;

Rabu, Januari 28, 2009

Sekilas Ingatan


Abdur-Rahman Al-Banna menyebut mengenai abangnya, Imam hassan al-Banna:
‘Abangku yang dihormati. Ketika kau berumur sembilan tahun, saya baru
menjangkau umur tujuh tahun. Kita mengaji Al-Quran dan belajar menulis di sekolah.
Apabila kau berjaya menghafal dua pertiga Al Quran saya mampu menghafal
sehingga Surah At-Taubah. Ketika kita pulang dari sekolah, bapa kita menyambut
dengan penuh kasih sayang. Bapa kita yang dikasihi mengajar kita sirah (riwayat
hidup) Rasulullah (s.a.w.), ilmu Fiqh dan nahu. Bapa kita telah menyediakan jadual
pengajian kita ketika di rumah. Kau belajar ilmu Fiqh Imam Abu Hanifa manakala
saya belajar ilmu Fiqh Imam Malik. Di segi ilmu nahu, kau belajar kitab ‘Alfiyah’ dan
saya pula belajar kitab ‘Malhamatul Arab

Corak pengajian kita itu memerlukan kita mengulangkaji pelajaran bersamasama dan bekerja keras. Justeru itu, kita terpaksa menyediakan jadual dan senarai
kerja harian. Duhai abangku! Dalam hidupku, tidak pernah saya melihat orang yang
begitu banyak berpuasa dan bersolah seperti kau. Kau bangun waktu sahur dan
bersolah. Kemudian kau mengejutkan saya daripada tidur untuk menunaikan solah
subuh. Selepas solah, kau membaca senarai kerja harian. Suara kau yang manis dan
penyayang itu masih bergema di telinga saya. Kau pernah berkata, ‘Pukul lima hingga
enam pagi ialah masa mengaji Al-Quran; pukul enam hingga pukul tujuh pagi ialah
masa untuk belajar tafsir Al-Quran dan Hadith; pukul tujuh hingga lapan pagi ialah
masa untuk belajar Fiqh dan Usul Fiqh.’ Itulah kerja rumah kita. Selepas itu kita pun
pergi ke sekolah.

‘Terdapat banyak buku di dalam perpustakaan bapa kita. Kita telah sama-sama
meneliti buku-buku tersebut sendiri. Nama buku-buku tersebut dicetak dengan hurufhuruf berwarna emas. Kadangkala kita meneliti kitab ‘Nisapur’; kitab ‘Qustalani’; dan
kitab ‘Nail Al-Authar’. Bukan saja bapa kita telah membenarkan kita membaca buku
buku diperpustakannya, bahkan beliau juga menggalakkan kita berbuat demikian. Kau
selalu mengatasi saya dari segi ini. Saya cuba mengikut jejak langkahmu tetapi saya
tidak mampu. Kau adalah seorang yang luar biasa. Walaupun perbezaan umur kita
hanya dua tahun, tetapi Allah telah menyediakan engkau untuk pencapaian yang luar
biasa.’

‘Bapa kita selalu mengadakan majlis-majlis perbincangan ilmiah. Kita kerap
mengikuti dengan teliti perbahasan ilmiah antara beliau dengan para ulama yang lain.
Majlis-majlis tersebut dihadiri oleh Syeikh Muhammad Zahran dan Hamid Muhsin.
Pernah kita mendengar perbahasan mereka mengenai ‘Arasyh Allah’ di langit tinggi.
Di antaranya ialah adakah ‘Istiwa’ bermaksud duduk atau tinggal? Apakah pendapat
Imam Ghazali dalam hal ini? Apa pula kata Zamakhshari mengenai perkara ini?
Apakah pula tafsiran Imam Malik bin Anas? Kita mendengar perbahasan-perbahasan
ini dengan penuh minat. Segala apa yang kita fahami telah bersemadi di dalam
ingatan kita. Segala masalah dan perkara yang sukar difahami telah kita rujuk kepada
bapa kita ataupun kepada kitab-kitab tafsir dan As-Sunnah.’

‘Saya tidak lupa hari di mana halaman rumah kita dipenuhi kanak-kanak kecil.
Mereka adalah penuntut-penuntut sekolah yang diiringi oleh ketua darjah dan guru
mereka. Isteri guru mereka juga turut sama sambil mendukung anaknya. Setiap kanak-kanak membawa ranting-ranting kurma sambil bersyair:

‘Berselawatlah kepada Rasulullah (s.a.w.).’ Guru mereka pula bersyair
demikian:

‘Kami tidak akan bergerak sehingga kami menerima kepingan perak di dalam
pinggan yang bersih dan berkilat.’

‘Selepas syair ini, kanak kanak tadi mengulangi rangkap pertama semula. Ibu
kita pun keluar membawa kepingan perak di dalam sebuah pinggan yang bersih dan
berkilat. Dia mengisi beg isteri guru tersebut dengan kek dan kuih-kuih manis. Guru
itu pun pulang ke rumah selepas acara tersebut. Acara itu diadakan kerana kau telah
habis menghafal Al-Quran.’

Yang di Pertua pertama 'Jamiat-usy-Syubbanul Muslimin’ Mesir, Jeneral
Muhammad Saleh Harb Pasya, menulis mengenai suasana di rumah Imam Hasan Al-
Banna:


‘Saya berpendapat suasana di rumah memainkan peranan penting dalam
membina peribadi Imam Hasan Al-Banna. Beliau yang dilahirkan di dalam sebuah keluarga
yang ‘alim, wara’ dan berpegang kuat kepada agama dan ini memberi kesan yang
ketara kepada peribadi Imam Hasan Al-Banna.’

‘Pendidikan yang diterimanya telah mencorakkan roh dan akhlak Islam yang
sebenar ke dalam dirinya. Beliau terlibat di dalam amalan Sufi di peringkat awal lagi.Guru rohaniahnya (atau guru Sufinya mahir dalam ilmu Al-Quran, as-Sunnah dan
Fiqh). Ilmunya seumpama sungai yang mengalir tanpa halangan untuk selamalamanya. Ilmunya ini telah banyak membantunya ketika beliau menyampaikan
syarahan dan ceramah. Dengan demikian, beliau berjaya memuaskan dirinya sendiri
dan juga orang lain.’ (Al Imam-As-Syahid Hasan Al-Banna)

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita