;

Isnin, Januari 19, 2009

Hakikat Ukhwah Islamiah

Dr Abdullah Naasih ‘Ulwan dalam bukuya “al-Uhkwah al-Islamiyyah” ada menyebut:

Hakikat Ukhwah Islamiyyah pada kacamata Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Hakikat yang Umum (13 perkara):

I. Memberi Salam
II. Menjawab salam.
III. Menziarahi saudara yang sakit
IV. Menghantar jenazah ke kubur.
V. Menerima jemputan atau ajakan yang munasabah seperti walimatul ‘urus.
VI. Menolong orang yang dizalimi.
VII. Mengambil perhatian terhadap nasihat seseorang kepadanya.
VIII. Sentiasa memudahkan orang lain.
IX. Menjaga aib saudara.
X. Menjauhi daripada sifat yang buruk seperti hasad, zalim, pergaduhan, menghina dan sebagainya.
XI. Berkata “yarhamukallahu” kepada orang yang bersin.
XII. Ikhlas dalam membenarkan sumpah ( iaitu bersumpah dengan nama Allah pada perbuatannya)
XIII. Menghiburkan hati saudara yang ditimpa kesusahan.

Maka yang selain daripada itu adalah termasuk apa yang disebut sebagai al-ukhwah al-laazimah, dan sumber atau prinsip kemasyarakatan yang wajib sifatnya.

Dalam hadith Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Hak seoang Muslim ke atas Muslim yang lain ada 6 perkara: Apabila kamu berjumpanya hendaklah memberi salam ke atasnya, apabila dia memerlukanmu, maka hendaklah kamu hulurkan bantuan, apabila dia meminta nasihatmu maka hendaklah kamu menasihatinya, apabila dia bersin maka hendaklah kamu memuji Allah dan mendoakannya, apabila dia sakit, hendaklah kamu menziarahinya dan apabila dia meninggal maka turutlah menghantar jenazahnya.”

Dan diriwayatkan oleh (Syaikhan) sesungguhnya Barra’ bin ‘Azib R.A telah berkata: “Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan menegah kami daripada tujuh perkara: Memerintahkan kami dengan menziarahi orang yang sakit, Menghantar jenazah ke kubur, mendoakan orang yang bersin, ikhlas dalam bersumpah, menolong orang yang dizalimi, memberi salam…

2. Adapun Hakikat yang khusus:

Maka sesungguhnya ia secara pasti adalah perkara yang sangat besar, sangat mulia dan sangat penting, kerana ia berdiri di atas sifat keikhlasan yang terpilih daripada ukhwah yang asasnya adalah keimanan, kerana pilihan ini dipilih manusia untuk dirinya dan keiklasan itu adalah lambang peribadi dan akhlaknya.

Kenapa perlunya manusia mengetahui kepentingannya, hubungannya secara jelas hingga sempurna pemahamannya berkaitan hakikat ukhwah secara khusus ini.?

1. Apa yang telah kita sebutkan daripada hakikat yang umum, maka sesungguhnya hakikat yang umum ini adalah termasuk juga dengan keutamaan dalam hakikat ukhwah yang khusus.

Maka wajiblah ke atas seseorang saudara mendampingi kawan-kawannya yang benar dan memilih daripada saudaranya….iaitulah menjawab salam mereka jika mereka memberi salam kepadamu, menziarahi mereka jika mereka sakit, mengiringi mereka jika mereka meninggal dunia, wajib menerima pelawaan jika mereka mempelawa, mendoakan jika mereka bersin, membenarkan sumpah jika mereka bersumpah yang benar, menolong jika mereka dalam kesusahan, menasihati mereka jika mereka memerlukan nasihat, menghiburkan dan menenangkan hati mereka jika mereka ditimpa musibah, mengutamakan perolongan kepada mereka jika mereka memerluka pertolongan, menjaga keaiban mereka jika mereka melakukan kesalahan, menjauhi daripada segala perkara yang memudaratkan mereka baik daripada segi harta, jiwa, maruah diri dan kemuliaan di mana sahaja kamu menjumpai mereka.

2. Harus makan di rumah sahabat tanpa izin mereka.

Allah S.W.T telah berfirman dalam surah al-Nur ayat ke-61 yang bemaksud: “Tidak ada halangan bagi orang buta, tidak pula bagi orang pincang, tidak pula bagi orang sakit, tidak pula bagi dirimu, makan bersama kamu atau di rumah bapakmu, rumah ibu-ibumu, rumah saudaramu yang lelaki, rumah saudara-saudaramu yang perempuan, rumah saudara bapakmu yang lelaki, rumah saudara bapakmu yang perempuan, rumah saudara ibumu yang lelaki, rumah saudara ibumu yang perempuan, di rumah yang kamu miliki kuncinya ( yang kamu uruskan), atau di rumah kawan-kawan kamu. Tidak ada halangan makan bersama-sama mereka atau sendiri-sendiri…

Sesungguhnya ‘Ulama’ telah meletakkan satu garis paduan melalui ayat Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan tidaklah ada halangan bagi diri kamu untuk makan bersama-sama mereka di rumah-rumah kamu.”

( Maka tidaklah perintah ini untuk manusia makan di rumah mereka, tetapi sesungguhnya yang pastinya mereka tidak makan di rumah saudara-saudara mereka, atau sahabat-sahabat mereka kecuali sebagaimana mereka makan di rumah mereka sendiri. Adapun pada asalnya, orang akan melihat secara luaran bahawa tiada keizinan untuk makan di rumah-rumah mereka) -boleh merujuk kepada tafsir surah dan ayat di atas melalui kitab tafsir Al-allamah al-Marhum Abul a’la al-Maududi.

Secara pasti melalui pemahaman ayat ini, maka harus bagi seseorang sahabat untuk makan di rumah sahabatnya, atau saudaranya, sebagaimana harus untuk makan apa sahaja di rumahnya.

Daripada apa yang dikuatkan ke atas dalil ini, al-Imam al-Qurtubi Rahimahullahutaa’la telah menyebutkan pada suasana atau contoh-contoh yang disokong pada pameran tafsir ayat ini : “Atau kawan-kawan kamu”

Telah disebutkan oleh Muhammad bin Tsauri, daripada Mua’mmar, dia telah berkata: “Aku telah masuk ke dalam rumah Qatadah maka aku melihat kurma Ruttab lalu aku memakannya”..Maka setelah itu dia berkata, apa yang kamu lakukan ini? Maka aku berkata: “Aku melihat kurma di rumah kamu, maka aku memakannya.” Maka berkata Qatadah: “Bagus kamu”, Allah S.W.T telah berfirman: “ Atau kawan-kawan kamu”
Maka berkata Mu’ammar: Aku telah berkata kepada Qatadah: “Bolehkah aku minum daripada tong ini”? Maka dia berkata: “Kamu kawanku…kenapa perlu meminta izin!”

Adalah Rasulullah S.A.W masuk ke kebun Abi Tolhah yang dinamakan (Baihara’) dan baginda minum daripada air yang baik padanya tanpa pengetahuan Abi Tolhah.

3. Haram bermusafir lebih daripada 3 hari jika musafir tersebut adalah kerana sebab individu.

Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh ( Syaikhan), Daripada Abi Ayyub R.A sesungguhnya rasulullah S.A.W telah bersabda: “Tidak dihalalkan bagi seseorang Muslim untuk meninggalkan saudaranya melebihi tiga malam baru bertemu, maka dihalangi ini dan dihalangi ini, dan sebaik-baik bagi keduanya adalah yang memulakan salam”.

Adapun jika musafir dan hijrah tersebut adalah kerana agamanya, maka harus bermusafir lebih daripada tiga malam sebagaimana yang telah disebutkan di atas.

4. Bertolong-tolongan dengan saudara pada setiap perkara dan keadaan.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: “Perumpamaan orang Muslim pada kasih-sayang, belas-kasihan, dan persaudaraan adalah sebagaimana jasad yang satu, jika sakit satu anggota, maka seluruh jasad akan tidak dapat tidur malam dan demam.”

Sabda baginda lagi: “Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya “(riwayat Syaikhan). Pertolongan ini wajib untuk disampaikan secara berterusan daripada sudut pengorbanan harta, melepaskan daripada kemiskinan, dan bersama-sama dalam kesusahan.

Adapun pengorbanan harta adalah sebagaimana firman Allah S.W.T: “Dan mereka berkorban walaupun diri mereka berada dalam kemiskinan.”

Dan melepaskan daripada kemisikinan adalah sebagaimana sabda nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Dan Allah S.W.T sentiasa menolong hamba-Nya selagi mana hamba-Nya menolong saudaranya.”

Adapun bersama dalam kesusahan, maka rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghiburkan seorang mu’kmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di dunia, maka Allah akan menghiburkan dirinya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di hari kiamat…”

Antara contoh-contoh tentang perkara di atas, insyaallah penulis akan mengemukakan dua contoh daripada beberapa contoh yang disebutkan dalam buku ini.

· Telah Berkata ‘Ali bin Hussin R.A kepada seorang lelaki: “Adakah kamu masukkan tanganmu ke dalam poket seluarnya dan mengambil apa sahaja yang dikehendaki tanpa pengetahuannya?” Maka dia berkata: “tidak” , Maka berkata’Ali bin Hussin: “Maka kamu bukan saudaraku!”- Yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah bilamana sampainya seseorang kepada tahap ukhwah yang paling atas, maka antara dia dan saudaranya tidak ada apa-apa tembok lagi di antara mereka dalam soal bertolong-tolong hingga mengambil sesuatu daripada hak sadaranya apa pengetahuannya pun tidak menjadi masalah.

· Telah datang (fathu Musalli) ke rumah salah seorang saudaranya, maka memberitahu kepada ahli rumah itu dan membuka peti harta lalu diambil apa yang dihajatinya,; lalu diberitahu oleh seorang hamba kepada tuannya tentag perkara tersebut bila dia sampai, maka dia berkata: “Sesungguhnya benarlah kamu dan kemerdekaan buat kamu untuk melihat Allah S.W.T”. Dia bergembira dengan perbuatan saudaranya itu.

5. Memaafkan kesalahan, menyembunyikan keaiban dan menjaga kehormatan.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh (Muslim) , daripada Abi Hurairah R.A sesungguhnya rasulullah S.A.W. telah bersabda: “ Tidaklah menjaga seorang hamba keaiban seorang hamba yang lain di dunia tetapi Allah S.W.T akan menjaga keaibannya di akhirat.” Di dalam riwayat yang lain: “Dan barangsiapa yang menjaga keaiban seorang Muslim maka Allah S.W.T akan menjaga keaibannya di dunia dan di akhirat..” ; dan diriwayatkan oleh (Muslim) daripada Abi Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Adakah kamu mengetahui apakah itu kehormatan?” maka mereka berkata: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui”. Maka bersabda baginda: “Menyebut olehmu perkara yang dibencinya” Disebutkan oleh sesetengah pendapat: “Adakah kamu melihat apa yang aku katakan mengenai saudaraku?” , maka bersabda baginda: “Sesungguhnya apa yang kamu katakan tentang saudaramu maka sesungguhnya kamu mengumpatnya dan sekiranya bukan tentangya maka kamu telah menipunya.”

Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa seseorang lelaki tidak boleh memperkatakan mengenai keburukan saudaranya secara rahsia atau tanpa pengetahuannya dan menggelarkannya dengan gelaran yang dibencinya, memperkatakan keaiban jika bertemunya, dan menyebut tentang kehormatannya dengan sikap yang buruk (celaan)…
Maka apabila melihat keaiban seseorang saudara maka janganlah menceritakannya, dan janganlah disebutkan di hadapan manusia, bahkan hendaklah dia merahsiakannya, dan menasihatinya dengan nasihat yang terbaik yang kamu sampaikan, kerana nasihat itu adalah di antara setiap manusia; Dan menceritakan keburukan orang yang telah mati dihadapan orang ramai itu sebahagian daripada al-Taubikh, serta membuka aib bagi seseorang saudara yang dinasihati itu.

Semoga dirahmati Allah S.W.T bagi orang yang menukilkan syair ini:

Kamu menyengajakan nasihatmu dengan diriku seorang,
Dan menjauhkan nasihat untukku kepada jemaah,
Sesungguhnya nasihat itu satu cabang,
Daripada al-Taubikh itu tidak aku redha mendengarnya,

Dan tidak syak lagi bahawa sesugguhnya nasihat itu bila mana ikhlas kerana Allah S.W.T, maka mereka akan rahsiakannya (iaitu daripada membuka kesalahan orang yang dinasihati kepada orang ramai): dan itulah jawapan yang pasti bagi orang yang dinasihati sebagaimana diterangkan sebelum ini, dan sebagaimana yang telah diterangkan dalam surah al-Ikhlas yang bermaksud: “ Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh; dan bertolong-tolonglah pada kebenaran dan bertolong-tolonglah pada kesabaran”

Semoga dengan sedikit terjemahan dan ringkasan yang telah disediakan oleh penulis daripada kandungan asal buku ini yang bertajuk “al-Ukhwah al-Islamiyyah” buah karya penulis yang tidak asing lagi iaitu Dr Abdullah Nasih Ulwan yang merupakan pensyarah Pengajian Islam, Jami’ah Malik bin Abdul Aziz di Jeddah ini, akan memberikan kita semua satu panduan yang sangat berguna dalam merapatkan lagi ukhwah di antara kita serta dapat mengetahui apakah hakikat sebenar Ukhwah Islamiyyah yang perlu ada dalam setiap jiwa umat Islam yang telah diikat dengan ikatan Aqidah yang begitu murni.

Akhirnya sebelum penulis mengakhiri tulisan ini, penulis ingin mengemukakan kembali pertanyaan yang telah dikemukakan kepada Dr Yusuf Qardhawi tentang keadaan umat Islam yang begitu teruk ditindas oleh Yahudi yang jumlahnya lebih kecil berbanding dengan bilangan Negara dan umat Islam yang begitu besar jumlahnya…Maka apakah jawapan beliau…Kerana Negara umat Islam yang banyak itulah yang meyebabkan uma Islam terus jatuh dan ditindas. Jika Negara Islam adalah satu dan umatnya bersatu di bawah satu pemeritahan seperti yang pernah berlaku dalam sejarah umat Islam sebelum ini, maka umat Islam tidak akan jadi seperti hari ini!. Ayuh sahabat-sahabat, kita terus membantu dan medoakan semampu kita demi kesejateraan dan keteguhan hati saudara seAqidah kita di Palestin khususnya dan di seluruh dunia ummnya..Hanya orang yang megetahui hakikat sebenar Aqidah Islamiyyah aka merasai betapa berharganya saudara-saudara mereka….AYUH, KITA TERUS BERSAMA-SAMA DALAM PERJUANGAN PEMBEBASAN DAN KEADILAN…TAKBIR!!!

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita