongan yang bergelar ulama’ seperti Tuan Guru Mursyidul am dan presiden sendiri serta mereka-mereka di barisan kepimpinan Ulama’ tidak keterlalulan jika dikatakan mereka juga telah lahir sebagai seeorang professional kerana mampu memimpin sebuah organisasi, negeri dan sebagainya.Lihatlah sepertimana Almarhum Dato’ Hj Fadzil Noor...beliau yang menempatkan dirinya dalam arena dakwah serta berlatang-belakangkan pendidikan mampu juga muncul sebagai seorang professional di peringkat kepimpinan.
Apa yang penting, para aktivis dakwah yang sedang teguh berada bersama PAS, menjadi tangan dan kaki untuk menggerakkan seluruh jentera PAS harus terus teguh bersama prinsip dan dasar yang menjadi tunjang kekuatan PAS daripada dahulu hingga sekarang kerana jika kita goyah dengan prinsip,maka kita akan lemah dan hanyut serta hilang jatidiri.
Dalam melaksanakan agenda pembangunan umat berteraskan panduan risalah nabi Muhammad S.A.W yang telah diwarisi dan diteruskan sejak 1400 tahun dahulu, formula yang terbaik adalah dengan mewujudkan satu ikatan yang jitu diantara seluruh ahli yang semakin ramai hari ini kerana inilah prinsip yang telah terjalin dalam Ikhwanul Muslimin pimpinan Hassan al-Banna satu ketika dahulu..Jika, prinsip ini diteruskan serta diperteguhkan, maka penulis beranggapan bahawa Pas akan mampu menyelesaikan kemelut yang melanda yang boleh menggugat perjalanan PAS sendiri untuk mengemudi bahtera barisan pakatan rakyat secara baik dan lancar.
Satu perkara yang mungkin boleh difikirkan bersama adalah Qudwah pemimpin itu sendiri..Ketika mana Saidina Abu bakar al-Siddiq datang berjumpa rasulullah SA.W., maka beliau berkata. :Aku adalah di antara salah salah seorang yang telah mengembara ke seluruh tanah Arab, tetapi aku tidak menjumpai seorang pun yang lebih baik Qudwah dan akhlaknya daripada tuan”..lihat, bagaimana pengikitrafan yang diberikan oleh seorang sahabat kepada Rasulullah S.A.W..Tentunya ia tidak hadir sendiri tetapi dengan bukti yang telah ditunjukkan oleh rasullullah S.A.W sebagai seorang pemimpin Islam yang agung.
Bagi penulis, antara dua bentuk kepimpinan yang boleh menjadi nilai penerapan yang baik adalah kepimpinan yang berbentuk Tarbawi yang bukan sahaja akan melahrikan seorang Muasllim tetapi juga seorang Murabbi sebagaimana ciri-ciri yang ada pada rasulullah S.A.W. Seterusnya, kiepimpinan yang berbentuk Muassyirah yang akan melahirkan seorang pemimpin yang mampu memberikan pengaruh kepada ahlinya.Jika proses ini dapat dicerna dengan baik oleh setiap pemimpin, maka sudah tentu tidak menjadi masalah bagi mereka untuk berinteraksi bersam ahli dengan baik.
Penulis amat mengharapkan agar muktamar yang berlangsung minggu ini di stadiun melawati Shah Alam, akan mampu menjadi medan terbaik untuk menghasilkan satu momentum yang berupa gelombang perubahan satelah melaui proses muhasabah dan tajdid..dengan perubahan-perubahan yang berlaku di peringkat kepimpinan bagi tahun 2009-2011 yang akan datang, rakyat akan melihat bagaimana saf-saf kepimpinan yang baru akan mampu meningkatkan lagi keupayaan Pas untuk terus teguh dengan prinsip serta mampu untuk melakukan anjakan dan perbubahan yang besar.
Akhrinya, penulis berdoa agar muktamar pada kali ini akan berjalan dengan baik dan lancar insyallah. Sekian....Membangun bersama Islam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan