;

Isnin, Julai 13, 2009

Memperkasa Institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah'


Assalamualaikum warahmatullah...

Pertamanya, penulis memohon maaf kerana tidak sempat untuk postkan banyak tulisan dalam blog penulis kerana agak sibuk sedikit.

Namun, apa yang penulis harapkan daripada teman-teman dapat mengambil manafaat daripada setiap perkara yang dikongsi dalam blog ini.

Ketika membaca satu artikel yang bertajuk 'Ustaz memang begitu' yang dikongsi oleh salah seorang penulis,beliau mengajak pembaca berfikir tentang situasi yang dihadapi oleh golongan berlabel 'Ustaz' hari ini.

Tidak dinafikan, panggilan 'Ustaz' dan 'Ustazah' bagi penulis sendiri membawa gambaran yang baik kepada personaliti seseorang itu.

Di malaysia khususnya,'Ustaz' dan 'Ustazah' mengambarkan seseorang itu adalah sorang yang baik wataknya, akhlaknya, elok tutur katanya dan bagus pakaiannya. Kemudian mampu untuk memberi pengisian Islam kepada masyarakat serta mereka adalah golongan yang dihormati.

Kita lebih maklum bahawa ini adalah satu bentuk pengkhususan kepada golongan yang mengambil jurusan pengajian Islam dan sebagainya sama ada di Timur Tengah atau di dalam Malaysia sendiri.

Di negara Arab seperti Mesir dan sebagainya, perkataan 'Ustaz' adalah diberikan kepada golongan biasa atau orang-orang biasa seperti penjual, pemandu bas dan sebagainya.Maka, panggilan ini adalah adat kebiasaan yang biasa di negara-negara Timur tengah ini.

Namun, tidak di Malaysia...Malah, Title ini umpama satu pengikitrafan terhadap akhlak dan ilmu yang ada pada golongan-golongan yang mendalami dalam bidang pengajian Islam ini.

Apa yang ingin penulis bawakan di sini, adalah institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' yang ada pada hari ini merupakan amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Tiada Iman bagi mereka yang tidak beramanah, dan tiada solat itu bagi mereka yang tidak bersuci, dan tiadalah agama itu bagi mereka yang tidak bersolat".

Fenomena yang berlaku hari ini yang menjadi realiti serta mencemarkan Institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah'itu sendiri adalah peribadi dan identiti di sebalik title yang diberikan kepada mereka sendiri.

Sesungguhnya harus kita ingat, institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' yang telah dibangunkan sejak zaman-berzaman serta mendapat pengiktafan masyarakat sendiri adalah merupakan satu syiar serta rahmat yang perlu disyukuri secara sebaiknya.

Apabila masyarakat mengiktiraf institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' ini, bermaksud mereka telah membuka jalan dakwah yang luas untuk kita semua menggunakan segala kemahiran serta ilmu yang ada untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat.

Penulis beranggapan, golongan -golongan yang berada dalam zon yang cukup selesa di dalam institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' ini telah menyebabkan mereka melemparkan fitnah yang besar kepada institusi tersebut.

Penulis berasa sedih dengan gejala 'Ustaz' dan 'Ustazah' yang berlaku hari ini.Bukan sahaja yang berlaku kepada mereka-mereka yang menuntut di dalam negara sahaja, tetapi institusi ini tetap tercemar dengan identiti yang dipamerkan oleh mereka-mereka yang menuntut di Luar negara. Dengan masalah rokok, berpakaian yang tidak senonoh, bercouple, chatting yang tidak syarie, solat jemaah dan sebagainya, ia sememangnya memberikan fitnah yang cukup besar kepada Institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' yang sedang membangun sekarang..

'Jangan kerana kemuliaan yang diberikan oleh masyarakat kepada kita, kita balas dengan fitnah yang akan membinasakan diri kita sendiri!'


Jelas, punca utama yang telah menghakis kekuatan dan keutuhan institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' hari ini adalah masalah dalaman golongan-golongan yang membawa nama yang mulia ini.Malah ianya adalah masalah sikap mereka sendiri yang ingin mencabut diri mereka daripada terus membagunkan insitusi ini.

Rasulullah S.A.W tatkala pulang daripada perang Badar al-Kubra bersama para sahabat baginda, maka baginda memberitahu kepada mereka semua: "sesungguhnya kita telah pulang daripada sebuah jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar".

Maka terkejut para sahabat yang mendengar pertanyaan daripada rasulullah S.A.W tersebut kerana bagi mereka, perang badar merupakan medan jihad yang agung dan paling besar. Namun, setelah mereka bertanya kembali kepada rasulullah S.A.W. apakah jihad yang lebih besar itu, maka dijawab oleh rasulullah S.A.W.: "Sesungguhnya jihad yang lebih besar itu, adalah Jihad melawan hawa nafsu"!

Inilah persoalan di sebalik fenomena yang melanda Institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' pada hari ini...Ayuh kita hayati nukilan syair yang dinukilkan oleh Imam al-Ghazali dalam Mukasyafah al-Qulub yang bermaksud: "Ketahuilah, kamu tidak akan dapat menyelusuri dan melihat jalan-jalan petunjuk jika kamu mengikuti hawa nafsu kamu sendiri!"

Di antara 4 peranan besar yang perlu dibawa oleh institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' pada hari ini adalah:

Tasykiil al-Syakhsiyyah: Pembinaan jatidiri dan identiti. Ini bertetapan dengan hadaf ataupun tujuan diturunkan nabi Muhammad S.A.W iaitu untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.

Tabliigh al-Dakwah: Menyampaikan Dakwah. Inilah agenda terbesar yang perlu dimainkan oleh kita pada hari ini untuk menyampaikan risalah Islam yang benar kepada seluruh masyarakat agar mereka mendapat kefahaman yang sebenarnya tentang kesyumulan Islam itu sendiri.

I'daad al-Quwwah: Persediaan kekuatan.Sesungguhnya institusi yang terbina pada hari ini perlu diperkasakan serta digerakkan dengan seluruh kekutan yang ada kerana realiti yang berada di hadapan mata kita bahawa golongan 'Ustaz' dan 'Ustazah' adalah sangat ramai.Tetapi daripada sudut kekuatan dan kualiti masih perlu dipertingkatkan lagi.

Binaa' al-Daulah: Pembinaan Daulah Ismiyyah. Inilah tujuan utama kita setelah melalui maralah-marhalah atau maratib-maratib amal Islami itu sendiri. Sekiranya golongan 'Ustaz' dan 'Ustaz' terus leka dalam zon yang selesa dan dunia ciptaan mereka sendiri, maka hadaf yang suci ini tidak akan mampu dicapai.

Ingatlah, institusi 'Ustaz' dan 'Ustazah' yang sedikit demi sedikit terhakis pada masa ini perlu diperkasakan dan dibersihkan daripada sebarang fitnah.jangan kita hanya gah pada pandangan masyarakat tapi dalaman kita penuh dengan kekusutan dan fitnah!.

Akhirnya, penulis menutup tulisan pada kali ini dengan kata-kata Saidina Ali K.W.J. yang bermaksud:

"Bagi setiap nikmat itu, ada kunsci yang menyelaknya dan ada kunci yang membukanya. Kunci yang membukanya adalah sabar dan kunci yang menyelaknya adalah malas."!

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita