;

Selasa, April 21, 2009

Pilihanraya...Jangan takut untuk mengundi!





Pada kali ini, penulis mengambil kesempatan untuk menulis sedikit mengenai pertanyaan salah seorang rakan pembaca mengenai hukum pilihanraya dalam islam.

Namun begitu, penulis tidaklah berhajat untuk menulisnya secara panjang lebar agar mudah untuk kita memahaminya bersama sesuai dengan kata-kata yang menyebut:

“Sebaik-baik perkataan adalah yang sedikit tetapi memberi kefahaman dan penerangan”

Insyallah, tulisan seterusnya akan diupdatekan oleh penulis ke dalam blog ini selepas daripada peperiksaan biiznillahi ta’ala.

Sebenarnya, persoalan hukum pilihanraya memang kadangkala agak memeningkan dan mengelirukan. Namun, agama Islam telah hadir sebagai agama rahmat dan menyelesaikan seluruh permasalahan manusia duhulu, sekarang dan akan datang.

Secara ringkas, Al-Quran yang terkandung dalamnya 114 surah, 30 juzuk dan lebih daripada 6300 ayat itu mengandungi persoalan syurga, neraka, hukum-hakam, dan juga kisah para nabi dan kisah-kisah umat terdahulu. Maka, ianya sudah lengkap untuk menjawab seluruh persoalan manusia.

Secara mudahnya untuk memahami persoalan hukum piliharanraya ini, dan di sini penulis akan jelaskan secara ringkas agar kita mudah untuk memahaminya.

Dalam Islam, persoalan hukum tidak akan lari daripada lima perkara asas iaitu Wajib, ,Sunat, Harus,Makruh, dan Haram. Lebih mudah difahami lagi ianya termasuk dalam persoalan hukum-hakam seperti, jenayah, munakahat , muamalat dan ibadat, seperti solat, puasa, zakat, muamalat dan sebagainya. Bida’ah pula tidak termasuk dalam soal hukum sebab ia adalah merupakan definisi yang diberikan kepada perbuatan yang dilarang dalam agama Islam serta tidak ada anjurannya dalam Syarak sendiri sehingga Nabi tidak melakukannya seperti pemujaan kubur, penyembahan pokok dan sebagainya, memberi makan jin, dan lain-lain perkara khurafat..

Jika tidak dijumpai hukum secara Qatie di dalam al-Quran maka kaedah Qias boleh digunakan kerana ia juga termasuk dalam sumber rujukan hukum selepas Al-Quran, Hadis, dan Ijmak sebagaimana ulamak mengiaskan hukum arak dengan dadah menurut syarat-syarat tertentu.

Melalui Kata-kata Imam Abu Hanifah yang bermaksud “Sesungguhnya orang muslim itu terikat dengan syarat-syarat mereka”, kita dapat faham bahawa setiap orang terikat dengan syarat-syarat serta kewajipan terhadap diri mereka dan uruf, ataupun suasana tempat mereka.

Contohnya, perkara yang wajib adalah Solat - Tetapi tidak semua negara atau tempat akan sama cara perlaksanaannya. Contoh lebih mudah lagi adalah mazhab. Setiap mazhab berbeza daripada segi perlaksanaan ibadat tetapi tetap tidak lari daripada perkara asas iaitu solat itu sendiri…Contohnya, golongan yang memakai mazhab Syafie membaca doa qunut dalam solat subuh dan jika kedapatan pengikut mazhab yang tidak berqunut di dalam solat, maka adakah ia akan merubah hukum solat tadi menjadi tidak sah? Tidak bukan…Inilah kesempurnaan Islam yang bersifat tetap (thabat) dan Fleksibel (murunah) sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran:

28. Allah hendak memberikan keringanan kepadamu[286], dan manusia dijadikan bersifat lemah”.-Surah al-Nisaa’ ayat 28.

[286] yaitu dalam syari'at di antaranya boleh menikahi budak bila telah cukup syarat-syaratnya.

Pilihanraya itu bukanlah perkara yang akan merubah ketentuan hukum bahkan ianya perlu dilakukan mengikut acuan hukum Allah S.W.T..Walau apapun perkara, jika melanggar hukum Allah S.W.T tetap tidak akan diterima di sisi Allah S.W.T, tetapi apapun perkara jika selari dengan ketentuan syarak maka tetap akan dikira sebagai sunnah yang baik serta mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T insyaallah.

Sepertimana yang disadakan oleh nabi S.A.W :

“Barangsiapa yang melakukan satu sunnah yang baik, maka untuknya ganjaran, dan untuk orang yang mengikutinya juga ganjaran, dan barangsiapa yang melakukan satu sunnah yang buruk, maka untuknya balasan dan balasan untuk yang mengikutinya”

Firman Allah S.W.T:

138. Shibghah Allah[91]. dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? dan Hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.

[91] Shibghah artinya celupan. Shibghah Allah: celupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan.

Penulis berikan contoh mudah di sini,

Pak Mat mempunyai seekor beruk. Maka, beliau telah membuat satu peraturan untuk beruknya agar memanjat pokok kelapa pada setiap hari kecuali Jumaat sahaja kerana beliau ingin ke masjid dan beribadah. Lagipun, kebanyakan orang yang ada beruk juga bercuti pada hari itu. Bagi Pak Mat, peraturan itu sesuai dengan dirinya dan beruknya.. Maka, kalau beruk itu ingkar, yang salah siapa?..Tentulah beruk kerana tidak mahu ikut peraturan yang sudah sesuai. Beruk itu tidak boleh juga menyalahkan Pak Mat kerana sebagai binatang yang berbakti kepada tuan, dia mesti ikut perintah tuannya.

Cerita di atas tidaklah ditujukan kepada sesiapa tetapi hanyalah sekadar contoh.

Begitu juga dengan persoalan piliranraya, ia hanyalah wasilah ataupun cara untuk memilih seseorang pemimpin dan tentulah ia berbeza mengikut uruf ataupun suasana kepimpinan di Negara masing-masing. Tetapi, apa yang penting adalah cara perlaksanaannya adakah bertepatan dengan konsep pemilihan pemimpin dalam islam seperti tiada rasuah, politik wang, caci-mencaci, mengiktiraf undang-undang Allah sebagai undang-undang tertinggi dan sebagainya.

Di zaman nabi Muhammad S.A.W, kaedah memilih pemimpin adalah dengan cara syura yang berlaku di antara para sahabat bagi menentukan di antara Saidina Abu bakar, Umar, Ali dan Uthman siapakah yang paling layak menjadi khalifah kerana bersesuaian dengan keadaan atau suasana pada waktu itu. Mereka boleh berkumpul bersama dalam sebuah tempat khusus dan semuanya menyatakan persetujuan terhadap perlantikan Khalifah setelah berpuas hati dengan calon yang telah disyurakan..Begitu juga dalam system demokrasi hari ini, mustahil untuk mengumpulkan seluruh rakyat Malaysia contohnya di sebuah tempat khusus kerana masyarakat yang ramai. Jadi, calon yang telah disyurakan oleh pimpinan setiap parti yang bertanding di kawasan masing-masing akan dipersetujui oleh oleh rakyat dengan kaedah mengundi dalam piliranraya. Bezanya, rakyat di zaman khalifah menyatakan persertujuan dengan suara tetapi rakyat hari ini menyatakan persetujuan dengan simbolik kertas undi.


Apa yang penting, persoalan hukum itu tidaklah disandarkan kepada pilihanraya tetapi disandarkan kewajipan memilih pemimpin itu sendiri.

Terdapat kaedah Fiqih yang menyebutkan bahawa “Tidak sempurna sesuatu kewajipan itu kecuali dengannya ia menjadi wajib”. Ia bermaksud kewajipan mengundi di dalam pilihanraya itu menjadi asbab kepada kewajipan memilih pemimpin sebagimana yang dilakukan oleh para sahabat selepas kewafatan rasulullah S.A.W.

Di bawah ini, penulis letakkan juga tulisan yang diperolehi melalui Ensiklopedia bebas untuk rujukan bersama:

Hukum Pilihanraya Di sisi Islam.
Pada asasnya, pilihan raya difahami sebagai proses pemilihan pimpinan - yang membentuk sebuah pemerintahan, daerah mahupun negara. Namun secara nisbinya, pilihan raya merupakan satu mekanisme kepada peraihan kekuasaan dari rakyat di dalam mana-mana negara yang menjalankan prinsip demokrasi (kebebasan). Tradisi memilih dan mengganti pemimpin hanyalah melalui kutipan suara majoriti atau pilihan raya sama ada di peringkat negeri mahupun Parlimen. Cara ia dijalankan bergantung pada jenis pemerintahan sama ada pemerintahan republik, persekutuan ataupun beraja.
Di kebanyakan sistem politik demokrasi, beberapa jenis pilihan raya boleh didapati, bergantung kepada lapisan pemerintahan atau sempadan geografi. Antara yang biasa ditemui adalah:
1. Pemilihan Presiden
2. Pilihan raya umum
3. Pilihan raya utama
4. Pilihan raya parti
5. Pilihan raya kecil
Tidak menjadi kesalahan kepada orang Islam untuk menyertai pilihan raya selama mana mereka hanya menghadkan aktiviti kepada melakukan amar makruf nahi mungkar, berdakwah, memeriksa dan mengkritik dasar kerajaan kerana perkara ini adalah sesuai dengan tuntutan syara'. Namun perlu dipastikan bahawa dia tidak terlibat dengan pengiktirafan undang-undang manusialah yang tertinggi dan tidak terlibat dalam penggubalan undang-undang, ini kerana Allah SWT berfirman
"..Sebenarnya (yang menentukan) hukum hanyalah bagi Allah.."
Adapun aktiviti perundangan itu sebenarnya juga tertakluk kepada tegahan Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud;
"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: 'Ini halal dan ini haram', untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya."
Begitu juga dengan kalam Allah SWT yang lain, yang dapat ditemukan di dalam kitab Al-Quran, kitab yang diimani tanpa sedikitpun keraguan terhadap isi kandungannya. Maka dari sini jelas bahawa segala bentuk penggubalan undang-undang mahupun peraturan hidup yang bukan berasal dari Allah SWT (dengan kata lain, wahyu) adalah tertolak.
Hukum pilihan raya di sisi Islam
Di sisi syara', pilihan raya merupakan suatu bentuk aqad wakalah (perwakilan). Penyempurnaan aqad wakalah mesti memenuhi rukun-rukunnya, iaitu;
1. Ijab dan qabul
2. Muwakkil - pihak yang mewakilkan
3. Wakil - pihak yang mewakili
4. Perkara yang diwakilkan
5. Bentuk redaksi akad perwakilannya (sighat tawkil)
Ini berdasarkan kepada beberapa dalil dari hadis;
Dari Jabir bin Abdillah. Ia menuturkan, "saya hendak berangkat ke Khaibar, lalu saya menemui Rasulullah s.a.w. Baginda kemudian bersabda : Jika engkau menemui wakilku di Khaibar maka ambillah olehmu darinya lima belas wasaq."
Dan dalam peristiwa baiat 'Aqabah II, Rasulullah s.a.w. meminta 12 orang sebagai wakil dari 75 orang Madinah ketika itu yang dipilih oleh mereka sendiri. Riwayat ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan proses perwakilan (wakalah). Dengan demikian, hukum asal wakalah dalam syariat Islam adalah harus (boleh).
Sementara yang menjadi isu utama dalam menetapkan hukum pilihan raya itu adalah 'perkara yang diwakilkan' yang merupakan objektifnya, jika pasti bahawa calon yang ingin diundi itu dapat memastikan dirinya tidak terlibat dalam proses pembuatan undang dan melakukan aktiviti yang sesuai dengan syariat, maka bolehlah datang mengundi untuk beliau, namun jika tidak adalah haram untuk bersubahat melantik menjadi wakil kepada benda yang diharamkan.
Ini berasaskan kaedah fiqh, al-wasilatu ila haraam, muharramah (sesuatu yang membawa kepada keharaman, maka ia juga haram).

Muhasabah pemerintah.
Mengenai fungsi mengawasi negara dan memuhasabah para pemerintah, ini merupakan suatu kewajiban syarak ke atas kaum Muslimin dalam menjalankan tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar. Ini adalah merupakan hak dan kewajiban majlis perwakilan untuk menjalankannya. Oleh itu (untuk hak dan tanggungjawab ini dijalankan oleh seseorang ahli majlis perwakilan), terdapat syarat-syarat syarie yang perlu dipenuhi sekiranya seseorang ingin mencalonkan dirinya untuk pilihan raya (majlis perwakilan) pada hari ini. Pencalonan hendaklah berpandukan kepada syarat –syarat ini, namun ia (syarat-syarat ini) tidak boleh dijadikan sebagai kebenaran (untuk pencalonan) secara mutlak. Syarat-syarat tersebut adalah:-
1. Dia mestilah mengisytiharkan dengan jelas dan lantang (tidak cukup dengan niat dan tidak dibolehkan berpura-pura) bahawa ia menolak sistem kapitalisme Barat dan kesemua sistem kufur.
2. Dia mestilah mengisytiharkan bahawa fungsinya di Parlimen (jika menang) adalah untuk mengubah sistem kufur dan menggantikannya dengan sistem Islam.
3. Dia akan berkempen hanya dengan apa yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasul.
4. Dia mestilah mengisytiharkan bahawa dia akan menggunakan Parlimen sebagai platform untuk berdakwah kepada Islam.
5. Dia tidak akan masuk dalam pencalonan (parti) sekular, mahupun bekerjasama dengan mereka, kerana mereka ini adalah penyokong kepada sistem kufur.
6. Dia tidak dibolehkan merapatkan diri dengan badan Eksekutif dan Judikatif (dengan mereka yang menerapkan (hukum) serta mereka yang terlibat dengan perundangan) dan memasukkan namanya sebagai calon untuk tujuan bermanis muka dengan badan-badan ini yang merupakan sandaran bagi mereka yang berlaku zalim. Allah swt berfirman, “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” [TMQ Hud:113]
7. Bahawa kempennya di sepanjang waktu pencalonannya ini bertujuan agar umat manusia memahami objektif-objektif yang telah disebutkan di atas.

Penulis berharap agar dengan sedikit penerangan di atas, kita akan terus merasa yakin untuk mengundi di dalam pilihanraya akan datang dan pilihlah pemimpin yang betul-betul mampu merealisasikan sebuah Negara yang baik serta diberkati oleh Allah S.W.T insyaallah.


Bebaskan dirimu daripada cengkaman Nafsu!

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita