Salam Maulidul al-Rasul penulis ucapkan buat seluruh teman walau di mana jua.
Untuk ruangan takzirah al-Auliya’ pada kali ini, penulis akan cuba berkongsi mutiara-mutiara dan kisah menarik mengenai wali-wali Allah s.w.t berpandukan sebuah kitab menarik yang telah dikarang oleh al-Syeikh Farid al-Diin bin ‘Attar rahimahullah (hidup tahun 608 H), dan huraian oleh al-Syeikh Muhammad al-Ashiili al-Wasthaninyyi al-Syafie rahimahullah (hidup tahun 836 H) yang bertajuk: “Tazkirah al-Auliya”.
Moga-moga kita mendapat manafaat daripadanya Insyaallah Ta’ala.
Al-Imam Hassan al- Basri, seorang wali yang terkenal dengan kezuhudan, ilmu, dan akhlaknya yang tinggi, pernah berkata:
1. “Tidak perlu tidak untuk seorang mukmin itu perlu bermanafaat ilmunya, dan amalan yang sempurna dengan keikhlasan, dan kecukupan sesuatu rezeki dengan kesabaran, maka selepas berhasil perkara-perkakra ini, aku tidak mengetahui apakah yang akan diperbuat dengannya”.
2. “Kewarakan itu terbahagi kepada tiga tingkatan” :
Tingkatan Awal: Tidak berkata-kata seorang hamba melainkan dengan kebenaran, sama ada ketika marah mahupun ketika redha.
Tingkatan kedua: Menjaga anggotanya daripada sesuatu yang tidak diredhai oleh Allah s.w.t.
Ketiga: Tidak berniat kecuali pada sesuatu perkara yang diredhai oleh Allah s.w.t.
3. Sebesar zarah daripada sifat wara’ itu lebih baik daripada puasa dan solat."
4. Sebaik-baik ketaatan itu adalah berfikir dan wara’.
5. Jika aku mengetahui bahawa tiada dalam diriku sifat nifak, nescaya diri ini lebih aku cintai daripada dunia dan isinya.
6. Solat seseorang yang tidak hadir hatinya lebih dekat kepada siksaan.
7. Seseorang yang menginfakkan sesuatu ke atas dirinya, ke atas keturunannya, dan ke atas bapanya, maka ke atas dirinya hisab, melainkan apa yang ia telah infakkan ke atas temannya semata-mata kerana Agama atau memberi makan kepadanya, maka tiadalah bagi dirinya hisab.
8. Jika kamu ingin mengtahui tentang dunia selepas dirimu, maka lihatlah dunia itu selepas daripada selain dirimu.
9. Seorang mukmin yang lembut dan tenang sifatnya, tidaklah melakukan sesuatu yang ia kehendaki (mengikut hawa nafsu), dan mengatakan sesuatu yang tidak elok.
10. Tiadalah umpatan (melainkan) untuk tiga golongan: Pengikut hawa nafsu, orang yang fasik, dan Imam (pemimpin) yang zalim.
Diriwayatkan sesungguhnya beliau telah melihat seorang lelaki sedang makan dekat sebahagian perkuburan, maka beliau telah berkata: “Sesungguhnya beliau seorang munafik” maka telah ditanya kepada beliau: “Kenapa begitu?” lalu beliau berkata: “Barangsiapa yang menggerakan syahwatnya (nafsunya) terhadap makanan di antara orang-orang yang telah mati ini, maka sesungguhnya beliau tidak beriman dengan kematian dan hari akhirat, dan ini adalah tanda-tanda nifak”.
Wallahu’alam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan