
Apa yang menariknya, forum yang berlansung sekitar 2 jam ini telah membincangkan satu tajuk khusus yang telah dipilih oleh anggota penganjur daripada BKASM iaitu Badan Kebajikan Anak Selangor sendiri yang mana tajuk yang dibincangkan adalah sangat relevan dengan kondusi Mahasiswa Islam sendiri iaitulah “Mahasiswa dan Masa Depan Ummah”.
Walaupun bagi penulis, forum yang berlangsung tidaklah dapat dikupas dengan mendalam, namun sekurang-kurangnya ia telah mampu mencetus momentum-momentum yang besar dalam diri Mahasiswa bahawa mereka punyai peranan yang cukup besar untuk menggalas cabaran kepimpinan Negara pada masa akan datang.
Encik Zaidi umapamanya menegaskan, mutakhir ini gelombang Mahasiswa telah dapat dilihat kembali. Di Malaysia khususnya, mereka telah kembali bangkit untuk membawa wacana-wacana dan Ideologi Mahasiswa sendiri. Begitu juga di Timur tengah, Mahasiswa dan mahasiswi yang balik telah punyai satu semangat yang terpulih dengan isu-isu dan transformasi politik yang melanda Landskap politik Negara untuk turun padan bersama-sama aktivis gerakan yang lain untuk bekerja menegakkan Syiar islam di Malaysia. Tahun 90-an umpamanya, yang digelar sebagai fatrah reformasi Mahasiswa, telah memberi kesan yang cukup besar kepada semangat mahasiswa dan mahasiswi hari ini yang mana berhadapan sedang berhadapan dengan isu-isu baru yang lebih menarik dan mencabar pada pandangan penulis sendiri.
Sesungguhnya, Mahasiswa yang ada pada hari ini umpanya denyutan nadi dan jantung kepada Masyarakat yang sangat parah dengan Fenomena dan Gejala sosial yang sangat meruncing.Jelasnya, masyarakat hari ini terutama golongan Muda perlukan tajdid yang menyeluruh terhadap modal insan itu sendiri kerana merekalah yang diharapkan untuk terus segar sebagai tunjang-tunjang dan akar-akar yang menyokong kesejahteraan Malaysia sendiri.

Empat elemen penting yang perlu digarap dan dicerna secara sempurna oleh gemerasi Mahasiswa dan Mahasiswi hari ini sebagaimana yang telah disebut oleh Imam Hassan al-Banna sendiri dalam “al-Risalah ila Syabab” iaitulah Iman yang mana asasnya hati yang bijaksana, kemudian Ikhlas yang mana asasnya hati yang teguh, Ketiganya adalah Hamasaah atau semangat dan asasnya adalah perasaan yang kuat. Seterusnya yang keempat adalah Amal dan asasnya adalah azam yang berterusan. Inilah empat elemen penting yang menjadi tanggungjawab golongan Syabab khususnya Mahasiswa dan mahasiswi yang segar dengan ilmu pengetahuan untuk terus mekar mewarnai warna-warna Islam ke dalam masyarakat.
Apa yang penting, kita tidak akan sekali-kali berjaya jika kita hanya berjuang atas dasar semangat tanpa kefahaman yang holistik terhadap perjuangan yang sedang kita dokongi pada hari ini. Begitu juga, kita sekali-kali tidak akan berjaya jika kita tidak mampu untuk turun dan terjun ke dalam masyarakat setelah kita habis belajar dan balik ke Malaysia kelak.
Penulis mengharapkan kepada diri penulis khususnya dan diri teman-teman dan rakan-rakan seperjuangan sekelian agar setiap hari yang kita lalui sentiasa dimuhasabah oleh kita bersama, apakah yang telah kita sumbangkan untuk Islam yangb kita cintai ini, dan adakah sedikit sumbangan yang kita taburkan itu mampu memberi menafaat keapada seluruh Ummah.Hakikatnya 7 persekitaran yang perlu kita ketahui untuk menyebarkan risalah dan dakwah Islam di atas muka bumi ini adalah diri kita sendiri, keluarga kita, Jiran, Masyarakat, Negeri, Negara dan Ummah.
Ahkirnya, penulis memetik kata-kata al-Ustaz Hassan al-Hudaibi, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang kedua : “Binalah Daulah Islamiah dalah diri kamu, nescaya akan terbina Daulah Islamiah dalam Negara Kamu”.
Wallahua’lam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan