;

Isnin, Jun 14, 2010

Surat Daripada Abi Dzar R.A

Pada kali ini, Penulis menggunakan kitab عيون ألحكاية buah karya al-Imam Jamal al-Diin Abi al-Farj Ibnu Al-Jauzi, seorang zuriat daripada keturunan Abu Bakar al-Siddiq, berasal daripada Baghdad, seorang Faqih Mazhab Hambali yang juga al-Hafidz dan al-Mufassir. Kitab ini memuatkan sejumlah cerita-cerita orang-orang Soleh dan Zuhud untuk menjadi motivasi kita semua.

Moga-moga mendapat manafaat bersama Insyallah.

Daripada Nafiq al-Thohi, beliau telah berkata: "Aku telah berjumpa dengan Abi Dzar R.A", Maka beliau berkata kepadaku: "Siapa kamu?", lalu aku berkata: "Saya merupakan salah seorang Ahli Iraq". Beliau bertanya: "Adakah kamu mengenali Abdullah Bin Amir?" maka aku berkata: "Ya, saya kenal. "

lalu beliau berkata lagi: "Sesungguhnya beliau (Abdullah bin Amir) mengaji dan menuntut ilmu bersamaku dan sentiasa bersama-sama denganku dahulu. Sekarang beliau telah menjadi seorang pemimpin". Sekiranya kamu masuk ke Kota basrah, kamu akan melihatnya dan beliau akan bertanya kepadamu :"Adakah kamu mempunyai hajat?"

Maka kamu katakanlah kepadanya: "Sesungguhnya aku berseorangan", dan kemudian katakanlah padanya: "Sesungguhnya aku adalah utusan Abi Dzar untuk datang kepadamu, dan beliau (Abu Dzar) telah menyampaikan salam kepadamu". Beliau (Abdullah) akan berkata kepadamu nanti: "Sesungguhnya kami makan Tamar bersama, Minum air bersama dan hidup bersama sebagaimana kamu hidup".

Apabila aku memasuki Basrah, aku telah berjumpa dengannya, dan beliau telah berkata kepadaku: "Adakah kamu mempunyai hajat?"

Maka aku berkata: "Sesungguhnya aku berseorangan, dan Allah S.W.T telah memperbaiki dirimu".

Aku berkata lagi: "Saya adalah utusan Abu Dzar yang telah diutuskan kepadamu"-tatkala aku berkata begitu, hati beliau menjadi sebak dan terharu- "Beliau (Abu Dzar) telah menyampaikan salam kepadamu".

Maka Abdullah berkata: "Sesungguhnya kami pernah makan Tamar, minum air dan hidup bersama sebagaimana kamu hidup".

Kemudian terlepaslah kain sarungnya (kerana terlalu sedih), dan beliau memasukkan kepalanya ke dalam saku bajunya, lalu menangis sehingga air mata memenuhi saku bajunya (dikeluarkan oleh Ibnu al-jauzi di dalam kitab Sifat al-Safwah 1/594).

Itulah erti sebuah persahabatan yang besar..Moga-moga kita juga tergolong daripada orang yang menghargai sebuah persahabatn.Wallahu'alam...

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita