;

Selasa, April 28, 2009

Survival Islam...bukan survival bangsa!






Survival Islam bukan survival bangsa itulah yang terbaik...bisik hati penulis.

Setetika membaca mengenai keputusan kabinet Perdana menteri, penulis agak dukacita...Sebagai rakyat Malaysia, Melayu serta menganut agama Islam yang menjadi agama rasmi di dalam negara ini...semua berhak merasa sedih atau gembira dengan sesebuah keputusan serta menyuarakan pendapat sebagai satu amanah di atas nama Islam.

Sejak Islam jatuh ketika pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah di Turki pada 1924 masihi yang lalu...maka sehingga ke hari ini..Islam tidak pernah mendapat pembelaan yang sewajarnya
daripada umatnya sendiri..hanya sebahagian sahaja yang masih mempunyai sensitiviti yang ampuh terhadap keadaan Islam yang semakin meruncing mutakhir ini..

Dalam harakah bertarikh 29 Mei menyebut:

Kabinet Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Keputusan kabinet Najib itu dibuat berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan survival Islam...perkara Aqidah dan asas-asas Islam perlu didahulukan...Bukan rakyat itu tidak penting, tetapi jika dengan sungguh kita mengatakan bahawa kita ingin beramal dengan Islam serta mendapat pengiktirafan daripada Allah sebagai negara yang baik serta Allah S.W.T. merngampuni umatnya...maka utamakanlah kepentingan Islam dahulu!


Apakah hikmahnya solat diangkat oleh Allah S.W.T sebagai ibadah yang paling besar dalam Islam sehingga ia didahulukan oleh Allah S.W.T untuk dihisab di Mahkamah Allah S.W.T kelak...bahkan rasulullah S.A.W sendiri naik ke langit, menghadap Allah serta menerima amanah solat secara rasmi daripada Allah S.W.T di Sidratul Muntaha...tempat yang tidak mampu dilepasi oleh Malaikat Jibril A.S sendiri.

Pastilah ibadah yang seistimewa ini mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Allah S.W.T.

Lihat sajalah...berdiri mengadap kiblat dalam satu saff serta mampunyai seorang imam pula, dan dilakukan dalam keadaan yang begitu tertib bermula berdiri tegak sehingga salam yang terakhir itu mempunyai nilai yang sangat tinggi daripada sudut teori dan praktikal...

Apakah kesan yang akan didapati jika sudut teori dan praktikal ini dipraktikkan dalam sesebuah organisasi...bahkan juga sesebuah kerajaan?

Solat itu sebenarnya sudah cukup untuk memberi penjelasan bagaimana sesebuah perpaduan itu hidup dan terjalin sebegitu bermakna dalam hidup umatnya.

Jika solat itu dihayati secara terbaik...maka natijah solat tadi akan mencegah daripada perkara keji dan mungkar akan terpraktik dengan sangat baik dalam sesebuah negara.

Imam dalam solat wajib memimpin solat dengan baik dan penuh amanah iaitu mengadap kiblat..tidak songsang...tidak melencong ke jalan salah..selagi Imam tidak salah, para makmun akan terus taat mengikuti imam dan bila Imam salah, maka makmum akan menegur dengan cara terbaik supaya imam tidak terus salah...Alangkah bagusnya jika seseorang pemimpin menghayati perkara ini bukan!

Makmun pula umpama rakyat...wajib mengikuti Imam sehingga selesai solat...tidak mendahului Imam...tetapi berhak menegur apabila Imam salah di dalam solatnya...apabila Imam yang sudah sedar kesalahannya tadi tidak juga mahu membetulkan kesilapan tersebut, maka makmum tidak wajib lagi mengikutinya bahkan boleh untuk Mufaraqah atau tidak lagi mengikuti imam tersebut...Asasnya di sini, rakyat wajib patuh kepada pemimpin tetapi apabila pemimpin salah, rakyat wajib menegur dan jika pemimpin terus dengan kesalahannya, rakyat tidak terikat lagi untuk mengikuti pemimpin tersebut..lihat, alangkah indahnya hikmah solat tersebutuntuk dihayati!

Begitu juga dengan saf di dalam solat...semuanya berdiri tegak dalam satu saf yang cantik dan tersusun, umpama sebuah bala tentera yang sudah siap siaga untuk turun di dalam medan peperangan...menjadi bukti yang jelas kepada kekuatan dan perpaduan umat Islam itu sendiri.

Seterusnya, tidak dibenarkan bercakap di dalam solat memberi gambaran bahawa solat adalah satu perkara yang memutuskan semua hubungan dengan dunia serta fokus dalam melaksanakannya...Adalah ini sangat baik jika diperaktikkan oleh pemimpin...Memimpin dengan fokus, tetap pendirian serta memutuskan diri daripada sifat-sifat tercela yang bersarang di dalam diri-sendiri.

Yang terakhir adalah bersolat wajib didahulukan dengan berwudhuk agar diri-sendiri bersih daripada dosa untuk menghadap Allah S.W.T...begitu juga dengan pemimpin dan rakyat, jika tidak bersih daripada dosa maka kepimpinan negara tidak akan boleh berjalan dengan baik.

Inilah bukti solat sebagai panduan terbaik dalam mengurus baik diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara daripada sudut teori dan juga praktikalnya.

Dalam masalah negara,peranan para Ulamak dan Umara' atau pemimpin itu perlu bergerak seiring...tidak hanya pemimpin sahaja mengambil peranan serta mengabaikan pandangan para Ulama'...ditakuti kepimpinan negara tidak berjalan seiring kehendak Allah S.W.T..Maka, rakyat akan mendapat kesannya.

Yahya bin Muaz pernah memberikan perumpamaan:

"Kadang-kadang ibu-bapa itu perlu diutamakan kerana mereka mencegah anak-anak mereka daripada bermain api..tapi ulama' perlu lebih diutamakan kerana mereka mencegah umat daripada api kejahilan."

Sebagai rakyat...kita berhak mendapat apa jua pembelaan yang diberi oleh Islam kepada kita yang merangkumi soal diri, agama, harta, keluarga dan sebagainya.

Bagaimana Nabi Muhammad S.A.W ketika menyusun perlembagaan Madinah ketika penubuhan kerajaan Islam Madinah yang pertama..baginda tidak dulu mengutamakan survival umat tetapi survival Islam selepas itu barulah diikuti dengan survival umat.Dalam erti kata yang lain baginda mengutamakan apa yang turun daripada Allah S.W.T serta menyusunnya demi survival umat bertepatan dengan acuan Allah S.W.T walaupun terdapat kemungkinan ada yang tidak menyetujuinya.

Pembaca boleh melihat mengenai piagam madinah melalui link ini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah

Bagi penulis, apapun dasarnya, jika tidak berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah maka pasti akan pincang.

Ammar bin Yassir, salah seorang yang mengikuti secara langsung peperangan yang berlaku di antara Saidina Ali K.W.J dan Muawiyah R.A, kedua-duanya adalah sahabat kepada rasulullah S.A.W, keduanya pernah memberikan sumbangan besar kepada perjuangan Islam.. Namun bila berlaku peperangan tersebut, Saidina Ali K.W.J telah berkata kepada Ammar dengan tegas:
"Janganlah kamu melihat kebenaran itu dengan sebab seorang lelaki, tetapi kamu mengetahui kebenaran itu dengan sebab ia adalah sebuah kebenaran"

Lihat...begitu cantik dan indah pemikiran yang lahir daripada seorang pemuda Islam yang bersih jiwanya, serta jiwanya begitu dekat dengan Allah S.W.T..mengungkapkan satu perkara yang bisa memberikan kita satu jawapan iaitu menilai sesuatu dengan kacamata kebenaran walaupun siapa pun dia...di sinilah juga solat mengajar kita untuk tidak membezakan di antara warna kulit, pangkat dan darjat tetapi yang paling utama hanyalah Allah S.W.T sahaja berhak memilih dan menerima amal perbuatan hamba-Nya yang betul-betul ikhlas dalam beramal.

Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-Hijr ayat 39-40:

"...Dan pasti akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas.

Maka, hanyalah hamba-hamba Allah S.W.T yang ikhlas sahajalah yang tidak akan disesatkan oleh dunia yang menipu.

Firman Allah S.W.T dalam surah ali-Imran ayat 10:

"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang ma'ruf, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah s.w.t..."

Atas nama Islam dan sebagai seorang rakyat yang cintakan Islam, maka penulis juga dengan nada yang sama seperti aktivis-aktivis Islam yang lain menyeru agar Perdana Menteri untuk mengkaji semula isu ini agar survival Islam terus terpelihara di negara kita sendiri serta kanak-kanak tersebut mendapat juga pembelaan sewajarnya dalam islam! Semoga Allah S.W.T terus menetapkan hati kita dalam keimanan kepada Allah S.W.T. Ameen...



Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita