Pernahkah teman-teman mengetahui bahawa setiap zaman dan umat terdapatnya Firaun ataupun golongan yang menjadi simbol kezaliman dan kedurjanaan terhadap agama Islam yang hanif dan mulia.
Mengapakah golongan yang jahat ini dipanggil Firaun? Ianya adalah lambang kepada kehinaan dan kejahatan yang tidak terbatas. Kita biasa mendengar istilah Firaun pada zaman nabi Musa bukan? Tetapi Fir’aun pada zaman nabi Musa disebutkan oleh sesetengah pendapat melebihi 330 dan ada di kalangan Fir’aun ini lahir daripada kalangan kaum perempuan sepertimana Fir’aun yang diberi nama Cleopatra yang merupakan generasi dan nasab keturunan terakhir Dinasti Fir’aun di Mesir, disebabkan beliau telah berkahwin dengan seorang pemuda Jerman yang diberi nama Mark Anthony, yang tidak berasal daripada golongan Firaun juga. Terdapat juga Fir’aun yang diberi nama Ramsis, Ramsis 2, Amon Re dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa Fir’aun tidaklah merupakan nama, tetapi ianya adalah gelaran yang diberikan kepada golongan-golongan raja yang memerintah Mesir sejak zaman nabi Musa lagi.
Kita juga maklum, ada di kalangan Fir’aun tersebut baik dan ada yang sangat jahat, seperti pada zaman nabi Musa A.S. Kejahatan Fir’aun pada zaman nabi Musa terserlah oleh kerana beliau terlalu lupa diri dan melampaui batas dengan kurniaan nikmat Allah S.W.T sehinggalah beliau sanggup melabelkan dirinya sebagai tuhan yang paling agung dan tinggi yang mana, para syaitan sendiripun tidaklah sampai tahap mengakui diri mereka sebagai tuhan!
Biarpun begitu, nabi Muhammad S.A.W. telah mengingatkan umat baginda bahawa Fir’aun yang ada pada zaman baginda adalah lebih dahsyat lagi berbanding Fir’aun pada zaman nabi Musa sendiri, iaitulah salah seorang pemuka terkenal di kalangan para pembesar Quraisy, Abu Jahal laknatullah. Baginda bersabda: ”Untuk setiap umat itu, adanya Fir’aun, dan Fir’aun pada zaman umat Muhammad ini adalah Abu Jahal”
Abu Jahal adalah salah seorang pemuka Quraisy yang dianggap paling durjana sekali. Beliaulah orang yang paling kuat menentang dakwah baginda daripada hidup sehingga mati. Bahkan,tiada ruang sedikitpun untuk Abu Jahal berehat daripada melakukan propaganda dan konspirasi demi menyekat dan memusnahkan dakwah nabi Muhammad S.A.W.
Abu Jahal mati di tangan salah seorang sahabat baginda rasulullah S.A.W. iaitulah Abdullah bin Mas’ud R.A. di dalam peperangan Badar al-Kubra. Namun, anaknya pula, iaitu Ikrimah bin Abu Jahal akhirnya telah masuk Islam serta menjadi salah seorang daripada sahabat nabi S.A.W. yang hebat.
Ketika pedang yang dipacu oleh saidina Ibnu Mas’ud R.A. telah berada di pangkal leher Abu Jahal Laknatullah , maka Abu Jahal masih sempat membuat permintaan dengan begitu bangga kepada Ibnu Mas’ud agar dipotong di bahagian dadanya bukan di lehernya supaya kematiannya kelak lebih kelihatan gah di hadapan rasulullah S.A.W.
Walaupun nyawanya sudah di hujung tanduk, beliau masih tidak mahu untuk mengakui kerasulan nabi Muhammad serta memeluk Islam. Malahan terus angkuh untuk mati memperjuangkan agama nenek moyangnya. Berbanding dengan Fir’aun, ketika mana beliau tahu bahawa beliau akan mati di dalam lautan merah, beliau akhirnya mengakui juga bahawa Allah S.W.T. adalah tuhan yang paling tinggi dan agung walaupun taubatnya sudah tidak diterima pada waktu tersebut. Inilah antara bukti bahawa Abu Jahal digelar sebagai Fir’aun untuk umat Muhammad kerana kezaliman dan kedurjanaan yang dilakukannya.
Banyak peristiwa yang menceritakan tentang perihal Abu jahal ini, sehinggalah beliau dilihat sebagai seorang yang sangat berani hingga sanggup menyentuh dan mencederakan batang tubuh rasulullah S.A.W. sendiri.
Terdapat satu kisah yang dinukilkan di dalam kitab sejarah al-Quran, karya Abdul Fattah al-Qadhi. Ketika mana pada satu hari, Abu Jahal telah menjerut leher baginda dengan kain untuk mencekiknya tetapi sahabat baginda yang mulia iaitu, Abu Bakar al-Siddiq, telah melepaskan baginda daripada jerutan tersebut lalu berkata: ” Patutkah kamu membunuh seorang yang mengakui tuhannya adalah Allah!”
Begitu sekali keinginan Abu Jahal untuk memusnahkan rasulullah S.A.W. dan dakwah Islam.Lihatlah bagaimana sahabat nabi, Bilal bin Rabah, diseret di atas padang pasir yang panas terik, dan dihempap dengan batu yang besar hingga mereka mengatakan : ”Kami tidak akan mengangkat batu ini daripada dadamu sehingga engkau keluar daripada agama Muhammad”. Begitu juga sebagaimana yang berlaku kepada Ibu Ammar bin Yassir, iaitu Sumayyah yang telah ditangkap oleh pengikut Abu Jahal serta diseksa sehingga terbelah dua badannya akibat ditarik oleh dua ekor kuda ke timur dan ke barat. MasyaAllah, begitu kejam dan zalim penyeksaan yang dilakukan.
Banyak lagi bentuk penyeksaan yang dilakukan, namun penulis tidaklah ingin menukilkan semuanya di sini. Hanya ingin mengatakan bahawa Fir’aun untuk umat nabi Muhammad adalah Abu Jahal. Maka, sesiapa jua yang berpelakuan sebagaimana Abu jahal ataupun cenderung untuk melakukan kezaliman dalam apa bentuk juapun terhadap umat Islam, maka mereka-mereka ini adalah golongan pengikut Fir’aun akhir zaman dan di akhirat kelak, mereka akan bersama dengan Abu Jahal masuk ke neraka Allah S.W.T. Na’uzubillah Min Zaalik! Moga-moga kita semua akan dapat mengambil iktibar dan pengajaran Insyaallah.
Wallahu’alam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan